Você está na página 1de 5

KEMAHIRAN TULISAN DEFINISI Tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk grafik bagi

melahirkan perasaan, fikiran dan idea.Menulis adalah proses memindahkan lambang lambing bunyi yang tersusun dan teradun bagi melahirkan bunyi bunyi yang bermakna serta dijadikan alt komunikasi.

PERANAN TULISAN
1. Untuk mendirikan asas yang kukuh supaya seseorang kanak - kanak itu dapat

melahirkan idea, fikiran serta perasaan dengan baik, pantas dan cekap.
2. Untuk membolehkan kanak - kanak menyusun huruf - huruf menjadi sukukata,

perkataan dan ayat sebagai alat komunikasi dalam kelompok masyarakat. 3. Membolehkan kanak- kanak berkemahiran dalam satu lagi kompenan bahasa dan meluaskan pengetahuan, perhubungan serta matlamat hidup.
4. Untuk menyediakan , menyemai, mengasah serta mengukuhkan minat serta

bakat kanak - kanak sebagai memenuhi kehendak masyarakat moden kerana membaca, menulis dan mengira keperluan hidup masa kini.
5. Untuk menghasilkan bentuk - bentuk tulisan kreatif seperti pantun, syair, sajak

adalah sebahagian daripada asas utama

dan lain-lain bentuk puisi dan prosa yang dapat memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran , perasaan bukan sahaja diri kanak - kanak itu sendiri bahkan juga seluruh insan umumnya.

PERINGKAT PERINGKAT PERKEMBANGAN BAHASA DALAM TULISAN

a. PRA TULISAN Pra tulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak - kanak bagi menyediakan diri kearah melahirkan lambang - lambang bunyi khusus yang diterima oleh kelompok masyarakat .Pada peringkat awal kanak-kanak membuat contengan di atas permukaan benda - benda yang sedia ada dalam persekitaran mereka

dengan menggunakan bahan bahan yang boleh meninggalkan kesan ke atas permukaan benda tersebut Peringkat contengan ini bermula dari membuat contengan bebas hingga ke peringkat terkawal. Peringkat pra tulisan ini adalah bagi kanak kanak mendapatkan latihan otot, tangan, jari, serta keordinasi mata dan tangan.Peringkat pra tulisan perlu menitikberatkan perkara perkara berikut.
1. Melakukan latihan latihan pergerakan tangan dan jari melalui aktiviti seperti

mengoyak, menganyam, menampal, menguli tepung dan lain lain lagi.


2. Menguasai gerak tangan bebas, cara memegang alat tulis, cara duduk dan

sebagainya supaya boleh menulis dengan sempurna dan selesa. 3. Melakukan latihan latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan, dari atas ke bawah dan lain lain. 4. Melakukan latihan latihan keselarasan (keordinasi) mata dan tangan. b. TULISAN MEKANIS Setelah kanak kanak melalui proses pra tulisan , sepatutnya mereka telah faham dan boleh memegang pensel serta cara duduk yang betul dan selesa.Tulisan mekanis merupakan peringkat kedua yang patut didedahkan kepada murid murid . Sebagai permulaan untuk memberi kemahiran dalam penulisan mekanis murid murid diminta membentuk huruf- huruf pada permukaan kertas kosong tanpa garisan . Setelah kemajuannya didapati memuaskan barulah latihan membentuk huruf diberikan . Bermula dengan garisan yang lebar atau luas membawa kepada lembaran bergaris kecil atau sempit.

Latihan latihan tulisan mekanis diharapkan murid- murid dapat : Kemahiran mengawal dan memegang pensel. Meneliti , mengenal ,menyalin bentuk-bentuk huruf mengikut urutan. Mendapat kesedaran tentang perkaitan bunyi dengan tulisan.

C.TULISAN KREATIF Peringkat ini merupakan peringkat tertinggi dalam proses menulis.Di peringkat ini kanak-kanak dapat diharapkan dapat menggunakan kemahiran yang diperolehi di peringkat mekanis untuk menggunakan daya kreatif untuk : Membina ayat Mengarang cerita Mengarang pantun, sajak,teka-teki dan lain-lain. Menulis surat kiriman

MASALAH MASALAH TULISAN DI KALANGAN KANAK KANAK PEMULIHAN.

a. Perkataan di tulis terlalu rapat di antara satu dengan yang lain. b. Bentuk-bentuk huruf di tulis terlalu condong. c. Tiada keseragaman jarak di antara huruf dengan huruf atau diantara perkataan dengan perkataan. d. Bentuk-bentuk huruf yang tidak jelas /tepat atau betul. e. Menulis tanpa mengikut garisan-garisan yang ditentukan. f. Mencampur adukkan huruf besar dengan huruf kecil. g. Masalah pembalikan huruf atau perkataan. h. Huruf-huruf tidak ditulis mengikut posisi iaitu kedudukan yang sepatutnya. i. Menulis dengan meninggalkan huruf ,perkataan atau imbuhan. j. Menulis melampaui garisan ruang muka surat yang ditentukan. k. Menulis huruf-huruf di dalam perkataan secara bertindih. l. Mengulang garis-garis huruf yang dipilih.
m. Menulis mengikut arah dari kiri ke kanan.

n. Menulis huruf atau perkataan mengikut urutan yang salah. o. Menulis atau menyalin ayat tanpa mengikut tertib yang betul.

MASALAH-MASALAH TULISAN DI KALANGAN KANAK-KANAK PEMULIHAN.

1. Memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam peringkatperingkat permulaan dan mendirikan asas. 2. Memberikan penerangan ,tunjukkcara serta contoh-contoh yang jelas dan betul serta sesuai dengan tahap keupayaan murid secara individusupaya dapat diikuti dengan mudah.
3. Guru adalah model dan contoh yang menjadi ikutan murid-murid.tulisan dan

cara-cara guru menulis contoh yang akan disalin oleh murid-murid hendaklah dibuat dengan teliti dan betul. 4. Kad-kad tulisan dan lembaran-lembaran kerja bertulis perlulah disediakan dengan sempurna. 5. Guru-guru hendakalah seberapa yang boleh memperbanyakkan latihan dan sentiasa memberikan bantuan individu. 6. Pertimbangan harus dibuat bagi menentukan ketika sesuai seseorang kanakkanak itu tidak digalakkan lagi untuk menggunakan getah pemadam.

Você também pode gostar