Você está na página 1de 21

1.

PENDAHULUAN

Identiti sesuatu bangsa dapat diwujudkan dengan cara mengenali atau meneliti amalan atau budaya yang dilakukan oleh setiap masyarakat. Namun, di Malaysia untuk mengenali identiti sesuatu bangsa bukan suatu perkara yang sukar walaupun mempunyai masyarakatnya berbilang kaum seperti Melayu, Cina, India dan sebagainya. Hal ini demikian kerana setiap masyarakat mempunyai budaya yang diamalkan sejak turun-temurun. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (212:2005) budaya merupakan tamadun, peradaban yang meliputi adat, pakaian, tingkahlaku dan sebagainya yang diwarisi oleh sesuatu masyarakat atau bangsa. Kebudayaan pula bermaksud keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir. Identiti bangsa di negara ini mampu dikenali di negaranegara luar disebabkan oleh faktor-faktor seperti penggunaan bahasa rasmi, kebudayaan, nilai-nilai ketimuran dan norma kehidupan.

2.0

DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

Pembinaan sesebuah

negara memerlukan penglibatan dan sokongan daripada

semua lapisan masyarakat dalam negara. Untuk mencapai matlamat pembinaan negara maka rakyat negara itu harus mempunyai ciri-ciri persamaan dalam perkara dasar terutamanya berkaitan penghayatan unsur kebudayaan sesuatu bangsa. Oleh yang demikian, Malaysia juga memerlukan suatu corak kebudayaan kebangsaan yang dapat memupuk semangat kebangsaan Malaysia demi mewujudkan

perpaduan dan kestabilan di dalam negara. Namun persoalannya, bagaimana

kepelbagaian adat di Malaysia itu dapat disatukan dan dijadikan sebagai adat yang satu bagi menjadi lambang identiti dan peribadi nasional? seterusnya, aspek budaya yang menjadi teras kepada pembentukan adat nasional yang menjadi perlambangan identiti dan keperibadian seluruh rakyat Malaysia dan persoalan apakah kepentingan aspek adat itu serta kepentingan identiti dan keperibadian kebangsaan itu sendiri.

Oleh yang demikian, Pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah digubal dan dilaksanakan dalam usaha mencapai kesepaduan dan semangat kebangsaan. Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) telah digubal pada tahun 1971 iaitu pada tarikh 16 hingga 20 Ogos 1971. DKK diputuskan melalui gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 1971 dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia Kedua, Tun Abdul Razak dan ianya dihadiri oleh wakil-wakil dari setiap kaum di Malaysia. Melalui pembentukan DKK ini, secara rasmi telah digariskan beberapa perkara yang menjadi teras kepada pembentukan identiti nasional dan keperibadian seluruh rakyat Malaysia. Tujuan pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah untuk

mencapai Perpaduan negara, membentuk keperibadian atau identiti bangsa Malaysia dan; peningkatan kualiti kehidupan dan kerohanian rakyat Malaysia.Usaha mewujudkan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia adalah berlandaskan tiga prinsip atau teras adat yang ditetapkan oleh Kerajaan iaitu identiti dan keperibadian Malaysia perlu berdasarkan rakyat asal rantau ini, penerapan unsur kebudayaan lain yang bersesuaian dengan budaya Melayu, serta agama Islam sebagai Agama persekutuan dan unsur utama pembentukan Budaya Kebangsaan Malaysia.

Prinsip teras adat DKK yang pertama iaitu identiti dan keperibadian Malaysia hendaklah berteraskan kepada kebudayaan adat rakyat asal rantau ini merujuk kepada kaum melayu, bugis, jawa, iban, Minang dan sebagainya. Adat serantau ini juga digambarkan melalui persamaan-persamaan di bidang bahasa yang

berasaskan keluarga bahasa Melayu iaitu Austronesia, kedudukan geografi, pengalaman sejarah, kekayaan alam, kesenian dan nilai-nilai keperibadiannya.

Justeru di Malaysia, aspek adat yang menjadi teras kepada pembentukan identiti nasional ialah adat masyarakat Melayu. Hal ini tidak dapat dipertikaikan oleh masyarakat lain kerana adat atau budaya Melayu pada hari ini merupakan cara hidup, lambang identiti dan asas ukuran keperibadian kepada lebih 28 juta umat manusia yang menuturkan satu rumpun bahasa yang sama. Maka apabila dipersetujui adat masyarakat asal serantau dijadikan identiti Malaysia, pastilah di Malaysia, adat Melayu yang paling layak diletakkan dalam kategori itu.

