Você está na página 1de 2

Ada bezanya antara KBSR dengan KSSR

Pilih yang lebih baik dari yang baik-baik, kerana itulah kehendak naluri manusia. Begitu jugalah dalam aspek penambahbaikan kurikulum. Kurikulum yang lebih baik menjadi keutamaan dalam merealisasikan kehendak masa depan manusia yang berada dalam zamannya. Khalifah Umar pernah menasihatkan agar didiklah anak-anak mu untuk hidup di zamannya. Ya, zaman kita ini adalah untuk kita manakala zaman anak cucu cicit kita adalah untuk mereka, maka kitalah yang perlu menunjuk ajar mereka ini sebagai persediaan buat menghadapi hari depan mereka. Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia melalui inisiatif setiap 5 tahun semakan, maka KSSR dihasilkan dari penambahbaikan KBSR. Inilah perbezaan antara kedua-duanya. A. Asas Reka Bentuk Kurikulum KBSR : Berasaskan 3 Bidang i. Komunikasi 2. Manusia dan Alam Sekeliling 3. Perkembangan Diri Individu KSSR : Berasaskan 6 Tunjang 1. Komunikasi 2. Kerohanian, Sikap dan Nilai 3. Kemanusiaan 4. Perkembangan fizikal dan estetika 5. Sains dan Teknologi 6. Keterampilan Diri B. Bahan Kurikulum KBSR : Suktan Pelajaran KSSR : Dokumen Standard Kurikulum C. Jenis Reka Bentuk Kurikulum KBSR : Linear KSSR : Modular D. Organisasi Kurikulum KBSR : Tahap 1 ( Tahun 1,2 dan 3): Mata Pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan Tahap 11 ( Tahun 4,5 dan 6): Mata Pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan KSSR : Tahap 1 ( Tahun 1,2 dan 3) : Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif Tahap 11 ( Tahun 4,5 dan 6) : Mata Pelajaran Teras dan Elektif E. Elemen KBSR : Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif

KSSR : Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Makluma & Komunikasi (TMK) secara eksplisit F. Fokus KBSR : 3 M ( Menulis, Membaca dan Mengira ) KSSR : 4 M ( Menulis, Membaca, Mengira dan Menaakul Kini sudah terang lagi bersuluh... bersama kita jayakan.

Você também pode gostar