Você está na página 1de 3

ALAHAN LAKTOSA (LACTOSE INTOLERANCE) Apakah laktosa?

Susu dan hasil tenusu mengandungi gula susu yang perlu dipecahkan menjadi lebih kecil supaya dapat diserap ke aliran darah. Gula susu ini dipanggil laktosa. Ia dipecahkan oleh enzim lactase di dalam usus. Apakah alahan laktosa? Alahan laktosa adalah ketidakupayaan untuk menghadamkan gula susu atau laktosa. Bagaimanakah Alahan Laktosa Berlaku? Ianya berlaku kerana kekurangan enzim lactase secara sementara atau kekal. Enzim lactase ini terdapat di lapisan dalam usus. Jenis-jenis alahan lactosa Alahan laktosa mungkin kekal (primary) 1. Congenital (sejak lahir) o Jarang berlaku o Berlaku semasa lahir

2. Lewat (bagi dewasa) o Biasa berlaku di kalangan orang asia o Berlaku dalam anggaran umur 20 tahun Alahan Laktosa Sementara (secondary) Alahan laktosa sementara berlaku disebabkan kerosakan/kecederaan pada usus yang disebabkan oleh:

Jangkitan kuman pada usus (Gastroenteritis) Penyakit usus seperti Coeliac Disease Pembedahan usus

Berapa kerapkah keadaan ini berlaku?


2/3 daripada kebanyakan bayi mengalami gejala penyakit ini. Secara am ianya adalah sementara dan tidak merbahaya. Enzim lactase lazimnya akan berkurangan apabila kanak-kanak mula makan makanan pejal.

Kebanyakan orang akan terus menghasilkan enzim lactase dan sebahagian (kebanyakan orang asia) pula berhenti menghasilkan enzim lactase apabila meningkat dewasa.

Apakah tanda-tanda dan gejala penyakit ini? Gejala ini akan kelihatan hingga 2 jam selepas memakan makanan yang mengandungi laktosa:

Bayi merengek dan menangis. Perut kembung dan memulas Berak cair yang berbau busuk Kentut yang berlebihan Kulit melecet dibahagian punggung

Diagnosa Semua tanda-tanda di atas bukan saja berlaku bagi kes alahan lactosa tetapi juga berlaku kepada alahan makanan lain atau penyakit-penyakit lain. Oleh itu diagnosa ini hanya boleh dibuat selepas kes diperiksa oleh doktor. Apakah masalah yang akan timbul akibat penyakit ini? Alahan laktosa sementara tidak akan menyebabkan komplikasi kepada kanak-kanak. Walau bagaimanapun, kes yang serius jika tidak dirawat boleh menyebabkan:

Kekurangan air dalam badan (Dehidrasi) Kurang zat makanan Pembesaran terencat

Bagaimanakah cara merawat masalah ini? Kawalan pemakanan adalah cara utama merawat alahan lactosa. Cuba elakkan makan makanan yang mengandungi laktosa, di samping itu pastikan kanak-kanak tersebut mendapat makanan yang seimbang. Dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan sebarang rawatan. Alahan laktosa yang kekal :

Tidak dapat diubati. Elak semua makananyang mengandungi laktosa. Bayi yang menyusu susu ibu atau susu formula perlu ditukarkan kepada susu yang tidak mengandungi lactosa. Susu tersebut mungkin dibuat dari susu lembu tanpa laktosa (lactose free) atau susu soya.

Pastikan makan makanan seimbang dan mempunyai cukup nutrient untuk pembesaran.

Alahan laktosa yang sementara:


Kurangkan makanan yang mengandungi lactosa. Selang-selikan penyusuan susu ibu dan susu formula yang tidak mengandungi lactosa. Mungkin perlu minum susu tanpa lactosa sahaja buat seketika. Selepas tiada gejala dalam masa 2-4 minggu, boleh mulakan penyusuan susu formula biasa untuk bayi.

Apakah jenis makanan yang mengandungi laktosa? Makanan mengandungi laktosa termasuk:

Susu dan hasil tenusu seperti keju, mentega dan lain-lain. Coklat dan minuman coklat dan berperisa coklat. Aiskrim. Margerin. Roti dan biskut. Bijirin sarapan. Manisan susu (candy), gula-gula yang mengandungi susu. Susu pekat manis. Susu cair.

Laktosa juga terkandung dalam makanan berikut:


Semua jenis susu. Gandum dan protien susu. Susu tepung. Tairu.

Você também pode gostar