Você está na página 1de 3

Apakah Profil Korporat PKNK?

Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) yang ditubuhkan pada 25 Ogos 1965 di bawah Enakmen Kerajaan Negeri Kedah No. 5/1965 berperanan sebagai sebuah agensi yang diamanahkan bagi menjaga kepentingan Bumiputera dan diawasi oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). PKNK merupakan penjana dalam pembangunan ekonomi bagi Negeri Kedah Darul Aman. PKNK telah memainkan peranan yang penting dalam aktiviti perladangan, hartanah, perindustrian, pelaburan, pelancongan dan perkhidmatan di samping melibatkan diri dalam aktiviti yang berbentuk tangungjawab sosial. Di manakah terletaknya PKNK? PKNK beralamat di Tingkat 14, Wisma PKNK, Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar, Kedah. Bilakah PKNK ditubuhkan? PKNK ditubuhkan pada 25 Ogos 1965. Apakah Matlamat PKNK? Matlamat utama PKNK ialah sebagai penjana pembangunan Negeri Kedah dengan penglibatan secara aktif dalam semua bidang pembangunan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPBB) selaras dengan Dasar nasional dan Wawasan 2020. Beriltizam untuk menjadi sebuah organisasi yang berdaya maju, cekap, berkebolehan dan disanjung dengan menjadikan pekerja sebagai aset utama demi untuk kemajuan mereka, negeri dan negara. Di manakah terletaknya Sektor Perindustrian PKNK dan berapakah keluasan sebenar Perindustrian PKNK? PKNK telah membangunkan sebanyak 11 kawasan industri utama di seluruh Negeri Kedah dengan keluasan 4,087 ekar. Antara kawasan-kawasan industri baru yang dibangunkan ialah:-

Kawasan Indsutri Kulim Hi-Tech Fasa II dan III - 292 ekar Kawasan Industri Bukit Kayu Hitam Fasa III - 234 ekar Kawasan Industri Gurun Fasa II - 119 ekar

Apakah tujuan PKNK ditubuhkan? Sebuah badan yang menjadi sebuah tubuh dengan nama PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI KEDAH dan mempunyai turun-temurun yang kekal, dan boleh mendakwa dan didakwakan dengan nama yang tersebut itu tertakluk kepada, dan bagi maksud Undang-Undang ini, boleh membuat perjanjian dan boleh juga memperolehi, membeli, mengambil, memegang dan memilik akan harta benda yang boleh berpindah dan yang tidak boleh berpindah daripada sebarang jenis, dan boleh menukar, memberi, menyerah, melepaskan, mencagar, menggadai, mewasiat, memberi semula, memindah atau dengan lain-lain cara menyelesai atau menyelenggarakan sebarang harta benda yang boleh berpindah atau sebarang hak faedah di dalamnya yang terserah milik kepada Perbadanan mengikut apa-apa syarat yang nampak patut kepada Perbadanan. Apakah tugas-tugas dan kuasa-kuasa Perbadanan? Adalah menjadi tugas Perbadanan: Menaja dan menjalankan apa-apa kemajuan bagi kawasan-kawasan kediaman, perusahaan, pertanian dan perniagaan dalam Negeri yang ditetapkan bagi maksuf tersebut;

Menaja atau menjalankan apa-apa jenis perniagaan syarikat-syarikat perdagangan dan perusahaan termasuk pertanian, perusahaan, syarikat-syarikat perumahan dan perlombongan dalam Negeri atau di mana saja dalam Persekutuan seperti yang Perbadanan fikirkan patut; Menaja, di mana perlu, mana-mana syarikat atau syarikat-syarikat bagi apa-apa maksud yang tersebut di perenggan (b);

Bertindak sebagai penguasa tempatan di kawasan-kawasan luar daripada penguasa-penguasa tempatan jika diberi kuasa demikian menurut mana-mana undang-undang bertulis; Menjalankan apa-apa kegiatan-kegiatan dan perkara-perkara lain yang perlu bagi menjalankan ke semua atau mana-mana tugas Perbadanan di bawah Enakmen ini atau menjalankan tugas-tugas lain sebagai suatu badan berkuasa jika dilantik demikian oleh Kerajaan negeri Kedah atau Kerajaan Persekutuan menurut mana-mana undang-undang bertulis.

Setakat yang tiada bercanggah dengan Undang-Undang ini, berkuasalah Perbadanan boleh: Membeli, menukar, menyewa dan memiliki tanah bangunan dan lain-lain harta benda yang tiada boleh berpindah;

