Você está na página 1de 33

SOALAN TUGASAN KERJA KURSUS Sebagai seorang yang pakar tentang Pendidikan Pemulihan, anda diminta untuk membantu

pihak sekolah dalam memberi maklumat tentang Pendidikan Pemulihan. Ini bagi memudahkan pihak guru dan ibu bapa lebih memahami pendidikan pemulihan itu sendiri. Anda perlulah memberi penjelasan kepada ahli PIBG di sekolah anda tentang perkara berikut: 1. Definisi dan konsep pemulihan. 2. Ciri-ciri dan punca masalah murid-murid pemulihan. 3. Murid-murid pemulihan dengan murid-murid normal, bermasalah

pembelajaran dan disleksia. 4. Program-program pemulihan yang dilaksanakan di sekolah-sekolah di Malaysia dan luar negara. 5. Mengamalkan prinsip dan peraturan yang sesuai dalam mengendalikan program pemulihan.

1.0 PENGENALAN

Pendidikan

pemulihan adalah

pendidikan peringkat rendah di mana

pendidikannya bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dinyatakan adalah seperti berikut: Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Penguasaan kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira perlu di kuasai dari peringkat awal lagi. Ini adalah untuk memudahkan murid-murid berkomunikasi dan menambahkan lagi ilmu pengetahuan masing-masing. Program pemulihan mengutamakan prinsip menyelesaikan masalah seawal mungkin supaya ia tidak menjadi lebih kritikal sehingga ke peringkat sekolah menengah rendah. Selain itu, perbezaan minat, potensi, pengalaman dan gaya pembelajaran individu murid mempengaruhi kemahiran penguasaan sesuatu bidang dan ia
2

berbeza-beza antara rakan sebaya. Jadi, sekiranya tidak diberikan pendidikan pemulihan, mereka mungkin akan gagal memperoleh pendidikan yang perlu dan bakat mereka akan tenggelam. Melalui program ini, keperluan-keperluan murid berpencapaian rendah dapat dikesan dan dipenuhi.

2.0 DEFINISI DAN KONSEP PEMULIHAN

2.1 Definisi Pemulihan

Pendidikan Pemulihan adalah merupakan satu tindakan pendidikan khas yang digunakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi kesulitan dalam pembelajaran. Berbagai-bagai pandangan telah diberikan oleh ahli-ahli pengkaji dan pendidik mengenai pendefinisian pendidikan pemulihan. Takrif pendidikan pemulihan telah diberi dengan pelbagai maksud dan definisinya. Antaranya adalah seperti:

Ahli Pendidik National Association for Remedial Education (NARE), 1977

Definisi tindakan-tindakan pendidikan khas yang digunakan untuk memenuhi keperluankeperluan kanak-kanak yang
3

menghadapi kesulitan pembelajaran. Sharifah Alwiah Alsagoff, 1983 : 371 satu tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dalam kumpulan yang diasingkan daripada sekolah biasa, dan dalam darjah untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan. Sharifah Rahman Ali untuk mungkin tinggi, Ishak Harun & Koh Boh Boon, 1983 : 191 murid-murid mempunyai dan khas yang yang gagal

menerima pelajaran dan mereka ini kecerdasan di bawah untuk sederhana

sederhana. Perkhidmatan memenuhi kanak-kanak

keperluan-keperluan menghadapi di pembelajaran

masalah-masalah

sekolah-sekolah biasa. Pringle (1966) pengajaran yang mempunyai

pendekatan khas yang diperlukan oleh semua murid yang mundur dalam serta yang satu-satu mata pelajaran dan dapat berkemahuan sistematik dan

berkebolehan belajar, melalui latihan memenuhi mereka.


4

keperluan-keperluan

Bahagian Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan dalam pekeliling KP (BS) 8502/5/PK/Jld. V (26) bertarikh 8 Januari 1986.

pengajaran pemulihan sebagai satu usaha dalam pendidikan lemah rendah, di untuk sekolahkhususnya mengatasi murid-murid sekolah masalah pembelajaran

ditumpukan kepada kemahiran asas membaca, menulis dan mengira, di bawah kelolaan guru-guru pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini. Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (1984) dalam langkah untuk konteks khusus KBSR yang Program langkahdijalankan yang

Pemulihan

merupakan

membantu

murid

menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas membaca, Mereka dapat menulis ini dan mengira. tersebut hendaklah dan

dipulihkan sebaik sahaja masalah dikesan ditentukan.

Secara kesimpulannya, definisi bagi Pendidikan Pemulihan ialah sejenis pengajaran yang dijalankan untuk membantu murid-murid lambat dalam pembelajaran di sekolah agar mereka tidak terus ketinggalan dalam proses pendidikan di sekolah dan dapat seiring dan setaraf dengan rakan mereka yang lain. (Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia) Dari sudut falsafah pula, Pendidikan Pemulihan adalah satu pendidikan yang akan memenuhi keperluan murid dalam kelas biasa. Oleh

itu Pendidikan Pemulihan adalah selaras dengan konsep Pendidikan Untuk Semua. (RASIONAL) Pendidikan Pemulihan dianggap satu cara pencegahan. Ini adalah kerana, masalah yang dialami oleh setiap murid akan menambahkan dan menyulitkan jika tidak ditangani dengan cepat. Jadi, pelaksanaan program ini adalah amat diperlukan bagi memenuhi tuntutan tersebut. Selain itu, KBSR dalam sistem Pendidikan Negara adalah satu usaha untuk memantapkan kemahiran 3M (membaca, menulis, mengira) dalam kalangan murid sekolah rendah. Oleh kerana, masih ada lagi murid-murid yang tidak dapat menguasai kemahiran 3M, pendidikan pemulihan telah diperkenalkan. Program pendidikan pemulihan ini dikatakan sebagai satu alternatif pencegahan awal untuk membantu murid-murid menguasai kemahiran asas 3M di sekolah rendah.

