Você está na página 1de 14

Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai HIV/AIDS

Zamzuri Abdul Malik

Majlis AIDS Malaysia

Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai HIV/AIDS


Nota kecil ini ditulis sebagai panduan untuk mengetahui apa itu HIV/AIDS. Segala usaha telah dibuat untuk memastikan fakta dan statistik yang terdapat dalam nota kecil ini tepat dan terkini sehingga tarikh percetakan. Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi :

JABATAN LATIHAN DAN PEMBANGUNAN KAPASITI No 12, Jalan 13/48A, The Boulevard Shop Office Majlis AIDS Malaysia

Off Jalan Sentul, 51000, Kuala Lumpur, Malaysia Tel : +603 4045 1033 | Faks : +603 4042 6133

E-mail : contactus@mac.org.my | Web : www.mac.org.my : MalaysianAIDSCouncil | : myAIDScouncil

Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai HIV/AIDS

o Glossari dan Ringkasan


AIDS ARV BBV Candidiasis CCM CD4 CDC FBO CBO ART Acquired Immune Deficiency Syndrome Antiretroviral Antiretroviral Therapy | Terapi Antiretorviral Blood Borne Virus

A fungal infection which occurs in several places in the body, including the mouth or throat (thrush), in the vagina, or on the skin; a common opportunistic infection in people with HIV. Community Based Organizations CCM Country Coordinating Mechanism | Mekanisma Penyelarasan Negara

A protein receptor embedded in the cell surface of T-lymphocytes, monocytes/ macrophages, Langerhans cells, astrocytes, keratinocytes, and glial cells. HIV invades cells by first attaching to the CD4 receptor molecules. Centers for Disease Control Faith Based Organizations Focus Group Discussion Hepatitis B Virus Enzyme Linked Immunosorbent Assay

ELISA FGD HBV HIV IEC

GFATM HCV HPV LGBT MAC MMT MSM MTCT NSEP PEP PO MAF IDU

Global Fund to Fight AIDS, Tuberculosis & Malaria Hepatitis C Virus

Human Immunodeficiency Virus Human Papilloma Virus Information, Education and Communication Lesbian, Gay, Bisexual and Transsexuals Injecting Drug Users | Pengguna Dadah Suntikan (PDS) Malaysian AIDS Council | Majlis AIDS Malaysia (MAM) Malaysian AIDS Foundation | Yayasan AIDS Malaysia (YAM) Methadone Maintenance Therapy | Terapi Gantian Metadon Men who have sex with Men Mother-to-child Transmission | Jangkitan Ibu Kepada Anak Post Exposure Prophylaxis Needle Syringe Exchange Program | Program Pertukaran Jarum Suntikan People Living with HIV | Orang yang hidup dengan HIV/AIDS (ODHA) Partner Organization | Badan Gabungan Negeri Sexual Transmitted Infection | Jangkitan Kelamin Tuberculosis | Batuk Kering

PLHIV STI TB

STD UNAIDS VCT

Sexual Transmitted Disease | Penyakit Jangkitan Kelamin Joint United Nation s Program on HIV/AIDS

UNGASS WHO

United Nations General Assembly Special Session on HIV/AIDS World Health Organization

Voluntary Counseling and Testing | Ujian dan Kaunseling Secara Sukarela

Majlis AIDS Malaysia |

Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai HIV/AIDS

o Asas HIV dan AIDS


1. Apa itu HIV? Singkatan dari Human Immunodeficiency Virus, HIV menyerang sistem pertahanan badan manusia dan mende dahkan seseorang kepada AIDS.
Nota : 1. HIV hanya menyerang manusia 2. Tidak ada orang yang mati kerana dijangkiti HIV 3. Boleh diuji dengan Antibodi HIV 4. Virus yang boleh menyebabkan AIDS.

2.

Apa itu AIDS?

