Você está na página 1de 4

http://www.bharian.com.

my/bharian/articles/2011081104204520110811042045/Article/

Apa iktibar rusuhan di London... Oleh Razak Ghows bhnews@bharian.com.my 2011/08/11


Keterbukaan Britain terhadap generasi muda akhirnya undang padah RUSUHAN di London dan beberapa bandar lain di sekitarnya yang dilakukan oleh generasi muda di negara berkenaan adalah cerminan sebenar sikap remaja di Britain terlalu nakal, angkuh, ganas dan tidak menghormati orang lain akibat budaya bebas tanpa batasan. Kejadian yang berlaku menyebabkan Britain terjebak dengan kesan negatif keterbukaannya. Remaja terbabit bukan saja bersikap sedemikian kepada rakyat tempatan, tetapi juga terhadap pelancong asing. Ini adalah sebahagian daripada sikap hooligan golongan ini, yang juga dikenali sebagai Yob atau remaja ganas dan agresif. Pendek kata, jika berada di London, jangan cuba bertembung atau berselisih dengan kumpulan ini. Jika nasib tidak baik, padah akibatnya. Perkara sama berlaku ke atas seorang pelajar Malaysia, Asyraf Haziq Rosli, kelmarin, yang patah gigi dan cedera rahangnya selepas dibelasah dan disamun kumpulan perusuh itu. Menurut rakannya, Sheikh Muhammad Faris Jamil Azhar, mereka sedang berbasikal untuk berbuka puasa di rumah seorang rakan di Hartslane dan tiba-tiba terserempak dengan perusuh yang jumlahnya terlalu ramai. Asyraf terus mengayuh basikalnya dan diserang. Rusuhan Yob itu bermula Sabtu lalu di Tottenham, apabila sekumpulan remaja membantah tindakan polis menembak seorang suspek berkulit hitam, Mark Duggan dua hari sebelumnya. Tottenham ialah sebuah daerah yang mempunyai kadar pengangguran tertinggi di London. Menurut laporan, ia juga mempunyai rentetan ketegangan kaum di kalangan generasi muda, terutama berkulit hitam. Isu ini antara kami dan mereka, pihak polis, kata seorang remaja di sebuah kawasan perumahan mundur di daerah Hackney, yang mana perusuh itu mula menyerbu masuk ke dalam premis kedai dan melakukan kecurian pada malam Isnin lalu. Polis berkata, mereka tiada sebab untuk membantah. Tiada sebarang ketidakadilan atau sesuatu yang berlaku sehingga mencetuskan huru-hara. Ia adalah perbuatan jenayah semata-mata, sesuatu yang paling dahsyat pernah saya lihat sebesar ini, kata Penolong Ketua Konstabel, Gary Shewan.