2.2 Konsep Pemulihan

Pendidikan pemulihan adalah satu bidang khas untuk mengatasi masalah murid yang mempunyai masalah dalam menguasai kemahiran asas 3M seperti kemahiran membaca, menulisa dan mengira. Pemulihan adalah satu cabang daripada sebahagian daripada pendidikan imbuhan. Selain itu, ia juga merupakan satu bentuk pendidikan khas untuk kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran dalam subjek-subjek tertentu sahaja. Selanjutnya, pemulihan adalah berbeza dengan pendidikan dan pengajaran biasa. Guru yang mengajar subjek pemulihan ini adalah merupakan guru khas yang telah dilatih. Kelasnya pula adalah lebih kecil berbanding dengan kelas biasa lain. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam kelas adalah terhad kepada aktiviti-aktiviti khas sahaja yang menepati kehendak dan objektif pemulihan. Ini adalah untuk memudahkan pelaksanaan objektif iaitu bagi memulihkan murid-murid yang menghadapi kesulitan dalam pembelajaran.

Secara kesimpulannya, pendidikan pemulihan adalah merupakan satu pendidikan yang hendak membetulkan sesuatu yang kurang, tidak betul ataupun sesuatu yang cacat untuk menjadi lebih sempurna.

3.0

CIRI-CIRI DAN PUNCA MASALAH MURID-MURID PEMULIHAN

3.1 Ciri-ciri Murid-murid Pemulihan

Menurut AE Tansley dan R.Culliford, kanak-kanak pemulihan adalah kanakkanak yang mempunyai intelek dan kecerdasan yang rendah juga kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa. Kanak-kanak pemulihan sering dikaitkan dengan murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran, lembam dan mendapat pencapaian yang rendah dalam akademik berbanding dengan rakan sebaya mereka yang lain. Ciri-ciri murid pemulihan terbahagi kepada beberapa kategori iaitu emosi dan tingkahlaku, sosial, kesihatan, kesediaan belajar serta pengamatan. Murid-murid yang masuk ke kelas pemulihan selalunya mempunyai ciri-ciri seperti ini. Ini yang membezakan mereka dengan murid-murid normal yang lain. Melalui ciri-ciri seperti inilah yang guru-guru dapat mengenal pasti murid-murid pemulihan.

Ciri-ciri kanak-kanak pemulihan; ASPEK/KATEGORI CIRI-CIRI Perasaan rendah diri Perasaan risau Perasaan sedih, hiba atau duka i. Emosi dan Tingkahlaku Perasaan cepat bosan terhadap pelajaran Perasaan takut terhadap perkara-perkara baru
7

Degil dan tidak patuh kepada arahan Pasif Malas Selalu gelisah dan sering mengganggu rakan-rakan di dalam kelas ii. Sosial Lemah dan kurang berinteraksi dengan persekitaran Selalu tidak hadir ke sekolah dengan pelbagai alasan Enggan masuk ke kelas-menangis Hyperaktif Lemah tubuh badan serta kurang zat makanan Tumbuhan tubuh badan tidak seimbang Tumpuan dan fokus terhad iii. Kesihatan
Selalu sakit dalam jangka masa yang lama dan

kesihatan sering terganggu

Kurang menjaga kebersihan Lemah gerakan motor-kasar dan halus Belum bersedia untuk belajar Kurang perbendaharaan kata iv. Kesediaan belajar Pemahaman yang lemah Kurang keyakinan diri dan rangsangan IQ yang tidak seimbang dengan umur hayat Tidak kenal perbezaan bentuk, warna, saiz dan turutan Pendengaran bunyi dan rentak yang lemah Lambat dalam mengelas benda Keliru dalam konsep mencari ruang dan arah v. Pengamatan Kesukaran dalam mengaitkan plejaran yang lama dengan yang baru Tidak dapat selesaikan masalah Tidak faham undang-undang dan sukar melibatkan diri
8

dalam permainan Tidak kreatif Lemah pergerakan dan perbuatan Lemah daya pemikiran dan ingatan

3.2 Punca-punca Masalah Murid-murid Pemulihan Pada umumnya, murid-murid pemulihan ini tidak mempunyai masalah kecacatan akal atau terencat akal. Bagi murid yang menghadapi masalah yang lebih serius, kerjasama pakar dan pihak-pihak tertentu diperlukan. Murid-murid ini ditempatkan di kelas khas di sekolah biasa atau di sekolah yang sesuai untuknya. Dengan nama lain, murid ini dikenali sebagai murid pendidikan khas. Kini kanak-kanak pemulihan dikenal pasti sebagai murid-murid dalam Tahap 1 iaitu dari tahun 1 hingga tahun 3, yang kerap menunjukkan kesulitan untuk membaca, menulis, mengira, mendengar, berfikir, bercakap, melukis, mentaakul, memahami dan mengingatkan kembali. Mereka juga menunjukkan kesulitan untuk membuat kerja-kerja atau pergerakan yang memerlukan penggunaan koordinasi otot-otot seni. Punca-punca masalah murid-murid pemulihan boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor iaitu dari segi faktor baka dan persekitaran. Dua faktor ini adalah punca utama bagi masalah murid-murid pemulihan.

PUNCA-PUNCA MASALAH MURID-MURID PEMULIHAN

Punca-punca masalah tersebut terdiri daripada: Perkembangan dan kematangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial yang terganggu. Mewarisi baka dan gen yang cacat. Persekitaran yang tidak mencabar akal, terencat budaya dan dipengaruhi oleh gejala tidak sihat. Salah asuhan. Tidak bersedia untuk belajar dan menerima pengajaran sebelum berlakunya kesediaan. Otak yang tidak berfungsi dengan sempurna. Kecacatan sejak lahir atau disebabkan oleh kemalangan.

