Você está na página 1de 11

SOALAN 1 Pengenalan Komsas ialah akronim bagi perkataan-perkataan komponen dan kesusasteraan Melayu.

Komsas ialah komponen penting dalam subjek Bahasa Melayu. Bagi pengajaran dan pembelajaran komsas dalam subjek Bahasa Melayu, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Tingkatan I hingga V pascatahun 2003 telah memperuntukkan dua waktu dalam seminggu.

Kelebihan Komsas Kesusasteraan Melayu, khususnya komsas boleh memainkan peranan penting dalam pembentukan emosi kerana kesusasteraan Melayu yang merupakan wadah fikiran, dan perasaan yang dijalin oleh bahasa yang indah membenarkan murid-murid atau kanak-kanak sedar akan perasaan sendiri semasa mereka memikirkan perasaan orang lain. Kesusasteraan Melayu, seperti karya-karya seni yang lain bukan sahaja memukau deria rasa dan intelek peminatnya, bahkan memaparkan kehidupan, menenangkan keadaan huru-hara, menerangkan yang gelap dan mencadangkan alternatif untuk mengatasi masalah. Secara singkat hal ini bermakna bahawa unsur-unsur kesusasteraan Melayu yang dibaca oleh murid-murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu berupaya untuk membentuk dirinya agar menghormati orang lain, membina sahsiah yang elok, dan bersikap toleransi. Selain itu, nilai-nilai estetik yang diajar dalam pengajaran dan pembelajaran komponen kesusasteraan Melayu dapat mendidik murid mengamalkan keperibadian yang seimbang.

Sajak MATA AYAH

Ku jabat mesra tangan ayah Urat-urat daging-daging tua keras terasa Mataku tersenyum, matanya menyapa Anak yang pulang disambut mesra

Tapi matanya, mata yang yang menatapku Kolam-kolam derita dan pudar bulan pagi Garis-garis putih lesu melingkungi hitam suram Suatu kelesuan yang tak pernah dipancarkan dulu Kelibat senyum matanya masih jua ramah Akan menutup padaku kelesuan hidup sendiri Bagai dalam suratnya dengan kata-kata riang Memintaku pukang menikmati berus baru. Anak yang pulang disisi ayahnya maka akulah Merasakan kepedihan yang tercermin di mata Meski kain pelekatnya bersih dalam kesegaran wuduk Dan ia tidak pernah merasa, sebab derita itu adalah dia.

ASPEK KOMSAS
1. Tema 2. Persoalan 3. Bentuk 4. Nada 5. Gaya bahasa 6. Nilai murni 7. Pengajaran

Tema
Keprihatinan seorang anak terhadap kesusahan ayahnya.

Persoalan
a) b) c) d) Kegigihan seorang ayah . Kasih sayang antara seorang ayah dengan anaknya Hormat menghormati Keperihatinan seorang anak terhadap kesusahan ayahnya

Bentuk
a) Empat rangkap b) Bilangan baris dalam setiap rangkap: Empat baris dalam setiap rangka c) Empat hingga sepuluh patah kata dalam setiap baris. d) Lapan hingga dua puluh suku kata dalam setiap baris. e) Bentuknya bebas. f) Rima akhirnya: Rangkap pertama - aaaa Rangkap kedua - abab Rangkap ketiga abab Rangkap keempat - abab

Nada

Nada Romantis

Tekanan suara perlahan

Gaya bahasa
a) Pengunaan kata yang puitis Jasmani- urat-urat daging tua keras terasa.( Rangkap ke-1 baris 2) Intelek- garis-garis putih lesu melingkumi hitam suram. (rangkap ke-2 baris 3) Rohani-meski kain pelekatnya bersih dalam kesegaran wuduk. (Rangkapke- 4 baris 3) Emosi- dan ia tidak pernah merasa, sebab derita itu adalah dia (rangkap ke-4 baris 4) b) Asonansi pengulangan vokal a:kujabat mesra tangan ayah. c) Aliterasi pengulangan konsonan n : akan menutup padaku kelesuan hidup sendiri d) Pengulangan pengulangan frasa matanya ( baris 3 rangkap 1: baris 4 rangkap dan baris 1 rangkap 4) e) Simile bagai dalam suratnya dengan kata-kata riang ( Rangkap ke-3 baris 3) f) Imej Alam- kolam, bulan.