Prinsip adat kedua ialah penggunaan unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi identiti Malaysia dan unsur kebudayaan kebangsaan. Teras adat ini bersesuaian dengan corak rakyat berbilang kaum dan budaya seterusnya menggambarkan pertembungan budaya dan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris, Arab, China, India dan Kadazan. Kesesuaian penyerapan ini haruslah tidak bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia, prinsip Rukun Negara, kepentingan nasional, asas moral dan kerohanian (Islam sebagai agama rasmi negara) serta norma hidup masyarakat. Kesannya, berlaku tolak ansur sesama kaum di Malaysia dalam soal pembentukan identiti kebangsaan seterusnya Identiti Melayu diangkat sebagai identiti kebangsaan. Pembentukkan identiti dan

keperibadian kebangsaan itu bukanlah bertujuan untuk mempromosikan adat masing-masing untuk digunakan oleh semua rakyat Malaysia, sebaliknya ia jelas berperanan untuk menyeragamkan identiti masyarakat yang pelbagai untuk dijadikan identiti Malaysia yang satu. Namun identiti bangsa lain juga masih dikekalkan dan dipelihara kelangsunganya

Seterusnya, prinsip adat ketiga pula adalah pengekalan agama Islam sebagai agama persekutuan akan menjadi unsur yang utama dalam pembentukan

kebudayaan kebangsaan. Agama Islam memberi panduan kepada manusia dalam mengimbang dan memadukan usaha bagi mengisi kehendak-kehendak emosi dan fizikal. Kerana itu ia patut dijadikan unsur yang penting dalam pembentukan identiti kebangsaan. Ini juga memandangkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara. Hakikatnya, Ketiga-tiga prinsip dan unsur ini dijadikan teras dan berperanan penting dalam pelaksanaan dasar kebudayaan kebangsaan.

3.0

KEPENTINGAN

PERLAKSANAAN

TERAS

DASAR

KEBUDAYAAN

KEBANGSAAN Aspek teras Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang disenaraikan adalah adat masyarakat asal rantau ini, penyerapan adat luar yang sesuai dan adat yang berpandukan Islam. Ketiga-tiga teras adat tersebut pasti mempunyai

kepentingannya yang tertentu. Yang pertama, kepentingan adat Melayu dijadikan sebagai teras dalam pembentukan identiti nasional ialah untuk memastikan kestabilan sosial dan politik di Malaysia terus terpelihara.Hal ini disebabkan Ini bagi memastikan tidak berlaku pertikaian kepada masyarakat lain di Malaysia khususnya kepada masyarakat Melayu sendiri sebagai entiti yang terbesar dan bertaraf

peribumi di Malaysia serta sesuai dengan kedudukan istimewanya yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Kepentingan kedua adalah dapat memelihara kedudukan institusi Raja-Raja, Yang Dipertua Negeri dan Yang Dipertuan Agong dengan menjadikan adat Melayu sebagai pemangkin identiti nasional. Kedudukan institusi Beraja yang menjadi lambang perpaduan negara ini menyebabkan adat istiadat Melayu diterima sebagai suatu unsur teras dalam melaksanakan identiti Malaysia secara bersama.

Kepentingan ketiga adalah penerimaan adat dan budaya kaum lain yang sesuai juga untuk dipraktikkan adalah bagi mengekalkan keharmonian kaum di Malaysia terus berlangsung dengan jayanya. Ini bagi memastikan tiada suara-suara yang mempertikaikan tindakan kerajaan yang menggariskan unsur-unsur penting kearah membentuk budaya kebangsaan. Budaya kebangsaan diwujudkan untuk menunjukkan peribadi dan identiti masyarakat Malaysia yang pelbagai, bukan hanya untuk melambangkan budaya dan adat Melayu semata-mata. Dengan adanya unsur-unsur yang diluar daripada adat dan budaya Melayu yang sesuai, maka akan terhasil suatu modul identiti masyarakat yang pelbagai dan bersifat universal. Seterusnya, kepentingan terakhir adalah memelihara agama islam sebagai agama rasmi seperti yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia. Selain kerana kedudukan Islam sebagai agama rasmi, ia juga penting kerana Islam merupakan tunjang kepada kehidupan masyarakat Melayu iaitu masyarakat peribumi dan majoriti di Malaysia. Walaupun identiti dan peribadi kebangsaan adalah berteraskan Islam, namun agama-agama lain bebas untuk dilaksanakan dengan syarat amalan agama-agama lain tidak akan menggugat kedudukan agama Islam sebagai agama