10

Berlainan

pula dengan

punca-punca masalah

yang dikemukan oleh

Kamarudin Hj. Husin, 1990. Beliau mengatakan bahawa sebab-sebab berlakunya kegagalan murid-murid untuk menguasai kemahiran-kemahiran tertentu adalah dipercayai berpunca daripada ketidakupayaan mereka menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dalam pelajaran, terutamanya yang melibatkan kemahiran asas 3M iaitu kemahiran membaca, menulis dan mengira. Beliau telah kemukakan beberapa faktor yang menimbulkan punca masalah murid-murid pemulihan. Faktorfaktor tersebut terdiri daripada masalah fizikal, masalah mental dan masalah emosi. Fizikal yang sihat dan sempurna memainkan peranan penting dalam perkembangan kanak-kanak. Keadaan fizikal yang tidak memuaskan yang disebabkan oleh kemalangan, penyakit ataupun kurang zat makanan boleh menimbulkan masalah pembelajaran kepada murid-murid dan ini akan menyukarkan mereka untuk menumpukan sepenuhnya perhatian dan tumpuan terhadap pelajaran. Masalah-masalah fizikal termasuklah masalah kederiaan seperti masalah penglihatan, pendengaran dan pertuturan. Ketiga-tiga aspek ini amat penting dalam pembelajaran. Jika ketiga-tiga deria ini tidak berfungsi dengan baik atau mengalami gangguan, ini akan menjejaskan pengamatan seseorang murid itu. Mereka juga akan mempunyai masalah dalam proses mengingat kembali, memboleh bezakan, memahami konsep dan kemahiran-kemahiran lain. Kelemahan organ-organ deria boleh menyebabkan murid tidak berupaya untuk membuat gambaran dan akan
11

mengalami kesulitan dalam memahami isi pembelajaran serta kerap kali buat tanggapan yang salah. Selain daripada masalah deria, masalah kesihatan juga mempengaruhi pembelajaran murid-murid. Apabila seseorang individu murid tersebut mempunyai masalah kesihatan, mereka akan cepat berasa letih. Oleh yang demikian, mereka tidak dapat menumpukan sepenuhnya perhatian terhadap pelajaran dan ini akan mengganggu proses pembelajaran. Mereka yang sakit akan jarang hadir ke sekolah dalam jangka masa yang lama dan ini akan menyebabkan mereka ketinggalan pelajaran. Keupayaan mental dan intelek seseorang murid itu adalah dipengaruhi oleh faktor baka dan keturunannya. Jika baka yang diwarisi oleh mereka adalah jenis baka yang baik, maka terbentuklah murid-murid yang keupayaan mentalnya cerdas. Jadi ini akan memudahkan lagi penerimaan dan pengamatan seseorang murid tersebut. Murid-murid pemulihan adalah murid-murid yang lembam dan lambat dalam pembelajaran mereka. Ini mungkin disebabkan faktor baka yang dibawa oleh keduadua ibu bapa mereka yang kurang baik jika hendak dibandingkan dengan rakan sebaya mereka yang normal. Akan tetapi, bukan sepenuhnya masalah mental adalah disebabkan faktor keturunan semata-mata. Mungkin ia adalah punca daripada kerencatan organ-organ sensori yang mungkin berlaku akibat kelamangan, penyakit, kurang oksigen dan sebagainya. Dari segi masalah emosi pula, ia melibatkan emosi sepenuhnya. Murid-murid yang emosinya tertekan dan tidak stabil akan menunjukkan pelbagai reaksi yang boleh menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran. Masalah yang melibatkan gangguan dalaman seperti ini akan mendesak dan mendorong murid-murid agar bertingkah laku dan berfikir dengan cara yang tidak matang dan hanya menggunakan emosi mereka sahaja. Jika ini berlaku, ia akan menyukarkan proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Menurut pengkaji Mok Soon Sang pula (2003), punca-punca masalah murid pemulihan adalah disebabkan faktor peribadi, faktor kurang kecerdasan dan faktor fizikal. Faktor peribadi murid pemulihan juga mempengaruhi pembelajaran mereka. Mereka kebanyakkannya adalah daripada murid yang berlatarbelakangkan sosioekonomi rendah dan persekitaran yang kurang teratur serta daripada keluarga yang sering mengalami pergolakan rumah tangga. Faktor-faktor seperti ini akan
12

menjejaskan prestasi belajar mereka. Jadi tidah hairanlah jika mereka dimasukkan ke dalam kelas pemulihan. Seterusnya adalah faktor kecerdasan. Faktor ini melibatkan masalah mental seseorang individu murid itu. Mereka yang mempunyai masalah ini akan lambat berfikir, cepat lupa, sukar untuk memahami sesuatu dan lemah pengamatannya. Yang terakhir sekali, faktor fizikal iaitu merupakan faktor yang terpenting dalam punca masalah murid-murid pemulihan. Selalunya fizikal murid bergantung kepada cara pemakanan mereka. Jika mereka kekurangan zat makanan, mereka akan kekurangan tenaga untuk belajar. Ini akan menjejaskan tumpuan dan pengamatan mereka. Murid-murid yang kurang sihat dan mudah diserang penyakit akan kerap tidak hadir ke sekolah dalam jangka masa yang panjang. Akibatknya, mereka akan ketinggalan pelajaran dan tidak dapat mencapai prestasi belajar yang memuaskan. Sebagai guru, kita perlu mempunyai kaedah dan strategi yang sesuai untuk mengenal pasti ciri-ciri murid-murid pemulihan. Guru boleh menggunakan beberapa kaedah seperti kaedah pemerhatian, anekdot ataupun senarai semak. Alat-alat ini akan membantu guru pemulihan untuk mengenal pasti apakah ciri-ciri yang ada pada diri mereka dan apakah cara-cara yang terbaik untuk mengendali dan membantu murid-murid tersebut. Contohnya seperti kaedah senarai semak dan pemerhatian. Kaedah-kaedah ini dilakukan dengan menyenaraikan dan memerhatikan apakah ciri-ciri yang ada pada murid-murid yang ingin dikaji.

