Você está na página 1de 8

Ancak: Ulasan kenyataan Mufti Perak

Written by Mohd Akmal Kamaruddin

1. Pengertian

Di dalam membahaskan tentang tajuk ancak, terdapat 3 khurafat di dalam masyarakat Melayu yang hampir sama, ya tiga perkara ini bercanggah dengan syara disebabkan beberapa unsur yang akan dibentangkan selepas ini, insya A Pertama: Ancak

Ancak dibuat daripada buluh yang hampir sama dengan sangkak. Ada juga terdapat ancak yang di buat daripada da kuning, bertih, ketupat dan sebagainya.

Ancak juga di gunakan sebagai "jamu" untuk Jin keturunan atau Jin penjaga kampung supaya tidak menggangu ana tersebut pada tahun itu. Kepercayaan menjamu dengan menggunakan ancak ini masih ada sehingga ke hari ini terut ada lagi atau berpegang dengan saka atau Tok-Nenek atau Jembalang-jembalang keturunan.

(Haji Ahmad bin Haji Che Din, Satu Penilaian Terhadap Perubatan Tradisional Melayu, Adat Resam Masyarakat Mel Melayu, Perkara-perkara Khurafat dan Ajaran-ajaran Sesat 1 Ogos 1997, versi pdf) Kedua: Sangkak

Sangkak pula di perbuat daripada buluh dengan mengikut syarat-syarat tertentu. Di atasnya diletakkan seekor ayam dengan syarat-syarat tertentu ataupun pulut kuning dan bertih sebagai "jamu" bagi Jin yang dihajatinya, samada Jin kampung supaya jangan mengganggu keluarga atau kampung tersebut pada tahun itu.

Kemian diletakkan bersebelahan dengan sangkak tersebut sebagai bauan wangi yang sangat disukai oleh Jin yang j memanggil Jin tersebut. Terdapat dua cara menguna dan meletakkan sangkak ini. Jika sangkak tersebut di buat untu ianya dibuat dan diletakkan di dalam rumah dengan di ikuti oleh majlis tahlil dan sebagainya.

Jika sangkak tersebut di buat untuk menjaga kampung pula maka ianya di letakkan di tepi hutan atau di pinggir kamp jampi serapah tertentu dan kadang-kadang di sembelih pula seekor kambing atau kerbau.

(Haji Ahmad bin Haji Che Din, Satu Penilaian Terhadap Perubatan Tradisional Melayu, Adat Resam Masyarakat Mel Melayu, Perkara-perkara Khurafat dan Ajaran-ajaran Sesat 1 Ogos 1997, versi pdf) Ketiga: Tiang Seri

Antara syarat dan adat Istiadat yang mesti di buat untuk mendirikan rumah baru ialah seperti mengantungkan buah k menanam tahi besi, emas, perak atau tembaga pada setiap tiang seri rumah dan menepung tawar sebagai upacara

Acara-acara tersebut akan dilakukan oleh Tok Bomoh, kononnya untuk mengelakkan daripada diganggu oleh Jin da kesejahteraan dan keselamatan kepada semua penghuni rumah tersebut. Sebenarnya upacara tersebut tidak lebih d tidak ada kena mengena dengan keselamatan dan kesejahteraan penghuni rumah itu.

(Haji Ahmad bin Haji Che Din, Satu Penilaian Terhadap Perubatan Tradisional Melayu, Adat Resam Masyarakat Mel Melayu, Perkara-perkara Khurafat dan Ajaran-ajaran Sesat 1 Ogos 1997, versi pdf) Kesimpulan

Ancak, sangkak dan tiang seri adalah antara alat yang digunakan untuk satu upacara. Apa yang akan saya bahaska perspektif upacara. Peralatan itu sendiri tidak diharamkan, sebaliknya apa yang diharamkan ialah penyalagunaan a perbahasannya selepas ini. 2. Hukum Berkaitan Ancak

