Você está na página 1de 82

MORFOLOGI

Definisi Morfologi 1. Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur kata, binaan kata, bentuk kata dan golongan kata. 2. Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. 3. Unsur-unsur yang membina sesuatu kata dikenali sebagi morfem. 4. Golongan kata ialah proses menjeniskan kata dengan berpandukan fungsinya sama ada kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas.

*Morfem Morfem ialah unit terkecil yang menjadi unsur perkataan. Sekiranya kata tidak boleh dipecahkan kepada unit bermakna atau nahu yang lebih kecil, maka kata-kata ini terdiri daripada satu unit atau satu morfem. Misalnya minum. Minum tidak akan berfungsi dan memberi makna jika dipecahkan kepada mi dan num. Sebaliknya, kata diminum boleh dipecahkan kepada dua morfem, iaitu di dan minum.Kesimpulannya, perkataan boleh terdiri daripada beberapa morfem. Jenis-jenis morfem Morfem dapat dibahagikan kepada dua iaitu morfem bebas dan morfem terikat Morfem bebas Morfem terikat/imbuhan 1. Dapat berdiri sendiri, misalnya, minum, 1. Bentuk imbuhan, misalnya, mem, per, cuti, sekolah, periksa kan, ber 2. Mempunyai makna sendiri 2. Tidak mempunyai makna, tapi mempunyai fungsi tatabahasa atau nahu. Boleh mengubah makna sesuatu kata, dan seterusnya makna ayat.

Morfem terikat/imbuhan Awalan - ditambah pada bahagian depan kata dasar - cthnya, membaca, menghafal. Akhiran - ditambahkan pada bahagian belakang kata dasar- cthnya simpan kan Sisipan - diselitkan di antara unsur-unsur kata dasar - misalnya, telapak (tapak). Apitan - ditambahkan serentak pada awalan dan akhiran kata dasar. Misalnya, imbuhan per..an, permainan

PROSES PEMBENTUKAN KATA

*Pengimbuhan

Imbuhan kata nama Kata Nama menerima empat jenis imbuhan; awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Imbuhan awalan ialah imbuhan yang berada di hadapan kata akar, contohnya pe(N), me(N), ter dan sebagainya. Imbuhan akhiran terletak di akhir kata akar dan imbuhan apitan mengapit kata akar. Imbuhan sisipan pula tersisip di tengah perkataan. Awalan keAwalan ke- boleh membentuk kata bilangan himpunan, kata bilangan tingkat dan kata nama. Huruf akar akan kekal biarpun setelah digabung dengan kata imbuhan ini. Bukan semua perkataan boleh digabungkan dengan awalan ke-. Kebanyakannya memerlukan akhiran -an untuk membentuk perkataan yang tepat. Kata Akar Kata Terbitan kasih lima tiga tua Awalan pe(N)Awalan pe(N) menerbitkan kata nama, dengan pe(N) boleh wujud dalam bentuk bentuk seperti berikut; pe-, pem-, pen- peng-, dan peny-. Bentuk bentuk imbuhan ini bergantung kepada huruf awal kata akar. Kata akar ini selalunya kata kerja. Awalan pe(N) memberi maksud tertentu kepada perkataan dasar yang diimbuhkannya. Contohnya:

kekasih kelima ketiga ketua

Keterangan Penanda orang atau benda dengan memberi tumpuan kepada maksud kata dasar (kata nama) Membentuk kata bilangan tingkat Membentuk kata bilangan himpunan Membentuk kata nama

alatan/perkakas: pembakar, pengasah, penukul, penapis orang yang membuat: penulis, pencipta, pentadbir sesuatu yang menyebabkan jadi...: pengasih, pemanis, pendingin orang yang selalu atau suka...: penidur, pemalas, perokok orang yang mempunyai sifat...:pemalu, pemurah, pembengis milik sifat seseorang: pemuda, pembesar ukuran bagi waktu atau tempat: pemeluk, penanak, pelaung hasil atau kesan daripada sesuatu: penyakit, pendapat

Varian peImbuhan ini digunakan untuk kata akar yang bermula dengan huruf l, m, w, n dan r. Kata Akar lawat lari makan masak nafi rokok wangi Varian penImbuhan ini digunakan untuk kata akar yang bermula dengan c, d, j atau t. Kata Akar curi cuci dengar duduk jual jemput tipu tari tukar tulis Kata Terbitan pencuri pencuci pendengar penduduk penjual penjemput penipu penari penukar penulis Kata Terbitan pelawat pelari pemakan pemasak penafi perokok pewangi

Bagi perkataan yang bermula dengan c, d dan j, kata akarnya kekal tetapi bagi perkataan yang bermula dengan t, huruf pertamanya akan hilang setelah bergabung dengan imbuhan pen-. Varian pemImbuhan ini digunakan untuk kata akar yang bermula dengan huruf b',f dan p Kata Akar baca beri Kata Terbitan pembaca pemberi

buat bantu beli pakai pukul pasang punggah pungut fitnah

pembuat pembantu pembeli pemakai pemukul pemasang pemungah pemungut pemfitnah

Perkataan yang bermula dengan huruf b dan f akan menggunakan huruf akar, tetapi bagi perkataan bermula dengan huruf p, huruf pertama kata akar tersebut akan digugurkan. Varian penyImbuhan ini digunakan untuk kata akar yang bermula dengan huruf s, dengan huruf pertama perkataan tersebut digugurkan. Kata Akar sokong sembah sapu saring Varian pengImbuhan ini digunakan untuk huruf a, g, h, i, dan u. Bagi perkataan yang bermula dengan huruf k, huruf pertama kata akar tersebut akan digugurkan. Kata Akar ambil ajar gosok goreng hantar hisap ikut isi ulang uji Kata Terbitan pengambil pengajar penggosok penggoreng penghantar penghisap pengikut pengisi pengulang penguji Kata Terbitan penyokong penyembah penyapu penyaring

Varian pengeImbuhan ini digunakan untuk perkataan yang terdiri daripada satu suku kata. Kata dasar dikekalkan tanpa mengira huruf pertama. Kata Akar cat bom tin sah Kesamaran: Imbuhan untuk k Imbuhan untuk huruf k berubah mengikut perkataan tersebut. Perkataan yang bermula dengan k boleh diimbuhkan untuk pe-, peng- atau penge. Berikut merupakan contoh contoh kata terbitan: Kata Akar kerja kenal karang khayal kritik keluar kesan Jenis Imbuhan pepengpengpengpengpengepengeKata Terbitan pekerja pengenal pengarang pengkhayal pengkritik pengeluar pengesan Kata Terbitan pengecat pengebom pengetin pengesah

Jika diperhatikan, perkataan yang mempunyai dua huruf konsonan di awal perkataan seperti kritik dan khayal akan mengekalkan kata dasarnya dan menggunakan imbuhan peng-. Bagi perkataan yang bermula dengan huruf vokal, sebutan perkataan berubah misalnya pengambil (ambil) akan disebut sebagai pe-ngam-bil dan penguji (uji) disebut pe-ngu-ji. Berbeza dengan huruf yang bermula dengan konsonan (kecuali k, s, t dan p) bunyi perkataan asal akan dikekalkan seperti penggosok disebut peng-go-sok

Imbuhan MeN...i Pembentukan Imbuhan Me N...i. Imbuhan Me N...i juga terbentuk daripada beberapa kelas kata dasar dan membawa makna yang tertentu. Kata Dasar Imbuhan Me N...i Pagar Memagari = Meletakkan sesuatu (kata Nama) sebagai pagar Pukul Memukuli = Melakukan perbuatan (kata kerja) berkali = kali pada objek Duduk = Menduduki Melakukan perbuatan (kata kerja) pada objek Kirim = Mengirimi Menyebabkan objek (kata kerja) menerima sesuatu

Contoh 1. Dia akan mengirimi bapanya sepucuk surat pada setiap bulan. 2. Jepun telah menduduki Tanah Melayu selama lebih kurang empat tahun. 3. Dia memukuli lembu yang memasuki kebunnya dengan sebatang kayu.

Analisis Dalam ketiga-tiga ayat di atas, semua objek kena secara tidak langsung. Objek-objek tersebut menerima sesuatu daripada perbuatan yang dilakukan oleh pelaku. Contohnya dalam ayat (1) bapa sebagai objek tepat menerima surat bukannya benda yang dikirimkan kepada seseorang.

Maksud Imbuhan Me N...i Secara umum, imbuhan apitan Me N...i, menunjukkan maksud objek tepat menerima sesuatu daripada pelaku perbuatan, manakala benda yang diterima daripada perbuatan itu dinyatakan sebagai objek sipi. Maksud ayat juga menunjukkan bahawa objek tepat tidak bergerak tetapi objek sipi yang bergerak menuju ke arah objek tepat. Contoh 1. Petani itu memagari ladangnya dengan kawat berduri. 2. Orang tua itu memukuli anaknya dengan sebatang tongkat. 3. Dia menghadiahi isterinya seutas rantai mutiara. 4. Kanak-kanak membalingi rakannya dengan sebiji bola. 5. Sultan Selangor telah berkenan mengurniai ahli sukan itu bintang kebesaran sempena Hari Keputeraan baginda. Bandingkan ketiga-tiga ayat yang menerima apitan Me N...i dengan ayat-ayat yang menerima apitan Me N...kan s eperti yang telah dibincangkan. Terdapat juga apitan Me N...i menunjukkan maksud perbuatan yang berulang-ulang dilakukan ke atas objek tepat. Teliti ayat (2) yang menunjukkan maksud anaknya menerima pukulan berulang kali. Dalam konteks ayat (1), (3), (4) dan (5) ladangnya menerima kawat berduri, isterinya menerima rantai mutiara, rakannya menerima balingan dan ahli sukan menerima kurniaan. Perbezaan Makna Dalam Imbuhan Me N...kan dan Imbuhan Me N...i Sekiranya pelajar meneliti pembentukan kedua-dua imbuhan tersebut, pelajar akan mendapati terdapat perbezaan yang ketara di antara kedua-dua imbuhan itu. Perbezaan yang paling ketara ialah apabila kedua-dua imbuhan apitan ini menggunakan kata dasar yang sama dan menerima dua objek iaitu objek tepat dan objek sipi. Lihat contoh ayat berikut untuk pemahaman yang lebih jelas.

Contoh 1. Amin melontarkansepotong kayu ke arah lembu itu. (objek tepat) (objek sipi ) 2. Amin melontari lembu itu dengan sepotong kayu. (objek tepat) (objek sipi) 3. Amin membacakan adiknyabuku cerita itu. (objek tepat) (objek sipi) 4. Amin membacabuku cerita itu untuk adiknya. (objek tepat) (objek sipi) Ulasan ringkas Ayat (1) dan (2) menggunakan kata dasar yang sama iaitu lontar (kata kerja) tetapi menggunakan apitan yang berbeza. Oleh itu pembentukan objek dan maknanya juga berbeza. Perkataan melontarkan menunjukkan maksud sepotong kayu sebagai objek tepat menjadi alat atau bahan yang digunakan untuk melakukan perbuatan. Manakala perkataan melontari menunjukkan maksud lembu itu sebagai objek, menjadi penerima perbuatan melontari. Oleh itu jika ayat (1) menerima apitan Me N...kan , maksudnya menunjukkan lembu itu menjadi alat atau bahan untuk perbuatan melontar, ini pasti mustahil kerana tidak mungkin Amin mampu mengangkat lembu itu dan melontarkannya. Rumusan Kekeliruan yang kerap berlaku dalam kalangan pelajar dari segi pembentukan kedua-dua apitan tersebut disebabkan para pelajar kurang memahami maksud perkataan yang digunakan dan kekeliruan membezakan objek tepat dan objek sipi. Oleh itu, para pelajar perlu meneliti imbuhan apitan Me N...kan dan Me N...i dengan meneliti kesesuaian maksud ayat dengan penggunaan objek tepat dan objek sipi yang dinyatakan dalam ayat. Para pelajar juga perlu meneliti logik ayat dari segi maksud sama ada sesuai atau tidak.

Imbuhan MeN...kan Pembentukan Imbuhan Me N...kan Imbuhan Me N...kan membentuk kata kerja transitif yang terbit daripada kata dasar yang terdiri daripada beberapa jenis golongan kelas kata. Penggunaan golongan kata tertentu akan menunjukkan makna yang tertentu apabila menerima imbuhan Me N...kan . Maksud Kata Dasar Imbuhan Me N...kan Buku (kata nama) Membukukan = Menjadikan buku Darat (kata nama) Mendaratkan = Membawa ke darat Gemuk (kata adjektif) Menggemukkan = Menjadikan gemuk Jatuh (kata kerja) Menjatuhkan = Menyebabkan jatuh Beli (kata kerja) Membelikan = Membeli untuk Tindih (kata kerja) Menindihkan = Menggunakan alat Pagar (kata kerja) Memagarkan = Menjadikan sebagai Dua (kata bilangan) Menduakan = Menjadikan dua Contoh ; 1. Pemain pertahanan pasukan itu telah menjatuhkan penyerang pasukan lawan dalam kawasan penalti. 2. Lelaki itu telah menduakan isterinya dengan berkahwin lagi. 3. Dia telah membukukan pengalamannya semasa zaman pemerintahan Britisih. 4. Mereka telah membasahkan kepala masing-masing dengan air sungai itu. 5. Ahmad melontarkan basikal adiknya ke dalam kolam. Analisis Semua ayat yang menerima imbuhan Me N...kan menunjukkan maksud bahawa objek tepatnya (kata nama selepas kata kerja) kena secara langsung oleh perbuatan iaitu kena jatuhkan, kena duakan, kena bukukan kena basahkan dan kena lontarkan.

