Você está na página 1de 19

Kata banyak makna bermaksud perkataan yang mempunyai lebih daripada satu maksud.

Makna perkataan yang berbagai-bagai ini dibezakan dalam konteks ayat yang berlainan.

KATA akal fikiran ikhtiar

MAKNA

CONTOH AYAT 1. Budak itu mempunyai akal yang tajam. 2. Pak Ali sedang mencari akal untuk menyelesaikan masalah itu. 1. Bunyi guruh di langit alamat hujan akan turun. 2. Zulkifli memberikan alamat rumahnya kepada saya. 1. Pasukan Pengakap akan menyertai mendaki Gunung Tahan pada minggu depan. 2. Ahmad mencuci daki pada badannya dengan sabun.

alamat

tanda butir-butir keterangan

daki

panjat

Kotoran yang melekat

SOALAN 1
I Dia memang baik dengan saya. II Penyakit semputnya sudah baik. III Umur Pak Samad masih baik lagi. IV Warna kemeja itu tidak baik sangat. A.I dan II B.I dan III C.II dan IV D.III dan IV

SOALAN 2
I Suaranya belum cerah lagi. II Giginya cerah selepas digosok. III Bangun Kamil, hari sudah cerah! IV Orangnya cantik dan berkulit cerah.

A.I dan II B.I dan III C.II dan IV D.III dan IV

SOALAN 3
I Jahitannya memang halus. II Dia lebih halus daripada ibunya. III Katak sejenis haiwan yang halus. IV Batu permata cincinnya agak halus.

A.I dan II B.I dan IV C.II dan III D.III dan IV

SOALAN 4
I Dia lalu mengangkat kotak yang berat itu. II Jangan lalu di kawasan itu, berbahaya! III Abu lalu bermain dengan kawannya. IV Siti ke dapur lalu menanak nasi.

A.I dan II B.I dan III C.II dan IV D.III dan IV

SOALAN 5
I Halim menendang bola dengan kaki kiri. II Bapa membeli kaki tiga bangku panjang. III Rina membasuh beberapa kaki cendawan. IV Pak Long menghadiahi nenek dua kaki tongkat. A.I dan II B.I dan III C.II dan IV D.III dan IV

SOALAN 6
I Bapaku kecil mata kerana terkena kilauan lampu. II Dia bercakap dengan suara yang kecil sahaja. III Mereka tinggal di sebuah rumah yang kecil. IV Bapanya hanya pengawai kecil di pejabat itu. A.I dan II B.I dan III C.II dan IV D.III dan IV

SOALAN 7
I Cuaca pada hari ini cerah. II Warna kulit Maziah cerah. III Dia memetik buah langsat itu sehingga cerah. IV Lutfi murid yang cerah.

A.I dan II sahaja B.II dan III sahaja C.I,II, dan III sahaja D.I,II,III,dan IV

SOALAN 8
I Kotak itu berat sungguh. II Projek di bandar itu menelan belanja yang berat. III Tanggungjawab yang dipikulnya amat berat. IV Semua hujahnya berat belaka.

A.I sahaja B.I dan III sahaja C.II dan III sahaja
D. I dan IV sahaja

SOALAN 9
I Mangsa yang tercedera itu masih hidup. II Hidup di kampung sungguh meriah. III Pokok itu tidak sesuai hidup di padang pasir. IV Api itu masih hidup.

A.I dan II sahaja B.I,II,III, dan IV C.I,II, dan III sahaja D.II,III, dan IV sahaja

SOALAN 10
I Kami sekeluarga akan pulang ke kampung pada musim buah-buahan. II Musim tengkujuh dijangka melanda negara pada bulan Oktober. III Pada musim cuti yang lalu, saya melancong ke Kuala Terengganu. IV Kejadian itu berlaku pada musimnya masih muda. A.I dan II sahaja B.I,II,III dan IV C.I,II dan III sahaja D.II,III dan IV sahaja

SOALAN 11
I Adik memeluk ibu dengan kemas. II Puan Anita membeli barang kemas. III Rambutnya disikat dengan kemas. IV Faizah sedang kemas bilik tidurnya.

A.I dan III sahaja B.I,II dan III sahaja C.II,III dan IV sahaja D.I,II,III dan IV

SOALAN 12
I Cahaya hari ini hangat sekali. II Tidak lama lagi, abang akan memperoleh seorang cahaya mata. III Tumbuh-tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk hidup.

IV Air muka Sara cahaya sekali setelah mendengar berita baik itu.
A I dan II

B II dan III
C I dan IV D III dan IV

TAHNIAH. JAWAPAN ANDA TEPAT!!!!!

MAAF. Jawapan kamu kurang tepat. Sila cuba lagi

Você também pode gostar