utama di Malaysia. Oleh yang demikian, penerapan tiga teras kebudayaan tersebut dilihat dapat menyatupadukan pelbagai kaum di Malaysia sama ada dari aspek adat mahupun agama.

4.0

ELEMEN SOKONGAN DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah negara membangun yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia. Dasar ini dilihat mampu dijadikan garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti negara dalam kalangan dunia antarabangsa.

Walaubagaimanapun, terdapat elemen-elemen budaya yang lazimnya dapat merealisasikan pembentukan satu identiti kebudayaan bangsa Malaysia iaitu Bahasa rasmi, Adat dan kebudayaan, Norma dan Nilai Ketimuran.

4.1

BAHASA RASMI

Mengapa bahasa penting dalam sesebuah masyarakat?

Pada hari ini,

terdapat lebih daripada 7000 bahasa yang dipertuturkan di seluruh dunia. Dalam sesebuah negara, lazimnya lebih daripada satu bahasa yang digunakan untuk bertutur. (www.macionis.com) Di Malaysia contohnya, terdapat masyarakat yang bertutur menggunakan Bahasa Melayu, Inggeris, Tamil, Mandarin dan sebagainya. Namun, rakyat di negara Korea dan jepun hanya bertutur menggunakan satu bahasa sahaja.

Berdasarkan

Kamus

Dewan

Edisi

Keempat

(106:2005)

bahasa

bermaksud sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia. Melalui bahasa diyakini dapat mewujudkan identiti sesuatu bangsa. Hal ini demikian kerana dalam peribahasa Melayu ada menyatakan bahawa bahasa menunjukkan bangsa bermaksud daripada bahasa, masyarakat luar dapat mengenali kita. Menurut Datuk Dr. Hassan Ahmad (2007) bahasa merujuk lambang budaya dan fungsi atau peranan bahasa sebagai sistem perhubungan sosial dalam masyarakat. Bahasa yang baik atau betul tidak hanya bererti baik atau betul dari segi peraturan tatabahasanya tetapi lebih penting lagi adalah dari segi peraturan sosial, budaya atau adatnya. Ungkapan tahu bahasa bererti tahu adat, dan ungkapan tak tahu bahasa bererti tak tahu adat.

Oleh itu, masyarakat yang tahu bahasa, atau tahu adat berbahasa, tidak akan menggunakan bahasa yang salah (dari segi peraturan sosialnya) apabila berkomunikasi atau berbual dengan orang tua mereka atau ketua masyarakat. Sebagai contoh, mereka tidak akan menggunakan ganti nama seperti engkau, aku, kamu apatah lagi ganti nama bahasa Inggeris you dan I, dan bahasa yang kesat, kasar, bahasa mencarut, ragam slanga dan sebagainya. Status sosial dan kelakuan budaya atau adat mereka dapat diketahui melalui bahasa.

Kita mengenal bangsa Melayu berdasarkan bahasa yang mereka miliki dan gunakan. Bahasa inilah yang menjadi alat pembentuk tamadun bangsa Melayu sepanjang sejarahnya. Bahasa inilah yang digunakan sebagai alat pemikiran untuk

menghasilkan ilmu dan karya-karya besar kesusasteraan dan seni bangsa Melayu. Walau bagaimanapun, sesuatu bangsa itu tidak maju kerana mereka tidak pandai lagi menggunakan bahasa sendiri sebagai alat pemikiran, alat ilmu dan kemajuan bangsa; dan membiarkan fikiran atau minda mereka terus dijajah oleh budaya bahasa asing, terutama bahasa bekas penjajah. Maka, apabila sesuatu bahasa itu sudah tidak terpakai lagi, lambat-laun hilanglah bangsa itu. Di Malaysia, kepelbagaian bangsa penduduknya menyebabkan negara ini terkenal dengan budaya yang tersendiri. Namun, bahasa mampu menyatukan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Justeru, bahasa dapat mewujudkan idenitit bangsa di negara ini. Antara kelompok bangsa yang ramai di negara ini seperti Melayu, Cina dan India. Walaupun, pada dasarnya bahasa Melayu digunakan secara dominan oleh orang Melayu, tetapi setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi telah digunakan secara meluas. Hal ini termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bahawa bahasa Melayu yang dikenali juga sebagai bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi yang tidak boleh dipertikai fungsi dan peranannya sebagai Bahasa Kebangsaan. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dimantapkan lagi dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1967

(http://pmr.penerangan.gov.my).

