Você está na página 1de 4

a.

Sistem Saraf Periferi

Merupakan saraf yang berhubungan antara otak dan korda spina dengan reseptor, otot dan kelenjar. Ia boleh dibahagikan kepada dua, iaitu sistem aferen dan sistem eferen. Di dalam sistem aferen terdapat sel saraf yang berfungsi untuk membawa maklumat dari reseptor di periferi tubuh ke sistem saraf pusat. Manakala sistem eferen pula mempunyai sel saraf yang membawa maklumat dari sistem saraf pusat ke otot dan kelenjar. Sistem eferen terbahagi lagi kepada dua bahagian, iaitu sistem saraf somatik dan sistem saraf autonomik. Sistem saraf somatik mempunyai neuron eferen yang bertugas membawa maklumat dari sistem saraf pusat ke otot rangka. Sistem saraf somatik dianggap sebagai bersifat voluntari dan boleh dikawal. Sistem saraf somatik terdiri daripada saraf cranial dan saraf spina. a) Saraf cranial

Bermula di otak. Saraf ini adalah khas untuk bahagian kepala dan leher. Saraf ini mempunyai 12 pasangan semuanya. No 1 2 3 4 5 Nama Saraf Olfactory Optic Occulomotor Trochlear Trigeminal Jenis deria deria motor motor mixed Laluan Saraf mukus membran hidung (bau) retina mata (penglihatan kebanyakkan ke otot mata otot dorsal oblique mata deria - ke mata & muka motor - otot pengunyahan 6 7 Abducens Facial motor mixed otot rectarctor & lat. Rectus mata deria - bahagian telinga & lidah motor - otot ekpressi muka koklea (pendengaran) semicirular canals (pendengaran) deria -faring, bah kaudal lidah motor - otok faring parsimpatetik . Kel.air liur parotid deria - faring & laring motor - otot laring parasimpatetik- ke bahagian toraks & abdomen otot bahu & leher otot lidah

Vestibulococlea

deria

Glossopharyngeal

mixed

10

Vagus

mixed

11 12

Sapinal accesory Hypoglossal b) Saraf Spinal

motor motor

Bermula di saraf tunjang dan melalui foramen di vertebra.Membawa maklumat dari dan ke saraf tunjang, otak dan bahagian lain badan.Plexus adalah nama bagi rangkaian saraf spinal dan vena di bahagian tertentu badan. Terdiri daripada:

1. Cervical (servikum) 2. Thoracic (toraks) 3. Lumbar 4. Sacral (sakrum) 5. Coccygeal (kaudal)

Sistem saraf autonomik pula mengandungi neuron eferen yang membawa maklumat dari sistem saraf pusat ke otot licin, otot jantung dan kelenjar. Sistem saraf autonomik dianggap tidak voluntari dan di luar kawal. Kemudian, sistem saraf autonomik pula terbahagi kepada dua, iaitu sistem saraf simpatetik dan sistem saraf parasimpatetik.

Você também pode gostar