Você está na página 1de 15

1.

PENGENALAN Kurikulum Pendidikan Seni Visual disusun berdasarkan dua bidang iaitu Bidang Penghasilan Seni Visual serta Sejarah dan Apresiasi Seni Visual. Kedua-dua bahagian ini diharapkan dapat membantu murid dalam menguasai pelbagai kemahiran. Antara kemahiran yang akan dikuasai murid melalui pendidikan seni visual ialah kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran berkomunikasi secara berkesan, kemahiran membuat pilihan dan keputusan yang tepat, kemahiran mencari, menginterpretasi dan mengaplikasi maklumat, kemahiran bekerjasama dan kemahiran pengurusan. Bagi membolehkan murid menguasai kemahiran-kemahiran ini guru perlu mengintegrasikan kedua-dua bidang ini dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam penghasilan seni visual, kegiatan harus melibatkan penerokaan, pewujudan idea, perkembangan idea, pembelajaran secara terancang, penggunaan teknologi, alat dan bahan melalui teknik tertentu. Semua kegiatan seni

mengutamakan kajian-kajian sebelum, semasa dan selepas proses penghasilan. Ini bertujuan menerapkan budaya penyelidikan di kalangan murid. Dalam mencapai matlamat Pendidikan Seni Visual dan juga matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini, peranan guru amat penting dalam pengurusan terutamanya dalam menghasilkan ruang atau bilik studio khusus yang memberi impak yang maksimum kepada murid. Ini kerana kekuatan Pendidikan Seni Visual di sesebuah sekolah terletak kepada guru dan tempat operasi iaitu Bilik/Studio Pendidikan Seni Visual. Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual dijalankan dalam bentuk teori dan praktikal tetapi pendekatannya bergantung kepada

kebijaksanaan guru untuk mengendalikannya asalkan meliputi tiga domain iaitu, pengetahuan, kemahiran dan nilai. Bilik seni merupakan satu aspek utama dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran seni visual. Dengan penyusunan suasana dan keadaan bilik seni yang menarik, kemas, bersih dan lengkap dengan kemudahan mampu merangsang kekreatifan hasilan karya murid. Selaras dengan itu, saya bercadang untuk

mewujudkan bilik seni yang merangkumi aspek fizikal, sosial dan emosi supaya bukan sahaja guru atau murid malah pelawat luar yang memasuki bilik seni ini akan tertarik dan mendapat ilham dalam penghasilan karya seni. (a) Aspek fizikal Dari aspek fizikal, guru seni hendaklah berusaha menentukan bahawa bilik darjah atau bilik seni adalah bersih, susunan perabot adalah teratur dan sesuai untuk aktiviti yang akan dijalankan. Sudut seni untuk pameran contoh-contoh hasil kerja pelajar perlu ada dan diuruskan dengan menarik dan kemaskini. Ianya dapat dilakukan dengan cara-cara berikut: (i) Penyusunan meja kerusi murid mengikut kumpulan. (ii) Suasana di studio Pendidikan Seni yang dihiasi dan diatur kemas dengan carta, gambar, rak pameran dan alat bantu mengajar yang mengalakkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. (iii) Saiz studio yang mempunyai ruang yang cukup untuk bergerak dapat memberi keselesaan kepada murid-murid menjalankan aktiviti kumpulan dan permainan. (b) Aspek Sosial Suasana sosial merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi di antara murid dengan murid, khasnya dalam bilik darjah. Murid yang dapat berinteraksi dalam pembelajarannya akan mudah menguasai ilmu yang dipelajari. Mereka akan melalui

sosiometri dalam penguasaan berinteraksi dalam sesuatu kumpulan dan disinilah proses pengajaran dan pembelajaran akan berlaku. Aspek emosi ini akan dapat: (i) menarik minat murid, masyarakat dan guru-guru; (ii) berfungsi sebagai pemangkin untuk mengembangkan minat, bakat, kreativiti dan inovatif; (iii) mewujudkan suasana interaksi sesama murid;

