Você está na página 1de 13

MASALAH PEMBELAJARAN AUTISME (AUTISM SPECTRUM DISORDER)

DEFINISI

Autisme didefinasikan sebagai kanak-kanak yang berada dalam dunianya sendiri atau menurut Leo Kanner (1943) sebagai individu yang tidak berkeupayaan menyesuaikan diri mereka secara normal dengan persekitaran. Menurut kajian Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) menjelaskan maksud Autisme seperti berikut:Autisme adalah satu kekurangan seumur hidup dan menampakkan kesannya dalam masa 30 bulan yang pertama seseorang bayi. Komunikasi antara mereka adalah terbantut dan mereka tidak dapat berhubung dengan secara langsung. Mereka juga mempunyai masalah tingkah laku. Individu autisme mempunyai kelebihan intelek yang luas. Kerap kali mereka menunjukkan kelebihan dalam bidang matematik atau kemahiran makenikal ataupun dalam seni muzik, rote memory dan lain-lain.

Istilah autisme berasal dari perkataan autos yang bermakna diri sendiri dan isme yang bermaksud aliran. Ini bermakna autism membawa maksud kanak-kanak berada dalarn dunianya sendiri. Makna autism yang lebih perinci diperkenalkan oleh Leo Kanner. Pada tahun 1943, Leo Kanner telah mengenal pasti tanda-tanda yang menunjukkan ciri-ciri

autisme. Beliau telah mengkaji 11 kanak-kanak dan mengatakan mereka sebagai individu yang tidak berkeupayaan menyesuaikan diri mereka secara normal dengan situasi dan juga orang lain.Kanner menggunakan istilah autistic yang bermakna "lari dari reality" untuk menjelaskan keadaan ini. Perkataan autistic dipinjam daripada istilah yang digunakan untuk menjelaskan schizophrenia yang bermakna "mengelak daripada perhubungan". Namun Kanner membezakan autisme daripada schizophrenia dalam tiga aspek iaitu mengasingkan diri secara melampau sejak dari kecil, terlalu sayang kepada sesuatu objek tertentu, dan keinginan yang sangat kuat untuk bersendirian.
1

FAKTOR-FAKTOR AUTISME

Aspek genetik, adik-adik kepada individu autistik lebih berisiko mengalami autisme berbanding orang lain, terutama bagi pasangan kembar seiras. Selain itu, autisme juga sering dikaitkan dengan kecelaruan genetik dan masalah yang berkaitan dengan perubatan seperti Fergile X syndrome, Tuberous Sclerosis dan Phenylketonuria (PKU). Masalah sebelum dan selepas kelahiran juga boleh menyebabkan autisme. Diantaranya adalah seperti jangkitan rubella semasa dalam kandungan ibu, encephalitis, kekurangan oksigen semasa lahir, keracunan makanan dan bengkak cantik (mumps). Susunan kedudukan adik beradik juga boleh menyumbang kepada masalah autisme, iaitu anak sulung dalam keluarga yang

mempunyai dua anak, anak yang keempat atau yang berikutnya bagi keluarga yang mempunyai empat atau lebih (Gargiulo, 2003). Berkaitan dengan fungsi otak, terdapat bukti yang kukuh bahawa ketidakfungsian cereblum, limbic system dan temporal lobe dan cortex terjadi kepada individu autisme. kemungkinan juga

Kewujudan autisme juga dikaitkan dengan faktor kecelaruan autoimmune dan juga persekitaran. Dalam sesetengah keluarga yang mempunyai anak autisme, ketidakfungsian pelalian (immune dysfunstion) akan berkait dengan beberapa faktor persekitaran yang boleh menyebabkan autisme. Terutamanya alahan kepada makanan seperti susu dan gandum yang tidak dapat dicernakan dengan baik. Terdapat lebih dari 60% kanak-kanak autistik mempunyai sistem pencernaan yang kurang baik. Makanan seperti susu berasaskan haiwan dan tepung gandum tidak dapat dicerna dengan baik dan menyebabkan protien daripada makanan ini tidak bertukar menjadi asid amino ataupun pepton, iaitu bentuk rantaian yang mana akhirnya dibuang memlalui kencing. Bagi kanak-kanak autistik, pepton ini diserap kembali oleh tubuh, memasuki aliran darah, terus ke otak dan diubah menjadi morfin iaitu casomorfin dan gliadrofin yang merosakkan sel-sel otak dan menyebabkan fungsi otak

terganggu. Fungsi otak yang terganggu adalah yang melibatkan fungsi kognitif, komunikasi reseptif, tumpuan perhatian dan tingkah laku (Jamila K.A. Mohamed, 2005).