Singkatan dari Acquired Immune Deficiency Syndrom, AIDS merupakan gejala sekumpulan penyakit yang menyerang sistem pertahanan badan manusia setelah seseorang itu dijangkiti HIV. Acquired Immune Deficiency Syndrome : Tidak diwarisi : Sistem pertahanan badan manusia : menjadi lemah : Kumpulan penyakit

3.

Apa beza HIV dan AIDS?

HIV merupakan Virus yang menyerang sistem pertahanan badan manusia dan AIDS merupakan kumpulan penyakit hasil dari jangkitan HIV.

4.

Cara Jangkitan HIV.

Terdapat tiga cara Utama iaitu :

a) Seks tanpa perlindungan dengan orang yang dijangkiti.


Nota : Dalam kes ini, seks rambang bukan lah istilah yang tepat, kerana kita tidak mengkin mengetahui status seseorang sehingga ianya diuji. Jika seseorang itu mengadakan hubungan seks rambang dengan pasangan yang tidak dijangkiti, walau seramai mana sekalipun, dia tidak akan dijangkiti.

b) Perkongsian jarum suntikan yang tercemar dengan HIV.


Nota : Penggunaan dadah secara oral tidak ada kene mengena dengan jangkitan HIV. Untuk HIV berjangkit hanya penggunaan dadah secara suntikan yang boleh memindahkan virus dari seorang ke seorang yang lain.

| Majlis AIDS Malaysia

Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai HIV/AIDS

c) Dari ibu positif yang mengandung kepada anak yang dikandung sewaktu kandungan, sewaktu melahirkan dan sewaktu menyusukan.
Nota : Ibu yang positif mempunyai 12% - 35% kemungkinan untuk menjangkitkan virus kepada anak yang dikandung. Dengan menjalani rawatan ARV, kemungkinan ini turun kepada 5% hingga 9%. Ibu ini kemudian harus menjalani pembedahan c-section dan kemungkinan ini boleh turun kepada 1%

Terdapat juga cara-cara jangkitan yang lain iaitu pemindahan darah, permindahan organ dan kecederaan akibat jarum suntikan. 5.

Kita tidak boleh dijangkiti HIV melalui: a. b. c.

Gigitan nyamuk (atau pun kera atau binatang-binatang lain)

Berkongsi kemudahan awam seperti kolam renang, telefon awam atau pun tandas awam positif.
Nota : Hakikatnya, HIV merupakan virus yang tersebar melalui darah (blood-borne virus) dan bukannya virus yang tersebar melalui udara (air-borne virus). Sekiranya darah yang mempunyai HIV tidak masuk ke dalam salur darah kita, maka jangkitan tidak akan berlaku)

Tidur, makan, minum dan melakukan aktiviti-aktiviti seharian mahu pun sukan dengan mereka yang

6.

Cecair badan yang mempunyai konsentrasi HIV yang tinggi ialah : a. b. c. d. e. Darah Air Mani Air Mazi Cecair Faraj Susu Ibu
Nota : Konsentrasi yang tinggi di sini bermaksud HIV boleh disebarkan melalui 5 cecair badan tersebut. Cecair badan lain seperti air kencing, peluh, air liur dan sebagainya juga mengandungi HIV tetapi konsentrasi virusnya rendah dan tidak boleh menyebarkan HIV.

7.

Bolehkah seseorang yang mempunyai HIV dibezakan dari bentuk fizikal?

Tidak. Hanya dengan menjalani Ujian Saringan HIV status seseorang itu boleh diketahui. Bolehkan HIV hidup di luar tubuh manusia?

8.

HIV tidak boleh hidup lama di luar tubuh manusia dan akan musnah apabila terkena oksigen atau matahari.

Majlis AIDS Malaysia |

.
9.

Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai HIV/AIDS

Bagaimana HIV berjangkit melalui seks oral?

Risiko jangkitan melalui seks oral adalah sangat rendah. Ianya timbul sekiranya air mani atau cecair faraj pasangan yang dijangkiti masuk ke dalam mulut yang terdapat luka / rekahan / ulser.

10.

Bolehkah HIV dijangkiti melalui ciuman mulut (French kiss)? mulut tetapi sehingga kini tiada kes jangkitan dilaporkan.