(c) Aspek emosi Suasana emosi merujuk kepada perasaan murid-murid terhadap guru mereka. Suasana emosi ini akan menimbulkan jenis-jenis tingkah laku murid yang ditentukan oleh sifat guru dan gaya mengajarnya. Mengikut kajian, suasana emosi bilik darjah yang kondusif biasanya ditimbulkan oleh guru yang mempunyai sifat penyayang, bertimbang rasa, peramah dan lucu serta menjalankan tugas dengan adil, bertanggungjawab, mengamalkan sikap demokrasi dan tidak memilih kasih. Anda boleh mewujudkan suasana rapport dan disenangi oleh murid dengan: (i) memenuhi kehendak fisiologi iaitu memuaskan deria; (ii) memenuhi kehendak mental, untuk keperluan berfikir; iii) membentuk suasana yang meransang kreativiti; dan

1.1. Plan dan cadangan Bilik Seni

Laluan Berbumbung Kantin

Cadangan Bilik Seni

Stor Seni BLOK A

Laluan

Balai Bacaan

Pejabat

Bilik Guru

BLOK B

Rajah 1 : Pelan Lokasi Bilik Seni Sekolah saya masih belum mempunyai bilik seni sendiri seperti sekolahsekolah yang lain. Oleh itu saya bercadang bilik seni ini akan diwujudkan di sekolah ini demi merealisasikan matlamat pendidikan seni visual. Bilik seni yang bakal diwujudkan nanti akan ditempatkan di blok A bersebelahan dengan Stor Seni seperti di dalam Rajah 1. Dari aspek fizikal yang asalnya lokasi ini adalah sesuai memandangkan disebelahnya telah terdapat stor peralatan seni. Bilik ini mempunyai ruang yang tidak luas. Oleh itu ruang pameran akan dibuat di luar bilik seni iaitu di dua buah lorong berbumbung. Dua buah lorong penjalan kaki berbumbung itu menunju ke kantin dan yang menghubungkan blok A dengan Blok B. Ini bermakna lokasi ini menjadi laluan utama guru dan murid serta pelawat. Di sepanjang kiri dan kanan kedua-dua lorong berbumbung ini sesuai untuk diletakkan papan kenyataan berkaca untuk mempamerkan hasil karya murid. Sudut pameran di sepanjang lorong

ini akan memberi dan meningkatkan motivasi penghasil-penghasil seni. Manakala di dinding luar bilik seni ini boleh dibina paip air untuk kemudahan membasuh dan mengambil air untuk bidang mengambar kelak.

2. PERANAN ASPEK FIZIKAL, SOSIAL DAN EMOSI DALAM BILIK SENI 2.1 Aspek Fizikal Suasana fizikal Menurut Marland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan kawanataumusuh dalam pengajaran dan pembelajaran. Perancangan dan penyusunan suasana fizikal sesebuah bilik seni melibatkan kegiatan mengorganisasi, merancang dan menggunakan perkara yang berkaitan dengan tempat duduk pelajar, bahan bantu mengajar, sudut aktiviti, pameran, papan tulis, perabot dan lain-lain lagi. Suasana fizikal merangkumi segala bentuk kemudahan dan peralatan yang terdapat disekolah.

Gambar 1 : Cadangan aspek fizikal Bilik seni saya ini seperti yang telah dinyatakan adalah berkonsepkan minimise. Konsep ini sesuai kerana ruangan yang agak terhad. Oleh itu penggunaan bilangan