Maksud Dalam Imbuhan Me N...kan Secara umum, imbuhan apitan Me N...kan menunjukkan dua maksud yang kerap menimbulkakn kekelirukan. i) Maksud sesuatu perbuatan itu dilakukan secara langsung kena ke atas objek tepat dalam ayat dan menjadi alat atau bahan untuk melakukan perbuatan ke atas objek sipi Contoh Amin melontarkan sepotong kayu ke arah lembu itu. (objek tepat) (objek sipi) Dalam konteks ayat di atas Amin menggunakan sepotong kayu (objek tepat) untuk melakukan perbuatan ke atas lembu itu (objek sipi). Teliti contoh ayat berikut yang sama maksud pembentukannya dengan ayat di atas. Contoh 1. Petani itu memagarkan kawat berduri di ladangnya. 2. Orang tua itu memukulkan sebatang tongkat ke atas anaknya. 3. Dia menghadiahkan rantai mutiara kepada isterinya. 4. Kanak-kanak itu membalingkan bola kepada rakannya. 5. Sultan Selangor telah berkenan mengurniakan bintang kebesaran kepada ahli sukan tersebut sempena Hari Keputeraan baginda. ii) Maksud sesuatu perbuatan dilakukan untuk objek tepat Hal ini bermaksud sesuatu perbuatan itu dilakukan untuk orang lain iaitu pelaku melakukan perbuatan untuk objek tepat manakala objek sipi merupakan sesuatu yang dilakukan perbuatan ke atasnya.

Contoh Amin membacakan adiknya buku cerita itu. (objek tepat) (objek sipi) Dalam konteks ayat di atas bermaksud Amin membaca buku untuk adiknya bukan untuk dirinya, manakala buku iaitu objek sipi merupakan alat yang dibaca dan adiknya sebagai objek tepat merupakan penerima perbuatan Amin. Jika buku cerita mahu dijadikan objek tepat, maka akhiran kan mesti digugurkan seperti dalam ayat berikut: Contoh Amin membacabuku cerita itu untuk adiknya. (objek tepat) (objek sipi ) Untuk lebih jelas, teliti ayat-ayat berikut: Contoh 1. Ibu menjahitkan kakak sehelai baju kurung sutera. (maksud menjahit untuk kakak) 2. Rahim mencarikan isterinya buah mempelam muda (maksud mencari buah mempelam muda untuk isterinya) 3. Dia melukiskan adiknya sekeping gambar helang. (maksud melukis gambar helang untuk adik)

Kesimpulan Imbuhan Me N...kan menunjukkan maksud objek tepat sebagai alat atau bahan untuk melakukan perbuatan ke atas sesuatu. Selain itu, juga membawa maksud sesuatu perbuatan

itu dilakukan untuk benda lain iaitu untuk objek tepat , manakala perbuatannya dilakukan ke atas objek sipi.
*Pemajmukan

Kata majmuk didefinisikan sebagai bentuk kata yang wujud apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan dieja terpisah, melainkan kata majmuk yang telah mantap.

Kata majmuk terbahagai kepada tiga : Berdasarkan jenisnya, kata majmuk dapat dipisahkan kepada tiga kelompok: Contohnya gambar rajah, biru laut, terima kasih, kuning langsat. Dalam kategori ini termasuk bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran seperti perdana menteri, raja muda, menteri besar, profesor madya. Contohnya model linear, garis pusat, mata pelajaran, kertas kerja, kanta tangan. Contohnya kaki ayam, buah hati, duit kopi, makan angin, pilih kasih. Kata majmuk dapat dibentuk melalui pelbagai cara: duka + cita = dukacita jawatan + kuasa = jawatankuasa pindah milik / dipindahmilikkan tukar ganti / ditukargantikan campur aduk / bercampur aduk temu bual / ditemu bual Terdapat sebilangan kecil kata majmuk yahg penggunaanya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh. Walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar, perkataan yang demikian tetap dieja sebagai satu perkataan. Contohnya antarabangsa, beritahu, bumiputera, jawatankuasa, setiausaha. Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja, contohnya alatalat tulis, balai-balai raya. Penggandaan yang melibatkan bentuk yang telah mantap melibatkan seluruh unsur. Contohnya setiausaha-setiausaha, pesuruhjaya-pesuruhjaya.

Nota Tambahan Kata Majmuk

Kata Majmuk Umum Kata majmuk umum terbahagi kepada: i.Kata majmuk biasa - yang terdiri daripada rangkai kata bebas Alat tulis, adat resam, kereta api, lapangan terbang, nasi minyak, tengah hari, gambar rajah, jalan raya, kapal terbang, meja tulis, air hujan, terima kasih, luar biasa, kuning langsat ii.Kata Majmuk Gelaran Ketua Polis Negara, Perdana Menteri, Timbalan Menteri, Peguam Negara, Duta Besar, Ketua Setiausaha Negara, Raja Muda

Kata Majmuk Istilah Khusus i. Kata gandingan untuk istilah-istilah yang khusus dalam pelbagai bidang. Kata yang dipilih untuk digandingkan sama ada daripada kata-kata umum atau istilah khusus. Telefon mudah alih, teknologi maklumat, kertas kerja, mogok umum, program bahasa, batu kapur, atur cara, kemas kini, urus setia, reka bentuk, pita suara

Kata Majmuk Kiasan i. Kata majmuk jenis ini mempunyai maksud lain selain maksud sebenarnya, misalnya: Masam muka, tebal muka, curi tulang, makan angin , lipas kudung .

Dalam sistem baku, kata majmuk dieja terpisah kecuali beberapa perkataan yang sudah mantap.(lihat lampiran 1 di bawah) Bentuk Kata Majmuk yang telah Mantap Kata dasar 1 Antara Apa Apa Apa Bagai Barang Beri Bumi Dari Dari Duka Jawatan Kaki Ke Kerja Mana Mata Olah Pada Pesuruh Setia Suka Suruhan Tanda Tanggung Warga Kata dasar 2 bangsa bila kala lagi mana kali tahu putera hal pada cita kuasa tangan pada sama kala hari raga hal jaya usaha rela jaya tangan jawab negara Kata majmuk dieja sebagai satu perkataan Antarabangsa Apabila Apakala Apalagi Bagaimana Barangkali Beritahu Bumiputera Darihal Daripada Dukacita Jawatankuasa Kakitangan Kepada Kerjasama Manakala Matahari Olahraga Padahal Pesuruhjaya Setiausaha Sukarela Suruhanjaya Tandatangan Tanggungjawab Warganegara

Pengimbuhan Kata Majmuk Sungguhpun kata majmuk dieja terpisah, tetapi akan dieja/ditulis sebagai satu perkataan apabila menerima apitan (imbuhan), seperti contoh pada jadual di bawah: Kata Majmuk Apitan kuat kuasa peN....an kemas kini meN...kan lipat ganda anak tiri ibu bapa Ejaan Penguatkuasaan Mengemaskinikan Melipatgandakan Menganaktirikan Keibubapaan

meN...kan Ke...an

Untuk awalan, kata majmuk diimbuhkan kepada kata pertama dalam kata majmuk berkenaan. Manakala akhiran, imbuhan dirangkaikan pada hujung kata yang terakhir. Lihat jadual di bawah. Imbuhan berRmeNpeN-an -kan terima kasih ambil alih cari gali daya serap urus niaga berterima kasih meng ambil alih pen cari gali daya serapan urus niagakan Kata Majmuk garis pusat Kata Majmuk Terbitan ber garis pusat

Penggandaan Kata Majmuk Melibatkan unsur pertama kata sahaja. Contoh:alat-alat tulis gambar-gambar rajah balai-balai raya kapal-kapal terbangsuku-suku kata garis-garis pusatMenteri-Menteri besar Penolong-Penolong Pendaftar

*Penggandaan

Semua bentuk kata nama, iaitu kata nama tunggal, kata nama terbitan dan kata nama majmuk boleh digandakan. Penggandaan ialah proses pengulangan kata dasar sepenuhnya, atau sebahagian sahaja. Ada empat jenis kata nama ganda, iaitu

Penggandaan

Semua bentuk kata nama, iaitu kata nama tunggal, kata nama terbitan dan kata nama majmuk boleh digandakan. Penggandaan ialah proses pengulangan kata dasar sepenuhnya, atau sebahagian sahaja.Ada empat jenis kata nama ganda, iaitu

Gandaan penuh Gandaan separa Gandaan berentak Gandaan makna

Bagaimana pun ada ahli bahasa yang men membahagikan kata ganda kepada tiga jenis iaitu

penggandaan penuh penggandaan berentak pengandaan separa.

Penggandaan penuh

Sesuatu kata nama itu digandakan seluruhnya. Kata yang digandakan itu boleh terdiri daripada kata nama tunggal, kata nama terbitan, dan kata nama majmuk. Kata yang digandakan ini dipisahkandengan menggunakan sengkang.

Contoh-contoh mengikut jenis kata adalah seperti berikut: Kata nama tunggal Alat Budak Rumah Murid Kura Makan Tadika alat-alat budak-budak rumah-rumah Murid-murid Kura-kura Makan-makan Tadka-tadika

Kata nama terbitan Ke tua Pe kebun Makanan Per satuan pe juang Ke dutaan ketua-ketua pekebun-pekebun makanan-makanan persatuan-persatuan pejuang-pejuang Kedutaan-kedutaan

Penggandaan Berentak

Pengulangan kata dasar mengikut rentak bunyi kata dasar. Seluruh kata nama itu digandakan danbunyi-bunyi konsonan dan vokal tertentu diulang dan diubah. Rentak yang digunakan mungkin pengulangan vokal, konsonan atau sebahagian bunyi kata dasar. Rentak yang digunakan mungkin pengulangan vokal, konsonan atau sebahagian bunyi kata dasar. Penggandaan beretak boleh dibahagikan kepada lima jenis pula, iaitu: 1. 2. 3. 4. 5. penggandaan suku kata awal penggandaan suku kata akhir penggandaan konsonan penggandaan bersisipan penggandaan berakhiran

Bagaimanapun, penggandaan berentak biasanya dilihat daripada aspek fonologi, atau cara sebutan dan bunyi yang dikeluarkan. Lihat contoh-contoh di bawah. Kata yang digandakan itu dipisahkan dengan menggunakan sengkang (-) Rentak pada pengulangan vokal atau diftong Cerai cerai-berai Hina Hina-dina Sayu Sayur-mayur Rentak pengulangan konsonan gunung Gunung-ganang susap Susap-sasap simpang Simpang-siur

Penggandaan suku kata awal Vokal dalam suku kata awal diulang, dan vokal dalam suku kata akhir berubah. Contoh: Bukit Warna Batu bukit-bukau warna warni batu-batan

Penggandaan suku kata akhir Vokal atau konsonan dalam suku kata akhir kekal.Contoh: Sayur Kuih Lauk sayur mayur kuih-muih lauk pauk

Penggandaan konsonan Penggandaan jenis isni hanya mngulkang konsonan dalam kata dasar, tetapi vokalnya berubah.Contoh: Gunung Guruh gunung-ganang guruh-garah

Penggandaan bersisipan Seluruh kata dasar diulang. Bentuk gandaannya menerima sisipan em- selepas konsonan pertama bentuk ulangannya.Contoh: Tali Gunung Jari tali-temali gunung-ganang jari jemari

Penggandaan berakhiran Penggandaan penuh juga bolehmenerima akhiran an. Lazimnya gandaan penuh menunjukkan jamak. Akhiran an menambahkan maknannya menjadi pelbagai.Contoh: Sayur Biji Barang sayur-sayuran Biji-bijian barang-barangan

Penggandaan separa

Penggandaan separa ialah pengulangan sebahagian daripada kata dasar. Penggandaan boleh berlaku pada kata dasar atau kata terbitan. Kata tunggal

(a) Penggandaan separa merupakan varian kepada sesetengah penggandaan penuh. Suku kata akhir kata dasar digugurkan dan vokal asal suku kata pertama yang dulang dilemahkan menjadi vokal tengah atau / a / Contoh: Kata dasar laki langit suatu budak siku

Penggandaan penuh Laki-laki Langit-langit Satu-satu Budak-budak Siku-siku

Penggandaan separa Lelaki Lelangit Sesuatu Bebudak sesiku

Kata terbitan

(a) penggandaan ini melibatkan kata yang sudah mengalami proses pengimbuhan. Pengulangan berlaku pada kata dasar dengan dua cara. 1. Kata dasar diulang sepenuhnya dan awalamn dirangkaikan pada bahagian depan kata yang pertama atau atau penggandaan separa depan. 2. Kata dasar diulang sepenuhnya tetapi imbuhan dirangkaikan di bahagian depan kata yang kedua atau penggandaan separa belakang. Pengulangan tetapi dipisahkan dengan sengkang.

