Você está na página 1de 11

1.

0 PENGENALAN Negara Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 iaitu semasa era pemerintahan Tunku Abdul Rahman selaku Perdana Menteri pada ketika itu. Sebagai negara yang baru merdeka, Malaysia yang pada waktu itu dikenali dengan Tanah Melayu perlu untuk mempunyai dasar luar sebagai satu pendekatan atau pendirian negara. Tanggungjawab tersebut telah dilaksanakan oleh Perdana Menteri Pertama Malaysia iaitu Tunku Abdul Rahman. Hal ini bertitik tolak daripada pendapat beliau yang mengatakan bahawa dunia terbahagi kepada dua blok iaitu Timur dan Barat. Tunku pernah menyatakan, ..dimana terdapat konflik antara dua ideologi Barat dengan Timur maka dahulu lagi saya telah menyatakan dengan terus terang bahawa kami memihak kepada ideologi Barat ataupun fahaman demokrasi Barat Pada ketika itu, sebagai negara yang baru merdeka, dasar luar Malaysia mempunyai fokus terhadap kesatuan politik dan keseimbangan dalam ekonomi. Oleh sebab ekonomi dan politik Malaysia masih bergantung pada pasaran dan modal Barat, Tunku Abdul Rahman membuat pendirian pro-Barat dan anti-Komunis sebagai dasar luarnya. Dasar ini melibatkan banyak strategi. Antaranya ialah melalui mempersekutukan Malaysia dengan negara Barat dan tidak mengiktiraf negara komunis. Pendirian ini bukanlah keputusan yang diambil secara membuta tuli atau tanpa asas tetapi mempunyai sebab-sebab tertentu yang mendorong Tunku Abdul Rahman memilih dasar luar sebegitu. Sebab-sebab itu meliputi faktor dalaman, faktor luaran dan faktor ideosinkratik Tunku sendiri. Terdapat beberapa aspek yang telah menjadi sebab atau pendorong kepada dasar luar pro-Barat dan anti-Komunis yang ditetapkan oleh Tunku Abdul Rahman.

2.0 FAKTOR DALAMAN Sebagai negara yang baru merdeka, sebab keselamatan adalah sebab utama Tunku Abdul Rahman membuat dasar pro-Barat dan anti-Komunis. Hal ini demikian kerana negara pada masa itu masih belum stabil dalam beberapa aspek. Ancaman Parti Komunis Malaya (PKM) Perlindungan daripada Britain amat diperlukan pada masa itu bagi mengatasi ancaman daripada Parti Komunis Malaya (PKM). Gerakan komunis di Tanah Melayu diasaskan atas sokongan kuat bekas ahli-ahli Parti Komunis Indonesia (PKI).1 Penubuhan PKM pusat diasaskan oleh kaum Cina yang terdapat di Tanah Melayu. Golongan radikal Cina di Tanah Melayu ini menyokong fahaman komunis di bawah kepimpinan Mao Tse Tung. Penubuhan PKM di Tanah Melayu pada tahun 1930 telah mewujudkan kerjasama erat dengan Asian Communist Party bagi menjayakan hasrat mereka untuk menguasai Asia Tenggara. Perkara ini lebih mendorong Tunku untuk pro-Barat. Hal ini demikian kerana pada tahun 1957, 3.2 juta daripada 6.2 juta populasi di Tanah Melayu terdiri daripada orang Cina. Jumlah majoriti kaum Cina ini membimbangkan Tunku kerana kaum Cina di Tanah Melayu pada ketika itu masih berhubungan dengan negara asal mereka iaitu China.2 Dalam masa yang sama negara China merupakan negara berideologi komunis. Tunku Abdul Rahman tidak mengiktiraf negara komunis adalah atas alasan agama. Agama merupakan perkara yang paling penting di Persekutuan Tanah Melayu terutamanya bagi orang melayu yang sangat berpegang pada agama sebagai pegangan hidup. Dasar anti komunis ini juga dikuatkan lagi dengan era pemerintahan PKM yang kejam selepas Perang Dunia Kedua iaitu sekitar tahun 1946.3 Keperluan Militari/ Ketenteraan Bagi mengekang ancaman dalaman yang dihadapi oleh negara, kekuatan militari atau ketenteraan amat diperlukan. Dengan saiz negara yang kecil, keupayaan ketenteraannya juga adalah terhad dan tidak begitu memadai untuk menjamin keselamatan negara. Oleh sebab itu, Tunku membuat dasar pro-Barat untuk mendapatkan bantuan ketenteraan apabila diancam
1

