Você está na página 1de 20

Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh

digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut.

Menganyam ialah proses menjalin helaian atau jaluran daun mengkuang atau daun pandan yang telah diproses mengikut tatacara tertentu. Seni anyaman ini telah terkenal sejak zaman dahulu lagi dalam masyarakat melayu terutamanya di Terengganu, Kedah, Perak dan Melaka. Corak anyaman umumnya disebut kelarai. Bagaimanapun, khususnya untuk tikar mengkuang, kelarainya dirujuk sebagai ragi. Kelarai dibuat dalam pelbagai motif dan peranannya sama seperti corak bunga dalam tenunan, iaitu sebagai suatu ciri perhiasan. Anyaman kelarai disusun secara tunggal dan lepas (menyeluruh) atau disusun di dalam ruang tertentu. Susunan menegak disebut kelarai berdiri dan susunan sendeng, kelarai serong. Untuk hiasan pinggir atau birai tepi pula terdapat satu kelarai khusus iaitu kelarai pucuk rebung atau nama yang berunsurkan tumbuh-tumbuhan lain seperti kangkung dan sebagainya. Semua jenis kelarai berunsurkan alam semula jadi. Di kalangan masyarakat Melayu, motif tumbuhan menjadi pilihan utama. Daripada bentuk bunga, terdapat kelarai bunga atur, berembang, cengkih dan cengkih beranak, bunga cina, bunga durian, bunga kundur, bunga pecah lapan, bunga tanjung, bunga telur, dan bunga rumput. Unsurunsur tumbuhan yang lain termasuk akar, pucuk (rebung) dan tampuk (jantung pisang, manggis, pinang). Daripada unsur fauna pula, ada motif anggota haiwan, seperti siput, kepala gajah, mata berkait, tapak anjing dan tapak harimau. Juga kelarai dengan bentuk-bentuk bahagian tertentu ikan, serangga dan unggas. Antaranya ialah anak

ikan, belalang cucuk, jari kedidi, mata ketitir, pusat belanak, siku keluang, sisik kelah dan tulang ikan. Di sini unsur ini amat jarang diterapkan kerana agak sukar untuk membentuknya dan memerlukan kemahiran yang tinggi bagi penganyamnya, Di Telok Bakong lebih popular dengan jenis ragi atau kelarai bentuk bebas, seperti kelarai belah ketupat, kelarai kisar mengiri, kelarai beras patah dan kelarai madu manis. Dalam membuat kelarai, perkara utama yang diperhatikan ialah jumlah mata atau langkah daripada bilah daun yang digunakan. Jumlah mata menentukan saiz satu-satu corak. Untuk menyerlahkan kelarai, bilah-bilah dicelupkan dua warna yang bertentangan antaranya. Misalnya, kuning dan hijau, merah dan ungu, atau putih dan perang. Kadangkala warna ketiga digunakan sebagai tanah atau latar belakang corak. Bilah-bilah daun mengkuang berwarna yang dianyam tindih-menindih dan berselangseli ini akan menyerikan hasil anyaman mengkuang dan pandan.

Pengenalan Anyaman merupakan seni yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu. Menganyam bermaksud proses menjaringkan atau menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuhtumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan tumbuhtumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, bilah, pandan, mengkuang dan beberapa bahan tumbuhan lain yang dikeringkan. Definisi Anyaman Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut. Sejarah dan Perkembangan Anyaman merupakan seni tradisi yang tidak mempunyai pengaruh dari luar. Perkembangan Sejarah anyaman adalah sama dengan perkembangan seni tembikar. Jenis seni anyaman pada masa Neolitik kebanyakan adalah menghasilkan tali, rumah dan keperluan kehidupan. Bahan daripada akar dan rotan adalah bahan asas yang awal digunakan untuk menghasilkan anyaman. Menurut Siti Zainun dalam buku Reka bentuk kraftangan Melayu tradisi menyatakan pada zaman pemerintahan Long Yunus (1756-94) di negeri Kelantan, penggunaan anyaman digunakan oleh raja. Anyaman tersebut dipanggil Tikar Raja yang diperbuat daripada pohon bemban. Sehingga kini beberapa negeri masih terus aktif menjalankan kegiatan anyaman di peringkat kampung. Antaranya di daerah Rusila, Dungun, Kampung Ru Renggoh, Kampung Kijing, Cendering dan Kuala Ibai di negeri Terengganu. Negeri-negeri lain yang masih terdapat aktiviti anyaman ialah negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Sarawak dan Sabah.