Secara teori HIV dari darah boleh masuk ke mulut pasangan sekiranya ada luka/rekahan/ulser di dalam rongga

11.

Bolehkah HIV dijangkiti dengan menderma darah?

Anda tidak akan dijangkiti dengan menderma darah kerana Peralatan pakaibuang yang digunakan juga sucihama. Jangan menderma darah sekiranya anda atau pasangan anda disyaki atau mengidap HIV.

12.

Perlukah saya dan pasangan saya menjalani ujian sebelum berkahwin?

Mengetahui status pasangan sebelum berkahwin adalah lebih baik dari mengetahuinya selepas berkahwin. disarankan untuk anda dan pasangan menjalani Ujian Saringan sekurang-kurangnya setahun sekali.

Walaubagaimanapun ini tidak menjamin yang anda atau pasangan bebas dari HIV selepas berkahwin. Adalah

o Statistik
Percentage HIV Infection by Ethnicity 1986-2010
Others 1% Sabahan 1% Foreigner 2% Sarawakian 2.4%
8,000 7,000 6,000

The Malaysian HIV Epidemic (1986-2010)


100,000 90,000 80,000 70,000 5,000 60,000 4,000 50,000 40,000 30,000 20,000 1,000

Ind

ian

8%

Chinese 14.5%

3,000 2,000

Malay 71.4%

10,000 0
1986 1987 1988 1989 1990 1991 1992 1993 1994 1995 1996 1997 1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010

HIV

AIDS

AIDS Related Death

Cumulative Total HIV Cases

Cumulative Total to Date: HIV Cases AIDS Cases AIDS Related Death

91,362 16,352 12,943

HIV Infection by Ethnicity

The Malaysian HIV Epidemic (1986-2010) HIV Infections by Trend

HIV Cases by Risk Factor


100% 90% 80% 70% Percentage % 60% 50% 40% 30% 20% 10% 0

HIV Infections by States


1200 1000 800 600 400 200 0 2010 2008 2006

Per 19 46 53

Ked 161 246 508

PP 132 116 228

Prk 240 289 308

Sel 536 441 866

WP 298 114 921

NS 85 100 109

Mlk 123 125 94

Joh 524 501 594

Phg 383 327 549

Ter 352 324 374

Kltn 462 749 998

Srwk 141 142 113

Sab 196 172 115

2000 IDU

2001

2002

2003

2004

2005

2006

2007

2008

2009

2010

Homo/Bisexual

Heterosexual

Mother to child (vertical)

Others/undetermined

HIV Cases by Risk Factor

HIV Infections by States

| Majlis AIDS Malaysia

Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai HIV/AIDS

o Ujian Saringan HIV


1. Di manakah seseorang boleh mendapatkan ujian HIV? Berapakah kosnya? Orang ramai boleh menjalani Uiian Saringan HIV di klinik-klinik dan hospital-hospital kerajaan dengan percuma. Berapa lamakah masa yang perlu diambil untuk menerima keputusan ujian HIV? mengambil masa kurang dari 3 bulan. 3.

2.

Untuk Ujian Saringan HIV ianya hanya mengambil masa kurang dari 30 minit. Untuk Ujian Makmal HIV ianya

Berapa kerapkah seseorang itu perlu mendapatkan ujian HIV dan mengapa?

Adalah disarankan untuk seseorang itu menjalani uiian HIV sekurang-kurangnya sekali dalam masa setahun. Ini kerana jangka waktu tingkap (window period) yang ada untuk HIV adalah selama 3 minggu ke 6 bulan. Jangka waktu tingkap adalah masa di mana antibodi HIV di dalam badan boleh dikesan.

4.