Imbuhan di depan kata pertama (penggandaan separa belakang) Kata dasar bual cari gila borak akan Kata terbitan Ber + bual Ter + cari Ter + gila Ber + borak Se + akan Kata ganda Berbual-bual Tercari-cari Tergila-gila Berborak=borak Seakan-akan

Imbuhan di depan kata kedua (penggandaan separa depan) Kata dasar anak kejar Kata terbitan Ber + anak Men + kejar Kata ganda Anak-beranak Kejar-mengejar

Penggandaan Makna

Kata nama tertentu digandakan dengan perkataan yang sama maknanya. Contoh: Ipar Ipar Saudara ipar duai ipar lamai saudara mara

Makna Penggandaan Ada empat makna tambahan kepada kata nama apabila digandakan, iaitu: a. menunjukkan banyak buku ketua jabatan gunung bukit b. membentuk nama haiwan biri-biri kupu-kupu kunang-kunang buku-buku ketua-ketua jabatan-jabatan gunung-ganang bukit-bukau

c. membentuk nama bagi benda yang menyerupai langit siku orang d. Menunjukkan pelbagai jenis sayur kuih saudara sayur-mayur kuih-muih saudara-mara langit-langit (menyerupai langit) siku-siku (menyerupai siku) orang-orang (menyerupai orang)

BENTUK KATA *Kata Majmuk

Kata Majmuk Umum Kata majmuk umum terbahagi kepada: i. Kata majmuk biasa - yang terdiri daripada rangkai kata bebas

Alat tulis, adat resam, kereta api, lapangan terbang, nasi minyak, tengah hari, gambar rajah, jalan raya, kapal terbang, meja tulis, air hujan, terima kasih, luar biasa, kuning langsat ii. Kata Majmuk Gelaran Ketua Polis Negara, Perdana Menteri, Timbalan Menteri, Peguam Negara, Duta Besar, Ketua Setiausaha Negara, Raja Muda Kata Majmuk Istilah Khusus i. Kata gandingan untuk istilah-istilah yang khusus dalam pelbagai bidang. Kata yang dipilih untuk digandingkan sama ada daripada kata-kata umum atau istilah khusus. Contoh: Telefon mudah alih, teknologi maklumat, kertas kerja, mogok umum, program bahasa, batu kapur, atur cara, kemas kini, urus setia, reka bentuk, pita suara

Kata Majmuk Kiasan i. Kata majmuk jenis ini mempunyai maksud lain selain maksud sebenarnya, misalnya:

Masam muka, tebal muka, curi tulang, makan angin , lipas kudung dan lain-lain.

Dalam sistem baku, kata majmuk dieja terpisah kecuali beberapa perkataan yang sudah mantap.(lihat lampiran 1 di bawah) Lampiran 1 Bentuk Kata Majmuk yang telah Mantap Kata dasar 1 Antara Apa Apa Apa Bagai Barang Beri Bumi Dari Dari Duka Jawatan Kaki Ke Kerja Mana Mata Olah Pada Pesuruh Setia Suka Suruhan Tanda Tanggung Warga Kata dasar 2 Bangsa Bila Kala Lagi Mana Kali Tahu Putera Hal Pada Cita Kuasa Tangan Pada Sama Kala Hari Raga Hal Jaya Usaha Rela Jaya Tangan Jawab Negara Kata majmuk dieja sebagai satu perkataan antarabangsa Apabila Apakala Apalagi Bagaimana Barangkali Beritahu Bumiputera Darihal Daripada Dukacita jawatankuasa Kakitangan Kepada Kerjasama Manakala Matahari Olahraga Padahal Pesuruhjaya Setiausaha Sukarela Suruhanjaya Tandatangan Tanggungjawab warganegara

Pengimbuhan Kata Majmuk Sungguhpun kata majmuk dieja terpisah, tetapi akan dieja/ditulis sebagai satu perkataan apabila menerima apitan (imbuhan), seperti contoh pada jadual di bawah: Kata Majmuk kuat kuasa kemas kini lipat ganda anak tiri ibu bapa kuat kuasa surat khabar Apitan peN...an meN...kan Ejaan penguatkuasaan Mengemaskinikan melipatgandakan menganaktirikan keibubapaan dikuatkuasakan persuratkhabaran

meN...kan Ke...an di...kan peR...an

Untuk awalan, kata majmuk diimbuhkan kepada kata pertama dalam kata majmuk berkenaan. Manakala akhiran, imbuhan dirangkaikan pada hujung kata yang terakhir. Lihat jadual di bawah. Imbuhan berRmeNpeN-an -kan terima kasih ambil alih cari gali daya serap urus niaga berterima kasih meng ambil alih pen cari gali daya serapan urus niagakan Kata Majmuk garis pusat Kata Majmuk Terbitan ber garis pusat

Penggandaan Kata Majmuk Melibatkan unsur pertama kata sahaja. Contoh:alat-alat tulis gambar-gambar rajah balai-balai raya kapal-kapal terbang suku-suku kata garis-garis pusat Menteri-Menteri besar Penolong-Penolong Pendaftar

*Kata Tunggal Bentuk kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk kata dasar yakni tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar lain. Kebanyakan kata tunggal dalam Bahasa Melayu mempunyai potensi untuk diperluaskan dengan bentuk terbitan. Kata tunggal boleh terdiri daripada satu suku kata dan dua atau lebih suku kata.

Contoh: satu suku kata am, dan, roh, skru dua suku kata itu, ubi, aku Berasaskan perlaksanaan tatabahasa, kata tunggal dapat dibahagikan kepada tiga jenis:

Kata tunggal yang merupakan unit bebas dan dapat berdiri sendiri sebagai satu perkataan yang bermakna. Contoh : orang, gitar, pen, botol Kata tugas, iaitu unit yang yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurangkurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya. Contoh : dari, dan, pada, demi, untuk Kata akronim, iaitu perkataan yang diterbitkan melalui proses penggabungan beberapa perkataan dan membentuk satu perkataan yang utuh. Bentuk-bentuk singkatan ini terdiri daripada suku kata atau huruf-huruf tertentu.

Contoh : berdikari berdiri di atas kaki sendiri komuter keretapi berkomputer kugiran kumpulan gitar rancak pawagam panggung wayang gambar

*Kata Terbitan Kata terbitan ialah bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat atau menerima imbuhan. Kata terbitan ini terbentuk melalui proses pengimbuhan iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar dan menghasilkan empat bentuk kata terbitan : 1. 2. 3. 4. Kata Terbitan Berawalan Kata Terbitan Berakhiran Kata Terbitan Berapitan Kata Terbitan Bersisipan

Imbuhan ialah unit-unit bahasa yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya.Imbuhan dapat dibahagikan pada empat jenis : a) imbuhan awalan - unsur imbuhan yang ditambahkan pada bahagian hadapan kata dasar. Contoh : imbuhan ber dalam bersukan ber+sukan b) imbuhan akhiran - unsur imbuhan yang hadir selepas kata dasar Contoh : imbuhan -an dalam makanan makan+an imbuhan -kan dalam kembalikan kembali+kan c) imbuhan apitan - imbuhan yang hadir secara melingkungi kata dasar iaitu dua bahagian imbuhan yang hadir serentak pada awal dan akhir perkataan Contoh : imbuhan men..kan dalam mendebarkan men+debar+kan imbuhan pe.an dalam pendidikan pen+didik+an d) imbuhan sisipan - unsur imbuhan yang hadir di celahan kata dasar. Bentuk ini tidak lagi produktif dalam pembentukan kata terbitan, iaitu kata terbitan baru tidak lagi dibentuk dengan imbuhan sisipan Contoh : imbuhan er dalam keruping imbuhan el dalam telunjuk

Kata Terbitan Berawalan Kata terbitan berawalan dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan,dan kata adjektif terbitan. Contoh : a) Kata Nama : pelari, perakus ( imbuhan pe) pembawa, pembuat (pem) suprakelas, supranasional (supra) b) Kata Kerja : melawan, mengikat, merasa (me) berjalan, berganti, berserta (ber) c) Kata Adjektif : terbesar, tercantik (ter) secerah, setebal, senipis (se)

Kata Terbitan Berakhiran Kata terbitan berakhiran dapat wujud dalam kata nama terbitan dan kata kerja terbitan sahaja. Contoh : a) Kata Nama : pakaian, jahitan, mainan (-an) sasterawan, angkasawan (-wan) budiman, seniman (-man) peragawati, seniwati (-wati) nasionalisme, patriotisme (-isme) b) Kata Kerja : gunakan, besarkan, buatkan (-kan) duduki, turuti, berkati (-i) Kata Terbitan Berapitan Kata terbitan berapitan dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan,dan kata adjektif terbitan. Contoh : a) Kata Nama : pelaksanaan, perasaan (pean) kelainan, kedukaan (kean) b) Kata Kerja : memainkan, melukakan (mekan) beralaskan, berlaukan (berkan) diyakini, disirami (dii) dipergunakan (diperkan) memperdagangkan (memperkan) keselesaan (kean)

c) Kata Adjektif : kemelayuan (kean) Kata Terbitan Bersispan Bentuk sisipan tidak lagi produktif dalam pembentukan kata terbitan, yakni kata terbitan baru tidak lagi dibentuk dengan sisipan. Bentuk-bentuk kata sisipan sudah membeku dalam kata terbitan tertentu dan tidak dapat hadir dalam perkataan perkataan lain kecuali dalam beberapa istilah yang baru dicipta. Kata terbitan bersisipan dapat wujud dalam kata nama terbitan dan kata adjektif terbitan. Contoh : a) Kata Nama : kelingking, telunjuk (..el..) keruping, seruling (..er..)

GOLONGAN KATA *Kata Adjektif

Adjektif , juga dikenali sebagai kata sifat, ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi. Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului atau diikuti oleh kata penguat seperti amat, sangat, paling, sekali

Jenis - jenis kata adjektif Kata adjektif terbahagi kepada 9 subgolongan: 1. sifat - menerangkan sifat keadaan atau seseorang contoh: baik, cerdik, berani, lemah, kukuh, kemas, kejap, secantik, terkuat 2. warna contoh: merah, jingga, ungu, putih, hitam, kuning langsat 3. ukuran contoh: pendek, panjang, tebal, nipis, dalam, besar 4. bentuk contoh: bujur, lurus

5. waktu contoh: lama, lambat, lewat, segera, suntuk, lampau, lalu, silam 6. jarak contoh: dekat, hampir, jauh 7. cara contoh: selalu, jarang, kadang kadang, kerap, lambat, deras, laju, jelas, muram 8. pancaindera rasa: contoh: sedap, lazat, manis, pahit, lemak, pedas, payau pandang: buruk, hodoh, jelita, cantik, tampan dengar: bising, sunyi, senyap bau : busuk, wangi, hangit, hapak sentuh: kesat, kasar, lembab, halus, licin 9. perasaan contoh: takut, seram, benci, rindu, marah, senang, sayang, gembira

Darjah Perbandingan Kata Adjektif Darjah perbandingan atau tahap adjektif ada tiga : 1.Darjah biasa - dinyatakan dengan menggunakan kata adjektif biasa. Contoh:

Baju dia cantik. Buah betik itu manis.

2.Darjah perbandingan : - merupakan perbandingan sama, lebih atau kurang. Contoh:


Tenaganya sekuat Badang. Buah jambu itu semanis gula.

3. Darjah penghabisan : - menerangkan adjektif paling atau penghabisan. Contoh:


Gunung Kinabalu ialah gunung yang paling tinggi di Malaysia. Menara KLCC bangunan yang ter tinggi di Malaysia Dialah yang paling pandai dalam

*Kata Kerja Kata kerja terbahagi kepada : A. Kata Kerja Transitif B.Kata Kerja Tak Transitif

A. Kata Kerja Transitif (KKT) 1. Kata Kerja TransitIf ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain. Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut (objek ). 2. Ayat mesti ada penyambutnya ( objek ) 3. Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan me- sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya, mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.

1. Kata kerja transitif (KKT)

ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama.

Contohnya: Atan mendengar radio.


mendengar ialah kata kerja transitif radio ialah objek (kata nama)

Kata kerja transitif menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan,memper,memper...i, dan memper...kan. Contoh ayat : 1. Kucing itu menangkap seekor burung. 2. perempuan itu menjual sayur. 3. Bapa sedang menulis surat.

Dalam ayat pertama Kucing ialah pembuat, menangkap ialah perbuatan melampau dan seekor burung ialah benda yang kena buat atau penyambut. Dalam ayat kedua Perempuan ialah pembuat, menjual ialah perbuatan melampau dan sayur ialah benda yang kena buat atau penyambut. Dalam ayat ketiga Bapa ialah pembuat, menulis ialah perbuatan dan surat ialah benda yang kena buat atau penyambut. (a) Pak Abu menjala ikan. (b) Orang ramai diminta menjauhi kawasan itu. (c) "Kita tidak harus membiarkan perkara ini berterusan," kata ketua kampung. (d) Jangan suka memperdaya orang yang lemah. (e) Pihak polis mempertemukan ibu itu dengan anaknya.

Contoh Tambahan Subjek (pembuat ) Dia suka Jamilah Abidin Ramli Kereta itu Kata kerja transitif penyambut ( Objek )

membaca memukul menjual berjalan melanggar

buku. seekor ular. kuih-muih. ke sekolah. seekor lembu.

B. Kata Kerja Tak Transitif (KKTT) Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Oleh itu KKTT tidak mempunyai penyambut. Contohnya : 1. Mereka berjalan pada hari cuti. 2. Anjing itu sedang tidur. 3. Hujan turun dengan lebatnya semalam.

1. Dalam ayat pertama mereka melakukan berjalan, tidak kepada benda lain. 2. Ayat kedua anjing melakukan tidur, tidak kepada benda lain. 3. Ayat ketiga hujan melakukan turun, tidak kepada benda lain.

