Você está na página 1de 124

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

1.0

PENGENALAN

Rancangan Pendidikan Individu (RPI) adalah satu instrumen yang sangat penting dalam merancang aktiviti pengajaran di Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Ia adalah satu garis panduan atau alat pengurusan yang dibina bagi memastikan muridmurid berkeperluan khas menerima pendidikan khas dan perkhidmatan-perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan mereka (Smith &Luckasson, 1995). RPI ini berasal daripada Amerika Syarikat yang terhasil daripada satu perundangan, iaitu Public Law 94-142 yang telah diluluskan oleh Kongres Amerika Syarikat pada tahun 1975 (Mohd. Siraj, 1995) dan telah terbukti memberi banyak manafaat di samping memberi perlindungan kepada pihak-pihak tertentu khususnya murid-murid khas yang memerlukan perkhidmatan pendidikan yang bercorak individu (Mohd. Siraj, 1995). Namun begitu tidak seperti di negara Amerika Syarikat yang mempunyai peruntukan perundangan khusus bagi mewajibkan pelaksanaan RPI iaitu Public Law 94-142, negara kita masih lagi tiada perundangan yang khusus mengenai keperluan pelaksanaan RPI ini (Abdul Rahim, 2000).

Sejak bermulanya pelaksanaan RPI di negara kita sehingga kini tidak terdapat banyak maklumat atau laporan yang diperolehi mengenai tahap keberkesanan dan juga masalah-masalah yang dihadapinya. Namun melalui kajian-kajian yang telah dijalankan di Amerika Syarikat, di dapati RPI ini mempunyai beberapa masalah ketika perlaksanaannya termasuklah masalah penilaian (pentadbiran ujian,pemarkahan dan intrepretasi), beban kerja guru yang bertambah, terlalu banyak dokumentasi dan kekurangan latihan bagi guru (Smith, 1990). Selain itu RPI hanya dilihat sebagai hanya satu bentuk penulisan yang tidak mempunyai peranan yang mendalam di dalam bilik darjah, menyisihkan kurikulum am dan dilihat hanya sebagai satu syarat yang mesti dipenuhi walaupun tidak memberi sebarang makna (Gallaher & Desimone di dalam Kirk et. al, 1997).

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

Manakala istilah pembelajaran mempunyai banyak makna. Pengertian pembelajaran dalam kebanyakan teori bermaksud sebagai suatu proses, cara, perbuatan menjadikan seseorang orang atau makhluk hidup belajar.

Gagne dan Briggs mendefinisikan istilah pembelajaran sebagai suatu rangkaian events (kejadian, peristiwa, keadaan,dan sebagainya) yang secara sengaja dirancang untuk mempengaruhi pelajar sehingga proses belajarnya dapat berlangsung dengan mudah. Pembelajaran adalah suatu kombinasi yang tersusun meliputi unsurunsur manusiawi, material, fasiliti, peralatan, dan prosedur yang saling mempengaruhi bagi mencapai tujuan pembelajaran.

Pembelajaran yang dimaksud di sini merupakan kurikulum yang menuntut sikap proaktif guru dalam menciptakan dan memodifikasi aktiviti pelajar bersesuaian dengan perancangan yang telah dibuat. Yang menjadi kunci atau persoalan pokok dalam rangka menentukan tujuan pembelajaran adalah keperluan pelajar, mata pelajaran atau bidang pembelajaran yang diajarkan dan guru itu sendiri. Berdasarkan silibus/ sukatan pelajaran yang ada dalam kurikulum, hasil-hasil pembelajaran yang diinginkan oleh guru dapat ditentukan. Guru sendiri adalah sumber utama tujuan bagi para pelajar. Sehubungan itu, guru seharusnya mampu menentukan tujuan-tujuan pembelajaran yang bermakna dan dapat diukur. Di samping itu, seorang guru juga harus berupaya memilih dan menentukan model pembelajaran yang sesuai dengan situasi pelajar yang mengarah kepada matlamat yang telah diharapkan tersebut.

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

2.0

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU (RPI) 2.1 Definisi Rancangan Pendidikan Individu ( Rpi )

Rancangan Pendidikan Individu adalah satu dokumen bertulis: ianya dirancang untuk seseorang murid. Ia juga dibentuk bertujuan mendokumentasikan segala pengubahsuaian dan penerapan ke atas program pembelajaran serta perkhidmatan yang disediakan. RPI merupakan satu perjanjian bertulis antara ibu bapa dan pihak sekolah tentang keperluan-keperluan kanak-kanak dan cara bagaimana keperluan-keperluan tersebut dipenuhi. Dari segi perlaksanaan, RPI adalah sebuah kontrak tentang perkhidmatan-perkhidmatan yang perlu disediakan untuk seseorang murid tersebut "(Daniel P. Hallahan dan James M. Kauffman,1977). Ini menunjukkan bahawa RPI berfungsi sebagai satu alat instrumen untuk menentukan kerjasama dan kolaborasi antara sekolah, ibu bapa, murid itu sendiri dan jika perlu dengan pegawai pendidikan daerah, individu dan agensi atau khidmat sokongan lain. RPI ialah suatu program pengajaran berasaskan penilaian pelbagai disiplin dan direka untuk memenuhi keperluan-keperluan individu murid kurang upaya ( William N. Bender, 1995 ).

2.2

Ciri-Ciri RPI

Untuk menghasilkan RPI yang mantap, sesebuah RPI itu mesti memenuhi kriteria tersebut : 2.2.1 Komprehensif RPI merangkumi semua aspek ketidak upayaan murid. Ia termasuk dalam aspek komunikasi, tingkah laku, social, pengurusan diri, akademik, kemahiran motor kasar dan koordinasi motor tangan, kemahiran vokasional dan transisi, perkhidmatan yang berkaitan dan penempatan yang diperlukan oleh murid tersebut sama ada di program biasa, vokasional ataupun pendidikan khas. 2.2.2 Spesifik
3

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

Matlamat dan objektif RPI prlu ditulis dalam bentuk kemahiran tingkah laku yang dapat diperhatikan aktiviti dan murid boleh diukur. Contohnya membaca, memerhatikan seperti

melompat dan menari. Cacatan guru perlu mengandungi sasaran, tingkah laku, parameter, keadaan dan penilaian ukuran. Sebagai contoh : Ali boleh membaca perkataan bola, buku, siku dengan bantuan guru dalam masa 3 minit bagi setiap objektif yg dibuat memenuhi kriteria yang ditetapkan iaitu khusus, boleh diukur, boleh dicapai, berhubungkait dan menepati masa.

2.2.3 Mengikut Urutan Sebuah RPI yang bagus akan dibentuk berasaskan urutan perkembangan kemahiran dan urutan fungsi kemahiran yang betul. Susunan yang dimaksudkan ialah tahap perkembangan yang senang akan beransuransur ke tahap perkembangan yang sukar. Penyusunan perkembangan yang betul akan menyumbang kepada keberkesanan terhadap RPI.

2.2.4 Realistik Dan Bersesuaian Matlamat dan objektif yang dinyatakan di dalam RPI perlu sesuai

dengan tahap fungsi dan kadar perkembangan sedia ada setiap murid. Selain itu, penetapan matlamat serta objektif mestilah relevan dan mampu dicapai oleh murid pendidikan khas tersebut. 2.2.5 Mudah Difahami RPI yang direkodkan dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh para professional dan juga ibu bapa serta dapat menjelaskan apa yang perlu diketahui dan segala maklumat. Bahasa yang digunakan perlu ringkas dan tidak menggunakan ayat yang berbelibelit yang mungkin disalah ertikan.
4

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

2.2.6 Digubal Bersama RPI merupakan satu rancangan kerja yang telah dipersetujui bersama sepenuhnya oleh murid, ibu bapa, guru, golongan professional, dan kumpulan pelbagai displin yang berkenaan. Semua pihak terbabit perlu bekerjasama sebagai satu pasukan untuk melaksanakan RPI. Mesyuarat RPI perlu diadakan dalam lingkungan 30 hari kalender untuk menentukan kesesuaian dalam program pendidikan khas. Setiap individu membawa peranan yang penting dalam melaksanankan RPI. Mereka akan bekongsi maklumat bersama untuk menulis RPI. Setiap maklumat tambahan yang LANGKAH 1 Kenal pasti pihak memahami dan diberikan membantu semua murid. memutuskan perkhidmatan yang diperlukan oleh murid. LANGKAH 2 maklumat murid.

LANGKAH 3 Analisis keputusan dan penentuan calon dan membuat hipotesis

LANGKAH 4 Menilai kelebihan dan kelemahan individu.

LANGKAH 5 Hipotesis baru. 2.3 Model Membuat Keputusan (Langkah-Langkah) LANGKAH 6 penilaian kaedah dan bahan pengajaran

LANGKAH 7 Penyediaan Rancangan Pengajaran Individu.

LANGKAH 8 Perlaksanaan dan pengurusan program.


5

LANGKAH 9 Pernilaian program.

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

Rajah : Langkah-langkah membuat RPI

Langkah satu merupakan langkah untuk mengenalpati murid sama ada memerlukan Rancangan Induvidu ataupun tidak. Berdasarkan maklumat yang didapati oleh guru, guru boleh menilai dan mengenalpasti seseorang murid itu memerlukan bantuan pendidikan induvidu ataupun tidak. Penilai tersebut boleh dibuat dengan cara pemerhatian yang dijalankan ke atas seseorang murid tersebut.

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

Langkah ke dua pula ialah mengenai maklumat murid iaitu mendapatkan maklumat latar belakang murid iaitu rekod ataupun fail yang mengandungi maklumat psikososial pendidikan. Maklumat psokososial tersebut penting untuk melihattahap akademik dan tingkah laku seseorang murid. Seterusnya maklumat perubatan utnuk melihat tahap kesihatan muris tersebut dan maklumat setesusnya ialah maklumat persekitaran. Maklumat persekitaran seperti tenpat tinggal, sejarah keluarga, tingkah laku murid di rumah, temuduga keluarga, peg perubatan, terapis dan pegawai kebajikan yang pernah dilakukan. Perkara yang perlu diberikan perhatian dalam proses pengumpulan maklumat ialah cara mendapatkan maklumat yang berkaitan engan murid, individu yang indin mengumpul maklumat berkenaan, jenis bantuan yang diperlukan dalam proses mengumpul maklumat, ejauhmana penglibatan murid, sejauhmana penglibtan ibu bapa, dan sejauh mana penglibatan sokongan komuniti. Maklumat yang dikumpul hendaklah dianalisis, dirumus dan dicatat dalam borang rumusan data awal sebagai panduan semasa sesi mesyuarat ahli jawatankuasa Rancangan Pendidikan Induvidu.

Langkah 3 pula ialah menganalisis keputusan penentuan calon serta membuat hipotesis. Berdasarkan pemerhatian dan rekod maklumat guru, guru membuat penilaian ataupun analisis dengan mengambil kira adakah hipotesis awal telah dibuat oleh pihak lain seperti guru ataupun pakar. Seterusnya membuat penilaian kelebihan dan kelemahan murid berkenaan dan mengambil kira maklumat yang terlalu lama atau baru sebelum membuat sesuatu tafsiran ataupun keputusan. Selain itu, membuat penilaian atau analisis dengan mengambil kira program yang telah disediakn oleh pihak sekolah atau guru kelas sekiranya ada dan sesetengah maklumat mungkin terpeinci dan penerangan lanjut diperlukan. Contonya perancangan X boleh dibuat dengan maklumat yang ada. Sekiranya tiada maklumat mengenai murid tersebut, orang pertama yang perlu dirujuk adalah guru sebagai permulaan. Oleh yang demikian hipotesis tidak dapat dibuat dan penilaian harus dimulakan terhadap murid
7

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

tersebut. Jika maklumat lengkap telah diperolehi, guru boleh membuat satu hipotesis mengenai kelebihan dan kelemahan murid untuk dijadikan panduan merancanga satu program pendidikan untuk murid berkenaan.

Langkah 4 pula ialah menilai kelebihan dan kelemahan individu. Pada peringkat ini, satu proses penilaian boleh dijalankan untuk menilai sejauh mana ketepatan hipotesis awal yang telah dibina boleh diterima atau perlu disemak semula atau diubah suai melalui maklumat yang diperolehi. Jika maklumat awal mencukupi dan hipotesis awal masih relevan dengan keperluan murid, guru tidak perlu menilai semula maklumat yang ada untuk membina H baru. Guru boleh terus ke langkah seterusnya iaitu proses penilaian kaedah dan bahan pengajaran. Sekiranya maklumat X lengkap dan maklumat baru diperlukan, guru boleh menggunakan maklumat dari penilaian umum atau global dan khusus untuk membuat H. Penilaian umum dibuat adalah bertujuan untuk membantu mengenalpasti dengan lebih mendalam apakah yang mungkin mempengaruhi pembelajaran seseorang murid. Maklumat itu adalah mengenai cara bagaimana pelajar tersebut belajar. Daripada maklumat tersebut, guru boleh mendapat maklumat sama ada murid berkenaan mengalami masalah kecerdasan mental (IQ), keluarga, tingkah laku dan sebagainya.

Penilaian khusus pula boleh diperolehi selepas mendapat maklumat penilaian global. Terdapat 4 elemen penting iaitu analisis kurikulum. Analisis kurikulum dibuat untuk menentukan apakah yang kanak-kanak perlu ketahui atau pelajari. Maklumat diperolehi melalui kurikulum sedia ada yang digunakan dan kurikulum pendidikan khas. Guru boleh menilai keupayaan murid berdasarkan kurikulum yang digunakan. Oleh yang demikian, maklumat yang lebih kusus di dapati dengan menilai atau kemampuan bahan pengajaran yang disediakan. Elemen seterusnya ialah pemerhatian dalam kelas iaitu membantu mengetahui pencapaian atau perkembangan tingkah laku. Oleh yang demikian ianya dapat mengetahui sejauh mana murid menghabiskan masanya terhadap
8

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

kerja, menumpukan perhatian terhadap pelajaran atau menunjukkan tingkah laku yang negatif ataupun positif semasa dalam kelas. Elemen berikutnya ialah temu bual. Temubual dilakukan untuk mengetahui lebih dekat lagi tentang murid tersebut iaitu bertanyakan cara yang digemari untuk mempelajari sesuatu. Elemen keempat pula ialah analisis contoh kerja iaitu melihat contoh kerja murid untuk mengetahui pencapaian dalam kelas.

Seterusnya diikuti dengan langkah 5 iaitu hipotesis baru. Jika hipotesisi awal kurang tepat dan guru perlu membuat hipotesisi baru. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, guru membina hipotesis baru dengan menyatakan kelebihan murid dalam sesuatu kemahiran iaitu kemahiran 3 M membaca, menulis dan mengira.

Model membuat keputusan seterusnya merupakan langkah ke enam iaitu penilaian kaedah dan bahan pengajaran. Setelah semua maklumat diperolehi, dinilai, dan hipotesis baru dibina, guru mula memikirkan mengenai kaedah dan cara bahan pengajaran yang sesuai digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran murid berkenaan. Sebelum menyediakan Rancangan Pengajaran Induvidu yang sebenar, satu ciri percubaan disediakan berdasarkan hipotesis yang dibina dan menilai kelemahan utama dalam 3 M iaitu membaca menulis dan mengira serta menaakul. Akhirnya guru menilai keberkesanan percubaan yang dijalankan. Guru boleh membuat pengubahsuaian. Oleh yang demikian hasil daripada percubaan hendaklah dikemukakan kepada semua ahli yang terlibat dalam membentuk Rancangan Pendidikan Induvidu murid berkenaan.

Langkah seterusnya ialah langkah 7 iaitu penyediaan Rancangan Pendidikan Induvidu. Matlamatnya ialah memenuhi keperluan tertentu individu. Ianya dirancanguntuk membantu kanak-kanak untuk mencapai dan mengekalkan keupayaan yang lebih kurang atau hampir seimbang dengan rakan
9

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

sebaya normal. Rancangan Pendidikan Individu dirancang untuk melibatkan penjaga murid, guru dan orang yang berkaitan dalam proses membantu kanakkanak tersebut. Selain itu ianya dirancang untuk menyediakan tanggungjawab profesional kepada kenak-kanak bekeperluan khas.

Langkah kedua akhir merupakan langkah pelaksanaan dan pengurusan program. Langkah ini perl mengambil kira pelbagai faktor yang mungkin timbul. Ada berlaku di mana sewaktu sesi percubaan kaedah digunakan berkesan tetapi sebaliknya apabila program sebenar dilaksanakan. Polloway et.al (1989) mencadangkan guru memberi tumpuan kepada satu objektif pengajaran dalam satu jangka waktu yang telah ditetapkan. Ini akan membantu guru memberi tumpuan dan penilaian terhadap kemajuan sesuatu bidang kemahiran yang diajar. Di akhir proses pengajaran dan pembelajaran, guru mencatatkan perkara-perkara yang berlaku dalam proses pengajarn dan pembelajaran termasuk keberkesanan bahan bantu mengajar dan kaedah pengajaran, pencapaian murid dan kesukaran atau masalah yang dihadapi. Keadaan kelas yang kondusif juga diambilkira semasa pelaksanaan proses Racangan Pendidikan Individu yang dicadangkan oleh polloway. Seterusnya polloway mencadangkan Rancangan pendidikan Induvidu bukan bermaksud murid berkenaan diajar secar individu tetapi kemajuan dan kelemahan murid tersebut dinilai secara individu. Ole yang demikian, pada akhir pengajaran guru akan menilai sejauh manakah keupayaan murid itu mencapai kemahiran yang diajar. Guru mencatatkan pencapaian murid dalam rekod peribadi mereka. Murid yang menunjukkan prestasi yang baik diinklusifkan ke kelas normal.

Langkah terakhir sekali merupakan langkah ke sembilan iaitu penilaian program. Guru dan ahli jawatankuasa emmbincangkan sejauh mana pencapaian murid berkenaan. Seterusnya membuat penilaian semula ke atas kaedah, bahan, isi kandungan, dan jangka masa pengajaran. Penilaian program ini dilakukan secara berterusan sepanjang program berlangsung.
10

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

2.4

Kepentingan Rpi

Suatu perkara yang dibina mesti mempunyai kepentingannya begitu juga dengan RPI. Antara kepentingan RPI ialah dapat menyimpan rekod jenis modifikasi dan adaptasi yang dibuat ke atas kurikulum asal.

Selain itu, Dapat menyimpan rekod tentangperkara yang perlu dipelajari oleh setiap individu murid kurang upaya. Ini termasuklah aspek komunikasi, tingkah laku, sosial, pengurusan diri, akademik, kemahiran motor kasar dan koordinasi motor-tangan, kemahiran vokasional dan transisi, perkhidmatan yang berkaitan dan penempatan yang diperlukan sama ada di program biasa, vokasional ataupun pendidikan khas.

