Você está na página 1de 28

SEJARAH OLAHRAGA Disediakan Oleh : ANTARABANGSA EDNA MAG EIRY

GEORGIANA AK MUNI KHAIRUL NADIAH BT. MUHAMOD NUR SYAFIQAH BT. AMARUDIN

Sejarah Awal Olahraga

Zaman Pra-Sejarah
Lukisan gua yang berusia 30 000 tahun yang lampau ditemui di Afrika, Perancis dan Australia. Sebagai contoh, lukisan gua pada Zaman Batu yang terdapat di Padang Pasir Libya menunjukkan lukisan aktiviti renang dan memanah.

Kapten Cook yang datang buat pertama kali ke Kepulauan Hawaii pada tahun 1778 melaporkan bahawa penduduk di sana melakukan aktiviti meluncur. Masyarakat India dan Amerika Asli bergabung dalam permainan dan olahraga sebelum kedatangan orang-orang Eropah. Suku kaum Maya dan Aztec bermain permainan bola secara serius dan masih boleh dilihat sehingga hari ini.

China Kuno
Wujudnya artifak dan bangunan. Berkait rapat dengan aktiviti pekerjaan seharian, perang, dan hiburan. Aktiviti senam menjadi aktiviti olahraga yang utama. Akrobat juga di antara aktiviti yang terkenal di China. Muzium Beijing didirikan sebagai dedikasi untuk olahraga dan sejarahnya.

Mesir Kuno
Monumen Faraoh menunjukkan bahawa beberapa cabang olahraga seperti acara renang dan memancing berkembang dan dipertandingkan secara berkala beberapa ribu tahun yang lepas. Ini membuktikan bahawa Sungai Nil memainkan peranan signifikan dalam kehidupan orang di Mesir. Olahraga lain seperti lontar lembing dan lompat tinggi mempunyai persamaan dengan kegiatan seharian.

Yunani Kuno
Lari, tinju, lontar lembing, lempar cakera dan balapan kereta kuda adalah olahraga yang umum. Ini menunjukkan bahawa kebudayaan militari Yunani berpengaruh pada perkembangan olahraga mereka. Pertandingan Olimpik diadakan setiap empat tahun sekali di Yunani. Pertandingan tidaklah diadakan hanya sebagai acara olahraga saja, tetapi juga sebagai perayaan untuk kemegahan individu, kebudayaan, dan macam-macam kesenian dan juga tempat untuk menunjukkan inovasi di bidang arkitektur dan kesenian patung.

Pada dasarnya, acara ini adalah waktu untuk bersyukur dan menyembah para Dewa-Dewa kepercayaan Yunani. Nama acara ini diambil dari Gunung Olympus, tempat suci yang dianggap tempat hidupnya para dewa. Gencatan senjata dinyatakan selama Pertandingan Olimpik. Ini dilakukan agar orang ramai dapat merayakan dalam keadaan damai dan kompeten dalam suasana yang berbudaya dan saling menghargai.

Eropah dan Perkembangan Global


Catatan Bernard Lewis menyatakan bahawa olahraga beregu adalah hasil penemuan kebudayaan Barat. Olahraga individu seperti memanah sudah dipraktikkan di seluruh dunia. Tetapi tradisi olahraga beregu berasal dari Eropah. Olahraga mulai diatur dan diadakan secara berkala sejak Olimpik Kuno sehingga abad ini.

PERKEMBANGAN OLAHRAGA

Olahraga,merupakan acara utama dalam perjumpaan Sukan Olimpik Kuno,mula mendapat perhatian ramai. Sukan Olimpik Kuno diadakan 4 tahun sekali sehingga tahun 397 sebelum Masihi. Kemudian,sukan ini dimatikan oleh Maharaja Rom,Theodosius.

Namun,manusia tetap meneruskan aktiviti seperti berlari,melompat dan membaling. Keadaan ini berlarutan sehingga abad ke-17. Kemudian,timbul ura-ura untuk menghidupkan kembali idea Sukan Olimpik.

DI ENGLAND
Sukan olahraga berjaya dihidupkan oleh Royal Military College di Sandhurst,apabila kolej tersebut mengadakan temasya sukan pada tahun 1812. 5 tahun kemudian,kelab olahraga pertama di dunia telah ditubuhkan. Kelab tersebut ialah The Necton Guild. Selepas itu,banyak sekolah di England turut sertai sukan tersebut. 1850,sebuah kelab olahraga peringkat universiti ditubuhkan oleh Oxford University,Exeter College Athletic Club (masih wujud sehingga sekarang). Tahun 1860-an merupakan perkembangan pesat olahraga di England.

AMERIKA SYARIKAT
Abad ke-20,ahli-ahli olahraga telah menunjukkan peningkatan yang membanggakan sehingga mampu kuasai banyak perjumpaan olahraga yang diadakan. Walaupun rekod dunia tidak diiktiraf oleh Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa sehingga tahun 1913,namun senarai pemenang menunjukkan sebahagian besarnya dikuasai oleh ahli olahraga Amerika Syarikat.