Berdasarkan maksud yang saya bentangkan di atas, ancak diharamkan disebabkan beberapa perkara, antaranya ia 1. Haram disebabkan jamu untuk jin yang dikatakan menjaga kampung 2. Haram disebabkan meminta bantuan jin dalam perkara yang menyalahi syara 3. Haram disebabkan upacara yang menyalahi syara, seperti upacara pemujaan dan lain-lain

Ancak bukanlah diharamkan disebabkan peralatan yang digunakan, sebaliknya upacara tersebut. Ia menjadi haram disebabkan menjamu jin yang dikatakan menjaga kampung, atau menjaga rumah yang didirikan tersebut. Dan hukum

Di dalam Sinar Harian bertarikh 18 Mac, Tan Sri Mufti Negeri Perak hanya mengemukakan hujah menyatakan perka disebabkan alatan-alatan yang dikemukakan berdasarkan rujukan Kitab Tajul Muluk, yang akan saya ulas selepas in

Maka, ancak tidak dikatakan haram sekiranya tiada unsur menjamu jin yang kononnya menjaga rumah yang tiang se Ia juga diharamkan disebabkan meminta bantuan jin, di dalam urusan yang menyalahi syara.

Bahkan, apa yang dikatakan haram ialah upacara itu sendiri. Iaitu upacara pemujaan, walaupun menggunakan peral pemujaan Black Metal zaman ini tidak menggunakan pulut kuning, daun pisang dan lain-lain. Tetapi tetap haram ker

Maka, pengharaman sesuatu upacara tersebut bukanlah disebabkan peralatan yang digunakan, sebaliknya upacara unsur-unsur kepercayaan (akidah) yang songsang. Antaranya: 1. Mempercayai kekuatan jin atau makhluk halus untuk menjaga 2. Meminta bantuan selain daripada Allah kepada makhluk halus

3. Mempercayai alatan-alatan yang digunakan boleh memberi kuasa, contoh beras kuning yang dikatakan boleh m (Sila rujuk Haji Abdul Hamid@Yusoff bin Yunus, Penjelasan Terhadap 58 Ciri-ciri Ajaran Sesat Di Malaysia, terbitan Malaysia) Perkara ini juga telah dihuraikan di dalam web JAKIM tentang Ciri-ciri Khurafat dan Tahyul: (c) Cerita-cerita yang bersumberkan kepada kepercayaan lama dan adat yang bercanggah dengan Islam.

(d) Cerita-cerita yang berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk halus bagi tujuan memudharatkan ora akidah Islam (e) Menggunakan objek-objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya bagi tujuan yang tertentu. (http://www.islam.gov.my/sites/default/files/garisan_panduan_bercetak_2.pdf ) 3. Ulasan Kenyataan Mufti Perak

Apa yang ingin saya ulas di sini ialah tentang sikap Tan Sri Mufti Perak. Sebagai seorang mufti, beliau perlu berdisip

Antaranya yang boleh dipertikaikan ialah: Pertama: Sumber Yang Diragui

Seorang mufti perlulah mengemukakan sumber rujukan yang tepat, bukanlah sumber-sumber yang bersifat lemah rujukan yang dikemukakan oleh beliau ialah Kitab Tajul Muluk dan Kamus Dewan untuk mendefinisikan Ancak dan m bukanlah Ancak.

Dalam masa yang sama, Kitab Tajul Muluk telah diharamkan oleh JAKIM sejak 2007 lagi. (sila rujuk http://www.islam Bagaimanakah seorang mufti boleh menggunakan kitab yang telah diharamkan oleh JAKIM untuk mengeluarkan fatw

Selain itu, beliau juga tidak boleh berpegang dengan pengakuan si pelaku semata-mata, kerana berkemungkinan ora tersebut (Menteri Besar) menyeleweng daripada apa yang terjadi. Antara skop kajian seorang mufti antaranya seper boleh dipercayai) dan sebagainya.