Dapat merekod jenis strategi dan teknik pengajaran yang perlu digunakan untuk mengajar individu kurang upaya. Ini bagi memastikan program pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkesan untuk murid berkenaan untuk mendapatkan hasil yang baik. Program berasaskan penilaian pelbagai disiplin direka bagi memenuhi keperluan-keperluan individu murid kurang upaya

2.5

Keberkesanan Penggunaan Rancangan Pengajaran Individu (Rpi)

Melalui beberapa kajian yang dijalan bagi memastikan keberkesanan RPI, adalah terbukti penggunaan RPI banyak memberi faedah khususnya kepada murid yang berkeperluan khas. Antara keberkesanan RPI adalah disebab perkara seperti berikut :

11

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

2.5.1 Latihan yang diterima oleh oleh guru dalam pembinaan RPI Guru pendidikan khas adalah insan yang bertanggungjawab dalam pembinaan RPI. Kemahiran guru pendidikan khas dalam membina RPI adalah penentu kepada keberkesanan RPI. Guru yang telah menerima latihan yang bersesuai serta mencukupi mampu membina RPI dengan baik. Selain itu, tidak cukup dengan latihan secara teori, guru juga memerlukan latihan secara praktikal. Melalui itu, barulah guru tersebut mendapat gambaran sebenar dalam membina RPI dengan betul sebelum mempraktiknya semasa pengajaran sebenar nanti. Satu kajian yang dilaksanakan oleh Zainal Abidin (2009), mendapati guru-guru pendidikan khas di sekolah sekarang kurang mendapat latihan yang bersesuai dan secukupnya ketika di institusi dahulu dan menyebabkan mereka kurang mahir membuat RPI.

Beberapa cadangan yang boleh dikemukakan bagi melatih guruguru pendidikan khas di sekolah sekarang supaya dapat membina RPI yang mantap ialah diperbanyakkan lagi kursus-kursus terutama kursus dalaman bagi membantu memahirkan guru-guru pendidikan khas disamping memperbanyakkan lagi bahan-bahan rujukan bagi membina RPI. Selain itu, pihak-pihak atasan juga boleh mengadakan bengkelbengkel pembinaan RPI. Dalam bengkel tersebut, latihan secara amali perlu diperbanyakkan supaya guru-guru yang terlibat dapat melihat gambaran sebenar untuk membina RPI yang mantap.

2.5.2 Kerjasama antara ahli jawatan kuasa RPI

12

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

kerjasama antara ahli jawatan kuasa dalam pembinaan RPI juga adalah penentu dalam keberkesanan sesebuah RPI. Ahli-ahli jawatan kuasa dalam pembinaan RPI ialah pengetua atau guru besar, guru mata pelajaran dan ibu bapa murid. Hallahan dan Kauffman (1978) menyatakan RPI merupakan satu perjanjian bertulis di antara ibu bapa dan pihak sekolah tentang keperluan kanak-kanak dan cara bagaimana keperluan-keperluan tersebut boleh dipenuhi. Dari segi perlaksanaan, RPI adalah sebuah kontrak tentang perkhidmatan perkhidmatan yang perlu disediakan untuk seseorang murid tersebut.

Melalui kerjasama ini, matlamat dan objektif RPI boleh ditetapkan. Matlamat merupakan sesuatu yang perlu dicapai dalam masa panjang manakala objektif pula adalah sesuatu yang ditetapkan dan perlu dicapai dalam jangka masa pendek. Melalui penetapan matlamat dan objektif ini dan telah dipersetujui oleh semua ahli jawatan kuasa, maka barulah guru boleh merancang kaedah dan pendekatan pengajaran yang bersesuai dengan murid berkeperluan khas tersebut bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan oleh ahli jawatan kuasa RPI.

2.5.3 Penetapan matlamat serta objektif RPI yang bersesuaian Penetapan matlamat RPI yang bersesuaian serta keupayaan murid yang berkeperluan khas untuk mencapainya juga adalah penting. Matlamat yang ditetapkan haruslah dipersetujui oleh semua pihak setelah mengadakan satu perbincangan atau mesyuarat. Melalui perbincangan tersebut, matlamat jangka panjang dan objektif jangka pendek ditetapkan bagi menentukan hala tuju sesuatu pengajaran.

13

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

Matlamat jangka panjang di dalam RPI merupakan satu kenyataan berkaitan apa yang diharapkan dicapai oleh seseorang murid dengan keperluan khas dalam bidang tertentu. Ia ditulis bagi menegaskan tentang kelemahan yang dikenal pasti dalam pencapaian semasa seseorang murid itu. Matlamat yang dinyatakan menggambarkan pengetahuan berkaitan fungsi semasa murid itu dalam kemahiran, kemahiran seterusnya dan anggaran bagi kadar pembelajaran murid itu. Matlamat ini dinyatakan dalam bentuk yang dapat diukur, tingkah laku yang dapat diperhatikan dan melibatkan ketidakupayaan utama yang dikenal pasti dalam pencapaian pembelajaran murid.

Objektif jangka pendek melibatkan beberapa langkah dalam urutan bagi mencapai matlamat jangka panjang. Objektif ini tidak spesifik seperti rancangan pengajaran tetapi menyatakan langkahlangkah antara pencapaian semasa seseorang murid dengan matlamat jangka panjang. Objektif ini perlu dinyatakan dalam bentuk tingkah laku, dapat diukur dan mencatatkan apa yang dicapai oleh murid. Objektif ini haruslah menggambarkan kaedah-kaedah atau langkahlangkah untuk mencapai matlamat jangka panjang. Ia juga dapat membentuk konsep dan memajukan seperti labih khusus menunjukkan kemahiran yang dipelajari.

2.5.4 Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang bersesuai setelah penetapan matlamat dan objektif, barulah guru boleh merancang pendekatan, strategi, kaedah dan teknik boleh dilakukan melalui maklumat yang diperolehi semasa mesyuarat RPI serta ujian dignostik terhadap murid pendidikan khas tersebut. melalui kelemahan yang dikesan melalui ujian dignostik dan maklumat daripada ibu bapa, guru

14

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

boleh membina bentuk pengajaran yang bersesuai dengan keupayaan murid.

2.5.4.1

Pendekatan Pengajaran

Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan-pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang guru ingin utamakan atau memberi perhatian yang lebih utama. Sebab itu ada kalanya pendekatan meyerupai klasifikasi pengajaran di mana jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria-kriteria yang guru gunakan untuk meneliti proses pengajaran. Pendekatanpendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara-cara fakta disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain. Pendekatan adalah pengajaran seperti yang berasaskan individu, pengelolaan murid pendekatan

pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan kelas bercantum dan sebagainya. Pendekatan yang dimaksudkan di sini tidak menyentuh tentang kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran. Guru adalah bebas memilih kaedah yang difikirkan wajar bagi setiap pendekatan tersebut dan bersesuaian dengan keupayaan murid khas.

Berdasarkan

kriteria

bagaimana

isi

pelajaran

disampaikan maka terdapatlah pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan eklektik, pendekatan dari segi isi mudah ke
15

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

isi susah dan pendekatan dari isi maujud ke isi abstrak. Pendekatn yang memberi tumpuan kepada pengajar disebut sebagai pendekatan memusatkan guru manakala pengajran yang mementingkan murid disebut sebagai pendekatan memusatkan murid. Kaedah-kaedah yang seiring dengan pendekatan yang memusatkan guru adalah seperti kaedah syarahan dan kaedah demonstrasi manakala kaedah-kaedah pengajaran yang selari dengan pendekatan pengajaran yang memusatkan murid adalah seperti kaedah menyelesaikan masalah, kaedah bermain dan kaedah perbincangan kumpulan. Pemahaman mengenai pendekatan oleh guru pendidikan khas akan menyumbang kepada keberkesanan RPI. Pendekatan yang sesuai dengan tahap keupayaan murid khas akan diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan seterus dapat mencapai objektif sekali gus matlamat dalam RPI tersebut.

2.5.4.2

Kaedah dan teknik pengajaran

Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti yang digunakan oleh guru untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang murid. Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti bercerita, kerja kumpulan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, brain storming, kuiz, lakonan, projek, soalan atau Socratik dan lain-lain lagi.

16

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

Teknik-teknik

pengajaran

adalah

kemahiran

atau

perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil. Maka untuk memastikan keberkesanan sesuatu RPI itu, guru pendidikan khas perlu mengguasai kaedah serta teknik pengajaran untuk diaplikasikan dalam pengajarannya yang bertujuan untuk mencapaian objektif serta matlamat RPI yang telah ditetapkan.

2.5.4.3

Strategi pengajaran

Untuk mencapai objektif-objektif pengajar sekali gus objektif RPI serta matlamatnya, seseorang guru itu biasanya menggunakan gabungan berapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu. Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran.

Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar murid-murid khas yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, dalam bilik darjah yang biasanya terdiri daripada kumpulan lemah, kumpulan serdahana serta kumpulan cergas. Guru khas terpaksa memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan bagi semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan17

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan murid. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasi berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedahkaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya dan proses ini akan menyumbang kepada keberkesanan RPI.

kaedah-kaedah mengajar mestilah diatur dengan baik bagi membentuk strategi pengajaran mengikut keadaan di mana proses pengajaran itu berlaku. Dengan ini, jelasnya sesuatu kaedah pengajaran tidak menjaminkan pencapaian matlamat pengajaran. Yang lebih penting adalah interaksi kaedah itu dengan kaedah-kaedah lain yang dikenali sebagai strategi pengajaran.

2.5.5 Rumusan

18

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

Pada keseluruhannya didapati pelaksanaan RPI adalah penting bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. RPI adalah satu-satunya perancangan pengajaran dan pembelajaran bertulis yang menjurus kepada keperluan individu murid khas yang mana berbeza dengan Rancangan Pengajaran Harian yang lebih menjurus kepada perancangan berbentuk kelas seperti yang diamalkan pada masa kini. Aspek-aspek seperti latihan guru, penglibatan ibu bapa, penglibatan murid dan sistem pemantauan yang berkesan haruslah dipertingkatkan lagi supaya program RPI ini tidak dilaksanakan umpama melepaskan batuk di tangga sahaja. Bagi memastikan keberkesanan RPI ini, semua pihak yang terlibat harus sedar tangungjawab mereka di samping memberi komitmen yang tinggi kerana RPI tidak akan berjaya tanpa penglibatan semua pihak.

3.0

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 3.1 Pengertian Pedagogi


19

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

Pedagogi ialah kajian mengenai pengajaran, khususnya pengajaran dalam pendidikan formal. Dengan kata lain, pedagogi ialah sains dan seni mengenai cara mengajar di sekolah. Secara umumnya pedagogi merupakan mata pelajaran yang wajib bagi mereka yang ingin menjadi guru di sekolah. Sebagai satu bidang kajian yang luas, pedagogi melibatkkan kajian mengenai proses pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah dan juga interaksi guru-pelajar.

Dari segi etimologinya, perkataan Pedagogi datangnya daripada bahasa Yunani paidagogos, hamba yang menghantar dan mengambil budak-budak pergi balik dari sekolah. Perkataan paida merujuk kepada kanak-kanak, yang menjadikan sebab kenapa sebahagian orang cenderung membezakan antara pedagogi (mengajar kanak-kanak) dan andragogi (mengajar orang dewasa). Perkataan Yunani untuk pedagogi, pendidikan, adalah digunakan dengan lebih meluas, dan seringkali kedua-duanya boleh ditukar guna.

Pedagogi moden selalunya membahagikan fungsi pengajaran kepada tiga bidang, yakni apa yang dimaksudkan sebagai taksonomi Bloom. Menurut taksonomi bloom, pengajaran boleh terbahagi kepada 3 iaitu, bidang kognitif, bidang afektif dan juga bidang psokomotor. Bidang Kognitif adalah bidang berkenaan dengan aktiviti mental seperti kefahaman, pengetahuan dan analisa. Manakala bidang Afektif adalah bidang berkenaan dengan sikap dan sahsiah diri dan bidang Psikomotor Berkenaan dengan aktiviti fizikal seperti kemahiran hidup, pertukangan, dan sukan.

Ketiga-tiga bidang ini nampaknya begitu tersendiri sifatnya, tetapi dalam keadaan pengajaran-pembelajaran semula jadi, pengasingan ketiga perkara ini selalunya tidak wujud. Contohnya, apabila seorang guru ingin mengajar seorang pelajar menulis, dia perlu mengajar pelajar itu cara memegang pencil (bidang
20

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

psikomotor); bentuk huruf dan maknanya (bidang kognitif); dan juga harus memupuk minat untuk belajar menulis (bidang afektif).

3.2

Model

Model pengajaran mengandungi unsur-unsur penting yang dapat memberi gambaran tentang proses pengajaran. Pada masa dahulu, pengajaran dianggap sebagai satu proses yang mudah iaitu pengajaran sebagai suatu penyampaian pengetahuan daripada guru kepada murid. Situasi ini dinamakan proses pengajaran sehala iaitu guru sebagai pengajar menyalurkan pengetahuannya kepada murid yang menerima segala-galanya, seperti yang ditunjukkan pada rajah di bawah.

Rajah: Proses Pengajaran Sehala Apabila pengajaran sedemikian berlaku, guru merupakan sebagai individu yang aktif manakala murid menerima secara pasif. Tidak terdapat sebarang interaksi antara guru dengan muridnya. Tanpa interaksi antara guru dengan muridnya, maka sukar untuk menentukan sama ada proses pembelajaran telah berlaku atau tidak. Murid tidak diberikan peranan aktif sebagai individu yang boleh menentukan pembelajarannya. Namun keadaan sekarang sudah jauh berubah daripada keadaan seperti itu. Pengajaran lebih disifatkan satu proses yang dengan sengaja dirancangkan dengan objektif dan isi yang dipilih khas untuk disesuaikan dengan keperluan murid. Untuk menentukan proses pengajaran dan pembelajaran berkesan, guruguru haruslah mengambil pelbagai pertimbangan seperti memilih model-model pengajaran yang boleh memberi kesan positif pada pengajarannya di samping
21

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

pemilihan kaedah, teknik dan pendekatan. Di sini dibincangkan beberapa model pengajaran dan pembelajaran untuk pertimbangan guru. Setiap model-model yang dicadangkan mempunyai kekuatan tersendiri dalam membantu guru-guru dalam proses pengajarannya (Mok Soon Sang, 2003).

3.2.1 Pengajaran Asas Model ini dikemukakan oleh Robert Glaser (1962). Model ini dianggap sebagai model asas yang dapat menggambarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Model Glaser membahagikan proses pengajaran kepada empat bahagian seperti dalam rajah berikut;

Rajah: Model Pengajaran Asas Glaser Mengikut model Rajah 2 proses pengajaran bermula dengan guru menentukan objektifnya.

3.2.1.1

Objektif Pengajaran

22

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

Objektif pengajaran ialah perlakuan yang hendak dicapai murid setelah mengikuti sesuatu pengajaran. Ia merupakan pernyataan tentang perlakuan murid yang dapat diperhatikan dan dapat diukur setelah langkah pengajaran dijalankan. Pernyataan yang jelas tentang perlakuan murid yang hendak dicapai membolehkan guru merancang langkah-langkah pengajaran dan membuat penilaian ke atas keberkesanan pengajarannya.

3.2.1.2

Tingkah Laku Sedia

Tingkah laku sedia murid merujuk kepada pengetahuan, kemahiran atau sikap yang sudah ada pada seseorang murid. Penentuan tingkah laku sedia murid membolehkan guru menilai sama ada objektif yang telah dirancang itu sesuai atau tidak. Sesuatu pembelajaran baru akan menjadi lebih bermakna sekiranya dikaitkan dengan pengalaman sedia ada murid, kebolehan serta minat mereka.

3.2.1.3

Prosedur Pengajaran

Bahagian ini menerangkan tentang proses pengajaran. Prosedur pengajaran berbeza mengikut objektif pengajaran yang hendak dicapai. Bahan pengajaran dan alat bantu mengajar dipilih supaya sesuai dengan objektif pengajaran. Kaedah mengajar yang sesuai hendaklah dirancang supaya isi pelajaran dapat disampaikan dengan berkesan. Aktiviti pengajaran seperti memberi keterangan, menyoal, merangsang, menarik perhatian dilaksanakan di peringkat ini. Murid juga terlibat dengan aktiviti pembelajaran seperti memerhati, menumpukan perhatian , berbincang dan menyelesaikan masalah.

23

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

3.2.1.4

Penilaian Prestasi

Pada peringkat ini, pemerhatian dan ujian-ujian dijalankan untuk menyemak setakat mana murid telah mencapai objektif pengajaran. Dengan adanya penilaian, guru mendapat maklum balas tentang hasil pengajarannya. Sekiranya penilaian menunjukkan bahawa murid tidak mencapai tahap yang memuaskan, maka guru perlu menyemak kembali setiap komponen dalam modul pengajaran di atas. Jika perlu komponen yang didapati kurang tepat dan sesuai perlu dikaji atau diubah suai. Contohya, kaedah pengajaran kuliah dalam pembelajaran tidak difahami murid, maka guru perlu menukarnya kepada kaedah perbincangan atau lain-lain yang memudahkan murid menguasai isi pelajaran. Kekuatan model Glaser ini boleh dijadikan panduan asas bagi guru dalam tugas mengajarnya. Bagaimanapun, model ini boleh mejadi lebih bermakna sekiranya ditambah dengan unsur interaksi guru-murid dan langkah-langkah pemulihan sekiranya perlu bagi murid-murid tertentu.

3.2.2 Inkuiri Pendekatan inkuiri membolehkan murid menggunakan keperluan ingin tahu mereka untuk meneroka sesuatu bidang ilmu. Matlamat dalam pendekatan ini adalah mengembangkan kemahiran dan disiplin intelek yang perlu untuk membangkitkan soalan dan mencari jawapan yang berpunca daripada rasa ingin tahu mereka. Sesuatu pengajaran secara inkuiri dimulakan dengan menyediakan satu situasi yang membingungkan. Individu yang menghadapi situasi sedemikian (secara

24

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

semula jadi) bermotivasi untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dalam model ini, terdapat lima fasa seperti rajah di bawah:

Rajah 3 Lima Fasa Model Inkuiri

Keterangan model inkuiri: Fasa 1: Fasa satu, guru perlu mengemukakan situasi bermasalah dan menerangkan atur cara inkuiri kepada murid. Pembentukan satu kejadian seperti menunjukkan bagaimana sebatang pisau dibuat daripada dua jenis logam yang apabila dipanaskan ia menjadi bengkok, memerlukan murid berfikir. Matlamat akhirnya dalam pengajaran seperti ini adalah bertujuan untuk murid mengalami pembentukan pengetahuan baru. Fasa 2: Melibatkan pemeriksaan proses iaitu murid mengumpulkan maklumat tentang kejadian yang dilihat atau alami. Fasa 3: Uji kaji dijalankan oleh murid dengan memasukkan elemenelemen baru dalam situasi untuk melihat sama ada kejadian itu berlaku dengan cara lain. Di sini murid mungkin bertanya tentang objek dan

25

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

guru harus peka serta sedar tentang jenis maklumat yang diperlukan dan mengubah corak penyoalan. Fasa 4: Guru meminta murid menyusun data untuk membentuk satu keterangan. Mungkin ada murid yang sukar untuk memahami maklumat dan membentuk pemahaman mengenainya. Fasa 5: Murid diminta menganalisis corak inkuiri mereka. Mereka memerlukan soalan yang berkesan, soalan yang produktif dan memerlukan maklumat lanjut daripada guru. Walaupun model inkuiri digunakan pada mulanya dalam bidang sains, namun atur caranya juga sesuai untuk semua bidang. Contohnya, kemahiran hidup, bagaimana proses-proses tumbesaran pokok atau tanaman daripada hanya sebutir biji benih yang kering, boleh dijadikan situasi yang membingungkan murid.