Jelaslah bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi yang menjadi perantaraan komunikasi berkesan dalam kalangan masyarakatnya yang berbilang kaum lantas mewujudkan identiti bangsa Malaysia. Oleh itu, bahasa perlu

disanjung dan tidak dipinggirkan demi menjaga maruah sesuatu bangsa.

Sikap meminggirkan bahasa akan melenyapkan bangsa sendiri dalam negara bangsa yang dibina sejak berkurun lamanya. Bak kata pepatah, bahasa melambangkan jiwa bangsa dan bahasa menunjukkan bangsa. Tidak maju sesuatu bangsa itu, tanpa adanya bahasa.

4.2

NILAI-NILAI KETIMURAN

Nilai ditakrifkan sebagai kepercayaan yang mendorong sesebuah institusi untuk bertindak mengikut pemilihan berasaskan nilai-nilai utama masyarakat (Intan 1993:20). Nilai juga merujuk kepada andaian dan penilaian yang dilakukan terhadap bahan, matlamat atau keadaan yang dianggap penting, diingini dan perlu dicapai. Nilai membentuk sistem norma masyarakat dengan mendefinisikan kriteria untuk menilai tingkahlaku yang boleh diterima atau ditolak. Walaubagaimanapun, nilai hanya mempengaruhi persepsi tingkahlaku ideal individu dan dijadikan kayu pengukur untuk menilai tingkahlaku orang lain. Nilai sesuatu budaya akan berubah, namun nilai seseorang itu akan berkekalan sepanjang hayat. Identiti bangsa di Malaysia diwujudkan melalui nilai-nilai ketimuran yang diamalkan oleh setiap lapisan masyarakatnya.

Malah, sejak dulu hingga kini masyarakat Malaysia memang terkenal dengan amalan nilai-nilai murni masyarakat timur seperti tolong-menolong, peramah, hormat-menghormati dan toleransi serta bekerjasama. Oleh itu, setiap tutur kata harus dijaga, tingkah laku harus tertib dan sentiasa bersopan santun ketika berinteraksi. Inilah budaya yang diamalkan oleh masyarakat di negara kita sehingga

para pelancong asing berasa senang hati berada di bumi Malaysia. Sebagai contoh, orang Melayu sangat menitikberatkan tatasusila ketika berkomunikasi dengan orang yang lebih tua usianya. Gaya percakapan yang sopan dan tidak meninggi suara menjadi amalan dalam kalangan masyarakat Melayu. Bersesuaian dengan Rukun Negara yang kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan. Oleh itu, penerapan rukun yang kelima ini, secara tidak langsung membantu untuk mewujudkan identiti bangsa di negara kita.

Walau bagaimanapun, nilai ketimuran bukan sahaja dari segi komunikasi tetapi juga dari segi adat. Sebagai contoh, orang Melayu sangat berpegang teguh kepada adat sehingga terdapat peribahasa biar mati anak, jangan mati adat. Antara adat yang dapat menunjukkan identiti masyarakat Melayu adalah adat perkahwinan. Adat perkahwinan tradisional masyarakat Melayu boleh dibahagikan kepada beberapa proses iaitu merisik atau meninjau, upacara peminangan, upacara menghantar tanda, hantaran belanja, menjemput, upacara nikah, berinai besar, hari persandingan dan jemput menantu (http://pmr.penerangan.gov.my).