CIRI-CIRI AUTISME

Jamila K.A. Mohamed (2005), telah menggabungkan kesemua ciri kanak-kanak autisme dan dibahagikan kepada enam bidang iaitu:

i. Komunikasi iaitu kanak-kanak autisme menunjukkan ciri-ciri komunikasi seperti berikut: Perkembangan bahasa lambat ataupun tiada langsung. Kelihatan seperti bermasalah pendengaran dan tidak mengendahkan apa yang dikatakan oleh orang lain. Jarang menggunakan bahasa. Sukar diajak bercakap. Kadang kala dapat menuturkan sesuatu tetapi buat seketika sahaja. Perkataan atau jawapan yang dituturkan tidak sesuai dengan pertanyaan. Mengeluarkan bahasa yang tidak difahami. Meniru perbualan ataupun nyanyian tanpa mengerti maksudnya. Suka menarik tangan orang lain apabila meminta sesuatu.

ii. Interaksi Sosial iaitu interaksi sosial kanak-kanak autisme dapat digolongkan sebagai sangat sukar dan ekstrem:

Suka bersendirian. Tiada perhubungan mata (eye contact) dan sentiasa mengelak daripada memandang orang lain. Tidak gemar bermain dengan rakan dan sering menolak ajakan rakan. Suka menjauhkan diri dan duduk di suatu sudut.

iii. Gangguan Deria iaitu kanak-kanak autisme mempunyai ciri-ciri : Sensitif pada sentuhan. Tidak suka dipegang ataupun dipeluk. Sensitif dengan bunyi yang kuat dan menutup telinga. Suka mencium dan menjilat mainan atau benda lain.

iv. Pola Bermain autisme ditunjukkan seperti berikut: Tidak suka bermain seperti rakan-rakan sebayanya. Tidak bermain mengikut cara biasa, dan suka memutar-mutar ataupun melambung-lambung dan menyambut mainan atau apa saja yang dipegangnya. Suka dengan objek-objek yang berputar seperti kipas angin. Apabila menyukai sesuatu benda, terus dipegang dan dibawa ke mana sahaja.

v. Tingkah Laku kanak-kanak autisme adalah seperti berikut: Sama ada hiperaktif ataupun hippoaktif.
4

Melakukan perbuatan atau pun gerakan yang sama dan berulang-ulang seperti bergoyanggoyang, mengepak-ngepak tangan dan menepuk- nepuk tangan, berlari atau berjalan mundar mandir. Tidak suka pada perubahan (daripada apa yang sedang dilakukannya). Dapat duduk dengan lama tanpa berbuat apa-apa dan tanpa sebarang reaksi.

vi. Emosi kanak-kanak autisme sangat sukar diramal dan berubah-rubah. Diantaranya ialah: Sering marah, ketawa dan menangis tanpa sebab, mengamuk tanpa terkawal jika tidak dituruti kemahuannya atau dilarang daripada melakukan sesuatu yang diingininya. Merosakkan apa saja yang ada disekitarnya jika emosinya terganggu. Menyerang sesiapa sahaja berhampirannya jika emosinya terganggu. Adakalanya mencederakan dirinya sendiri. Tiada rasa simpati dan tidak memahami perasaan orang lain.

Perkembangan Kognitif Mempunyai tumpuan yang singkat atau terhad tetapi mereka memberi tumpuan yang berlebihan kepada perkara yang mereka sukai. Keadaan ini dikenali sebagai stimulus overselectivity iaitu perkara atau rangsangan yang menjadi tumpuan secara berlebihan. Mereka mungkin tertarik dan memberi tumpuan kepada satu aspek daripada satu perkara yang sepatutnya dilihat secara menyeluruh. Misalnya warna merah pada barang permainan tanpa mempedulikan bentuk dan kegunaannya. Oleh kerana tumpuan perhatian merupakan peringkat pertama dalam pemerosesan maklumat, maka kegagalan mengenal pasti aspek yang bersesuaian bagi permainan tersebut menyebabkan
5