Video tersebut hendaklah rakaman yang boleh dipercayai, atau diakui sah. Sekiranya terdapat manipulasi di dalam v diterima pakai sebagai bahan bukti. Kedua: Hujah Tidak Kukuh

Apa yang ingin dibincangkan di sini ialah, adakah ancak itu hanya berdasarkan alatan yang digunakan sahaja? Belia akhbar Sinar Harian bahawa ia bukanlah ancak. Tetapi adakah ia bermakna apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Dr H upacara yang tidak berlanggar dengan syara?

Sebab itulah di permulaan penulisan ini, saya telah mengemukakan maksud ancak, dan amalan-amalan khurafat yan dengan ancak. Ia bertujuan supaya kita mengetahui bahawa sesuatu perbuatan tersebut bukanlah berdasarkan pada berdasarkan apa yang terkandung di dalamnya.

Beliau menyatakan: Dalam upacara Menteri Besar, jelas menunjukkan tiada peralatan atau perbuatan yang membuk

Ancak yang kita bincangkan di sini bukanlah pada namanya atau peralatan yang digunakannya semata-mata. Sebal Ancak yang dimaksudkan di sini adalah nama sebuah upacara, bukanlah nama peralatan yang digunakan.

Maka, Tan Sri Mufti hendaklah merujuk kepada rujukan yang lebih tepat, contohnya di dalam kitab Usul 20 karangan menyatakan bahawa sesuatu itu dihukumkan berdasarkan isi kandungannya, bukan berdasarkan namanya Perkara insya Allah.

Di dalam akhbar tersebut, Tan Sri Mufti hanya menyatakan bahawa perbuatan tersebut tidak bercanggah dengan sy tentang maksud ancak, dan menafikan apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Zambry sebagai upacara ancak. Saya tid menjadi sandaran beliau untuk membolehkan perbuatan tersebut. Ketiga: Berubah Pendirian

Seorang mufti juga perlu bersifat tegas dalam mengeluarkan fatwa. Tidak sepatutnya bagi seorang mufti mengeluark pada esoknya dia berubah pandangan, sedangkan perbuatan haram yang sama juga dilakukan.

Sebelum ini, beliau pernah menyatakan bahawa ancak itu haram, tetapi pada hari ini beliau telah mengubah pandan bukanlah ancak. Perlu diingat, walaupun ia bukan ancak sekalipun, ia tetap haram sekiranya terdapat unsur-unsur kh dinyatakan sebelum ini.

Di dalam kitab Adabul Fatwa, Mufti Wal Mustafti karangan Imam Nawawi RA telah menyenaraikan banyak sikap seo ialah bersikap tegas terhadap fatwa yang dikeluarkan.

(Sila rujuk Imam Nawawi, Adabul Fatwa, Mufti Wal Mustafti, Saaid.net, hal. 13)

Sebelum seorang mufti mengeluarkan fatwanya, beliau perlu mengkaji sedalam-dalamnya terhadap apa yang dilaku tersebut. Imam Nawawi menukilkan kalam Abu Amru bin as Solah di dalam kitab tersebut :

Sepatutnya bagi seorang mufti itu, seperti perawi hadis. Iaitu, dia tidak terpengaruh disebabkan kaum kerabat, dan m dengan sebarang pemberian atau ancaman bahaya. Ini kerana mufti pada hukumnya, merupakan penyampai berita pengkhususan kepada seseorang individu. (Imam Nawawi, Adabul Fatwa, Mufti Wal Mustafti, Saaid.net, hal. 5)

Sebagaimana yang telah saya sebutkan, beliau tidak boleh berpegang dengan pengakuan si pelaku semata-mata, k melakukan upacara tersebut (Menteri Besar) menyeleweng daripada apa yang terjadi. Antara skop kajian seorang m orang ramai (yang boleh dipercayai) dan sebagainya sepertimana yang telah disebutkan sebelum ini. 4. Ulasan Tentang Apa Yang Dilakukan Oleh Datuk Seri Zambry

Berdasarkan video yang telah disiarkan oleh Perak Today, saya dapat menyimpulkan bahawa upacara tersebut adal Melayu, berdasarkan beberapa sebab yang jelas. Saya tidak akan menyentuh unsur-unsur yang tidak jelas, yang ak Allah.