Nilai
a) Kegigihan cth: urat-urat daging tua keras terasa

b) Rajin berusaha cth:urat-urat daging tua keras terasa c) Menghargai- cth: mataku tersenyum,matanya menyapa d) Kasih sayang cth: anak yang pulang disambut mesra

Pengajaran
a) Kasih sayang antara seorang ayah dengan anaknya dapat mengukuhkan ikatan kekeluargaan b) Anak-anak hendaklah mengambil berat terhadap orang tua

Unsur-unsur dalam Komsas Dasar Pendidikan di Malaysia ialah dasar pendidikan yang berpaksikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), iaitu yang merupakan satu usaha yang berterusan dari peringkat awal pendidikan hingga ke peringkat seterusnya, yang semata-mata ke arah memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu agar kemudiannya akan tercapai matlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis daripada segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha itu mempunyai tujuan yang murni, iaitu untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Jika dihalusi secara umumnya, pernyataan yang terkandung dalam FPK itu menggambarkan bahawa hasrat pendidikan negara adalah untuk mendidik setiap individu dalam negara ke arah satu hala tuju, iaitu pembinaan individu yang mulia yang kemudiannya menjadi rakyat Malaysia yang berkualiti.

Kesusasteraan Melayu yang diajar dalam subjek Bahasa Melayu yang dikenali sebagai komsas atau s kecil dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah itu memenuhi cita-cita FPK kerana matlamatnya juga mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis daripada segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Hal ini sesuai kerana kesusasteraan mencerminkan masyarakat dan budaya serta merupakan manifestasi kesenian melalui media bahasa yang kreatif lagi indah. Justeru, cara mengenal dan memahami karya kesusasteraan Melayu melalui pendidikan Bahasa Melayu itu membolehkan murid dapat memahami manusia di sekitarnya dan membolehkan penyerapan nilai-nilai murni serta seterusnya membantu matlamat ke arah usaha melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Di samping mendidik murid menikmati kehalusan dan keindahan gaya bahasa dalam karya, komsas juga memberi peluang kepada mereka untuk menguasai sistem dan tatabahasa Bahasa Melayu

dengan baik. Sebagai contohnya unsur bahasa seperti bagai dalam suratnya dengan kata-kata riang, mataku tersenyum, matanya menyapa yang mengambarkan kegembiraan seorang ayah menyambut kepulangan seorang anak. Nilai-nilai kasih sayang dan menghormati seorang ayah telah diterapkan dalam sajak ini. Unsur intelek dalam FPK mengandungi hikmah atau ilmu yang bermatlamatkan kebenaran, iaitu yang menggambarkan pemikiran logik, analitik, kreatif, kritis, imaginatif dan naratif untuk diri, keluarga, masyarakat dan negara. Jika diteliti bahan-bahan kesusasteraan Melayu dalam pengajaran Bahasa Melayu, semua bidang tentang psikologi, moral, falsafah, agama, sosiologi dan sejarah ada diketengahkan oleh para pengarang kesusasteraan Melayu. Bahan-bahan kesusasteraan Melayu menggarap hal-hal tersebut dan banyak lagi. Malah, bahan tersebut sering diperlakukan sebagai maklumat budaya atau bagi bahan-bahan tradisional khususnya, teks kesusasteraan Melayu dianggap sebagai maklumat tuntas atau ensiklopedia bangsa kerana banyaknya ilmu pengetahuan yang terkandung di dalamnya.Berdasarkan contoh sajak Mata ayah, Kelibat senyum matanya masih jua ramah , merasakan kepediahan yang tercermin di mata seorang anak seharusnya menggunakan logik akal memahami perasaan seorang ayah, kasih sayang dan pengorbanan seorang ayahnya seharusnya dihargai . Sebagai ilmu pengetahuan, komsas mengandungi kebenaran. Kebenaran tersebut dicapai melalui daya khayal dan gerak hati, atau lebih tepat disebut sebagai imaginasi dan intuisi. Bahan kesusasteraan Melayu yang dibaca dalam subjek Bahasa Melayu mungkin tidak mengetengahkan pernyataannya melalui hujah yang analitis, tetapi penghayatannya memang boleh membentuk insan itu berfikir secara kreatif dan kritis. Selalunya konsep kreatif itu merujuk perihal individu yang terpaksa membentuk semula hal tentang pemaknaan, penilaian, keilmuan waima yang tersurat mahupun yang tersirat, serta membuat pertimbangan, kesimpulan, dan keputusan. Manakala, konsep kritis pula merujuk hal-hal yang berhubungan dengan penghayatan terhadap bahan kesusasteraan Melayu yang memerlukan penilaian dan penaakulan. Oleh itu, kesusasteraan Melayu dalam pengajaran Bahasa Melayu amat penting dalam membina manusia yang kreatif, dan kritis.