Subjek (pembuat ) Kami Dia Saya Hassan

Kata kerja tak Transitif

keterangan

mandi senyum menyanyi berjalan

di kolam itu. semasa berjalan. dengan kuat ke sekolah.

7.1 Kata Kerja Tak Transitif 1. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat, yakni tidak memerlukan objek lagi. 2. Kata kerja tak transitif ada yang berbentuk asal dan ada yang berimbuhan ber, men, ter, ber... an, dan ber...kan.

Contoh: (a) Ravi belum datang lagi. (b) Murid-murid sedang belajar. (c) Sungai itu mengalir deras. Peringatan Tiap-tiap kata kerja tak transitif boleh dijadikan kata kerja transitif dengan menambah kan atau i di hujungnya. Contoh ayat: 1. Mereka menjalankan jentera itu. 2. Emak sedang menidurkan adik. 3. Pekerja itu menurunkan barang-barang dari atas lori. 4. Halim mengikuti perbualan mereka. 5. Saya sudahi syarahan saya ini dengan ucapan salam.

7.3 Kata Kerja Pasif 1. Kata kerja pasif ialah kata kerja yang berasal daripada kata kerja transitif tetapi yang tidak berawalan men. Contohnya:angkat, atasi, berikan,pelajari, persilakan,dan sebagainya.

2. Ada tiga jenis kata kerja pasif. (a) kata kerja pasif diri pertama (b) kata kerja pasif diri kedua (c) kata kerja pasif diri ketiga

3. Kata kerja pasif diri pertama ialah kata kerja pasif yang berimbuhan ku-. Contohnya: kuangkat, kuatasi, kuberikan, kupercepat, kupelajari, dan kupersilakan.

4.

Kata kerja pasif diri kedua ialah yang berimbuhan ka-.

Contohnya: kauangkat, kauatasi, kauberikan, kaupercepat, kaupelajari, dan kaupersilakan.

Kata kerja pasif diri ketiga ialah yang berimbuhan di-.

Contohnya: diangkat, diatasi, diberikan, dipercepat, dipelajari, dan dipersilakan

NOTA TAMBAHAN KATA KERJA TAK TRANSITIF Kata kerja tak transitif merupakan kata kerja yang dapat berdiri sendiri dan terdiri daripada bentuk yang berikut.

Kata kerja asal merupakan kata kerja bebas dan tidak berimbuhan seperti perkataan makan,minum,tidur,keluar,masuk,datang,duduk,lahir dan sebagainya. Berawalan beR-seperti perkataan bersalam,bermain,berbaring,belajar,bersenam,berdayung,berdiri,berbelanja,bersenam,ber -dayung,berdiri,berbelanja,berdukacita,dan sebagainya. Berawalan meN-seperti perkataan menyanyi,menyampuk,memasak,mendarat,melompat,menari dan sebagainya. Berawalan teR-seperti perkataan termenung,terserempak,terbaring,tertidur,tersungkur,terjebak,terhidang dan sebagainya. Berapitan beR--an seperti perkataan berjauhan,brerlarilarian,bergentayangan,bersalaman,berkeliaran,berdua-duaan,berpadanan dan sebagainya.

Peringatan;kelima-lima jenis kata kerja di atas boleh berdiri sendiri iaitu dapat dititik selepas perkataan tersebut di dalam ayat.jika ayat tersebut hendak diperluas,kata sendi perlu digunakan. Contoh: Ibu sedang tidur. Ibu sedang tidur di dalam bilik. (kata sendi digunakan untuk memperluas ayat)

Berapitan beR--kan seperti perkataan berpandukan,beralaskan,berbantalkan,berdasarkan,berselimutkan,berpaksikan dan sebagainya.

Peringatan.Perkataan berapitan beR--kan perlulah diikuti dengan pelengkap dan tidak boleh disertai kata sendi. Contoh:Mereka mengembara dengan berpandukan peta.(betul) Mereka mengembara dengan berpandukan pada peta.(salah)

KATA KERJA TRANSITIF Kata kerja transitif merupakan kata kerja yang memerlukan objek untuk membentuk frasa kerja yang dapat bertugas sebagai predikat dalam ayat.objek yang hadir selepas kata kerja transitif mestilah terdiri daripada kata nama. Contoh: Kata Kerja Transitif Objek membaca buku cerita menaiki basikal menendang bola

Kata kerja transitif terdiri daripada beberapa bentuk,iaitu seperti yang berikut. Awalan meN- menolak,menyuruh,memaksa,mendengar,melontar Apitan meN- i menaiki,mencintai,memiliki,mengingati,menyakiti

Awalan rangkap mempeR- memperluas,memperbesar,memperoleh,mempercantik Apitan mempeRi memperingati,mempersenjatai,mempertontoni, Apitan mempeRkan mempersembahkan,memperdagangkan,memperlihatkan Awalan teRtersepak,terambil,terdengar

Peringatan a.Tidak boleh hadir sebarang perkataan selepas kata kerja transitif selain objek yang terdiri daripada kata nama. Contohmenceritakan masalahnya(Betul) menceritakan tentang masalahnya(Salah) b.Imbuhan rangkap memper-yang bergabung dengan kata dasar yang terdiri daripada kata sendi dan kata adjektif tidak boleh disertai akhiran- kan. Contoh memperdalam(Betul) memperdalamkan (salah)

*Kata Nama Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu NAMA BETUL dan GANTINAMA dan satu lagi dipanggil NAMA TERBITAN. a) Kata Nama Am b) Kata Nama Khas c) Kata Ganti Nama d) Kata Nama Terbitan e) Kata bilangan

1.Dibahagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama Khas. Nama Am 2. Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya. Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum. Manusia , orang binatang tumbuh- tumbuhan benda tempat ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll pokok, betik, rumput, lalang dll pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll

3. Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang: (a) konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat (b) abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan. 4. Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama terbitan. 5. Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan:

buai - buaian tua - ketua raja - kerajaan tahu - pengetahuan

Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat. Contoh: Dia sedang menjinakkan seekor gajah. Gajah itu berbadan besar. Pada akhir ayat

Pada awal ayat

Kata Nama Khas


1. Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu bendasama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. 2. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang.

Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya. Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. a) benda; misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll b) orang; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll c) binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll

d) tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar. manusia Zaidi, Mei Fong, Subramaniam Tompok (kucing), Jalak (ayam) Muar (daerah), Seremban (bandar), Jepun (negara) Pudu Raya (perhentian bas dan teksi), Menara Tun Razak (pejabat) Keluarga (majalah), Rentong (novel), Kamus Dewan ( buku) Proton Perdana (kereta), Pilot (pen), Seiko (jam)

binatang

tempat

bangunan

judul buku

benda

Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas

Kegunaan Benda

Kata Nama Am bangunan kereta buku sekolah

Kata Nama Khas Bangunan Tabung Haji Proton Saga Bahasa Melayu S.K. Darau Doktor Efendi Puan Zainun Cikgu Azmi Muhamad Fauzi Si Tompok Si Belalang Si Puru Denak Si Murai Terengganu Jerteh Kampung Pasir Akar Tasek Perdana

Orang

doktor kerani guru budak lelaki kucing lembu katak ayam burung negeri bandar kampung tasek pisang cili jambu limau

Binatang

Tempat

Tumbuhan

Kata nama Terbitan Kata nama Terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan. Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan : di awal kata ( awalan ) di akhir kata ( akhiran ) di awal dan di akhir kata ( apitan ) contoh-contoh imbuhan : di awal kata pe- , pem-, pen-, peng-, penge-, per-, dan kedi akhir kata -nita, -man, -wati, -an, dan -wan di awal dan di akhir kata per- -an, penge- -an, peng- -an, pen- -an, pem- -an, pe- -an, dan ke- -an Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama terbitan terdiri daripada beberapa kelas iaitu :kelas kata kata kerja kata dasar peraga latih bawa lawan oleh untuk lombong rumah guru cantik besar tinggi kata terbitan peragawati latihan pembawaan perlawanan perolehan peruntukan perlombongan perumahan perguruan kecantikan pembesar ketinggian

kata sendi

kata nama

kata adjektif

*Kata Tugas

Kata Penguat dan Kata Penegas


Kata Penguat 1. Kata Penguat ialah perkataan yang digunakan untuk menguatkan maksud kata adjektif. 2. Kata penguat boleh hadir sebelum atau selepas kata adjektif. Contoh Paling Terlalu Agak Nian Sungguh Benar Amat

3. Kata penguat seperti agak, paling, dan terlalu diletakkan sebelum kata adjektif (kata Penguat hadapan). 4. Kata penguat seperti sekali, benar, dan nian diletakkan selepas kata adjektif (Kata penguat belakang). 5. Kata penguat seperti sangat, amat, dan sungguh boleh diletakkan sama ada sebelum atau selepas kata adjektif ( kata penguat hadapan dan belakang) . Contoh 1. Murid yang paling pintar di sekolah rendah itu ialah Latipah. 2. Pemandangan di tepi pantai itu sungguh indah. 3. Suhu di kawasan kutub amat sejuk. 4. Kereta api itu sangat laju. 5. Rumah itu besar sangat untuk saya dan ibu.

Kata Penegas Kata penegas ialah kata yang digunakan untuk memberikan penekanan atau menegaskan bahagian-bahagian yang tertentu dalam ayat. Contoh -kah Juga Lagi Contoh 1. Itulah rumah kakak saya. 2. Apatah dayaku untuk menolongnya. 3. Barang-barang itu dibawa juga ke rumah neneknya. 4. Hanya dia yang belum membayar yuran. 5. Ayah seorang sahaja yang berbaju Melayu. -lah Sahaja Pun -tah hanya jua memang

Kata Sendi Nama


1. MAKSUD Perkataan yang digunakan untuk menyambungkan sesuatu perkataan dengan kata nama.

2. CONTOH SENDI NAMA Kata sendi Fungsi atau kegunaan Di [tempat / arah] Ke [tempat / arah / masa] Dari [tempat / arah / masa] Daripada [manusia / asal kejadian / sumber / ahli] Pada [tempat / masa / benda / perkara] Kepada [manusia / binatang / naik atau turun / pembahagian] Demi [tujuan] Untuk [tujuan / kepada / bahagian] Bagi [tujuan]

3. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA SENDI NAMA 1. di mesti dijarakkan jika diikuti dengan tempat, benda atau arah. (di yang dirapatkan bermaksud imbuhan di. dan bukan kata sendi)

Salah: -Dia tinggal dibelakang rumah saya. (arah) -Pos itu terletak diantara tol dengan pejabat. (tempat) -Anda sentiasa dihati saya. (benda) Betul: -Dia tinggal di belakang rumah saya. -Pos itu terletak di antara tol dengan pejabat. -Anda sentiasa di hati saya. 2. ke mesti dijarakkan jika diikuti dengan tempat, benda, arah atau masa. (ke yang dirapatkan bermaksud imbuhan ke. dan bukan kata sendi)

Salah: -Dia pergi kebandar itu semalam. (tempat) -Kami berlari kepokok itu. (benda) -Dia merantau ketimur Semenanjung. (arah) -Ahmad belajar dari pagi kemalam hari. (masa) Betul: -Dia pergi ke bandar itu semalam. -Kami berlari ke pokok itu. -Dia merantau ke timur Semenanjung. -Ahmad belajar dari pagi ke malam hari. 3. di tidak boleh diikuti dengan masa/ waktu/ zaman/ tahun. (gunakan pada) Salah: -Dia sampai ke Melaka di waktu malam. -Di zaman dahulu ada raja yang zalim. Betul: -Dia sampai ke Melaka pada waktu malam. -Pada zaman dahulu ada raja yang zalim.

4. ke untuk perkara belum berlaku. di untuk perkara sudah berlaku. Salah: -Saya akan sampai di sana sebentar lagi. (belum berlaku) -Dia telah sampai ke sana pada petang tadi. (sudah berlaku) Betul: -Saya akan sampai ke sana sebentar lagi. -Dia telah sampai di sana pada petang tadi. 5. . dari hanya untuk masa, arah dan tempat. (selain itu gunakan daripada) Salah: -Saya sampai di sini sejak daripada petang tadi lagi. (masa) -Pemandu itu datang daripada selatan tanah air. (arah) -Pemuda bermisai tebal itu berasal daripada Melaka . (tempat) -Kucing itu berlari daripada pokok kelapa itu. (benda) Betul: -Saya sampai di sini sejak dari petang tadi lagi. (masa) -Pemandu itu datang dari selatan tanah air. (arah) -Pemuda bermisai tebal itu berasal dari Melaka . (tempat) -Kucing itu berlari dari pokok kelapa itu. (benda) 6. daripada hanya untuk manusia, asal kejadian, sumber dan ahli. Salah: -Hadiah itu dari ibu saya di Johor Baharu. (manusia) -Tayar kereta itu diperbuat dari getah asli. (asal kejadian) -Syair ini saya ambil dari buku Sejarah Melayu Lama. (sumber) -Peserta itu adalah dari Persatuan Bahasa Malaysia sekolah saya. (ahli) Betul: -Hadiah itu daripada ibu saya di Johor Baharu. (manusia) -Tayar kereta itu diperbuat daripada getah asli. (asal kejadian) -Syair ini saya ambil daripada buku Sejarah Melayu Lama. (sumber) -Peserta itu adalah daripada Persatuan Bahasa Malaysia sekolah saya. (ahli)

7 . pada untuk masa, benda, tampat, dan perkara. Salah: -Saya berlatih badminton di pukul lima petang. (masa) -Dia mengikat kambingnya di pokok besar itu. (benda) -Di mesyuarat itu, mereka membantah cadangan saya. (perkara) Betul: -Saya berlatih badminton pada pukul lima petang. (masa) -Dia mengikat kambingnya pada pokok besar itu. (benda) -Pada/ Dalam mesyuarat itu, mereka membantah cadangan saya. (perkara) 8. Jika ayat mempunyai perkataan ada hanya pada boleh digunakan walaupun untuk manusia. Salah: -Buku itu ada kepada Cikgu Saleha. Betul: -Buku itu ada pada Cikgu Saleha. 9. kepada digunakan untuk manusia, binatang, naik/ turun dan pembahagian. Salah: -Beri surat ini pada bapa awak dengan secepat mungkin. (manusia) -Chong Seng memberikan susu pada anak kucingnya . (binatang) -Harga minyak telah meningkat pada USD50 setong. (naik/ turun) -Cikgu Samad membahagikan pelajar itu pada tiga kumpulan . (pembahagian) Betul: -Beri surat ini kepada bapa awak dengan secepat mungkin. (manusia) -Chong Seng memberikan susu kepada anak kucingnya . (binatang) -Harga minyak telah meningkat kepada USD50 setong. (naik/ turun) -Cikgu Samad membahagikan pelajar itu kepada tiga kumpulan . (pembahagian) 10. demi dan untuk tidak boleh digabungkan. (gunakan salah satu sahaja) Salah: -Saya pergi ke sekolah demi untuk menuntut ilmu pengetahuan. Betul: -Saya pergi ke sekolah demi menuntut ilmu pengetahuan. -Saya pergi ke sekolah untuk menuntut ilmu pengetahuan.

