Você está na página 1de 47

Artikel-artikel membina fikrah - Us Din Tantawi

Artikel-artikel membina fikrah - Us Din Tantawi


AQIDAH TAUHID TIADA ILAH MELAINKAN ALLAH 1. La Ilaha Illallah (Tiada Tuhan melainkan Allah) merupakan bahagian pertama daripada kalimah pengakuan keimanan. Ia bermaksud tiada sesuatu pun yang patut ditujukan pengabdian melainkan Allah. 2. Muhammad Rasulullah (Muhammad Utusan Allah) adalah bahagian keduanya. Ia bermaksud, pengabdian itu mestilah dilakukan berlandaskan ajaran dan cara yang ditunjuk ajar oleh Rasulullah SAW. 3. Mentauhidkan Allah dengan makna makrifat yang sebenarnya hendaklah merangkumi tiga perkara iaitu : a. Tauhid Rububiyyah b. Tauhid Uluhiyyah c. Tauhid Al-Asma was Sift TAUHID RUBUBIYYAH Rububiyyah berasal daripada perkataan Rabb ( )dan dari konteks linguistik, ia mengandungi beberapa maksud seperti berikut: 19 posts pemeliharaan anak atau pemeliharaan kebun. Ia menjaga dari segala kesusahan kerana ia bertugas sebagai pemelihara, penjaga, pengasuh segala urusan yang berhubung dengan anak atau kebun. Pemimpin atau pembela umat. Apabila ia memerintah ia menjalankan kepimpinan dan hukum; dan ia dianggap sebagai pemimpin masyarakat. Majikan yang menjaga dan mengawasi rumah atau memilikinya juga digunakan sebagai penternak atau gembala. Ia bererti ada pertaliannya dengan fungsi raja yang memerintah, mendidik dan membela serta mengawasi. Jika perkataan Rabb digunakan untuk Dzat Ilahi, maka hakikatnya Allah merupakan Raja bagi segala makhluk. Ia sebagai Tuhan, sebagai Raja bagi segala raja, yang Maha Agung dan Maha Hakim serta tidak ada yang lebih agung dan hakim selainNya. Dia yang menjadikan alam semesta dengan pengaturan yang rapi, pemeliharaan dan pengendalian pergerakan seluruh

alam. Dari segi istilah syara, Tauhid Rububiyyah bermaksud mentauhidkan Allah pada mencipta alam, mengurus dan mentadbirkannya, memiliki, memelihara, menghidup, mematikan dan seterusnya, di mana terkandung di dalamnya juga beriman dengan qadar. Tauhid ini sahaja tidaklah mencukupi dalam mencapai iman dan Islam, kerana Allah SWT menyatakan bahawa orang-orang musyrik juga mengakui tauhid ini. FirmanNya di dalam Surah Yunus ayat 10: Katakanlah: Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi atau siapakah yang memliki penciptaan, pendengaran dan penglihatan? Siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan? Maka mereka akan menjawab: Allah! Maka katakanlah: Mengapa kamu tidak bertakwa kepadaNya? Rujuk juga surah Az-Zukhruf ayat 87, Al-Ankabut ayat 61 dan 63 Keingkaran manusia kepada adanya pencipta hanya kerana kesombongan dan ketakburan, bukan bererti fitrah manusia menolak adanya Pencipta. Kerana itu apabila kepompong kesombongan yang mengurung fitrah itu hilang, maka tanpa disedari manusia pada suatu waktu terpaksa menyerahkan dirinya kepada kekuasaan Allah dan meminta tolong kepadanya. Hakikat ini menjadi ketara apabila manusia menempuh detikdetik genting di mana segala pengharapan terputus, kecuali yang bersandar kepada Yang Maha Esa. FirmanNya di dalam surah Luqman ayat 32: Apabila mereka dilamun ombak yang (besar) seperti gunung, mereka menyeru Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepadaNya. Tetapi tatkala Allah menyelamatkan mereka sampai ke daratan, maka sebahagian mereka sahaja yang tetap menempuh jalan yang lurus. Dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami selain orang-orang yang tidak setia lagi ingkar Daya memahami adanya Allah Yang Maha Pencipta, sudah semulajadi dibekalkan ke dalam naluri manusia. Oleh yang demikian, perbahasan mengenai Tauhid Rububiyyah bukanlah merupakan sasaran utama perbincangan Al-Quran. Persoalannya adalah sama ada fitrah ini dibentuk, dipupuk, diseleweng atau dibanteras. Jika dibanteras, bermakna manusia tersebut menzalimi dirinya sendiri. Sekiranya terseleweng maka akan songsanglah insan tadi mengharungi hidup ini, celakalah dia di neraka nanti. Dan seandainya naluri ini dipupuk, dididik dan dipertingkatkan ketaqwaannya, maka pasti akan menatijahkan keyakinan yang bulat bahawa Allah sahajalah sumber cipta, Allah sahajalah yang berhak menerima

pengabdian ringkasnya pengiktirafan uluhiyah Allah secara mutlak dan serba merangkumi. TAUHID ULUHIYYAH Iaitu dengan ikhlas memberikan kepada Allah, dengan mahabbah (cinta) kepadaNya, khauf (takut) kepadaNya, raja (pengharapan), tawakal dan raghbah (keinginan) dan rahbah (kegerunan) hanya kepada Allah. Bahawa semua itu dibina dengan ibadat yang ikhlas zahir dan batinnya kepada dan kerana Allah. Tidak ada sekutu bagiNya, tidak dijadikan ibadat itu kepada selainNya. Seterusnya menerima segala hukum dengan yakin dan redha. Perkataan Ilah lazimnya diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu sebagai TUHAN. Penterjemahan itu tidaklah salah tetapi pemahaman Bahasa Melayu terhadap perkataan Tuhan tidak merangkumi keseluruhan makna Ilah yang dikehendaki oleh nas syara. Selain daripada Allah, perkataan Tuhan ditujukan kepada patung-patung berhala atau dewa-dewi Hindu dan Buddha. Orang Melayu yang beragama Islam yang tidak menyembah patung-patung itu tadi sudah tentu menganggap bahawa mereka sudah menyempurnakan kewajipan mengiktiraf Allah sebagai Tuhan dan bebas daripada syirik. Sedangkan pemahaman serpihan terhadap makna Ilah itu tadi akan mendedahkan mereka kepada pelbagai syirik lain yang boleh berlaku tanpa disedari dan di luar kefahaman. Untuk mengelakkan kekeliruan, eloklah kita perhatikan kepada penggunaan perkataan ILAH di dalam Al-Quran: Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai ILAHnya (Al-Jatsiyah : 23) Di dalam ayat ini Allah SWT telah menujukan perkatan ILAH kepada hawa nafsu. Sudah tentu perkataan ILAH yang diertikan sebagai tuhan menurut kefahaman biasa tidak akan dapat menggambarkan hawa nafsu sebagai tuhan. Ini membuktikan bahawa perkataan ILAH mempunyai makna yang jauh lebih luas dari perkataan tuhan yang biasa. Perkataan ILAH membawa kepada pengertian yang saling melengkapi. Untuk tujuan perbincangan, kita bahagikan ia kepada enam pengertian iaitu: 1. Tuhan menurut pengertian lazim 2. Tumpuan atau matlamat pengabdian 3. Tempat perlindungan 4. Tumpuan kecintaan 5. Pemberi rezeki 6. Sumber perundangan 1. TUHAN Menurut Kefahaman Lazim

Kalimah syahadah membawa pengertian bahawa tiada tuhan melainkan Allah, suatu hakikat yang telah kita sedia maklumi. FirmanNya: Allah menyaksikan bahawsanya tidak ada ILAH melainkan DIA. Para malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga mengatakan demikian juga). Yang menegakkan keadilan (Ali Imran : 18) Allah sahajalah Tuhan di langit dan di bumi, pendeknya di seluruh alam. Dan Dialah ILAH di langit dan di bumi, dan Dia Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui (Az-Zukhruf : 84) Sebagai Tuhan yang tunggal, segala kekuasaan dan penciptaan secara multak adalah hakNya sahaja. Katakanlah (Wahai Muhammad) : Ajaklah mereka yang kamu anggap (mereka itu berkuasa) selain Allah. Mereka tidak memiliki (kekuasaan) seberat zarah pun di langit mahupun di bumi. Dan mereka tidak mempunyai saham sedikit pun dalam pencapaian langit dan bumi, dan sekali-kali tidak ada di antara mereka yang menjadi pembantu bagiNya. (Sab : 22) 2. ILAH Tumpuan Dan Matlamat Pengabdian Kita mengakui bahawa tiada yang berhak disembah selain Allah dan Allah sahajalah tumpuan serta matlamat pengabdian kita, tidak yang lain. Bahkan sememangnya manusia dan jin itu diciptakan oleh Allah untuk tujuan pengabdian kepadaNya. Penyembahan dan pengabdian ini dilakukan dengan melaksanakan ibadat kepada Allah. Sehubungan dengan itu juga, perkataan ibadat mestilah difahami menurut pengertiannya yang sebenar agak ia tidak dipandang sempit. Pengaruh sekularisma yang memisahkan agama daripada kehidupan mendorong masyarakat agar memahami ibadat sebagai aturcara manusia berhubung dengan Tuhannya semata-mata tanpa ada kaitan dengan urusan kehidupannya di dunia dan hubungannya sesama manusia. Sedangkan kalimah syahadah menuntut supaya ibadah itu dilakukan setiap masa, di setiap tempat, meliputi dan menyerapi setiap aspek serta ruang lingkup hidup insaniah. Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah, Tuhan sekalian alam

(Al-Anam : 162) Dan tidaklah mereka itu diperintahkan, kecuali menyembah ILAH yang Esa, yang tiada ILAH melainkan Dia. Maha Suci (Allah) dari apa yang mereka sekutukan dengan Dia. (At-Taubah : 31) Ringkasnya, implikasi kalimah La Ilaha Illallah iaitu ialah, seluruh hidup mestilah berterusan di dalam ubudiyyah kepada Allah. Tiada sebarang pengabdian atau ketaatan yang berdiri sendiri bahkan semua tindakan, perbuatan dan khidmat yang diberikan mestilah terpancar dan bersumber daripada ketundukan dan kepatuhan kepada Allah semata-mata. 3. ILAH Tempat Perlindungan Kepercayaan dan kefahaman tentang kuasa Allah sudah tentu akan mewarasi fikiran bahawa tidak ada siapa yang mampu memberikan perlindungan secara mutlak selain daripada Allah. Segala perlindungan yang diberikan oleh mana jua makhluk adalah bersifat sementara dan bergantung terus kepada keizinanNya. Dia bebas mencabut keizinan itu pada bila-bila masa dan tinggallah insan itu berpaut pada dahan yang rapuh. Maksud ILAH sebagai tempat perlindungan dapat dilihat dari ayat-ayat berikut sebagai contoh: Katakanlah : Aku berlindung dengan Rab manusia, Raja Manusia, ILAH manusia (An-Nas : 1-3) Dialah Rab timur dan barat, tiada ILAH melainkan Dia. Maka terimalah Dia sebagai Pelindung. (Al-Muzammil : 9) Natijahnya, akan timbullah keyakinan bahawa Allah sahajalah yang mampu memberi manfaat atau mudharat (lihat Al-Maidah : 76). Ia juga akan membebaskan dari segala pautan ketakutan dan pengharapan yang lain dari Allah. Dengan cara ini akan hilanglah rasa gentar untuk melaksanakan hukum hakam Allah, walaupun terpaksa berhadapan dengan apa sahaja cabaran menurut perhitungan manusia. Segala kemegahan dan kekuasaan kuasa-kuasa makluk itu akan menjdi fatamorgana yang sementara, tidak ubah seperti gagah perkasanya patung wayang kulit. Apabila selesai persembahan maka akan terhimpit-himpitlah mereka antara satu sama lain di dalam peti yang sempit, hinggakan yang paling gagah sebentar tadi akan berada di susunan paling bawah tertindas (lihat Al-Baqarah : 150).

4. ILAH Tumpuan Kecintaan Bagi mereka yang benar-benar mempersaksikan La Ilaha Illallah, maka Allah sahajalah yang menjadi tumpuan kecintaan mereka bahkan tiada yang menyamai atau menyaingi kecintaan tersebut. Perhatikan maksud ayat-ayat berikut: Katakanlah: Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara mara, isteri-isteri dan kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah semua itu lebih kamu cintai dari cinta kamu kepada Allah dan RasulNya dan (dari) berjihad di jalanNya? Maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq (durhaka). (At-Taubah : 24) Dan ada di antara manusia orang-orang yang menyembah tandingantandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Dan jika seandainya orang yang berbuat zalim itu mengetahui tatkala mereka melihat azab (Al-Baqarah : 165) Segala cinta dan kasih sayang bagi mereka yang benar-benar beriman adalah hasil kecintaan kepada Allah. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: Tiga perkara yang barangsiapa memilikinya nescaya dia akan merasa kemanisan iman, iaitu apabila Allah dan RasulNya lebih dicintainya dari segala sesuatu selain keduanya, apabila seseorang mengasihi seseorang yang lain kerana Allah, dan apabila dia benci untuk kembali kepada kufur sebagaimana bencinya ia untuk dicampakkan ke dalam api neraka Riwayat Bukhari dan Muslim Mahasiswa Reply | Threaded | More Jun 01, 2010; 1:12pm

PRINSIP AKIDAH ISLAM - Us Din Tantawi


PRINSIP AKIDAH ISLAM Aqidah Islam dasarnya adalah iman kepada Allah, iman kepada malaikatNya, iman kepada kitab-kitab-Nya, iman kepada para rasul-Nya, iman kepada hari Akhir, dan iman kepada takdir yang baik dan yang buruk. Dasardasar ini telah ditunjukkan oleh Kitabullah dan sunnah Rasul-Nya. 19 posts Allah berfirman dalam kitab suci-Nya, yang artinya:

Bukankah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebaktian, akan tetapi sesungguhnya kebaktian itu ialah beriman kepada Allah, hari Kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi (Al Baqarah 177) Dalam soal takdir, Allah berfirman, yang artinya: Sesungguhnya Kami menciptakan segala sesuatu menurut ukuran, dan perintah Kami hanyalah satu perkataan seperti sekejap mata. (Al Qomar 49-50) Nabi juga bersabda dalam sunnahnya sebagai jawaban terhadap malaikat Jibril ketika bertanya tentang iman: . Iman adalah engkau mengimani Allah, para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari Kemudian, dan mengimani takdir yang baik dan yang buruk. (HR. Muslim).