keupayaan mereka untuk bermain ataupun belajar adalah terhad.berkeupayaan menerima input daripada deria tetapi mereka tidak berupaya memilih maklumat yang penting. Oleh itu maklumat awal ini akan dikekalkan dalam bentuk yang asal (uncoded form). Mengikut kebiasaan proses yang berlaku dalam otak manusia, input yang diterima akan diproses dan disimpan disimpan dalam bentuk ingatan jangka pendek atau ingatan jangka panjang dan akan dikeluarkan semula apabila diperlukan. Namun bagi kanak-kanak autisme mereka tidak boleh mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lama dan juga tidak berupaya membuat penyesuaian terhadap maklumat untuk proses pembelajaran. Kanak-kanak autisme tidak mampu menumpukan perhatian kepada perkara- perkara kecil yang boleh dikaitkan dengan ingatan masa lalu dan dan mengimbas kembali untuk melihat penting yang ada kanak-kanak autistik juga tidak mampu melihat perkaitan antara dua

perkara. Sebab itulah mereka sukar membuat atau memahami jenaka, membuat analogi, dan tidak memahami kiasan. Namun begitu terdapat individu autistik yang mempunyai kemahiran tertentu yang tinggi melebihi ukuran umum misalnya kecerdasan yang tinggi atau mempunyai bakat yang sangat luar biasa, misalnya dalam matematik, seni lukis, dan muzik. Ada di antara mereka yang boleh menyelesaikan masalah matematik yang rumit dalam masa yang singkat, dapat bermain piano hanya dengan mendengarnya sahaja, dan menghasilkan kerja seni seperti lukisan dan ukiran yang sangat cantik. Perkembangan Bahasa Bahasa individu autistik adalah terhad dan tidak fleksibel. Bagi yang boleh bertutur mereka banyak bergantung kepada ingatan secara hafalan daripada menggunakan peraturan asas bahasa secara kreatif. Tajuk perbualan adalah terhad disamping bermasalah dalam bahasa badan (gesture) yang bersesuaian. Masalah bahasa kanak-kanak autistik dapat dibahagikan seperti berikut :

Bahasa individu autistik adalah terhad dan tidak fleksibel. Bagi yang boleh bertutur mereka banyak bergantung kepada ingatan secara hafalan daripada menggunakan peraturan asas bahasa secara kreatif. Tajuk perbualan adalah terhad disamping bermasalah dalam bahasa badan (gesture) yang bersesuaian (a) Nonsegmental Phonology Kanak-kanak autistik lemah dalam menghasilkan pertuturan yang nonsegmental atau dikenali juga sebagai prosodi. Kelainan prosodi yang ditunjukkan adalah seperti berikut: (i)Irama yang stereotaip atau berlagu-lagu dengan bunyi yang dipanjangkan secara berlebihan.

(ii)Pengeluaran bunyi vokal yang berubah- ubah turun naiknya dan tidak seperti

biasa.

(iii) Pertuturan yang monotonus dengan nada suara yang terhad.

(iv) Tidak menunjukkan perbezaan dalam intonasi dalam percakapan. Bahasa Idiosinkratik Kanak-kanak autistik dikatakan mempunyai bahasa mereka yang tersendiri, iaitu perkataan dan frasa yang dikeluarkan adalah unik. Semua bentuk bahasa yang dikeluarkan menunjukkan proses semantik yang ganjil dan kekurangan dalam kefahaman. Mereka berkecenderungan mengingati perkataan-perkataan yang mereka belajar pertama kalinya, tetapi gagal membuat generalisasi untuk menggunakan perkataan tersebut dalam situasi yang baharu.

Masalah Kata Ganti Nama Penggunaan kata ganti nama dalam pertuturan kanak-kanak autisme kerap menimbulkan kekeliruan terutamanya yang melibatkan rujukan jantina seperti "he" atau 'she". Kata ganti nama kedua"you" digunakan untuk dirinya dan "I" untuk orang lain. Keadaan ini berlaku kerana kanak-kanak autisme sukar memahami dan menggunakan perkataan yang berubah maknanya mengikut konteks. Ekolalia Ekolalia bermaksud kanak-kanak autisme mengulang-ulang apa yang dicakapkan tanpa niat untuk berkomunikasi dan berlaku secara automatik. Secara kasar kita dapat membezakan jenis ekolalia seperti berikut: Ekolalia serta- merta (immediate ecolalia) - iaitu pengulangan yang tepat dan serta merta apabila perkataan disebut. Ekolalia lewat (delayed ecolalia) - diucapkan agak lewat atau agak lama selepas perkataan disebut. Ekolalia ringan (mitigated} - pengulangan segera tetapi terdapat perubahan apa yang dipertuturkan. Perkembangan Komunikasi. Di antara ciri utama bagi kanak-kanak autistik adalah mereka tidak mempunyai sebarang niat dan keinginan untuk berkomunikasi dengan orang lain. Mereka tidak akan memberitahu atau menunjuk kepada barang yang dikehendaki, sebaliknya memegang tangan bapa atau ibu dan membawanya ke tempat barang itu. Sangat sukar mendapat perhatian mereka ketika bercakap dan mereka juga tidak memberi perhatian terhadap apa yang orang lain sedang lakukan. Kanak-kanak autistik juga sukar memahami bahasa badan dan juga ekspresi orang lain. Sebab itulah mereka tidak dapat mentafsir dengan tepat perasaan orang lain dan kerap memberi tindak balas yang tidak sesuai atau salah.

