Você está na página 1de 9

1.

0 PENDAHULUAN

Komunikasi melibatkan berbagai jenis perlakuan dan wujud dalam berbagai situasi seperti awam dan persendirian, bisnes dan sosial, rumah dan sekolah, tidak formal dan formal.

Dalam kehidupan manusia sejagat, perhubungan merupakan suatu agenda yang utama untuk membentuk sesuatu kejayaan dan matlamat. Perhubungan manusia dengan alam bermula semenjak Nabi Adam a.s diturunkan oleh Allah s.w.t ke muka bumi ini. Dalam Al-Quran ada menjelaskan mengenai bagaimana dua insan pertama ini dapat bertemu walaupun mereka diturunkan ditempat yang berlainan. Situasi ini dapat diselesaikan dengan adanya teknik perhubungan yang kini dikenali sebagai komunikasi

Manusia di dalam kehidupannya harus berkomunikasi, iaitu memerlukan orang lain dan kelompok atau masyarakat untuk saling berinteraksi. Hal ini merupakan suatu hakikat bahawa sebahagian besar peribadi manusia terbentuk dari hasil integrasi sosial dengan sesama dalam kelompok dan masyarakat. Di dalam kelompok atau organisasi terdapat bentuk kepemimpinan yang terdiri dari pemimpin dan pekerja. Di antara kedua belah pihak harus ada two-waycommunications atau komunikasi dua arah atau komunikasi timbal balik. Oleh itu perlunya kerja sama untuk mencapai hasrat, sama adahasrat peribadi, ataupun organisasi. Bagi mencapai tujuan organisasi. Kerja sama tersebut terdiri dari berbagai maksud yang meliputi hubungan sosiala atau kebudayaan. Hubungan yang terjadi merupakan suatu proses adanya suatu keinginan dari individu, untuk memperoleh suatu hasil yang nyata dan dapat memberikan manfaat untuk dirinya dan organisasi.

1.1 Maksud komunikasi.

Komunikasi adalah suatu proses penyampaian pesan dari satu pihak kepada pihak lain agar terjadi saling mempengaruhi diantara satu dengan yang lain.

Komunikasi adalah proses bagaimana proses informasi antara individu ditukarkan melalui sistem simbol, tanda, atau tingkah laku yang umum.

Pada umumnya, komunikasi dilakukan dengan menggunakan kata-kata (verbal) yang dapat difahami oleh kedua belah pihak. Seandainya tidak ada bahasa verbal yang dapat difahami mereka, komunikasi masih dapat dilakukan dengan menggunakan gerak-geri badan, menunjukkan sikap tertentu, misalnya tersenyum, menggelengkan kepala, mengangkat bahu. Cara seperti ini disebut komunikasi dengan bahasa isyarat. Beberapa sarjana dalam bidang komunikasi telah memberi pendapat mereka tentang komunikasi ini. Diantaranya ialah :

Schramm dan Robert pula mengatakan komunikasi adalah satu proses untuk mengongsikan sesuatu orientasi terhadap satu set tanda tanda maklumat ( Mansor Ahmad Saman etal, 1984 )

Sebagai contoh, proses penyampaian mesej oleh seorang individu dan penerima mesej oleh individu lain ataupun sekumpulan individu dengan membawa satu kesan dan peluang memperolehi maklumat balas serta-merta. Misalnya, rakan sekerja, pelajar dan sebagainya,

penggunaan kata sapaan Assalamualaikum, apa khabar, terima kasih, maafkan saya dan sebagainya yang menunjukkan kesopanan dan menghormati.

Menurut Bittner ( 1988 ) pula mengatakan bahawa komunikasi adalah merupakan satu perlakuan berkongsi simbol . Simbol simbol ini adalah terdiri daripada verbal dan nonverbal dan ia merupakan komponen di dalam proses komunikasi.

Menurut French ( 1993 ) komunikasi adalah satu usaha mewujudkan saling memahami dalam minda orang lain.

Daripada definisi komunikasi di atas kita dapat mengatakan bahawa komunikasi adalah satu proses yang melibatkan:

i. ii. iii.

Pihak yang berkomunikasi Informasi yang dikomunikasikan Alat komunikasi.

Tidak ada komunikasi yang tidak melibatkan ketiga-tiga perkara di atas dan sesungguhnya manusia itu tidak akan terlepas daripada ketiga-tiga perkara ini. Pada masa bersendirian pun manusia dapat juga berkomunikasi, paling tidak dengan dirinya sendiri. Dalam hal ini kedua pihak yang berkomunikasi adalah peribadi yang sama, atau dengan alam lingkungannya. Semua tingkah laku manusia, dapat dikatakan bersifat komunikatif. Ini bermaksud seorang penyelidik mendapat informasi dengan memperhatikan tingkah laku

seseorang, kendatipun seseorang itu tidak menyedari atau tidak bermaksud berkomunikasi dengan si penyelidik.