Apakah langkah-langkah yang patut diambil oleh seseorang yang mendapat keputusan/menerima diagnosa positif HIV? Apabila seseorang telah didiagnos oleh HIV adalah penting :

a) untuk mendapat maklumat tepat mengenai HIV. Ini boleh dilakukan melalui proses kaunseling dengan AIDS Malaysia di talian +603 4045 1033 doktor di Bahagian Penyakit Berjangkit di hospital-hospital kerajaan atau menghubungi terus Majlis

b) untuk berfikiran positif

c) untuk mengetahui sama ada perlu atau tidak menjalani rawatan HAART. Doktor akan memberitahu keadaan diri orang yang positif

o Pengurangan Kemudaratan
1. Apa itu pengurangan kemudaratan Pengurangan kemudaratan merujuk kepada polisi, program dan pengamalan yang bertujuan untuk mengurangkan kemudaratan yang berkait rapat dengan penggunaan dadah yang psikoaktif oleh individu yang tidak mampu atau tidak ingin berhenti menggunakannya. Aspek khusus yang mendefinisikannya adalah fokus memberi fokus kepada pengguna dadah sebagai seorang individu. (IHRA Briefing, Pg 1) 2. Apa itu NSEP yang menekankan kepada pencegahan kepada kemudaratan daripada pencegahan penggunaan dadah serta

NSEP merupakan akronim Needle Syringe Exchange Program atau Program Pertukaran Jarum Suntikan. Ia mengurangkan risiko jangkitan HIV dan jangkitan peyakit berjangkit lain yang berkaitan dengan perkongsian jarum di kalangan Pengguna Dadah Suntikan.

3.

Pendekatan Malaysian berkaitan NSEP

Malaysia mengambil pendekatan Drop In Centre (Pusat Singgah Masuk) dan Pekerja Temuseru (Outreach Worker). Pusat Singgah Masuk menyediakan perkhidmatan : a) Pertukaran jarum b) Kaunseling c) Rawatan ringan e) Tempat Rehat

d) Makanan dan Minuman

Majlis AIDS Malaysia |

Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai HIV/AIDS

Pekerja Temuseru merupakan bekas pengguna dadah suntikan yang dilatih untuk menjalankan NSEP. Mereka akan ke port dan melakukan kerja-kerja NSEP mengikut Garis Panduan yang telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan 4.

Purata umur klien yang mengunjungi DIC

Untuk NSEP ada garis panduan yang menyatakan bahawa IDU di bawah 18 tidak boleh mengujungi DIC. Mereka harus merujuk kepada agensi lain seperti AADK. Umur klien adalah di antara 25 50 tahun.

5.

Ada berapa Tapak Termuseru di Malaysia dan di manakah lokasinya?

Terdapat 17 Tapak Temuseru (Outreach Sites) di seluruh negara kecuali Sabah dan Sarawak. Kesemua Tapak Temuseru ini diselenggara oleh Badan Gabungan Negeri di bawah MAC. Lokasi adalah seperti berikut : a) Kedah (Cahaya Harapan) 1. Alor Setar 2. Sungai Petani b) Penang (AIDS Actiion Research Group) 1. Gelugor 2. Seberang Prai c) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1. Chow Kit (IKHLAS) 2. Jalan Pudu (KAWAN) d) Selangor (Insaf Murni) 1. Kajang

e)

Melaka (Kelab Rakan Melaka) 1. Alor Gajah

f)

Kelantan (SAHABAT) 1. Kota Bharu 2. Pasir Mas

g)

Terengganu (CAKNA) 1. Kuala Terengganu

h)

Pahang (Drug Intervention Community) 1. Kuantan 2. Jengka 3. Bera

4. Bentong i) Johor(Intan Life Zone) 1. Johor Bharu 2. Kluang 3. Mersing 6. Apa itu Methadone Maintenance Therapy (MMT) menyuntik dadah.

MMT merupakan terapi dadah gantian yang menggunakan methadone sebagai medium mengurangkan aktiviti

| Majlis AIDS Malaysia

Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai HIV/AIDS

7.