Contoh senarai semak. CIRI-CIRI A. 1. Gelisah-selalu bergerak di dalam darjah dan menggangu kawan. 2. Murid-murid lain benci kepadanya. 3. Banyak perangai ganjil seperti hisap
13

TIADA

KADANG KALA

SELALU

atau gigit jari. 4. Selalu tidak hadir ke sekolah dengan pelbagai alasan. 5. Menangis-enggan masuk kelas. 6. Lemah atau kurang interaksi dengan rakan. 7. Gemar menghisap atau menggigit kuku. 8. Hiperaktif 9. Pendiam 10. Kurang keyakinan diri. 11. Selalu risau. 12. Sedih, hiba atau duka. 13. Cepat bosan pelajaran. atau jemu terhadap

14. Suka marah jika diganggu. 15. Takut dengan perkara baru. 16. Degil. B. Kesihatan 1. Lemah tubuh badankurang zat makanan. 2. Pertumbuhan tubuh badan tak seimbang. 3. Tumpuan perhatian terhad. 4. Lemah gerak motor-kasar dan halus. 5. Kesihatan terganggu - selau sakit. 6. Sakit terlalu lama dan teruk. 7. Kurang menjaga kebersihan diri. C. Pengamatan Tiada Kadang kala Selalu Tiada Kadang kala Selalu

14

1. Tidak boleh kenal bentuk perbezaan turutan. 2. Lemah pendengaran bunyi dan rentak. 3. Keliru konsep mencari ruang dan arah. 4. Lambat mengelas benda. 5. Kesukaran mengaitkan pelajaran lama dengan yang baru. 6. Tidak dapat menyelesaikan masalah. 7. Sukar buat kenyataan am. 8. Enggan ambil bahagian dalam permainan, tidak faham undang-undang. 9. Tidak kreatif. 10. Lemah pergerakan dan perbuatan. 11. Lemah daya pemikiran. 12. Tidak boleh ingat kembali.

SENARAI SEMAK SIKAP KESEDERHANAAN Dapat mengawal perasaan marah Mangamalkan sifat jimat cermat Cermat tingkah laku Sentiasa bersyukur dan berterima kasih
15

Mengamalkan sifat sabar

Sikap kesederhanaan

Bersopan santun dalam tutur kata

Nama murid

Bersifat toleransi

1. Nur Athirah Bt. Ishak 2. Foo Chu Teng 3.Muhd. Rosli Hisham 4. Kadir Ali B. Abu 5. Muthu A/L Maniam

Contoh borang pemerhatian.

16

4.0 PERBANDINGAN MURID PEMULIHAN, MURID NORMAL DAN MURID DISLEKSIA


17

CIRI-CIRI

MURID NORMAL i. . ii. Berkeyakinan

MURID PEMULIHAN i. Rendah diri. ii. Selalu risau. iii. Perasaan sedih, hiba dan duka.

MURID DISLEKSIA i. Kelihatan tidak terurus semasa berada di rumah dan di sekolah. ii. Kurang keyakinan dan alami masalah tekanan jiwa sekolah menengah.

Dapat mengawal dan mengurus emosi.

Emosi dan tingkahlaku

iii. Tidak cepat Cepat bosan bosan dan mampu iv. dan jemu tumpukan terhadap perhatian terhadap pelajaran. pelajaran. iv. Teruja terhadap perkara baru. v. Patuh pada peraturan dan undang-undang v. Takut akan perkara baru

vi. Degil dan tidak patuh pada arahan dan suka melawan. Pasif dan malas.

iii. Bercakap dengan nada yang kuat daripada konsisten.


iv.

vi.

Aktif dan rajin vii.

Gunakan jari untuk mengira dan membaca. i. Kurang kemahiran bersosial. ii. Tidak mempunyai ramai rakan. iii. Jenis murid yang pendiam.

i. Memberikan tumpuan di dalam kelas. ii. Menolong rakan.

i. Gelisah dan selalu bergerak di dalam darjah serta menggangu rakan. ii. Kurang interaksi dengan rakan

Sosial

iii. Selalu berinteraksi dengan rakanrakan. iv. Mempunyai kedatangan penuh jika tidak mempunyai apaapa halangan untuk ke sekolah.

iii. Gemar menghisap atau menggigit jari dan kuku. iv. Sering tidak hadir ke sekolah dengan pelbagai alasan. v. Hyperaktif Lemah

Kesihatan

i. Tubuh badan

i.

i. Mempunyai 18

yang sihat. ii. Pengambilan makanan yang seimbang dan berzat.


iii. Tumbesaran

tubuh badan. ii. Kurang zat makanan.

iii. Tumbesaran tidak seimbang. iv. Tumpuan dan fokus terhad. v. Mempunyai masalah penglihatan.

tahap kesihatan yang normal seperti murid-murid normal yang lain.

yang normal. iv. Gerakan motor-kasar yang aktif dan kuat. v. Tidak mengalami masalah kesihatan yang terlalu teruk.

vi. Lemah gerakan motorkasar dan halus. vii. Kesihatan sering terganggu. Sakit terlalu lama teruk.

vi. Menjaga viii. Kurang kebersihan menjaga diri dan kebersihan. persekitaran. Kesedian belajar i. Mempunyai kesedian untuk belajar. ii. Tinggi dengan perbendaharaan kata. i. Belum bersedia untuk belajar. ii. Perbendaha raan kata kurang. i. Lemah dalam kemahiran membaca, mengeja dan menulis. ii. Lemah dalam pemahaman. iii. Bingung menentukan tangan mana yang dipakai untuk menulis. iv. Tulisannya tidak stabil. v. Kesukaran menyalin maklumat dipapan putih
19

iii. Lemah pemahaman.