Unsur rohani dalam FPK mengandungi hikmah yang mempunyai matlamat, iaitu keyakinan kepada Tuhan, kepercayaan beragama, kemantapan jiwa, menghubungkan nilai murni dengan norma masyarakat, dan mempunyai sahsiah yang mulia. Sehubungan dengan itu, kesusasteraan Melayu dalam pengajaran Bahasa Melayu itu boleh disifatkan sebagai menekankan proses pengajaran dan pembelajaran ke arah memupuk, dan memperkaya kehalusan perasaan, serta memperteguh rasa penghargaan, dan keindahan terhadap bahan kesusasteraan Melayu.

Nilai estetik yang ada dalam pelbagai bahan kesusasteraan Melayu yang dibaca dalam subjek Bahasa Melayu itu menekankan aspek-aspek pembangunan insan. Hal ini terserlah dalam genre pantun dan

sajak kerana memuatkan nilai moral, kebijaksanaan, budi bahasa, dan pemikiran-pemikiran masyarakat Melayu. Baris-baris pembayang yang diketengahkan sering berhubung kait dengan alam kehidupan seharian, manakala maksudnya adalah tentang psikologi, dan kerohanian manusia. Berdasarkan sajak Mata Ayah , meski kain pelekatnya bersih dalam kesegaran wuduk

mengambarkan bagaimana sebagai manusia seharusnya sentiasa berada dalam keimanan dan mengingati Tuhan.

Selain itu, kesusasteraan Melayu dalam pengajaran Bahasa Melayu menekankan pembentukan citra atau imej yang baik untuk khalayaknya. Imej dalam konteks ini menjurus pembinaan insan. Hal sedemikian terpapar melalui pelbagai genre kesusasteraan Melayu. Malah, hal itu sesuai pula dengan disiplin kesusasteraan Melayu itu sendiri, iaitu untuk mendidik dan membina nilai-nilai akhlak murid. Sebagai contoh, sajak Mata Ayah, jelas mengambarkan bagaimana kasih sayang seorang ayah terhadap seorang anak. Oleh yang demikian sebagai seorang anak seharusnya sentiasa menghormati, menyayangi dan mengenang jasa dan pengorbanan ayah. Unsur emosi dalam FPK mengandungi hikmah yang mempunyai matlamat, iaitu keyakinan kepada Tuhan, kepercayaan beragama, kemantapan jiwa, menghubungkan nilai murni dengan norma masyarakat dan mempunyai sahsiah yang mulia. Unsur emosi dan kesusasteraan pernah dihubungkaitkan oleh Aristotle dengan fungsi catharsis, iaitu untuk mendidik dan memandu emosi manusia bagi menjadikannya lebih stabil apabila berdepan dengan sesuatu tragedi, tekanan emosi, dan kemelut hidup. Sesungguhnya, masyarakat silam telah banyak memanfaatkan kesusasteraan untuk tujuan tersebut.Berdasarkan sajak Mata Ayah, penyajak mengambarkan bagaimana kegigihan dan kegembiraan seorang ayah menyambut kepulangan anaknya, mataku terseyum, matanya menyapa, memintaku pulang menikmati beras baru. Dalam sistem pendidikan di Malaysia, pengajaran kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu ialah unsur yang paling sesuai bagi menerapkan kecerdasan jasmani. Perkembangan daripada segi jasmani boleh diterapkan melalui teknik-teknik yang biasa digunakan oleh guru yang terlatih seperti teknik penggunaan deria, main peranan, simulasi, bercerita, lakonan waima secara spontan atau berskrip, pentomin, boneka, perbincangan, permainan bahasa kesusasteraan, dan kuiz. Murid-murid yang didedahkan dengan pelbagai teknik dalam pengajaran kesusasteraan Melayu secara tidak langsung berupaya dalam pergerakan. Malah mereka akan lebih aktif. Selain itu, perkembangan daripada segi jasmani ini bukan sahaja melibatkan aktiviti di dalam bilik darjah, malahan melalui pelbagai aktiviti di luar kelas. Contohnya dalam sajak Mata Ayah , urat-urat daging-daging tua keras terasa mengambarkan kegigihan dan kerajinan seorang ayah bekerja untuk menyara anaknya.

