Você está na página 1de 5

Ada Apa Dengan iPhone 4?

Kalau tahun 2007 korang dah tahu apa itu iPhone tapi malangnya pada waktu tu aku sendiri tak pernah dengar nama iPhone hehe. Apa boleh buat, pada waktu itu, aku setia dengan Sony Ericsson sampai iPhone relase pada tahun itu pun aku tak tahu. Rasanya bukan aku sahaja yang tak tahu tentang iPhone waktu tu tapi setahu aku kawan-kawan aku pun tak pernah sebut tentang ihone ni. Kalau kawan-kawan yang tanya cita memang ramaila, boleh dikatakan kawan-kawan pada waktu tu just share movie & MP3 ja. Siap bawa external hard disk lagi bawa masuk bilik nak copy movie. Aku memang dari dulu setia dengan Sony Ericsson disebabkan kualiti gambar dan bunyi dia bagus. Masa tu mana ada nak rujuk Google nak beli handphone. Tapi memanglah, Sony Ericsson adalah handphone terbaik pada waktu tu.yeke? hehe. Sony Ericsson paling canggih aku guna waktu tu K850i, harga dia dalam RM 1200. Kenapa aku beli, sebab dia touch screen.Touch screen pe kebenda, separuh ja touch screen harga 1.2K memang gila babi. Kalaulah masa tu aku dah kenal iPhone, nak ke aku beli Sony ni haha. Sehinggalah ke tahun 2010 aku setia dengan Sony Ericsson yang aku anggap handphone paling canggih haha. Padahal masa tu ShibliVision dah guna iPhone. Disebabkan aku ni selalu search movie di syok.org maka secara tak langsung kenal shibli kat syok sebab dia selalu share link Prison Break. Aku pun jumpala website dia yang buat buat review tentang iphone 4. Bermula dari situ aku dah jatuh cinta dah dengan iPhone. Dah tahu iphone 4 ni

punyala canggih , rasa nak ketuk kepala sendiri plak bila kenang time aku beli Sony Ericsson dulu haha. Tapi takpe, biar kita mula dari yang biasa dulu. Walaupun aku tak tahu kewujudan iPhone ni pada tahun 2007 aku memang lama dah tahu brand apple memang mahal sebab dalam movie barat selalu je guna labtob brand Apple. Selepas membuat research dari Google akhirnya aku nekad membuat keputusan untuk membeli iphone 4. Ada apa dengan iphone 4 sehinggakan aku sanggup membazir menghabiskan 3K untuk membelinya. Iphone 4 yang aku beli adalah without contract, aku taknak terikat dengan contract.

Harga 3K adalah kerana termasuk Casing original yang aku beli dari Authorised apple yang sah. Walaupun macam suatu pembaziran namun kerana kualiti, design, kehebatan dan macam-macam lagi membuatkan aku jatuh cinta dengan iphone 4.

Macam mana aku tahu iphone ni smartphone terbaik? Berdasarkan research aku sama ada dari website dan forum di internet mendapati komen pengguna iphone 4 yang sangat memberangsangkan.

Ternyata setelah iphone 4 sampai ke tangan aku, komen daripada pengguna iphone 4 tersebut adalah ternyata benar. Iphone 4 adalah memudahkan aku untuk beremail kerana banyak urusan internet aku menggunakan email dan perlu disemak dengan segera.

Kenapa korang perlu beli iphone 4?. Pengelaman akulah, aku suggest korang beli iphone 4 sebab korang akan rasa revolusi yang takkan pernah korang rasa kat smartphone lain. Apa tidaknya, iphone 4 dilengkap dengan apps (software) yang boleh di download secara percuma setelah anda melakukan jailbreak pada iphone 4 anda.

Antara apps yang best yang jadi favorite aku sehingga kini ialah ProHDR (untuk photography), Fifa 2011, Real Soccer, Need For Speed dan banyak lagi.Kalau korang nak tau tinggalkan komen k aku akan jawab pertanyaan korang.

Apabila iphone 4 dah berada kat tangan korang, korang akan rasa tak nak tidur je download apps dari installous (betul, cam aku). Memang rambang mata lah terutama bila anda baru dapat iphone 4 tu.

Selain itu, ia mudah untuk anda bertwitter, facebook, Yahoo Meseenger, Skype di mana-mana sahaja asalkan ada rangkaian 3G, pendek kata anda boleh berinternet di mana-mana sahaja (kecuali dalam air haha).

Kenapa plak anda tak perlu beli iphone?. Kalau anda nak beli iphone sebab nak ber sms or kol tak payah ok, jangan membazir. Korang kena tengok dulu kedudukan kewangan korang, nanti susah anda nak bagi makan iPhone ni haha. Apa ke tidaknya, internet dia ingat free ke lainla kalau kat Old Town, Mcd free tapi still bayar gak untuk makan, takkan hari-hari anda nak gi makan kat tempat tu.

Selain tu, kalau korang yang memang jenis yang berjimat, cukuplah guna lappy kesayangan anda tu untu bersosial kat internet hehe. Simpan duit korang tu untuk keperluan di university, sambung belajar or apa yang penting. Namun bagi

mereka yang memang memerlukannya kerana ingin menyemak email dengan segera, malas nak buka lappy anda boleh mendapatkannya di Authorised Apple yang sah.

Kenapa perlu beli iPhone yang Original? Yang ni penting korang jangan beli iphone yang harganya RM 250 haha. Gila ke apple nak jual produk yang

menggunakan kos yang tinggi tapi dijual dengan harga semurah tu, hilang akal ke apa haha. Memanglah sekali pandang korang nampak bergaya namun hakikatnya, takda yang korang nak bangga dengan iphone ciplak anda tu, malu adalah dalam hati.

Jangan ikut trend teknologi, biar anda beli sesuatu produk dengan kualiti yang bagus. Iphone 4 dengan kualiti gambar HD, Video HD anda nak apa lagi hehe. Jangan bazir duit anda beli non ori product ok. Simpan bajet tu dulu, nanti beli iphone 5 buat review biar meleleh air liur aku jelez tengok korang haha.

Cuba bayangkan alangkah indahnya kalau korang tak perlu on lappy dan boleh layan awek anda sebelum tido kat iphone 4. Jangan plak korang buka safari kat iphone 4 tu tok serach picture Maria Ozawa haha. Tak pasal-pasal korang tak dapat tido plak nanti layan gambar Maria Ozawa tu.

Você também pode gostar