3.2.3 Sim

26

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

Model sim terdapat empat unsur penting dalam pengajaran iaitu guru, pelajar, isi pelajaran dan objektif pengajaran. Unsur-unsur tersebut boleh berinteraksi antara satu sama lain seperti dalam rajah berikut:

Rajah: Model Sim

Dalam membuat persediaan pengajaran, model sim mengandungi elemen-elemen guru, objektif dan isi pelajaran. Ia perlu dititikberatkan dengan mengambil kira objektif yang hendak dicapai dan isi pelajaran yang sesuai seperti rajah di bawah:

Rajah: Persediaan untuk Pengajaran Guru

Murid menjadi fokus dalam pencapaian objektif pembelajaran. Dalam menentukan objektif dan isi pelajaran , fakta murid seperti kebolehan dan pengetahuan sedia ada murid perlu diambil kira. Isi pelajaran
27

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

termasuk media dan teknik digunakan untuk penyampaian isi pelajaran itu. Isi pelajaran ditentukan oleh guru setelah mengambil kira tentang kebolehan murid. Dalam setiap pengajaran, objektif dinilai dari segi pencapaiannya oleh murid dan guru menggunakannya untuk memperbaiki pengajarannya. Model Sim berfaedah kepada guru kerana membantu guru merancang pengajarannya dengan mengambil kira unsur-unsur penting seperti menentukan bahan, cara mengajar dan penilaian.

3.2.4 Penguasaan Bloom (1968) merupakan pengasas kepada model pembelajaran ini. Model Pembelajaran Penguasaan adalah suatu proses pengajaran yang boleh digunakan apabila seseorang guru ingin mengajar semua isi kandungan kepada murid di dalam kelas. Model ini memerlukan guru menstrukturkan bahan pengajaran agar setiap murid dapat menguasai sesuatu bidang mengikut masa dan keupayaan diri masing-masing. Model ini juga mengutarakan fenomena self-fulfiling prophecy iaitu murid percaya bahawa semua orang boleh berjaya dan kebanyakan murid boleh mempelajari apa yang diajar di sekolah.

Jadual : Jadual Pembelajaran Penguasaan

28

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

Bagi melaksanakan pembelajaran penguasaan, objektif pengajaran haruslah jelas dan isi kandungan pengajaran dicerakinkan kepada beberapa bahagian yang kecil. Isi pengajaran juga mestilah disampaikan mengikut tahap-tahap individu dan dalam susunan tertib unit pembelajaran yang meningkat. Di samping itu, penilaian secara individu perlu dibuat, begitu juga pemantauan kemajuan murid.

Penilaian diagnostik merupakan jenis penilaian yang kerap digunakan dalam pembelajaran penguasaan. Guru diminta untuk membina dan mentadbir ujian-ujian pendek untuk menentukan penguasaan objektif pembelajaran harian oleh murid. Murid yang mempunyai 15% kesalahan akan mengulangi tugasan mereka sehingga mereka mencapai penguasaan yang lebih tinggi. Bagi membantu murid mencapai penguasaan isi kandungan, guru boleh merancang kerja-kerja secara individu seperti bacaan khas, tugasan dalam lembaran kerja dan permainan komputer. Selain itu, guru boleh mengadakan tutorial rakan

29

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

sebaya, kumpulan kecil pembelajaran dan kumpulan permainan akademik. Bagi murid yang berjaya menguasai isi kandungan, mereka akan diberikan tugasan-tugasan pengayaan.

3.2.5 Koperatif Model Pembelajaran Koperatif mengutarakan kerjasama di antara ahliahli dalam kumpulan di samping meningkatkan pencapaian akademik murid. Terdapat tiga matlamat utama dalam model ini iaitu untuk memperbaiki kefahaman dan kemahiran murid yang diajar, untuk membolehkan murid membentuk kemahiran kumpulan berkoperatif dan seterusnya menghormati perbezaan individu dalam kelas dan untuk membolehkan murid mementingkan nilai terhadap pembelajaran dan membentuk sikap positif terhadap murid pelbagai kaum

Jadual : Jadual Pembelajaran Koperatif

Di antara teori-teori pendidikan dalam model ini ialah:

30

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

1.

ganjaran berkumpulanmurid belajar dalam kumpulan dan akan tertentu. Melalui pembelajaran kumpulan masing-

memperoleh faedah- faedah

berkumpulan, murid boleh bekerjasama dalam

masing dan bersaing secara sihat dengan kumpulan lain. 2. mengurangkan stereotaipmurid yang mempunyai peluang untuk jantina, pelajar yang berpencapaian

bekerja dalam kumpulan dengan murid yang lain boleh mengurangkan sikap stereotaip mengenai ras, rendah atau cacat. Hasil daripada pembelajaran koperatif, didapati bahawa murid yang berpencapaian tinggi boleh mencapai tahap kefahaman yang lebih tinggi dalam proses membantu murid yang berpencapaian rendah. Model ini juga dianggap boleh mewujudkan motivasi di kalangan murid khususnya mereka yang berpencapaian rendah. Selain itu, mereka yang terlibat dalam pembelajaran koperatif menunjukkan konsep kendiri yang tinggi.

3.2.6 Pengajaran Dalam Amalan Murid yang diajar mengikut teori pengajaran dalam amalan adalah berdasarkan kepada Hunter (1991) . Beliau menyatakan bahawa pengajaran meliputi suatu siri keputusan profesional yang mempengaruhi tahap pembelajaran seseorang murid. Keputusankeputusan ini adalah berkenaan dengan isi kandungan pelajaran, bagaimana murid mencapai pembelajaran melalui aktiviti tertentu dan tingkah laku guru yang spesifik dalam kelas.

Hunter percaya bahawa konseptualisasi pengajaran dengan ketiga-tiga keputusan tersebut boleh membekalkan suatu rangka rujukan . Ini bermakna keputusan pengajaran dan tindakan boleh diterangkan,
31

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

diinterpretasi, dibincang, dinilai dan diperbaiki. Program Hunter memberikan suatu reka bentuk yang mengandungi tujuh unsur untuk mengajar suatu pelajaran. Unsur-unsur dalam pengajaran ini ialah set jangkaan (anticipatory set) adalah untuk membolehkan murid menjangka apa yang akan dipelajari. Objektif dan tujuan adalah: input murid mendapat maklumat baru modeling guru memberikan contoh-contoh,

demonstrasi, idea, menguji kefahaman guru menguji di celah-celah

pelajaran

latihan berpandu murid berlatih dengan skala yang

dipelajari dan diselia oleh guru.

latihan bebas murid membuat tugasan yang diberi oleh

guru tentang apa yang telah dipelajari secara bebas.

Jadual : Jadual Teori Pengajaran dan Amalan

32

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

Semasa guru hendak membuat keputusan, guru tersebut haruslah membuat keputusan berasaskan kepada pengajaran yang berkesan. Ini seterusnya memerlukan guru memahami sains pengajaran kerana ini akan menjadi asas untuk guru dalam membuat keputusan. Di samping itu, guru haruslah berkemahiran untuk melaksanakan keputusan yang tepat. Model ini boleh dipraktikkan dengan merancang soalan yang diperoleh.

3.2.7 Memproses Maklumat Menurut Lerner (2003) model pembelajaran memproses maklumat menerangkan pengaliran maklumat semasa proses pembelajaran, iaitu bermula dari penerimaan maklumat melalui proses di dalam otak sehinggalah menghasilkan tindakan. Pusat kepada model pembelajaran memproses maklumat ialah kepelbagaian bahagian sistem daya ingatan. Bahagian ini mempunyai sistem penerimaan maklumat yang terbahagi kepada tiga jenis ingatan iaitu daya deria-rangsangan, daya ingatan jangka pendek dan daya ingatan jangka panjang

3.2.7.1

Daya Deria Rangsangan

Maklumat diterima melalui daya rangsangan penglihatan, pendengaran, sentuhan, bau dan rasa. Rangsangan yang diterima adalah sama ada secara dalaman atau luaran. Teori memproses maklumat sangat penting kepada pengajaran guru. Ini adalah kerana ia dapat membantu guru mengatasi masalah ketidakupayaan pembelajaran murid mereka. Di samping itu mereka dapat membuat perancangan terhadap pengajaran di dalam bilik darjah. 3.2.7.2 Daya Ingatan Jangka Pendek
33

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

Daya ingatan jangka pendek dikenali juga dengan ingatan sementara. Apabila melalui proses ini, seseorang itu akan mempunyai kesedaran untuk memahami maklumat dan seterusnya bertindak balas terhadap maklumat yang diterima. Apabila seseorang itu memikirkan masalah yang baru, maklumat baru akan menggantikan maklumat lama. Kepentingan kepada pengajaran guru ialah, guru boleh mengenal pasti maklumat yang disimpan oleh murid di dalam jangka masa waktu yang diperlukan. Guru sepatutnya merancang aktiviti bagi membolehkan isi pelajaran yang diajar bukan sahaja berada di dalam daya ingatan jangka pendek murid, tetapi sebaliknya terus disimpan di dalam ingatan jangka panjang.

3.2.7.3

Daya Ingatan Jangka Panjang Berkekalan jangka panjang adalah berkekalan. Bagi

Daya ingatan

mempelajari mengekalkan maklumat yang diperolehi untuk satusatu tempoh masa yang panjang, maklumat perlu dialihkan dari ingatan jangka pendek kepada ingatan jangka panjang. Terdapat dua jenis ingatan jangka panjang iaitu ingatan makna dan pengalaman.

Kepentingannya

kepada

pengajaran

ialah,

cara

bagaimana maklumat disimpan di dalam daya ingatan jangka panjang membantu kita untuk menggunakan maklumat apabila diperlukan. Melalui teknik pengajaran yang jelas, sistematik dan menggunakan kaedah yang menarik pasti dapat membantu murid mengingat kembali isi pelajaran yang telah dipelajari. Strategistrategi yang dapat membantu murid meningkatkan daya ingatan jangka panjang mereka ialah sistem penyusunan maklumat,
34

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

menggunakan

pengetahuan

sedia

ada

dan

membuatkan

maklumat yang diperolehi lebih bermakna.

3.2.8 SAALE Model SAALE telah diperkenal dan digunakan sejak awal tahun 1970an lagi. Ia merupakan satu reka bentuk (design) di mana kandungan kurikulum mungkin memerlukan kurang perubahan upaya (adaptasi) untuk membolehkan murid-murid mendapat kurikulum

pendidikan biasa . Untuk memenuhi matlamat pendidikan kepada murid kurang upaya, maka Reauthorization of the Individuals with Disabilities Education Act, 1997 (IDEA), telah menyuarakan kepada sistem pendidikan sekarang supaya memberi peluang dan akses yang lebih luas kepada pelajar kurang upaya (Wood 2002) . Lou Danielson (1999), menegaskan kepada konsep universal design (satu corak yang boleh diterima pakai oleh semua) sebagai amalan yang dapat menolong kanakkanak khas ini mencapai matlamat pendidikannya. Penggunaan model SAALE ini telah memberi satu pencapaian bermakna terhadap pendidikan dalam kepelbagaian populasi . Model ini adalah model adaptasi. Ia mengandungi tiga komponen besar adaptasi iaitu adaptasi persekitaran, adaptasi pengajaran dan adaptasi penilaian.

3.2.8.1 Adaptasi

Adaptasi Persekitaran persekitaran melibatkan guru melakukan

pengubahsuaian persekitaran sosioemosi, persekitaran tingkah laku dan persekitaran fizikal.

35

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

3.2.8.2

Adaptasi Persekitaran Pengajaran

Adaptasi persekitaran pengajaran ialah ia melibatkan guru melakukan pengubahsuaian terhadap perancangan pengajaran, teknik pengajaran, format kandungan pengajaran dan media pengajaran.

Dalam konteks adaptasi persekitaran pengajaran ini , model ini menekankan bahawa seseorang guru haruslah melakukan penyesuaian yang spesifik yang boleh dilakukan pada mana-mana titik atau tempat di mana murid menghadapi kesukaran dalam teknik pengajaran adalah pengajaran, kemahiran pelajaran sangat penting difahami kerana atau kandungan pengajaran. Konsep ketidaksesuaian dalam ketidaksesuaian yang berlaku tidak disebabkan oleh murid mahupun pendidik. Ketidaksesuaian hanyalah satu keadaan apabila murid tidak berjaya kerana pendidik mempunyai harapan dan sangkaan yang tidak sepadan dengan keupayaan anak didiknya. Sebagai contoh muridnya tidak dapat menyalin di papan tulis, sedangkan guru menyuruhnya menulis atau menyalin juga, maka berlakulah ketidaksesuaian. Oleh sebab itu sebagai guru, kita mestilah mencari punca ketidaksesuaian tersebut dan memperkembang dan mengimplementasikan intervensi yang bersesuaian dengan murid. Adaptasi spesifik dan juga jelas, boleh adaptasi dilakukan teknik pada rancangan yang

pengajaran yang memfokuskan kepada satu sahaja objektif yang pengajaran mementingkan informasi input iaitu , memberikan maklumat bergantung kepada keupayaan murid itu, adaptasi format isi
36

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

kandungan yang tidak terlalu banyak, dan penggunaan media seperti audio visual dan sebagainya.

3.2.8.3 Adaptasi

Adaptasi Penilaian penilaian merangkumi penilaian murid dan

penggredan. Adaptasi penilaian bermaksud bahawa penilaian yang dilakukan adalah menyeluruh. Penilaian kurikulum patut dilakukan dari masa ke semasa agar bersesuaian dengan murid khas. Dalam hal ini, guru perlu memastikan aspek keadilan diambil kira bagi memastikan semua murid mendapat faedah yang sama bagi pelaksanaan suatu kurikulum itu.

Rajah: Model SAALE

37

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

3.2.10 Masteri Pembelajaran Masteri adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokus kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang dipelajari. Melalui pembelajaran masteri murid diberi peluang untuk maju mengikut kebolehan dan kadar pembelajaran mereka sendiri serta dapat mempertingkatkan tahap penguasaan pembelajaran.

Pembelajaran

Masteri

(Hunter

1991)

merupakan

suatu

pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan proses pengajaran dan pembelajaran yang terancang dan berkualiti serta berpandukan tahap penguasaan murid. Model Pembelajaran Masteri dimulakan dengan penentuan hasil pembelajaran, dan diikuti dengan pengajaran dan pembelajaran. Tujuan menentukan hasil pembelajaran murid adalah untuk memastikan semua murid berjaya menguasai pengetahuan dan kemahiran yang diberikan dengan kadar kemampuan biasa seseorang murid di tahap tersebut. Setelah dibuat penilaian, murid yang telah menguasai akan diteruskan dengan aktiviti pengayaan dan bagi murid yang belum menguasai akan diteruskan dengan aktiviti pemulihan.

Dalam Pembelajaran Masteri terdapat beberapa langkah yang perlu Dilaksanakan oleh guru . Langkah tersebut digambarkan melalui model berikut:

38

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

Carta : Carta Pembelajaran Masteri

Dalam pengajaran dan pembelajaran masteri, beberapa perkara perlu diketahui oleh guru. Antaranya kebolehan dan keupayaan murid yang berbeza, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berbeza, kemudahan yang ada dan masa yang diperuntukan.

Dengan mengetahui kebolehan dan keupayaan murid yang berbeza, guru dapat merancang kaedah pengajaran yang juga berbeza dan pelbagai bagi memudahkan murid menguasai ilmu yang disampaikan. Dengan merujuk kepada kadar penerimaan dan kesanggupan, murid akan dapat menguasai ilmu pada kadar kemampuan mereka. Untuk itu, guru seharusnya mengenali murid mereka.

39

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

3.2.10 Ekspositori Ekspositori bermaksud memberi penerangan yang jelas dan terperinci. Dalam konteks pengajaran, ekspositori merupakan penyampaian maklumat atau isi kandungan pelajaran secara langsung kepada muridmurid di dalam kelas. Oleh itu, kaedah ekspositori ialah cara penyampaian pelajaran melalui penerangan, bercerita atau demonstrasi dengan tujuan mengajar sesuatu. Dalam model ini, guru memberi penerangan terlebih dahulu dan murid mendengar dengan teliti hingga mereka memahami dan mengingatinya atau merekodkan isi pentingnya dalam buku nota mereka.

Rajah: Model Ekspositori

40

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

3.2.10.1

Strategi

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, tiada satu kaedah dan strategi yang khusus dan terbaik boleh diaplikasikan di dalam kelas yang mempunyai kepelbagaian murid terutamanya murid berkeperluan khas. Ia terpulang kepada daya kreativiti guru dan kesesuaian kehendak murid untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran pada ketika itu. Ini kerana tahap penerimaan murid terhadap bahan yang diberikan ada berbagaibagai iaitu ada yang cepat, sederhana dan ada yang lambat.

Faktor kecerdasan mempengaruhi daya serap murid terhadap bahan pelajaran yang diberikan oleh guru. Oleh yang demikian, dalam sesi pembelajaran, guru seharusnya memiliki strategi dan kaedah yang khusus agar murid dapat belajar secara lebih efektif dan efisien. Justeru itu, strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan di dalam kelas pendidikan khas boleh diklasifikasikan mengikut tumpuan kepada tiga unsur utama iaitu strategi pemusatan guru. strategi pemusatan murid, dan strategi pemusatan bahan pelajaran

i.

Strategi Pemusatan Guru

Strategi pemusatan guru merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang telah lama diamalkan dalam bilik darjah. Di bawah strategi pengajaran dan pembelajaran ini, guru memainkan peranan yang utama. Di dalam kelas, gurulah yang menguasai dan mengawal segala aktiviti pelajaran iaitu guru banyak memberi penerangan dan pelajar hanya duduk mendengar. Brophy (1978) , menyatakan bahawa pengajaran pemusatan guru merupakan pendekatan yang mudah dirancang
41

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

dan diurus, membekalkan model untuk pemikiran yang betul dan mengelakkan suasana elitis yang sering dikaitkan dengan kaedah kumpulan. Kaedah pengajaran secara kelas, demontrasi atau tunjuk cara, bercerita, kaedah penyoalan dan pengajaran berpasukan adalah kaedah yang menjadi pertimbangan semasa menggunakan strategi pemusatan guru.

CiriCiri Strategi Pemusatan Guru Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru

memainkan peranan yang penting sedangkan murid berperanan sebagai penonton sahaja. Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid

adalah sehala. Guru banyak bercakap dan murid banyak mendengar. Ciri kepimpinan guru bersifat autokratik. Murid tidak

berpeluang menyumbangkan pendapat mereka. Guru banyak bertindak mengawal dan memberi arahan.

Strategi

pengajaran

dan

pembelajaran

lebih

mengutamakan pencapaian objektif pengajaran guru. Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan

daripada penyuburan nilai murni atau perkembangan emosi. Strategi ini mementingkan pencapaian murid

berdasarkan keputusan ujian dan peperiksaan. Teknik mengajar guru ditumpukan kepada

penyampaian fakta-fakta secara menghafal. Pembelajaran

42

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

murid banyak berbentuk mengingat dan menghafal dan kurang berupaya membuat interpretasi. Interaksi di antara murid adalah pasif dan sifat-sifat

sosial yang positif kurang dapat dipupuk. Mementingkan pengelolaan kaedah keseluruhan

kelas. Perbezaan murid dari segi kebolehan dan minat tidak diberikan perhatian. Di bawah strategi ini, murid menjadi kurang kreatif

dan berinisiatif.

ii.