IMAN KEPADA ALLAH Iman kepada Allah mengandung empat unsur: 1.Mengimani Wujud Allah Wujud Allah telah dibuktikan oleh fitrah, akal, syara, dan pancaindera. 1. Bukti fitrah tentang wujud Allah adalah bahwa iman kepada sang Pencipta merupakan fitrah setiap makhluk, tanpa terlebih dahulu berpikir atau belajar. Tidak akan berpaling dari tuntutan fitrah ini, kecuali orang yang di dalam hatinya terdapat sesuatu yang dapat memalingkannya. Rasulullah bersabda: . Semua bayi yang dilahirkan dalam keadaan fitrah. Ibu bapaknyalah yang meyahudikan, mengkristenkan, atau yang memajusikannya. (HR. Al Bukhari) 2. Bukti akal tentang wujud Allah adalah proses terjadinya semua makhluk, bahwa semua makhluk, yang terdahulu maupun yang akan datang, pasti ada

yang menciptakan. Tidak mungkin makhluk menciptakan dirinya sendiri, dan tidak mungkin pula tercipta secara kebetulan. Tidak mungkin wujud itu ada dengan sendirinya, karena segala sesuatu tidak akan dapat menciptakan dirinya sendiri. Sebelum wujudnya tampak, berarti tidak ada. Semua makhluk tidak mungkin tercipta secara kebetulan, karena setiap yang diciptakan pasti membutuhkan pencipta. Adanya makhluk-makhluk itu di atas undang-undang yang indah, tersusun rapi, dan saling terkait dengan erat antara sebab-musababnya dan antara alam semesta satu sama lainnya. Semua itu sama sekali menolak keberadaan seluruh makhluk secara kebetulan, karena sesuatu yang ada secara kebetulan, pada awalnya pasti tidak teratur. Kalau makhluk tidak dapat menciptakan diri sendiri, dan tidak tercipta secara kebetulan, maka jelaslah, makhluk-makhluk itu ada yang menciptakan, yaitu Allah Rabb semesta alam. Allah menyebutkan dalil aqli (akal) dan dalil qathi dalam surat Ath Tur: (Mengapa mereka tidak beriman?) Adakah mereka telah tercipta dengan tiada yang menciptanya, atau adakah mereka yang mencipta diri mereka sendiri? Apakah mereka diciptakan tanpa sesuatu pun ataukah mereka yang menciptakan (diri mereka sendiri)? (Ath Thuur 35) Dari ayat di atas tampak bahwa makhluk tidak diciptakan tanpa pencipta, dan makhluk tidak menciptakan dirinya sendiri. Jadi jelaslah, yang menciptakan makhluk adalah Allah. Ketika Jubair bin Muthim mendengar dari Rasulullah n yang tengah membaca surat Ath Thuur dan sampai kepada ayat-ayat ini: Apakah mereka diciptakan tanpa sesuatu pun, ataukah mereka yang menciptakan (diri mereka sendiri)? Ataukah mereka telah menciptakan langit dan bumi itu? Sebenarnya mereka tidak meyakini (apa yang mereka katakan). Ataukah di sisi mereka ada perbendaharaan Rabbmu atau merekakah yang berkuasa? (Ath Thuur 35-37) Ia, yang tatkala itu masih musyrik berkata, Hatiku hampir saja terbang. Itulah permulaan menetapnya keimanan dalam hatiku. (HR. Al Bukhari) Dalam hal ini kami ingin memberikan satu contoh. Kalau ada seseorang berkata kepada Anda tentang istana yang dibangun, yang dikelilingi kebunkebun, dialiri sungai-sungai, dialasi oleh hamparan karpet, dan dihiasi

dengan berbagai perhiasan pokok dan penyempurna, lalu orang itu mengatakan kepada Anda bahwa istana dengan segala kesempurnaannya ini tercipta dengan sendirinya, atau tercipta secara kebetulan tanpa pencipta, pasti Anda tidak akan mempercayainya, dan menganggap perkataan itu adalah perkataan dusta dan dungu. Kini kami bertanya pada Anda, masih mungkinkah alam semesta yang luas ini beserta apa-apa yang berada di dalamnya tercipta dengan sendirinya atau tercipta secara kebetulan?! 3. Bukti syara tentang wujud Allah bahwa seluruh kitab langit berbicara tentang itu. Seluruh hukum yang mengandung kemaslahatan manusia yang dibawa kitab-kitab tersebut merupakan dalil bahwa kitab-kitab itu datang dari Rabb yang Maha Bijaksana dan Mengetahui segala kemaslahatan makhluknya. Berita-berita alam semesta yang dapat disaksikan oleh realitas akan kebenarannya yang didatangkan kitab-kitab itu juga merupakan dalil atau bukti bahwa kitab-kitab itu datang dari Rabb yang Maha Kuasa untuk mewujudkan apa yang diberitakan itu. 4. Bukti indera tentang wujud Allah dapat dibagi menjadi dua: a. Kita dapat mendengar dan menyaksikan terkabulnya doa orang-orang yang berdoa serta pertolongan-Nya yang diberikan kepada orang-orang yang mendapatkan musibah. Hal ini menunjukkan secara pasti tentang wujud Allah. Allah berfirman: Dan (ingatlah kisah) Nuh, sebelum itu ketika dia berdoa dan Kami memperkenankan doanya, lalu Kami selamatkan dia beserta keluarganya dari bencana yang besar. (Al Anbiyaa 76) (Ingatlah), ketika kamu memohon pertolongan kepada Rabbmu, lalu diperkenankan-Nya bagimu (Al Anfaal 9) Anas bin Malik berkata, Pernah ada seorang badui datang pada hari Jumat. Pada waktu itu Nabi tengah berkhotbah. Lelaki itu berkata, Hai Rasul Allah, harta benda kami telah habis, seluruh warga sudah kelaparan. Oleh karena itu mohonkanlah kepada Allah untuk mengatasi kesulitan kami. Rasulullah lalu mengangkat kedua tangannya dan berdoa. Tiba-tiba awan mendung bertebaran bagaikan gunung-gunung. Rasulullah belum turun dari mimbar, hujan turun membasahi jenggotnya. Pada hari Jumat yang kedua, orang badui atau orang lain berdiri dan berkata, Hai Rasul Allah, bangunan kami hancur dan harta benda pun tenggelam, doakanlah akan kami ini (agar selamat) kepada Allah. Rasulullah lalu mengangkat kedua tangannya, seraya berdoa: Ya Rabbku, turunkanlah hujan di sekeliling kami dan janganlah Engkau turunkan sebagai bencana bagi kami. Akhirnya beliau tidak mengisyaratkan pada suatu tempat, kecuali menjadi terang (tanpa hujan). (HR. Al Bukhari)

b. Tanda-tanda para nabi yang disebut mukjizat, yang dapat disaksikan atau didengar banyak orang merupakan bukti yang jelas tentang wujud Yang Mengutus para nabi tersebut, yaitu Allah, karena hal-hal itu berada di luar kemampuan manusia. Allah melakukannya sebagai pemerkuat dan penolong bagi para rasul. Ketika Allah memerintahkan Nabi Musa untuk memukul laut dengan tongkatnya, Musa memukulkannya, lalu terbelahlah laut itu menjadi dua belas jalur yang kering, sementara air di antara jalur-jalur itu menjadi seperti gunung-gunung yang bergulung. Allah berfirman, yang artinya: Lalu Kami wahyukan kepada Musa: Pukullah lautan itu dengan tongkatmu. Maka terbelahlah lautan itu dan tiap-tiap belahan adalah seperti gunung yang besar. (Asy Syuaraa 63) Contoh kedua adalah mukjizat Nabi Isa ketika menghidupkan orang-orang yang sudah mati; lalu mengeluarkannya dari kubur dengan ijin Allah. dan aku menghidupkan orang mati dengan seijin Allah (Al Imran 49) dan (ingatlah) ketika kamu mengeluarkan orang mati dari kuburnya (menjadi hidup) dengan ijin-Ku (Al Maidah 110) Contoh ketiga adalah mukjizat Nabi Muhammad ketika kaum Quraisy meminta tanda atau mukjizat. Beliau mengisyaratkan pada bulan, lalu terbelahlah bulan itu menjadi dua, dan orang-orang dapat menyaksikannya. Allah berfirman tentang hal ini, yang artinya: Telah dekat (datangnya) saat (Kiamat) dan telah terbelah pula bulan. Dan jika mereka (orang-orang musyrik) melihat suatu tanda (mukjizat), mereka berpaling dan berkata: (Ini adalah) sihir yang terus-menerus. (Al Qomar 1-2) Tanda-tanda yang diberikan Allah, yang dapat dirasakan oleh indera kita itu adalah bukti pasti wujud-Nya. 2.Mengimani Rububiyah Allah Mengimani rububiyah Allah maksudnya mengimani sepenuhnya bahwa Dialah Rabb satu-satunya, tiada sekutu dan tiada penolong bagi-Nya. Rabb adalah Yang berhak menciptakan, memiliki serta memerintah. Jadi,

tidak ada Pencipta selain Allah, tidak ada pemilik selain Allah, dan tidak ada perintah selain perintah dari-Nya. Allah telah berfirman, yang artinya: Ingatlah, menciptakan dan memerintah hanya hak Allah. Mahasuci Allah, Rabb semesta alam. (Al Araaf 54) Yang (berbuat) demikian itulah Allah Rabbmu, kepunyaan-Nyalah kerajaan. Dan orang-orang yang kamu seru (sembah) selain Allah tidak mempunyai apa-apa walaupun setipis kulit ari. (Faathir 13) Tidak ada makhluk yang mengingkari kerububiyahan Allah, kecuali orang yang congkak sedang ia tidak meyakini kebenaran ucapannya, seperti yang dilakukan Firaun ketika berkata kepada kaumnya, Akulah tuhanmu yang paling tinggi. (An Naaziaat 24), dan juga ketika berkata, Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui tuhan bagimu selain aku. (Al Qashash 38) Allah berfirman, yang artinya: Dan mereka mengingkarinya karena kezhaliman dan kesombongan mereka padahal hati mereka meyakini (kebenaran)nya. (An Naml 14) Nabi Musa berkata kepada Firaun: Sesungguhnya kamu telah mengetahui bahwa tiada yang menurunkan mukjizat-mukjizat itu kecuali Rabb Yang memelihara langit dan bumi sebagai bukti-bukti yang nyata; dan sesungguhnya aku mengira kamu, hai Firaun, seorang yang akan binasa. (Al Israa 102) Oleh karena itu, sebenarnya orang-orang musyrik mengakui rububiyah Allah, meskipun mereka menyekutukan-Nya dalam uluhiyah (penghambaan). Allah berfirman, yang artinya: Katakanlah: Kepunyaan siapakah bumi ini, dan semua yang ada padanya, jika kamu mengetahui? Mereka akan menjawab, Kepunyaan Allah. Katakanlah: Maka apakah kamu tidak ingat? Katakanlah: Siapakah Yang Empunya langit yang tujuh dan Yang Empunya Arsy yang besar? Mereka akan menjawab: Kepunyaan Allah. Katakanlah: Apakah kamu tidak

bertaqwa? Katakanlah: Siapakah yang di tangan-Nya berada kekuasaan atas segala sesuatu, sedang Dia melindungi, tetapi tidak ada yang dapat dilindungi dari (adzab)-Nya, jika kamu mengetahui? Mereka akan menjawab: Kepunyaan Allah. Katakanlah: (Kalau demikian), maka dari jalan manakah kamu ditipu? (Al Muminuun 84-89) Dan sungguh jika kamu bertanya kepada mereka: Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?, niscaya mereka akan menjawab, Semuanya diciptakan oleh Yang Mahaperkasa lagi Maha Mengetahui. (Az Zukhruf 9) Dan sungguh jika kamu bertanya kepada mereka: Siapakah yang menciptakan mereka?, niscaya mereka menjawab: Allah, maka bagaimanakah mereka dapat dipalingkan (dari menyembah Allah)? (Az Zukhruf 87) Perintah Allah mencakup perintah alam semesta (kauni) dan perintah syara (syari). Dia adalah pengatur alam, sekaligus sebagai pemutus segala perkara, sesuai dengan tuntutan hikmah-Nya. Dia juga pemutus peraturanperaturan ibadah serta hukum-hukum muamalat sesuai dengan tuntutan hikmah-Nya. Oleh karena itu barangsiapa menyekutukan Allah dengan seorang pemutus ibadah atau pemutus muamalat, maka dia berarti telah menyekutukan Allah serta tidak mengimani-Nya. 3.Mengimani Uluhiyah Allah Artinya, benar-benar mengimani bahwa Dialah ilah yang benar dan satusatunya, tidak ada sekutu bagi-Nya. Al-Ilah artinya al-maluh, yakni sesuatu yang disembah dengan penuh kecintaan serta pengagungan. Allah berfirman, yang artinya: Dan Tuhanmu adalah Tuhan Yang Maha Esa; tidak ada Tuhan melainkan Dia. Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. (Al Baqarah 163) Allah menyatakan bahwa tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia yang menegakkan keadilan. Para malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan demikian). Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia yang Mahaperkasa lagi Mahabijaksana. (Al Imran 18)