APA YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH GURU DAN IBU BAPA? Keadaan ini yang selalunya membingungkan ibu bapa, penjaga dan guru. Namun, beberapa strategi boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini iaitu: Mengambil guru tambahan atau sokongan di dalam bilik darjah yang mengajar kemahiran melalui perbuatan sebelum masalah bermula. Guru akan duduk bersama pelajar autisme dan membantu dalam pengajaran dan pembelajaran.. Guru pula perlu memuji tindakan yang baik itu sebelum bertanyakan masalah pelajar. Bagaimanapun, proses ini mengambil masa untuk dilihat kesannya dan perlu bantuan ibubapa dirumah. Gunakan cara yang mudah difahami, contohnya gambar untuk berinteraksi atau susunan jadual. Ajar anak cara sesuai untuk meminta sesuatu dan beri pinjam barang yang dikehendaki ,jika mereka gunakan cara hubungan atau komunikasi yang baik. Jika tidak ia akan mengamuk. Kenal pasti apa yang anak suka atau tidak. Pada peringkat awal, guna bantuan visual selama satu hingga dua minggu, mengikut keupayaan kanak-kanak. Gunakan konsep pembayang awal. Kalau mahu menghentikan sesuatu aktiviti, beri amaran bahawa ia akan ditamatkan dalam masa beberapa minit supaya kanak-kanak itu bersedia. Jangan berhenti mendadak kerana mereka tidak faham konsep masa. Contohnya lagi lima minit kita akan tutup televisyen atau dalam kiraan lima kita akan berhenti bermain. Konsep pembayang awal ini juga memberi peluang kanak-kanak autisme bersedia untuk peralihan aktiviti. Bagi kanak-kanak normal, kepelbagaian rutin akan menambah keseronokan, tapi bagi kanak-kanak autism tidak.

Mereka lebih mudah terima perubahan jika ia sudah dijangka. Jika selepas tempoh tamat dan kanak-kanak tidak mahu melepaskan barang dipegang, guru perlu mengambilnya juga kerana jika tidak, kanak-kanak ini tidak akan faham konsep masa. Pendekatan ini perlu dilakukan secara konsisten sama ada di sekolah . Ajar anak buat kerja yang boleh dilakukan di rumah. Pastikan kerja dilakukan ada tujuan atau manfaat, contohnya meminta mereka membantu mengambil kemas bantal atau buku. Konsep sakit. Ajar anak kenal anggota badan dan sayangkan badan. Ini untuk mengelak mereka mencederakan diri dan proses ini mungkin ambil masa lama untuk difahami. Bina hubungan positif dengan pelajar. Beri peluang anak membuat pilihan, terutama dalam aspek kehidupan mereka. Ini termasuk urutan kerja , sama ada pilihan baju, kedai yang hendak dikunjungi atau aktiviti masa lapang. Ibu bapa perlu bertanya dan berbincang dengan guru mengenai pendekatan digunakan di sekolah supaya ia boleh diteruskan di rumah. IMPLIKASI KEPADA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI DALAM BIIIK DARJAH Pendidikan berfokus kepada kemahiran -kemahiran kesediaan untuk belajar Contoh : Duduk dan memberi perhatian kepada guru Kemahiran psikomotor (penggunaan alat) Kemahiran sosial *Penekanan kemahiran yang dapat membantu mereka berdikari (Membaca notis, suratkhabar dan mengisi borang permohonan) *Bimbing kanak kanak ini mengurus diri ( jadual kerja) *Beri latihan dan peluang untuk mempraktikkan apayang telah dipelajari barang,