Bagi masyarakat Cina, upacara minum teh sangat penting dan masih diamalkan dalam adat perkahwinan mereka. Adat ini melambangkan penerimaan pasangan pengantin terutamanya si isteri dalam keluarga si suami di samping bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dalam upacara ini pasangan pengantin akan memberi teh yang disediakan kepada saudara mara pihak lelaki. Kemuncak upacara perkahwinan masyarakat Cina ialah pada sebelah malam iaitu jamuan makan. Jamuan makan ini diadakan secara besar-besaran sama ada di

rumah, dewan, atau restoran. Tetamu-tetamu yang datang akan membawa ang-pau sebagai hadiah kepada pasangan pengantin.

Selain itu, terdapat juga masyarakat orang asli di Malaysia. Perkahwinan orang asli (Puak Mahmeri) mempunyai banyak persamaan dengan perkahwinan masyarakat Melayu seperti adat merisik, menghantar tanda dan meminang. Sehari sebelum hari perkahwinan beberapa upacara akan diadakan seperti istiadat menepung tawar atau menghalau hantu syaitan, menggantung kelambu dan

berinai. Semasa majlis perkahwinan berlangsung, beberapa adat diadakan iaitu menjulang pengantin, pertarungan pencak silat, mengelilingi busut, membasuh kaki dan mandi bunga gomba (http://pmr.penerangan.gov.my).

Nilai-nilai ketimuran yang diamalkan oleh masyarakat di Malaysia dapat mewujudkan identiti bangsa. Namun, terdapat persamaan amalan yang diamalkan walaupun berbeza kaum. Hal ini demikian kerana berlakunya percampuran budaya dan akan mengalami perubahan mengikut keadaan. Walau bagaimanapun, identiti bangsa harus dipelihara agar tidak pupus ditelan zaman.

4.3

KEBUDAYAAN

Di Malaysia, keunikan yang jelas adalah masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan mengamalkan pelbagai budaya serta menganuti pelbagai agama. Walaupun wujud kepelbagaian budaya dan agama, penduduk Malaysia hidup dalam suasana harmoni. Perpaduan dalam kepelbagaian ini dicerminkan dalam festivalfestival atau perayaan-perayaan yang didasarkan kepada amalan agama atau adat resam mewakili kaum-kaum berkenaan Mereka berkongsi perayaan dengan kaum-

kaum lain melalui amalan ziarah-menziarahi atau menghadiri rumah terbuka. Oleh itu, jelas bahawa melalui kebudayaan dapat mewujudkan identiti bangsa. Justeru, sambutan perayaan ini meliputi dari segi kepercayaan, pemakaian, makanan dan sebagainya yang dapat mewujudkan identiti bangsa.

Masyarakat Melayu yang beragama Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula dengan ibadat puasa di bulan Ramadan. Sepanjang bulan Ramadan umat Islam berpuasa pada siang hari dan mengerjakan sembahyang terawih pada sebelah malamnya malah umat Islam dikehendaki mengeluarkan zakat. Perayaan ini bermula apabila anak bulan kelihatan, menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke sepuluh dalam kalender Hijrah Islam. Anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu Maghrib di beberapa tempat strategik di Malaysia. Hari raya disambut dengan penuh kesyukuran. Pada keesokkan harinya, pada awal pagi, sesetengah orang akan pergi membersihkan perkuburan orang yang disayangi dan berdoa agar roh mereka dirahmati Allah dan sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi. Dari segi pemakaian, kebiasaannya mereka akan memakai pakaian yang sopan yang memperlihatkan nilai-nilai kemalayuan. Bagi golongan lelaki, pemakaian baju melayu beserta songkok dan samping manakala perempuan berbaju kurung atau kebaya dan bertudung. Antara tradisi perayaan Hari Raya Aidilfitri adalah bersalam-salaman sambil memohon maaf tanpa mengira peringkat umur. Pelbagai juadah turut dihidang untuk tetamu seperti ketupat, lemang, rendang, kuih-muih dan sebagainya. Mereka akan saling mengunjung ke rumah saudara-mara sama ada dekat ataupun jauh (http://pmr.penerangan.gov.my).