Daripada apa yang telah dibincangan sebelum ini, pendeknya, pendidikan Bahasa Melayu sekolah menengah bukan sahaja mampu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis daripada segi intelek, rohani, emosi dan jasmani seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tetapi juga bertujuan untuk melahirkan murid yang memiliki keterampilan dalam bahasa, dan menghargai serta menghayati bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Di samping itu, pendidikan bahasa dipercayai dapat juga dijadikan sebagai wahana ilmu, fikiran dan perasaan bagi pelbagai bangsa di Malaysia. Hal ini juga bermakna bahawa Bahasa Melayu yang merupakan mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan menengah tidak bercanggah dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996. Malah, bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat di Malaysia serta sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan.. Dengan yang demikian dan seperti yang telah dijelaskan, hasrat pendidikan yang ingin dicapai melalui FPK ialah pembentukan individu yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu daripada segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pengajaran dan pembelajaran komponen kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu diharapkan dapat menyokong teras pembentukan individu ini, terutamanya daripada segi pemupukan ilmu, kemahiran dan nilai yang berkaitan dengan aspek intelek dan emosi. Penerapan elemen-elemen ini dalam karya kesusasteraan Melayu yang terpilih mampu menjadikan murid insan yang berfikir tentang kebaikan, kehalusan budi pekerti, kesantunan berbahasa, kecekalan hati, keindahan seni dan kebenaran, dan seterusnya menghargai kehidupan dan nilai kemanusiaan. Oleh itu, keistimewaan unsur atau komponen kesusasteraan Melayu dan manfaat daripada penggunaannya dalam pendidikan Bahasa Melayu KBSM tidak dapat diragukan lagi.

Penutup

Sebagai kesimpulannya, pengajaran kesusasteraan Melayu dalam subjek Bahasa Melayu penting dalam pembinaan manusia yang seimbang, matang, prihatin, dan beretika tinggi. Pelajaran kesusasteraan Melayu atau komsas ini penting kepada pelajar, bukan setakat menghafal cerita, malah karya komsas yang disenaraikan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu kaya dengan khazanah ilmu, nilai, budaya, pengalaman, etik dan pelbagai lagi. Bahkan, didapati di dalamnya terangkum dunia keilmuan kesusasteraan yang tidak ada akhirnya yang sekali gus memancarkan perkembangan tamadun sesuatu bangsa, termasuk budaya dan evolusi masyarakatnya. Dengan demikian tidaklah lagi timbul masalah atau perkara yang mengelirukan guru dan pelajar kerana hakikatnya, pengajaran dan pembelajaran komsas dapat memperlengkap pengetahuan dan persediaan untuk mengajar dan belajar subjek Bahasa Melayu dengan yakin.

Bibliografi Abd. Rahman Hanafiah, 1990. Kesusasteraan dalam Pembelajaran Bahasa dan Kesusasteraan Sebagai Mata Pelajaran: satu Perbandingan. Kertas Kerja yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Kesusasteraan dalam Pendidikan Bahasa Malaysia pada 6 dan 7 Oktober, anjuran Peserta Kursus 14 Minggu, IBKL. Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 1997. Penggunaan Bahan Sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Disertasi untuk ijazah Sarjana Pengajian Bahasa Moden, Universiti Malaya. Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2005a. Citra Komsas. Tg.Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2005c. Pengajaran Gaya Bahasa dalam Bahasa Melayu. Jurnal Pengajian Melayu. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

TUGASAN 2

KEFAHAMAN GURU TENTANG KONSEP KOMPONEN KESUSTERAAN MELAYU DALAM MATA PELAJARAN BAHASA Melayu Oleh Thahir Nuruddin dari Jabatan Pengajian Melayu, Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa.

B) Kajian ini berbentuk deskriptif

yang dijalankan melalui soal selidik untuk melihat

kefahaman guru tentang konsep komponen kesusteraan melayu dalam mata pelajaran bahasa melayu di beberapa buah sekolah menengah di Daerah Larut, Matang dan Selama. Kajian ini melibatkan 100 orang guru . Daripada jumlah responden tersebut, 50 orang adalah guru-guru yang mengajar diperingkat menengah atas dan 50 oarang lagi mengajar di peringkat menengah rendah. Analis deskriptif dan ujian t digunakan untuk melihat tahap pemahaman guru tentang konsep komponen kesusteraan

Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Stastistik deskriptif yang digunakan ialah jumlah skor , peratus, kekerapan min dan sisihan piawai. Ujian T digunakan untuk menguji hipotesis Ho1, Ho2,Ho3,Ho4,Ho5,Ho6 dan Ho7.

