Você está na página 1de 2

4.

berpandukan kpd siri dokumen 3, rumuskan pendirian para pentadbir british mengenai institusi perhambaan di negeri2 melayu pada penghujung abad ke-19. Pendahuluan Hujah: bersetuju 100% dengan pendirian para pentadbir brtish mengenai institusi perhambaan di negeri2 melayu pd penghujung abad ke-19. Definisi: perhambaan bermaksud perihal menjadi hamba orang yang bekerja tanpa bayaran. Strategi perbentangan: 1. Kekejaman dalam institusi perhambaan 2. kepentingan ekonomi 3. kepentingan politik. 4. penindasan terhadap kaum wanita. Isi-isi 1. kekejaman dalam institusi perhambaan. Kekejaman dalam institusi perhambaan ialah tindakan yang tidak berperikemanusiaan yang dikenakan terhadap hamba. Birch beranggapan bahawa sistem perhambaan merupakan sistem yang tidak bermoral. Dalam suratnya pd the secretary for native affair pd 28 julai 1875, birch menyatakan bahawa hukuman bg hamba ialah dipukul dengan besi dan dikurung dalam bilik berasingan. Hal ini dapat dibuktikan melalui pendapat andaya menyatakan bahawa hamba diperlakukan sewenang2nya dan tuan tidak akan membebaskan hambanya walaupun masa pembebasan sudah tiba. Hal ini dikatakan tidak berperikemanusiaan dan kejam. Cth: Kekejaman ini berlaku disebabkan oleh ketidak adilan yang berlaku keatas bayaran iaitu kerja-kerja dan khidmat orang berhutang tidak termasuk dalam kiraan sbg mengurangkan hutangnya. hutang mereka jga sering bertambah akibat drpd denda y dikenakan krn salah laku. 2. kepentingan ekonomi Hamba yang berhutang mempunyai nilai ekonomi sebagai modal kepada pembesar iaitu tenaga hamba membekalkan sumber2 buruh dan perkhidmatan secara percuma. Perkhidmatan org berhutang tidak dikira sbg boleh mengurangkan hutangnya juga menunjukkan ia mempunyai nilai ekonomi. Hal ini dapat dibuktikan apabila hamba dan orang berhutang dieksploitasi mengerjakan sawah dan lombong bijih timah. Hamba yang bekeluarga bertugas utk membuat kerja pengeluaran spt bertani dan melombong bagi pembesar yang mempunyai lombong.

Paksaan melacurkan diri keatas hamba perempuan amat menonjol sbg suatu institusi ekonomi. Tugas hamba perempuan ialah menyerahkan separuh dari pendapatan kpd raja. Jikalau gagal utk mendapatkan wang melalui pelacuran, hamba akan disebat dengan rotan atas kepala dan belakang. Hamba wanita ini juga dilarang berkahwin. 3. kepentingan politik. Institusi hamba membawa kepentingan politik dan status kepada pembesar. Pembesar yang menyimpan orang yang berhutang adalah sbg alat utk memperkuatkan kekuasaan dan martabat mereka. Cth: raja memandang kpd bilangan pengikutnya sbg satu ukuran kpd kekuatannya dan raja2 lain akan menghormati dan takut kepadanya menurut ukuran itu. Dengan demikian ia cuba mengambil org2 ke dalam perkhidmatannya menerusi cara berhutang. Golongan ini mengada-adakan hutang palsu kpd rakyat dan menyebabkan rakyat yang lemah terheret dalam institusi perhambaan. 4. penindasan terhadap kaum wanita. Hamba wanita ini disimpan sbg alat utk memberikan kepuasan seks kpd pemuda2 yang belum berkahwin yang menjadi tentera kpd pembesar itu. Pembesar mendapat keuntungan daripada hamba wanita ini apabila hamba dijadikan alat utk menarik pemuda yang hendak mencari perempuan simpanan akhirnya menjadikannya sbg isteri mereka. Pembesar menyediakan hamba kpd pengikutnya sbg alat utk memuaskan nafsu mereka dirumah. Pembesar dapat mengelakkan pengikutnya membuat kacau dalam kalangan rakyat petani utk menggoda dan membawa lari isteri mereka.

Você também pode gostar