Antara perjalanan upacara tersebut ialah, terdapat pembacaan doa sebelum upacara. Kemudian sesuatu yang berw ditaburkan pada tapak tiang, dan seterusnya proses renjisan dengan menggunakan sejenis daun (tidak dikenal pasti tengah-tengah tapak rumah. Setelah itu, tiang tersebut diletakkan di tempat renjisan tersebut, dan dinaikkan. Akhir s kain merah dan diselitkan daun yang digunakan untuk merenjis tadi, pada kain tersebut. (http://www.youtube.com/watch?v=4AzHKLhnNrQ)

Apa yang boleh dilihat di sini ialah, satu upacara yang tidak boleh dianggap sebagai majlis perasmian yang biasa d upacara yang dikatakan sebagai adat yang songsang kerana apa yang dilakukannya boleh menimbulkan persoalan, 1. Kenapa air direnjiskan ke lubang tiang tersebut? 2. Kenapa diikat kain merah pada tiang tersebut setelah didirikan? 3. Kenapa ditaburkan tepung pada tapak untuk dipasakkan tiang? 4. Kenapa ia daun yang digunakan untuk merenjis, diikat bersama kain merah pada tiang? 5. Dan sebagainya Apa yang dilakukan ini jelas terdapat unsur pengamalan adat-adat Melayu yang songsang, antaranya seperti: 1. Upacara mendirikan rumah baru 2. Upacara menurunkan perahu/kapal yang baru ke laut 3. Kenduri tolak bala 4. Upacara persandingan

5. Upacara lenggang perut 6. dan lain-lain

(Haji Ahmad bin Haji Che Din, Satu Penilaian Terhadap Perubatan Tradisional Melayu, Adat Resam Masyarakat Mel Melayu, Perkara-perkara Khurafat dan Ajaran-ajaran Sesat 1 Ogos 1997, versi pdf. hal 36-38)

Setiap upacara yang dilakukan di atas, terdapat kaedah-kaedahnya yang tersendiri. Dan ada kaedah yang berbeza b yang melakukannya.

Selain itu, beliau menyatakan bahawa beliau tidak berniat untuk melakukan upacara tersebut, sebaliknya hanya mem sahaja. Apa yang ingin saya ulas di sini ialah:

1. Berkemungkinan beliau jahil tentang upacara-upacara yang bercanggah dengan syara, lalu menyertainya. Huk seseorang itu jahil tentangnya. Apabila sudah mengetahui pengharamannya, seseorang itu wajib bertaubat.

2. Niat yang baik tidak dapat menghalalkan sesuatu perbuatan yang haram (al Qaradhawi, al Halal Wal Haram Fi 24, 1997, hal. 33) 3. Kejahilan dan taqlid buta menjadi unsur utama berlakunya amalan-amalan sesat dan khurafat. 5. Hujah Pengharaman

Berdasarkan kenyataan Tan Sri Mufti dan Dato Seri Menteri Besar, ingin saya kemukakan beberapa hujah yang me seterusnya memperbetulkan kenyataan Tan Sri Mufti. Pertama: Haram Pada Upacara Bukan Pada Alat

Pengharaman sesuatu amalan, bukanlah disebabkan peralatan yang digunakan semata-mata. Sebaliknya ia haram dilakukan. Perkara ini telah disebutkan oleh Dr Ali Jumah, Mufti Mesir di dalam kitab beliau al Bayan Lima Yashgahu mengulas penyalahgunaan media elektronik.