Strategi Pemusatan Murid

Di bawah strategi berpusatkan murid ini, murid memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran. Mengikut strategi ini, murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Di dalam bilik darjah, guru merupakan seorang pemimpin yang memandu murid menjalankan aktiviti pembelajaran, sama ada secara kumpulan ataupun individu. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, lebih banyak masa akan diperuntukkan kepada aktiviti pembelajaran murid. Kaedah kumpulan, lawatan, bermain, simulasi atau main peranan dan pengajaran individu adalah kaedah yang menjadi pertimbangan semasa menggunakan strategi pemusatan murid terutamanya murid di dalam kelas.

43

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

CiriCiri Strategi Pemusatan Murid Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran,

murid memainkan peranan yang penting sedangkan peranan guru merupakan pemimpin yang membimbing murid menjalankan aktiviti pembelajaran. Komunikasi dan interaksi di antara guru dan

murid adalah secara dua hala. Ciri kepimpinan guru bersifat demokratik. Murid

digalakkan memberi pendapat mereka. Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih

mengutamakan pencapaian objektif pembelajaran murid. Peluang interaksi di antara murid adalah banyak

dan sifat-sifat sosial yang positif seperti tolongmenolong, berkerjasama dan bertolak ansur jelas dapat dipupuk. Strategi ini mementingkan pengelolaan kaedah

kumpulan. Perbezaan murid dari segi kebolehan dan minat diberikan perhatian. Di bawah strategi pemusatan murid, lazimnya

murid menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif.

iii.

Strategi Pemusatan Bahan


44

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

Bahan pelajaran memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan menggunakan strategi ini, guru boleh menyampaikan pelajarannya dengan lebih mudah, menarik serta berkesan manakala murid pula boleh memahami pelajaran dengan lebih bermakna serta boleh menjalankan aktiviti pembelajaran dengan secara sendiri atau secara kumpulan tanpa kehadiran guru. Bahan pelajaran yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran biasanya boleh dikategorikan kepada dua iaitu:

Bahan pengajaran - Bahan yang digunakan oleh

guru seperti carta, model, graf, peta, gambar, slaid, radio, perakam pita, video, televisyen dan projektor.

Bahan pembelajaran - Bahan yang digunakan oleh cantuman, lembaran kerja, pembilang, bahan

murid dalam aktiviti pembelajaran seperti kad aktiviti, kad bercetak dan komputer.Penggunaan komputer sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran juga telah semakin berkembang dalam program pendidikan khas. Gearheart dan Gearheart (1989), Hawkridge dan Vincent (1992) serta Mather dan Bos (1994), sependapat menyatakan bahawa murid bermasalah pembelajaran dan tingkah laku memperolehi pengetahuan dan kemahiran baru melalui kaedah literasi komputer. Ia mungkin disebabkan oleh kaedah ini memaparkan sesuatu yang baru dan menarik perhatian.

CiriCiri Strategi Pemusatan Bahan

45

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran,

bahan pengajaran memainkan peranan yang penting. Guru atau murid perlu bergantung sepenuhnya kepada penggunaan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pengajaran. Lebih mengutamakan kecekapan dan kemahiran

menggunakan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pengajaran. Dapat membantu murid memahami konsep yang berdikari dengan menjalankan aktiviti

abstrak dengan lebih jelas di samping memupuk semangat pembelajaran tanpa kehadiran atau pertolongan guru. Sifat-sifat sosial yang positif dapat dipupuk

melalui kaedah kumpulan yang melibatkan penggunaan bahan pembelajaran. Mementingkan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran yang bermakna melalui pengalaman yang sebenar. Dengan adanya ilmu pengetahuan yang abstrak dapat dikaitkan dengan situasi yang konkrit Ketiga-tiga strategi ini saling berkaitan di antara

satu sama lain di samping perlunya kemahiran dan kreativiti seseorang guru itu untuk memilih, merancang, menyusun dan menguruskan kaedah serta teknik mengajar dalam objektif pelajaran pada peringkat optimum. Ketiga-tiga strategi yang dinyatakan sememangnya mempunyai kelebihannya sendiri. Namun begitu, strategi pemusatan murid adalah yang paling ideal dalam melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
46

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

3.2.10.2 Kaedah

Kaedah pengajaran bermaksud tindakan-tindakan yang

dilakukan oleh guru dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini melibatkan tindak balas antara guru dan murid (Rahil Mahyudin et al. 1997) . Di antara kaedah yang bersesuaian untuk mengajar pembelajaran Kemahiran Hidup ialah kaedah memberi arahan, demonstrasi, permainan, penemuan, kaedah pusat pembelajaran dan kaedah projek. Di sini disenaraikan beberapa kaedah yang boleh digunakan oleh guru pendidikan khas yang mengajar Kemahiran Hidup.

i. Tunjuk cara Kaedah tunjuk cara adalah kaedah yang telah lama digunakan di sekolah. Kaedah ini dipilih terutamanya sebagai satu cara untuk membiasakan murid dengan prosedur yang perlu diikuti oleh mereka semasa membuat aktiviti seperti berkebun, menggunakan alatan dan sebagainya. Kaedah tunjuk cara yang berjaya mengandungi langkah-langkah yang memberi murid peluang menunjukkan bahawa mereka benar-benar memahami apa yang dipelajari. Sesuatu tunjuk cara tidak akan berjaya dan lengkap jika tidak diberi peluang murid membuat sesuatu yang menunjukkan mereka telah menguasai maklumat, proses atau

47

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

prinsip tertentu. Langkah-langkah untuk menjayakan kaedah ini adalah seperti berikut:

Langkah 1 Tunjukkan kepada murid langkah-langkah yang mesti dikuti oleh mereka untuk melakukan tugas yang diberi. Murid juga perlu dimaklumkan tentang sifat tugas itu. Langkah 2 Beri tindak balas kepada soalan murid tentang tunjuk cara yang telah dibuat. Guru juga perlu bertanyakan soalan kepada murid untuk memastikan mereka benar-benar faham akan arahan yang diberikan. Langkah 3 Tinjau semula langkah-langkah yang perlu diikuti oleh murid. Murid mesti jelas dengan langkah-langkah aktiviti. Adalah baik jika guru menulis setiap arahan untuk memastikan tiada arahan yang tertinggal semasa aktiviti berlangsung. Langkah 4 Secara rawak, guru perlu memilih beberapa orang murid untuk membacakan turutan langkah-langkah betul yang telah dilakukan oleh mereka. Langkah 5

48

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

Beri peluang murid mempraktikkan apa yang telah dipelajari oleh mereka. Kaedah tunjuk cara apabila dirancang dan dilaksanakan boleh memberi kefahaman kepada murid. Pada bahagian awal tunjuk cara, guru boleh mengambil sedikit masa untuk mengingatkan murid tentang objektif yang diberi penekanan. Disebabkan guru menjadi pusat perhatian dalam kaedah tunjuk cara ini, adalah mudah baginya untuk membantu murid mengingat kembali maklumat yang telah dipelajari sebelumnya yang berkaitan dengan tugas pembelajaran baru.

ii. Simulasi Tujuan kaedah simulasi adalah untuk meningkatkan kebolehan murid mengaplikasikan konsep-konsep tertentu dalam penyelesaian masalah. Simulasi adalah suatu situasi yang diwujudkan supaya menyerupai situasi sebenar tetapi dalam bentuk yang dipermudahkan, diringkaskan atau dikecilkan supaya masalah atau isu yang berkaitan lebih mudah diselesaikan. Dalam kaedah ini, guru mempunyai beberapa tanggungjawab, antaranya: memilih satu masalah atau isu yang melibatkan minat

atau pandangan yang berlawanan. memastikan unsur-unsur utama masalah atau isu

terkandung dalam simulasi. mengenal pasti konsep-konsep yang terlibat dalam

masalah atau isu berkenaan. menentukan langkah-langkah yang perlu diambil

semasa simulasi. Langkah-langkah ini termasuklah bagaimana tingkah laku murid, peranan yang dimainkan,
49

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

serta peraturan yang mempengaruhi tindakan murid tersebut. Murid mengambil bahagian dalam simulasi dengan cara memainkan peranan individu atau pihak yang terlibat mengikut peraturan atau prosedur yang ditentukan oleh guru. Contohnya, dalam satu simulasi berkaitan dengan kerja-kerja petani di kebun, kebun sayur musnah dilanda banjir, bagaimana pekerjapekerja kebun sayur menggunakan pelbagai peralatan semasa bekerja. Pada amnya, simulasi akan berjaya jika melibatkan situasi kehidupan seharian. Simulasi juga digunakan bersamasama dengan kaedah buku teks, perbincangan dan penyoalan.

iii.

Projek

Tujuan kaedah projek adalah untuk melibatkan murid dengan idea-idea konseptual dan memperkembangkan kemahirankemahiran yang tidak mungkin dicapai melalui kaedah pengajaran lain. Objektif utama kaedah ini adalah untuk pemerolehan pengetahuan yang baru oleh murid atau penggunaan pengetahuan sedia ada kepada situasi-situasi kehidupan seharian, penyelesaian masalah atau penghasilan produk. Dalam kaedah ini, guru berperanan untuk menentukan tajuk yang sesuai kepada murid. Bagi murid pendidikan khas, guru perlulah membantu sepenuhnya . Guru seharusnya berperanan sebagai rakan pembimbing, memastikan setiap murid mempunyai peranan dan tugasan dalam melaksanakan projek, memberikan kebebasan dan kepercayaan kepada murid untuk melaksanakan sesuatu projek mengikut kemampuan murid dengan pemantauan guru , bertindak sebagai motivator dengan sentiasa memberi dorongan kepada murid untuk mengekalkan

50

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

minat mereka serta memberi masa yang secukupnya kepada murid untuk melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan.

Untuk melancarkan perjalanan sesuatu projek yang dirancangkan, guru perlulah menyediakan alatan yang mudah dikendalikan, ringan dan tidak terlalu membahayakan murid supaya mudah dan selamat digunakan . Sebelum projek dilaksanakan, guru sepatutnya terlebih dahulu menerangkan setiap tugasan itu, cara penggunaan alatan, tujuan projek dan sebagainya dengan berulang-ulang agar pelajar faham.

iv.

Memberi Arahan

Tujuan memberi arahan adalah untuk memberi panduan kepada murid sebelum mereka memulakan aktiviti. Guru perlulah mengambil masa yang lama untuk memberi arahan. Perkara penting ialah murid perlu mempelajari bagaimana mematuhi arahan yang agak sukar difahami. Oleh itu, arahan guru haruslah jelas dan tepat serta berulang-ulang sebelum pembelajaran bermula. Berikut adalah panduan untuk menjamin arahan yang jelas dan mudah diikuti pelajar:

mula-mula tuliskan arahan di dalam kelas. Ini

akan memastikan semua arahan diingati dan akan dipatuhi. kurangkan arahan itu menjadi beberapa langkah

sahaja. Jika langkah banyak, maka perlulah guru


51

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

mendemonstrasikannya semasa memberi arahan, atau semasa membahagikan aktiviti pembelajaran itu kepada beberapa bahagian, dan setiap bahagian itu guru perlu memberikan arahan yang terperinci. pastikan arahan yang diberikan oleh guru jelas,

tepat, pendek, ringkas serta menggunakan laras bahasa yang bersesuaian dengan murid berkeperluan khas. diberi. nilaikan sejauh manakah murid memahami arahan pastikan murid memberi tumpuan semasa arah

berkenaan dengan cara bertanya kembali sama ada mereka ingat akan arahan guru atau guru bertanyakan apakah arahan pertama, kedua dan seterusnya. Satu cara memperbaiki kemahiran memberi arahan adalah dengan menganalisis masalah yang dihadapi oleh murid semasa mereka melakukan aktiviti. Arahan tidak tepat, kabur, sukar, singkat serta tidak diulang-ulang akan menyebabkan murid melakukan kesalahan semasa menyelesaikan tugasan.

v.

Latih Tubi

Kaedah latih tubi bertujuan untuk menyediakan latihan dan peneguhan secukupnya kepada murid tentang sesuatu pembelajaran spesifik supaya mereka secara automatik boleh menyebut atau memperingati semula maklumat apabila disuruh berbuat demikian. Perkara penting dalam latih tubi adalah maklmat khusus yang perlu diketahui (contohnya, kegunaan baja tumbuhan pada pokok, kegunaan alat tertentu dan sebagainya) atau dalam bentuk
52

pengetahuan

yang

lain

(misalnya,

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

mengapakah baja penting kepada tumbuhan, mengapakah tidak boleh bermain dengan alat tajam dan sebagainya). Kaedah latih tubi mungkin akan membosankan jika dilakukan secara berterusan. Kaedah ini boleh menjejaskan tumpuan murid-murid berkeperluan khas, lebih-lebih lagi murid khas bermasalah pembelajaran. Oleh itu , untuk mengelak kebosanan dan kurangnya konsentrasi murid, pelbagai bentuk latih tubi boleh digunakan seperti mengadakan kaedah latih tubi secara pertandingan dalam kumpulan atau individu, iaitu siapa yang dapat menjawab sesuatu pertanyaan guru tentang sesuatu berkaitan dengan kemahiran, markah akan dikira dan dihimpun dan kemudian dibandingkan dengan kumpulan atau individu yang lain yang terlibat. Bagi murid yang kurang daya saing, kaedah latih tubi boleh dijalankan dengan cara memegang peralatan dan menyebutnya, dari aspek nama peralatan tersebut, fungsi, cara penggunaan, cara menyimpan, cara untuk menggelakkan diri dari kecederaan akibat penggunaan peralatan dan sebagainya.

Sebenarnya seseorang murid itu boleh juga membantu rakan mereka dalam kaedah latih tubi ini selain daripada guru dan ibu bapa. Jadi, latih tubi antara satu kaedah yang penting dalam mengajar murid khas bermasalah pembelajaran untuk memahami apa yang diajar.

vi.

Sumbang Saran

Tujuan kaedah sumbang saran adalah untuk menggalakkan murid menggunakan imaginasi mereka secara kreatif. Objektif keseluruhannya bertujuan untuk mencari idea -idea baru serta
53

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

kombinasi idea. Murid digalakkan memberi sumbangan idea terhadap sesuatu kemahiran yang diajar guru dalam bentuk jawapan, kesimpulan, fakta serta penerangan. Pemikiran yang kreatif biasanya diarahkan kepada penyelesaian masalah -masalah tertentu, mencari cara-cara baru untuk bertindak dalam sesuatu situasi atau menghasilkan pelbagai interpretasi bagi sesuatu kejadian. Masalah atau kejadian menjadi fokus sumbang saran. Secara amnya, peraturan sumbang saran meliputi:

sebarang idea diterima semua murid mesti aktif memberi pandangan, idea

dan maklumat sebanyak mungkin.

dilarang mengkritik sebarang idea. idea-idea dinyatakan secara spontan. Pelajar boleh menggunakan idea rakan untuk

memperkembangkannya. Keberkesanan sesuatu sesi sumbang saran

bergantung kepada keadaan atau situasi berikut: guru menunjukkan sikap positif di samping

menggalakan pemikiran positif di kalangan murid. murid mengambil bahagian secara aktif. guru sebagai pengadil, tidak menyebelahi mana-

mana individu atau kumpulan. idea yang dipilih haruslah diperkemaskan untuk

dijadikan maklumat serta digunakan sebaiknya.

54

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

Oleh

itu,

murid

berkeperluan

khas

bermasalah

pembelajaran amat digalakkan supaya memberi idea terhadap sesuatu permasalahan atau penyoalan soalan oleh guru untuk melatih mereka supaya memahami soalan dan permasalahan dan dapat berkomunikasi serta melatih mereka berfikir.

vii.

Eksplorasi Penemuan

Kaedah eksplorasipenemuan bertujuan untuk meningkatkan pembelajaran murid melalui penemuan kendiri. Peranan guru adalah menyediakan peralatan tertentu. Murid dibenarkan menggunakan alatan mengikut kesukaan masing-masing dengan pemantauan rapi daripada guru terutamanya apabila menggunakan peralatan berbahaya seperti parang, cangkul dan sebagainya semasa aktiviti di kebun.

Melalui kaedah ini, murid akan lebih mengetahui apakah kegunaan sesuatu alatan dengan membuat aktiviti menggunakan alatan itu. Kaedah ini juga bertujuan untuk meningkatkan rasa ingin tahu murid, keinginan untuk mencuba dan kebebasan melakukan aksplorasi. Jika sebelum ini mereka (murid) tidak berpeluang untuk cuba menggunakan peralatan ini atau menggunakannya secara nyata atas alasan dibimbangi akan memudaratkan mereka sendiri, namun dengan kebebasan diberi oleh guru serta dengan pemantauan rapi oleh guru, maka mereka akan merasakan berkeinginan untuk mencuba menggunakan peralatan tersebut dengan cara yang betul.

55

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

Bagi pelajar khas, sebelum penggunaan alatan itu dibenarkan untuk digunakan semasa aktiviti, guru haruslah menerangkan cara penggunaannya yang betul dan menjaganya agar tidak mendatangkan bahaya kepada diri dan rakan sekelas. Melalui kaedah ini, pembelajaran berlaku secara spontan dan dapat mengukuhkan pengetahuan mereka daripada pengajaran guru. Supaya pembelajaran lebih berkesan, guru perlulah: menyediakan alatan. memberi masa yang cukup untuk murid

melakukan aktiviti. bertanya kembali tentang kegunaan alat itu

selepas aktiviti selesai. menggalakkan mereka melakukan sendiri

menggunakan alatan supaya mereka lebih faham akan kegunaannya.

3.3

Pendekatan

Pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran itu diajarkan untuk mencapai objektifnya. Setiap pendekatan hendaklah mencerminkan satu pandangan atau pendapat tentang hakikat satu matlamat pelajaran . Ia bertujuan untuk memudahkan murid menerima dan memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Dengan adanya pendekatan , guru dapat membuat tanggapan asas yang akan dijadikan prinsip. Kita mempelajari sesuatu situasi itu secara keseluruhan dan kemudian memperinci elemen-elemen situasi satu pandangan atau sebagai teori pembelajaran, maka kita boleh
56

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

menjadikannya sebagai satu pendekatan dalam sesuatu pengajaran. Ini membawa maksud sesuatu pengajaran itu harus dimulakan dengan mengamati keseluruhannya terlebih dahulu dan kemudian dikaji bahagian-bahagiannya.

Menurut pendapat Edward M.Anthony (1963), pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik. Melalui pendapat ini dapatlah kita merumuskan bahawa pendekatan harus berlandaskan kepada model , prinsip atau teori pembelajaran . Contohnya; konkrit kepada abstrak mudah kepada kompleks keseluruhan kepada bahagian umum kepada spesifik (deduktif) spesifik kepada umum (induktif) dekat kepada jauh diketahui kepada belum diketahui

Pendekatan merupakan aksiomatik iaitu kenyataan yang dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan. Pendekatan ini bolehlah dirumuskan sebagai satu teori pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan objektifnya. Terdapat beberapa pendekatan yang boleh digunakan dalam kelas khas.