Penindasan penjajah Belanda di Indonesia menyebabkan ahli-ahli PKI melarikan diri ke Tanah Melayu.(Mokhtaruddin Lasso, Rashid Maidin, Abdullah C.D. dan Musa Ahmad) 2 Tokoh dan pengasas fahaman komunisme China iaitu Mao Tse Tung pernah mengungkapkan agama adalah candu masyarakat. Mereka yang berpegang kepada fahaman ini beranggapan bahawa agama merupakan agen antisosial dan perosak perkembangan masyarakat. Ia juga dianggap segai mundur dan mengongkong kehidupan masyarakat. 3 Era ini terkenal di Tanah Melayu sebagai pemerintahan Bintang Tiga.
2

oleh musuh dalaman dan luaran. Tambahan pula, pada ketika itu, Malaysia tidak mempunyai suatu pasukan pertahanan yang betul-betul kuat dan kukuh. Malaysia hanya mempunyai 9 batolian askar tanah serta tidak mempunyai angkatan tentera udara dan tentera laut. Hal ini sangat membimbangkan Tunku Abdul Rahman. Justeru, beliau mengambil langkah bijak dengan bersikap pro-Barat. Hal ini direalisasikan melalui Aglo Malaya Defence Aggreement (AMDA). Pada awalnya, keputusan untuk membuat perjanjian AMDA dibantah oleh sebahagian unsur nasionalisme dalam UMNO sendiri.4 Namun, Tunku menegaskan bahawa perjanjian AMDA adalah sangat perlu: let us face the facts, and the facts are that we have at our command an army of less than one division in strength;we have no airforce, not even a single plane or a single man, we have no navy, not even a single sailor and we have not even a single sea-going craft. With the revenue at our command we can never be able to build our forces to the strength which we would require for the defence of our country.(Federation of Malaya, 1957[b] ) Setelah penjelasan dibuat, Tunku berjaya mendapatkan pengundian sebulat suara kepada AMDA dalam Majlis Perundangan. Terdapat lain-lain kritikan daripada sesetengah pihak. Antara kritikan yang dilontarkan terhadap Tunku ialah perjanjian pertahanan dan keselamatan AMDA seolah-olah mempertaruhkan kedaulatan dan keutuhan wilayah dengan kehadiran tentera asing dalam negara. Selain itu, AMDA juga dianggap sebagai penyebab kepada kemerdekaan yang tidak mutlak kerana pertahanan Malaya masih dijaga oleh tentera asing. Namun, langkah yang diambil oleh Tunku ini sebenarnya bagi mengurangkan perbelanjaan yang harus diperuntukkan bagi tujuan pertahanan negara. Pada tahun 1957, $76,000,000 sahaja daripada $761,000,000 pendapatan negara dibelanjakan untuk keperluan pertahanan sedangkan pertahanan yang bagus memerlukan perbelanjaan yang lebih besar lagi. Jika ingin menambah perbelanjaan pertahanan, cukai terpaksa dinaikkan dan perbelanjaan untuk pendidikan, khidmat sosial dan ekonomi terpaksa diturunkan.

Tajuddin Ali seorang anggota UMNO telah mengecam perjanjian AMDA sebagai menjejaskan kemerdekaan Malaya, Belia UMNO cawangan Johor menyatakan bahawa AMDA akan melibatkan Malaya dengan SEATO dimana Amerika sebagai kuasa besarnya, cawangan UMNO Kedah menyeru supaya mesyuarat dibuat untuk membincangkan AMDA.
3