Allah berfirman tentang Lata, Uzza, dan Manat yang disebut sebagai Tuhan, namun tidak diberi hak uluhiyah: Allah Taala berfirman, yang artinya: Itu tidak lain hanyalah nama-nama yang kamu dan bapak-bapak kamu mengada-adakannya; Allah tidak menurunkan suatu keterangan pun untuk (menyembah)nya (An Najm 23) Setiap sesuatu yang disembah selain Allah, uluhiyahnya adalah batil. Allah Taala berfirman, yang artinya: (Kuasa Allah) yang demikian itu adalah karena sesungguhnya Allah, Dialah (Tuhan) Yang Haq dan sesungguhnya apa saja yang mereka seru selain dari Allah, itulah yang batil, dan sesungguhnya Allah, Dialah Yang Mahatinggi lagi Mahabesar. (Al Hajj 62) Allah juga berfirman tentang Nabi Yusuf yang berkata kepada dua temannya di penjara, yang artinya: Hai kedua temanku dalam penjara, manakah yang baik, tuhan-tuhan yang bermacam-macam itu ataukah Allah Yang Maha Esa lagi Mahaperkasa? Kamu tidak menyembah yang selain Allah, kecuali hanya (menyembah) nama-nama yang kamu dan nenek moyangmu membuatbuatnya. Allah tidak menurunkan suatu keterangan pun tentang nama-nama itu (Yusuf 40) Oleh karena itu para rasul berkata kepada kaum-kaumnya: Sembahlah Allah oleh kamu sekalian, sekali-kali tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Maka mengapa kamu tidak bertaqwa (kepada-Nya)? (Al Muminun 32) Orang-orang musyrik tetap saja mengingkarinya. Mereka masih saja mengambil tuhan selain Allah. Mereka menyembah, meminta bantuan dan pertolongan kepada tuhan-tuhan itu dengan menyekutukan Allah. Pengambilan tuhan-tuhan yang dilakukan orang-orang musyrik ini telah dibatalkan oleh Allah dengan dua bukti: a. Tuhan-tuhan yang diambil itu tidak mempunyai keistimewaan uluhiyah sedikit pun, karena mereka adalah makhluk, tidak dapat menciptakan, tidak dapat menarik kemanfaatan, tidak dapat menolak bahaya, tidak memiliki hidup dan mati, tidak memiliki sedikit pun dari langit dan tidak pula ikut memiliki keseluruhannya. Allah berfirman, yang artinya:

Mereka mengambil tuhan-tuhan selain daripada-Nya (untuk disembah), yang tuhan-tuhan itu tidak menciptakan apa pun, bahkan mereka sendiri diciptakan dan tidak kuasa untuk (menolak) sesuatu kemudharatan dari dirinya dan tidak (pula untuk mengambil) sesuatu kemanfaatan pun dan (juga) tidak kuasa mematikan, menghidupkan dan tidak (pula) membangkitkan. (Al Furqan 3) Katakanlah: Serulah mereka yang kamu anggap (sebagai tuhan) selain Allah. Mereka tidak memiliki (kekuasaan) seberat zarrah pun di langit dan di bumi, dan mereka tidak mempunyai suatu saham pun dalam (penciptaan) langit dan bumi, dan sekali-kali tidak ada di antara mereka yang menjadi pembantu bagi-Nya. Dan tiadalah berguna syafaat di sisi Allah, melainkan bagi orang yang telah diijinkan-Nya memperoleh syafaat (Saba 22-23) Apakah mereka mempersekutukan Allah (dengan) berhala-berhala yang tak dapat menciptakan sesuatu pun? Sedangkan berhala-berhala itu sendiri buatan orang. Dan berhala-berhala itu tidak mampu memberi pertolongan kepada penyembah-penyembahnya dan kepada dirinya sendiri pun berhalaberhala itu tidak dapat memberi pertolongan. (Al Araaf 191-192) Kalau demikian keadaan tuhan-tuhan itu, maka sungguh sangat tolol dan sangat batil bila menjadikan mereka sebagai ilah dan tempat meminta pertolongan. b. Sebenarnya orang-orang musyrik mengakui bahwa Allah adalah satu-satunya Rabb, Pencipta, yang ditangan-Nya kekuasaan segala sesuatu. Mereka juga mengakui bahwa hanya Dialah yang dapat melindungi dan tidak ada yang dapat melindungi-Nya. Ini mengharuskan pengesaan uluhiyah (penghambaan), seperti mereka mengesakan rububiyah (ketuhanan) Allah. Allah Taala berfirman: Hai manusia, sembahlah Rabbmu yang telah menciptakanmu dan orangorang yang sebelummu, agar kamu bertaqwa. Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap. Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buahbuahan sebagai rezeki untukmu; karena itu janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah, padahal kamu mengetahui. (Al Baqarah 21-22) Dan sungguh jika kamu bertanya kepada mereka: Siapakah yang menciptakan mereka?, niscaya mereka menjawab: Allah. Maka bagaimanakah mereka dapat dipalingkan (dari menyembah Allah)?

(Az Zukhruf 87) Katakanlah: Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang kuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup, dan siapakah yang mengatur segala urusan? Maka katakanlah: Mengapa kamu tidak bertaqwa (kepadaNya)? Maka (Zat yang demikian) itulah Allah Rabb kamu yang sebenarnya. Tidak ada sesudah kebenaran itu, melainkan kesesatan. Maka bagaimanakah kamu dipalingkan (dari kebenaran)? (Yunus 31-32) 4.Mengimani Asma dan Sifat Allah Iman kepada nama-nama dan sifat-sifat Allah yakni menetapkan nama-nama dan sifat-sifat yang sudah ditetapkan Allah untuk diri-Nya dalam kitab suci-Nya atau sunnah Rasul-Nya dengan cara yang sesuai dengan kebesaran-Nya tanpa tahrif (penyelewengan), tathil (penghapusan), takyif (menanyakan bagaimana?), dan tamsil (menyerupakan). Allah berfirman, yang artinya: Allah mempunyai asmaaul husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asmaaul husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-nama-Nya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan. (Al Araaf 180) Allah mempunyai sifat yang Mahatinggi; dan Dialah Yang Mahaperkasa lagi Mahabijaksana. (An Nahl 60) Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia, dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (Asy Syuura 11) Dalam perkara ini ada dua golongan yang tersesat, yaitu: 1. Golongan Muaththilah, yaitu mereka yang mengingkari nama-nama dan sifat-sifat Allah atau mengingkari sebagiannya saja. Menurut perkiraan mereka, menetapkan nama-nama dan sifat itu kepada Allah dapat

menyebabkan tasybih (penyerupaan), yakni menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya. Pendapat ini jelas keliru karena: a. Sangkaan itu akan mengakibatkan hal-hal yang bathil atau salah, karena Allah telah menetapkan untuk diri-Nya nama-nama dan sifat-sifat, serta telah menafikan sesuatu yang serupa dengan-Nya. Andaikata menetapkan namanama dan sifat-sifat itu menimbulkan adanya penyerupaan, berarti ada pertentangan dalam kalam Allah serta sebagian firman-Nya akan menyalahi sebagian yang lain. b. Kecocokan antara dua hal dalam nama dan sifatnya tidak mengharuskan adanya persamaan. Anda melihat ada dua orang yang keduanya manusia, mendengar, melihat, dan berbicara, tetapi tidak harus sama dalam maknamakna kemanusiaannya, pendengarannya, penglihatannya, dan pembicaraannya. Anda juga melihat beberapa binatang yang punya tangan, kaki, dan mata, tetapi kecocokannya itu tidak mengharuskan tangan, kaki dan mata mereka sama. Apabila antara makhluk-makhluk yang cocok dalam nama atau sifatnya saja jelas memiliki perbedaan, maka tentu perbedaan antara Khaliq (Pencipta) dan makhluk (yang diciptakan) akan lebih jelas lagi. 2. Golongan Musyabbihah, yaitu golongan yang menetapkan nama-nama dan sifat-sifat, tetapi menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya. Mereka mengira hal ini sesuai dengan nash-nash Al Quran, karena Allah berbicara dengan hamba-Nya dengan sesuatu yang dapat dipahaminya. Anggapan ini jelas keliru ditinjau dari beberapa hal, antara lain: a. Menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya jelas merupakan sesuatu yang bathil, menurut akal maupun syara. Padahal tidak mungkin nash-nash kitab suci Al Quran atau Sunnah rasul menunjukkan pengertian yang bathil. b. Allah Taala berbicara dengan hamba-hamba-Nya dengan sesuatu yang dapat dipahami dari segi asal maknanya. Hakikat makna sesuatu yang berhubungan dengan zat dan sifat Allah adalah hal yang hanya diketahui oleh Allah saja. Apabila Allah menetapkan untuk diri-Nya bahwa Dia Maha Mendengar, maka pendengaran itu sudah maklum dari segi maknanya, yaitu menemukan suara-suara. Tetapi hakikat hal itu dinisbatkan kepada pendengaran Allah tidak maklum, karena hakikat pendengaran jelas berbeda, walau pada makhluk sekali pun. Jadi perbedaan hakikat itu antara Pencipta dan yang diciptakan jelas lebih jauh berbeda. Apabila Allah memberitahuan tentang diri-Nya bahwa Dia bersemayam di atas Arsy-Nya, maka bersemayam dari segi asal maknanya sudah maklum, tetapi hakikat bersemayamnya Allah itu tidak dapat diketahui. Buah Iman kepada Allah: 1. Merealisasikan pengesaan Allah sehingga tidak menggantungkan harapan kepada selain Allah, tidak takut kepada yang lain, dan tidak menyembah kepada selain-Nya.

2. Menyempurnakan kecintaan terhadap Allah, serta mengagungkan-Nya sesuai dengan nama-nama-Nya yang indah dan sifat-sifat-Nya yang mahatinggi. 3. Merealisasikan ibadah kepada Allah dengan mengerjakan apa yang diperintah serta menjauhi apa yang dilarang-Nya. Mahasiswa Reply | Threaded | More Jun 01, 2010; 1:20pm

Ke Arah Memahami Dasar-dasar Akidah - Us Din Tantawi


In reply to this post by Mahasiswa

KEARAH MEMAHAMI DASAR-DASAR AQIDAH

1 - MAKNA AQIDAH DAN PERANANNYA SEBAGAI LANDASAN (DASAR) DALAM BERAGAMA Aqidah berasal dari kata aqd yang membawa maksud pengikatan (iqtikad). Maksudnya saya mengikat hati terhadap hal tersebut. Aqidah adalah apa yang diyakini oleh seseorang. Jika dikatakan, Dia mempunyai aqidah yang benar, bererti aqidahnya adalah bebas daripada keraguan. Aqidah merupakan perbuatan hati, iaitu kepercayaan hati dan pembenarannya kepada sesuatu. Definisi Aqidah Secara Syara Iaitu iman kepada allah, para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para RasulNya, dan kepada Hari akhirat serta Qadar yang baik mahupun yang buruk. Hal ini disebut juga sebagai rukun iman. Syariat terbahagi kepada dua bahagian: 1 - Iqtiqadiyah 2 amaliyah Iqtiqadiyah adalah hal-hal yang tidak berhubungan dengan tatacara amal. Seperti iqtiqad (kepercayaan) terhadap Rubbubiyyah Allah dan kewajiban beribadah kepada-Nya, juga beriqtiqad terhadap rukun-rukun iman yang lain. Hal ini disebut ashliyah (pokok agama). Maka aqidah yang benar adalah asas bagi bangunan agama serta merupakan syarat sahnya amalan. Sebagaimana firman Allah s.w.t. berikut:

19 posts

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya Aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang satu; oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya". (al-Kahfi: 110) Dan Sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (Wahai Muhammad) dan kepada Nabi-nabi yang terdahulu daripadamu: "Demi sesungguhnya! jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu Yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugi. (az-Zumar: 65) (2) 3( ) Sesungguhnya Kami menurunkan al-Quran ini kepadamu (Wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepada-Nya. Ingatlah! (hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari Segala rupa syirik). Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): "Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya", - Sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukanbukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik). (az-Zumar: 2-3) Ayat-ayat di atas dan yang seumpamanya, yang jumlahnya amat banyak, menunjukkan bahawa segala amal tidak akan diterima jika tidak bersih dari syirik. Kerana itulah perhatian Nabi s.a.w. yang pertama kali di-dakwahkan (disampaikan dan diterapkan) adalah hal-hal perlurusan dan pemurnian aqidah. Dan merupakan hal yang paling utama dan pertama yang didakwahkan oleh para rasul kepada setiap umatnya adalah menyembah Allah semata-mata dan meninggalkan segala yang dituhankan selain Dia

(menghapuskan syirik). Sebagaimana firman Allah berikut: Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut". maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat Yang mendustakan rasul-rasulNya. (an-Nahl: 36) Sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Nuh kepada kaumnya, lalu berkatalah ia: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadanya. Sesungguhnya Aku bimbang, kamu akan ditimpa azab hari Yang besar (hari kiamat)" (al-Araaf: 59) Dan kepada kaum Aad, (Kami utuskan) saudara mereka: Nabi Hud. ia berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadanya. oleh itu, tidakkah kamu mahu bertaqwa kepadanya? " (al-Araaf: 65, rujuk juga 73 dan 85) Pernyataan tersebut diucapkan oleh Nabi Nuh, Hud, Saleh, Syuaib, dan seluruh rasul a.s. Dan selama 13 tahun baginda Nabi s.a.w. di Makkah sesudah kerasulannya, baginda mengajak manusia kepada tauhid dan pemurnian aqidah, kerana hal itu merupakan landasan (asas) bangunan (binaan) Islam. Para dai dan para pemurni agama dalam setiap masa telah mengikuti jejak para rasul dalam manhaj dakwah mereka ini. Iaitu mereka memulakan dakwah mereka bermula dari asas ketauhidan dan penerapan aqidah yang tulen, dan kemudiannya barulah mereka mengajak kepada seluruh perintah Islami yang lain.