perabot seperti sebuah almari dan meja jepun berbentuk hesagon dalam bilangan yang sedikit supaya bilik tidak sesak dan ruangan bergerak tidak menjadi sempit. Di dalam bilik ini saya bercadang untuk memperagakan hasil bidang membina dan membentuk sahaja yang diletakan di dalam almari kaca bertingkat. Bagi hasil kerya yang lain boleh ditampal pada papan kenyataan bertutup di sepanjang lorong diluar bilik seni. Di dalam bilik ini saya bercadang meletakan sebuah teliveison 42 inci yang dilekatkankan pada dinding utama bersama pemain video. Saya juga bercadang meletakan dua buah komputer dan sebuah radio di dalam bilik ini kelak untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. 2.2 Suasana emosi Suasana emosi merujuk kepada perasaan murid-murid terhadap guru mereka. Suasna emosi menimbulkan pelbagai tingkah laku murid yang ditentukan oleh sifat guru dan gaya guru mengajar. Mengikut kajian, suasana emosi bilik darjah yang kondusif ditimbulkan oleh guru yang mempunyai sifat-sifat penyayang, bertimbang rasa, peramah, lucu dan adil. Suasana emosi juga dipengaruhi oleh gaya kepimpinan guru dalam proses pengajaran dan pengajaran.

Gambar 2 : Cadangan Aspek Emosi Setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran, aspek emosi memainkan peranan yang penting bagi mengalakankan tumpuan, kerjasama dan percambahan idea murid. Daripada pemilihan warna cat dinding saya bercadang menggunakan ton warna lembut dengan satu dinding utama berwarna lembut tua supaya ruangan tampak luas dan selesa. Memandangkan tingkap yang terdapat di dalam bilik ini terdiri daripada 3 panel sahaja, pemilihan kain langsir mestilah bercorak bunga kecil dengan gabungan kain warna lembut sesuai dengan warna dinding. Pontongan langsir ini kelak adalah ringkas sesuai dengan konsep minimise. Ini penting supaya bilik ini mendapat cukup cahaya dan udara untuk mewujudkan aspek emosi yang diingini di dalam pengajaran dan pembelajaran. 2.3 Suasana sosial Suasana sosial merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi di antara murid dengan murid khasnya di dalam bilik seni. Mok Soon Sang (2008), mengatakan bahawa guru perlu bijak dalam merangsang dan mengalakkan perkembangan sosial murid-muridnya dengan menunjukkan sikap yang adil semasa melaksanakan

peraturan kelas. Suasana sosial dalam bilik seni penting untuk mewujudkan iklim pembelajaran yang berkesan. Tanpa interaksi dan komunikasi, suasana sosial di dalam bilik seni akan menjadi muram dan pelajar akan cepat berasa bosan.

Gambar 3 : Aspek Ssial Seperti yang disyorkan bagi menggalakkan interaksi murid, bilik seni mestilah luas. Namum memandangkan bilik seni yang yang cadangkan ini tidak berapa luas nanum masalah ini tidak dapat menghalang saya memwujukan interaksi antara murid dengan murid serta guru. Saya bercadang akan menggunakan konsep minimise bagi menghias bilik seni saya ini kelak. Oleh itu saya bercadang untuk meletakan meja hesagon berkaki pendek supaya murid-murid dapat melakukan karya seni tanpa gangguan kerusi. Ini dapat menggalakkan interaksi di antara murid dan juga guru seni itu sendiri. Secara tidak langsung susunan ini dapat kumpulan bagi mewujudkan aspek sosial yang dipelajari. menjayakan aktiviti

3. PELAKSANAAN EMPAT KOMPONEN PENDIDIKAN SENI VISUAL DALAM BILIK SENI Bidang atau kompenan mengamabr, membina, mencorak dan tradisional

merupakan 4 kompenan dalam pendidikan seni visual. Aktiviti kempat-empat kompenan ini lebih sesuai diadakan di bilik seni yang dicadangkan. Penggunaan bilik seni ini dapat menggalakan murid-murid menhasilkan karya seni yang menarik. Ini terjadi kerana di dalam bilik seni terdapat : 3.1 Ruangan Interaksi Walupun ruang agak terhad, murid-murid dapat berinteraksi dengan selesa kerana susun atur meja jepon yang menarik. Muridmurid selesa menghsailkan karya mereka tanpa ganguan kerusi dan duduk berkumpulan.