Untuk memudahkan lagi definisi komunikasi ini Dance (1976) telah menggariskan beberapa dimensi yang boleh digunakan untuk membezakan konsep komunikasi secara kritikal. Perbezaan ini dibahagikan kepada tiga tahap berikut:

i. Tahap Pemerhatian Definisi komunikasi dari yang luas atau am dan sempit atau khusus. Menurut Ruesch (1957) komunikasi adalah satu proses yang menghubungkan bahagian yang terasing. Dan definisi oleh American College Dictionary (1964) Komunikasi adalah Kaedah hantar mesej tentera, arahan menggunakan telefon, telegraf, radio, kurier.

ii. Tahap tujuan atau niat Komunikasi dilihat dari segi tujuan atau niat komunikator yang jelas ataupun tidak. Menurut Miller (1966) komunikasi adalah sumber memancar mesej kepada penerima secara sedar yang bertujuan mempengaruhi perlakuan penerima.

iii. Pertimbangan Normatif Dimensi yang melihat dari segi kejayaan atau ketepatan proses komunikasi. Sebagai contoh Menurut Hoben (1954) pertukaran secara verbal sesuatu idea atau pandangan. Dan menurut Menurut Barelson & Steiner (1964) Komuikasi adalah proses pemancaran maklumat.

1.2 Definisi teori Kenyataan atau penerangan yang dibentuk untuk menerangkan tentang sesuatu fenomena yang bersifat sementara boleh diuji secara sistematik untuk menentukan kebenarannya. Ia boleh diterima atau ditolak atau diubahsuai.

Beberapa orang sarjana dalam bidang ini mentakrifkan teori ini mengikut pendapat mereka masing masing. Diantaranya ialah : Menurut Little John (1995), beliau menegaskan bahawa teori adalah ringkasan dan rekaan, bukannya realiti. Beliau juga, menyatakan bahawa teori ialah satu percubaan untuk menerangkan dan menjelaskan satu pengalaman, atau satu idea tentang bagaimana sesuatu kejadian itu berlaku.

Menurut Griffin (1997) teori adalah peta tentang kebenaran, jawapan sementara yang dibentuk bagi persoalan yang timbul tentang sesuatu fenomena

Menurut Cragan dan Shields (1998) mendefinisikan teori sebagai satu lambang yang mengandungi konsep-konsep dan perkaitan di antaranya yang membolehkan seseorang memahami, menjelas, menerang, menilai, membuat ramalan, dan membuat kawalan terhadap fenomena komunikasi.

1.3 Teori komunikasi.

Teori komunikasi adalah konseptualisasi atau penjelasan logik tentang fenomena peristiwa komunikasi dalam kehidupan manusia.

Menurut Cragan & Shield (1998) Ianya adalah hubungan di antara konsep teoritikal yang membantu memberi (secara keseluruhan atau sebahagian) keterangan, penjelasan, penilaian atau ramalan mengenai tindakan manusia berdasarkan komunikator (orang) berkomunikasi (bercakap, menulis, membaca, mendengar, menonton, dan sebagainya) untuk tempoh tertentu melalui media (bahan perkembangan teori) .

Menurut Littlejohn (1996) Ia juga adalah satu teori atau sekelompok collective4 wisdom yang didapati dalam keseluruhan teori berkaitan proses komunikasi.

Menurut Borman (1989) Satu perkataan atau istilah yang merupakan payung untuk semua perbincangan dan analisis yang dibuat secara teliti, sistematik dan sedar tentang komunikasi.

1.4 Kepentingan teori komunikasi.

Sebagai pekerja teori komunikasi penting di ketahui kerana ianya dapat membantu kita menjadi seorang yang lebih berjaya dalam kerjaya mahupun kehidupan dalam kelompok masyarakat.

Pengetahuan tentang teori komunikasi dapat membantu diri pekerja seperti :

1.4.1. Berkomunikasi dengan setiap tahap secara tepat dan sistematik. 1.4.2. Memberi maklumat dan arahan secara lisan dan bertulis dengan tepat dan khusus. 1.4.3. Menerima arahan dari pihak atasan dengan berkesan. 1.4.4. Menjadi panduan dalam membuat keputusan ataupun mengambil tindakan dalam satusatu hal. 1.4.5. Kita dapat mengenalpasti apa yang sedang berlaku di sekeliling kita da tahu membuat jangkaan terhadap kejadian penting dalam kehidupan kita. 1.4.6. Kita akan menjadi lebih cekap dan berwaspada dalam menyesuaikan diri dengan keadaan yang sentiasa berubah. 1.4.7. Kita juga menjadi orang yang lebih bersedia menghadapi masalah atau keadaan yang lebih kompleks. 1.4.8. Dapat membaiki perasaan prasangka terhadap orang lain kepada penerimaan secara positif atas apa yang berlaku di sekeliling kita.

KESIMPULAN

Daripada maklumat-maklumat yang dikumpulkan dapat disimpulkan bahawa kefahaman tentang komunikasi, teori komunikasi dan kepentingan komunikasi bagi pekerja dalam sesebuah organisasi dapat meningkatkan kualiti kerja dan menjayakan hubungan sesama rakan mahupun sebagai ahli masyarakat yang dapat memberi sumbangan yang positif kepada negara khususnya.

BIBLIOGRAFI

Narimah Ismail, Ph.d (1999) KOM3002 Pengenalan Kepada Teori Komunikasi. Kuala Lumpur; Cetakrapi Sdn.Bhd. Griffin, E.(1997) a First Look at Communication theory.3rd ed.New York:McGraw Hill. Littlejohn,S.W. (1996) Theories of Human communication. 5th ed.Belmont:wadsworth Publishing.

Você também pode gostar