iii. Tahap Kurang pemahaman yang iv. keyakinan diri kuat. dan rangsangan. iv. Berkeyakinan v. Kurang dan mempunyai matang. rangsangan dan bertindak balas. vi. IQ tidak seimbang v. Matang dan dengan umur. IQ yang seimbang dengan peringkat umur.

atau buku teks. i. Dapat mengenal dan bezakan bentuk, saiz, warna dan turutan. ii. Faham akan konsep mencari ruang dan arah. iii. Pandai mengelaskan benda. iv. Dapat menyelesaika n masalah dengan kritis. Pengamatan v. Minat mengambil bahagian dalam apa jua aktiviti. vi. Faham undangundang. vii. Daya pemikiran dan daya ingatan yang lebih kuat. viii. Mudah untuk mengingat kembali. ix. Kreatif dan kritis. i.Tidak kenal perbezaan bentuk, saiz, warna dan turutan. ii.Lemah pendengaran bunyi dan rentak. iii.Keliru dalam konsep mencari ruang dan arah. iv.Lambat mengelaskan benda. v.Kesukaran mengaitkan pelajaran lama dan baru. vi.Tidak dapat menyelesaikan masalah. vii.Enggan ambil bahagian dalam aktiviti. viii.Tidak faham undang-undang. ix.Tidak kreatif. x.Lemah pergerakan dan perbuatan. xi.Lemah daya pemikiran dan daya ingatan. xii.Tidak boleh mengingat kembali.
i. Keliru dengan

kiri dan kanan. ii.Mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan latihan. iii.Sukar mengikuti arahan lisan yang panjang. iv.Keliru dengan nombor-nombor dan arahan oral. v.Kesukaran mempelajari bahasa lain.
vi. Tidak dapat

mengucapkan irama perkataan secara benar dan proporsional.


vii. Kesulitan dalam

mengurutkan huruf-huruf dalam kata.


viii. Sulit mengeja

kata atau suku kata dengan benar. Bingung menghadapi huruf yang mempunyai kemiripan bentuk seperti b, d, u, n, m, n.

20

4.1 Murid-murid pemulihan Murid-murid pemulihan adalah murid-murid yang mengalami kesulitan dalam menguasai kemahiran asas 3M (membaca, menulis, mengira). Para pendidik menyifatkan murid-murid pemulihan ini sama seperti kanak-kanak lembam yang mempunyai pencapaian akademik yang rendah berbanding dengan rakan sebaya mereka di dalam kelas. Mereka selalunya akan menunjukkan ciri-ciri seperti kurang keyakinan, rendah diri, pemalu, pasif terhadap aktiviti-aktiviti kelas dan mudah putus asa. Selain itu, mereka juga dapat dikenal pasti daripada keputusan ujian mereka yang kurang memuaskan dan sering membuat kesalahan dalam kerja sekolah mereka. Menurut Sharifah (1986), murid pendidikan pemulihan ialah murid-murid yang gagal untuk sejajar dengan rakan-rakan sebaya dalam kelasnya. Kegagalan ini dinilai dari segi akademik yang dipercayai disebabkan kurang keupayaan untuk berjaya dalam mata pelajaran asas iaitu membaca, mengira dan menulis. Mereka tidak termasuk kanak-kanak yang dikategorikan sebagai terencat akal. 4.2 Murid-murid Normal Menurut Halizah Hamzah et.all, 2008, murid-murid normal mengalami perkembangan fizikal dan kognitif yang lebih sempurna dan baik. Mereka mempunyai tahap kecerdasan otak yang lebih tinggi dan tahap kematangan berfikir yang normal mengikut peringkat umur mereka jika hendak dibandingkan dengan murid-murid pemulihan. Murid-murid normal biasanya sudah dapat menguasai kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira dengan baik sekali pada peringkat umur mereka 7 tahun ataupun 8 tahun. Mereka juga lebih berfikiran kreatif dan kritis dalam menyelesaikan masalah dan membuat sesuatu perkara. Selain itu, dari segi emosi, murid-murid normal lebih stabil emosinya. Ini dapat dilihat dengan cara mereka mengawal dan menguruskan emosi mereka. Dalam kemahiran bersosial pula, mereka lebih bijak berkomunikasi dengan persekitaran mereka selain daripada menunjukkan perlakuan yang baik secara matang dan sesuai dengan norma-norma masyarakat di sekeliling mereka.
21

4.3 Murid-murid Disleksia Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi seseorang disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik.Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan.

5.0 PROGRAM-PROGRAM PEMULIHAN YANG DILAKSANAKAN DI SEKOLAHSEKOLAH DI MALAYSIA.

Di malaysia, kementerian pelajaran telah menetapkan beberapa programprogram khas untuk subjek pemulihan yang perlu dilaksanakan di sekolah-sekolah di Malaysia. Di Malaysia, ke semua sekolah melaksanakan program KIA2M dan program PROTIM dalam pelaksanaan program-program pemulihan di sekolahsekolah.