Bagi masyarakat Cina, mereka akan menyambut perayaan Tahun Baru Cina dan disambut secara besar-besaran.Hal ini demikian kerana mengikut kepercayaan mereka hari tersebut menandakan kedatangan tahun baru dalam kalendar masyarakat Cina. Warna merah, tanglung, mercun dan pakaian cheongsam merupakan simbol identiti masyarakat Cina. Antara tradisi masyarakat Cina semasa menyambut perayaan adalah pada malam Tahun Baru. Semua ahli keluarga berkumpul beramai-ramai untuk makan bersama-sama bertujuan mengeratkan jalinan hubungan sesama keluarga. Ahli kelurga yang telah berumahtangga akan memberi 'angpau' kepada saudara mara dan sahabat yang belum berumahtangga. 'Angpau' membawa pengertian kesejahteraan yang berpanjangan dan diisi wang di dalam sejenis sampul berwarna merah. Buah limau mandarin dan kuih bakul merupakan kemestian yang perlu ada semasa perayaan Tahun Baru Cina. Malah, tarian singa turut dimainkan dari rumah ke rumah atau kedai-kedai untuk memberi berkat kepada mereka yang meraikan perayaan tersebut

(http://pmr.penerangan.gov.my).

Deepavali pula adalah salah satu perayaan yang disambut oleh masyarakat India beragama Hindu apabila menjelang bulan gelap aippasi pada bulan Oktober dan November. Deepavali bermaksud sebarisan pelita dan mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan. Pada pagi hari, masyarakat Hindu akan menyucikan tubuh badan dengan memakai sedikit minyak di kepala dan mandi. Kemudian mereka bersembahyang di rumah atau dikuil-kuil. Selepas bersembahyang, mereka berkunjung ke rumah kaum keluarga.

Kebiasannya, suri rumah akan menyediakan kotak-kotak kecil berisi manisan dan membawa bersama apabila berkunjung ke rumah saudara-mara mereka. Malah, jika dilihat di rumah mereka terdapat rangoli iaitu lukisan yang dibuat daripada tepung beras berwarna-warni dengan tujuan menyambut tetamu di hadapan rumah.

Kepelbagaian

kaum

di Malaysia

mewujudkan

pelbagai

budaya

dan

seterusnya melahirkan suasana yang harmoni dan unik. Perayaan-perayaan yang disambut oleh masyarakat mengikut agama dan kepercayaan masing-masing mencorakkan lagi kepelbagaian budaya di Malaysia. Melalui perayaan-perayaan seumpama ini kita boleh mengenali identiti dan budaya sesuatu kaum yang terdapat di negara kita.

4.4

NORMA KEHIDUPAN

Bagi mengecapi kehidupan yang aman dalam sebuah masyarakat, kita perlu bersetuju tentang apa yang boleh atau tidak boleh diterima oleh masyarakat. Setiap individu juga berinteraksi sosial dengan individu lain untuk meneruskan kehidupan harian. Interaksi sosial ini dipengaruhi sepenuhnya oleh adat dan norma yang berlaku disekeliling mereka. Beberapa bentuk interaksi sosial adalah dalam lingkungan keluarga, sahabat handai, persekitaran sekolah, persekitaran tempat kerja mahupun persekitaran masyarakat yang berbilang kaum.

Individu yang menginginkan hidup yang aman tenteran tanpa gangguan harus memelihara hubungan dan kepentingan serta mengetahui tanggungjawab masingmasing sebagai ahli dalam masyarakat. Kefahaman inilah yang mengawal

kehidupan seharian dan mengambilkira jangkaan masyarakat terhadap segala tindakan. Jangkaan ini dikenali sebagai norma. Di Malaysia, norma merupakan unsur kawalan dan peraturan yang diterima pakai oleh seluruh rakyat bagi mencapai kesepaduan dan persefahaman antara kaum. Norma didefinisikan sebagai peraturan sosial atau ketentuan yang telah menjadi kebiasaan yang dijangka akan dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat (Kamus dewan 22:2005). Hakikatnya, setiap budaya mempunyai peraturan sosial yang melibatkan hal-hal tentang harta, keselamatan dan perhubungan sosial. Namun, norma tidak hanya berfokus kepada peraturan semata dengan

menyediakan panduan yang boleh diaplikasikan dalam setiap tindak-tanduk kita agar bersesuaian dengan orang lain. Walaupun norma merupakan ciptaan manusia, ia merupakan sebahagian daripada ciri-ciri persekitaran sosial. Masyarakat akan merujuk kepada norma sebagai peraturan (kawalan) untuk penetapan hukuman kepada individu yang melanggarnya. (www.slideshare.com/kajiansosial-budaya).