3.0 FAKTOR LUARAN Penyebaran ideologi Komunisme Perlindungan dari Barat juga diperlukan bagi mengekang ancaman komunis dari luar. Hal ini kerana pemerintahan komunis lebih kejam berbanding Barat dan ideologinya bertentangan dengan pegangan rakyat Tanah Melayu. Menurut Dato Ahmad Mokhtar Selat, bekas diplomat Malaysia, yang kedua tidak semestinya lebih baik daripada yang pertama. Perjuangan berasaskan radikal komunisme merupakan sebuah fahaman berasaskan ajaran yang dipelopori oleh Karl Marx. Terdapat tiga buah karya agung beliau yang menyatakan dengan jelas pandangan komunisme beliau iaitu The German Ideology (1846), The Communist Manifesto (1848) dan Das Kapital (Jilid 1,1867). Berdasarkan tiga buah buku ini, secara umumnya beliau berpandangan beliau tidak mempercayai kewujudan tuhan serta kehidupan beragama malah beliau yakin dengan konsep kebendaan dan perubahan masyarakat secara revolusi.5 Perkara ini jelas bertentangan dengan pegangan orang melayu di Persekutuan Tanah Melayu dan bercanggah dengan ajaran agama Islam, lebih-lebih lagi suatu fahaman yang menolak kepentingan agama dan kewujudan tuhan. Ideologi ini harus dihalang daripada terus merebak di Persekutuan Tanah Melayu demi memartabatkan kedudukan agama dalam masyarakat. Oleh sebab itulah Tunku menetapkan dasar luar anti-komunis. Hal ini dapat dibuktikan melalui perjanjian AMDA yang ditandatangani dengan Britain sekaligus mempunyai jaringan dengan Southeast Asian Treaty Organisation (SEATO). Walau bagaimanapun, usaha ini tidaklah bermakna Malaysia bersekutu dengan Amerika Syarikat tetapi sebagai satu strategi untuk mencegah perluasan pengaruh komunis dalam negara Malaysia itu sendiri. 6 Tunku

menganggap dasar Amerika akan memelihara kestabilan dan memberi keselamatan kepada Malaysia sendiri. Hal ini kerana Malaysia terletak di Asia Tenggara. Tunku pernah menyatakan,

Pandangan beliau tersebut juga disokong olehA.J.P. Taylor, felo di Magdalen College, Oxford. Taylor secara sedar telah membuat satu kenyataan yang menyamatarafkan karya Karl Marx dengan Bible dan Al-Quran. More than this, Marxism has become their accepted Creed or religion for countless millions of mankind, and The Communist Manifesto must be counted as holy book, in the same class as the bible or the Koran. Nearly every sentence is a sacred text, quoted or acted on by devotees, who often no doubt do not know the source of their belief Taylor(1967). 6 Malaysia tak bersekutu tetapi hanya meluahkan rasa simpati (sebagai salah satu cara menyokong).
4

kita mestilah menyedari bahawa Cina Komunis sepanjang masa memandang ke arah kita dengan harapan suatu hari kelak akan menguasai seluruh Asia Tenggara.7

Ekonomi Di samping faktor keselamatan, ekonomi juga menjadi pendorong atau sebab Tunku Abdul Rahman membuat dasar pro-Barat. Keadaan ekonomi negara semasa baru mencapai kemerdekaan masih terlalu terhad dan sempit kerana ekonomi negara masih berasaskan pengeluaran beberapa bahan mentah seperti bijih timah dan getah. Kestabilan harga bahanbahan mentah tersebut di peringkat antarabangsa perlu dicapai untuk meningkatkan ekonomi dan pembangunan negara. Oleh itu, Tunku menyusun strategi melalui penggubalan dasar proBarat. Hal ini bagi membuka peluang ekonomi untuk menembusi pasaran antarabangsa. Apabila ekonomi negara sudah stabil, perkara yang diharapkan oleh Tunku ialah supaya lebih banyak lagi negara dan individu membuat pelaburan di dalam negara bagi menggalakkan dan merancakkan lagi aktiviti ekonomi dalam negara. Perjanjian Aglo Malaya Defence Agreement (AMDA) tidak ditandatangani atas sebab keselamatan semata-mata tetapi terdapat sebab sampingan. Sebab yang menjadi kepentingan dan dipersetujui bersama adalah dalam aspek kepentingan ekonomi bagi kedua-dua pihak. British memerlukan bahan mentah bagi tujuan perkembangan industri di negara mereka manakala Malaysia memerlukan laluan bagi memasarkan bahan-bahan mentah ke pasaran antarabangsa dan Tunku sedar modal untuk membangunkan ekonomi memerlukan modal yang besar. Malaysia menyokong kesemua usaha di peringkat antarabangsa bertujuan untuk mengawal harga bahan-bahan mentah. Semasa Tanah Melayu merdeka, pihak inggeris hanya meninggalkan sistem ekonomi pertanian meliputi 85% eksport negara malah agensi dan syarikat perdagangan kebanyakannya masih dikawal oleh Britain. Kemerdekaan Malaya amat dinanti-nantikan tetapi hakikatnya kemerdekaan itu tidak seindah yang dijangka kerana ekonomi negara masih sempit dan bergantung kepada orang Inggeris. Oleh itu, Tunku mengambil langkah bijak dengan menjadi anggota negara komanwel pada tahun 1957.8 Hal ini bagi meluaskan pasaran komoditi di peringkat antarabangsa sekaligus menstabilkan harga bahan mentah.
7 8