Keganasan turut melanda bandar raya lain di England malam kelmarin, tetapi di London, di mana anggota tambahan polis ditempatkan, keadaan secara umumnya sudah kembali pulih berikutan huru-hara selama tiga malam berturut-turut di mana remaja merempuh dan merosakkan harta benda awam. Kejadian itu juga bukti bahawa bahayanya jika perhimpunan haram dibiarkan berlarutan sehingga boleh mencetuskan rusuhan. Peristiwa di England itu harus menjadi pengajaran kepada negara lain, termasuk Malaysia, bahawa api perkauman dan kemarahan tidak boleh dibiarkan menyemarak kerana ia boleh menjadi bertambah buruk sehingga tidak dapat dikawal lagi. Bayangkan apa yang akan terjadi di sebuah negara pelbagai kaum seperti negara kita jika perhimpunan haram dibenarkan? Sudah tentu ada pihak lain akan mengapiapikannya sehingga mencetuskan huru-hara dan memudaratkan kehidupan rakyat lain yang tidak menyokong tindakan sedemikian. Ketika perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (BERSIH) yang lalu, polis dikecam kerana menggunakan gas pemedih mata dan pancutan air bagi meleraikan penunjuk perasaan. Kini polis di England pula dikatakan sudah mempunyai hasrat untuk menggunakan kaedah itu kerana gagal dengan cara tindakan minimum yang diamalkan sekarang. Rusuhan selama empat hari itu mengakibatkan kerugian 100 juta (RM501 juta), sementara pihak polis memerlukan peruntukan tambahan bagi menampung operasi yang dijalankan. Sebanyak 16,000 anggota daripada 30 pasukan ditempatkan di London bagi mengawal rusuhan berkenaan, berbanding 6,000 pada malam Isnin lalu. Setakat ini, 111 pegawai polis cedera dalam keganasan itu selepas mereka dilempar batu, botol dan kayu. Kira-kira 685 orang ditahan oleh Scotland Yard sepanjang empat malam rusuhan itu berlaku dan 111 orang diheret ke mahkamah bagi kesalahan mencuri dan memiliki senjata api. Perdana Menteri Britain, David Cameron terpaksa mengadakan sidang tergempar Parlimen semalam bagi membincang rusuhan itu. Kejadian itu adalah ujian terbesar kepada Cameron ketika Britain berusaha untuk keluar daripada kemelut ekonominya. Ia juga menunjukkan kepada dunia imej buruk London, sebelum menjadi tuan rumah kepada Kejohanan Sukan Olimpik 2012, satusatunya acara yang diharapkan dapat menarik tumpuan seperti perkahwinan diraja April lalu.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0810&pub=Utusan_Malaysi a&sec=Luar_Negara&pg=lu_01.htm LONDON 9 Ogos Kota London yang selama ini dikenali sebagai bandar raya yang aman dan selamat untuk dikunjungi kini bertukar menjadi medan rusuhan, segalagalanya berpunca daripada insiden kecil seorang lelaki maut dalam kejadian berbalasbalas tembakan dengan polis. Gelombang keganasan dan kejadian mencuri yang sudah masuk hari ketiga di seluruh kota ini kini merebak pula ke tiga bandar raya utama lain di Britain, semalam. Campur tangan pihak berkuasa masih gagal membendung kekacauan terburuk di negara ini sejak rusuhan kaum menyebabkan London terbakar pada 1980-an. Sementara itu, seorang lelaki yang cedera akibat terkena tembakan semasa memandu ketika rusuhan di kota ini meninggal dunia di hospital semalam, menjadi korban pertama keganasan di London. Lelaki berusia 26 tahun itu ditemui cedera dengan kesan tembakan lewat Isnin lalu di Croydon, di selatan London di mana perusuh bertindak membakar banyak bangunan di bandar itu, kata pegawai polis Metropolitan London. Polis sedang melancarkan siasatan berhubung pembunuhan itu. Di London, gerombolan pemuda mengganas masuk malam ketiga berturut-turut semalam dengan bertindak membakar bangunan, kenderaan dan tong sampah, mencuri barangan kedai dan membaling botol serta mercun ke arah anggota polis. Polis meminta bantuan tambahan ratusan anggota dan mengambil keputusan luar biasa untuk mengerahkan kereta perisai di beberapa daerah yang paling teruk dilanda keganasan. Namun, mereka masih mengalami kesulitan untuk membendung huru-hara yang merebak di kawasan-kawasan panas di seluruh London, di bandar-bandar raya Birmingham, Bristol dan Liverpool. Pihak berkuasa mengakui insiden-insiden baru keganasan di kawasan utama menyebabkan mereka tidak menang tangan. Keganasan yang kita saksikan tidak boleh dimaafkan sama sekali kerana kehidupan orang ramai menjadi kacau-bilau disebabkan perbuatan samseng, kata komander polis, Christine Jones. Perkhidmatan Ambulans London merawat 16 mangsa rusuhan, 15 daripadanya terpaksa dimasukkan ke hospital, manakala polis menangkap 334 orang dan mendakwa 69 lagi atas pelbagai kesalahan. Tidak ada satu faktor yang dilihat menyatukan perusuh, walaupun sesetengahnya mendakwa mereka menentang potongan perbelanjaan kerajaan yang akan

mengurangkan bayaran faedah kebajikan dan menghapuskan puluhan ribu jawatan sektor awam sehingga akhir 2015. Sebahagian lagi dipercayai mengambil kesempatan untuk melakukan keganasan. Kekacauan yang merebak itu menjadi amaran bagi penganjur Sukan Olimpik 2012 tentang kemungkinan berlakunya keganasan semasa temasya tersebut yang bakal berlangsung kurang setahun dari sekarang. Agensi

Você também pode gostar