Lazimnya, norma dikaitkan dengan adat istiadat, agama, peraturan sosial, kesopanan, kebiasaan etika dan hukum. Kepelbagaian masyarakat di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, kepercayaan dan agama yang sudah pasti memiliki norma tersendiri. Norma ini amat penting untuk dipatuhi agar usaha mengekalkan kemakmuran negara dan pembentukan sebuah negara maju dan memiliki satu identiti bangsa Malaysia tercapai. Terdapat dua jenis norma iaitu norma formal dan norma tidak formal.

Sebagai contoh, norma tidak formal seperti norma kesesuaian pemilihan pakaian dengan majlis atau tujuan, pemilihan makanan dengan majlis tertentu dan

sebagainya. Gaya berpakaian masyarakat di Malaysia amnya berbeza-beza mengikut kaum dan suku masing-masing. Kaum Melayu-Islam amat sinonim dengan pakaian tradisional baju kurung, kain batik, songket, baju kebaya, songkok dan bertudung kepala. Pemilihan pakaian tersebut perlu sesuai dengan ajaran islam yang menekankan tentang aurat lelaki dan perempuan serta mengekalkan ciri-ciri kesopanan. Bagi kaum cina pula, pakaian tradisional mereka adalah cheong sam dan sam fu. Kaum India juga memiliki pakaian tradisi tersendiri seperti sari, serban, kurtha, dothi dan sarung (http://pmr.penerangan.gov.my/).

Walaupun setiap kaum memiliki pakaian tradisi tersendiri, seluruh rakyat di negara ini wajar mematuhi norma berpakaian yang ditetapkan untuk menghadirkan diri ke sesuatu tempat atau majlis. Misalnya, seluruh anggota kakitangan awam mahupun syarikat swasta adalah terikat dengan pakaian rasmi untuk bekerja atau berkursus seperti uniform, baju kurung, kemeja, baju melayu dan pakaian casual. Mereka tidak boleh memakai pakaian tradisi seperti sari mahupun cheongsam, mini skirt, seluar pendek mahupun seluar jeans untuk pergi ke pejabat kerana terikat di bawah peraturan atau norma yang ditetapkan oleh majikan walaupun pekerja tersebut bukan berbangsa melayu.

Perlaksanaan pekeliling pemakaian baju batik bagi kakitangan awam walaupun bukan berbangsa melayu semasa bekerja pada hari khamis, dilihat menjadi langkah yang amat berkesan dalam menjadikan unsur norma budaya sebagai penyatuan identiti bangsa Malaysia. Usaha ini bertujuan memelihara industri kraftangan batik sebagai budaya warisan seterusnya mampu menyatupadukan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Jika norma seperti ini dipandang remeh serta

tidak dipatuhi oleh masyarakat di Malaysia, tidak hairanlah sekiranya prestasi kerja seterusnya masa hadapan mereka terjejas disebabkan perilaku tersebut.

Dari segi norma agama, asas tuntutan agama adalah peraturan hidup dan larangan yang perlu dipatuhi penganut sesebuah agama sama ada Islam, Budha, Hindu mahupun Kristian. Perintah daripada tuhan merupakan kewajipan bagi seseorang untuk berbuat sesuatu, manakala larangan merupakan kewajipan bagi seseorang untuk tidak berbuat sesuatu. (www.crayonpedia.org). Setiap agama dan kepercayaan di dunia melarang penganutnya melakukan sesuatu yang bertentangan dengan hukum alam dan mendatangkan mudharat kepada orang lain. Contoh norna agama yang diterimapakai di Malaysia adalah larangan membunuh, mencuri, menipu, perintah patuhi orang tua dan perintah beribadat. Unsur norma agama ini jika dipraktikkan sepenuhnya oleh seluruh rakyat Malaysia khususnya pasti kemakmuran dan kemajuan negara akan dikecapi untuk selamanya. Seterusnya, dari segi norma kesopanan pula masyarakat mengatur pergaulan antara anggotanya agar saling hormat menghormati. Hakikat norma kesopanan adalah kewajaran, atau kebiasaan yang berlaku dalam masyarakat. Norma kesopanan sering disebut sopan santun, atau adat istiadat. Norma kesopanan bersifat khusus dan hanya berlaku bagi segolongan masyarakat tertentu saja berdasarkan keyakinan. Contoh norma ini ialah "Berilah tempat terlebih dahulu kepada golongan tua, ibu mengandung, wanita, kanak-kanak di dalam kereta api atau bas, "Jangan makan sambil berbicara", "Janganlah meludah di lantai atau di mana-mana tempat" dan "Orang muda harus menghormati orang yang lebih tua". (www.crayonpedia.org).