3.2 Sudut Idea Saya Sudut ini digunakan untuk mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan

menggambar, memebina , mencorak dan kraf tradisional yang dikehendaki oleh murid-murid. Sudut ini boleh memuatkan antara 5 hingga 10 orang pada satu-satu masa. Mereka boleh menggunakan kmputer untuk mencari maklumat mengenai sesuatu tajuk dalam aktiviti-aktiviti empat komponen tersebut. Sudut Idea Saya mempunyai dua buah komputer yang dilengkapi dengan kemudahan internet dan pencetak. Murid-murid boleh menggunakan komputer ini secara berkumpulan untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan karya yang akan mereka jelmakan. Sebagai contoh, dalam tajuk arca timbul, murid akan mencari maklumat berkaitan arca timbul dengan menggunakan komputer. Mereka akan

menemuai pelbagai jenis arca timbul dan media yang mudah dan murah seperti sabun yang boleh digunakan untuk hasil kerja mereka nanti.

3.3 Stor Stor berada bersebelahan dengan ruang interaksi seni. Stor ini digunakan untuk menyimpan pelbagai barangan yang diperlukan sewaktu sebarang proses membuat aktiviti yang diperlukan. Stor penyimpanan alatan amat diperlukan sama sekali. Ini kerana di dalam bilik seni ini guru perlu menyediakan pelbagai stok alatan serta bahan-bahan keperluan dalam kuantiti yang banyak. Selain itu juga terdapat pelbagai jenis alatan serta bahan untuk kegunaan pelajar contohnya ialah berus dalam pelbagai saiz, cat dalam pelbagai warna dan jenis seperti cat minyak, cat air, cat paster, lilin, gunting, pisau dan sebagainya. Oleh itu alat dan bahan ini perlu diasingkan dan disimpan ditempat yang selamat. Untuk menjaga kebersihan stor ini supaya sentiasa kemas, jadual tugasan disediakan supaya setiap kali stor ini digunakan kekemasan stor akan sentiasa terpelihara. Stor yang tidak dijaga dengan rapi akan menyebabkan penggunaannya terganggu kerana sudah pasti ada habuk, kotoran dan yang seumpamanya.

3.4 Sudut Palitan Seni Sudut ini terletak didalam stor seni yang bersebelahan dengan bilik seni.Sudut Palitan seni juga penting untuk melaksanakan aktiviti pengkeranian. Ianya juga berfungsi sebagai tempat untuk melaksanakan penerimaan, merekod,

penyelenggaraan, pengendalian dan pengeluaran stok. Di sudut ini juga digunakan sebagai tempat menerima, mengesah dan memperakukan barang yang diterima daripada pembekal.

3.5 Ruang Basah Ruangan ini sangat penting dalam keempat-empat komponen pendidikan seni visual khususnya dalam komponen mengambar. Aktiviti menggambar terutamanya aktiviti catan memerlurkan penggunaan air. Oleh itu Ruang basah dibina diluar bilik seni untuk memastikan bilik seni sentiasa kering dan selamat buat murid-murid ketika berinteraksi 3.6 Sudut Mari Menonton Penghasilan karya dalam pendidikan seni visual amatlah mencabar. Bagi melahirkan sesuatu karya, murid-murid perlu mempunyai pemikiran yang kreatif dan kritis dalam menghasilkan sesuatu karya seni. Sebagai contoh penghasilan karya kmponen

binaan seperti arca, model, hiasan diri, dan sebagainya. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual dalam bilik seni yang saya cadangkan ini dapat membantu murid-murid dari segi mendapatkan idea yang kreatif melalui sudut Mari Menonton.Sudut ini akan saya letakan sebuah telivsion yang berukuran 42 inci yang dilekatkan pada dinding demi keselesaan dan supaya ruang tidak sempit.

Murid-murid dapat menonton tayangan dari tempat dududk mereka dengan jelas. Tayangan akan disiarkan bagi tontonan murid- murid supaya mereka lebih memahami langkah-lanagkah membuat binaan dan menghayati keindahan hasilan bianaan yang ditayangakan. Sebagai contoh tanyang membuat labu sayung. Muridmurid akan mengetahui bagaimana langkah-langkah labu sayaung dibuat tanpa perlu pergi ke Perak. Selain itu murid akan lebih menghargai hasil seni yang ditinggalkan.