57

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

3.4 Teknik

Teknik adalah unsur terkecil dalam strategi pengajaran dan

pembelajaran, ia terkandung dalam sesuatu kaedah. Ia merangkumi aktiviti, pelakuan dan kemahiran guru yang digunakan untuk menyampaikan isi pelajaran dalam pengajaran. Teknik ialah cara menjalankan pelbagai langkah dalam pengajaran. Teknik yang digunakan oleh guru akan menjadikan pengajaran itu lebih bermakna dan menyeronokkan. Seseorang guru mestilah pandai menggunakan teknik supaya murid lebih berminat dan timbul motivasi untuk belajar. Dalam setiap pengajaran sememangnya terdapat pelbagai cara dan teknik yang boleh digunakan, namun begitu tiada satu teknik pun yang dianggap paling sesuai dan dapat digunakan untuk semua keadaan atau terbaik untuk semua sesi pengajaran. Teknik yang digunakan hendaklah bergantung kepada keadaan dan berdasarkan kepada minat pelajar serta bahan pengajaran yang hendak disampaikan (Rashid et al 1996). Teknik pengajaran dan pembelajaran ini mempunyai beberapa objektif, antaranya ialah untuk menyampaikan bahan pengajaran dengan cara yang boleh menarik minat murid-murid dan untuk mengekalkan perhatian serta mencungkil rasa ingin tahu mereka. Selain itu ialah untuk membolehkan murid mencapai objektifobjektif pengajaran yang dipelajari dengan mudah dan berkesan. Terdapat banyak teknik pengajaran yang boleh digunakan dan diaplikasikan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran seperti teknik main peranan, teknik bercerita, teknik soal jawab, teknik perbincangan, teknik drama dan teknik forum.

3.5

Teori

Teori membantu guru untuk memahami asas masalah pembelajaran khususnya dalam konteks pendidikan khas. Teori dapat memberi
58

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

panduan

atau

kaedah

yang

berkesan

dan

bersesuaian

untuk

menyelesaikan masalah murid. Antara fungsi teori kepada guru ialah teori membantu untuk seseorang guru membuat penilaian, menyemak bahan, teknik, kaedah pembelajaran yang boleh digunakan kepada pelajar. Selain daripada itu, teori memberi panduan pengetahuan yang sistematik dan konsep bekerja bagi membolehkan pengubahsuaian sesuatu ilmu baru dan ia amat penting kerana memberi arah panduan menjelaskan dengan lebih teratur struktur pemikiran dan ini membentuk tindak balas yang diingini berlaku.

Teori ialah pembentukan secara berproses. Setiap disiplin dibina berdasarkan konsep dan idea yang dikembangkan oleh teori sebelumnya. Teori adalah cabaran, kekuatan, bagi pengkaji dan ahli akademik untuk mempraktik dan membuat penilaian bagi membuktikan teori yang dikeluarkan oleh golongan ini bersesuaian dan berguna serta berhasil. Menurut Thomas (1985), sesuatu teori dikatakan baik apabila mempunyai ciri-ciri seperti dapat menjelaskan fakta-fakta dengan jelas, mudah difahami, berguna untuk membuat ramalan masa hadapan dan memperjelas perkara-perkara yang sudah lepas, boleh diterapkan secara praktikal, bersifat konsisten dan tidak berasaskan banyak andaian (kepercayaan-kepercayaan yang tidak dapat dibuktikan)

3.5.1 Behaviourisme Teori Behaviorisme menumpukan perhatian kepada faktor persekitaran sebagai faktor yang mempengaruhi tingkah laku. Ahli-ahli behavioris melihat perhubungan antara persekitaran dengan tingkah laku dan kemudiannya menggunakan konsep peneguhan dan dendaan untuk
59

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

menjelaskan mengapa sesetengah tingkah laku itu wujud atau tidak wujud. Mereka berpendapat kecenderungan-kecenderungan tingkah laku termasuk trait-trait, bakat, nilai-nilai, kepercayaankepercayaan, aspirasi dan lain-lain adalah dipelajari. Antara andaian ahli behaviorisme ialah tingkah laku boleh diukur, diperhatikan dan dianalisa dengan melihat gerak balas individu. Gerak balas bergantung kepada peneguhan dan dendaan. Matlamat behavioris ialah melihat kaitan rangsangan dengan gerak balas dan melihat bagaimana gerak balas ini boleh dikawal melalui ganjaran dan dendaan. Ahli-ahli behaviorisme menggunakan konsep pelaziman klasik dan pelaziman operan apabila menjelaskan proses pembelajaran (Jalongo dan Isenberg 2000).

3.5.2 Kognitif Teori pembelajaran kognitif memfokuskan bahawa setiap manusia mempunyai keupayaan mental untuk mengelola, menyusun, menyimpan dan mengeluarkan semula segala pengalaman untuk membolehkan ia memerhatikan pertalian antara pengalaman tersimpan dengan masalah yang dihadapi. Ahli-ahli psikologi kognitif berpendapat bahawa pembelajaran adalah mudah dan ia tidak selalunya berlaku melalui cuba jaya sebagaimana yang dicadangkan oleh mazhab behaviorisme. Menurut psikologis ini, dalam pembelajaran, murid membentuk struktur kognitif dalam ingatannya. Setiap kali murid belajar, ia akan menyusun segala pengalaman dan menyimpannya dalam ingatan. Kebolehan ini dikenali sebagai celik akal. Dengan itu, nyatalah seseorang individu jarang menggunakan cara cuba jaya untuk mempelajari sesuatu.

Teori kognitif berpegang kepada persoalan bagaimana kita mengetahui, memperolehi, memproses dan menggunakan maklumat.
60

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

Jadi, dalam mendidik murid-murid khas , guru perlulah menyesuaikan segala teori-teori yang ingin digunakan. Ada kalanya teori behaviorimse penting digunakan demikianlah juga dengan teori kognitif. Semua teori boleh diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

3.5.3 Sosial Dalam tahun 1941, Miller dan Dollard telah mencadangkan bahawa teori pembelajaran dan peniruan yang menolak anggapan teori tingkah laku tradisional. Ini disebabkan oleh teori pembelajaran tersebut gagal untuk mengambil kira perihal respons baru, iaitu proses melambat atau menyegerakan proses pengukuhan peniruan. Ramai antara ahli psikologi behavioris mendapati bahawa pelaziman operan memberi keterangan yang terhad tentang pembelajaran. Ada antara mereka yang telah meluaskan pandangan mereka tentang pembelajaran dengan menambah proses- proses kognitif seperti jangkaan, pemikiran dan kepercayaan yang tidak boleh diperhatikan secara langsung. Satu contoh tentang pandangan seperti ini telah dikemukakan oleh Albert Bandura dalam teori kognitif sosial. Bandura percaya bahawa pandangan ahli teori behavioris tentang pembelajaran walaupun tepat tidaklah lengkap. Mereka hanya memberi sebahagian sahaja keterangan tentang pembelajaran dan tidak mengambil kira aspek- aspek penting terutamanya pengaruh- pengaruh sosial ke atas pembelajaran. Dalam tahun 1963, Albert Bandura dan Walters telah menghasilkan buku Skop Learning and Personality Development, di mana beliau meluaskan skop teori pembelajaran dengan menjelaskan lagi prinsip pembelajaran pemerhatian dan peneguhan.

61

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

Albert Bandura memperkenalkan teori pembelajaran sosial iaitu pembelajaran berlaku melalui proses peniruan. Bandura (1977) berpendapat, kita belajar melalui pemerhatian dan meniru orang lain serta dengan melihat konsekuen tingkah laku orang lain. Bandura berpendapat bahawa pembelajaran dan tingkah laku manusia bergantung kepada pemerhatian seseorang individu itu terhadap individu lain atau model-model simbolik seperti televisyen dan sebagainya. Selain daripada itu, peniruan selalunya diteguhkan. Pembelajaran pemerhatian dapat juga diterangkan melalui prinsip pelaziman klasik. Oleh yang demikian, teori pembelajaran sosial Bandura,menekankan peranan kognitif dan juga pengaruh persekitaran dalam perkembangan.

3.5.4 Humanis Teori pembelajaran humanis menumpukan pada apa yang berlaku pada diri seseorang seperti perasaan atau emosinya. Pendekatan humanis menekankan fikiran, pengamatan serta interpretasi murid tentang sesuatu peristiwa atau kejadian itu. Prinsip teori humanis ini adalah, seseorang murid itu bertanggungjawab ke atas tindakannya. Contohnya kalau murid ingin berjaya, maka dia perlu berusaha mencapainya ke arah itu. Setiap murid juga mempunyai keperluan mengembangkan potensinya ke tahap maksimum. Teori humanis menekankan objektif berikut iaitu meningkatkan arah kendiri dan kebebasan murid, membantu murid agar lebih bertanggungjawab dalam menentukan perkara yang humanis ingin dipelajari oleh mereka. Selain daripada itu, teori untuk meningkatkan daya cipta murid, menekankan

mengembangkan minat dalam bidang seni dan meningkatkan naluri ingin tahu murid.

62

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

Asas teori ini adalah kepercayaan seseorang murid mempunyai keperluan untuk pencapaian hasrat diri. Guru perlulah membantu murid mencapai hasratnya. Ini berlaku kerana dalam pengajaran secara humanis, pembelajaran arah kendiri amat ditekankan.

Prinsip-prinsip pembelajaran humanis adalah seperti berikut iaitu murid akan belajar apa yang dikehendaki oleh mereka dan yang ingin diketahui, keinginan untuk belajar dan mengetahui cara belajar lebih penting daripada pemerolehan fakta, penilaian yang dibuat oleh murid sendiri lebih bermakna bagi dirinya, perasaan murid adalah sama penting dengan fakta. Pembelajaran cara merasa adalah sama penting dengan pembelajaran berfikir. Selain daripada itu pembelajaran hanya berlaku jika murid tidak berasa terancam.

63

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

4.0

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU BAHASA MELAYU MENGIKUT PERINGKAT. 4.1 Huruf

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Nama Murid: Zaiton A/P A Koang Tarikh Lahir: 14 November 1995 2011 Tarikh Semak: 31 Oktober 2011 Pengetahuan Sedia Ada : Zaiton kenal huruf ABC Zaiton hanya hafal huruf ABC Tarikh Mula : 1 Oktober

Matlamat : Zaiton dapat mengenal dan menghafal huruf A-Z dengan urutan yang betul

64

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

Objektif

Strategi pengajaran dan pembelajaran

penilaian

Catatan

Zaiton boleh: Mengenal Huruf A-Z

Meransang ingatan Eton dengan muzik iaitu lagu ABC


Meja murid di isi

Jangka masa : 3 bulan 1. Ujian lisan 2. Ujian bertulis

nota A-Z kemudian dibalut dengan plastik lutsinar. Menggunakan kad imbasan A-Z Membezaka n hurf Vokal dan Konsonan Menggunakan kad imbasan Mewarna huruf vocal dan huruf konsonan dengan warna yang berbeza Main permainan AEIOU

4.2

Suku Kata

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Nama Murid: Zaiton A/P A Koang Tarikh Lahir: 14 November 1995 2011 Tarikh Semak: 31 Oktober 2011 Pengetahuan Sedia Ada :
65

Tarikh Mula : 1 Oktober

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

Zaiton kenal huruf A-Z Boleh membezakan huruf konsonan dengan huruf vokal

Matlamat : Zaiton dapat membaca dan membunyikan semua suku dengan betul

66

Objektif
KBP 3053

Strategi pengajaran dan pembelajaran


DAN KOMUNIKASI

penilaian

Catatan
ASAS LITERASI

Zaiton boleh: Membaca suku kata KV

Menggunakan kad imbasan KV Menggunakan kaedah muzik iaitu sebutan KV berirama


Kaedah VAK

Jangka masa : 3 bulan 3. Ujian lisan 4. Ujian bertulis

menggabungkan deria penglihatan dan pendengaran dengan tulisan (kinestetik atau pergerakan). Dalam kaedah ini murid melihat dan menyebut perkataan sambil menulis perkataan itu berdasarkan ingatannya.

Membaca suku kata VKV

Menggunakan kad imbasan VKV Menggunakan kaedah muzik iaitu sebutan VKV berirama
Kaedah VAK

menggabungkan deria penglihatan dan pendengaran dengan tulisan (kinestetik atau pergerakan). Dalam kaedah ini murid melihat dan menyebut perkataan sambil menulis perkataan itu berdasarkan ingatannya. Menggunakan kad imbasan KVK Menggunakan kaedah muzik iaitu sebutan KVK berirama
67 Kaedah VAK

Membaca suku kata KVK

menggabungkan deria penglihatan dan pendengaran dengan

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

4.3

Perkataan

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Nama Murid: Zaiton A/P A Koang Tarikh Lahir: 14 November 1995 2011 Tarikh Semak: 31 Oktober 2011 Pengetahuan Sedia Ada : Tarikh Mula : 1 Oktober

Zaiton kenal huruf A-Z Boleh membezakan huruf konsonan dengan huruf vocal Mampu membunyikan suku kata

Matlamat : Zaiton dapat membaca ayat pendek dengan betul

68

Objektif
KBP 3053

Strategi pengajaran dan pembelajaran


DAN KOMUNIKASI

penilaian Jangka masa : 3 bulan 5. Ujian lisan 6. Ujian bertulis

Catatan
ASAS LITERASI

Zaiton boleh: Membaca ayat VKV VKV VKV

Cth : Ibu Ali Ani Menggunakan kad imbasan


Kaedah VAK

menggabungkan deria penglihatan dan pendengaran dengan tulisan (kinestetik atau pergerakan). Dalam kaedah ini murid melihat dan menyebut perkataan sambil menulis perkataan itu berdasarkan ingatannya.

Cth: Nama saya nana Membaca ayat KVKV KVKV VKV Menggunakan kad imbasan
Kaedah VAK

menggabungkan deria penglihatan dan pendengaran dengan tulisan (kinestetik atau pergerakan). Dalam kaedah ini murid melihat dan menyebut perkataan sambil menulis perkataan itu berdasarkan ingatannya.

Cth: Itu yang saya cari Membaca ayat VKV KVKK KVKV KVKV Menggunakan kad imbasan
Kaedah VAK

menggabungkan69 deria penglihatan dan pendengaran dengan tulisan (kinestetik atau pergerakan). Dalam

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

4.4

Membina ayat pendek 4.4.1 Menggunakan suku kata KV+KV

Mata Pelajaran Nama Murid Tarikh Lahir Tarikh Semak

: Bahasa Melayu : Siti Fatimah Binti Nordin : 12 Mac 1994 : 26 Ogos 2011 Tarikh Mula : 9 Mei 2011

Pengetahuan Sedia Ada :


Fatimah mengenal huruf A-Z Fatimah dapat menulis huruf A-Z Fatimah dapat mengenal huruf konsonan dan vokal. Fatimah dapat mengenal siku kata KV+KV, KV+KVK,

KV+KVKK dan sebagainya.


Fatimah dapat menyebut suku kata KV+KV, KV+KVK,

KV+KVKK dan sebagainya.


Dapat menyebut perkataan-perkataan.

Matlamat

: Fatimah dapat membina dan menyusun ayat pendek menggunakan suku kata KV+KV

70

Objektif
KBP 3053

Strategi pengajaran dan pembelajaran DAN KOMUNIKASI

Penilaian

Catatan
ASAS LITERASI

Fatimah boleh: 1. Menysun perkataan suku kata KV membentuk ayat sebanyak 5 ayat pendek.

1. Cantumkan perkataan menggunakan suku kata KV+KV dengan menggunakan kad imbasan.

Jangka masa : 3 bulan 1.Ujian lisan 2.Ujian bertulis

Contoh :

Ini baju Ini baju Hana Baju Hana warna biru. Hana suka baju biru.

2. Mendengar nyanyian lagu-lagu perkataan mudah. 3. Mencantumkan atau menyusun puzzle yang menggambar perkataan KV. baju Ini 4. baju Ini Menyanyikan lagu yang melibatkan KVK. Baju Ini Hana Ini baju Hana. 5. Menulis di warna Hana Biru lembaran kerja sebanyak Baju Hana biru. ayat mudah suku kata KV. suka biru baju Hana Hana suka baju biru.
71

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

Pelalaksana RPI

. (SITI FAIRUZ FUYOH BINTI FAFAU ) Guru praktikal SMK Cochrane Perkasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris

4.4.2 Menggunakan suku kata KV+KVK

Mata Pelajaran Nama Murid Tarikh Lahir Tarikh Semak

: Bahasa Melayu : Siti Fatimah Binti Nordin : 12 Mac 1994 : 26 Ogos 2011 Tarikh Mula : 9 Mei 2011

Pengetahuan Sedia Ada :


Fatimah mengenal huruf A-Z Fatimah dapat menulis huruf A-Z Fatimah dapat mengenal huruf konsonan dan vokal.

72

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

Fatimah dapat mengenal siku kata KV+KV, KV+KVK, KV+KVKK dan sebagainya.
Fatimah dapat menyebut suku kata KV+KV, KV+KVK,

KV+KVKK dan sebagainya.


Dapat menyebut perkataan-perkataan. Fatimah dapat membentuk ayat pendek dengan

menggunakan suku kata KV+KV.

Matlamat

: Fatimah dapat membina dan menyusun ayat pendek menggunakan suku kata KV+KVK.

73

Objektif
KBP 3053

Strategi pengajaran dan pembelajaran DAN KOMUNIKASI

Penilaian

Catatan
ASAS LITERASI

Fatimah boleh:
-

Menysun

1. Cantumkan perkataan menggunakan suku kata


2. KV+KVK dengan

Jangka masa : 1 bulan 1. jian lisan 2. U jian bertulis U

perkataan suku kata KVK membentuk 5 ayat pendek.

menggunakan kad imbasan. Contoh :

Ini katak Katak warna hijau Hanim suka Katak .

2. Mendengar nyanyian lagu-lagu perkataan mudah.


3. Mencantumkan atau

menyusun puzzle yang menggambar perkataan KV+KVK membentuk ayat pendek. 4. Menyanyikan lagu yang melibatkan KVK.

5. Menulis di lembaran

kerja sebanyak 5 ayat mudah suku kata katak Ini KV+KVK. Ini katak katak Contoh: hijau Warna Katak warna hijau. suka Hanim 74 katak Hanim suka katak.

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

Pelalaksana RPI

. (SITI FAIRUZ FUYOH BINTI FAFAU ) Guru praktikal SMK Cochrane Perkasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris 4.4.3 Menggunakan bantuan gambar.

Mata Pelajaran Nama Murid Tarikh Lahir Tarikh Semak

: Bahasa Melayu : Siti Fatimah Binti Nordin : 12 Mac 1994 : 26 Ogos 2011 Tarikh Mula : 9 Mei 2011

Pengetahuan Sedia Ada :


Fatimah mengenal huruf A-Z Fatimah dapat menulis huruf A-Z Fatimah dapat mengenal huruf konsonan dan vokal.

Fatimah dapat mengenal siku kata KV+KV, KV+KVK, KV+KVKK dan sebagainya.
Fatimah dapat menyebut suku kata KV+KV, KV+KVK,

KV+KVKK dan sebagainya.


Dapat menyebut perkataan-perkataan.