Jenis-jenis Anyaman

Jenis Anyaman Anyaman Mengkuang Anyaman pandan Anyaman Buluh

Bahan Daun mengkuang

Hasil anyaman Tikar, tudung salji, bekas pakaian dan lain-lain

Daun pandan duri Jenis-jenis buluh yang sesuai Rotan yang telah

Tikar sembahyang, hiasan dinding, Bakul, bekas pakaian, nyiru, beg dan lain-lain

Anyaman Rotan

Bakul, bekas pakaian, tempat buaian anak dan

diproses Anyaman Lidi Anyaman ribu-ribu Lidi kelapa Paku pakis ribu-ribu.

lain-lain Lekar, bekas buah, bekas telor. Tempat tembakau, bekas sirih terbus, bakul, bekas seba guna dan lain-lain.

Tokoh Anyaman Pandan dan Mengkuang


Puan Aminah binti Ali Puan Aminah dilahirkan pada tahun 1944. Berasal dari Rusila Terengganu Darul Iman, iaitu tempat penghasilan kraftangan anyaman yang terkenal. Puan Aminah merupakan tokoh kraf anyaman yang telah dipilih oleh Lembaga Kraftangan Malaysia. Pada tahun 1982 beliau memenangi tempat pertama dalam pertandingan Pertukangan tangan sezaman anjuran muzium Negara. Hingga kini beliau masih aktif sebagai seorang ahli kraftangan anyaman. Lain-lain tokoh yang telah mencipta motif anyaman: i. ii iii iv. v. Cik Siah bt Jumaat berasal dari negeri Terengganu mencipta kelarai Sambas Hajah Asiah bt. Salleh dari negeri Terengganu mencipta kelarai Tapak harimau Hajah Semek dari negeri Terengganu mencipta kelarai Mak Mek Esah bt Said dari negeri Kelantan mencipta kerai Sisik Kelah. Dayang Aisah bt. Awang Husin dari negeri Sabah mencipta kelarai bunga

Proses penyediaan daun mengkuang biasa atau pun mengkuang pandan : 1. MEMILIH DAUN kerat pada waktu pagi atau petang untuk mengelakan daun mengkuang akan layu, daun yang berusia 2 tahun atau lebih dipotong dan dikerat sama panjang mengikut sukatan yang diperlukan serta disusun mengikut rangkap sepertimana kelihatan difoto.. .

2. MELAYUR Daun mengkuang dilayur atas bara api sehingga warna daun kekuningan supaya lembut dan tahan lama serta tak mudah patah dan juga memudahkan proses melurut daun mengkuang setelah kerja-kerja melayur selesai.

3.Mengjangka : Daun yang telah dilayur hendaklah dibuang duri empulor ditengah, manakala duri dikiri dan kanan daun juga hendaklah dibuang.

Alat Jangka 4. MERENDAM Dengan menggunakan belantan dedaun mengkuang ini setelah diikat-ikat diketuk dan dipukul dari pangkal hingga kehujung helaian daun, bertujuan untuk melembutkan dedaun helaian mengkuang setelah menjalani proses rendaman. Setelah selesai kerja-kerja berkenaan daun mengkuang yang telah siap diikat dan direndam 3 hari 3 mlm dgn air. Air perlu ditukar 2 kali sehari untuk mengelak bau masam. Proses rendaman ini bertujuan untuk lunturkan warna hijau menjadi putih pada daun apabila ianya menjalani proses pengeringan daun setelah dijangka. Proses rendaman daun mengkuang juga boleh dijalankan didalam air sungai dan di tali air bendang atau anak-anak sungai yang boleh menghapus dan menenggelamkan paras daun mengkuang bila direndam. Kebiasaannya rendaman daun mengkuang dibuat didalam tempayan yang diisi dengan air serta ditukar pada hari kedua rendaman.

5. MENJEMUR Daun yang telah cukup rendamannya dibuka ikatan dan dijemur secara menghurai antara daun hingga kering. Kebiasaannya cuaca panas diperlukan untuk memutihkan daun-daun mengkuang ini. Jika ianya tak cukup panas warna tikar akan kekuningan dan tidak begitu putih, jika ianya tidak diwarnakan dan hanya menganyam secara biasa.

6. MELURUT/LARIK Setelah daun-daun dijemur kering, kerja-kerja melurut daun tersebut dijalankan ini bertujuan untuk meluruskan daun dan bagi elak ianya bergulunggulung apabila kerja-kerja menganyam dijalankan.

7. MEWARNA Daun mengkuang yang telah dikeringkan bolehlah diwarnakan mengikut kehendak orang yang hendak menganyam. Terdapat dua iaitu cara tradisional atau moden. Cara Tradisional : menggunakan air kunyit kunyit bagi warna atau untuk warna kuning, kesumba india untuk warna jingga, buah mengkudu bagi warna biru dan arang untuk warna hitam. Dizaman sekarang kaedah ini sudah pupus dan tiada orang yang mengerti untuk menggunakannya lagi.