Membina rumah-rumah, rumah pangsa, tempat-tempat tinggal, kedai dan rumah-rumah kedai mengubah mana-mana rumah kedai, atau rumah kedai menjadi rumah pangsa atau tempat tinggal; Membeli, menukar, menyewa dan memiliki tanah bagi maksud memaju dan menjual kepada orang-orang ramai sebagai lot rumah dan bagi maksud mengadakan tempat-tempat lapang dan padang permainan; Membuat apa-apa kerja di atas tanah yang dikehendaki bagi memajukannya sebagai tanah bangunan; Membeli, menukar, menyewa atau memiliki tanah-tanah lombong, pertanian atau balak bagi maksudmaksud perlombongan, kemajuan pertanian dan pembalakan mengikut tertibnya; Menjual tanah, bangunan atau lain-lain harta yang tiada boleh berpindah; Memberi sewa kepada orang-orang lain menurut syarat-syarat mana-mana Undang-Undang yang berjalan kuat kuasanya di dalam Negeri ini berkenaan dengan tanah atau perkiraan berkenaan dengan tanah, daripada sebulan ke sebulan atau lainnya, mana-mana tanah atau bangunan atau harta benda lain yang tiada boleh berpindah dengan sekian-sekian penyewa dan menurut sekian-sekian syarat yang difikir patut oleh Perbadanan; Membuat perjanjian dengan orang-orang lain bahawa orang itu membina atau membuat apa-apa kerja bagi pihak Perbadanan; Membuat apa-apa perjanjian atau menjalankan apa-apa perbuatan atau perkara yang lain yang dikehendaki dan berkenaan bagi menjalankan maksud-maksud Undang-Undang ini; Membuat perkongsian atau apa-apa perkiraan-perkiraan untuk membahagi keuntungan-keuntungan balasmembalas konsesan atau sebaliknya dengan mana-mana orang, badan, pihak berkuasa atau syarikat yang menjalankan atau bersangkutan dengan, atau mana-mana perniagaan atau transaksi yang boleh diuruskan supaya boleh memberi keuntungan secara langsung atau tak langsung kepada Perbadanan dan menerima atau dengan jalan lain mendapat saham-saham syarikat tersebut, dan menjual, memegang, megeluar semula, dengan atau tanpa jaminan, atau sebaliknya membuat perkiraan dengan perkara itu.

Berapakah Sektor Hartanah PKNK pada masa kini dan bagaimanakah projek pembangunan hartanah dan perniagaan dijalankan serta di manakah premis-premis perniagaan PKNK berada? Pada masa ini, PKNK telah membina 1,046 unit rumah dan 84 unit rumah kedai di seluruh Negeri Kedah. Kebanyakan projek pembangunan hartanah dan perniagaan dijalankan oleh Syarikat Bina Darulaman Berhad, anak syarikat milik penuh PKNK di Sungai Petani, Kuala Ketil dan Bandar Baru Darulaman. PKNK memiliki premis-premis perniagaan di sekitar Bandaraya Alor Setar dan Sungai Petani. Premis-premis berkenaan ialah Kompleks Raja, Alor Setar dan Gerai Jalan Petri, Sungai Petani. Selain daripada itu, PKNK juga memiliki rumah-rumah kedai di kawasan Tikam Batu, Sungai Petani, Kuala Ketil, Gurun, Kota Setar dan Langkawi. Adakah PKNK memberikan sumbangan dalam Sektor Pelancongan di Negeri Kedah? Ya. PKNK telah kembali bergiat dalam Sektor Pelancongan dan PKNK telah mula mengembangkan aktiviti pelancongan sebagai salah satu aktiviti utama Perbdanan dengan lebih luas mulai tahun 2007. Pembangunan

semula Pusat Peranginan Gunung Jerai dengan menambah jumlah bilik, menyediakan ballroom di Sungai Petani Inn serta mengambilalih pengurusan The Regency Alor Setar (dahulunya Grand Continental) dilihat sebagai salah satu usaha menjadikan pelancongan ini sebagai sumber pendapatan utama Perbadanan. Sehingga kini PKNK telah menceburi dan mempunyai pelaburan di dalam beberapa buah hotel seperti berikut:-

Amanpura Hotel Sungai Petani, Sungai Petani The Regency Alor Setar, Alor Setar The Regency Gunung Jerai, Gurun The Regency Darulaman Suites, Jitra Darulaman Golf & Country Club, Kulim Restoran Nelayan Kubang Rotan

Bagaimana caranya untuk memohon pinjaman dana Usahawan PKNK? Usahawan-usahawan yang berminat untuk mendapatkan Dana Usahawan PKNK dikehendaki datang ke Bahagian Pembangunan Usahawan, Tingkat 7 Wisma PKNK Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar, Kedah. PKNK telah menyediakan borang untuk diisi oleh usahawan-usahawan yang berminat dan usahawan-usahawan tersebut perlu membuat bayaran untuk membeli borang Dana tersebut dengan harga RM2.00. Siapakan yang layak memohon Dana Usahawan PKNK? Semua usahawan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan layak untuk memohon Dana Usahawan PKNK dan juga usahawan-usahawan yang berada di negeri Kedah dan menjalankan perniagaan usahawan kecil dan sederhana. Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan bagi memohon Dana Usahawan PKNK? Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk memohon Dana Usahawan: Borang dana usahawan PKNK lengkap diisi

Gambar pemohon ukuran pasport (1 keping) Salinan kad pengenalan pemohon, penjamin dan slip gaji penjamin Pendaftaran Perniagaan Yang Sah (SSM) Tempat Perniagaan atau Tapak Perniagaan Penjamin sekurang-kurangnya seorang (Kakitangan Kerajaan) Bil Utiliti (elektrik/air/telefon) Kertas kerja pemohon (bagi yang memohon RM10,000 ke atas) Penyata Bank (3 bulan terakhir)

Berapa lamakah proses permohonan Dana Usahawan PKNK dijalankan? Proses bagi permohonan Dana Usahawan PKNK bergantung kepada Mesyuarat yang dijalankan oleh Ahli Mesyuarat Dana Usahawan. Sekiranya permohonan yang dihantar lengkap dan layak dipertimbangkan permohonan akan dibentangkan dalam Mesyuarat Ahli Dana Usahawan dan keputusannya akan dimaklumkan kemudian. Berapakah jumlah yang paling minumum dan maksimum bagi permohonan Dana Usahawan PKNK? Jumlah minimun bagi permohonan Dana Usahawan PKNK ini ialah RM1,000.00 dan maksimun ialah RM50,000.00.

Você também pode gostar