11. Pengulangan dari untuk masa perlu sama pada bahagian awal dan akhir. Salah: - Dari masa ke semasa dia sedar juga. - Dari sehari ke hari dia membesar. - daripada masa ke semasa dia terus tekun berusaha. Betul: - Dari semasa ke semasa dia sedar juga. - Dari sehari ke sehari dia membesar. - dari semasa ke semasa dia terus tekun berusaha. - dari masa ke masa dia terus tekun berusaha. - dari hari ke hari dia membesar. 12 . di antara' mesti diikuti perkataan dengan. Salah: -Sungai itu terletak di antara Melaka dan Johor . -Bandingkanlah di antara anda dan saya . -Di antara makan dan minum , dia lebih suka minum. Betul: -Sungai itu terletak di antara Melaka dengan Johor . -Bandingkanlah di antara anda dengan saya . -Di antara makan dengan minum , dia lebih suka minum

KATA HUBUNG 1. MAKSUD: Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menyambung atau menghubungkan sesuatu kata atau frasa dalam sesuatu ayat. 2. JENIS KATA HUBUNG: a. Kata hubung gabungan: Contoh : dan, serta, atau, sambil, lalu, maka b. Kata hubung pancangan: Contoh : sejak, semenjak, tetapi, kerana, hingga, sehingga, antara, apabila c. Kata hubungan berpasangan : Contoh : oleh sebab maka, walaupun namun, biarpun tetapi, meskipun namun, baik mahupun, sama ada mahupun, bukan sahaja - malah

3. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA HUBUNG a. Jangan gunakan dua kali perkataan dan untuk tujuan sama dalam satu ayat. (gunakan berselang dengan serta) Salah: -Dia bekerja dan berniaga pada waktu siang dan berehat pada waktu malam. Betul: -Dia bekerja dan berniaga pada waktu siang serta berehat pada waktu malam. b. Gunakan atau jika bermaksud membuat pilihan Salah: -Anda boleh makan dan minum di kantin ini pada waktu rehat nanti. -Kamu boleh berehat di hotel dan di rumah tumpangan. Betul: -Anda boleh makan atau minum di kantin ini pada waktu rehat nanti. -Kamu boleh berehat di hotel atau di rumah tumpangan. c. Jika atau digunakan, perkataan sebelumnya mesti diulang tulis. Salah: -Awak datang dari Melaka atau Johor. -Kamu boleh membawa buku sejarah atau matematik. -Pelajar itu menghisap rokok atau dadah. Betul: -Awak datang dari Melaka atau dari Johor. -Kamu boleh membawa buku sejarah atau buku matematik. -Pelajar itu menghisap rokok atau menghisap dadah. d. hingga/ sehingga tidak boleh digunakan bersama-sama dengan ke. (pilih salah satu sahaja) Salah: -Dia belajar dari pagi hingga ke petang hari. -Ibu menghantar saya dari rumah sehingga ke tepi jalan. Betul: -Dia belajar dari pagi hingga petang hari. -Dia belajar dari pagi ke petang hari. -Ibu menghantar saya dari rumah sehingga tepi jalan. -Ibu menghantar saya dari rumah ke tepi jalan.

e. antara perlu diletak imbuhan 'di' jika menunjukkan pilihan atau menunjukkan had serta bergabung perkataan 'dengan'. (Jika umum, gunakan antara : Antara faktor tersebut ialah .) Salah: -Antara membaca dan menulis, saya lebih suka menulis. -Rumahnya terletak antara kedai dengan pejabat pos. Betul: -Di antara membaca dengan menulis, saya lebih suka menulis. -Rumahnya terletak di antara kedai dengan pejabat pos. f. Jika di antara digunakan untuk pilihan atau had, gunakan dengan sahaja. (Jangan gunakan dan ) Salah: -Di antara makan dan minum, adik saya lebih suka makan. -Kedudukan rumahnya terletak di antara pejabat pos dan kedai. Betul: -Di antara makan dengan minum, adik saya lebih suka makan. -Kedudukan rumahnya terletak di antara pejabat pos dengan kedai. g. Tidak ada kata hubung oleh kerana dalam bahasa Malaysia. Salah: -Oleh kerana sakit, dia tidak hadir ke sekolah pada hari itu. Betul: -Oleh sebab sakit, dia tidak hadir ke sekolah pada hari itu. h. Jika dua perkara bersifat bertentangan, gunakan tetapi. Salah: -Dia kaya dan dia kedekut. -Dia malas membuat ulang kaji dan lulus dengan cemerlang. Betul: -Dia kaya tetapi dia kedekut. -Dia malas membuat ulang kaji tetapi lulus dengan cemerlang.

i. Jika perkara pertama berlaku menyebabkan perkara kedua, gunakan maka. Salah: -Dia malas membuat ulang kaji dan dia gagal dalam peperiksaan. -Dia terjatuh dari atas pokok dan kaki kanannya patah. Betul: -Dia malas membuat ulang kaji maka dia gagal dalam peperiksaan. -Dia terjatuh dari atas pokok maka kaki kanannya patah. j. kerana tidak boleh diletak di depan ayat. Sebab tidak boleh diletak di tengah ayat. oleh sebab tidak boleh diletak di tengah ayat. Salah: -Kerana terlalu gembira, dia melompat-lompat sehingga seliparnya putus. -Dia tidak hadir ke sekolah sebab terlibat dengan ujian memandu kenderaan. -Kami terpaksa membatalkan lawatan itu oleh sebab hari hujan. Betul: -Oleh sebab terlalu gembira, dia melompat-lompat sehingga seliparnya putus. -Dia tidak hadir ke sekolah kerana terlibat dengan ujian memandu kenderaan. -Kami terpaksa membatalkan lawatan itu kerana hari hujan

SINTAKSIS
*Ayat

Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat. Contohnya : Ahmad sedang membuat kerja rumah Contoh ayat di atas terdiri daripada dua bahagian iaitu (i) Ahmad sedang dan bahagian (ii) membuat kerja rumah. Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan prediket pula mempunyai unsur-unsur, iaitu sama ada: frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif(FA) dan frasa sendi nama (FS) .

POLA-POLA AYAT DASAR 1. Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa. 2. Dapat menjadi ayat dasar pada ayat-ayat lain. 3. Daripada pola-pola ayat dasar itu terbit ayat lain iaitu:

AYAT TUNGGAL /AYAT MAJMUK /AYAT AKTIF/AYAT PASIF 4 pola ayat dasar ~Pola 1 : Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN) ~Pola 2 : Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK) ~Pola 3 : Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) ~Pola 4 : Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS) FN + FN = Abangsayadoktor. FN + FK =Pelajar-pelajar berhimpun di dewan besar FN + FA = Ibu saya rajin. FN + FS = Saya bersekolah di SMK Bandar Tasik Kesuma

*Frasa

Frasa ialah binaan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya satu perkataan yang berpotensi untuk menjadi unit yang lebih besar ataupun sederetan perkataan. Contohnya: Buku tebal itu / sudah hilang. Inti frasa Binaan Frasa Terbahagi kepada 4 jenis:

Frasa Nama (FN) Frasa Kerja (FK) Frasa Adjektif (FA) Frasa Sendi Nama (FS)

Frasa Nama Boleh terletak pada bahagian subjek atau predikat. Kata nama adalah sebagai kata intinya dan boleh hadir dengan penerang atau tidak. Binaan FN boleh terdiri daripada:

Inti + Penerang o Inti + Penerang Nama

Contoh: askarMelayu, budakperempuan, gelang kaki, bilik mesyuarat


o

Inti + Penerang Bukan Nama

Contoh: seekor burung, kasut baharu, rumah di kampung

Inti + Inti

Contoh: datuk nenek, kampung halaman, pinggan mangkuk, teruna dara

Frasa Kerja Berfungsi sebagai predikat. Kata kerja sebagai kata intinya. Bersifat transitif (dengan objek) dan tak transitif (tanpa objek).

Objek yang menjadi penyambut langsung dipanggil objek tepat (objek yang pertama). Objek yang menjadi penyambut tak langsung dipanggil objek sipi (objek yang kedua).

FK Tanpa Objek FK tanpa objek dengan keterangan (boleh digugurkan)

Contoh: Datuk sedang mandi (di sungai itu) Emak sudah pergi (ke pasar)

FK tanpa objek dengan keterangan yang (tidak boleh dgugurkan)

Contoh: Ali berada di dalam rumahnya Sarimah menjadi penyanyi


FK Dengan Objek FK dengan satu objek

Contoh: Saya menjawab surat itu Penumpang itu menaiki feri

FK dengan dua objek

Contoh: Tuhan mengurniakan rahmat kepada makhluk-Nya Kakak memasak makanan untuk kami

Frasa Adjektif Kata adjektif sebagai kata intinya. Berfungsi sebagai:

FA sebagai predikat

Contoh: Suara penyanyi itu merdu Warna bajunya kemerah-merahan

FA sebagai unsur keterangan (KK)

Contoh: Mereka pulang segera Kereta bergerak terlalu laju

FA sebagai penerang KN dalam predikat

Contoh: Nasi lemak masakan popular Usman Awanag Pensyair Agung Mempunyai unsur penguat yang terbahagi kepada 3 jenis:

Penguat Hadapan : paling, terlalu

Contoh: Suasana di stesen bas itu terlalu bising

Penguat Belakang : sekali, benar, nian

Contoh: Buah durian yang dipamerkan itu besar sekali

Penguat Bebas : amat, sungguh

Contoh: Tentera kita sungguh berani / Tentera kita berani sungguh

Frasa Sendi Nama Tidak ada kata inti. Terdiri daripada satu kata sendi nama dan diikuti FN. Antara binaan FS:

Sendi Nama + Frasa Nama

Contoh: ke sekolah rendah daripada kayu jati

Sendi Nama + Kata Nama Arah + Frasa Nama

Contoh: ke luar jendela dari dalam hatinya

Sendi Nama + Kata Nama Arah + Frasa Nama + Ayat Komplemen

Contoh: ke dalam medan pertempuran untuk mempertahankan negara

Sendi Nama + Kata Nama Arah + Frasa Nama + Frasa Keterangan

Contoh: di atas pangkuan ibu setiap malam ke utara Semenanjung Malaysia pada tahun hadapan

Nota Tambahan Frasa Nama Ingat, frasa boleh terdiri daripada satu perkataan atau atau beberapa perkataan. Jika terdiri daripada beberapa perkataan maka inti frasa hendaklah kata nama. Contoh: Bas awam Basikal adik Basikal Raleigh

Contoh di atas, inti frasa ialah bas dan basikal. Kata yang menyusul ialah penerang frasa.

Rumus Frasa Nama (FN) Kata yang diterangkan, atau inti frasa, hadir dahulu dan kata yang menerangkan, atau penerang hadir kemudian. Dalam bahasa Melayu, peraturan ini dipanggil hukum D-M, yakni hukum Diterangkan - Menerangkan. Contohnya - pisang goreng Sungguhpun begitu, umumnya susunan unsur frasa nama menurut hukum D-M terdapat beberapa kekecualian dalam beberapa keadaan frasa nama yang mempunyai penerangan mengenai nama jawatan atau gelaran dan bilangan bukan ordinal. Perhatikan contoh-contoh kekecualian berikut: Frasa Nama Penerang Perdana Tuan Timbalan Inti Menteri Ahmad Menteri Pelancongan Nota Penerang nama jawatan Penerang gelaran/panggilan Penerang nama jawatan

Bilangan

Frasa Nama Penjodoh bilangan

inti Nota

Lapan

bilah

pedang

Semua Enam

ekor

murid buaya

Penerang kata bilangan dan penjodoh bilangan Penerang kata bilangan Kata bilangan dan penjodoh bilangan

Selain susunan unsur mengikut hukum D-M, penerang adjektif yang menerangkan inti frasa hendaklah hadir sesudah inti frasa dn diikuti oleh penerang lain dan diakhiri oleh penentu belakang. Contoh: Inti Kereta Penerang Adjektif berkilat Penerang Kata Nama/Frasa Nama ayah Penentu belakang itu

Frasa Kerja (FK) 1. Frasa kerja boleh terdiri daripada satu atau beberapa perkataan dengan kata kerja sebagai intinya. 2. Dalam ayat, frasa kerja wujud dalam predikat. 3. Frasa kerja terbahagi kepada dua jenis, iaitu frasa kerja transitif dan frasa kerja tak transitif. 4. Binaan frasa kerja secara umumnya sama dengan kata kerja (lihat nota kata kerja)

Pembahagian jenis-jenis frasa kerja boleh diringkaskan seperti di bawah: Frasa kerja Frasa Kerja Transitif Frasa Kerja Tak Transitif Frasa kerja tak transitif Frasa kerja tak tanpa pelengkap transitif berpelengap (i) (kata bantu) + kata kerja + (keterangan) ( kata bantu) + kata Tanda kurungan kerja + pelengkap + menunjukkan unsur yang (penerang) + boleh ada atau tiada keterangan tanda kurung menunjukkan unrus yang boleh ada atau tiada.