Tikar-tikar mengkuang yang dihasilkannya sendiri melalui anyaman dari mengkuang ditebing Chu Talak dan tebing Lamah :-

Kelarai(ragi) Kepala Lalat

Ragi Corak Pelikat

Ragi Beras Patah.

Ini juga dalam bentuk kelarai bercorak/beras patah.

Kelarai(Ragi) Temose.

Kelarai jenis bercorak Temose.

Tikar Beralas (ada unsur tambahan kain merah dijahit dibahagian tepi).

Anyaman Halus untuk tikar jenis ini.

Gaya dan Corak anyaman Tikar Beralas.

Kelarai berbentuk empat segi diatas anyaman biasa Tikar Beralas.

Tikar Mengkuang Rubai. (Kelihatan bilah-bilah daun mengkuang yang sedikit tebal dan kasar)

Tikar Rubai.

Rubai.(Anyaman Kelarai cara biasa)

Tikar Mengkuang pandan.

Kelarai Biasa bagi Tikar Mengkuang Pandan.

ANYAMAN BULUH

ANYAMAN BULUH Buluh merupakan salah satu spesis rumput, sama seperti lalang, jagung dan padi. Buluh yang kadang-kadang disebut bambu atau aur, tumbuh dan membiak dengan mudah di kebanyakan kawasan tropika dan subtropika. Di negara kita terdapat berbagai-bagai jenis buluh. Antaranya buluh akar, buluh batu/tumpat, buluh betung, buluh cina, buluh duri, buluh gading, buluh kasap, buluh minyak/padang, buluh peleting, buluh perindu dan buluh sembilang. Bagi masyarakat peribumi di nusantara, buluh mempunyai seribu satu kegunaan iaitu sebagai baur kail atau joran, baur panah, bekas membakar lemang, bilah kipas, bilah serkap, galah, pagar, ranting dan batang payung, rakit, sangkak, seligi, sigai, sudip, tabung, tuar, tukil dan sebagainya. Hasil anyaman buluh pula termasuk bakul, dulang, nyiru dan tudung saji. Jenis buluh yang biasa ialah buluh akar, buluh betung, buluh minyak dan buluh gading. Memproses Bahan

Hanya buluh yang sudah cukup tua digunakan dalam kerja kraftangan. Buluh yang dipilih dipotong mengikut ukuran yang dikehendaki. Berikut adalah langkah memproses buluh : Merendam Mengikut cara tradisional, buluh yang siap dipotong itu kemudian direndam di dalam air asam dan air selut selama seminggu. Tetapi kini cara yang lebih mudah digunakan ialah buluh itu direbus bersama campuran soda. Proses ini bertujuan mengeluarkan kandungan gula yang terdapat di dalam buluh, supaya tidak dimakan bubuk dan tahan lebih lama. Dari segi rupa pula, buluh yang telah direndam sedemikian dianggap lebih cantik dan menarik walaupun berbau masam. Menyalai Selepas direndam dan direbus, buluh disalai atau diperasap hingga kering. Kemudian buluh dibelah, disepat (memisahkan kulit daripada isi batang pokok) dan diraut. Kedua-dua kulit dan isi batang yang diraut menjadi bilah boleh digunakan dalam anyaman. Bilah bahagian kulit buluh lebih keras dan sukar dilenturkan jika dibandingkan dengan bilah isi. Oleh itu, bilah bahagian kulit lebih sesuai dijadikan rangka atau tulang hasil kraftangan. Dalam pembuatan nyiru, misalnya, bilah kulit dijadikan bingkai untuk anyaman bilah isi.