7 75

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

Fatimah dapat membentuk ayat pendek dengan

menggunakan suku kata KV+KV, KV+KVK dan sebagainya.

Matlamat

: Fatimah dapat membina ayat pendek menggunakan gambar.

7 76

Objektif
KBP 3053

Strategi pengajaran dan pembelajaran DAN KOMUNIKASI

Penilaian

Catatan
ASAS LITERASI

Fatimah boleh: 6. Membina perkataan suku kata KVK membentuk 5 ayat pendek.

1. Membina ayat pendek berdasarkan gambar yang diberikan. 2. Cantumkan perkataan membentuk ayat berdasarkan gambar. Contoh :

Jangka masa : 2 bulan 3. jian lisan 4. U j jian bertulis U

Ini katak Katak warna hijau H Hanim suka Katak .

3.

Mendengar

nyanyian lagu-lagu perkataan mudah.


4.

Mencantumkan

atau menyusun puzzle yang menggambar gambar bagi membentuk ayat pendek.

5.

Menyanyikan lagu

yang melibatkan KVK.

Ini 6. lebah. Menulis di Lebah sangat sebanyak 5 lembaran kerjarajin. Lebah suka makan 77 ayat mudah berdasarkan madu. gambar. Contoh:

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

Pelalaksana RPI

. (SITI FAIRUZ FUYOH BINTI FAFAU ) Guru praktikal SMK Cochrane Perkasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris 4.4.4 Menggunakan sambungan perkataan.

Mata Pelajaran Nama Murid Tarikh Lahir Tarikh Semak

: Bahasa Melayu : Siti Fatimah Binti Nordin : 12 Mac 1994 : 26 Ogos 2011 Tarikh Mula : 9 Mei 2011

Pengetahuan Sedia Ada :


Fatimah mengenal huruf A-Z Fatimah dapat menulis huruf A-Z Fatimah dapat mengenal huruf konsonan dan vokal.

Fatimah dapat mengenal siku kata KV+KV, KV+KVK, KV+KVKK dan sebagainya.
Fatimah dapat menyebut suku kata KV+KV, KV+KVK,

KV+KVKK dan sebagainya.


Dapat menyebut perkataan-perkataan.

78

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

Fatimah dapat membentuk ayat pendek dengan

menggunakan suku kata KV+KV, KV+KVK dan sebagainya.

Matlamat

: Fatimah dapat menyambungkan beberapa perkataan membentuk ayat pendek.

79

Objektif
KBP 3053

Strategi pengajaran dan pembelajaran DAN KOMUNIKASI

Penilaian

Catatan
ASAS LITERASI

Fatimah boleh:
7. Membina

1. Membina ayat pendek

Jangka masa : 3 minggu 1. Ujian lisan 2. Ujian bertulis

satu ayat pendek berdasarkan satu perkataan.

berdasarkan perkataanperkataan yang diberikan.


2. Membina satu ayat

berdasarkan beberapa perkataan Contoh :

Katak + hijau + suka Ini katak Katak warna hijau Hanim suka Katak .

3. Mendengar nyanyian

lagu-lagu perkataan mudah.


4. Mencantumkan atau

menyusun puzzle yang mengandungi beberapa perkataan bagi membentuk beberapa ayat pendek.

5. Menulis di lembaran

kerja sebanyak 5 ayat mudah berdasarkan beberapa perkataan. Ini lebah. Contoh: Lebah sangat80 rajin. Lebah suka makan

lebah madu.

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

Pelalaksana RPI

. (SITI FAIRUZ FUYOH BINTI FAFAU ) Guru praktikal SMK Cochrane Perkasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris

4.4.5 Menggunakan satu perkataan

Mata Pelajaran Nama Murid Tarikh Lahir Tarikh Semak

: Bahasa Melayu : Siti Fatimah Binti Nordin : 12 Mac 1994 : 26 Ogos 2011 Tarikh Mula : 9 Mei 2011

Pengetahuan Sedia Ada :


Fatimah mengenal huruf A-Z Fatimah dapat menulis huruf A-Z Fatimah dapat mengenal huruf konsonan dan vokal.

Fatimah dapat mengenal siku kata KV+KV, KV+KVK, KV+KVKK dan sebagainya.
Fatimah dapat menyebut suku kata KV+KV, KV+KVK,

KV+KVKK dan sebagainya.

81

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

Dapat menyebut perkataan-perkataan. Fatimah dapat membentuk ayat pendek dengan

menggunakan suku kata KV+KV, KV+KVK dan sebagainya.

Matlamat

: Fatimah dapat membina beberapa ayat pendek menggunakan satu perkataan.

82

Objektif
KBP 3053

Strategi pengajaran dan pembelajaran DAN KOMUNIKASI

Penilaian

Catatan
ASAS LITERASI

Fatimah boleh: 8. Membina beberapa ayat pendek berdasarkan satu perkataan.

1. Membina ayat pendek berdasarkan perkataan yang diberikan. 2. Membina beberapa ayat berdasarkan satu perkataan Contoh :

Jangka masa : 4 minggu 1. Ujian lisan 2. Ujian bertulis

katak
Ini katak Katak warna hijau Hanim suka Katak . 3. Mendengar nyanyian lagu-lagu perkataan mudah. 4. Menyanyikan lagu yang melibatkan KVK.

5. Menulis di lembaran kerja sebanyak 5 ayat mudah berdasarkan satu perkataan.

Contoh:

lebah
Ini lebah. Lebah sangat83 rajin. Lebah suka makan madu.

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

Pelalaksana RPI

. (SITI FAIRUZ FUYOH BINTI FAFAU ) Guru praktikal SMK Cochrane Perkasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris

1.5

Membina karangan 1.5.1 Menggunakan gambar dan sambungan perkataan.

Mata Pelajaran Nama Murid Tarikh Lahir Tarikh Semak

: Bahasa Melayu : Siti Fatimah Binti Nordin : 12 Mac 1994 : 26 Ogos 2011 Tarikh Mula : 9 Mei 2011

Pengetahuan Sedia Ada :


Fatimah mengenal huruf A-Z

84

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

Fatimah dapat menulis huruf A-Z Fatimah dapat mengenal huruf konsonan dan vokal.

Fatimah dapat mengenal siku kata KV+KV, KV+KVK, KV+KVKK dan sebagainya.
Fatimah dapat menyebut suku kata KV+KV, KV+KVK,

KV+KVKK dan sebagainya.


Dapat menyebut perkataan-perkataan. Fatimah dapat membentuk ayat pendek dengan

menggunakan suku kata KV+KV, KV+KVK dan sebagainya.


Fatimah dapat membentuk ayat pendek dan mudah.

Matlamat

: Fatimah dapat membina beberapa ayat pendek menggunakan gambar dan sambungan perkataan.

85

Objektif
KBP 3053

Strategi pengajaran dan pembelajaran DAN KOMUNIKASI

Penilaian

Catatan
ASAS LITERASI

Fatimah boleh:
-

Membina

1.

Membina

Jangka masa : 5 minggu 1. Ujian lisan 2. Ujian bertulis

beberapa ayat menggunakan gambar dan sambungan perkataan.

ayat berdasarkan perkataan dan gambar yang diberikan.


2.

Membina

beberapa ayat berdasarkan gambar dan beberapa perkataan. Contoh :

katak

katak katak - hijau H Hanim - katak .

3.

Mendenga

r nyanyian lagu sang katak.


4.

Menulis di

lembaran kerja sebuah karangan mudah berdasarkan penyambungan perkataan dan dengan bantuan gambar. Ini lebah. Lebah sangat rajin. Lebah suka Contoh: makan madu. Lebah sangat rajin bekerja. rakannya.

lebah 86 Lebah suka membantu

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

Pelalaksana RPI

. (SITI FAIRUZ FUYOH BINTI FAFAU ) Guru praktikal SMK Cochrane Perkasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris

4.5.2 Menjana atau membina ayat-ayat mudah berdasarkan

peristiwa yang terdapat dalam gambar atau satu siri gambar dan perkataan setiap perenggan.

Mata Pelajaran Nama Murid Tarikh Lahir Tarikh Semak

: Bahasa Melayu : Siti Fatimah Binti Nordin : 12 Mac 1994 : 26 Ogos 2011 Tarikh Mula : 9 Mei 2011

Pengetahuan Sedia Ada :


Fatimah mengenal huruf A-Z Fatimah dapat menulis huruf A-Z Fatimah dapat mengenal huruf konsonan dan vokal.

Fatimah dapat mengenal siku kata KV+KV, KV+KVK, KV+KVKK dan sebagainya.
Fatimah dapat menyebut suku kata KV+KV, KV+KVK,

KV+KVKK dan sebagainya. 8 87

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

Dapat menyebut perkataan-perkataan. Fatimah dapat membentuk ayat pendek dengan

menggunakan suku kata KV+KV, KV+KVK dan sebagainya.


Fatimah dapat membentuk ayat pendek dan mudah.

Matlamat

: Fatimah dapat membina beberapa ayat pendek menggunakan satu siri gambar.

8 88

Objektif
KBP 3053

Strategi pengajaran dan pembelajaran DAN KOMUNIKASI

Penilaian

Catatan
ASAS LITERASI

Fatimah boleh: Membina beberapa ayat menggunakan satu siri gambar.

1. embina ayat berdasarkan

Jangka masa : 1 minggu

perkataan dan gambar yang diberikan. 2. embina beberapa ayat berdasarkan satu siri gambar. Contoh : Katak dan arnab M

1. Ujian lisan 2. Ujian bertulis

Berjalan menyapa -seronok

Terserempak arnab ajak lumba

Perlumbaan bermula arnab tidur

Sang Meneruskan kura-kura berjalan-jalan di Kura-kura - sekeliling kampung. Dia berasa menang sangat genbira hari ini, semua binatang disapanya. Tiba-tiba sang Kurakura terserempak dengan sang arnab yang sombong. M 3. Sang arnab telah endengarsang kura-kura nyanyian lagu mengajak berlumba. sang katak. Hari perlumbaan pun bermula................... b 4. M enulis di lembaran kerja sebuah karangan mudah berdasarkan satu siri l lebah
89

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

Pelalaksana RPI

. (SITI FAIRUZ FUYOH BINTI FAFAU ) Guru praktikal SMK Cochrane Perkasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris

4.5.3 Menjana

perenggan dengan membina beberapa ayat

berdasarkan satu siri gambar.

Mata Pelajaran Nama Murid Tarikh Lahir Tarikh Semak

: Bahasa Melayu : Siti Fatimah Binti Nordin : 12 Mac 1994 : 26 Ogos 2011 Tarikh Mula : 9 Mei 2011

Pengetahuan Sedia Ada :


Fatimah mengenal huruf A-Z Fatimah dapat menulis huruf A-Z Fatimah dapat mengenal huruf konsonan dan vokal.

Fatimah dapat mengenal siku kata KV+KV, KV+KVK, KV+KVKK dan sebagainya.
Fatimah dapat menyebut suku kata KV+KV, KV+KVK,

KV+KVKK dan sebagainya.


Dapat menyebut perkataan-perkataan. 9 90

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

Fatimah dapat membentuk ayat pendek dengan

menggunakan suku kata KV+KV, KV+KVK dan sebagainya.


Fatimah dapat membentuk ayat pendek dan mudah.

Matlamat

: Fatimah dapat membina beberapa ayat pendek menggunakan satu siri gambar.

9 91

Objektif
KBP 3053

Strategi pengajaran dan pembelajaran DAN KOMUNIKASI

Penilaian

Catatan
ASAS LITERASI

Fatimah boleh: Membina beberapa ayat menggunakan satu siri gambar.

1. Membina ayat berdasarkan gambar yang diberikan.


2. Membina beberapa ayat

Jangka masa : 1 minggu 1. Ujian lisan 2. Ujian


b bertulis

berdasarkan satu siri gambar.

contoh : Katak dan arnab Sang kura-kura berjalan-jalan di sekeliling kampung. Dia berasa sangat genbira hari ini, semua binatang disapanya. Tiba-tiba sang Kurakura terserempak dengan sang arnab yang sombong. Sang arnab telah mengajak sang kura-kura berlumba. 3. Mendengar nyanyian lagu Hari perlumbaan pun bermula................... sang katak. 92 4. Menulis di lembaran kerja sebuah karangan l lebah

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

Pelalaksana RPI

. (SITI FAIRUZ FUYOH BINTI FAFAU ) Guru praktikal SMK Cochrane Perkasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris

1.5.4

Menjana huraian berdasarkan kata kunci yang diberikan.

Mata Pelajaran Nama Murid Tarikh Lahir Tarikh Semak

: Bahasa Melayu : Siti Fatimah Binti Nordin : 12 Mac 1994 : 26 Ogos 2011 Tarikh Mula : 9 Mei 2011

Pengetahuan Sedia Ada :


Fatimah mengenal huruf A-Z Fatimah dapat menulis huruf A-Z Fatimah dapat mengenal huruf konsonan dan vokal.

9 93

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

Fatimah dapat mengenal siku kata KV+KV, KV+KVK, KV+KVKK dan sebagainya.
Fatimah dapat menyebut suku kata KV+KV, KV+KVK,

KV+KVKK dan sebagainya.


Dapat menyebut perkataan-perkataan. Fatimah dapat membentuk ayat pendek dengan

menggunakan suku kata KV+KV, KV+KVK dan sebagainya.


Fatimah dapat membentuk ayat pendek dan mudah.

Matlamat

: Fatimah dapat membina karangan menggunakan kata kunci yang diberikan.

9 94

Objektif
KBP 3053

Strategi pengajaran dan pembelajaran DAN KOMUNIKASI

Penilaian

Catatan
ASAS LITERASI

Fatimah boleh: Membina beberapa ayat menggunakan gambar dan sambungan perkataan.

1.

Jangka masa : 1 minggu 1. Ujian lisan 2. Ujian


b bertulis

embina perenggan berdasarkan kata kunci yang diberikan.


2.

embina karangan berdasarkan kata kunci.

Kata kunci Umat Islam berpuasa Membuat persiapan perayaan. Balik kampung. Menziarahi rumah sanak s saudara. \

3. kata kunci membentuk karangan.


4.

embina huraian bagi setiap

endengar nyanyian lagu raya.


5.

enulis di Lebah sangat Ini lebah.lembaran kerja sebuah karangan rajin. Lebah suka mudah berdasarkan kata kunci makan madu. Lebah yang diberikan. sangat rajin bekerja.
95 Lebah suka membantu

rakannya. Contoh:

lebah

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

Pelalaksana RPI

. (SITI FAIRUZ FUYOH BINTI FAFAU ) Guru praktikal SMK Cochrane Perkasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris

1.5.5

Menjana perenggan dengan membina beberapa isi atau kata kunci dan huraianya.

Mata Pelajaran Nama Murid Tarikh Lahir Tarikh Semak

: Bahasa Melayu : Siti Fatimah Binti Nordin : 12 Mac 1994 : 26 Ogos 2011 Tarikh Mula : 9 Mei 2011

Pengetahuan Sedia Ada :


Fatimah mengenal huruf A-Z Fatimah dapat menulis huruf A-Z Fatimah dapat mengenal huruf konsonan dan vokal.

Fatimah dapat mengenal siku kata KV+KV, KV+KVK, KV+KVKK dan sebagainya.
Fatimah dapat menyebut suku kata KV+KV, KV+KVK,

KV+KVKK dan sebagainya.


96

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

Dapat menyebut perkataan-perkataan. Fatimah dapat membentuk ayat pendek dengan

menggunakan suku kata KV+KV, KV+KVK dan sebagainya.


Fatimah dapat membentuk ayat pendek dan mudah.

Matlamat

: Fatimah dapat membina beberapa ayat pendek menggunakan gambar dan sambungan perkataan.

97

Objektif
KBP 3053

Strategi pengajaran dan pembelajaran DAN KOMUNIKASI

Penilaian

Catatan
ASAS LITERASI

Fatimah boleh: Membina beberapa ayat menggunakan gambar dan sambungan perkataan.

1. Membina yat berdasarkan perkataan dan gambar yang diberikan.


2. Membina beberapa ayat

Jangka masa : 6 minggu 1. Ujian lisan 2. Ujian bertulis

berdasarkan gambar dan beberapa perkataan. Contoh :

katak

katak katak - hijau H Hanim - katak .

3. Mendengar nyanyian lagu sang katak. 4. Menulis di lembaran kerja sebuah karangan mudah berdasarkan penyambungan perkataan dan dengan bantuan gambar. Contoh: Ini lebah. Lebah sangat rajin. Lebah suka

lebah makan madu. Lebah


sangat rajin bekerja.
98 Lebah suka membantu

rakannya.

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

Pelalaksana RPI

. (SITI FAIRUZ FUYOH BINTI FAFAU ) Guru praktikal SMK Cochrane Perkasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris

99

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

5. 0

TEORI-TEORI YANG TERLIBAT 5.1 Definisi Teori

Teori adalah siri bahagian atau variabel, definisi, dan dalil yang saling berkaitan yang menghadirkan sebuah pandangan sistematik tentang fenomena dengan menentukan hubungan antara pembolehubah, dengan menentukan hubungan antara pembolehubah, dengan maksud menjelaskan fenomena semula jadi. Labovitz dan Hagedorn mendefinisikan teori sebagai idea pemikiran "pemikiran teori" yang mereka definisikan sebagai "menentukan" bagaimana dan mengapa variable-variabel dan kenyataan hubungan dapat saling berkaitan. Kata teori mempunyai erti yang berbeza-beza pada bidang-bidang pengetahuan yang berbeza pula bergantung pada metodologi dan konteks perbincangan.

Secara umum, teori merupakan analisis hubungan antara fakta yang satu dengan fakta yang lain pada sekumpulan fakta-fakta. Selain itu, berbeza dengan teorem, kenyataan teori umumnya hanya diterima secara "sementara" dan bukan merupakan kenyataan akhir yang konklusif. Hal ini menunjukkan bahawa teori berasal dari pengeluaran kesimpulan yang mempunyai potensi kesalahan, berbeza dengan kesimpulan pada pembuktian matematik. Sedangkan secara lebih khusus di dalam ilmu sosial, terdapat pula teori sosial. Neuman mendefiniskan teori sosial adalah sebagai sebuah sistem dari kaitan abstraksi atau idea-idea yang meringkaskan dan mengorganisasikan pengetahuan tentang dunia sosial. Perlu diketahui bahawa teori berbeza dengan ideologi, seorang penyelidik kadang-kadang bias dalam membezakan teori dan ideologi.

Terdapat persamaan antara kedua-duanya, tetapi jelas mereka berbeza. Teori boleh merupakan sebahagian daripada ideologi, tetapi ideologi
100

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

bukan teori. Contohnya adalah Aleniasi manusia adalah satu teori yang diungkapakan oleh Karl Marx, tetapi Marxsis atau Komunisme secara keseluruhan adalah sebuah ideologi. Dalam ilmu pengetahuan, teori dalam ilmu pengetahuan bererti model atau kerangka fikiran yang menjelaskan fenomena semulajadi atau fenomena sosial tertentu. Teori dirumuskan, dibangunkan, dan dinilai mengikut kaedah saintifik. Teori juga merupakan suatu hipotesis yang telah terbukti kebenarannya. Manusia membina teori untuk menjelaskan, meramalkan, dan menguasai fenomena tertentu (misalnya, benda-benda mati, kejadian-kejadian di alam, atau tingkah laku haiwan).