2 - SUMBER-SUMBER AQIDAH YANG BENAR DAN MANHAJ SALAF DALAM MENGAMBIL AQIDAH

Aqidah adalah tauqifiyah. Yang mana ertinya, tidak boleh ditetapkan kecuali dengan dalil syari, tidak ada medan ijtihad dan pendapat di dalam-nya. Kerana itulah sumber-sumbernya terbatas kepada apa yang ada di dalam alQuran dan as-Sunnah. Sebab tidak seorang pun yang lebih mengetahui tentang Allah, tentang sebarang apa yang wajib bagi-Nya dan apa yang harus disucikan dari-Nya melainkan Allah sendirilah yang sedia mengetahui. Dan tidak seorang pun sesudah Allah yang lebih mengetahui tentang Allah selain Rasulullah s.a.w. Oleh yang demikian, manhaj salafus soleh (golongan beriman yang terdahulu) dan para pengikutnya dalam mengambil aqidah terbatas kepada al-Quran dan as-Sunnah. Maka segala apa yang ditunjukkan oleh al-Quran dan as-Sunnah tentang hak Allah mereka mengimaninya, meyakininya dan mengamalkannya. Sedangkan apa yang tidak ditunjukkan oleh al-Quran dan as-Sunnah mereka menolak dan menafikannya dari Allah. Kerana itu tidak ada pertentangan di antara mereka di dalam iqtiqad. Bahkan aqidah mereka adalah satu dan jamaah mereka juga satu. Kerana Allah sudah menjamin orang yang berpegang teguh dengan al-Quran dan sunnah rasul-Nya dengan kesatuan kata, kebenaran aqidah dan kesatuan manhaj (dasar prinsip). Allah s.w.t. berfirman: Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; (Ali Imran: 103) Allah berfirman: "Turunlah kamu berdua dari syurga itu, bersama-sama, dalam keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain; kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu, maka sesiapa yang mengikut petunjuk-Ku itu nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab sengsara. (Thaha: 123) Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak kepada Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnah Rasul-Nya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: "Kami dengar dan Kami taat": dan mereka itulah orangorang yang beroleh kejayaan. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut melanggar perintah Allah, serta menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang yang beroleh

kemenangan. (an-Nuur: 51-52) Dan mereka inilah golongan yang selamat (firqatun-najiyah). Di dalam sabda Rasulullah s.a.w. (maksudnya): Ketahuilah, sesungguhnya orang-orang sebelum kamu dari ahlu kitab telah berpecah belah menjadi 72 golongan. Dan sesungguhnya agama ini (Islam) akan berpecah-belah menjadi 73 golongan, 72 golongan tempatnya di dalam neraka dan satu golongan di dalam syurga, iaitu al-Jamaah. (Hadis Riwayat Abu Duad, Ahmad, ad-Darimi, al-Ajury, al-Lalikaiy. Disahihkan oleh al-Hakim, dan disepakati oleh Imam Az-Zhahabi) Dalam riwayat yang lain disebutkan; Semua golongan tersebut tempatnya di Neraka kecuali satu (iaitu) yang aku dan para sahabatku meniti di atasnya. (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, dinilai Hasan oleh al-Albani) Ketika Rasulullah memberitahukan bahawa umat ini akan terpecah menjadi 73 golongan yang kesemuanya di neraka, kecuali satu golongan. Baginda Rasulullah ditanya tentang perihal siapa yang satu itu..., lalu baginda Rasulullah s.a.w. menjawab; Mereka adalah orang yang berada di atas ajaran yang sama dengan ajaranku pada hari ini, dan para sahabatku. (Hadis Riwayat Ahmad) Kebenaran sabda baginda Rasulullah s.a.w. tersebut telah terbukti ketika sebahagian manusia membangunkan aqidah dan manhaj mereka di atas selain kitab Allah dan sunnah yang sahih, iaitu dengan mengambil landasan ilmu kalam (mantiq dan aqal) yang diwarisi daripada falsafah Yunani dan Romawi. Maka atas sebab itulah, terjadinya pelbagai penyimpangan dan perpecahan dalam hal aqidah yang mana seterusnya mengakibatkan pecahnya umat dan retaknya masyarakat Islam kepada pelbagai jenis firqah (kelompok perpecahan) dan manhaj beragama yang berbeza-beza.

3 - BEBERAPA FAKTOR UTAMA TERJADINYA PENYIMPANGAN AQIDAH 1 Kebodohan terhadap aqidah yang sahih. Ini berlaku adalah atas sebab tidak mahu mempelajari serta mendalami ilmu aqidah itu sendiri. Kurangnya inisitif untuk menyebarkan aqidah yang benar ke dalam diri setiap masyarakat yang ada. Ramai yang sengaja menjauhkan diri (berlepas diri) daripada mempelajari aqidah yang tulen ini. Sehingga tumbuhlah generasi yang tidak mengenal aqidah yang sahih dan juga tidak mengetahui yang haq atau batil. Akibatnya mereka meyakini yang haq sebagai sesuatu yang batil

dan yang batil dianggap sebagai yang haq. Sebagaimana yang pernah dikatakan oleh Saidina Umar r.a.: Sesungguhnya ikatan simpul Islam akan pudar satu demi satu, manakala di dalam Islam terdapat orang yang tumbuh tanpa mengenal kejahilan. 2 Faktor yang kedua adalah kerana Taksub (fanatik) kepada sesuatu yang diwarisi dari puak-puak mereka atau orang-orang tua mereka, sekalipun hal itu jelas kebatilannya, dan mencampakkan apa yang menyalahinya, sekalipun hal itu benar. Sebagaimana yang difirmankan allah s.w.t.: Dan apabila dikatakan kepada mereka: Turutlah akan apa Yang telah diturunkan oleh Allah mereka menjawab: "(Tidak), bahkan Kami (hanya) menurut apa Yang Kami dapati datuk nenek kami melakukannya". Patutkah (Mereka menurutnya) sekalipun datuk neneknya itu tidak faham sesuatu (Apa pun tentang perkara-perkara agama), dan tidak pula mendapat petunjuk hidayah (dari Allah)? (al-Baqarah: 170) 3 Taqilid buta, dengan mengambil pendapat manusia dalam masalah aqidah tanpa mengetahui dalilnya dan tanpa menyelidiki seberapa jauh kebenarannya. Sebagaimana yang terjadi pada golongan-golongan seperti Muktazilah, Jahmiyah, dan lain-lainnya. Mereka bertaqlid kepada orangorang sebelum mereka dari para imam yang sesat, sehingga mereka juga mengikut kesesatan imam ikutan mereka itu dan menyimpang jauh dari aqidah yang sahih. Dan janganlah Engkau mengikut apa Yang Engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa Yang dilakukannya. (al-Israa: 36) 4 Ghuluw (berlebih-lebihan) dalam mencintai para wali, para imam, dan orang-orang soleh, serta mengangkat mereka di atas darjat yang melebihi kewajaran, sehingga meyakini pada diri mereka sesuatu yang tidak mampu dilakukan kecuali oleh allah, baik berupa mendatangkan kemanfaatan mahupun menolak kemudharatan. Juga menjadikan para wali itu sebagai perantara Allah dan makhluk-Nya, sehingga sampai pada tingkat penyembahan para wali tersebut dan bukan menyembah Allah. Mereka bertaqarrub kepada kuburan para wali itu dengan haiwan kurban, nadzar, doa-doa, istighatsah, dan meminta pertolongan. Sebagaimana yang terjadi

kepada kaum Nabi Nuh a.s.: "Dan (Ketua-ketua) mereka (menghasut dengan) berkata: `Jangan kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu, terutama (penyembahan) Wadd, dan Suwaa', dan Yaghuth, dan Ya'uuq, serta Nasr. (Nuh: 23) Dan demikianlah yang terjadi pada pengagung-pengagung kuburan di pelbagai negeri sekarang ini. 5 Ghaflah (lalai) daripada menghayati ayat-ayat Allah yang terhampar di jagat raya ini (ayat-ayat kauniyah) dan ayat-ayat Allah tertuang dalam KitabNya (ayat-ayat Quraniyah). Di samping itu, juga terbuai dengan hasil-hasil teknologi dan kebudayaan, sehingga mengira bahawa itu semua adalah hasil ciptaan manusia semata-mata, sehingga mereka mengagung-agungkan manusia serta menisbatkan seluruh kemajuan ini kepada jerih payah dan penemuan manusia semata-mata. Sebagaimana kesombongan Qarun yang mengatakan: Qarun menjawab (dengan sombongnya): "Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Kalaulah Qarun bijak pandai) tidakkah ia mengetahui dan pandai memahami, Bahawa Allah telah membinasakan sebelumnya, dari umat-umat yang telah lalu, orang-orang yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta kekayaan? dan (ingatlah) orang-orang yang berdosa (apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka, (kerana Allah sedia mengetahuinya). (al-Qashash: 78) Dan sebagaimana perkataan orang lain yang juga sombong: Dan Demi sesungguhnya! jika Kami beri dia merasai sesuatu rahmat dari Kami sesudah ia ditimpa sesuatu kesusahan, berkatalah ia (dengan sikap tidak bersyukur): "Ini ialah hakku (hasil usahaku semata-mata), dan aku tidak fikir bahawa hari kiamat akan berlaku; dan kalaulah aku dikembalikan kepada Tuhanku (sekalipun), sudah tentu aku akan beroleh kebaikan di sisiNya (seperti kesenanganku sekarang ini)!" maka Demi sesungguhnya! Kami akan memberi tahu kepada orang-orang aang kufur ingkar itu akan keburukan apa aang mereka telah kerjakan, dan Kami akan beri mereka merasai azab seksa yang seberat-beratnya.

(Fushilat: 50) Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari kami, berkatalah ia (dengan sombongnya): "Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah ia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu). (az-Zumar: 49) Mereka tidak berfikir dan tidak pula melihat keagungan Tuhan yang telah menciptakan alam ini dan yang telah memperlihatkan berbagai macam keistimewaan di dalam-nya. Juga yang telah menciptakan manusia lengkap dengan bekal ilmu dan kemampuan yang berguna untuk menemukan keistimewaan-keistimewaan alam serta mengaplikasikannya demi kepentingan manusia. "Padahal Allah Yang mencipta kamu dan benda-benda Yang kamu buat itu!" (as-Shaffat: 96) Patutkah mereka (membutakan mata) tidak mahu memperhatikan alam langit dan bumi dan segala yang diciptakan oleh Allah, dan (memikirkan) bahawa harus telah dekat ajal kebinasaan mereka? maka kepada perkataan yang mana lagi sesudah (datangnya Kalamullah Al-Quran) itu mereka mahu beriman? (al-Araaf: 185) 6 Pada umumnya rumah tangga dan institusi kekeluargaan sekarang ini kosong dari pengisian dan pendidikan yang benar menurut Islam. Padahal baginda Rasulullah s.a.w. telah bersabada: Setiap bayi itu dilahirkan atas dasar fitrah (Islam). Maka kedua orang tuanyalah yang (kemudian) menjadikannya Yahudi, Nasrani, atau Majusi. (Hadis Riwayat Bukhari) Jadi, di sini jelas bahawa orang tua atau ahli keluarga perlu memainkan

peranan dalam hal-hal pendidikan anak-anak mereka kepada akidah yang benar. 7 Enggannya media melaksanakan tugasnya. Sistem pendidikan di sektor pendidikan juga tidak menerapkan perihal pendidikan yang sewajarnya berkaitan aqidah yang sebenar. Malahan, media maklumat samaada media cetak atau elektronik berubah menjadi sarana penghancur dan perosak, atau paling tidak hanya memfokuskan pada hal-hal yang bersifat materialistik dan hiburan semata-mata. Tidak memperhatikan hal-hal yang dapat meluruskan moral dan menanamkan aqidah serta menangkis aliran-aliran sesat. Dari sini, muncullah generasi yang telanjang tanpa asas pertahanan (iman), dan tidak berdaya berhadapan dengan pasukan kekufuran yang lengkap persenjataannya.

4 - BEBERAPA LANGKAH MENGATASI PENYIMPANGAN AQIDAH 1 Kembali kepada Kitabullah dan Sunnah Rasulullah s.a.w. untuk mengambil aqidah yang sebenar. Dan mengambilnya sebagaimana para salafus soleh mengambilnya. Mempelajari aqidah yang benar dan berupaya membezakan fahaman yang menyimpang. 2 Memberi perhatian pada pengajaran aqidah sahih, aqidah yang dipegang oleh para salaf (golongan terdahulu), di pelbagai lapangan pendidikan. Memberi ruang pengajian yang baik serta mengadakan pengawalan yang ketat dalam menyediakan sumber-sumber ini. 3 Harus ditetapkan kitab-kitab salaf yang bersih sebagai wadah (bahan) pengajian. Sedangkan kitab-kitab kelompok yang menyeleweng haruslah dijauhkan. 4 Menyebarkan para dai yang meluruskan aqidah umat Islam dengan mengajarkan aqidah salaf serta menjawab dan menolak seluruh aqidah yang batil. Sumber: Kitab Tauhid - jilid 1, Sheikh Soleh bin Fauzan bin Abdullah alFauzan, (edisi terjemahan), Darul Haq, Cetakan ke-3 (2000). Mahasiswa Reply | Threaded | More Jun 01, 2010; 1:23pm