Sejauh mana MMT berjaya mengurangkan kemudaratan? 1. Mengurangkan jenayah yang berkaitan dengan dadah 2. Mengurangkan gian untuk menyuntik

3. Memberikan peluang kepada IDU untuk pulih dan kembali bekerja 8. Adakah menyalahi undang-undang jika kita memiliki/membawa lebih dari 3 paket kondom

Tidak ada peruntukan undang-undang mengenai kondom. Bagaimana pun kondom boleh digunakan sebagai tujuan seks. (soliciting sex)

bukti berdasarkan keadaan (circumstantial evidence) jika ditangkap dengan tuduhan mencari pelanggan untuk

9.

Adakah NSEP meyumbang kepada Peningkatan bilangan penagih dadah di Malaysia? mengurangkan kadar penagih dadah suntikan.

Tidak ada bukti menyokong kenyataan ini. Malah dalam banyak kajian yang dilakukan, NSEP sebenarnya

o Wanita dan HIV


1. Sejak akhir-akhir ini jangkitan HIV di kalangan wanita di Malaysia didapati semakin meningkat. Mengapa HIV? a. Kesedaran i. Ramai rakyat Malaysia masih tidak mempunyai kesedaran mengenai HIV/AIDS HIV

ii. Wanita masih mempunyai kesedaran yang rendah dan tidak mengetahui maklumat tepat mengenai iii. Kesedaran mengenai Kesihatan Diri juga masih rendah. Ini tidak tertalkhluk kepada HIV sahaja tetapi termasuk Jangkitan Penyakit Kelamin (STI). Tidak ramai yang mahu menjalani ujian awal untuk mengetahui tahap Kesihatan diri. b. Pengetahuan awal HIV.

i. Pengetahuan mengenai HIV dan cara jangkitan masih rendah. Tidak ramai yang tahu tanda-tanda ii. Begitu juga apabila dijangkiti HIV ramai yang tidak tahu dan tidak menjalani ujian saringan.

c.

Sosial Status

i. Di Malaysia wanita masih dianggap sebagai golongan kelas dua. Pemerkasaan (empowerment)

masih lagi rendah. Sebagai contoh, apabila wanita mengetahui suaminya positif, wanita masih tidak dapat melindungi diri dengan meminta suaminya memakai kondom. Harus sahaja mengikut cakap suami.

o Rumah Perlindungan
1. Ada berapa rumah penlindungan HIV di Malaysia a. b. Di bawah MAC kita mempunyai 14 rumah perlindungan di seluruh Negara Senarai rumah perlindungan adalah seperti berikut : i. ii. Casa Villa (Kuantan) - IDU Faith Helping Centre (KL) Lelaki, Wanita dan Kanak-Kanak Casa Non Kasta (Kuantan) IDU

iii. iv. v.

Nur City (Bachok) Ibu Tunggal dan Kanak-Kanak Shelter Homes Lelaki dan Wanita Rumah Solehah (Cheras) Ibu Tunggal Hospice (Batu Arang) Lelaki

vi.

vii. ix.

viii.

Rumah Solehah (Kg Pandan) Ibu Tunggal Dignity 1 (Johor Bharu) Lelaki
Majlis AIDS Malaysia |

Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai HIV/AIDS

x.

xi.

Dignity 2 (Johor Bharu) Wanita Wake II (Setapak) Wanita

xii.

Wake I (Setapak) Kanak-Kanak Wake III (Setapak) Mak Nyah

xiii. 2.

Berapa rumah ditaja oleh KPWKM a.

Sejak tahun 2009, kesemua rumah telah ditaja oleh KPWKM.

o Rawatan & Sokongan Bantu


1. Rawatan yang sedia ada dikenali sebagai Highly Active Anti Retroviral Therapy atau HAART. Ianya merupakan badan dapat ditingkatkan dan mereka yang positif boleh menjalani hidup seperti biasa. 2. Bagaimanakah rawatan itu dapat membantu orang yang hidup dengan HIV? Apakah rawatan yang sedia ada untuk membantu orang yang hidup dengan HIV? pil yang dimakan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Dengan menjalani rawatan yang betul, maka imunisasi

Ianya dapat membantu dengan meningkatkan system imunisasi badan dan membantu mereka yang positif menjalani kehidupan seperti mereka yang tidak mempunyai HIV.