Sering kali, teori dipandang sebagai suatu model atas kenyataan (contohnya: apabila kucing mengiau bererti minta makan). Sebuah teori membentuk generalisasi atas banyak pemerhatian dan terdiri atas kumpulan idea yang koheren dan saling berkaitan.

Istilah teori boleh digunakan untuk menjelaskan sesuatu yang diramalkan oleh suatu teori namun belum pernah terpengamatan. Sebagai contoh, sehingga akhir-akhir ini, lubang hitam dikategorikan sebagai teori kerana diramalkan menurut teori relativiti umum tetapi belum pernah diperhatikan di alam. Terdapat miskonsepsi yang menyatakan apabila sebuah teori saintifik telah mendapatkan cukup bukti dan telah teruji oleh para peneliti lain tingkat akan menjadi undang-undang ilmiah. Hal ini tidaklah benar kerana definisi undang-undang ilmiah dan teori ilmiah itu berbeza. Teori akan tetap menjadi teori, dan undang-undang akan tetap menjadi undang-undang.

5.2

Teori Berkaitan Dengan Rancangan Pendidikan Individu (Rpi)

101

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

Teori pembelajaran yang diperkenalkan bukan sahaja bertujuan untuk pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak normal, namun ia turut melibatkan kanak-kanak berkeperluan khas. kanak-kanak berkeperluan khas terbahagi Masalah kepada empat ketegori iaitu kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan, pendengaran, masalah pembelajaran dan juga pintar cerdas. pembelajaran ini pula terbahagi kepada beberapa jenis masalah dan kecacatan. Bagi guru-guru yang sudah lama berkecimpung dalam bidang pendidikan khas ini, semestinya mereka telah memahami dan arif tentang pengubahsuaian kurikulum berdasarkan dengan tahap kecacatan murid. Malah, jika diteliti dan dihayati, teori-teori pembelajaran yang diutarakan banyak mengaitkan tentang pendidikan individu iaitu merupakan rancangan pendidikan yang sesuai dan berkesan kepada murid pendidikan khas.

5.2.1 Aliran Empirisme Setiap manusia mendapat pendidikan secara individu bermula daripada sejak lahir lagi. Hal ini dibuktikan oleh john lock daripada aliran empirisme. Teorinya dikenali sebagai tabulae rasae (meja lilin), yang menyatakan bahawa anak yang lahir ke dunia adalah seperti kertas putih yang bersih. Kertas putih yang akan mempunyai corak dan tulisan yang digores oleh lingkungan. Faktor bawaan daripada orang tua (faktor keturunan) tidak dipentingkan tetapi pengalaman diperolehi anak melalui hubungan dengan lingkungan (sosial, alam, budaya). Menurut aliran ini, pendidikan adalah sebagai faktor luar memegang peranan sangat penting dalam membentuk pendidikan anak tersebut dana anak tersebut akan menerima pendidikan sebagai pengalaman. Pengalaman tersebut akan membentuk tingkahlaku, sikap, serta watak anak sesuai dengan tujuan pendidikan yang diharapkan.

Maka di sinilah bermulanya rancangan pendidikan individu untuk setiap individu. Ibu bapa iaitu pendidik akan merancang
102

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

pendidikan awal untuk setiap anak mereka. Sebagai contoh, ibu bapa inginkan anak mereka untuk menjadikan anak mereka pandai berbahasa inggeris. Objektif jangka panjang yang ditetapkan ibu bapa mereka teradap anak mereka ialah ingin menjadikan anak mereka pandai berbahasa inggeris. Maka dengan ini, mereka iaitu ibu bapa akan menerapkan budaya berbahasa inggeris bermula sejak dari rumah lagi. selain itu, ibu bapa juga akan membeli buku-buku bahasa inggeris bagi mewujudkan budaya membaca bahasa inggeris ini timbul sejak kecil lagi bagi mencapai objektif jangka masa panjang.

Maka dengan ini, secara tidak langsung perubahan sikap dan budaya anak tersebut akan berubah mengikut caturan yang dirancang oleh ibu bapa tersebut. Oleh sebab itu, rancangan pendidikan individu ini penting dalam membina pembelajaran yang berkesan kepada setiap individu. Hal ini dijelaskan lagi oleh gambar rajah 1 dibawah.

Jiwa kecil = kertas putih

Pendidikan guru = pengalaman

Tujuan pendidikan = perubahan sikap dan tingkahlaku Gambar rajah 1

5.2.2 Teori Pembelajaran Humanistik

103

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

Teori pembelajaran humanistik ini mengutamakan pendidikan efektif yang disokong dengan pendidikan berasaskan pengetahuan. Setiap individu adalah berbeza dan mempunyai potensi dan keinginan untuk mencapai kecemerlangan kendiri. Maka dengan ini, guru hendaklah menjaga kendiri murid dan memberi bimbingan supaya potensi mereka dapat dikembangkan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa, pendidikan individu adalah amat penting bagi mengembang potensi setiap murid terutamanya murid pendidikan khas iaitu murid yang mempunyai tahap kognitif yang amat berbeza. Teori pembelajaran humanistik ini terbahagi kepada dua iaitu teori pembelajaran carl rogers dan teori keperluan maslow.

5.2.2.1 Teori pembelajaran Carl Randsom Rogers Teori ini membincangkan tentang pengalaman individu adalah fenomena logikal yang dialami oleh individu sendiri. Setiap individu mempunyai kecenderungan dan hasrat individu sendiri untuk mencapai kesempernaan kendiri. Selain itu juga, setiap membentuk konsep kendiri yang unik melalui sistem nilai dan kepercayaan yang berbeza dengan orang lain. Oleh sebab itu, teori ini sesuai dikaitkan dengan pengajaran berbentuk individu atau rancangan pendidikan individu.

Rancangan pendidikan individu merupakan satu program pengajaran berasasakan penilaian pelbagai disiplin dan direka untuk memenuhi keperluan-keperluan individu murid kurang upaya (wlillian N. Bender, 1995). Definisi tersebut

104

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

menunjukkan bahawa, RPI adalah merupakan rancangan untuk individu murid.

Menurut teori carl randsom rogers ini keberkesanan pembelajaran hanya dapat dalam pembelajaran. penggunakan rancangan dihasilkan apabila murid mengambil inisiatif sendiri dan melibatkan diri sepenuhnya Hal ini jelas menunjukkan bahawa, pengajaran individu adalah

berkesan jika penggunaannya dititikberatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Hal ini disokong lagi oleh teori carl ransom rogers yang mengatakan pembelajaran membimbing dirinya, demi murid supaya menilai hasil mempertingkatkan pemikiran

reflektif dan kemahiran kreatifnya. Dengan adanya rancangan pendidikan individu ini, proses pengajaran dan pembelajaran voleh berfokuskan kepada setiap individu murid. Dengan ini, segala kelemahan dan kekurangan dalam diri murid boleh diatasi secara berperingkat. Maka dengan ini pembelajaran yang berkesa adalah pembelajaran secara individu yang mana ia di sokong banyak dibincangkan oleh teori carl randsom rogers.

5.2.2.2 Teori keperluan maslow Teori ini membincangkan tentang lima peringkat keperluan manusia mengikut anggaran kepuasan yang perlu tercapai oleh individu. Abraham maslow (1970), berpendapat seseorang individu akan memenuhi keperluan asas mereka dahulu sebelum
105

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

memenuhi keperluan sekunder.

Teori keperluan ini juga

menghuraikan perkaitan motivasi diantara keperluan. Apabila individu mencapai kepuasan dalam sesuatu hierarki, keperluan dan hierarki yang lebih tinggi akan berlaku secara semula jadi. Keperluan manusia dalam hierarki yang semakin rendah, ciri persamaan semakin besar, fleksibilitinya semakin kecil dan perbezaan diantara individu akan semakin kecil. Hal ini menunjukkan bahawa, keperluan diri sendiri haruslah dicapai terlebih dahulu supaya boleh mengurangkan perbezaan diantara individu.

Pernyataan tersebut menjelaskan bahawa, rancangan pendidikan individu adalah berkesan untuk mengurangkan perbezaan diantara individu lain terutamanya murid pendidikan khas. Hal ini demikian kerana, murid pendidikan khas mempunyai tahap kognitif yang berbeza. Maka dengan ini, keperluan setiap individu haruslah di capai terlebih dahulu dengan mengikuti rancangan pendidikan individu. Dengan adanya rancangan pendidikan individu ini, mereka lebih mengenali diri mereka dengan mengetahui tahap kekuatan dan kelemahan pada diri mereka. Guru terutamanya dan dibantu oleh badan-badan lain akan cuba mengatasi kelemahan dan mempertingkatkan kekuatan ini bersama murid secara individu. Maka dengan ini, keperluan murid boleh diatasi dan juga boleh mengurangkan perbezaan antara individu yang lain. Dengan ini, keberkesanan rancangan pengajaran individu ini juga disokong dan juga boleh dikaitkan dengan teori keperluan maslow.

Teori pembelajaran humanistik ini mementingkan perkembangan potensi individu seperti yang terkandung dalam rancangan pendidikan
106

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

individu.

Oleh sebab itu, strategi dan kaedah pengajaran dan

pembelajaran hendaklah berorientasikan strategi pemusatan murid, dan kaedah individu amat dititik beratkan dalam teori ini. Guru berperanan sebagai fasilitator dan pendorong dan memotivasikan murid menggunakan cara pembelajaran sendiri untuk mecapai tahap kesempurnaan kendiri. Hal ini menjelaskan sekali lagi bahawa, rancangan pendidikan individu adalah berkesan dan sesuai dijalankan terutamankan kepada murid pendidikan khas dan in disokong oleh teori pembelajaran humanis.

5.2.3 Teori konstruktivisme Teori konstruktivisme adalah merupakan satu fahaman bahawa murid membina sendiri secara aktif pengetahuan atau konsep berdasarkan kepada pengetahuan atau pengalaman yang sedia ada dan tidak menerima pengetahuan secara pasif dari persekitaran. Teori ini juga boleh diadaptasikan dengan rancangan pendidikan individu. Hal ini demikian kerana, teori ini membincangkan tentang pembelajaran kendiri yang mana murid akan membina sendiri secara aktif dan guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran.

Selain itu juga, guru berperanan sebagai fasilitator yang membantu murid membina pengetahuan dan menyelesaikan masalah. Hal ini adalah bertujuan untuk memudahkan murid untuk memahami sesuatu pembelajaran dengan lebih jelas apabila mereka terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru. Hal ini demikian kerana, murid pendidikan khas ini mempunyai tahap kognitif yang terhad untuk memikirkan sesuatu tanpa bimbingan daripada guru. maka dengan ini pembelajaran secara individu dengan guru boleh meningkatkan lagi
107

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

tahap kefahaman murid. Selain itu, rancangan pembelajaran individu juga boleh menarik guru untuk memberi tumpuan yang lebih kepada individu murid.

Maka dengan ini, teori ini mendatangkan implikasi terhadapa proses pengajaran terhadap murid pendidikan khas yang mana guru perlu membina suasana pengajaran dan pembelajaran yang tidak merencatkan pengetahuan murid. Seperti yang telah dinyatakan, murid pendidikan khas mempunyai tahap kongnitif, tumpuan dan ingatan yang terhad. Maka dengan ini, guru perlu mengetahui tahap setiap murid yang terdapat di dalam kelas tersebut. Oleh sebab itu, guru perlu untuk meyediakan rancangan pendidikan individu untuk memberi proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada setiap murid. Hal ini kerana setiap individu mempunyai kebolehan dan kelamahan pelbagai.

Hal ini demikian menunjukkan bahawa, teori konstruktivisme ini menyokong rancangan pendidikan individu ini berkesan jika dilakukan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya murid pendidikan khas. Dengan adanya rancangan pendidikan individu ini, murid akan lebih faham, mudah untuk mengingat dan boleh mendatangkan keseronokan kepada mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

5.2.4 Teori Konstruktivisme Implikasi teori konstruktivisme dalam proses P&P kanak-kanak berkeperluan khas pula ialah guru perlu membina suasana P&P yang mampu membina pengetahuan murid-murid. Pastikan suasana yang dibina tidak merencatkan pengetahuan mereka. Contohnya, seorang
108

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

kanak-kanak yang mengalami mental retardation tahap ringan dan boleh dididik dibiarkan dalam kelas yang menempatkan kanak-kanak mental retardation sederhana akan memberi kesan negatif terhadap perkembangannya. Sepatutnya, kanak-kanak tersebut perlu ditempatkan di kelas yang mampu meningkatkan daya pemikirannya.

Selain

daripada

itu

juga,

guru

perlu

merancang

dan

melaksanakan strategi-strategi pengajaran seperti soalan terbuka dan dialog bersama murid- murid. Kaedah ini akan membantu peningkatan tahap komunikasi. Komunikasi merupakan item terpenting dalam membina kemahiran menganalisis, mentafsir dan meramal maklumat. Contohnya, semasa set induksi sesi P&P guru bertanyakan khabar dan mengenai hobi seorang kanak-kanak autisme sebelum memulakan pembelajaran bertemakan hobi pada hari tersebut. Selain daripada itu juga, guru boleh menggunakan kaedah dialog bersama rakan sekelas untuk membantu kanak-kanak khas meningkatkan tahap interpersonal. Perancangan guru yang sistematik dan fleksibel boleh digunakan oleh guru tersebut dalam menangani pelbagai karenah murid.

Implikasi seterusnya adalah guru menggunakan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) sebagai untuk menganalisis perkembangan dan kemajuan murid dari semasa ke semasa. Seperti yang diketahui umum, kanak-kanak khas tidak mengambil peperiksaan umum kecuali mereka yang mengikuti kelas inklusif dengan kelas normal. RPI yang digunakan merupakan kolaborasi pelbagai disiplin. Jadi, perkembangan dan kemajuan yang dianalisis merupakan peningkatan dari pelbagai aspek. Contohnya, jika seorang murid yang mengalami masalah tingkah laku, perubahannya diperhatikan oleh semua pihak yang terlibat dan terapi diberikan dari pelbagai aspek. Keadaan dan perkembangannya dicatat dari semasa ke semasa. Apa yang menjadi fokus keutamaan
109

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

adalah proses perubahannya, bukanlah hasil terakhir. Hal ini kerana setiap individu mempunyai kebolehan dan kelemahan yang pelbagai.

5.2.5 Teori Kognitif Teori kognitif pula berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran, dan tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku. Ahli-ahli psikologi kognitif seperti Bruner dan Piaget menumpukan kajian kepada pelbagai jenis pembelajaran dalam proses penyelesaian masalah dan celik akal mengikut pelbagai peringkat umur dan kebolehan pelajar. Teori-teori pembelajaran mereka adalah bertumpu kepada cara pembelajaran seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan dan pengkategorian. Menurut teori ini, manusia memiliki struktur kognitif, dan semasa proses pembelajaran, otak akan menyusun segala maklumat di dalam ingatan. Umumnya murid-murid berkeperluan khas mempunyai tahap kemampuan kognitif yang berbeza-beza, guru seharusnya bijak untuk merancang aktiviti dan menyediakan objektif pengajaran yang bersesuaian dengan tahap kemampuan murid. Oleh itu, dengan adanya Rancangan Pendidikan Individu (RPI), guru dapat melihat sejauhmana tahap kebolehan yang ada pada setiap murid khas.

Berdasarkan teori ini pembelajaran seseorang murid berdasarkan kepada tahap kemampuan mereka. Jadi guru-guru mestilah mahir dalam teknik penyesuaian dalam mengaplikasikan sesuatu pengajaran dan pembelajaran kepada murid-murid normal mahupun murid khas. Teori kognitif diguna pakai semasa merancang RPI kepada murid berkeperluan khas kerana teori ini sendiri mengambil kira tahap
110

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

kebolehan seseorang individu dalam pembelajaran. Dalam Rancangan Pendidikan Individu RPI itu sendiri menetapkan objektif mengikut keupayaan murid-murid berkeperluan khas, ini adalah selari dengan teori kognitif yang diperkenalkan oleh psikologi kognitif iaitu Piaget dan Bruner.

6.0

PERANAN KERAJAAN DAN SWASTA TERHADAP RPI

Di dalam pelaksanaan RPI, jawatankuasa yang bertanggungjawab dalam pembentukan RPI perlu diwujudkan. Jawatankuasa RPI perlulah sekurang-kurangnya terdiri daripada pentadbir sekolah, guru, ibu bapa mahupun penjaga kepada murid tersebut dan juga termasuklah murid pendidikan khas itu sendiri. Pentadbir sekolah adalah wakil sekolah selain guru murid tersebut yang berkelayakan menyediakan perkhidmatan diperlukan berdasarkan keperluan pembelajaran murid dan memantau pelaksanaan program tersebut.

Ibu bapa dan penjaga murid tersebut juga perlu diberi peluang untuk melibatkan diri dalam membentuk RPI dan memastikan perkembangan RPI yang dirancang dan dilaksanakan terhadap anak mereka.hal ini demikian kerana, ibu bapa mempunyai maklumat mengenai sejarah perubatan, rutin seharian, tingkah laku, kesukaan dan

111

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

kebencian, keperluan keluarga (Lytle & Bordin, 2001) selain daripada menjadi jurubela kepada anak mereka (Daniels & Wolery di dalam Mercer, 2000). Ketiadaan penglibatan daripada pihak ibu bapa ini, maka pelajar akan kehilangan hak pembelaan yang sepatutnya dan dikhuatiri tidak mendapat keadilan di dalam pembinaan RPI mereka. Selain itu, banyak maklumat penting mengenai pelajar tidak dapat disalurkan bagi membantu membina RPI.

Di samping itu, murid dengan keperluan khas itu sendiri sepatutnya melibatkan diri dalam pembentukan RPI terutamanya di peringkat sekolah menengah yang melibatkan proses transisi. Fungsi RPI adalah untuk memenuhi keperluan unik murid tersebut. Sekiranya murid tersebut dianggap kurang sesuai untuk bersama-sama dalam pembentukan RPI disebabkan ketidakupayaannya. Program transisi juga perlu dimasukkan dalam pelaksanaan RPI bagi murid berumur empat belas tahun ke atas bagi memastikan RPI dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Penglibatan pelajar di dalam proses pembinaan RPI amat penting kerana pelajar yang terlibat secara aktif di dalam pembinaan RPInya akan lebih berpengetahuan mengenai ketidakupayaan dirinya, haknya sebagai pelajar dari segi perundangan (Mason et. al, 2004), berkomunikasi dengan lebih baik mengenai kekuatan, keperluan, matlamat dan kemajuan mereka (Battle et. al di dalam Torgesen et. al, 2004).

Dalam semua perjumpaan, pihak sekolah perlu memastikan supaya ibu bapa dapat memahami apa yang telah dirancang bagi perkembangan pembelajaran anak-anak mereka. Ahli jawatankuasa lain yang sewajarnya turut dilibatkan dalam perjumpaan bagi membentuk Rancangan Pendidikan Individu adalah seperti ahli fisioterapi yang akan bertanggungjawab dalam memastikan terapi fisiologi bagi seseorang murid berkeperluan khas berjalan dengan lancar dan dapat membantu perkembangannya seiring dengan perkembangan murid normal lain yang ada di dalam kelas tersebut seperti yang dirancang.