3. 7 Sudut Halwa Telinga. Menghasilakan sesuatu karya seni meerlukan suasana yang ceria, tenteram dan menghiburkan. Oleh itu, saya akan menguwujdkan sudut halwa telinga buat anakanak murid saya nanti. Mereka boleh membuat karya seni mereka sambil mendengar alunan lagu yang perlahan dan mengiburkan. Murid-murid tidak akan berasa bosan ketika membuat hasil seni mereka kelak. 3.8 Anjung Seni Anjung seni ini terletak dihadapan bilik seni yang saya cadangankan. Di Anjung Seni ini hasil-hasil seni dari kempat-epat kompenan boleh dipamaerkan untuk tatapan murid-murid, guru-guru dan juga pelawat. Secara tidak langsung dengan adanya anjung seni ini, murid-murid akan bersemangat untuk menghasilakan karya seni mereka untuk diletakankan di Anjung Seni ini.

4 PENUTUP

Persekitaran kelas atau studio seni juga memberi pengaruh. Ada sekolah yang tidak mempunyai Bilik Pendidikan Seni Visualnya sendiri. Ketiadaan kelas atau studio ini menyukarkan murid-murid untuk melakukan kerja-kerja seni di dalam kelas. Sesetengah sekolah walaupun ada bilik seninya sendiri tetapi kekurangan dari segi kelengkapan kemudahan asasnya. Dalam kelas seni, kemudahan yang harus ada antaranya ialah paip (untuk membasuh berus cat), apron, alatan seni yang sukar diperolehi oleh murid (pahat ukir, mesin pemutar tanah liat dan lain-lain), dan sebagainya. Ketiadaan alatan ini akan menyebabkan murid sukar melakukan

tugasan seni yang diarahkan oleh guru lalu mematikan minat mereka dalam subjek ini. Oleh itu, bilik seni mempunyai pengaruh yang tersendiri kepada murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual. Persekitaran dan suasana yang teraputik dalam bilik seni dapat merangsang murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual lalu melahirkan insan yang harmonis.

RUJUKAN

Kamarudin Hj Husin. (1993). Sekolah dan Perkembangan Kanak-Kanak. Utusan Publication. Kuala Lumpur

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1995). Buku Panduan Khas Pendidikan Seni Visual KBSR. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Buku Sumber Guru Pendidikan Seni Visual KBSR. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Mazlan Othman, Ruzitah Tapah, Hassan Mohd Ghazali. (2005). Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual. Fajar Bakti Sdn. Bhd. Selangor.

Md. Nasir, Iberahim Hassan.

( 2003).

Pendidikan Seni Untuk Maktab

dan Universiti.

Universiti Perguruan Sultan Idris. Tanjung Malim, Perak.

Modul Kajian Tindakan. (1998). Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur.

Mohd Johari Hamid. (2006). Asas Seni Visual. Penerbitan Universiti Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.

Sharifah Alwiah Alsagoff. (1983). Pedagogi Pengajaran dan Pembelajaran. Pustaka. Kuala Lumpur.

Dewan Bahasa dan

2. KERTAS KERJA

En.Baba Ahmad bin Omar.(8-11 Oktober 2001). Pengertian dan peranan seni visual. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Taklimat Sukatan Pelajaran Seni Visual Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Golden Straits Villas Beach Resort, Part Dickson, Negeri Sembilan

3. INTERNET

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2000). Sukatan Pelajaran Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Seni Visual. (atas talian). http://myschoolnet.ppk.kpm.my/sp_hsp/seni/kbsm/sp_pseni_kbsm.pdf (19 Januari 2012)

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2000). Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR tahun 4. (atas talian). http://www41.websamba.com/sjkttapah/files/hsp_pseni_y5.pdf ( 28 Januari 2012)

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2007). Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran. (atas talian) http://myschoolnet.ppk.kpm.my/sp_hsp/ (12 Febuari 2012)

Você também pode gostar