( i) (kata bantu) + kata kerja + objek + (penerangan) + (keterangan) Tanda kurung menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada.

(ii) (kata bantu) + kata kerja + objek tepat + objek sipi + (keterangan) (ii) (kata bantu) + kata kerja + (penerang) + (keterangan) Tanda kurung menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada Tanda kurung menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada.

contoh 1 - Binaan frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap Subjek Frasa Nama Lelaki itu Cikgu bayi itu Jamal Khatib Kata bantu sedang masih sedang akan sedang Predikat Frasa kerja Kata kerja makan menulis merangkak datang berkhutbah

Nota Keterangan di atas meja. di papan hitam. dengan laju. esok di surau maksud ayat lengkap jika keterangan dibuang.

contoh 2 - Binaan frasa kerja tak transitif berpelengkap Predikat Frasa kerja Frasa nama Kata bantu Kata kerja pelengkap Penerang Mereka Ahmad Saya akan ingin pulang menjadi tinggal ke rumah penyanyi di Klang secepat mungkin yang terkenal Subjek

Nota keterangan dalam minggu ini di negara ini pelengkap frasa sendi nama pelengkap kata nama Pelengkap frasa sendi nama

Frasa Adjektif Frasa Adjektif sebagai frasa endosentrik berintipati kata adjektif. Frasa adjektif boleh menjadi predikat. Sebagai unsur keterangan, FA hadir setelah kata kerja atau FK, manakala sebagai unsur penerang FA hadir setelah kata nama atau FN.

Contoh: Predikat Subjek Ahli Gusti itu Ali Awak Penguat hadapan sungguh sangat Kata Adjektif handal pandai hebat Penguat Belakang Nota

betul

Frasa sendi nama Frasa sendi nama wujud bersama frasa nama dan mungkin diikuti oleh kata arah sebelum frasa nama. Frasa ini boleh didahului oleh kata bantu Oleh kerana sifatnya eksosentrik, ia hanya wujud bersama frasa nama. Contoh: Predikat Frasa sendi nama Kata sendi nama Kata arah dari arah selatan ke di depan

Subjek Kata bantu Alias Rombongan sekolah Kedai Pak Abu akan

Frasa nama Tanjung Malim Menara Kuala Lumpur masjid

*Klausa

Klausa ialah satu lagi unit ayat yang agak berbeza daripada frasa. Frasa tidak mungkin menjadi ayat yang lengkap tetapi klausa mungkin menjadi ayat yang lengkap kerana klausa mempunyai subjek dan predikat, iaitu unsure utama yang wajib untuk status ayat. Sebagai unsur ayat, klausa boleh dibahagikan kepada dua jenis,iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas.

Klausa bebas. Klausa bebas bersifat ayat yang lengkap (ada subjek dan predikat) dan denan itu boleh berdiri sendiri sebagai ayat apabila diucapkan atau dituli. Perhatikan contoh berikut: Klausa Subjek Predikat mendengar budak itu radio ujian tadi amat susah jambatan itu jambatan kayu mereka ke pantai Ayat Subjek Budak itu Ujian tadi Jambatan itu Mereka Predikat mendengar radio amat susah jambatan kayu ke pantai

BENTUK-BENTUK AYAT

a. Ayat Tunggal b. Ayat Majmuk :- i. Ayat Majmuk Gabungan ii. Ayat Majmuk Pancangan 1. Majmuk Pancangan Relatif 2. Majmuk Pancangan Komplemen 3. Majmuk Pancangan Keterangan 4. Majmuk Campuran Pengenalan

Ayat sebagai unit bahasa yang tertinggi boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu ayat tunggal dan ayat majmuk. Penjenisan ini dibuat berasaskan bilangan klausa dalam ayat berkenaan. Jika dipandang ayatnya dari segi ragamnya, kita dapati pula ayat aktif dan ayat pasif. Jika kita amati pula tujuan ayat, maka kita dapati pula ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seru. Sebelum ini kita telah melihat binaan ayat dan kita temui ayat dasar dan ayat terbitan. Di samping itu kita juga juga mengkaji pola ayat dasar.

Ayat Tunggal

Ayat tunggal ialah ayat terbentuk daripada satu klausa, iaitu ayat yang terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.

Ayat dasar juga adalah ayat tunggal, tetapi bukan semua ayat tunggal dapat dianggap sebagai ayat dasar. Ayat dasar merupakan ayat tunggal jenis ayat penyata dalam ragam ayat aktif. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis. Contoh : Lelaki itu /sedang menembak burung. Subjek = Lelaki itu Predikat = sedang menembak burung .

Ayat-ayat berikut ialah contoh ayat-ayat tunggal (subjek ditebalkan. Selainnya ialah predikat).

Ibu negara Malaysia Kuala Lumpur. Gunung Kinabalu gunung tertinggi di Asia Tenggara. Di dalam almari tali leher ayah.(pasif) Nama encik siapa? Berapakah keuntungan kita hari ini?

Telah dinyatakan bahawa ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Subjek ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif. Begitu juga dengan predikat ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama.

AYAT MAJMUK 1. Terdiri daripada lebih daripada satu klausa 2. Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayat tunggal disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya dan lain-lain. Ayat Majmuk Gabungan Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang dibina oleh dua atau lebih klausa bebas dengan menggunakan kata hubung seperti dan, atau,tetapi, serta, lalu dan sebagainya. Koma mungkin digunakan jika gabungan terdiri daripada tiga atau lebih klausa . Cuba teliti contoh di bawah.

(1) Aminah pandai menyanyi dan menari. (2) Aminah pandai menyanyi (3) Aminah pandai menari Ayat yang (1) berasal daripada ayat (2) dan (3). Kedua-dua ayat (2) dan (3) dihubungkan dengan menggunakan kata hubung dan. Klausa (2) dan (3) sama tarafnya iaitu klausa utama. Lihat contoh berikut: (1) Pengetahuan pemidato itu sempit, hujah-hujahnya cetek serta contoh-contoh yang dinyatakan tidak menarik. (2) Pengetahuan beliau sempit (3) Hujah-hujahnya cetek (4) Contoh-contoh yang dinyatakan tidak menarik. Ayat (1) berasal daripada daripada ayat-ayat (2), (3) dan (4). Ketiga-tiga ayat digabungkan menjadi satu ayat dengan menggunakan koma dan kata hubung serta. Semua klausa sama tarafnya, iaitu klausa utama. Ayat majmuk gabungan boleh jadi ayat yang mengandungi fakta yang sejajar atau fakta yang bertentangan . Untuk fakta yang bertentangan, kata hubung seperti dan, serta, tambahan, pula, sambil dan sebagainya digunakan. Untuk fakta yang bertentangan, kata hubungan seperti tetapi, sebaliknya, padahal dan sebagainya digunakan .

Ayat Majmuk Pancangan Ayat majmuk pancagan ialah ayat yang dibentuk oleh klausa yang tidak setara. Ini bermakan dalam ayat berkenaan terdapat satu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau lebih klausa tak bebas atau ayat kecil. Ayat kecil dipancangkan di dalam ayat utama dengan menggunakan kata hubungan seperti yang, bahawa, kerana, jika, apabila, sungguhpun dan sebagainya.

Dalam bahasa Melayu, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iatu ayat relatif, ayat komplemen, dan ayat keterangan. Jenis-Jenis Ayat Majmuk Pancangan Ayat Majmuk Pancangan

Ayat Relatif

Ayat Komplemen

Ayat Keterangan Ayat majmuk keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat utama dan satu atau lebih ayat kecil yang bertugas sebagai keterangan kepada predikat. Contoh:

Ayat majmuk komplemen ialah ayat utama yang Ayat relatif terdiri daripada satu dipancangkan dengan ayat klausa bebas atau ayat utama dan kecil yang seterusnya satu atau lebih klausa terikat atau menjadi komplemen ayat kecil. kepada ayat utama. Ayat kecil dipancangkan ke dalam subjek ayat utama atau predikat ayat utama dengan menggunaka kata hubung . Perhatikan contoh berikut: Perhatikan contoh berikut: Dia memberitahu sesuatu

Pemain hoki negara gagal kerana tidak bersedia.

Jika sesuatu itu diterangkan Oleh sebab dia memandu terlalu laju, Atan menerima empat saman. sebagai ``giginya sakit'' atau ``membeli baju baru'' 1) Kanak-kanak yang cedera itu Ayat kecil dalam ayat majmuk atau ``akan bertolak ke rupa-rupanya anak Leman. Kuala Lumpur esok'' maka keterangan menerangkan kata kerja dalam ayat utama, iaitu ayat komplemen dapat (2) Kanak-kanak itu rupadibentuk dengan rupanya anak Pak Leman menggunakan kata hubung Pemain hoki negara gagal dan Atan menerima empat saman. bahawa atau yang. (3) Kanak-kanak itu cedera Dia memberitahu giginya Ayat majmuk keterangan dibina untuk pelbagai tujuan dengan sakit menggunakan kata hubung yang Ayat (3) telah dipancangkan Dia memberitahu membeli tertentu kepada subjek ayat utama dan baju baru dijadikan ayat kecil dengan Contoh-contoh kata hubung menggugurkan kanak-kanak itu'' dalam ayat keterangan : Dia memberitahu akan dan menggunakan kata hubung bertolak ke Kuala Lumpur yang. kerana, oleh, sebab, lantaran, esok. hingga sehingga, jika, kalau, Ayat kecil yang ditaip tebal sekiranya, andainya, setelah, tatkala, sementara, ketika, sambil, dalam contoh di atas

merupakan objek kata kerja agar, supaya, kalau-kalau, untuk, transitif. bagi, demi, dengan, sungguhpun, walaupun, meskipun, sekalipun, Selain itu, subjek juga seperti, bagai, macam, bak, boleh diterangkan sebagai umpama. ayat kecil dan menjadi komplemen ayat utama.

(1). Atan yang cepat naik angin menampar budak yang suka mengintai orang kampung itu. Ayat (3) dipancangkan kepada subjek ayat utama dalam ayat (1) dan ayat (4) dipancangkan kepada objek ayat utama. Kesimpulanya, ayat (1) terdiri daripada satu ayat utama dan dua ayat kecil yang dipancangkan ke dalam ayat utama. (2) Atan menampar budak itu. (3) Atan cepat naik angin (4) Budak itu suka mengintai orang kampung. Perhatikan pula contoh yang berikut:

Lihat contoh berikut:

Sesuatu telah menyebabkan kebakaran itu. Jika sesuatu itu diterangkan sebagai Mancis api atau pembuangan putung rokok merata-rata'', maka ayat komplemen dapat dibina dengan menggunakan ayat kecil pada subjek ayat utama.

( 1) Jefri membeli novel Samad Said yang baru dipasarkan (2) Jefri membeli novel Samad Said (3) Novel Samad Said baru dipasarkan.

Bahawa mancis api telah menyebabkan kebakaran itu. Bahawa pembuangan putung rokok merata-rata telah menyebabkan kebakaran.

Prehatikan lagi contoh berikut: Ayat (3) telah dipancangkan dalam objek ayat utamaayat kecil dengan menggugurkan Novel Samad Said dan penggunaan kata yang. dan dijadikan

Lihat contoh berikut: Sesuatu telah menyebabkan kebakaran itu. Jika sesuatu itu diterangkan sebagai Mancis api'' atau pembuangan putung rokok merata-rata'' , maka ayat komplemen dapat dibina dengan menggunakan ayat kecil pada subjek ayat utama. Bahawa mancis api telah menyebabkan kebakaran itu. Bahawa pembuangan putung rokok merata-rata telah menyebabkan kebakaran.

Ayat Relatif
Ayat relatif terdiri daripada satu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau lebih klausa terikat atau ayat kecil. Ayat kecil dipancangkan ke dalam subjek ayat utama atau predikat ayat utama dengan menggunaka kata hubung. Perhatikan contoh berikut: 1) Kanak-kanak yang cedera itu rupa-rupanya anak Pak Samad. (2) Kanak-kanak itu rupa-rupanya anak Pak Samad. (3) Kanak-kanak itu cedera.

Ayat (3) telah dipancangkan kepada subjek ayat utama dan dijadikan ayat kecil dengan menggugurkan ``kanak-kanak itu'' dan menggunakan kata hubung yang.

