Você está na página 1de 3

Apa itu MS Excel?

Microsoft Excel (MS Excel) adalah satu perisian hamparan kerja (spreadsheet) elektronik yang digunakan untuk menyimpan (store) dan memanipulasi (manipulate) data. Data-data ini kemudiannya diproses dan ditayangkan dalam bentuk lebih tersusun seperti jadual, carta atau graf. Ia mampu untuk melakukan sebarang operasi pengiraan Matematik seperti tambah, darab, bahagi dan tolak dengan cepat dan tepat dengan menggunakan fungsi-fungsi pengiraan yang tersedia. Siapa yang menggunakan MS Excel? Sesiapa sahaja yang memerlukan penyimpanan data dalam bentuk baris dan lajur (seperti jadual) harus menggunakan Ms Excel sebagai perisian utama. Apatah lagi bagi mereka yang terlibat dengan kerjakerja pengiraan seperti bidang perakaunan, statistik dan lain-lain lagi.

Surirumah pengiraan belanjawan bulanan, senarai no telefon Guru / Pensyarah jadual sekolah, data pelajar, markah ujian Pelajar kerja-kerja kursus Akauntan penyediaan laporan kewangan Pegawai Bank penyediaan laporan Kerani Ahli Perniagaan Ahli Statistik / Matematik Jurutera Saintis Doktor Peguan Dan ramai lagi

Definasi Hamparan (Spreadsheet) Hamparan digunakan untuk menyimpan (store) dan memanipulasi (manipulate) nombor, teks dan simbol bukan alphanumerics. Terdiri daripada jajaran lajur (column) dan baris (row) yang menyilang menjadikan cell. Cell ini menyimpan data kedalam hamparan. Lajur menegak dikenali dengan huruf, manakala baris melintang dengan angka.

Você também pode gostar