Você está na página 1de 2

Analisis kelemahan pelajar di dalam matapelajaran Matematik Tambahan SMK Paka

ASAS MATEMATIK YANG LEMAH Kebanyakan pelajar yang mendapat keputusan matematik yang lemah atau mendapat A sekalipun Matematik semasa peperiksaan PMR akan menghadapi masalah dalam subjek ini. Matematik Tambahan itu sendiri membawa maksud kepada tambahan ilmu matematik yang sedia ada. Sekiranya perkara asas seperti teknik mencari unknown dalam algebraic,teknik tambah tolak pecahan. pemfaktoran, nombor bercampur, mencari kecerunan dan banyak lagi konsep asas tidak dikuasai dengan baik. Guru akan menghadapi masalah untuk mengajar semula konsep asas ini setiap kali proses pengiraan sedangkan silibus yang harus diselesaikan oleh guru sangat banyak dalam subjek ini.

TIDAK BIASA DENGAN RUMUS Seperti diketahui, pelajar dibekalkan dengan rumus atau formula dalam peperiksaan tetapi malangnya pelajar kerap tersilap memilih formula atau rumus yang sesuai. Dalam masa yang sama ada sesetengah formula mudah tidak dibekalkan semasa peperiksaan. Jadi pelajar seharusnya peka formula mana yang biasa digunakan tetapi tidak diberikan semasa peperiksaan. Sekiranya pelajar sudah biasa melihat formula-formula yang diberikan semasa peperiksaan, pelajar tidak akan panik sekiranya mendapat soalan yang formulanya tiada kerana sudah sedia maklum tentangnya lebih awal.

SALAH TEKAN KALKULATOR / TIDAK TAHU MENGGUNAKAN KALKULATOR Maklumat dimasukkan salah dalam kalkulator Tanda kurungan tidak digunakan dengan betul Nilai jawapan yang diperolehi tidak diambil dengan tepat

Tidak menguasai sepenuhnya fungsi setiap butang pada kalkulator


MENJAWAB SOALAN DENGAN TIDAK BERSUNGGUH-SUNGGUH Kebanyakan pelajar tidak berusaha langsung untuk cuba menjawab. Sebagai contoh soalan kertas 1 , soalan yang bernilai 2 markah biasanya soalan aras rendah yang sepatutnya boleh dijawab oleh pelajar walaupun pelajar itu bukan dari kategori pelajar bijak..tetapi pelajar langsung tidak berusaha memahamkan soalan Tidak menyusun atur soalan dengan kemas Buat graf tak guna pembaris

Tulisan yang tidak kemas

TIDAK FOKUS / TIDAK MINAT


Menetapkan mind set yang Matematik Tambahan adalah subjek sukar. Tidak membawa peralatan asas seperti kalkulator, pembaris, pen dan pensel semasa peperiksaan.

TIDAK MENGUASAI FORMAT SOALAN DAN KEHENDAK SOALAN SPM MATEMATIK TAMBAHAN