Pemuda, Masa Depan Ummah Di Tanganmu - Us Din Tantawi

In reply to this post by Mahasiswa

Pemuda : Masa Depan Ummah ditanganmu. Dapat diperhatikan secara jelas , bagaimana dunia Islam hari ini sedang dikepong oleh musuh musuhnya dari segenap arah . Bahkan permusuhan mereka terhadap Islam kian ketara dan mereka seperti tidak sabar lagi mahu melihat Islam ini hancur dan ummahnya musnah . Sepanjang kembara tarbiyah , saya bersama Ustaz Zulqarnain dan Ir. Hj Khairil akan mengambil sebahagian masa untuk membincangkan apakah langkah dan bagaimana pula tindakan yang mesti diambil oleh kita selaku seorang muslim bagi mempertahankan Islam dan membantu ummat ini kembali bangkit bersama Izzah Islam . Saya juga mengharapkan agar pemuda pemuda Islam tidak memandang remeh akan perkara ini jauh sekali memandang sepi ke arahnya tanpa sebarang reaksi , sedang ummah sangat memerlukan sentuhan pemuda Islam bagi menyelamatkan mereka dan generasi yang mendatang. Pemuda mestilah peka dan sensitive malah bersikap responsive terhadap pergerakkan musuh yang mungkin sukar dikesan oleh orang awam justeru mereka sering berselindung disebalik peraturan , undang undang , Ngo , pergerakan kebajikan , hak asasi , kebebasan media dan seumpamanya . Pemuda jangan lengah untuk bingkas menjawab segala tohmahan yang dilemparkan kepada Islam dan jangan sekali kali lena di saat musuh bertubi arus mengarahkan serangan pemikiran kepada ummat Islam . 19 posts Pemuda sewajarnya bersatu dan jangan sekali kali pecah hati dan retak solidarity dalam mengumpul segala upaya dan kekuatan berhadapan dengan ancaman musuh yang datang dengan perancangan rapi serta sistematik . ANTARA TAKTIK MUSUH ISLAM Al Marhum Abu Aala Al Maududi rhm. Pernah menyebut di dalam bukunya yang berjudul Tanggungjawab Pemuda Islam Hari ini , bahawa musuh musuh Islam begitu licik mengatur strategi untuk melemahkan Islam dan ummatnya. Antara taktik mereka ialah : PERTAMA : Merombak sistem pelajaran dan pendidikan adalah antara menjadi tujuan penjajahan . Setiap kali berjaya menguasai sesebuah negara Islam, mereka biasanya terus menghapuskan sistem pelajaran dan pendidikan kita jika mereka mampu. Atau mereka akan jadikan orang-orang yang berkelulusan menurut sistem pelajaran kita tidak ubah seperti barang yang tidak berharga dan seperti suatu benda yang hanya layak ditempatkan di dalam tong sampah. KEDUA :

Menukar dan menghapus bahasa tempatan umat Islam dengan mengunakan cara yang halus. Mereka tidak akan membiarkan bahasa umat Islam yang telah ditawan itu mempunyai nilai yang tinggi. Mereka singkirkan bahasabahasa itu agar tidak digunakan dalam bidang pelajaran dan pendidikan. Mereka juga tidak akan mengekalkan bahasa tempatan sebagai bahasa rasmi dalam sektor pentadbiran negara. Mereka kuatkuasakan bahasa mereka menjadi bahasa rasmi di dalam urusan pendidikan dan pentadbiran negara sebagai pengganti bahasa yang telah dimusnahkan itu. Taktik-taktik yang kotor itu telah pun diamalkan dalam negara-negara Islam oleh semua penjajah barat seperti Belanda, Inggeris, Perancis dan Itali. Begitu juga Russia dan China. Seolah-olah mereka semua telah mengadakan persetujuan bersama dalam mengunakan taktik ini. KETIGA : Membentuk angkatan baru yang buta (jahil) Islam. Penjajah barat telah mencipta dalam negara-negara Islam melalui cara yang amat halus suatu generasi baru yang jahil tentang Islam yang suci. Mereka ini jahil tentang asas utama akidah, syariat, sejarah Islam yang agong dan tamaddun mereka yang hebat. Ini hanyalah satu sudut, manakala sudut lain pula generasi ini telah dicelup aliran pemikiran nya sehingga caracara berfikir dan pandangan mereka terhadap perilaku sesuatu itu mengikut kacamata materialisma barat. Dari generasi yang berhaluan barat ini tumbuh pula generasi baru yang lain, yang sudah dapat dipastikan generasi yang belakang ini akan lebih lemah lagi pegangannya terhadap ajaran Islam dibandingkan dengan generasi sebelumnya. Mereka lebih kuat dalam mempertahankan tamaddun barat, lebih cinta kepada kebudayan barat dan lebih yakin terhadap falsafah barat yang berkaitan dengan kehidupan manusia. DI ANTARA KEWAJIPAN PEMUDA ISLAM Anda semua mestilah benar-benar menjadi muslim , baik dari segi ilmu pengetahuan mahupun dari segi fikiran. Juga agar anda benar-benar menjadi muslim dari segi hati dan perasaan, supaya anda mendapat sebesar-besar habuan daripada kemampuan yang cukup lengkap dan berada di dalam kelengkapan yang pasti untuk melaksanakan kerja kemasyarakatan di zaman sekarang yang sesuai dengan perundangan dan ajaran Islam. Anda semua mesti segera memperbetulkan budipekerti yang telah menyeleweng, memperbaiki adat yang telah rosak sehingga anda dapat memperlihatkan perkara secara praktikal bagi Islam seperti mana datuk nenek kita telah memperlihatkannya pada masa lampau.

Hendaklah anda semua mengetahui bahawa percanggahan antara perkataan dengan amalan itu akan menuumbuhkan bibit-bibit nifaq dalam jiwa. Ia akan menghilangkan kepercayaan. Sesungguhnya kejayaan akan bergantung kepada kejujuran dan niat anda, benar di dalam keazaman dan keselarasan di antara amalan anda dengan perkataan anda. Sesungguhnya seseorang yang berkata apa yang ia tidak lakukan akan mendatangkan kemudaratan besar terhadap dakwahnya. Firman Allah : * Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman ! Mengapa kamu berkata barang yang kamu tidak buat. Besarlah kemurkaan di sisi Allah bahawa kamu berkata barang yang kamu tidak buat. ( Surah Al-Sof : 2-3 ) Janganlah anda merasa sayang untuk mencurahkan segala apa yang anda mampu melalui fikiran dan tenaga bekerja yang Allah kurniakan kepada anda untuk berdakwah. Samada dengan tulisan atau dengan ucapan. Hendaklah anda mengkaji asasasas tamaddun barat dan mengkritik serta membezakan di antara asas yang silap dengan yang betul. Anda perlu dapat membebaskan fikiran dan jiwa orang Islam dari meniru orang-orang barat. Anda hendaklah mampu menghancurkan berhala-berhala dan teori-teori barat kerana teori ini telah banyak menipu segolongan orang-orang Islam sejak zaman berzaman. Ini hanyalah satu sudut, manakala sudut yang lain pula hendaklah anda bertugas menyusun dan membentangkan undangundang Islam yang bersangkutan dengan kehidupan manusia dengan caracara yang paling munasabah dan mudah dalam mempraktikan supaya dapat menarik dan meyakinkan generasi baru bahawa undang-undang Islam itu adalah betul dan baik. Anda hendaklah mampu meyakinkan mereka bahawa jika mereka mengamalkan sistem Islam mereka bukan sahaja akan maju ke depan, malah mereka akan mendahului bangsa lain dalam semua cabang kehidupan. Sesungguhnya makin luas daerah kegiatan kerja anda dan makin betul dengan manhaj Islam maka makin bertambah banyaklah bilangan pendakwah, bilangan pendokongnya dan bilangan orang yang berpengaruh dengannya di dalam tiap perjuangan hidup. Dan tugas anda ini hendaklah diteruskan untuk jangka masa yang panjang hingga tiba suatu hari, di mana akan lahir kumpulan manusia yang ramai, yang beriman dengan tugas dakwah dan bergabung di bawah panji dakwah Islamiyyah.

Kumpulan ini sangat kita perlukan untuk mengikat bangunan negara di atas tiang-tiang seri yang berlandaskan Islam. Termasuk di dalam perkara sia-sia sekiranya kita mengira bahawa perubahan Islam secara lengkap dan sempurna boleh wujud dengan tidak didahuluinya oleh persiapan yang cukup. Jika di takdirkan perkara itu berhasil juga dengan tiada persiapan yang cukup lengkap maka perkara itu tidak akan tahan lama dan terasnya tidak akan bertapak kukuh di bumi. Hendaklah anda gabungkan tiap-tiap orang yang berminat dengan dakwah Islamiyah kepada usrah dan kumpulan anda. Hendaklah anda menyusun orang-orang yang ada di kalangan mereka dalam satu jemaah yang kuat, yang mempunyai disiplin yang kukuh dan mempunyai perlembagaan yang utuh hingga kelemahan dan kelonglaian tidak boleh menyelit dicelah-celah barisan anda. Sesungguhnya semata-mata membentuk jemaah di kalangan manusia yang telah bersetuju dengan dasar tertentu tanpa ada penyusunan yang licin, kukuh dan segala gerak kerjanya di tolak oleh perasaan taat dan patuh, maka itu adalah pekerjaan yang cacat tidak akan membuahkan natijah. Ini telah dibuktikan oleh pengalaman dan pengajaran yang telah lepas. Orang yang berpengalaman sahaja dapat menjelaskan kepada anda. Begitu juga anda mesti bekerja keras menyebar dakwah di kalangan orang orang awam hingga anda boleh menyingkap kabus kejahilan mereka. Anda jadikanlah mereka itu terang benderang mengenai agama mereka, sehingga mereka dapat membezakan di antara yang buruk dari yang baik. Demikian juga anda mesti bekerja keras memperbaiki budi pekerti mereka, meninggikan taraf pemikiran dan fahaman mereka terhadap Islam supaya mereka dapat berdiri tegak dan teguh dalam menghadapi serangan ideologi, seruan kepada maksiat dan kefasikan yang sedang bermaharaja lela di negeri-negari Islam, dengan dibantu dan dokongan dari kerajaan yang telah rosak. Ini adalah penting kerana : Bumi yang rakyatnya telah mempertuhankan syahwat dan kelazatan hidup tidak boleh menjadi bumi yang baik untuk dibangunkan negara Islam, Bila lahirnya sikap pura-pura dan merebaknya kejahatan yang menyeluruh di kalangan umum manusia, mustahillah untuk dibangunkan dasar dan undangundang Islam di kalangan para pendusta, pengkhianat dan orangorang fasik. Sejauh mana mereka boleh hidup dengan dasar dan sistem kafir maka sejauh itulah mereka tidak boleh hidup dengan dasar dan sistem Islam. Jangan anda cuba membangun dasar-dasar Islam di atas asas yang tidak sihat, di atas tiang seri yang lemah dan di atas tunjang yang bergoyang.

Anda mesti bersabar dahulu di dalam masalah ini, kerana matlamat yang mahu kita capai itu ialah matlamat yang besar, yang bertujuan membaiki nilai-nilai kemanusiaan, memberikan fahaman kepada manusia dan mengembalikan mereka ke kandang Islam sesudah mereka berada di dalam kemurtadan sejak beberapa lama. Kerja-kerja yang baik seperti ini memerlukan keteguhan dan kesabaran dan pemikiran yang matang. Anda pasti menghayung langkah kedepan dan tiap langkah mesti berwaspada, bijaksana dan berhati-hati. Dan jangan anda terlalu cepat menghayung langkah baru sebelum anda mengulangi hasil langkahan anda dahulu serta menganalisa natijahnya : Adakah langkahan itu berjalan di atas jalan yang telah digariskan, adakah ia memberi natijah yang diharapkan. Antara hakikat yang mesti diterima ialah gopoh gapah itu adalah suatu perkara yang tidak selamat akibatnya. Contohnya - kita menyertai di dalam suatu kementerian yang tidak betul dan tidak beriman dengan dengan dasar-dasar kita - Harapan kita menyertai di dalam kementerian itu akan memberi suatu langkah yang boleh mendekati kepada tujuan-tujuan kita. Tetapi itu adalah perkara yang salah kerana pengalaman lalu membuktikan bahawa usaha yang seumpama ini tidak akan membuahkan natijah yang baik, kerana orang yang memegang teraju pemerintahan, merekalah yang menetapkan polisi pemerintahan dalam dan luar negerinya dan menyelenggarakan polisi pemerintahan itu berdasarkan kepentingan dan nafsu mereka. Penyertaan kita bersama mereka dengan membawa tujuan yang baik, bersih dan mulia terpaksa berganding bahu dengan mereka dan terpaksa menyesuaikan dengan perjalanan mereka. Ini memberi erti bahawa pada akhirnya kita akan jadi trompet dan alat mainan di tangan mereka, yang boleh mereka lakukan terhadap kita mengikut sesuka hati mereka. Mahasiswa Reply | Threaded | More Jun 01, 2010; 1:29pm

Adakah Kita Berjuang? - Us Din Tantawi


In reply to this post by Mahasiswa

Wahai orang yang beriman ! Apa yang telah berlaku kepada kamu ? Apabila kamu diseru , agar turun ke medan untuk memperjuangkan agama Allah swt. tiba - tiba kamu memberatkan papan punggung kamu ke permukaan bumi [ malas ] 19 posts Kenapa jadi begitu ? adakah kerana kamu lebih sayang kepada kehidupan dunia berbanding kehidupan akhirat ?