112

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

Seterusnya adalah ahli terapi cara kerja. Ahli terapi cara kerja akan membantu mereka dalam perkembangan psikomotor mereka sama ada motor halus mahupun motor kasar. Dalam jawatankuasa RPI juga perlu melibatkan patologi pertuturan bahasa. Patologi pertuturan bahasa akan dapat membantu mereka berkomunikasi dengan baik dan berkesan. Mereka juga akan dapat menerima serta memahami arahan yang diberikan kepada mereka dan mendengar apa yang diperkatakan oleh orang lain bagi memupuk gaya pemikiran positif dalam diri mereka bagi memastikan perkembangan mereka berjalan dengan lebih baik dan menggalakkan mereka menjalinkan hubungan sosial yang baik dengan murid lain yang ada di dalam kelas tersebut.

Selain itu, penglibatan kaunselor juga penting dalam jawatankuasa RPI. Kaunselor memainkan peranan penting untuk memastikan guru dan murid dapat menjalani proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada semua murid. Kaunselor juga akan memberikan motivasi kepada murid dan ibu bapa serta guru bagi membantu perkembangan sosio-emosi kepada murid berkeperluan khas ini. Jawatankuasa ini juga turut melibatkan pihak lain lagi seperti agensi pemulihan, guru kelas biasa dan guru vokasional. Namun tidak semuanya akan terlibat dengan mesyuarat pelaksanaan jawatankuasa yang merancang dan menyediakan RPI kepada seseorang murid yang mempunyai ketidakupayaan

113

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

7.0

ANUGERAH ANAK KEPADA IBU BAPA

Anak adalah anugerah yang sangat bernilai dikurniakan Tuhan kepada pasangan suami isteri. Kasih sayang pasangan suami isteri akan bertambah dengan kelahiran anak. Lebih penting lagi, anak mewarisi keturunan, sekali gus menjadi generasi pelapis selepas ibu bapanya kembali bertemu Allah. Mereka juga akan mewarisi apa yang kita tinggalkan serta menyambung kehidupan dan tamadun manusia. Mereka akan menjadi khalifah di atas muka bumi ini dan dengan sebab itu, ada orang menggelar anak kecil dengan panggilan 'the little caliph'.

Dalam Islam, anak adalah harta paling berharga dimiliki seseorang selepas iman kepada Allah dan Rasul-Nya. Hal ini kerana anak adalah salah satu perkara yang dapat membantu seorang insan selepas kematiannya.

114

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalannya kecuali tiga perkara; amal jariah, ilmu yang berguna, serta doa anak yang soleh." [hadith riwayat Muslim dan lain-lainnya]

Berdasarkan hadith ini, jelaslah bahawa anak merupakan harta yang paling berharga yang dapat membantu ibu-bapanya setelah mati. Oleh yang demikian, setiap pasangan suami isteri hendaklah berusaha mendapatkan anak yang soleh untuk membantu mereka setelah meninggal dunia kelak. Semoga impian setiap pasangan tercapai.

Setiap insan mengidamkan anak yang baik dalam keluarganya. Sesungguhnya, setiap anak yang dianugerahkan adalahj baik di sisi Tuhan. Ibu bapalah yang mencorakkannya. Hal ini turut disentuh di dalam Islam berdasarkan hadith berikut; Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w. pernah bersabda; Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tidak mempersekutukan Allah) tetapi ibu bapanyalah yang menjadikan dia seorang Yahudi atau Nasrani atau Majusi sebagaimana seekor haiwan melahirkan seekor haiwan yang sempurna. Apakah kau melihatnya buntung? Kemudian Abu Hurairah membacakan ayatayat suci ini: (tetaplah atas) fitrah Allah yang menciptakan manusia menurut fitrah itu. (Hukum-hukum) ciptaan Allah tidak akan dapat diubah. Itulah agama yang benar. Tapi sebahagian besar manusia tidak mengetahuinya (ar-Rum : 30). [hadith riwayat Bukhari

Corak yang dihasilkan oleh ibu bapa sepanjang mendidik anak sejak bermula dari bayi akan membentuk pelbagai perkara yang berkaitan dengannya. Didikan yang diberikan itulah yang membentuk personaliti, kegemaran, tindakan dan pendirian anak115

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

anak. Jika dia dididik dengan kekerasan, maka anak itu akan membesar dengan sifat keras. Begitulah juga jika seorang anak dibesarkan dengan kelembutan, maka anak itu akan membesar dengan lemah-lembut, sopan dan pelbagai sifat-sifat yang disenangi. Disebabkan perkara itu, anak menjadi tanggungjawab yang besar kepada ibu bapa. Anak yang dikurniakan Tuhan itu adalah amanah yang diberikan untuk dijaga. Disebabkan itu jugalah, anak adalah harta yang telah disebut oleh nabi s.a.w. sebagai salah satu pelaburan yang tidak akan putus walaupun telah meninggal dunia.

Soal menginginkan anak-anak yang baik dan berguna tidak hanya di dalam ajaran Islam sahaja, namun di dalam semua agama dan bangsa. Ibu bapa menginginkan anak-anak mereka menjadi seorang yang berguna. Kebergunaan anak membantu ibu bapanya itulah yang sangat diharapkan oleh mereka. Sesuatu seperti itulah yang dapat membahagiakan mereka. Islam mengajar umatnya supaya berusaha untuk memperoleh anak-anak yang baik. Terdapat ayat di dalam al-Quran yang mengajar umat Islam supaya berdoa untuk mendapatkan anak yang baik. Wahai tuhan kami kurniakanlah kepadaku dari sisimu zuriat keturunan yang baik, seseungguhnya engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan. [ali-Imran : 38]

Tuhan mengajar dan menyeru umatnya supaya berdoa untuk mendapatkan anak yang baik disebabkan banyaknya kelebihan mempunyai anak-anak yang baik. Demi mendapatkan anak-anak yang baik, Tuhan bukan sahaja menyuruh umatnya berusaha, tetapi juga memohon kepada-Nya supaya mendapat apa yang diinginkan. Ayat lain juga menyatakan perkara yang sama berkaitan mendapatkan anak yang baik. Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang- orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. [al-Furqan : 74]
116

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

Setiap ibu bapa perlu sedar, tugas mendidik anak-anak bukanlah sesuatu yang mudah. Ia juga merupakan satu tanggungjawab yang sangat besar bagi mendidik seorang anak yang soleh. Ia menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mendidik anakanak mereka menjadi insan yang cemerlang dan berguna kepada agama, bangsa dan masyarakat. Anak-anak merupakan gambaran ibu bapanya. Seringkali berlaku di manamana sahaja, masyarakat akan mempersoalkan didikan ibu bapa jika seorang anak melakukan kesilapan walaupun hakikat yang tidak diketahui ialah ibu bapa langsung tidak pernah mengajar anak tersebut untuk melakukan perkara itu. Begitulah penangan seorang anak. Oleh yang demikian, ibu bapa harus sedar bahawa anak-anak perlu dididik dengan baik supaya masyarakat tidak berpeluang mempersoalkan tindakan yang dilakukan oleh anak-anak diluar pengetahuan ibu bapa.

Sebagai seorang Islam, seorang anak mestilah dididik dengan cara Islam melalui pendekatan yang berkaitan supaya anak-anak mempunyai ilmu yang berguna dan mampu membela dirinya serta ibu bapa. Sebagai ibu bapa pula, anak-anak perlu diberi kasih-sayang yang secukupnya. Anak-anak akan membesar dengan baik, penuh adab kesantunan, mempunyai kesabaran serta sentiasa mempunyai semangat yang tinggi untuk melakukan sesuatu perkara.

Seterusnya menurut khutbah jumaat yang berlangsung pada hari jumaat dan bertarikh 18 November 2011 atau 22 Zulhijjah 1432 Hijrah yang diperolehi daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia membincangkan mengenai Mutiara Hati. Di dalam khutbah tersebut menyatakan bahawa Anak merupakan anugerah dan nikmat yang terbesar daripada Allah SWT kepada hamba-Nya. Mutiara hati bagi pasangan ibu-bapa ini akan menjadi saham dan membawa keuntungan yang berlipat kali ganda sekiranya mereka dididik dan di bentuk dengan baik serta menjadi anak yang soleh. Sebaliknya, jika mereka di abaikan tidak mustahil akan menjadi anak yang terbiar dan pada masa akan datang akan menjadi sampah kepada masyarakat dan negara. Justeru memiliki anak yang soleh serta baik budi pekertinya menjadi impian setiap ibu-bapa dan keluarga
117

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

sebagaimana kisah Nabi Zakaria AS yang telah lanjut usia tetapi belum dikurniakan anak untuk menjadi pewaris keturunannya. Lalu Nabi Zakaria AS memohon dengan berdoa kepada Allah SWT agar di kurniakan anak-anak yang soleh. Firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran ayat 38: Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan-Nya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.

Anak-anak kita sebenarnya dilahirkan dalam keadaan fitrah, ibarat sehelai kain putih yang suci lagi bersih dari sebarang kekotoran samada zahir ataupun batin, maka menjadi tanggungjawab kita sebagai ibubapa untuk mencorakkan samada untuk membentuknya menjadi insan berjaya ataupun tidak. Sabda Rasulullah SAW: Apabila mati seseorang anak Adam, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: sedakah jariah, ilmu yang bermanafaat dan anak yang soleh yang mendoakan .(Riwayat iman Muslim)

Menurut Islam memberi pendidikan kepada anak-anak hendaklah dimulakan sejak awal lagi kerana pada usia sebegini segala nilai yang ditanamkan akan tersemat dalam hati sanubari mereka. Ibnu Sina pernah berpesan, katanya: ketika anak telah mendapat asuhan ibunya, maka ajarkanlah ia adabadab Islam sebelum ia diserang oleh nilai-nilai yang buruk.

Rasulullah SAW telah menggariskan empat tahap pendidikan kepada anak-anak iaitu:

Tahap Pertama: Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun) hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang.
118

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

Tahap Kedua: Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh(14tahun)hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan memberi tanggungjawab kepada mereka.

Tahap Ketiga: Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.

Tahap Keempat: Anak berumur lebih 21 tahun, hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.

Ibnu Khaldun telah membahagikan tujuan pendidikan kepada anak-anak dalam tiga bentuk:

Pertama: Mempersiapkan seorang anak dari segi keagamaan, iaitu mengajarnya syiar-syiar agama menurut al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Ini akan membina akidahnya dan membentuk keperibadian keimanannya.

Kedua: Mempersiapkannya dari segi akhlak, dan Ketiga: Mempersiapkannya dari segi pemikiran, ini termasuk ilmu-ilmu umum duniawi, kerana dengan memiliki pemikiran dan ilmu yang baik dan tepat seseorang itu akan mampu berdikari dan memiliki ketrampilan untuk melaksanakan tugas dengan baik.

Anak-anak hendaklah dididik dengan dipesankan sesuatu terlebih dahulu. Lihat bagaimana reaksi mereka, apakah mereka boleh melakukannya hanya selepas sekali pesanan. Jika tidak berkesan maka hendaklah dipesan berulang kali tanpa merasa jemu dan bosan. Berilah nasihat dan teguran kepada anak-anak dalam hal berkaitan akidah, ibadah, akhlak, tanggungjawab, kesihatan, kehidupan agar mereka mengenal erti yang
119

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

sebenarnya. Berilah pesanan, nasihat, tegurun setiap masa walaupun kadang kala anakanak kita akan merasa jemu dan bosan. Contohilah apa yang dilakukan oleh Lukman alHakim di dalam mendidik anak-anaknya. Firman Allah SWT dalam surah Lukman ayat 13: Dan tatkala Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya: Wahai anakku, janganlah engkau mempersekutukan Allah sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.

Sebagai ibu-bapa kita tidak boleh mengambil sikap lepas tangan. Jangan kita beranggapan bahawa kita telah menunaikan kewajipan dan hak anak-anak apabila mereka telah dihantar ke sekolah. Ingatlah tanggungjawab kita bukan hanya memastikan agar mereka akan hidup selesa pada masa akan datang akan tetapi tanggungjawab kita juga memastikan agar mereka mempunyai prinsip yang teguh dan jatidiri yang kuat. Dari itu amat penting bagi kita memberi pendidikan agama serta menyemai akhlak mulia kepada mereka kerana dengan pendidikan agama, prinsip iman mereka akan teguh, jati diri mereka akan kuat, dengan ini akan membantu mereka menghadapi masalah-masalah sosial serta membantu mereka menghadapi cabaran masa akan datang. Tanpa prinsip ini ditakuti anak-anak kita akan mudah terpengaruh dengan pelbagai pemikiran. Sehinggakan ada sebahagian dari mereka sanggup menggadai prinsip kehidupan mereka.

Mimbar ingin mengingatkan bahawa memelihara anggota keluarga dari ancaman neraka tidak bererti kita hanya bersikap pasif iaitu dengan hanya mencegah mereka daripada berbagai perbuatan maksiat. Tetapi kita juga mesti bersikap aktif dalam mendidik dan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka agar pembentukan ini menjadi peranan sebagai kubu dan daya tahan yang dapat menepis dan menapis pengaruh sekitar yang penuh mencabar. Tanggungjawab ibu-bapa bukan hanya memberi arahan, tetapi perlu menonton, membimbing, mengasuh dan menunjukkan

120

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

contoh yang baik untuk diteladani.Barulah pendidikan kita akan memberikan kesan untuk mencapai matlamat pembentukan nilai murni serta prinsip yang kukuh dalam diri anak-anak.

Sebagaimana yang kita maklum, musim cuti sekolah sudah bermula, yang paling seronok ialah anak-anak kita. Inilah masa untuk mereka melarikan diri buat sementara dari alam persekolahan. Anak-anak memang mahu bebas daripada belenggu buku-buku sekolah.Mereka mahu berseronok setelah penat mentelaah pelajaran sepanjang tahun. Namun, ada juga dalam kalangan anak-anak kita yang tidak tahu apa aktiviti-aktiviti yang ingin dilakukan pada waktu cuti ini. Dalam fikiran mereka hanya hiburan dan keseronokan yang dicari.Tidak hairanlah sekiranya cuti sekolah yang panjang dihabiskan dengan membuang masa dengan melepak, melayari internet atau melakukan perkara yang tidak mendatangkan feadah. Berdasarkan laporan terdapat puluhan jenis gejala sosial yang mencetuskan kebimbangan dalam kesejahteraan hidup anak-anak kita antaranya merokok, merempit, menonton video lucah, putus cinta, mencuri, lari dari rumah, minum arak, pil khayal, berjudi, simpan gambar lucah, hubungan jenis luar nikah, peras ugut, pecah rumah, menagih dadah, rogol, samun, jenayah bunuh dan lain-lain lagi.Terkini ada dari kalangan anak-anak kita yang di ambil kesempatan oleh pihak penjenayah untuk dijadikan kaldai dadah dan terlibat dalam sendikit pelacuran.

Mimbar ingin berpesan sebagai ibu- bapa, kita seharusnya mengajar anak-anak supaya menggunakan masa dengan bijak. Masa cuti sekolah bukan semata-mata untuk berseronok dan melupakankan terus pelajaran. Ibu- bapa perlulah mengambil peluang ini untuk mengatur program-program yang bermanfaat buat anak-anak seperti menghadiri kem ibadah dan motivasi yang dianjurkan oleh pelbagai pihak. Jadilah ibubapa yang prihatin dan mengambil berat terhadap anak-anak. Rancanglah sesuatu agar dapat memanfaatkan cuti sekolah anak-anak dengan sebaik-baiknya. Jangan biarkan mereka sendiri yang menguruskan masa cuti tanpa sebarang pemantauan atau panduan daripada ibu- bapa .
121

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

Mengakhiri khutbah pada minggu ini, marilah kita bersama-sama menjaga dan mendidik anak-anak yang diamanahkan oleh Allah SWT kepada kita. Didiklah mereka dengan kehidupan beragama, agar mereka dapat berbakti kepada keluarga, masyarakat dan negara. Isilah masa kehidupan mereka dengan perkara-perkara yang boleh memberi manafaat. Ingatlah wahai muslimin sekalian bahawa mutiara hati ini merupakan sebahagian daripada amanah daripada Allah SWT yang akan di persoalkan di akhirat nanti. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat 72: Sesungguhnya Kami telah kemukakan amanah kepada langit dan bumi serta gunung-ganang, maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya; dan manusia sanggup memikulnya. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan jahil.

8.0

BIBLIOGRAFI

122

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

Abd. Aziz Abd. Talib (2000), Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik, Kuala Lumpur: Utusan Oublication & Distributors Sdn. Bhd.

Abdul Aziz Talib (1989), Pengajaran dan Pengujian Bahasa, Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. Abdullah Hassan (1987). Isu-isu pembelajaran dan pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Arbak Othman (1985) Mengajar tatabahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Azaman Wan Chik (1986). Mengajar Bahasa Malaysia, Jilid 1 & 2. Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Baharuddin Aris, Rio Sumarni Shariffudin dan Manimegalai Subramaniam (2002), Reka Bentuk Perisian Multimedia, Universiti Teknologi Malaysia, Johor. Diperolehi daripada http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwP/ Bahasa

N00RAZIZAHAP010268D2006TTP.pdf, pada 05 November 2011. Diperolehi daripada http://www.google.com.my/search?gcx=w&sourceid=

chrome&ie=UTF-8&q=teori+humanistik, pada 05 November 2011. Diperolehi daripada http://www.scribd.com/doc/15417773/Rancangan-PendidikanIndividu, pada 12 November 2011. Diperolehi daripada http://www.scribd.com/doc/45080023/Kolaborasi-Teori-

Dalam-Pendidikan-Pragmatisme pada 12 November 2011. Ee, Ah Meng (1987) Pedagogi Bahasa, Longman (M), Kuala Lumpur. Institut Bahasa (1994). Strategi Pendidikan Bahasa Melayu. Juriah Long dan Noor Ein Mohd. Noor (1990). Alat dan Bahan Juriah Long, Raminah Hj Sabran & Sofia Ahmad.(1990) Perkaedahan

123

KBP 3053 DAN KOMUNIKASI

ASAS LITERASI

Juriah Long, Raminah Hj Sabran dan Sofiah hamid, (1990).

Perkaedahan

Pengajaran Bahasa Malaysia, Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kamaruddin Hj Husin (2001). Pedagogi Bahasa ( Perkaedahan). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kamaruddin Hj Husin, Siti Hajar Hj Abdul Aziz, Arbie Sujud ( 1997). Pengajian Melayu 1: Ilmu Bahasa Dan Kecekapan Berbahasa. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Lodge, David (ed.). (1988). Modern critisam and theory. London : Longman. Maniyamin Bin Haji Ibrahim (2005). Citra Takmilah: Analisis Terhadap Markgraf (1957) yang dipetik oleh Koh Boh Boon dalam bukunya iaitu 'Perspektifperspektif Dalam Pengajaran Bahasa Malaysia' ... Nik Safiah Karim. (1988). Sosiolinguistik Bahasa Melayu dan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia. Pengajaran Bahasa Melayu. Penerbit Fajar Bakti.Selangor. Pengajarannya.Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Kuala Lumpur. Pengajian Melayu 2: Ketrampilan Bahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur:

124

Você também pode gostar