Sukan Olimpik menjadi medan tidak rasmi untuk mengukur kebolehan dan kemampuan peserta olahraga dunia. Pada peringkat ini,peserta-peserta dari Afrika dan Asia gagal memberikan saingan kepada olahragawan-olahragawan Amerika Syarikat,Eropah,Australia dan New Zealand.

AFRIKA DAN ASIA..


1960,barulah muncul peserta-peserta dari Afrika dan Asia yang mampu memberikan saingan,tetapi kejayaan mereka masih belum memberangsangkan. Kini, ahli olahraga dari Afrika dan Asia telah ada yang mencatat kejayaan,khususnya dalam Sukan Olimpik.

MALAYSIA..
Sambutan makin meningkat di peringkat kawasan,kebangsaan,mahupun peringkat yang lebih kecil. 1926, kejohanan kebangsaan telah diadakan. Daripada kejohanan inilah wakil-wakil negara dipilih untuk ambil bahagian dalam perjumpaan sukan atau olahraga di pelbagai peringkat antarabangsa. Walaupun kejayaan ahli olahraga Malaysia di peringkat Olimpik masih belum membanggakan, namun di peringkat yang lebih kecil, seperti Sukan Asia atau Sukan Komanwel,kita pernah capai kejayaan.

SUKAN OLIMPIK..

Sukan Olimpik Moden yang pertama diadakan pada tahun 1896 di Greece (tempat kelahiran idea Olimpik Kuno), olahraga menjadi acara wajib. Sukan yang diadakan setiap 4 tahun sekali ini dianjurkan oleh Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa yang bergabung di bawah Majlis Olimpik Antarabangsa. Baron Pierre de Coubertin bertanggungjawab ,menghidupkan kembali sukan ini. Sukan Olimpik 1896, seramai 295 orang peserta telah mengambil bahagian 214 orang daripadanya adalah peserta negara tuan rumah,manakala bakinya yang seramai 81 orang itu adalah peserta dari negara luar. Olahraga merupakan acara utama daripada acara yang dipertandingkan. Sukan Olimpik makin berkembang. Buktinya, pada tahun 1992 di Barcelona, lebih daripada 135 negara mengambil bahagian,termasuklah Malaysia.

SUKAN OLAHRAGA
Sukan olahraga terbahagi kepada 2 kategori : - Acara balapan/trek - Acara Padang Acara trek/balapan Terdiri daripada acara lari, termasuk lari berpagar dan lari berhalangan. - Semua acara dalam kategori ini dilangsungkan di dalam kawasan trek sama ada pada jarak sependek 100 meter hinggalah kepada jarak 10 ooo meter. Acara Padang - Terdiri daripada acara lompat dan acara lontar.

Kategori 1. Lari jarak dekat (pecut)

Acara 100 meter 200 meter 400 meter

Peserta Lelaki/Wanita Lelaki/Wanita Lelaki/Wanita Lelaki/Wanita Lelaki/Wanita

1.

Lari jarak sederhana

800 meter 800 meter

1.

Lari jarak jauh

3000 meter
5000 meter 10 000 meter

Wanita
Lelaki/Wanita Lelaki Lelaki Wanita Lelaki Lelaki/Wanita

1. 1.

Lari berhalangan Lari berpagar

3000 meter 100 meter 110 meter 400 meter

1.

Lari berganti-ganti

4 X 100 meter
4 X 400 meter

Lelaki/Wanita
Lelaki/Wanita Lelaki/Wanita

1. 1. 1. 1.

Marathon Heptathlon Dekathlon Berjalan kaki 7 acara 10 acara 5000 meter 10 000 meter 20 000 meter 50 000 meter

Wanita Lelaki Wanita Lelaki/Wanita Lelaki

Senarai Acara Padang yang Dipertandingkan

Lompat Jauh (Lelaki dan perempuan)

Lompat Kijang (Lelaki)

Senarai Acara Padang yang Dipertandingkan

Lompat Tinggi (Lelaki dan perempuan)

Lompat Bergalah (Lelaki)

Senarai Acara Padang yang Dipertandingkan

Rejam Lembing (Lelaki dan perempuan)

Lempar Cakera (Lelaki dan perempuan)

Senarai Acara Padang yang Dipertandingkan

Lontar Peluru (Lelaki dan perempuan)

Lontar Tukul Besi

ACARA BALAPAN YANG DIPERTANDINGKAN

Acara Balapan yang Dipertandingkan

Lari Pecut (60m, 100m, 200m, 400m)

Middle distance (800m, 1500m, 3000m)

Acara Balapan yang Dipertandingkan

Lari Jarak Jauh (5000m, 10.000m)

Hurdles (60m, 100m, 110m, 400m, 3000m)

Você também pode gostar