Sejarah

Seni anyaman ialah milik masyarakat Melayu yang masih dikagumi dan digemari sehingga hari ini. Kegiatan seni anyaman ini telah bermula sejak zaman dahulu lagi. Ini boleh dilihat pada rumah-rumah masyarakat zaman dahulu di mana dinding rumah mereka dianyam dengan buluh dan kehalusan seni anyaman itu masih bertahan sehingga ke hari ini. Rumah yang berdinding dan beratapkan nipah tidak panas kerana lapisan daun nipah yang tebal menebat pengaliran haba. Seni anyaman dipercayai bermula dan berkembang tanpa menerima pengaruh luar. Penggunaan tali, akar dan rotan merupakan asas pertama dalam penciptaan kraftangan anyaman yang telah menjadi usaha tradisi sejak berabad-abad lalu. Bahan-bahan asas tumbuhan ini tumbuh meliar di hutan-hutan, paya-paya, kampung-kampung dan kawasan di sekitar pasir pantai. Pelbagai rupabentuk kraftangan dapat dihasilkan melalui proses dan teknik anyaman dari jenis tumbuhan pandanus (pandan dan mengkuang). Bentuk-bentuk anyaman dibuat didasarkan kepada fungsinya. Misalnya bagi masyarakat petani atau nelayan, kerja-kerja anyaman dibentuk menjadi bakul, topi, tudung saji, tikar dan aneka rupa bentuk yang digunakan sehari-harian. Selain daripada tumbuhan jenis pandanus, bahan asas lain yang sering digunakan ialah daripada tumbuhan bertam, jenis palma engeissona tritis dan nipah. Berdasarkan bahan dan rupa bentuk anyaman yang dihasilkan, seni anyaman ini merupakan daya cipta dari kelompok masyarakat luar istana yang lebih mengutamakan nilai gunaannya. Walau bagaimanapun pada sekitar tahun 1756 hingga1794 telah terdapat penggunaan tikar Raja yang diperbuat daripada rotan tawar dan anyaman daripada bemban. Proses menganyam disebut juga sebagai "menaja". Untuk memulakan satu-satu anyaman waktu yang baik ialah pada sebelah pagi atau malam. Dalam keadaan cuaca yang redup atau dingin, daun-daun lebih lembut dan mudah dibentuk tanpa meninggalkan kesan-kesan pecah. Biasanya beberapa orang melakukan anyaman ini berkelompok di halaman rumah atau beranda rumah pada waktu malam, petang atau waktu-waktu senggang pada sebelah pagi (jika kelapangan, kerana waktu pagi biasanya dipenuhi dengan kerja-kerja tertentu). Rupa bentuk anyaman tradisi yang masih kekal penciptaan dan fungsinya hingga kini ialah tikar. Selain tikar yang datar dengan sifat dua dimensi, terdapat rupa bentuk anyaman tiga dimensi. Bentuk-bentuk anyaman begini biasanya digunakan oleh masyarakat pada masa dahulu untuk mengisi atau menyimpan bahan-bahan keperluan hidup dan kegunaan seharian. Beberapa daripada rupa bentuk ini ialah bakul, kampit (bekas belacan), tudung saji, kembal (rombong) dan sebagainya. Terdapat dua ciri-ciri penting dalam ragam hias anyaman, iaitu penciptaan kelarai (motif) dan corak. Istilah kelarai dikhususkan kepada motif yang "berbentuk" (selalunya unsur alam) sementara corak

dimaksudkan kepada susunan warna tanpa memperlihatkan kepada susunan warna dan bentuk motif. Anyaman tanpa kelarai disebut sebagai "gadas". Terdapat kira-kira 51 jenis kelarai yang berdasarkan unsur-unsur alam semulajadi seperti unsur-unsur tumbuhan dan binatang. Di sesetengah tempat kelarai dimaksudkan kepada anyaman yang diperbuat daripada buluh dan digunakan sebagai dinding atau penyekat ruang rumah. Sementara di sesetengah tempat lain anyaman seperti ini diperbuat daripada bahan bertam yang disebut sebagai tupas. Ciptaan kelarai atau tupas lebih kukuh, tegas dan kasar bersesuaian dengan fungsinya sebagai penyekat ruang. Tiada bukti yang jelas untuk menetapkan tarikh bermulanya penciptaan kelarai. Melalui kajian yang dibuat dapat dikatakan bahawa penciptaan kelarai dalam anyaman merupakan satu perlakuan yang telah lama berlaku. Bunga sulam merupakan satu teknik yang terdapat dalam ragam hias anyaman di mana ia akan mencantikkan lagi hasil yang telah dibentuk. Teknik sulam adalah teknik susun susup. Kesan bentuk bunga yang dibuat lebih merupakan kesan geometri asas seperti susunan bentuk tiga, segi empat, potong wajik dan sebagainya lagi. Seni kerja tangan anyaman adalah sesuatu yang unik lagi rumit buatannya. Namun begitu, usaha untuk mempertahankan keunikan seni ini haruslah diteruskan agar tidak ditelan peredaran zaman. Budaya negara bukan sahaja dicerminkan melalui bahasa pertuturan dan adat resam bangsanya tetapi juga dicerminkan melalui kehalusan kerja tangan bermutu tinggi. Seni warisan yang unik ini wajar diberi perhatian, sokongan dan bantuan supaya dapat terus dipelihara dan dimanfaatkan bersama.

Você também pode gostar