3.

HIV merupakan serangan virus ke atas system pertahanan badan. Mereka yang positif HIV sangat mudah mendapat penyakit-penyakit yang berkaitan dengan kelemahan system imunisasi badan. Adalah penting memusnahkan terus system imunisasi badan dan membuatkan orang yang hidup dengan HIV sampai ke peringkat AIDS. mereka yang positif mendapat sokongan dan menjalani rawatan yang betul agar HIV tidak merebak sehingga

Apakah kepentingan jagaan dan sokongan kepada orang yang hidup dengan HIV?

o Stigma dan Diskriminasi


1. Apakah jenis stigma dan diskriminasi yang pernah dialami oleh orang-orang yang hidup dengan HIV? juga S&D di tempat kerja,keluarga, ekonomi dan hak asasi manusia. Mereka yang hidup dengan HIV seringkali melaporkan S&D sosial dan di tempat kerja. 2. Stigma dan diskriminasi ini ruang lingkupnya cukup luas. Selain dari stigma dan diskriminasi (S&D) sosial, ada

hidup dengan HIV?

Apakah cabaran Majlis AIDS Malaysia dalam mengurangkan stigma dan diskriminasi terhadap orang yang a) Tahap kesedaran masyarakat mengenai HIV/AIDS dan cara jangkitannya diskriminasi

b) Polisi dan prosedur di tempat kerja yang masih belum menyokong usaha mengurangkan stigma dan c) Penglibatan media dalam memberikan mesej yang tepat mengenai HIV/AIDS kepada masyarakat

o Program
a.

1. Hari Memperingati AIDS Sedunia


Apakah Hari Memperingati AIDS Sedunia? Hari Memperingati AIDS Sedunia (IAMD) adalah sambutan sejagat bagi memperingati individu yang telah meninggal dunia akibat daripada penularan HIV/AIDS. IAMD merupakan suatu wacana yang dirangka untuk mendidik dan mengingatkan masyarakat tentang penularan HIV dan AIDS, mengetengahkan

10

| Majlis AIDS Malaysia

Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai HIV/AIDS

agenda HIV/AIDS kepada pihak berwajib dan mewujudkan ruang untuk diskusi terbuka tentang isu-isu yang berkaitan dengan rawatan, jagaan dan sokongan untuk Orang Yang Hidup Dengan HIV.

Sejarah sambutan IAMD adalah seiring dengan epidemik HIV / AIDS global yang mula dikesan semenjak

tahun 1980an. Aspirasi dan halatuju IAMD turut disokong oleh pelbagai agensi antarabangsa seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Program Bersekutu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk HIV/AIDS (UNAIDS). Di peringkat nasional, sambutan IAMD anjuran Majlis AIDS Malaysia turut disokong oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan agensi-agensi keagamaan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Antara objektif IAMD pada tahun ini ialah untuk memperkukuhkan hubungan di antara pelbagai agensi AIDS di Malaysia. b.

kerajaan dan agama di Malaysia dalam memperluaskan keterlibatan ketua-ketua agama dalam isu HIV/

Mengapakah Majlis Hari Memperingati AIDS Sedunia diadakan di masjid? Penganjuran IAMD 2009 di Masjid Wilayah Persekutuan merupakan titik tolak kepada kerjasama erat

di antara Majlis AIDS Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dalam inisiatif advokasi yang dikenali sebagai HIV dan Islam. Jalinan kerjasama ini diteruskan lagi melalui penganjuran pelbagai program kerjasama, seperti yang dilampirkan bersama emel ini. Untuk tahun 2010, Majlis AIDS Malaysia

membawa IAMD ke negeri Terengganu Darul Iman, di mana majlis berkenaan telah dilangsungkan di Masjis Kristal, Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu. IAMD Terengganu menerima sokongan penuh kerajaan Negeri Terengganu, Majlis Adat Istiadat dan Agama Negeri Terengganu dan juga JAKIM.