5.1 Program KIA2M KIA2M adalah singkatan bagi program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (2M) yang bertujuan untuk membantu murid yang masih belum lagi dapat menguasai kemahiran asas seperti membaca dan menulis dalam bahasa Melayu pada tahun satu. Fokus strategi pengajaran dan pembelajaran bagi program ini melibatkan beberapa langkah iaitu terdiri daripada pencalonan, ujian penapisan, perancangan, pengajaran, penilaian dan tindakan susunan. Setelah melepasi pencalonan dan ujian penapisan, guru-guru pemulihan perlulah merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang bersesuian bagi kelas mereka berdasarkan
22

modul pengajaran yang telah disediakan. Berdasarkan modul berikut, guru-guru bolehlah menyesuaikan aktiviti dan latihan yang dicadangkan mengikut tahap keupayaan dan pemikiran murid masing-masing. Aktiviti dan latihan yang bersesuaian bolehlah berpandukan strategi-strategi seperti berikut:

1. Berpusatkan guru Guru merancang dan menjalankan tugas secara individu dan murid akan belajar berdasarkan apa yang disampaikan dan diarahkan oleh guru sahaja. 2. Berpusatkan murid Murid diberi galakan untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dirancangkan sama ada secara individu, kumpulan kecil ataupun kelas. 3. Berpusatkan bahan

Bahan-bahan pembelajaran yang diperlukan telah disusun, sesuai dengan perancangan yang dibuat. Murid diberi penerangan yang jelas tentang keperluan aktiviti yang akan dijalankan.

Dalam pelaksanaan KIA2M, pendekatan secara berkumpulan, individu dan kelas perlulah dijalankan mengikut kesesuaian dari segi kebolehan murid, aktiviti yang dirancang dan juga kemahiran yang hendak diajar.

i.

Pendekatan secara kumpulan

Konsep pengajaran dan pembelajaran berkumpulan berasaskan kepada perubahan strategi pengajaran yang berpusatkan guru kepada strategi yang berpusatkan murid. Guru menumpukan perhatian kepada murid secara individu bagi membantu membimbing
23

ii.

Pendekatan secara individu

iii.

Pendekatan secara kelas

untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Selain itu bantuan daripada rakan sebaya juga boleh digunakan jika perlu. Pendekatan secara kelas perlu juga dijalankan supaya murid dapat melibatkan diri dan meningkatkan keyakinan diri dalam aktiviti berkumpulan yang lebih besar. Aktiviti ini lebih sesuai dijalankan di awal dan di akhir waktu belajar.

Dalam pengendalian perancangan program ini, penggunaan beberapa teknik juga adalah perlu. Ini adalah untuk memudahkan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Tujuan utama penggunaan teknik adalah untuk menarik minat, mengekalkan perhatian murid dan mewujudkan rasa ingin tahu murid terhadap pembelajaran untuk mencapai objektif pengajaran guru. Antara teknik-teknik yang dimaksudkan adalah seperti teknik bercerita, teknik latih tubi, teknik tunjuk cara, teknik bersoal jawab, teknik main peranan, teknik menyanyi, teknik lakonan dan teknik quiz.

Berikut adalah pelaksanaan Ujian Pelepasan KIA2M: a) Murid tahun 1 yang gagal melepasi Ujian Tapisan Pertama KIA2M akan mengikuti pembelajaran khas KIA2M. Murid ini tidak perlu masuk ke kelas Pemulihan Khas. b) Murid tahun 1 yang gagal melepasi wajaran skor dalam Ujian Tapisan Kedua KIA2M akan mengikuti kelas Pemulihan Khas di tahun 2. c) Murid tahun 3 hingga tahun 6 akan diberi Ujian Tapisan Kedua KIA2M. Ujian ini dijalankan oleh Guru Pemulihan Khas dengan bantuan guru kelas lain. Murid yang gagal akan dimasukkan ke Kelas Pemulihan Khas. d) Murid ini akan diberi ujian diagnostik sebelum Program Pemulihan dijalankan. e) Wajaran skor yang dimaksudkan adalah seperti: Skor 0 hingga 9 layak dicalonkan untuk program Pendidikan Khas dengan rujukan doktor pakar perubatan.
24

Skor 10 hingga 45 layak masuk ke kelas Pemulihan Khas. Skor 46 ke atas layak belajar di kelas perdana.

Seterusnya, fokus utama program KIA2M ini adalah untuk membolehkan murid menguasai kemahiran asas Bahasa Melayu secara intensif. Oleh itu konsep pengajaran Bahasa Melayu merentas kurikulum perlulah dilaksanakan dengan sepenuhnya dan sebaik mungkin dengan menggunakan strategi penggabungjalinan. Ini termasuklah penggunaannya dalam subjek-subjek lain seperti pendidikan Jasmani, pendidikan Muzik dan pendidikan seni. Kesimpulannya, penguasaan kemahiran asas murid-murid pemulihan akan lebih berkesan jika murid-murid tersebut dibantu dan diberi peluang yang luas untuk membolehkan mereka memahami konsep pengajaran. Oleh itu, guru pemulihan adalah pihak yang bertanggungjawab dalam merancang pelbagai pendekatan, teknik, media pengajaran dan aktiviti agar murid dapat memahami apa yang ingin disampaikan dengan lebih baik.

5.2 Program PROTIM

Program PROTIM juga merupakan salah satu program yang dijalankan oleh pendidikan pemulihan. PROTIM merupakan pelaksanaan program pemulihan kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M). Program ini adalah untuk murid yang masih tidak dapat menguasai kemahiran asas 3M. Pelaksanaan Program PROTIM secara rintisnya adalah tahun 2007 di 48 buah sekolah telah menunjukkan murid yang mengikuti program PROTIM telah dapat ditingkatkan kemahiran asas 3M mereka. Program ini adalah merupakan usaha untuk memastikan murid yang menamatkan pendidikan rendah dapat menguasai 3M, tidak tercicir pelajaran dan dapat mengikuti mata pelajaran yang diajar di dalam kelas.

25

Objektif program ini adalah untuk membolehkan murid-murid pemulihan menguasai kemahiran asas 3M. Pada akhir program pemulihan kemahiran membaca dan menulis, murid akan dapat: i. Mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup ii. Membaca dan menulis perkataan daripada suku kata terbuka dan tertutup iii. Membaca, menulis dan memahami ayat tunggal dan ayat majmuk mudah.