Ucapan Tunku di Perhimpunan Agung UMNO pada 31 Julai 1966. Komanwel merupakan pertubuhan yang dianggotai oleh negara bekas jajahan inggeris yang menjalinkan hubungan kerjasama dengan Britain.
5

Politik Keselamatan sememangnya bukan sahaja penting bagi perlindungan daripada musuh tetapi juga sebagai usaha mencapai kesatuan dan kestabilan politik. Hal ini kerana kestabilan dan kesatuan politik hanya dapat dicapai dalam keadaan negara yang selamat dan aman. Oleh sebab itulah Tunku Abdul Rahman membuat dasar pro-Barat. Kehadiran politik berideologi komunisme akan menimbulkan banyak konflik dalam pemerintahan negara. Hal ini akan menghalang negara untuk mengecapi kestabilan dan kemakmuran dalam politik. Faktor kestabilan politik menjadi faktor utama bagi sesebuah negara luar untuk membuat pelaburan dalam negara. Pelaburan amat mempengaruhi perkembangan ekonomi dalam negara kerana ianya diibaratkan sebagai modal. Sebagai negara yang baru merdeka, Malaysia perlu menstabilkan politiknya terlebih dahulu. Caranya adalah melalui bantuan dari Barat untuk membanteras komunis dalan negara terutamanya. Jika Tunku Abdul Rahman tidak membuat pendirian pro-Barat, Tunku beranggapan bahawa Barat mungkin berasa tidak yakin untuk membantu dan bekerjasama dengan Malaysia. Pendirian ini secara tak langsung memberi keyakinan kepada Barat sekaligus memberi manfaat kepada negara dalam aspek politik, ekonomi, sosial dan keselamatan terutamanya. Selepas merdeka, Tanah Melayu terpaksa berusaha untuk meluaskan pengaruh dan mengukuhkan politik negara. Tujuan utamanya adalah untuk mendapatkan pengiktirafan tentang kewujudan Tanah Melayu sebagai negara yang merdeka dan berdaulat, mengekalkan keamanan dan keselamatan dalam negara serta mempromosikan ekonomi dan sosial negara. Tujuan tersebut dapat dicapai apabila Tanah Melayu diterima sebagai salah sebuah negara anggota Pertubuhan Badan Bersatu (PBB) pada 17 September 1957. Keanggotaan ini juga bertujuan membantu negara lain dalam isu global. Antara sumbangan yang Tanah Melayu berikan adalah bantuan misi keamanan di Congo pada tahun 1960 yang melibatkan 1413 anggota.9 Tanah Melayu juga membantu mencari resolusi bagi menyelesaikan Perang Saudara di Cyprus pada tahun 1955-196010 dan cuba menjadi pengantara semasa pertikaian Irian Barat.

Berita Harian, 5 November 1960. Berita mengenai Tentera Khas dari Persekutuan Tanah Melayu selamat tiba di Congo. 10 Charles Foley & W.I Scobie. (1978). The Struggle For Cyprus. California: Hoover Institute Press. Hlm. 1
6