Ketahuilah ! sesungguhnya kehidupan dunia yang kamu dambakan itu , berbanding akhirat yang telah dijanjikan oleh Allah swt. adalah sangat kecil nilainya disisi Allah swt . Jika sekiranya kamu lengah untuk menunaikan amanah perjuangan , nescaya kamu akan diazab oleh Allah swt dengan azab yang sangat pedih . Maksud Firman Allah swt dari surah at Taubah . Ayat : 38 - 39 Seseketika dalam mengharungi perjuangan ini , alangkah kita duduk sejenak untuk menganalisa atau bermuhasabah diri . Memandang jauh ke dalam jiwa dengan menyelaminya secara jujur dan telus terhadap diri sendiri . Lalu kita ajukan pada diri satu soalan , benarkah kita berjuang ? Berjuang yang dimaksudkan di sini ialah bekerja gigih dengan segala upaya dan daya malah mengambil segala ruang dan peluang untuk menjulang kalimah Allah swt sehingga ia mengatasi ideologi ciptaan manusia , meskipun terpaksa berhadapan dengan tribulasi dan implikasi yang mengancam kepentingan diri . Atas alasan dan tujuan tersebut , kita menyertai jamaah Islam ini bagi memastikan aspirasi perjuangan suci itu dapat kita laksanakan secara lebih berkesan . Persoalannya , benarkah kita berjuang ? Benarkah kita berjuang ? , kalau hanya mengisi borang dan mendaftar diri sebagai anggota jamaah Islam tetapi gagal untuk komited [ iltizam ] dengan segala aktiviti amal jamaei yang dianjurkan oleh jamaah . Kita hanya mampu mentarbiyah tetapi tidak boleh ditarbiyah . Mampu mengarah tetapi tidak boleh diarah . Mampu menegur tetapi tidak boleh ditegur . Benarkah kita berjuang ? , dengan hanya semata - mata kerap menghadhiri ceramah - ceramah umum tetapi liat untuk hadir dan menekuni program program khusus seperti usrah , liqa fikri , tamrin , mukhayyam dan pelbagai aktiviti spiritual seperti qiamulail , al mathurat dan zikrullah . Program ceramah dilihat lebih penting sebab kita dapat publisiti sedang usrah ni hanya dihadhiri oleh 10 orang , tidak glamour langsung ! Benarkah kita berjuang ? , apabila kita selalu sahaja gagal melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang telah digalaskan ke atas pundak kita sebagai pimpinan jamaah walau dimana peringkat posisi kepimpinan kita . Mesyuarat sering tidak hadhir dan kalau pun hadhir hanya dengan kepala kosong . Lebih malang , ada mesyuarat dalam mesyuarat dan ada mesyuarat selepas mesyuarat . Benarkah kita berjuang ? , sedang banyak masa kita habiskan untuk bersahaja dan mengelamun dalam mengimpi kemenangan . Hanya pandai mengomel dan mengkritik kesalahan anggota jamaah yang lain tetapi kita sendiri hanya mampu berdiri di tepian gelanggang . Kerja kita tidak beres tetapi nak ambil kerja orang lain . Kalut tidak bertempat .

Benarkah kita berjuang ? , seringkali kita mengabaikan hak ukhuwwah atau persaudaraan Islam sesama anggota . Cepat berburuk sangka malah sedikit berbeza pendapat kita terus menyerang pemikiran dan peribadinya seolah seolah ia adalah musuh tradisi perjuangan kita . Kita rasa hanya kita sahaja yang hebat , berilmu dan berpengalaman . Pintar berhujjah dan berdebat . Kita pandang sahabat pun hanya dengan sebelah mata , penuh rasa benci . Senyum dan bersalam hanya untuk bermuka - muka . Benarkah kita berjuang ? , suka sangat kita dedahkan rahsia jamaah . Setiap bilah dan patah perkataan yang dibincang dalam mesyuarat kita tulis dalam blog atau web site . Kita jadikan ia bahan sensasi untuk melariskan web site kita jua dengan harapan orang kata kita berani menegakkan kebenaran dan berani melampirkan fakta . Hanya kita yang mahu mempertahankan Islam dan jamaahnya sedang orang lain adalah pengkhianat yang perlu ditumpaskan . Benarkah kita berjuang ? , kerana wawasan dan sesuatu gagasan pemikiran itu dilahirkan oleh pemimpin atau anggota jamaah yang kita tidak suka , maka kita tolak mentah - mentah . Lebih malang kita kasar dalam menolak dan kita lancang dalam berbicara . Langsung kita tidak hiraukan adab ikhtilaf sebaliknya apa yang kita inginkan ialah bagaimana kita nak menang dan pandangan kita yang diterima pakai . Benarkah kita berjuang ? , kita sanggup mencantas sahabat seperjuangan dengan cara yang tidak bermoral agar dia jatuh dan kita yang naik jadi pemimpin . Kita melobi habis kawasan dan negeri bagi memastikan kita atau calun pemimpin yang kita suka mencapai kemenangan . Soal mampu atau tidak , soleh atau tidak bukan lagi menjadi ukuran . Ukuran tepat ialah dia mesti dari team kita . Benarkah kita berjuang ? , wala' atau taat setia kita telah berbelah bahagi , bukan lagi kepada pimpinan jamaah tetapi di sana ada individu berpengaruh dan ia berada di luar jamaah yang sangat kita kagum karektornya . Sedang pimpinan kita sendiri dilihat kolot dan tidak hebat . Kita tidak berdiri teguh di belakang pimpinan kita sebaliknya kita teguh berdiri dan menyokong pemimpin dari luar jamaah kita sendiri . Benarkah kita berjuang ? , hubungan kita hanya terhad kepada golongan dan team kita . Dakwah kita tidak melebar kepada semua golongan termasuklah non muslim . Kita hanya hebat dalam gelanggang kita sendiri . Kita orang PAS ceramah pasal PAS dalam markas PAS kepada orang PAS , habis tu bila Islam ni nak lePAS ? Benarkah kita berjuang ? , peribadi kita tidak melambangkan inspirasi perjuangan . Kita malu sipu nak jelaskan dasar perjuangan kerana keterlaluan mahu menjaga hati . Suara Islam mahu diliberalkan atas alasan orang belum memahami Islam . Penampilan diri juga dinuetralkan agar tidak dianggap fundamental . Benarkah kita berjuang ? , kita banyak ketawa dan hidup dalam kemewahan .

Kita tidak mampu menyelami kesusahan dan kepayahan yang dihadapi oleh para murabitun jamaah yang ikhlas berjuang , jauh sekali untuk rakyat yang terhimpit . Gaya hidup hampir menyerupai musuh malah meluka perasaan anggota jamaah sendiri . Benarkah kita berjuang ? , ibadah kita kurang . Hubungan kita dengan Allah swt jauh . Gagal solat berjamaah dan membaca al quran pada kekerapan yang lebih berbanding orang awam . Kehalusan budi dan ketulusan hati tidak kita dimiliki . Ucapan kita menampakkan kesombongan dan tindakan kita tidak berhemah . Suka pandang rendah pada orang lain jauh sekali mahu menghormati mereka . Benarkah kita berjuang ? , kadang - kadang kita pun keliru mengenai konsep kepimpinan jamaah kita sendiri . Kita sebut kepimpinan ulama' tetapi kita tidak beradab dengan ulama' . maki hamun ulama' dan menista mereka menjadi kalimah yang meniti di bibir kita tanpa rasa bersalah apalagi berdosa . Benarkah kita berjuang ? , kerana kita pun tidak jelas matlamat dan hala tuju perjuangan . jamaah kita ni gerakan Islam ke ? atau parti politik semata ? Slogan perjuangan pun gagal kita hayati . Matlamat kita , dustur kita , landasan kita , ikutan kita , cita - cita kita tidak mendarah daging dalam diri kita . malang , sering kita ni cakap lain tetapi tindakan kita lain pula . Benarkah kita berjuang ? , banyak sungguh dosa kita . Makin berjuang makin tambah dosa . Dosa mengumpat , dosa mengutuk , dosa salah sangka , dosa mencantas , dosa memfitnah , dosa menipu , dosa tidak taat kepada pimpinan , dosa tidak tunai amanah perjuangan , dosa dedah rahsia jamaah , dosa khianat kepada sahabat seperjuangan , dosa hipokrit , dosa melukakan hati anggota jamaah , dosa dedahkan aib pimpinan dan anggota jamaah , dosa mata , dosa tangan , dosa kaki , dosa telinga , dosa mulut , dosa hati , dosa otak , dosa .... , dosa .... , dosa .....dan dosa ..... Ya Allah ! benarkah kita ni berjuang ? atau kita selama ini hanya bermain dan menambah beban dosa dalam perjuangan buat diri kita sendiri . hayya bina nu'min saah ! ayuh kita kita bersimpuh seketika untuk kita merenung [ introspection ] jauh ke dalam jiwa kita . Terlebih dulu kita buangkan segala alasan membela diri , sikap menyalahkan orang lain dan rasa diri dipihak benar . Sebaliknya cari alasan untuk menyalahkan diri agar kita insaf , jangan bela diri supaya dirasa diri kita juga perlu dihukum dan kumpulkan rasa bersalah itu atas diri kita sendiri agar kita tidak angkuh untuk mengakui kesilapan sendiri . Sahabat ku semua , marilah kita bermuhasabah agar kita dekat dengan Allah swt dan kita segera diberikan nusrahNya . Insyaallah , muhasabah ini akan memulihkan hubungan kita yang retak , perjuangan kita yang tergugat , dan kedudukan kita yang kian jauh dari Allah swt . Masih banyak item untuk dipersoalkan pada diri kita dengan mulakan

pertanyaan benarkah kita berjuang ? semoga kita diridhai oleh Allah swt . Selamat berjuang sahabat ku ! Mahasiswa Reply | Threaded | More Jun 01, 2010; 1:36pm

Penggunaan Fiqh Muwazanat - Us Din Tantawi


In reply to this post by Mahasiswa

PENGGUNAAN FEQH MUWAZANAH DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN. Membuat keputusan tidaklah semudah ungkapan atau arahan untuk mencapainya . Terkadang proses kajian dan perbincangan untuk membuat keputusan hanya berakhir dengan kebuntuan apabila ianya tidak berada di atas landasan atau manhaj membuat keputusan yang baik dan betul . Terutama keputusan yang melibatkan soal strategi dan gerakkerja amal Islami dalam Gerakan Islam . Tidak mudah kerana ia berhadapan dengan 1001 kemungkinan sementara harapan yang disandarkan dari keputusan tersebut sangat tinggi . Justeru itu , kita mesti benar - benar menguasai manhaj dan mekanisme membuat keputusan agar kita mampu meminimakan unsur kelemahan dan kekurangan dalam keputusan yang diambil , jauh sekali unsur kesilapan dan kesalahan dalam memuktamadkan sesuatu keputusan . Saya melihat antara mekanisme yang perlu dikuasai oleh para amilin Gerakan Islam khasnya para pemimpin ialah Feqh Muwazanah atau Kefahaman yang jelas , benar dan tepat dalam pertimbangan sebelum membuat keputusan . Peranan Feqh Muwazanah . Feqh Muwazanah [ Feqh Pertimbangan ] adalah satu makenisme yang sangat berkait rapat dengan Feqh al Awlawiyyat [ Feqh Keutamaan ] dalam kita mengambil sesuatu keputusan dan tindakan agar apa yang kita lakukan adalah suatu yang terbaik . Secara garis kasarnya , Feqh Muwazanah ialah : * Membuat pertimbangan antara pelbagai bentuk kemaslahatan dan manafaat dari berbagai kebaikan yang telah disyariatkan . * Membuat pertimbangan antara pelbagai bentuk kemudharatan , kerosakan dan kejahatan yang dilarang atau ditegah oleh Syariat . * Membuat pertimbangan antara maslahat ( kepentingan ) dan mudharat (

19 posts

kerosakan ) , antara kebaikan dan keburukan apabila 2 perkara yang bertentangan ini bertemu antara satu sama lain . PERTIMBANGAN [ AT - TAWAZUN ] ANTARA MASLAHAH . Kita akan dapati Maslahah ( kepentingan / kebaikan ) yng telah ditetapkan oleh syara' tidak berada dalam satu kategori sahaja bahkan ia terbahagi kepada beberapa kategori : a ] Dhoruriyat - Jika tidak memilikinya ( dhoruriyat ) nescaya kita tidak boleh menjalani kehidupan ini seperti agama , nyawa dan aqal . b ] Haajiyat - Kita masih mampu hidup sekalipun tanpa memilikinya ( haajiyat ) tetapi kita akan mengalami kesukaran dan kesulitan hidup yang getir seperti rumah , kenderaan dan perkara seumpamanya. c ] Tahsiiniyat - Suatu yang menambah keselesaan , kesenangan dan kemewahan dalam hidup kita dan ia juga sering disebut sebagai pelengkap ( ) seperti kenderaan kedua , rumah kedua , perabot tambahan dan lain - lain . Keputusan yang kita hendak ambil ialah pastinya keputusan yang terbaik atau yang afdhal dan yang Aula . Maka pertimbangannya secara prinsip umum ialah mendahulukan Dhoruriyat ke atas Haajiyat demikian juga Tahsiiniyat . Begitu pula sewajarnya kita mendahulukan Haajiyat ke atas Tahsiiniyat dalam pertimbangan yang melibat perkara dalam 2 kategori tersebut . Dhoruriyat terbahagi kepada 5 : * Agama * Jiwa * Keturunan * Aqal * Harta Sebahagian Ulama' menambah perkara yang ke enam dalam senarai Dhoruriyat ini iaitu Maruah ( penghormatan ) . Proses membuat keputusan ialah mengambil pertimbangan dengan teliti dan meletakkan Agama sebagai perkara yang terpenting daripada senarai dhoruriyat dan ia mesti didahulukan berbanding Jiwa , keturunan , aqal dan harta .