Pengisian agenda kerohanian di dalam sambutan IAMD seperti bacaan tahlil dan yasin di dalam masjid, serta khutbah jumaat khas bertemakan HIV/AIDS yang disampaikan oleh para pemimpin agama tempatan pula adalah strategi lembut bagi mengajak umat islam untuk sama-sama memahami situasi sebenar penularan HIV dan AIDS di negara ini, dan mengajak smereka untuk mengikis stigma dan diskriminasi terhadap Orang Yang Hidup Dengan HIV. c.

Mengapakah perlu kita memperingati mereka yang telah meninggal dunia akibat penyakit yang berkai tan dengan AIDS?

Ibnu Majah telah meriwayatkabn sepotong hadith dari Ibnu Umar katanya, Rasulullah SAW bersabda: mati, itulah mereka yang paling sempurna akalnya.

Mereka yang paling banyak mengingati mati dan paling baik amalannya untuk persiapan selepas

Sebagai umat Islam mengingati mereka yang telah pergi itu dituntut supaya timbul keinsafan bagi mereka yang hidup. d.

Apakah tema Hari Memperingati AIDS Sedunia dan apakah maksudnya? Tema pada tahun 2011 ialah Menyentuh Kehidupan. Ia bermaksud bahawa HIV dan AIDS sekarang

tidak lagi bermakna kematian sebaliknya Kehidupan positif bakal memberikan peluang untuk mereka yang hidup dengan HIV untuk hidup seperti biasa. Malah dengan kemajuan perubatan, mereka yang menghidap AIDS juga boleh dirawat dengan baik. e.

Apakah peranan Majlis AIDS Malaysia dalam Hari Memperingati AIDS Sedunia ini? Majlis AIDS Malaysia melancarkan program HIV dan Islam sebagai respon kepada trend penularan HIV/ AIDS yang tertumpu pada umat Islam berbangsa Melayu (70 % daripada jumlah kumulatif semenjak
Majlis AIDS Malaysia | 11

Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai HIV/AIDS

tahun 1986). Mesej utama yang cuba kami sampaikan melalui inisiatif HIV dan Islam adalah kesedaran

di kalangan umat Islam bahawa HIV / AIDS itu adalah masalah sejagat yang mampu memberi kesan kepada segenap lapisan masyarakat, bukan sekadar terhad kepada komuniti terpinggir yang berada di luar sistem sosial aliran perdana (seperti komuniti pengguna dadah penyuntik dan pekerja seks sematamata). Kami mahu umat islam sedar bahawa masalah HIV dan AIDS, jika tidak dikawal secara efektif, ummah di Malaysia. Pendekatan yang kami cuba ajukan kepada para pemimpin agama ini adalah selari boleh merayap masuk ke pangkuan masyarakat madani dan seterusya meruntuhkan kemandirian dengan matlamat Maqasid al Shariah yang menyatakan bahawa lima tunjang utama syariat yang perlu nyawa 3) Memelihara akal 4) Memelihara keturunan 5) Memelihara harta. f.

dipertahankan demi memaksimakan kebajikan ummah adalah 1) Memelihara agama 2) Memelihara

Apakah peranan JAKIM dalam menjayakan Hari Memperingati AIDS Sedunia tahun ini? Di kalangan para pemimpin agama ini, Majlis AIDS Malaysia cuba membina pemahaman tentang situasi sukar yang akan mereka hadapi apabila berdepan dengan isu-isu HIV/AIDS, terutamanya yang berkaitan dengan penularan di kalangan anggota komuniti terpinggir. Kami percaya komuniti ini pasti

akan terpanggil untuk melakukan perubahan positif sekiranya mereka didekati secara lembut, dan mereka diberi peluang untuk memilih secara sukarela jalan hidup yang terbaik serta bebas daripada risiko penularan HIV/AIDS. Pendekatan ini telah dibuktikan keberkesanannya di dalam Program Mukhayyam anjuran JAKIM baru-baru ini yang telah berjaya memujuk golongan transseksual (Mak Nyah) untuk juga penawaran peluang-peluang pekerjaan di bawah konsortium Dagang Halal yang dikelolakan oleh JAKIM.