C) Dapatan Kajian

Dapatan kajian menunjukkan bahawa kefahaman guru tentang konsep komponen dalam mata pelajaran Bahasa Melayu agak berbeza jika diperinci satu demi satu item yang berkaitan. Ini kerana 26% guru masih lagi tidak dapat

membezakan antara komponen Kesusteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dengan kesusteraan Melayu dan 24 % menyatakan sukatan Pelajaran Bahasa Melayu tidak dapat memberi gambaran yang jelas tentang skop Komponen Kesusteraan Melayu dalam mata Pelajaran Bahasa Melayu.Selain itu 12% lagi guru menyatakan pendedahan komponen Kesusteraan Melayu dalam Bahasa Melayu tidak boleh meningkatkan penguasaan bahasa pelajar. Manakala 88% menyatakan Komsas

boleh meningkatkan penguasaan bahasa pelajar.

Ini bertepatan dengan pendapat

Burke dan Brumifit (1991) menjelaskan tujuan pengajaran bahasa dengan menggunakan bahasa sastera ialah memberi membina analisis dan kritikal. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan sebanyak 74% guru menyatakan Komponen Kesusteraan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu menggalakkan pelajar menghasilkan penulisan yang baik manakala 26% lagi menyatakan kemahiran seperti kemahiran lisan,

sebaliknya.Kenyataan ini selari dengan

kajian Noor Zalilah (1990) yang telah

membuktikan kelebihan penguasaan berbahasa pelajar dan pendapat Knapton dan Evans dalam Koh Boh Boon, 1994 yang turut menyokong pendapat ini dengan menekankan bahawa mendedahkan kepada pelajar pelbagai jenis bahan sastera dapat meluaskan perbendaharaan kata, membaiki kemahiran bertutur dan menulis pelajar. Kajian ini juga mendapati 25% guru tidak mampu merancang kemahiran bahasa dalam Komponen Kesusteraan Melayu dalam Bahasa Melayu, ini bertepatan dengan dapatan Osman Alauddin (1995) yang menyatakan ramai guru sukar merancang dan melakasanakan pengajaran berkesan kerana kurang jelas tentang konsep. Kajian ini juga mendapati sebanyak 25 peratus guru tidak mampu merancang kemahiran bahasa dalam komponen Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu. Hal ini bertepatan dengan dapatan Osman Alauddin (1995) dan Roshani (1992) yang menyatakan ramai guru sukar merancang dan melaksanakan pengajaran yang berkesan kerana kurang jelas tentang konsep. Walau bagaimanapun, perhatian perlu diberi kepada usaha membaca teks wajib di luar masa pengajaran. Ini kerana kajian mendapati 43 peratus guru memperuntukkan waktu pengajaran Komponen Kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sebagai masa untuk pelajar-pelajar membaca teks wajib. Pelaksanaan Komsas ini juga mampu Ini dapat dillihat berdasarkan keputusan analisis keseluruhan item iaitu purata peratusan berada pada aras positif melebihi 2.0, sebahagian besar responden mempunyai tahap pemahaman yang tinggi tentang konsep Komponen kesusteraan melayu terutamanya bagi item 1 sebanyak 98% dan item 6 sebanyak 91%. Manakala hanya 17.0% berada pada tahap negatif kurang daripada 2.0 yang menenjukkan terdapat sebahagian kecil responden yang masih tidak mempunyai pemahaman yang jelas tentang konsep komponen kesusteraan Melayu. Apa yang diharapkan para warga pendidik dapat bersama-sama mengembling tenaga

D. RUMUSAN

Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kefahaman dalam kalangan guruguru yang mengajarkan Bahasa Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu

tentang konsep Komponen Kesusteraan Melayu agak tinggi. Namun begitu, masih terdapat guru-guru yang kurang faham tentang konsep iaitu tidak mengetahui Kesusteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa

perbezaan antara kompoenn

Melayu. Keberkesanan ini hanya akan dapat dicapai seandainya para guru perlu lebih memahami konsep. ini amat penting supaya para guru dapat mentafsir sukatan pelajaran dengan tepat dan memberikan impak yang betul kepada pelajar. Seandainya ini dapat direalisasikan matlamat pembinaan insan yang positif terhadap ilmu pasti akan tercapai.

Você também pode gostar