Beliau menyatakan bahawa media elektronik tidaklah diharamkan, sebaliknya apa yang diharamkan adalah penyalah rujuk Syeikh Ali Jumaah, al Bayan Lima Yashgahul Azhan, Siri Pertama, Maktabah al Wabil As Soyyid, hal. 254)

Az Zailaie menyatakan di dalam kitab Tabyinul Haqaiq menyebut tentang haiwan yang disalahgunakan seperti ayam bersabung, dan sebagainya bukanlah haram pada binatang tersebut, sebaliknya diharamkan pada perbuatan itu.

Lalu beliau berkata: Ini kerana, bukanlah disebabkan objek (binatang) itu yang dikatakan sebagai satu kemungkaran disebabkan penyalahgunaannya. (az Zailaie, Uthman bin Ali, Tabyinul Haqaiq, cet Darul Kitab Islami, Kaherah, jilid 3, hal. 296/297) Syeikh Yusof al Qaradhawi menyatakan di dalam qaradawi.net :


Sesuatu perkara itu dikira berdasarkan ciri-ciri dan isi kandungnya, bukan pada namanya dan tajuknya. (http://www.qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=4464&version=1&template_id=254&parent_id=1)

Sepertimana yang telah saya sebutkan sebelum ini, walaupun alat yang digunakan berbeza, tetapi apabila upacara t

misalnya, maka ia tetap haram. Haramnya upacara tersebut disebabkan pemujaan tersebut, bukannya diharamkan d digunakan semata-mata. Kedua: Haram Disebabkan Terdapat Unsur Khurafat

Di dalam rakaman video Perak Today, jelas menampakkan terdapat beberapa unsur khurafat. Antara bentuk-bentuk dalam web rasmi JAKIM seperti berikut : (a) Kepercayaan kepada keramat seperti kubur, pokok kayu dan seumpamanya. (b) Kepercayaan kepada nasib sial majal, seperti adat membuang sial. (c) Kepercayaan kepada jin dan memohon pertolongan daripadanya, umpamanya adat memuja kampung. (d) Kepercayaan kepada bertambah dan berkurangnya rezeki seperti adat memuja semangat padi.

(e) Kepercayaan kepada petanda-petanda dan pantang larang, seperti menanguhkan perjalanan jika terdapat biawa sebagai isyarat benda tidak baik akan berlaku. (f) Percaya kepara ramalan-ramalan bintang, angka-angka atau rajah-rajah tertentu. (g) Memuja objek-objek tertentu, roh nenek moyang dan kubur (http://www.islam.gov.my/sites/default/files/garisan_panduan_bercetak_2.pdf )

Sebab itulah sebelum ini saya menyatakan bahawa sesuatu perkara itu bukan dikira pada namanya, tetapi ia dikira b dan sebagainya. Maka, saya tidak ingin mengulas panjang tentang peralatan yang digunakan, ataupun nama upacar Sebaliknya saya mengetengahkan bentuk-bentuk upacara tersebut, yang menjadi hujah pengharamannya.

Setiap item yang telah disenaraikan oleh JAKIM di atas, terdapat dalil-dalil yang disandarkan kepadanya. Namun, tid perbahasannya di sini.

Perkara yang perlu diberi perhatian ialah, unsur-unsur khurafat di dalam upacara yang dihadiri oleh Dato Seri Zamb tapak tiang, merenjis air ke dalam lubang tersebut, menggunakan daun tertentu untuk merenjis, kain merah diikat pa tengah-tengah tapak rumah dan diikat bersama daun tadi.

Persoalan saya, kenapa menggunakan peralatan seperti itu? Dan kenapa upacaranya sebegitu? Seperti biasa kita m Perasmian dengan memotong reben, tandatangan pada plak, peletakan batu asas dan lain-lain.

Kita tidak melihat gimik perasmian kali ini seperti itu, sebaliknya ia diadakan seperti satu upacara yang tidak dilakuka Maka, jelas di sini unsur-unsur khurafat yang diharamkan, turut ada di dalam upacara yang dilakukan oleh Dato Ser Ketiga: Haram berdasarkan kaedah fiqh

Sebelum ini, saya telah menyenaraikan beberapa persoalan yang berkaitan dengan upacara tersebut. Kali ini, suka u keraguan terhadapnya.