(1). Atan yang cepat naik angin menampar budak yang suka mengintai orang kampung itu. Ayat (3) dipancangkan kepada subjek ayat utama dalam ayat (1) dan ayat (4) dipancangkan kepada objek ayat utama. Kesimpulannya, ayat (1) terdiri daripada satu ayat utama dan dua ayat kecil yang dipancangkan ke dalam ayat utama. (2) Atan menampar budak itu. (3) Atan cepat naik angin (4) Budak itu suka mengganggu orang kampung.

( 1) Jefri membeli novel Samad Said yang baru dipasarkan (2) Jefri membeli novel Samad Said

(3) Novel Samad Said baru dipasarkan . Prehatikan lagi contoh berikut: Ayat (3) telah dipancangkan dalam objek ayat utama dan dijadikan ayat kecil dengan menggugurkan Novel Samad Said dan penggunaan kata yang.

Ayat Pancangan Komplemen

Ayat majmuk komplemen ialah ayat utama yang dipancangkan dengan ayat kecil yang seterusnya menjadi komplemen kepada ayat utama. Perhatikan contoh berikut: Dia memberitahu sesuatu Jika sesuatu itu diterangkan sebagai giginya sakit'' atau membeli baju baru'' atau akan bertolak ke Kuala Lumpur esok'' maka ayat komplemen dapat dibentuk dengan menggunakan kata hubung bahawa atau yang.

Dia memberitahu giginya sakit Dia memberitahu membeli baju baru Dia memberitahu akan bertolak ke Kuala Lumpur esok. Ayat kecil yang ditaip tebal dalam contoh di atas merupakan objek kata kerja transitif. Selain itu, subjek juga boleh diterangkan sebagai ayat kecil dan menjadi komplemen ayat utama.

Sesuatu telah menyebabkan kebakaran itu. Jika sesuatu itu diterangkan sebagai Mancis api'' atau pembuangan putung rokok merata-rata, maka ayat komplemen dapat dibina dengan menggunakan ayat kecil pada subjek ayat utama .

Bahawa mancis api telah menyebabkan kebakaran itu. Bahawa pembuangan putung rokok merata-rata telah menyebabkan kebakaran. Lihat contoh berikut: Sesuatu telah menyebabkan kebakaran itu. Jika sesuatu itu diterangkan sebagai Mancis api'' atau pembuangan putung rokok merata-rata'' , maka ayat komplemen dapat dibina dengan menggunakan ayat kecil pada subjek ayat utama.

Bahawa mancis api telah menyebabkan kebakaran itu. Bahawa pembuangan putung rokok merata-rata telah menyebabkan kebakaran.

Ayat Majmuk Pancangan Keterangan Ayat majmuk keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat utama dan satu atau lebih ayat kecil yang bertugas sebagai keterangan kepada predikat. Contoh: Pemain hoki negara gagal kerana tidak bersedia. Oleh sebab dia memandu terlalu laju, Atan menerima empat saman. Ayat kecil dalam ayat majmuk keterangan menerangkan kata kerja dalam ayat utama, iaitu Pemain hoki negara gagal dan Atan menerima empat saman. Ayat majmuk keterangan dibina untuk pelbagai tujuan dengan menggunakan kata hubung yang terte Ayat majmuk keterangan dibina untuk pelbagai tujuan dengan menggunakan kata hubung yang tertentu.

Contoh-contoh kata hubung dalam ayat keterangan : kerana, oleh, sebab, lantaran, hingga sehingga, jika, kalau, sekiranya, andainya, setelah, tatkala, sementara, ketika, sambil, agar, supaya, kalau-kalau, untuk, bagi, demi, dengan, sungguhpun, walaupun, meskipun, sekalipun, seperti, bagai, macam, bak, umpama.

Ayat Majmuk Campuran Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat. Ayat ini mungkin terdiri daripada ayat tunggal dan ayat majmuk gabungan atau ayat majmuk pancangan. Biasanya, ayat jenis ini panjang. Panjang pendek bukanlah kriteria ayat majmuk campuran tetapi bilangan subjek dan predikatnya atau bilangan klausanya. Perhatikan contoh-contoh di bawah. Klausa utama ditandakan `U' dan bilangannya dinomborkan, ayat kecil ditandakan 'K' dan bilangannya dinomborkan. contoh 1 : Negara mengalami masalah ekonomi (U1) tetapi keadaannya bertambah baik (U2) apabila pertumbuhan eknomi mula berkembang semula (K1). (Ayat campuran ini terdiri daripada ayat gabungan dan ayat keterangan waktu, atau dua ayat utama dan satu ayat kecil. contoh 2: Apabila kami tiba di Langkawi (K1) kami disambut oleh jawatankuasa (U1) dan kami diperkenalkan kepada Pegawai Daerah (U2) serta ahli Jawatankuasa Kemajuan Kampung (U3). (Ayat campuran terdiri daripada tiga ayat utama dan satu ayat kecil)

contoh 3: Ketika pihak bomba sampai (K1) kebakaran itu mula merebak (U1) walaupun penduduk di situ cuba mengawal api (K2). (Ayat campuran yang mengandungi satu klausa utama dan dua ayat kecil; atau ayat tunggal dengan ayat keterangan waktu dan keterangan pertentangan). contoh 4: Projek-projek besar kerajaan diharap menjana pertumbuhan ekonomi negara (U1) dengan meluaskan pekerjaan (K1) serta menggerakkan pelbagai sektor ekonomi pembinaan (K2) selain menyediakan infrastruktur negara (U2). (Ayat campuran yang terdiri daripada ayat gabungan ayat keterangan cara).

*Ayat Tunggal

Ayat tunggal ialah ayat terbentuk daripada satu klausa , iaitu ayat yang terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Ayat dasar juga adalah ayat tunggal, tetapi bukan semua ayat tunggal dapat dianggap sebagai ayat dasar. Ayat dasar merupakan ayat tunggal jenis ayat penyata dalam ragam ayat aktif. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis. Contoh : Lelaki itu /sedang menembak burung. Subjek = Lelaki itu Predikat = sedang menembak burung .

Ayat-ayat berikut ialah contoh ayat-ayat tunggal (subjek ditebalkan. Selainnya ialah predikat).

Ibu negara Malaysia Kuala Lumpur. Gunung Kinabalu gunung tertinggi di Asia Tenggara. Di dalam almari tali leher ayah.(pasif) Nama encik siapa? Berapakah keuntungan kita hari ini?

Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Subjek ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif. Begitu juga dengan predikat ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama.

*Ayat Majmuk

1. Terdiri daripada lebih daripada satu klausa. 2. Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayat tunggal disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya dan lain-lain. 3. Ayat majmuk terdiri daripada (a) ayat majmuk gabungan (b) ayat majmuk pancangan (c) ayat majmuk campuran

Ayat Majmuk Gabungan

1. Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat tunggal yang setara sifatnya yang digabungkan dengan menggunakan kata hubungdan, atau,tetapi, serta, lalu dan sebagainya. seperti 2. Koma digunakan jika gabungan terdiri daripada tiga atau lebih klausa . 3. Ayat majmuk gabungan terbahagi kepada (i) gabungan yang susunan fakta-faktanya berurutan dengan menggunakan kata hubung gabungan seperti dan,lalu, lagi serta dan sambil. (ii) gabungan yang susunan fakta-fakta membawa maksud yang bertentangan, dengan menggunakan kata hubungan seperti tetapi, sebaliknya, padahal dan sebagainya digunakan

Contoh 1 (1) Aminah pandai menyanyi dan menari. (2) Aminah pandai menyanyi. (3) Aminah pandai menari.

Ayat yang (1) berasal daripada ayat (2) dan (3). Kedua-dua ayat (2) dan (3) dihubungkan dengan menggunakan kata hubung dan.

Contoh 2 (1) Pengetahuan pemidato itu sempit, hujah-hujahnya cetek serta contoh-contoh yang dinyatakan tidak menarik. (2) Pengetahuan pemidato itu sempit. (3) Hujah-hujahnya cetek. (4) Contoh-contoh yang dinyatakan tidak menarik.

Ayat (1) berasal daripada daripada ayat-ayat (2), (3) dan (4). Ketiga-tiga ayat digabungkan menjadi satu ayat dengan menggunakan koma dan kata hubung serta.

Ayat Majmuk Pancangan


1. Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang dibentuk oleh klausa yang tidak setara. 2. Dalam ayat berkenaan terdapat satu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau lebih klausa tak bebas atau ayat kecil. 3. Ayat kecil dipancangkan dalam ayat utama dengan menggunakan kata hubungan seperti yang, bahawa, kerana, jika, apabila, sungguhpun dan sebagainya. 4. Dalam Bahasa Melayu, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu: (a) ayat majmuk pancangan relatif (b) ayat majmuk pancangan komplemen (c) ayat majmuk pancangan ayat keterangan.

*Ayat Majmuk Pancangan Relatif 1. Ayat relatif terdiri daripada satu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau lebih klausa terikat atau ayat kecil. 2. Ayat kecil dipancangkan ke dalam subjek ayat utama atau predikat ayat utama dengan menggunakan kata hubung. 3. Perhatikan contoh berikut: (1) Kanak-kanak itu cedera. (2) Kanak-kanak itu rupa-rupanya anak En. Azman. (3) Kanak-kanak yang cedera itu rupa-rupanya anak En. Azman. Ayat (3) telah dipancangkan kepada subjek ayat utama dan dijadikan ayat kecil dengan menggugurkan kanak-kanak itu dan menggunakan kata hubung yang.

(1) Jefri membeli novel A. Samad Said. (2) Novel A. Samad Said baru dipasarkan. (3) Jefri membeli novel A. Samad Said yang baru dipasarkan. Ayat (3) telah dipancangkan dalam objek ayat utama dan dijadikan ayat kecil dengan menggugurkan Novel Samad Said dan penggunaan kata yang.

*Ayat Majmuk Pancangan komplemen 1. Ayat majmuk komplemen ialah ayat utama yang dipancangkan dengan ayat kecil yang seterusnya menjadi komplemen kepada ayat utama. 2. Ayat majmuk pancangan komplemen ditandai oleh penggunaan kata hubung komplemen bahawa dan untuk. Contohnya: a). Ketua Pengarah Kesihatan mengumumkan bahawa kematian akibat wabak denggi semakin meningkat . b). Pengetua menjelaskan bahawa kelas tambahan akan mula diadakan pada bulan Mac. c). Sungguh sukar untuk saya melengkapkan tugasan itu . 3. Bahagian yang bergaris dalam ayat di atas ialah ayat komplemen, iaitu yang berfungsi sebagai objek tepat kepada kata kerja transitif seperti mengumumkan dan menjelaskan, selain menjadi pelengkap kepada ayat utama.

4. Terdapat kata kerja transitif lain yang perlu diikuti oleh ayat komplemen yang berfungsi sebagai objek supaya maksud ayat tersebut lengkap, antaranya; menafikan, menyatakan, menyebut, menegaskan, mengharapkan, menyedari, mengakui,melaporkan, mengesahkan . 5. Selain menjadi objek, ayat komplemen juga menjadi pelengkap kepada frasa kerja tak transitif yang lazimnya menggunakan imbuhan ber-... contohnya; a). Mereka berpendapat bahawa masalah itu telah selesai. b). Kami beranggapan bahawa penyelesaian itu hanya sementara . 6. Bahagian yang bergaris dalam ayat di atas ialah ayat komplemen, iaitu yang berfungsi sebagai pelengkap kepada frasa kerja tak transitif seperti berpendapat dan beranggapan.

7. Terdapat sebilangan kata kerja tak transitif lain yang perlu diikuti oleh ayat komplemen yang berfungsi sebagai pelengkap supaya maksud ayat tersebut lengkap, antaranya; bermaksud, berpendirian, berpandangan, berfahaman, bersetuju, berharap. 8. Kesimpulannya, ayat pancangan komplemen berfungsi sebagai objek dan pelengkap, berdasarkan kata kerja atau frasa kerja dalam ayat utama.

*Ayat Majmuk Pancangan Keterangan 1. Ayat majmuk keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat utama dan satu atau lebih ayat kecil yang bertugas sebagai keterangan kepada predikat. 2. Contoh-contoh kata hubung dalam ayat keterangan : kerana, oleh, sebab, lantaran, hingga sehingga, jika, kalau, sekiranya, andainya, setelah, tatkala, sementara, ketika, sambil, agar, supaya, kalau-kalau, untuk, bagi, demi, dengan, sungguhpun, walaupun, meskipun, sekalipun, seperti, bagai, macam, bak, umpama. 2. Ayat majmuk pancangan keterangan terbahagi kepada lapan jenis. (a) Keterangan akibat, contoh : 1. Murid-murid itu bermain hingga lupa hendak waktu rehat telah habis. 2. Angin terlalu kencang hingga banyak pokok yang tumbang. (b) Keterangan musabab, contoh : 1. Beberapa buah rumah di pantai timur musnah kerana dilanda ribut dan puting beliung. 2. Oleh sebab salah faham Azli dan adiknya sering bergaduh. 3. Pemain hoki negara gagal kerana tidak bersedia. (c) Keterangan syarat, contoh : 1. En. Azmi akan membawa anak-anaknya pergi melancong kalau mereka lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan. 2. Pihak sekolah akan mengambil tindakan tegas terhadap pelajar yang bersalah itu sekiranya tuduhan itu benar. (d) Keterangan waktu, contoh : 1. Dia hidup senang setelah menjalankan perniagaan sendiri. 2. Ketika remaja lagi bakat kepemimpinanya sudah terserlah. (e) Keterangan pertentangan, contoh: 1. Dia masih belum mendapat pekerjaan walaupun telah berusaha bersungguh-sungguh. 2. Sungguhpun gagal ke peringkat akhir, dia tetap berpuas hati akan prestasinya.