Pada akhir program pemulihan kemahiran mengira pula, pelajar akan dipastikan supaya dapat menguasai kemahiran seperti: i. ii. iii. iv. Memahami nombor bulat hingga 10,000 Memahami fakta asas darab sehingga 9 x 9 Memahami fakta asas bahagi dalam lingkungan 81 9 Menguasai tambah dan tolak dalam lingkungan 10,000

Objektif program ini yang seterusnya adalah agar pelajar mendapat bimbingan yang sewajarnya supaya dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis (2M). Selain itu, melalui program ini juga, pelajar dapat mengukuhkan kemahiran asas terancang dan sistematik serta dapat membuat persediaan yang secukupnya untuk pembelajaran lanjut. Dari segi kandungan program pula, pengajaran dan pembelajaran program ini adalah dengan berpandukan modul. PPK menyediakan modul sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran asas untuk diikuti murid secara tersusun, selama dua bulan. Dua modul telah disediakan, iaitu Modul Kemahiran Membaca dan Menulis dan Modul Kemahiran Mengira. Penilaian formatif akan disediakan pada akhir setiap unit pembelajaran untuk menilai pencapaian murid. Selain itu, aktiviti luar seperti aktiviti rekreasi membaca dan menulis serta mengira juga digalakkan dan terkandung dalam modul. Ini adalah untuk meningkatkan motivasi murid yang
26

terlibat. Selain modul yang disediakan, guru juga digalakkan agar menggunakan kreativiti sendiri dengan menggunakan alat bantu mengajar yang berkesan. Strategi pelaksanaan bagi program ini adalah seperti berikut:

Program ini akan dilaksanakan di semua sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan. Bagi SJK, program pemulihan kemahiran membaca dan menulis perlu dijalankan, iaitu pada waktu Bahasa Melayu, tetapi diberi pilihan melaksanakan pemulihan kemahiran mengira. Pengenalpastian murid tahun enam yang terlibat dalam program ini berdasarkan rujukan guru. Guru tahun enam diminta menyenaraikan murid tahun enam yang dikenal pasti belum menguasai kemahiran membaca, menulis serta mengira berdasarkan pemerhatian dalam kelas, laporan guru mata pelajaran serta pencapaian murid berkenaan dalam ujian dan peperiksaan penggal. Murid yang belum menguasai kemahiran dikategorikan berdasarkan tiga kelompok berikut: -Kelompok I: Tidak menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) -Kelompok II: Tidak menguasai kemahiran membaca dan menulis (2M) -Kelompok III: Tidak menguasai kemahiran mengira (3M) Murid tahun enam yang dikenal pasti akan menduduki Praujian Pemulihan 3M. Praujian ini diadakan sebaik sahaja selesai UPSR, bermula pada 7 dan 8 September 2006, untuk mengesahkan tahap 3M murid yang mendudukinya. (Rujuk Jadual Praujian Pemulihan 3M). Data senarai murid tahun enam yang tidak menguasai 3M bagi setiap sekolah perlu dikemukakan kepada PPD sebelum / pada 15 September 2006. Guru yang menjalankan program ini ialah guru Bahasa Melayu dan guru Matematik tahun enam yang terpilih dan dibantu oleh guru pemulihan. Nisbah guru - murid bagi program tahun enam adalah kecil supaya tumpuan sepenuhnya dapat diberikan kepada muridmurid berkenaan. Jangka masa program ialah 10 minggu, dari 12 September hingga 15 November 2006. (Rujuk jadual waktu program). Program ini dijalankan sepenuh masa, secara intensif dalam waktu pembelajaran di sekolah (7.30 pagi
27

i.

Sekolah

ii.

Penentuan murid

iii.

Guru

iv.

Pelaksanaan

hingga 1 petang). Guru Besar boleh membuat pengubahsuaian jadual waktu, namun perlu memastikan pelaksanaannya mencapai matlamat. Pembentukan kelas dan pengajaran dijalankan sebaik sahaja dapatan Praujian Pemulihan 3M diperoleh. Murid berkenaan hanya mengikuti program mengikut jenis kemahiran yang perlu dikuasai. Murid akan menduduki Pascaujian Pemulihan 3M pada 15 November. Laporan penilaian pencapaian murid dalam program 3M diserahkan kepada Jemaah Nazir Sekolah sebelum/pada 22 November. Program ini diterajui oleh PPK dan dibantu oleh Jemaah Nazir Sekolah, Jabatan Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri, PPD, PPG dan Guru Besar. Pemantauan Pemantauan pelaksanaan dijalankan oleh Jemaah Nazir Sekolah, Pusat Perkembangan Kurikulum, Penolong Pengarah Bahasa, Penolong Pengarah Sains dan Matematik di JPN, dan Pegawai Bahasa dan Pegawai Khas Sains dan Matematik di PPD/PPG. Pegawai Bahasa dan Pegawai Khas Sains dan Matematik di PPD/PPG, Penolong Pengarah Bahasa serta Penolong Pengarah Sains dan Matematik di JPN bertanggungjawab mengumpulkan data dan menyerahkan laporan dari semua sekolah yang terlibat dalam daerah atau negeri masing-masing kepada Jemaah Nazir Sekolah pada tarikh yang ditetapkan.

v.

Bahagian yang terlibat

Kesimpulannya, Program ini menegaskan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengatasi masalah 3M. Komitmen semua pihak diharapkan untuk memastikan program pemulihan ini berjaya membantu murid tahun enam menguasai 3M.

28

6.0 PRINSIP DAN PERATURAN YANG SESUAI DALAM MENGENDALIKAN PROGRAM PEMULIHAN.

29

Menurut Kamarudin Hj. Husin, 1990, proses pengajaran pemulihan dalam kelas-kelas khas biasanya dilakukan dengan teratur dan sistematik. Ia memerlukan perancangan yang lebih berkesan. Dalam pengajaran pemulihan, guru akan memilih konsep-konsep dan prinsip-prinsip pengajaran yang berkesan dan sesuai. Matlamat guru pemulihan adalah untuk memastikan agar masalah yang dihadapi oleh murid mereka dapat diatasi. Selain itu, pengajaran pemulihan di dalam kelas dilaksanakan berdasarkan pendekatan penyelesaian masalah. Melalui pendekatan ini, guru akan menggunakan proses pengajaran yang berperingkat-peringkat. Proses-proses tersebut dapat dilihat berdasarkan carta aliran di bawah.