Sebelum itu, suka untuk saya nyatakan di sini bahawa, ada sesetengah adat Melayu yang nampak seperti amalan ka bercanggah dengan syara kerana khasiat-khasiatnya yang tertentu. Contohnya seperti amalan berzanji, gunting ram

disapu dengan bedak sejuk. Upacara yang dilakukan oleh Dato Seri Zambry boleh dibahagikan kepada tiga hukum: 1. Harus 2. Makruh 3. Haram

Tidak mungkin upacara tersebut satu perkara yang wajib, kerana tiada dalil yang mewajibkannya. Juga tidak boleh d tidak pernah melakukannya. Adakah hukumnya harus? Atau Makruh? Atau Haram? Upacara tersebut hukumnya harus, sekiranya menepati syarat-syarat berikut: 1. Tiada unsur-unsur pemujaan 2. Tiada unsur-unsur kepercayaan karut terhadap sesuatu benda, seperti pokok, kayu, batu dan lain-lain 3. Tiada unsur-unsur jampi serapah yang karut 4. Dan sebagainya.

Hukumnya makruh sekiranya terdapat unsur-unsur pembaziran, tidak terdapat unsur-unsur haram dan sebagainya. M dikatakan haram sekiranya: 1. Terdapat unsur-unsur pemujaan 2. Terdapat unsur-unsur kepercayaan karut. 3. Terdapat unsur-unsur jampi serapah, bomoh, pantang larang dan lain-lain 4. Dan sebagainya.

Maka, setelah diteliti, video tersebut mendedahkan bahawa di dalam upacara tersebut terdapat unsur-unsur keperca merah bersama daun yang direnjis pada tiang yang dipasak di tengah-tengah rumah, ditaburkan tepung pada tapak tersebut diikat pada tiang tersebut? Apa perlunya gimik sedemikian? Dan apa perlunya menaburkan tepung?

Antara amalan sesat masyarakat Melayu dahulu, mereka menggantung buah kepala di tiang seri rumah bagi menge pertama). Ada juga yang mengamalkan amalan menepung tawar, kononnya boleh memberi keamanan kepada rum inilah yang dikatakan bercanggah dengan syara sepertimana yang telah saya nyatakan sebelum ini.

Maka, sebab itulah saya menyatakan bahawa upacara seperti itu adalah diharamkan kerana ia tidak boleh dikatakan haram.

(Sila lihat huraian kaedah ini secara ringkas di dalam kitab Husnud Darki Wat Tafahhumi Li Masalatit Tarki karangan Ghumari) Dr Yusof al Qaradhawi menukilkan pendapat seorang ulama di dalam al Halal Wal Haram Fil Islam

Manakala adat istiadat berdasarkan apa yang ditetapkan oleh menusia (tidak seperti ibadat) mengikut keperluan dala

hukum asalnya ialah tidak diharamkan, maka anda tidak perlu menjauhinya (adat) melainkan apa yang telah Allah S (al Qaradhawi, al Halal Wal Haram Fil Islam, Maktabah Wahbah, cet. 24, 1997, hal. 22) Maka, asal hukum pelaksanaan sesuatu adat istiadat adalah diharuskan, melainkan sekiranya terdapat di dalamnya Allah. Sekiranya terdapat unsur-unsur yang haram di dalam adat istiadat tersebut, maka hukumnya turut haram. Beliau menyatakan lagi: Dan tidak diharamkan sesuatu adat, melainkan apa yang diharamkan oleh Allah (al Qaradhawi, al Halal Wal Haram Fil Islam, Maktabah Wahbah, cet. 24, 1997, hal. 23) WaLlahualam. MOHD AKMAL KAMARUDDIN Ketua Penerangan, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31437:ancakulasan-kenyataan-mufti-perak&catid=27:surat-pembaca&Itemid=46

Você também pode gostar