10

*Mempraktikkan amalan rutin dalam bilik darjah PERKHIDMATAN INTERVENSI UNTUK KANAK-KANAK AUTISME Proses intervensi bagi kanak-kanak autistik bermula sebaik saja masalah ini dikesan. Tumpuan intervensi pada peringkat pemulaan tertumpu kepada rawatan perubatan dan pengurusan tingkah laku. Rawatan perubatan yang luas digunakan untuk kanak-kanak

autistik adalah penggunaan ubatan Ritalin untuk merawat masalah kurang tumpuan dan hiperaktif. Selain itu, pengambilan vitamin B6 bersama magnesium juga dapat membantu meningkatkan kesedaran dan tumpuan perhatian kanak-kanak autistik. Pengurusan tingkah laku merangkumi pelbagai strategi dan teknik yang digunakan untuk menambah atau mengekalkan tingkah laku sasaran (positif) dan mengurang atau menghapus tingkah laku sesuai. Di antara teknik yang digunakan adalah seperti pengasingan, kejelakan, time-out, shaping, memberi ganjaran dan sebagainya. Perkhidmatan interventif awal sangat penting bagi kanak-kanak autistik untuk membantu mengurangkan masalah autistik yang mereka alami. Selain rawatan perubatan dan pengurusan tingkah laku, perkhidmatan intervensi awal termasuklah pendidikan terancang. Kanakkanak autisme boleh dididik melalui program pendidikan yang bersepadu dan terancang. Keunikan corak pembelajaran mereka adalah disebabkan kepelbagaian atau kerencaman masalah lain yang berkait dengan masalah autisme itu sendiri seperti masalah tingkah laku, emosi, komunikasi, sosial, dan kognitif. Kanak-kanak ini diajar oleh guru-guru yang terlatih dalam bidang Pendidikan Khas. Bagi mencapai objektif pembelajaran kanakkanak autisme ini, semua pihak yang terlibat terutamanya guru-guru hendaklah mempunyai kerjasama yang erat dengan ibubapa murid. Matlamat utama adalah supaya kemahiran dan pendekatan yang diajar di sekolah diteruskan dan diaplikasikan oleh ibubapa di rumah terutamanya dalam aspek pengurusan tingkah laku. Dalam kebanyakkan kes, kanak-kanak yang sudah biasa dengan tingkah laku tertentu yang kurang sesuai mendapati sukar untuk

11

mengubah atau menghentikan tingkah laku tersebut apabila berada di sekolah. Usaha guru untuk mengubah tingkah laku itu tidak akan berjaya sekiranya tidak ada kesinambungan usaha tersebut di rumah oleh ibubapa. Kanak-kanak autisme yang menunjukkan prestasi yang baik di dalam kelasnya diberi peluang untuk meningkatkan lagi keupayaannya melalui program Pendidikan Inklusif. Pelajar ini akan ditempatkan di Kelas Aliran Perdana untuk belajar bersama-sama dengan rakan sebaya lain yang normal. Pada peringkat awal, kanak-kanak ini akan ditemani oleh guru pembimbing. Guru pembimbing akan membantu dan memantau kanak-kanak ini belajar. Kurikulum untuk kanak-kanak autisme adalah sama seperti kanak-kanak berkepeluan khas yang lain juga. Apabila kanak-kanak ini ditempatkan di dalam kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (Bermasalah Pembelajaran), mereka akan belajar mengikut Kurikulum Pendidikan Khas yang disediakan oleh Jabatan Pendidikan Khas. Guru akan menyampaikan pelajarannya mengikut tahap keupayaan murid dan tidak begitu terikat dengan sukatan pelajaran. PENUTUP Penyakit kecacatan pada mental yang memberi kesan sepanjang hidup ini terlalu sukar untuk dipulihkan. Maka, adalah menjadi tanggungjawab kepada semua pihak terutamanya ibu bapa dan guru-guru. Ini adalah untuk mengenal pasti setiap ciri-ciri kanak-kanak autisme ini supaya dapat berhadapan dengan mereka dengan bijak dan menggunakan segala kemahiran yang ada. Peranan ibu bapa juga penting dalam membentuk mereka menjadikan seperti kanak-kanak yang lain. Kesabaran dan ketabahan diperlukan dalam menguruskan kanakkanak autisme ini kerana tanpa kesabaran dan ketabahan yang tinggi menyebabkan kanakkanak ini akan terus cacat seumur hidup mereka.

12

RUJUKAN Jamila K.A. Mohamed (2006). Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak Istimewa. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Kementerian Pendidikan Malaysia (2005). Buku Maklumat Pendidikan Khas : Kuala Lumpur. Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia, (2000). Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah. Modul Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran : Open University Malaysia.

13

Você também pode gostar