meninggalkan gaya hidup mereka dan menyertai program keusahawanan baru anjuran MARA dan

o MAC / MAF
1. Apakah Majlis AIDS Malaysia(MAC)? Nyatakan objektif penubuhan dan fungsi organisasi. a) MAC merupakan badan utama dalam memperjuangkan isu HIV/AIDS dalam usaha mengurangkan b) Ditubuhkan pada tahun 1992 kesan negatif HIV/AIDS di Malaysia

c) Matlamat menubuhkan Majlis ini adalah untuk memaksimakan tindakbalas komuniti terhadap HIV/ d) Majlis yang pada awalnya terdiri dari 18 NGO, telah berkembang kepada 44 pertubuhan dalam tahun 2010 AIDS dan untuk menjamin penggunaan sumber terhad dengan cekap.

2.

Apakah Yayasan AIDS Malaysia (MAF)? Nyatakan objektif penubuhan dan fungsi organisasi. Yayasan AIDS Malaysia (YAM) mengumpul dan mengurus dana untuk menyokong aktiviti-aktiviti Majlis AIDS Malaysia dan ahli-ahli gabungannya. Aktiviti-aktiviti ini termasuk:

Mencegah penyebaran HIV Memberi pendidikan tentang isu-isu HIV/AIDS Memberi sokongan kepada orang yang hidup dengan HIV Memberi sokongan kepada kanak-kanak yatim piatu atau terjejas kepada AIDS Melindungi dan mempromosi hak-hak asasi bagi individu yang dijangkiti HIV/AIDS

12

| Majlis AIDS Malaysia

Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai HIV/AIDS

3.

Apakah aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan selama ini? Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah : negara

a) pembukaan rumah-rumah perlindungan untuk orang yang hidup dengan HIV/AIDS di seluruh b) menjalankan program Pertukaran Jarum Suntikan di seluruh negara c) menjalankan kempen Sokongan Selebriti Riben Merah d) menjalankan kajian (IBBS, Size Estimation) dan kerja-kerja di lapangan (temuseru) e) bengkel dan aktiviti pembinaan Kapasiti di kalangan komuniti 4.

Adakah MAF memberikan bantuan kepada orang yang hidup dengan HIV yang memerlukan rawatan? YAM menyediakan bantuan kewangan bagi Orang Yang Hidup Dengan HIV dan keluarga yang AIDS Standard Chartered.

terjejas kepada HIV melalui Skim Bantuan Perniagaan, Skim Bantuan Perubatan dan Dana Paediatrik

Dana Paediatrik AIDS Standard Chartered menyediakan sokongan kepada kanakkanak dari golongan berpendapatan rendah yang yatim-piatu atau terjejas oleh AIDS.

Skim Bantuan Perniagaan membantu meringankan kesan

negatif ekonomi terhadap HIV/AIDS dengan menyediakan HIV yang tidak mendapat pinjaman daripada sumbersumber tradisional.

pinjaman tanpa faedah kepada Orang Yang Hidup Dengan

Skim Bantuan Perubatan membolehkan rakyat Malaysia yang HIV+ daripada golongan berpendapatan rendah mendapat temujanji rawatan dan menerima ubatubatan Highly Active Anti-Retroviral Therapy (HAART). Terapi ini membantu memanjang dan meningkatkan kualiti kehidupan individu yang HIV+.

Majlis AIDS Malaysia | 13

Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai HIV/AIDS

JABATAN LATIHAN DAN PEMBANGUNAN KAPASITI Majlis AIDS Malaysia No 12, Jalan 13/4BA, The Boulevard Shop Office, Off Jalan Sentul 51000, Kuala Lumpur Malaysia. Tel : +603-4045 1033 | Fax : +603-4042 6133

14

| Majlis AIDS Malaysia

Você também pode gostar