Você está na página 1de 3

Disediakan oleh : Siti Aishah Hassan,Norfaezah Abas dan Nurul Athirah Roslee

Apa itu kontrak sosial?

Kerajaan Melayu Melaka sebelum 1511-aman dan makmur 1511- Portugis menyerang dan memaksa raja Melayu berundur. 1641- Belanda menakluk. Akhir abad ke-18, British menakluk dan mengukuhkan kedudukannya di Tanah Melayu. Membina pengkalan angkatan laut di perairan Tanah Melayu untuk mengaktifkan perdagangan.

1786 perjanjian memajak Pulau Pinang oleh raja-raja Melayu dengan wakil Inggeris. 1874 perjanjian Pangkor.

Selepas perang dunia ke-2


-

British melanggar perjanjian dengan memaksa raja-raja Melayu menyerahkan kuasa negeri-negeri Melayu untuk dijadikan tanah jajahan di bawah naungan Malayan Union. Menggunakan prinsip jus soli.

Tindak balas orang Melayu:


Orang melayu menentang Malayan Union dengan melakukan peberontakan secara aman. Kongres Melayu Pertama telah diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru pada 1- 4 Mac 1946.

Kongres pertama membincangkan mengenai penubuhan UMNO .

Kongres kedua (11 Mei 1946) diadakan di Istana Johor Bahru untuk merasmikan penubuhan UMNO di bawah pimpinan Dato Onn.

Kesan penubuhan UMNO:


British setuju untuk memansuhkan Malayan Union dan menubuhkan Kerajaan PersekutuanTanah Melayu.

Dato Onn telah meletak jawatan kerana menerima tentangan dari banyak pihak.Tunku Abdul Rahman telah mengambil alih UMNO.

Disediakan oleh : Siti Aishah Hassan,Norfaezah Abas dan Nurul Athirah Roslee

UMNO dan MCA bergabung membentuk parti Perikatan. Parti Perikatan telah memenangi 9 kerusi dari 12 kerusi yang dipertandingkan pada pilihan raya Majlis Kuala Lumpur.

UMNO,MCA dan MIC mengukuhkan kerjasama dalam parti Perikatan sehingga bersetuju menyampaikan memorandum.

Kandungan memorandum :

Kerakyatan berasaskan prinsip jus soli. Kekalkan hak istimewa orang melayu. Kedudukan bahasa, kebudayaan dan agama.

Pejabat Tanah Jajahan British bepuas hati dengan kerjasama orang Melayu dan bukan

Melayu dalam parti Perikatan. Bukti mengemukakan manifesto dalam pilihan raya 1955 atas satu nama iaitu Perikatan.

Kandungan Manifesto :

Menuntut kemerdekaan daripada British secara aman. Mengekalkan hak istimewa orang Melayu.
Memberi kerakyatan kepada bukan Melayu mengikut konsep jus soli.

Pengundi dan rakyat bersetuju dengan janji parti Perikatan dalam manifesto pilihan raya 1955. Kerajaan British dan raja-raja melayu bersetuju tubuhkan Suruhanjaya Reid.

Kesimpulan

Disediakan oleh : Siti Aishah Hassan,Norfaezah Abas dan Nurul Athirah Roslee

Kejayaan kontrak sosial terhasil daripada permuafakatan di antara gabungan parti Perikatan yang terdiri daripada UMNO, MIC dan MCA yang di ketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra al Haj. Banyak perkara yang telah dilalui oleh Tunku dan pemimpin lain dalam memastikan keamanan serta kestabilan politik di Tanah Melayu. Oleh yang demikian, sudah sampai masanya bagi rakyat Malaysia terutamanya para pemimpin politik menghidupkan dan menyemarakkan kembali semangat kerjasama melalui persefahaman dalam kalangan pelbagai kaum untuk hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Persetujuan bersama Perikatan,memorandum Perikatan, manifesto pilihan raya dan Suruhanjaya Reid merupakan asas kepada kontrak sosial yang di persetujui oleh semua pemimpin dalam mewujudkan negara yang bebas dan merdeka dari jajahan kuasa asing.

Você também pode gostar