Pertimbangan teliti dan cermat ke arah menghasilkan keputusan yang baik dan wajar terhadap pelbagai maslahah ( kepentingan ) tersebut ialah dengan menggunakan kaedah berikut : 1. Mendahulukan maslahah ( kepentingan ) yang sudah pasti ke atas maslahah ( kepentingan ) dalam jangkaan atau masih diragui kedudukannya . 2. Mendahulukan maslahah ( kepentingan ) yang besar ke atas maslahah ( kepentingan ) yang kecil . 3. Mendahulukan maslahah ( kepentingan ) awam berbanding maslahah ( kepentingan ) individu . 4 . Mendahulukan maslahah ( kepentingan ) yang banyak berbanding maslahah ( kepentingan ) yang sedikit . 5 . Mendahulukan maslahah ( kepentingan ) yang berterusan dan berkesinambungan berbanding maslahah ( kepentingan ) yang sementara . 6. Mendahulukan maslahah ( kepentingan ) inti dan prinsip yang fundamental berbanding maslahah ( kepentingan ) yang bersifat luaran ( cabang ) dan tidak penting . 7. Mendahulukan maslahah ( kepentingan ) masa depan yang kuat , kukuh dan pasti berbanding maslahah ( kepentingan ) semasa yang lemah dan tidak pasti . Iktibar dari Hudaibiyah Sebagai contoh kita boleh melihat peristiwa Perjanjian Hudaibiyah bagaimana Nabi saw telah mengutamakan maslahah ( kepentingan ) prinsip dan masa depan berbanding maslahah ( kepentingan ) yang bersifat cabang dan semasa . Nabi saw. setuju memadam kalimah Bismillahirrahmanirrahim sebagaimana yang dituntut oleh Kafir Quraisy pada surat perjanjian lalu diganti dengan Bismikallahumma . Demikian juga Nabi saw. setuju memadam nama Baginda Muhammad Rasulullah lalu diganti kepada Muhammad bin Abdullah . Tindakan yang diambil oleh Nabi saw. adalah menafikan ( maslahah ) kepentingan semasa yang bukan sahaja membuatkan Nabi saw terpaksa menangguhkan umrah pada tahun itu ( walau telah berihram ) tetapi juga terpaksa berhadapan dengan bantahan dari para sahabat yang merasakan bahawa mereka ditewaskan oleh kuffar Quraisy secara diplomatik . Namun begitu , Nabi melihat maslahah ( kepentingan ) masa depan dengan mewujudkan perjanjian damai atau gencatan senjata dengan musuh yang membolehkan Islam bergerak dan berkembang pesat di era damai itu , lalu akhirnya membawa kepada kemenangan besar bagi ummat Islam iaitu Fathul

Makkah ( pembukaan Kota Makkah ) PERTIMBANGAN [ AT - TAWAZUN ] ANTARA MUDHARAT Mudharat ( kerosakan ) juga mempunyai beberapa tahap . Mudharat ( kerosakan ) yang memusnahkan dhoruriyat seperti agama adalah tidak sama dengan mudharat ( kerosakan ) yang membinasakan Haajiyat dan Tahsiiniyat seperti rumah dan perabot . Demikianlah juga mudharat yang merosakkan harta dan jiwa tidak sama tahapnya dengan mudharat yang meruntuhkan agama dan aqidah ( walau dalam satu kategori iaitu dhoruriyat ) . Justeru itu , para Fuqaha' menetapkan beberapa kaedah untuk menangani persoalan ini : 1. Tiada bahaya ( tidak boleh mencetuskan bahaya ) dan tidak boleh membahayakan ( diri sendiri atau pihak lain ) 2. Suatu bahaya seboleh mungkin mestilah disingkirkan . 3. Suatu bahaya tidak boleh dihapuskan dengan bahaya yang serupa atau lebih . 4. Bahaya yang ringan jika dibanding dengan bahaya yang lain ( lebih berat ) mesti dipilih ( bahaya yang ringan ) dan boleh dilakukan . 5. Bahaya yang lebih ringan boleh dilakukan untuk menolak bahaya yang lebih besar . 6. Bahaya yang bersifat khusus boleh dilakukan untuk menolak bahaya yang sifatnya lebih umum dan luas . PERTIMBANGAN APABILA MASLAHAH DAN MUDHARAT BERTEMU Apabila dalam satu perkara mempunyai maslahah ( kepentingan ) dan mudharat ( kerosakan ) secara serentak . Ada bahaya dan dalam masa yang sama ada manafaat . Keadaan ini sangat - sangat memerlukan kita menimbangnya dengan teliti , tekun dan cermat sebelum membuat keputusan . Situasi seperti ini menuntut kita mengambil keputusan berasaskan pertimbangan yang lebih berat dan lebih banyak dengan mengabaikan yang lebih ringan dan sedikit . Contohnya arak . Kita terpaksa mengabaikan sedikit manafaat yang terkandung didalamnya berbanding mudharat yang lebih besar dan banyak padanya . Firman Allah swt :

Mereka bertanya kepadamu Wahai Muhammad mengenai Khamar ( arak ) dan judi , katakanlah : pada keduanya ada dosa ( kemudharatan ) yang besar dan manafaat bagi manusia dan dosa ( kemudharatan ) pada keduanya lebih banyak dari manafaat keduanya . Surah al Baqarah : 219 Sebaliknya jikalau dalam satu perkara itu terdapat manafaat yang banyak dan lebih besar maka perkara itu boleh dilakukan sementara kerosakan kecil yang ada padanya boleh diabaikan . Antara kaedah penting dalam menangani perkara ini ialah : 1. Menolak mudharat ( kerosakan ) mestilah didahulukan ke atas pengambilan manafaat . Kaedah ini disempurnakan oleh kaedah yang lain : 1. Kerosakan yang kecil dimaafkan untuk mendapatkan kemaslahatan yang lebih besar . 2. Kerosakan yang bersifat sementara dimaafkan demi kemaslahatan yang sifatnya berterusan / berkesinambungan . 3. Kemaslahatan yang sudah pasti tidak boleh ditinggalkan hanya kerana ada kerosakan yang baru dijangka wujudnya . Penutup Sesungguhnya Feqh Muwazanah ini mempunyai erti yang sangat besar dan penting , khususnya dalam masaalah siasah syari'yah kerana ia merupakan landaan pembinaan ummah yang pemeringkatannya juga boleh dilihat sebagai Feqh al Aulawiyat . Sewaktu kita membuat keputusan dalam menetapkan gerakkerja jamaah sebagai contoh , seringkali kita berdepan dengan dilemma antara dua perkara dimana kedua - duanya dilihat baik atau paling baik seperti menentukan calon dalam pilihanraya . Feqh Muwazanah memainkan peranan besar dalam perkara ini . Tatkala sukar membuat keputusan , terkadang kita terpaksa mendahulukan perkara baik tanpa risiko berbanding perkara yang paling baik tetapi mempunyai risiko . Begitu juga disaat berat kita buat keputusan , feqh Muwazanah menetapkan cara kita membuat keputusan seperti kita terperangkap antara dua situasi "

kalau berjuang mungkin kita mati tetapi kalau tidak berjuang agama pula mungkin mati " maka pertimbangannya ialah dibaca sekali dengan Feqh Aulawiyat bahawa kita kita mesti mendahulukan Agama berbanding Jiwa kita . lalu wajib kita kita turun berjuang walau risikonya mengorbankan nyawa . LAMPIRAN : BAGAIMANA MENGENAL PASTI MASLAHAT DAN MUDHARAT Nota : 1 Asasnya , kemaslahatan yang perlu dipelihara ialah kemaslahatan akhirat demikian juga kemaslahatan dunia menurut urutannya . Bertolak dari nokhtah itu , kita boleh mengenal pasti kemaslahatan dan kemudharatan ini melalui : a. Ketetapan Agama ( Nas Naqli ) b. Fungsi Aqal Fikiran ( Nas Aqli ) c. atau kedua - duanya sekali . Pendapat Imam Izzudin Abdus Salam dalam kitabnya : Qawai'd al Ahkam Masholih al Imam seperti berikut : " Kebanyakan kemaslahatan dunia dan kerosakannya dapat diketahui dengan aqal sekaligus menjadi bahagian terbesar dari syariah kerana telah diketahui bahawa sebelum ajaran agama diturunkan , orang yang beraqal telah mengetahui bahawa usaha mereka untuk mencapai suatu kebaikan dan menghindar terjadinya suatu kerosakan pada diri manusia menurut pandangannya suatu yang terpuji dan baik ." Nota 2 : " Mendahulukan sesuatu kemaslahatan yang diterima kuat ( rajih ) atas kemaslahatan yang tidak diterima ( marjuh ) juga merupakan suatu yang terpuji dan baik . Sementara penolakan terhadap kerosakan yang dianggap pasti berbanding penolakan ke atas perkara yang dianggap belum pasti juga merupakan suatu yang baik . " Nota 3 : Konsep asal yang diambil dalam membuat pertimbangan ( tawazun ) : Tindakan yang menghasilkan kemaslahatan yang baik merupakan perbuatan yang paling mulia sedang perbuatan yang menghasilkan kerosakan merupakan amalan atau tindakan yang paling hina . Nota 4 :

a.] Kemaslahatan mempunyai 3 bahagian : - Wajib - Sunat - Mubah ( harus ) b.] Kemudharatan mempunyai 2 bahagian : - Haram - Makruh Sekian , semoga keputusan dibuat adalah yang terbaik : Salam Perjuangan dari saya. Nasrudin bin Hj. Hassan at Tantawi Mahasiswa Reply | Threaded | More Jun 02, 2010; 5:43am

CABARAN ABAD 21 DARI ASPEK KEFAHAMAN FITRAH - Fathi Yakan


CABARAN ABAD 21 DARI ASPEK KEFAHAMAN FITRAH OLEH: DR FATHI YAKAN Cabaran Global Yang Dihadapi Oleh Agama Islam (Agama Fitrah) Kita dapat saksikan bagaimana agama Islam sebagai agama fitrah sedang menghadapi cabaran dalam semua sektor. Dan manusia dalam kehidupan dan tingkah lakunya kerap terkeluar dari fitrah yang Allah SWT telah tentukan ke atas mereka. Keadaan ini tidak terbatas sekadar itu sahaja, malah agama Islam sedang menghadapi pelbagai cabaran yang menggunakan beranika senjata untuk menghalang Islam dari mencapai kedudukan dalam membuat keputusan di peringkat antarabangsa dan menerajui kepimpinan manusia sejagat. 19 posts Di antara cabaran -cabaran tersebut ialah: 1. Cabaran Dalaman Cabaran ini dihadapi melalui permainan pertentangan dan mewujudkan pertentangan yang membuat klasifikasi tentang tenaga dan sektor-sektor Islam, antara "helang dan merpati", antara ektrimis dengan sederhana dan antara pihak radikal dengan liberal. Begitu juga melalui cetusan sentimen mazhab, semangat perkauman,

kebangsaan, kumpulan dan keluarga. Di antara buktinya ialah apa yang berlaku di Afghanistan, Kurdistan, Bahrain dan Selatan Sudan serta lainlainnya. Demikian juga dengan persoalan sempadan kebangsaan dan kedaulatan yang merupakan bom jangka waktu yang boleh meledakkan seluruh dunia Islam. Hal ini pernah disuarakan oleh tokoh agama Yahudi, M. Samuel dalam tulisannya yang berjudul "Kamu Bukan Orang Yahudi". Di antara lain katanya, "Kami orang-orang Yahudi adalah peruntuh. Kami akan tetap menjadi peruntuh selama-larnanya. Biar apa yang kami lakukan ia tidak cukup untuk memenuhi keperluan dan tuntutan kami. Kami akan menjadi peruntuh kerana kami mahu dunia ini untuk kami. Dalam tulisan "Zaman Utusan Amerika"; kedudukan dan masa hadapan kerajaan-kerajaan Arab yang bersekutu dengan Washington ialah untuk menjadi perkakas yang tuli, yang dipelihara dengan hati-hati atau dihancurkan dengan mudah sekali mengikut keadaan dan keperluan Amerika. Ia bagaikan dalam gelanggang percaturan antarabangsa Amerika. Dalam Buku Moro Berger, "Dunia Arab Masa Kini", beliau menulis; kebimbangan tentang bangsa Arab dan perhatian kita kepada bangsa Arab bukanlah kerana becnyaknya petrol yang mereka miliki, tetapi disebabkan kerana Agarna Islam. Kita mesti memerangi Islam untuk menghalang kesatuan bangsa Arab yang membawa kepada kekuatan kesatuan mereka kerana selalunya kekuatan Arab beriringan dengan kekuatan Islam, keagongan Islam dan penyebarannya. Justeru itulah muncul berbagai pakatan sulit untuk menghalang setiap usaha ke arah perpaduan dan kesatuan di kalangan bangsa Arab dan umat Islam. Dalam satu dialog yang berlangsung di antara Kessinger dan beberapa pemimpin Yahudi, beliau menyebut; "Amerika Syarikat akan terus berusaha menyisihkan bangsa Arab dan menghalang mereka dari mewujudkan hubungan antarabangsa yang bebas dan berdaulat, bukan sahaja dengan Soviet Union malah dengan negara-negara Eropah Barat. Ini dengan tujuan untuk mempastikan penguasaan kita secara menyeluruh dan meluas terhadap dasar-dasar Arab". Mengikutnya lagi, strategi yang kita jalankan sejak tahun 1973 ialah: i. Berusaha untuk menghancurkan perpaduan Arab. ii. Menyisihkan Soviet dari medan diplomatik. iii. Mengekalkan situasi yang membolehkan Israel berurusan dengan jirannya secara bersendirian. Sementara itu harapan saya, agar ingatan orang-orang Arab dan ingatan orang-orang Islam tidak akan melupai kata-kata Bekas Setiausaha Luar Amerika, Warren Christopher, sebelum pembentukan anggota kabinet Amerika yang baru, katanya:

'Kalau kita boleh meleburkan dunia Arab kepada 5, 000 buah negara, kita tidak akan teragak-agak melakukannya". Dalam majalah "Cifonin" yang diterbitkan oleh Pertubuhan Zionis Antarabangsa, iaitu bilangan 24 terbitan tahun 1982, terdapat satu kajian yang panjang lebar. Di bawah ini kita mengambil beberapa petikan darinya; Penubuhan negara Qibti di bahagian hilir negeri Mesir merupakan penggerak pasti kepada perkembangan sejarah dalam jangka masa panjang, walaupun kini dihalang oleh perjanjian damai. Menurutnya lagi; pembahagian Lubnan kepada lima wilayah, mencerminkan apa yang akan berlaku di seluruh dunia Arab. Pembahagian Syria dan Iraq kepada beberapa wilayah mengikut perbezaan agama dan keturunan seharusnya dalam jangka masa panjang menjadi matlamat keutamaan Israel. Langkah pertama ke arah operasi tersebut ialah menghancurkan kekuatan tentera negara-negara tersebut". Katanya lagi; "Negara Iraq yang kaya dengan minyak dan mangsa pertarungan dalaman dengan sendirinya terletak dalam lingkungan jangkauan Israel. Kedudukan suku kaum Syria mendedahkan kepada perpecahan yang boleh melahirkan tiga buah negara. Satunya negara Syi'ah iaitu di sepanjang persisiran pantai dan dua buah negara Sunni di Halb dan Damsyik. Di samping kemungkinan masyarakat Duruz mendirikan negara di kawasan Bukit Golan yang kita kuasai ". Menurutnya lagi, "peperangan antara Syria dan Iraq akan menyumbang ke arah kehancuran kedua-dua negara dari dalam, sebelum kedua-dua negara itu memiliki kemampuan untuk membolehkannya memasuki peperangan secara meluas menentang kita". Katanya lagi; "Begitu juga dengan Semenanjung Tanah Arab yang secara keseluruhannya terdedah kepada perpecahan disebabkan tekanan dari dalam. Keadaan ini berpanjangan di Saudi Arabia dan di seluruh negara kerjasama Teluk. Justeru itu peningkatan krisis dalaman dan kejatuhan regim ini terrnasuk dalam rangka kerja polisi kita sekarang ini". Beliau menambah; "Setiap pertarungan antara negara Arab membawa keuntungan kepada kita dan akan menyegerakan saat ledakan". 2. Cabaran Sosial Cabaran ini mencetuskan persengketaan antara berbagai golongan dengan menyebarkan keburukan dan maksiat menerusi mafia dadah, mafia pelacuran, mafia sebaran am, menggalakkan dasar kepenggunaan, melariskan barangan mewah melalui berbagai kemudahan bertujuan untuk melemahkan semangat kerohanian serta ketahanan penentangan di kalangan umat Islam. Ini dilakukan melalui; i. Galakan kepada program Freemason dan badan-badan yang bernaung di

bawahnya. ii. Munculnya gejala "memuja syaitan". iii. Pelancongan Yahudi dan kegiatan merisik serta kegiatan yang merosakkan. iv. Menarik balik larangan hubungan perdagangan dengan regim Israel. v. Menghapuskan daripada kurikulum pelajaran di Kuwait setiap ayat AlQur'an yang menyentuhpertarungan dengan Yahudi. vi. Menarik balik sekatan pemilikan tanah oleh orang Yahudi di Jordan. 3. Cabaran Ekonomi Cabaran ini melalui dasar kepungan ekonomi dan merampas kekayaan negara dalarn berbagai bentuk serta penguasaan ke atas sumber kekayaan di dunia Islam (samada minyak,air, logam dan lain-lainnya). Sebagai buktinya, i. Negara Iran dilarang daripada memiliki kekayaannya sendiri dan dipastikan supaya berada di dalam kawalan Bank Dunia. Pada masa yang sama Iran dihalang dari membuat keputusannya sendiri. Namun dasar paksaan ala penjajah antarabangsa ini pasti lebur dan hancur. ii. Negara Sudan dilarang untuk mengeluarkan minyaknya bagi tujuan eksport selagi ia tidak tunduk di bawah telunjuk Amerika. Namun halangan ini juga akan cair menghadapi kekentalan wawasan dan agenda Islam di Sudan, insyaAllah. 4. Cabaran Aqidah, Ideologi dan Kebudayaan Wawasan dan agenda Islam telah dan sedang menghadapi pelbagai konspirasi yang menentangnya. Di antaranya ialah ancaman kepada Islam yang secara lantang disuarakan oleh Clinton dalarn "Persidangan Keganasan" yang telah berlangsung di Sharm Sheikh, beliau dengan tegas menyifatkan Islam sebagai pengganas dan menggambarkan para pejuang kebebasan yang mahu membebaskan tanah air mereka dari cengkaman Israel sebagai penjenayah. Clinton menggambarkan juga Generasi lntifadah, Gerakan Hamas, Jihad Islam dan penentangan di Lubnan sebagai musuh-musuh perdamaian yang berusaha untuk menghalang perdamaian dan tindakan-tindakan mereka telah mengorbankan nyawa rakyat yang tidak berdosa. Dan di tempat yang lain beliau berkata: "Kita akan menjejaki golongan fundamentalis di selurah pelusuk dunia dan mereka tidak akan terlepas dari tangan kita. Mereka akan dibawa kepada pengadilan". Dalam komentarnya terhadap "Persidangan Keganasan" di Sharm Sheikh, Encik Talal Salman, Ketua Pengarang akhbar 'al-Safr' menulis, katanya;

"Lakunan palsu tidak lagi mampan mengelabui mata orang ramai, biar betapa bijak pengarah dan pelakonnya. 'Persidangan Keganasan" yang berlangsung di Sharm al-Sheikh itu sebenarnya adalah merupakan mahkamah antarabangsa untuk mengadili agama Islam, untuk men"tamaddunkannya'' dan membersihkannya dari faham ekstrimisme yang hauskan darah !. Sidang kemuncak ini menjadikan diri mereka sebagai rujukan tertinggi dan mutlak yang berhak untuk menentukan siapa Muslim dan siapa pula yang terkeluar dari agama yang suci itu. Mereka juga menentukan siapakah orang mu'min yang sebenarnya dan siapakah yang murtad dan mesti dibunuh untuk melindungi orang Islam. Ia lebih tinggi dari al-Azhar al-Sharif dan lebih tinggi dari Najaf al-Sharif. (Akhbar al-Safir keluaran :13-3-l996). Dalam persidangan keselamatan NATO yang diadakan di Munich pada 20hb. Feb. 1995, Setiausaha Agung Pertubuhan NATO menyebutkan bahawa "bahaya pihak fundamentalis (Islam) lebih kurang sama dengan bahaya komunis dahulu". Beliau menambah, "Selepas komunis tidak ada lagi musuh kita selain Islam". Dan beliau menyifatkan Islam sebagai "bahaya(ancaman) hijau". Orang yang pertama menonjolkan (pandangan bahawa Islam adalah musuh selepas Komunis) ialah Bekas Setiausaha Pertahanan Amerika, Dick Shirmy. Sementara itu, Presiden Turki, Suleiman Dimeral pada 13-2-1997 yang dipetik oleh agensi berita Anatolia, berkata; "Sesiapa yang membawa politik ke masjid adalah melakukan jenayah dan dosa". Beliau menambah kata; "adalah satu tanda kemunduran jika ada orang yang mahu kembali kepada sistem shari'ah sekali lagi". Di samping itu, wawasan Islam juga berhadapan dengan cabaran ideologi secular, falsafah yang sesat, kepercayaan tidak beragama dan gerakangerakan yang diragukan seperti Freemason, Kelab Rotary dan Kelab Lion, gerakan sekularisme, gerakan pembaratan, persatuan memuja syaitan dan (Shuhud Yahuh). 5.Cabaran Sebaran Am Wawasan dan Agenda Islam serta negara-negara umat Islam berhadapan dengan agenda politik yang telah diprogramkan; matlamatnya untuk meleburkan jatidiri dan keperibadian bangsa Arab, menggalakkan unsurunsur jenayah, keganasan dan seks serta mewujudkan prasarana untuk ia berkembang biak. Sejajar dengan itu diadakan proses brain washing, penghantaran missionary Kristein, kumpulan-kumpulan kebudayaan dan kesenian, Institusi Pengajian Tinggi, Yayasan Kebajikan, Bantuan Kewangan, pita-pita video dan pelbagai agensi media massa yang kesemuanya bertujuan untuk menghancurkan keperibadian ummah. Sesungguhnya media massa memainkan peranan utama di dalam

memberikan gambaran negatif terhadap Islam khususnya kepada gerakan jihad yang mempertahankan tanahair kehurmatan ,maruah dan hak-hak mereka. Golongan ini dianggap sebagai penjenayah, fundamentalis,ekstrimis, radikalis dan yang seumpamanya. Juga melalui tindakan kejam oleh pehak-pehak keselamatan yang melakukan pembunuhan hasil desakan perisikan ketenteraan seperti Mossad C.I.A yang kemudiannya cuba dikaitkan dengan gerakan-gerakan Islam 6. Cabaran Keselamatan dan Ketenteraan (Amerika Syarikat dan Zionis) Agenda Islam menghadapi cabaran yang getir dari aspek persenjataan dan ketenteraan. Ini dapat dibuktikan khususnya negara-negara seperti Iran, Syria, Sudan dan lain-lainnya dilarang dari memiliki senjata-senjata canggih, apatah lagi untuk memiliki senjata nuklear. Sebagai buktinya, Amerika menjadi gempar apabila Syria membeli beberapa senjata dari Cina. Perkara yang sama juga berlaku apabila ada berita yang mendedahkan Syria bercadang untuk membeli beberapa peralatan tentera dari Afrika Selatan. Dunia menjadi gempar lagi apabila Iran membeli beberapa buah kapal laut, di antaranya kapal selam nuklear dari saki baki peralatan tentera Soviet Union. Demikian juga polisi terhadap Sudan, Libya dan Iraq yang bertujuan untuk menghancurkan mereka dari aspek ketenteraan, keupayaan untuk meningkatkan teknologi dan tenaga nuklear. Sebaliknya pula bagi kuasa besar tidak mengapa Israel memiliki beberapa reaktor nuklear dan beratus-ratus laras senjata roket nuklear yang bersedia untuk dilancarkan. Bagi kuasa besar, tidak mengapa kalau Israel tidak menandatangani perjanjian antarabangsa untuk menghentikan ujian nuklear. Apa yang di kehendaki oleh kuasa besar ialah Islam tanpa kekuatan, tanpa maruah dan bangsa Arab tanpa kemulian dan harga diri. Agenda Islam Menukarkan Keadaan Dari celah-celah pusingan penindasan, penderitaan, akibat kekejaman zionis di Palestin meledak intifadah golongan Hamas dan Jihad Islam. Dari rekahan dan rintihan penderitaan di Selatan Lubnan meletus penentangan Islam. Agenda Islam telah berjaya meledakkan tenaga jihad dan tenaga syahid. Operasi syahid yang dilancarkan secara berterusan telah berjaya meruntuhkan dongengan bahawa negara Zionis tidak boleh dikalahkan dan tidak boleh dijatuhkan oleh seluruh tentera Arab. Cabaran Akhir yang Dihadapi oleh Islam Usaha untuk melumpuhkan kuasa gerakan Islam yang menempati kursi parlimen di beberapa buah negara umat Islam dan yang menguasai kerajaan seperti yang berlaku di Iran, Sudan dan lain-lain. Kita tidak lupa dengan dasar perjanjian ketenteraan dan keselamatan muncul semula di kawasan ini. Terdapat perjanjian bersekutu antara tentera Turki ( General Daunama) dengan Regim Zionis yang turut disertai oleh Washinton dan Amman yang mengancam bangsa Arab dan Ummah Islam. Ia juga mengancam kesatuan

negara-negara Arab dan Islam. Ia mengembalikan semula ingatan terhadap dasar pemecahan oleh Amerika dan Zionis. Saya menyerahkan kepada anda semua untuk menentukan sejauh mana kesan konspirasi tersebut terhadap wawasan dan agenda Islam dan nasional yang di bawa oleh Setiausaha Luar Amerika Madlyn Albright dengan membaca dokumen "strategi masa hadapan pentadbiran Amerika." Doc.7,8. Penipuan Amerika dan Zionis Terhadan Institusi Pemerintahan Arab Antara cabaran yang dihadapi juga ialah persetujuan dan perjanjian khianat diantara pelbagai Regim dengan Regim zionis di bawah slogan dusta, umpamanya " Dasar Penciptaan Pendamaian", " Dasar Hidup Bersama Timur Tengah"."( Persetujuan Camp David) ,( Persetujuan Oslo), ( Persetujuan Wadi Arbah). Pengesahan dan pengiktirafan negara Arab dan Islam ( secara rasmi) terhadap segala tindakan ganas dan provokatif negara pengganas Israel melalui Persidangan Kemuncak Sharm El Sheikh. Dasar mencabar yang didokong oleh Netanyahu ( Perdamaian sebagai balasan perdamaian, ( Perdamaian sebagai balasan ekonomi) menggantikan cadangan ( Tanah sebagai balasan Perdamaian) ( Dasar Pengyahudian dan Penempatan ) ( Menentang gelombang Islam ) . Seterusnya penyibaran risalah- risalah yang mencemarkan kesucian Rasulullah S.A.W dan Siti Maryam A.S . Demikiam juga dengan kemunculan Pertubuhan Sulit Zionis yang menggelarkan diri mereka sebagai ( Pertubuhan Penghapus Noda ) Bagi mereka kotoran tersebut ialah ( Masjid al Aqsa, Qubah Sakhrah, (Gereja al-Mahd di Baitullaham,( dokumen No: 9-10) Cabaran besar terakhir ialah apa yang diputuskan oleh Kongres Amerika baru-baru ini untuk menjadikan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Zionis. Kongres turut memperuntukkan seratus juta dollar untuk memindahkan Kedutaan Amerika dari Tel Aviv ke Baitul Maqdis. Kesimpulannya Cabaran tersebut ialah: 1. Cabaran ideologi terhadap fitrah beriman kepada Allah . (Fenomena global yang mencemaskankan) 2. Cabaran alkohol terhadap fitrah aqal dan kewarasan pemikiran. 3. Cabaran vana bersifat instinct terhadap fitrah erkahwinan. (Penyakit AIDS bencana semasa.) 4. Cabaran temperement terhadap fitrah yang berasaskan keseimbangan dan kesederhanaan. 5. Cabaran maya terhadap fitrah yang bersaskan realiti 6. Cabaran berjaga malam dalam jangka yang lama terhadap fitrah tidur.

7. Cabaran gelojoh terhadap fitrah makan 8. Cabaran keburukan bagi fitrah kebaikan. 9. Cabaran susu tiruan terhadap fitrah penyusuan semulajadi. 10. Cabaran rumput tiruan terhadap fitrah makanan binatang ternakan ( penyakit lembu gila) 11. Cabaran biologi terhadap fitrah ciptaan Allah ( klon manusia dan kejuruteraan genetik.) 12. Kejuruteraan genetik, pengklonan manusia serta perubahan yang meyeluruh terhadap ciptaan Allah. 13. Cabaran global yang dihadapi oleh Islam ( sebagi Agama Fitrah)

Você também pode gostar