Penentuan murid

Memerlukan pemulihan

Tidak memerlukan pemulihan

Ujian saringan

Kategori I

Kategori II

Ujian diagnostik dan analisis

Penyediaan rancangan pengajaran

Pengajaran

Penilaian
30

Balik ke kelas biasa dan diberi kerja susulan

Meneruskan pembelajaran dalam kelas khas

Carta aliran pengendalian program pemulihan a) Penentuan murid Menentukan murid yang lemah dan yang perlukan bantuan pemulihan ataupun tidak. b) Ujian saringan
-

Ujian

Saringan

bertujuan

untuk

mengukur

secara

menyeluruh kekuatan dan kelemahan penguasaan kemahirankemahiran asas oleh seseorang murid. Tentukan sama ada perlu ditempatkan di kelas-kelas khas pemulihan ataupun hanya dengan memberi bimbingan dalam kelas-kelas biasa sahaja. c) Ujian diagnostik -

Membantu

guru

mengenalpasti

secara

khusus

kesulitan-

kesulitan yang dihadapi oleh murid-murid. Untuk murid-murid yang sudah ada di dalam kelas pemulihan khas. Membantu Guru Pemulihan Khas mengesan kawasan-kawasan kelemahan dan kekuatan yang dihadapi oleh seseorang murid secara khusus di samping memudahkan pembentukan kumpulan pembelajaran. d) Penyediaan rancangan pengajaran
-

Untuk menyampaikan aktiviti pengajaran pemulihan yang berkesan.

e) Pengajaran
31

Penyampaian aktiviti pengajaran yang telah dirancang.

f) Penilaian Untuk menilai keberkesanan aktiviti pemulihan yang telah dijalankan. Murid-murid yang berjaya dipulihkan akan diberi kerja susulan. Murid-murid yang masih mengalami masalah akan terus terima aktiviti membaik pulih dalam kelas-kelas khas.

7.0 RUMUSAN Pendidikan pemulihan adalah satu bentuk pendidikan untuk membetulkan sesuatu yang berkurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul atau sesuatu yang cacat. Memang diakui bahawa pengajaran pemulihan adalah tanggungjawab yang berat bagi seseorang guru. Bagaimanapun harus disedari bahawa pengajaran pemulihan yang berkesan tidak mudah untuk dilaksanakan. Dengan itu pelaksanaan pengajaran pemulihan hendaklah mengikut cara betul dan guru pula mesti mengetahui secara mendalam selok belok pendidikan pemulihan ini. Pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai bagi setiap situasi pengajaran pemulihan perlulah dititik-beratkan untuk menjamin kejayaan dan tercapainya matlamat pendidikan pemulihan itu sendiri. Untuk menjayakan program pemulihan ini, kesemua pihak haruslah bekerjasama. Kerjasama yang dimaksudkan ini termasuklah sokongan yang padu dan jitu dari pihak sekolah terutama guru besar dan guru bahasa Melayu dan matematik. Di samping itu, peranan ibu bapa di rumah juga memainkan peranan yang penting. Murid-murid lembam ini tidak harus dipinggirkan di sekolah mahu pun di rumah, ia boleh berjaya seperti murid biasa

32

yang lain. Mereka cuma memerlukan dorongan dan sokongan serta keikhlasan daripada guru-guru pemulihan khas dan ibu bapa mereka sendiri.

8.0 REFLEKSI Saya Nadhirah Binti Nordin telah menerima tugasan ini pada 25 Februari 2009 dan perlu dihantar pada 16 April 2009. Tugasan ini adalah berkenaan dengan Pengenalan kepada Pendidikan Pemulihan. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah yang telah mengajar saya subjek ini, iaitu Pn. Liew Fee Lan, kerana telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dan sudi berkongsi idea serta pendapat dalam melaksanakan tugasan ini. Selain itu, saya juga ingin berterima kasih kepada rakan-rakan saya yang juga sudi bekerjasama dan berkongsi pendapat mereka dalam bersama-sama melaksanakan tugasan ini. Banyak perkara yang telah saya pelajari daripada tugasan ini. Ia banyak memberikan faedah kepada saya sebagai seorang guru pelatih yang mengambil opsyen Pemulihan. Hasil daripada pelaksanaan tugasan ini, saya telah dapat menjelaskan dan mengetahui apakah definisi dan konsep bagi pemulihan. Selain itu, saya juga dapat mengumpul maklumat-maklumat tentang program-program pemulihan yang dilaksanakan di sekolah-sekolah di Malaysia dan menghasilkan laporan dalam bentuk esei. Saya juga telah dapat membina satu alat untuk mengesan ciri-ciri dan punca masalah murid-murid pemulihan serta satu pengurusan grafik berkaitan murid-murid pemulihan dengan murid-murid normal, bermasalah pembelajaran dan disleksia. Selanjutnya, melalui tugasan ini juga, saya dapat membuat cadangan mengenai prinsip dan peraturan yang sesuai dalam mengendalikan program pemulihan. Segala maklumat dan bahan-bahan untuk membuat tugasan telah diperolehi daripada pusat sumber, laman-laman web yang berkaitan serta rujukan daripada nota-nota yang telah diberikan oleh pensyarah. Alhamdulillah tugasan ini dapat disiapkan dan dihantar pada tarikh yang telah ditetapkan. Sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihakpihak yang terlibat. Sekian.
33

Você também pode gostar