Você está na página 1de 2

Apakah pendapat anda mengenai movie Eagle Eye?

Secara keseluruhannya, movie ini berjaya membuka mata penonton untuk melihat sejauh mana keberkesanan Management Information System (MIS) dalam kehidupan seharian manusia. Dalam movie ini, top secret supercomputer iaitu "Autonomous Reconnaissance Intelligence Integration Analyst" (ARIIA) memainkan peranan yang sangat penting dalam mencapai misinya untuk mendapatkan akses biometrik daripada Jerry Shaw (Shia LaBeouf) iaitu kembar kepada Ethan iaitu dan leftenan Tentera Udara yang elektronik kuantum serta mempunyai yang kepakaran dalam algoritma selari individu

bertanggungjawab mengunci atau membatalkan operasi Guillotine (operasi memusnahkan presiden dan kabinet beliau). ARIIA menggunakan kebolehannya membantu Jerry Shaw dan Rachel Holloman (Michelle Monaghan) dengan mengawal hampir setiap peranti rangkaian seperti lampu isyarat, telefon bimbit, kren automatik, dan wayar elektrik bagi mengelakkan Polis Chicago dan unit FBI. ARIIA juga mengakses alat komunikasi individuindividu tertentu seperti telefon bimbit bagi memastikan kesemua individu tersebut memberi bantuan kepada Jerry Shan. Contohnya, pemandu pelancong Jepun memberi tumpang menaiki bas pelancong Jepun kepada Jerry dan Rachel setelah diberi arahan berbuat demikian oleh ARIIA melalui telefon bimbitnya. Seterusnya, ARIIA juga mempunyai keupayaan untuk membuatkan Jerry dan Rachel mengikut arahannya. Contohnya, keengganan Jerry untuk menaiki tren sama selepas melepaskan diri daripada tahanan FBI menyebabkan ARIIA bertindak menghubungi dan memaklumkan semua penumpang tren bahawa Jerry merupakan seorang pengganas dan menyebabkan Jerry terpaksa turun daripada tren tersebut dan mengikuti arahan ARIIA secara terpaksa kerana pada masa yang sama Jerry diancam tembakan daripada pihak polis. Walaupun Jerry kehilangan telefon bimbitnya, masih dapat memberi arahan kepada Jerry melalui telefon bimbit dan telefon awam yang berdekatan dengan Jerry termasuklah arahan melepaskan diri yang dipaparkan oleh ARIIA melalui paparan skrin elektronik yang terdapat di dinding bangunan dan dinding bas. Sementara itu, ARIIA berupaya untuk mengakses kedudukan individu yang diingininya melalui peralatan elektronik yang berada pada individu tersebut. Contohnya, Ranim Khalid (Anthony Azizi) dibunuh oleh ARIIA dengan wayar elektrik bervoltan tinggi. ARIIA menggunakan the grid dan padankan daripada panggilan telefon Ranim Khalid seterusnnya mendapat kedudukan Ranim Khalid lalu membunuhnya. Situasi seperti ini juga berlaku ke atas Jerry apabila Tom Morgan (Billy Bob Thornton) membawanya ke United

States Capitol bagi memberhentikan operasi Guillotine. ARIIA mengesan kedudukan Jerry dan Tom melalui peralatan elektronik Tom seperti telefon bimbit dan ARIIA menghantar MQ9 Reaper UCAV iaitu misil daripada jet pejuang untuk membunuh Jerry. Walaupun Tom sudah membuang telefon bimbitnya seperti yang diarahkan oleh Jerry tetapi ARIIA masih dapat mengesan mereka melalui pengenalpastian identiti daripada tangkapan video CCTV jalan raya. Selain itu, terdapat kelemahan pada ARIIA seperti pengaksesan terhadap operasi Guillotine tidak dapat dilakukan oleh ARIIA kerana Ethan Shaw telah mengunci atau membatalkan ARIIA sebagai operasi tersebut sebelum ARIIA membunuhnya. Tambahan pula pertimbangan yang dibuat oleh ARIIA bertentangan dengan objektif utama penubuhan

Supercomputer

yang mengesan aktiviti pengganas. Dalam movie ini,

tindakan ARIIA untuk melancarkan operasi Guillotine menyebabkan banyak mengorbankan nyawa orang yang tidak bersalah. Tindakan ARIIA ini juga boleh diertikan sebagai tindakan pengganas. Kesimpulannya, movie Eagle Eye ini banyak membuka minda penonton mengenai kecanggihan teknologi terutamanya dalam MIS. Sistem seperti ARIIA sangat berguna kepada kehidupan manusia tetapi dalam movie ini, teknologi seperti ARIIA disalahguna oleh sistem itu sendiri. Kesilapan juga turut berlaku dalam sistem yang canggih seperti ARIIA.

Você também pode gostar