Maka, jelaslah bahawa elemen budaya iaitu norma dan peraturan seperti termaktub dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan amat perlu dititikberatkan untuk mencapai ketenteraman awam dalam masyarakat di negara ini. Tanpa kawalan, panduan hidup dan ketenteraman awam, individu tidak mungkin dapat

mengembangkan bakat dan kemampuan yang diberikan Tuhan kepadanya secara optimum. Dengan demikian, tujuan norma dan peraturan adalah menjamin keadilan dan ketenteraman awam di Malaysia walaupun didiami olek rakyat berbilang kaum dan kepercayaan.

5.0

Penutup

Malaysia merupakan sebuah negara istiimewa kerana memiliki rakyat berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Penggubalan dan pelaksanaan dasar ini, meskipun masih lagi baru usianya namun pembentukan identiti nasional dan perpaduan kaum dan nilai murni Islam telah pun dilaksanakan. Hakikatnya, pencapaian ke arah pembentukan satu identiti bangsa Malaysia ini telah jelas kelihatan semenjak dasar ini mula diterapkan. Identiti kewarganegaraan dan adat Malaysia pada hari ini boleh didapati dalam perayaan-perayaan antarabangsa dan juga dalam kegiatan seni sukan dan perayaan pelbagai kaum di Malaysia sama ada secara rasmi atau tidak rasmi. Secara ringkas kini boleh dikatakan aspek adat yang menjadi teras identiti dan keperibadian negara Malaysia telah dapat diterima dan diikuti secara beransuransur oleh setiap golongan rakyat Malaysia. Namun demikian, pelaksanaannya pasti rumit dan tidak akan dapat dicapai dalam masa yang singkat. Kesedaran dan kefahaman yang luas dalam kalangan rakyat negara ini akan dapat membantu

mencapai hasrat dan matlamat DKK kerana dengan melalui keinsafan itu sahaja, adat yang membentuk identiti dan keperibadian kebangsaan akan dapat dibezakan dengan adat yang bersifat kesukuan atau perkauman. Identiti dan keperibadian yang dipupuk itu akan dapat mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui batasbatas suku kaum dan akan memperlihatkan keperibadian kebangsaan Malaysia itu sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan bermaruah.

RUJUKAN Nilai Dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam (1991). Institut Tadbir Awam Negara (INTAN) Kuala Sheikh Osman Sheikh Salim (2005) Kamus Dewan Edisi keempat. Definisi Budaya. Dewan Bahasa dan Pustaka. Sheikh Osman Sheikh Salim (2005) Kamus Dewan Edisi keempat. Definisi Bahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka. Bahasa Rasmi (2008). Diperoleh pada April 28, 2012 daripada

http://pmr.penerangan.gov.my Datuk Dr. Hassan Ahmad (2007). Bahasa Menunjukkan Bangsa. Diperoleh pada April 28, 2012 daripada http://www.dbp.gov.my/klikdbp/klikdbp3sep7.pdf Sambutan Tahun Baru Cina (2008). Diperoleh pada April 28, 2012 daripada http://pmr.penerangan.gov.my Hari Raya Aidilfitri (2008). Diperoleh pada April 28, 2012 daripada http://pmr.penerangan.gov.my

Masyarakat majmuk Malaysia (2008). Diperoleh pada 20 april 2012 daripada http://pmr.penerangan.gov.my Norma hidup bermasyarakat (2009). Diperoleh pada 15 April 2012 daripada http://www.crayonpedia.org/mw/Norma_hidup

TUGASAN BERKUMPULAN
1. TUJUAN DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
ADALAH UNTUK MEWUJUDKAAN SATU IDENTITI BANGSA MALAYSIA. BINCANGKAN. 2.
Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. SITI SUZYANA BINTI MOHAMAD @ TAROM FAIRUZI BINTI RAHAMAT SMK LKTP BELITONG SMK LKTP BELITONG NAMA AHLI KUMPULAN MUSTAFA KAMAL B.YAHYA NAMA SEKOLAH SMK LKTP BELITONG

Você também pode gostar