(f) Keterangan harapan, contoh: 1. Dia bekerja denan gigih supaya dapat membaiki taraf hidup keluarganya. 2. Program kitar semua diperkenalkan agar alam sekitar negara tidak tercemar. Contoh: Pemain hoki negara gagal kerana tidak bersedia. Oleh sebab dia memandu terlalu laju, Atan menerima empat saman. Ayat kecil dalam ayat majmuk keterangan menerangkan kata kerja dalam ayat utama, iaitu : Pemain hoki negara gagal dan Atan menerima empat saman. Ayat majmuk keterangan dibina untuk pelbagai tujuan dengan menggunakan kata hubung yang tertentu.

Ayat Majmuk Campuran


Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, iaitu yang terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan jenis ayat majmuk dengan menggunakan pelbagai kata hubung. Contoh: a. Orang Malaysia memang terkenal di seluruh dunia dengan sifat lemah lembut serta sopansantun yang tinggi nilainya lagi mulia. Ada beberapa jenis ayat kecil yang membentuk ayat majmuk di atas iaitu: 1. Orang Malaysia memang terkenal di seluruh dunia. 2. Orang Malaysia memang terkenal dengan sifat lemah lembut. 3. Orang Malaysia memang terkenal dengan sopan santun yang tinggi nilainya lagi mulia.

PROSES PENERBITAN AYAT

KONSEP AYAT TERBITAN


1. Struktur permukaan berpunca daripada suatu ayat yang lain kecuali menyerupai ayat dasar.Wujud pada peringkat struktur dalaman dan wujud dalam bentuk yang serupa. 2. Proses gramatis melibatkan pelaksanaan rumus transformasi yang berfungsi mengubah struktur memperluas sesuatu unsur dalam ayat atau frasa. 3. Proses transformasi mengakibatkan pengguguran,penyusunan dan perluasan.

PROSES PENGGUGURAN 1. Pengguguran unsur-unsur daripada binaan ayat pada peringkat struktur permukaan unsur yang digugurkan tidak lagi wajib.

Pengguguran FN sebagai subjek 1. Kata ganti nama diri orang kedua dalam ayat perintah. Contoh: Awak semua pergi dari sini = Pergi dari sini. 2. Pengguguran subjek serupa dalam kata majmuk. Contoh: Dia sangat pandai kerana dia rajin belajar = Dia sangat pandai kerana rajin belajar.

Pengguguran frasa predikat 1. FK yang serupa. Contoh: Adik Ali belajar di England dan sepupunya belajar di England. = Adik Ali dan sepupunya belajar di England.

2. FN yang serupa. Contoh: Bendera Malaysia lambang negara dan lagu kebangsaan lambang negara. = Bendera Malaysia dan lagu kebangsaan lambang negara . 3. FA yang serupa. Contoh: Adik saya sangat rajin, Adik Ali sangat rajin = Adik saya dan adik Ali sangat rajin. 4. Frasa Sendi Nama yang serupa. Contoh: Dia masih di kampung dan isterinya masih di kampung = Dia dan isterinya masih di kampung. 5. Pengguguran bahagian-bahagian frasa predikat. (i) Pengguguran oleh FN dalam ayat pasif. Contoh: Dia dipukul oleh bapanya = Dia dipukul . (ii) Pengguguran kata bantu yang serupa. Contoh: Dia boleh menyanyi dan dia boleh menari = Dia boleh menyanyi dan menari. (iii) Penggunaan FN sebagai objek yang serupa . Contoh: Daud memukul penjahat itu dan Daud menumbuk penjahat itu = Daud memukul dan menumbuh penjahat itu. (iv) Penggunaan FN sebagai objek selepas KK yang membawa makna adjektif. Contoh: Kejadian itu sunguh menakjubkan kami = Kejadian itu sunguh menakjubkan.

(v) Pengguguran FN yang menduduki frasa relatif. Contoh: Orang tua itu datuk Azmi .Orang tua itu memakai songkok = Orang tua yang memakai serban itu datuk Azmi. vi) Pengguguran KN yang berfungsi sebagai inti dalam FN FN penerangan bukan daripada kelas KN. KN boleh digugurkan. Contoh : kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan = Bersenam boleh menyihatkan badan.

PROSES PENYUSUNAN SEMULA 1. Ayat asal diubah susunannya dan diterbitkan semula dalam satu struktur ayat gramatis yang baharu. 2. Mengakibatkan perubahan kata-kata lain pada ayat yang diterbitkan. 3. Tidak membawa perubahan pada makna ayat. 4. Penyusunan semula. (i) Berlaku melalui proses transformasi pasif. Contoh: Ali memendang bola itu = Bola itu di tendang oleh Ali . (ii) Penyusunan semula FN sebagai objek (iii) Mengandungi objek tepat dan objek sipi. Contoh: Ali menghadiahi Ahmad sebuah buku = Ali menghadiahkan sebuah buku kepada Ahmad . (iv) Penyusunan semula melalui ayat songsang. (v) Mengandungi keterangan tempat,masa, syarat dan musabab. Contoh: Orang tua itu pergi ke sungai = Ke sungai orang tua itu pergi.

PROSES PELUASAN 1. Penambahan unsur-unsur dalam ayat yang baharu disebut peluasan ayat. Peluasan FN sebagai subjek Diluaskan melalui pemancangan ayat relatif. Contoh: Budak itu adik saya. Budak itu membaca buku = Budak yang membaca buku itu adik saya.

2. Peluasan frasa predikat FN direlativisasikan berfungsi sebagai subjek.Ayat akan di pancangkan. Contoh: Ali mengusik budak itu.Budak itu cantik = Ali mengusik budak yang comel itu.

3. Peluasan dengan kata hubung. Proses pengabungan ayat melibatkan 2 konstituen yang sama. Menggunakan kata hubung seperti dan,tetapi,kerana, jika dan walaupun, menghasilkan ayat terbitan bersifat peluasan. Contoh: Ali pergi ke sekolah. Osman pergi ke sekolah = Ali dan Osman pergi ke sekolah.

4. Peluasan melalui proses komplementasi. Proses pengubahan ayat menjadi FN dan memancang pada ayat yang lain menghasilkan peluasan kepada ayat. Contoh: Dia melaporkan sesuatu.Ali sakit tenat = Dia melaporkan bahawa Ali sakit tenat.

Ragam Ayat
Dalam penggolongan kata, kata kerja terdiri daripada dua jens, iaitu kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif. Kata kerja tak transitif ini pula ada dua bentuk, iaitu aktif dan pasif. Ayat yang menggunakan kata kerja transitif aktif mengandungi subjek dan predikt yang mengandungi objek. Dengan menggunakan imbuhan pasif di- atau kata bantu pasif kena, ayat transitif aktif dapat ditukar ragamnya menjadi ayat pasif. Di samping itu, ayat aktif yang subjeknya terdiri daripada kata ganti diri orang pertama ( seperi saya, kami aku) dan orang kedua (seperti awak, kamu, engkau, anda) , kata ganti nama berkenaan boleh digunakan sebagai penanda pasif pada dasar kata kerja. Ayat Aktif Predikat Frasa Nama Kata kerja (Objek) memotong rumput melanggar tembok meratah Ayat Pasif Predikat Frasa Nama Kata Kerja (Objek) dipotong oleh Pak Ali. terlanggar oleh kereta itu. kena ratah oleh kucing itu.

Subjek Frasa Nama Pak Ali Kereta itu Kucing itu

Subjek Frasa Nama

Rumput Tembok itu Ayam goreng ayam goreng itu itu

Ayat aktif mementingkan frasa nama yang menjadi subjek, iaitu cikgu, kereta itu dan kucing itu. Ayat yang sama apabila dipasifkan, mementingkan objek ayat aktif , yakni rumput, tembok itu dan ayam goreng itu, dan oleh sebab itu, objek tadi dijadikan subjek ayat pasif. (lihat jadual di atas) Dalam hal ini berlaku perubahan peranan kepada frasa nama.

Susunan Ayat
Ayat bukan sahaja dapat dilihat dari segi unsur yang mendirika ayat tetpi juga dari segi susunan unsur-unsur itu. JIk dilihat dari sudut ini, ayat terbahagi kepada dua bentuk, iaitu susunan biasa dan susunan songsang. Ayat susunan biasa ialah ayat yang mendahulukan subjek dan mengemudiankan predikat. Ayatayat dasar yang telah dibincangkan ialah ayat susunan biasa. Jika susunan biasa itu diubah dan predikat didahulukan, maka ayat demikian dikatakan ayat songsang. Pendepanan boleh melibatkan bahagian-bahagian tertentu pada predikat, iaitu frasa kerja, frasa adjektif, atau frasa sendi nama. Perhatikan contoh-contoh di bawah. Adik-adik saya mandi lagi di sungai itu. Mandi lagi adik-adik saya di sungai itu (FK mandi lagi -didepankan).

Ahmad ke Langkawi dengan keluarganya. Ke Langkawi Ahmad dengan keluarganya (FS ke Langkawi didepankan).

Nota Tambahan Susunan Ayat SUSUNAN ayat bermaksud kedudukan subjek dan predikat dalam ayat. Setiap ayat terdiri daripada binaan subjek dan predikat. Susunan ayat dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua, iaitu susunan biasa dan susunan songsang. Susunan biasa ialah binaan ayat yang subjeknya terletak di hadapan ayat, diikuti oleh predikat. Contohnya:

1. Aiman sedang membaca majalah. Dalam ayat (i), subjeknya ialah Aiman, yang kedudukannya di bahagian awal ayat. Sementara predikatnya ialah membaca majalah yang hadir selepas subjek, yakni di bahagian belakang ayat. Inilah susunan ayat yang dikatakan susunan biasa Mengikut rumus tatabahasa bahasa Melayu, bahagian yang di hadapan ayat itu yang dianggap lebih penting, lalu dijadikan sebagai judul. Dalam hal ini, subjeklah yang lebih penting, iaitu Aiman. Bahagian lain dalam ayat itu, iaitu predikat hanya memberikan keterangan kepada Aiman atau subjek ayat. Bentuk ini bertepatan dengan hukum D-M dalam bahasa Melayu. Apakah maksud hukum D-M ini? D bermaksud unsur yang diterangkan, manakala M pula bermaksud unsur yang menerangkan, yakni menerangkan unsur D. Maka susunan ayat dalam bahasa Melayu yang biasa mematuhi peraturan ini, iaitu peraturan subjek diikuti oleh predikat. Namun demikian, dalam penggunaan bahasa sehari-hari, kadang-kadang kita menekankan bahagian predikat dan tidak bahagian subjek ayat. Oleh itu, bahagian predikat dibawa ke hadapan, manakala bahagian subjek dibawaka ke belakang, iaitu berada selepas predikat. Dengan mengambil ayat (1) sebagai contoh, maka predikat ayat sedang membaca majalah kita tukarkan susunannya. Maka lahirlah ayat berikut: 2. Sedang membaca majalah/ Aiman. Susunan sedemikian, iaitu predikatnya mendahului subjek, dikatakan susunan songsang. Dari segi rumus tatabahasa, bentuk susunan ayat yang begini masih gramatis. Tetapi kedudukan subjeknya telah berubah daripada kedudukan yang biasa. Inilah yang dimaksudkan dengan ungkapan songsang, iaitu dilihat dari segi perubahan yang berlaku pada susunan subjek-predikatnya. Pada hakikatnya, tujuan penyongsangan ayat adalah untuk memberi tekanan kepada predikat, dan tidak pada subjek. Dalam ayat songsang, predikat ayat dianggap lebih penting, dan oleh itu menjadi bahagian yang diterangkan (D). Harus diingat, dalam susunan ayat songsang, tidak semua unsur dalam predikat ayat dikedepankan. Dengan kata-kata lain, penyongsangan boleh berlaku sama ada pada seluruh predikat atau hanya pada bahagian-bahagian tertentu sahaja. Dalam ayat contoh (2), seluruh predikat telah dikedepankan, iaitu sedang membaca majalah. Tetapi dalam susunan biasanya, ayat itu boleh dipanjangkan menjadi ayat (3) berikut: 3. Aiman sedang membaca majalah di biliknya. Dalam ayat (3), terdapat maklumat tambahan, iaitu unsur tempat (di biliknya).

Terdapat dua cara untuk menyongsangkan susunan ayat ini. Satu cara adalah dengan mengedepankan seluruh predikat lalu menghasilkan ayat (3a) seperti yang berikut: 3. (a) Sedang membaca majlah di biliknya Aiman Dalam ayat ini seluruh maklumat dalam predikat dianggap penting. Cara yang kedua adalah dengan menganggap hanya fakta sedang membaca majalah sahaja yang penting, lalu membawa hanya bahagia tersebut ke hadapan. Maka lahirlah ayat (3b): 3. (b) Sedang membaca majalah, Aiman, di biliknya. Demikianlah susunan ayat dalam bahasa Melayu. Unsur ini menjadikan ayat bahasa Melayu pelbagai dan lebih menarik, selain menimbulkan kesan keindahan. Unsur penyongsangan ayat juga merupakan satu sifat bahasa Melayu jati dan harus kita fahami dan kuasai.

Você também pode gostar