Sosial Antara sebab lain Tunku Abdul Rahman bersikap pro-Barat dan anti-Komunis adalah kerana beliau ingin membina hubungan baik dengan Barat dan negara-negara anti-Komunis demi menjaga imej Tanah Melayu sebagai negara yang baru merdeka. Terdapat banyak tindakan yang dilakukan demi menjaga hubungan dengan negara-negara Barat dengan menyokong tindakan Barat. Antaranya ialah Tunku pernah melawat ke Vietnam Selatan pada tahun 1958 sebagai lawatan pertamanya ke luar negeri sebagai Perdana Menteri. Lawatannya itu boleh juga dianggap sebagai memberi jaminan persahabatan dan hasrat itu dinyatakan kepada Presiden Vietnam Selatan iaitu Ngo Dinh Diem. Hubungan persahabatan Malaya dengan Vietnam Selatan berkekalan dan Tunku pernah menjemput presiden Vietnam Selatan untuk melawat Malaya pada tahun 1960. Pada awalnya hubungan dua negara tersebut hanya membantu untuk meyakinkan Barat tentang dasar luar pro-Barat dan anti-Komunis. Walau bagaimanapun, persahabatan antara dua negara (Malaya dan Vietnam Selatan) memperlihatkan bahawa dasar pro-Barat telah membawa kepada hubungan baik antara dua negara tersebut. Selain itu, Tunku juga pernah menganjurkan Tabung Menyelamat Demokrasi bagi membantu India mempertahankan Negara India daripada pencerobohan negara komunis iaitu China. Dalam masa yang sama, Malaya juga tidak mengiktiraf Republik Rakyat China bagi menunjukkan pendirian serius terhadap dasarnya yang anti-Komunis. Semua tindakan di atas demi menjaga hubungan baik dengan Barat dan menjaga kepentingan lain seperti ekonomi, politik dan keselamatan. Di samping itu, Tunku sedar bahawa tindakannya itu akan membawa kepada hubungan baik dengan negara yang dibantu juga. Tindakan itu juga sebenarnya berasas kerana Komunisme sememangnya terbukti kejam dan zalim. Pengalaman sejarah negara berdepan dengan komunis semasa era pemerintahan Bintang Tiga jelas memperlihatkan pemerintahan komunis yang kejam.11

4.0 FAKTOR IDEOSINKRATIK TUNKU ABDUL RAHMAN Faktor ideosinkratik atau peribadi juga mempengaruhi dasar luar Tunku Abdul Rahman pro-Barat dan anti-Komunis. Dari aspek latar belakang, beliau menjalani hidup yang panjang di England iaitu seawal usia 16 tahun untuk melanjutkan pelajaran. Tunku betul-betul tamat
11

Komunis bertindak zalim dengan melakukan penculikan, pembunuhan, dan perbuatan balas dendam terhadap orang melayu yang dituduh sebagai agen Jepun.
7

pengajiannya semasa umurnya 45 tahun. Jangka masa ini membuatkan dirinya sudah sebati dengan cara hidup Barat. Pendidikan Inggeris dan rasa sayang beliau terhadap gaya kehidupan Barat yang menebal juga mendorong keputusan beliau untuk memilih dasar pro-Barat. Kekaguman dan kecintaan kepada Barat terbawa-bawa semasa pemerintahannya.12 Latar belakang politik Tunku juga menjadi salah satu sebab Tunku bersikap menyokong Barat dan anti-Komunis. Pengalaman Tunku memerintah dalam keadaan negara sedang hebat berjuang berhadapan dengan ancaman komunis merupakan pengalaman pahit baginya. Hal ini membuatkan beliau memilih untuk berpihak pada Barat dan bersikap anti-Komunis. Hal ini disokong dengan latar belakangnya yang tidak pernah bergaul mesra dengan negara komunis tetapi pandai bergaul dengan orang Britain kerana latar belakang pendidikannya. Penetapan dasar pro-Barat dan anti-Komunis juga bagi menjamin kelangsungan politik orang melayu. Tambahan pula Tunku merupakan seorang pemimpin di negara yang majoriti rakyat beragama Islam. Sebagai seorang melayu dan beragama Islam, beliau bertanggungjawab menjaga keutuhan dan kedaulatan bangsa, agama dan negaranya. Hal inilah lebih mendorong beliau bersikap anti-Komunis. Beliau pernah menyatakan,

..memang benar saya takut Cina Komunis dan dasar-dasar mereka. Kalau mereka tidak mengakibatkan pencerobohan secara langsung mereka akan menggunakan orang lain untuk menimbulkan huru-hara.13

Sikap golongan elit politik yang seangkatan dengannya terdiri daripada teman baik Tunku dan mereka menyokong tindakan Tunku membuat dasar pro-Barat. Jika diperhatikan pada rentetan sejarah, pengalaman kolonialisme yang beliau hadapi di Malaysia tidak sepahit pemerintahan komunis dalam negara pada 1948 dan berbeza jauh dengan kolonialisme di Indonesia. Hal ini mungkin disebabkan oleh beliau merupakan golongan bangsawan dan mendapat pendidikan Inggeris serta faham cara dan beliau boleh dikatakan sebagai seorang yang berintelektual Barat.

