Você está na página 1de 4

7. KONDOM UNTUK WANITA. Ia diperbuat daripada polyurethane. Ia ditempatkan di dalam vagina supaya menghalang sperma dari memasuki rahim.

m. Ia juga berfungsi untuk menghalang penyakit bawaan seksual. Lebih mahal berbanding kondom lelaki. Peratus kegagalan : 20% 8. KONDOM UNTUK LELAKI Diperbuat daripada getah, plastic (polyurethane) atau membrane semulajadi. Ia menghalang sperma dari memasuki vagina dan rahim. Membantu menghalang penyakit bawaan seksual. Peratus kegagalan : 4% - 10% 9. MENGIKAT TIUB Mengikat tiub dilakukan untuk menyumbat tiub fallopio supaya sperma tidak boleh sampai kepada telur. Ianya dilakukan dengan meletakkan cincin pada tiub atau memotong sebahagian daripada tiub. Prosedur ini mengambil masa satu hari an insisi sepanjang 1 cm akan dibuat pada pusat. Ia tidak akan menjejaskan kebolehan atau keinginan seksual. Ianya tidak boleh dipulihkan. Kepastian diperlukan bahawa seseorang itu tidak mahu anak lagi di masa akan datang dan tidak akan berubah fikiran lagi.

Ianya dilakukan pada minggu pertama kitaran haid, 5 hari selepas pembedahan atau semasa melakukan pembedahan untuk bersalin. Peratus kegagalan : 1% 10. VASEKTOMI Pemotongan vas adalah pembedahan minor untuk menghalang vas deferens (tiub yang membawa sperma dari testis ke urethra) dengan memotong atau mengikat vas deferens. Prosedur ini mengambil masa 1 hari dan pesakit akan diberi bius setempat. Pesakit mungkin akan merasa sedikit sakit atau tidak selesa di kawasan skrotum selepas prosedur ini. Kaedah ini tidak menjejaskan keinginan dan kebolehan seksual. Isipadu semen yang dikeluarkan mungkin berkurangan. Ianya lebih murah berbanding mengikat tiub fallopio kerana komplikasinya lebih sedikit. Ianya tidak boleh dipulihkan semula. Kepastian diperlukan bahawa seseorang itu tidak mahu anak lagi sebelum menjalankan prosedur ini. Peratus kegagalan : 1% 11. KAEDAH BERKALA. Kaedah ini adalah berdasarkan teori bahawa telur boleh disenyawakan dalam masa 24 jam selepas ovulasi dan sperma boleh disenyawakan telur dalam masa 3 hari selepas memasuki vagina.

Kaedah ini sesuai diaplikasikan oleh wanita berusia 28 hingga 30 tahun yang mempunyai kitaran haid yang tetap 28 hingga 30 hari. Ovulasi (pembebasan telur yang matang) berlaku antara hari ke 12 dan 16 bagi wanita yang mempunyai kitaran 28 hari. Maka, kemungkinan waktu subur adalah hari ke 9 dan hari ke 17 kitaran. Wanita perlu menghindari persetubuhan dari hari ke 9 hingga hari ke 17 untuk mengelakkan mengandung. Ujian yang boleh ditentukan untuk menentukan waktu ovulasi. Merekodkan suhu badan normal sebaik sahaja bangun tidur setiap pagi. Kenaikan setengah darjah Fahrenheit merupakan petanda ovulasi berlaku. Melihat perubahan pada mucus serviks. Mukus biasanya kurang melekit, lebih berair dan berbau semasa ovulasi berlaku. Peratus kegagalan : 20% 12. PENGUNDURAN Teknik ini memerlukan lelaki mengundurkan penis sebelum ejakulasi. Oleh kerana lelaki berejakulasi di luar vagina, maka semen tidak akan memasuki vagina. Kaedah ini memerlukan kawalan yang baik oleh lelaki. Kegagalan boleh berlaku sekiranya lewat mengundurkan penis kerana cecair pra ejakulasi juga mengandungi sedikit sperma. Sesetengah lelaki mungkin tidak menggemari kaedah ini kerana berlaku gangguan sebelum mencapai klimaks. Peratus kegagalan : 20%

13. MENYUSUKAN Menyusukan bayi anda boleh mencegah kehamilan kerana ia melambatkan ovulasi dan haid. Ianya berkesan sekiranya wanita menyusukan bayinya sepenuhnya (tanpa sebarang makanan tambahan kepada bayi) untuk 6 bulan pertama selepas bersalin dan sebelum datang haid kembali. Ianya tidak berkesan selepas 6 bulan apabila bayi sedah mula mengambil makanan pepejal.

Você também pode gostar