12 13

Petikan oleh Abdullah Ahmad dalam Arabia, London, Disember 1983. The Straits Times, 8 Februari 1968.
8

5.0 KESIMPULAN Secara keseluruhannya, Tunku mengamalkan dasar luar yang pro-Barat dan antiKomunis atas pelbagai tujuan dan kepentingan. Daya intelektualnya yang tinggi lahir berdasarkan latar belakang keluarganya, pendidikannya dan pengalaman luas beliau dalam bidang politik. Latar belakangnya yang berasal dari keturunan bangsawan Kedah iaitu putera ketujuh kepada Almarhum Sultan Abdul Hamid.14 Tunku menghabiskan masa lebih separuh usia remajanya di kota London dan sudah mesra dengan orang inggeris. Tunku juga mengakui bahawa kehidupan di perantauan merupakan pengalaman yang menyeronokkan. Hal ini menunjukkan betapa sayangnya beliau dengan kehidupan di London dan England. Oleh itu tidak hairanlah Tunku mengamalkan dasar luar pro-Barat. Di samping itu, Sebagai orang melayu yang berpegang pada ajaran agama islam, sudah tentulah menjadi keutamaan beliau untuk menolak prinsip ideologi komunisme yang sekular. Kesimpulannya, Dasar luar pro-Barat dan anti-Komunis Tunku banyak dibuktikan dengan ketiadaan hubungan diplomatik yang kondusif dengan negara ideologi komunis sepanjang pemerintahan Tunku Abdul Rahman baik hubungan politik, ekonomi apatah lagi dalam aspek pertahanan tetapi berbuat baik terhadap negara-negara lain yang anti-Komunis.15

14 15

Sultan Kedah yang ke-24. Abdullah Ahmad (1987). Tengku Abdul Rahman dan Dasar Luar Malaysia 1963-1970. Kuala Lumpur: Berita Publishing. Hlm. 34.
9

Rajah Penjelasan Output Dasar Pertahanan dan Keselamatan 1957 hingga 1963 OBJEKTIF DASAR LUAR DARURAT KEPENTINGAN PERTAHANAN DAN KESELAMATAN Kemerdekaan politik Integriti sempadan

I PEMERINTAHAN BRITISH PERANG DINGIN D E O L O G I E L I T

SIKAP DASAR LUAR Pro- Barat dan Anti-Komunis

STRATEGI Bersekutu dengan kuasakuasa Barat Tidak bersatu dengan kuasa komunis

SEBAB Faktor Dalaman Faktor Luaran Ideosinkratik

TINDAKAN Menandatangani perjanjian pertahanan bersama dengan Britain dan lain-lain yang pro-Barat dan anti-komunis

10

BIBLIOGRAFI E-man. (2004). Tunku Abdul Rahman Putra, Siri Tokoh-tokoh Sejarah. Melaka: Associated Educational Distributors (M) Sdn. Bhd. Joshua S. Goldstein & Jon C. Pevehouse. (2006). International Relations, seventh edition. Geneva: Priscilla McGeehon. (Pearson International Edition) J. Saravanamuttu (1983), The Dilemma of Independence: Two Decades of Malaysias Foreign Policy, 1957-1977, USM School of Social Sciences, Penang. Abdullah Ahmad (1985), Tengku Abdul Rahman& Malaysias Foreign Policy 1963-1970, Berita Publishing, K. Lumpur. Ishak Saat. (2011). Radikalisme Melayu Perak 1945-1970. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia. Michael G. Roskin, Nicholas O. Berry. (1999). IR the new world of international relations. United States: Upper Saddle River, NJ: Prentice hall http://www.internationalrelations.com/ http://www.ablongman.com/goldstein7e http://www.britannica.com/EBchecked/topic/328028/laissez-faire

11

Você também pode gostar