Você está na página 1de 3

[INSTITUT KEMAHIRAN MARA JB]

[ASSIGNMENT TAMBAHAN]
[MENCAPAP]
MOHAMAD KHAIRIE BIN ABD LATIF 11/3/2012

No ic : 930323015903

[ALL RIGHT OF THE PRODUCER AND THE OWNER OF THE WORK REPRODUCED]

ASSIGNMENT TAMBAHAN
MENCAPAP
Mencapap adalah perkataan yang gemar disebut sebut pada kalangan remaja masa kini . Perkataan itu merupakan perkataan yang tidak tertera , tertulis ,tersebut dan tercetak pada kamus dewan dengan kata lain ia merupakan perkataan rojak yang dicipta oleh kalangan remaja .Berbalik pada topic asal , perkataan mencapap ini pada asalnya adalah evolusi kepada ayat MENCAPUBiaitu campuran yang diadun daripada MENCAri+PUBlisiti dan penyebab ayat mencapap ini tercetus oleh kerana penghujung ayat mencaPUB itu disebut dengan PAP. Mencapap atau mencari publisiti adalah perkara yang normal pada para remaja , mengejar glamor , menjadi orang yang HOT atau panas dan apabila berjalan mereka akan terlebih perasan dengan diri mereka , menjadi lebih sombong , jangan kata bergaul menoleh ke kiri kanan pun susah apalagi senyum kearah kita . Mereka sering mencapap oleh kerana mereka mahukan perhatian yang lebih dikalangan remaja remaja masa kini , mereka mungkin lebih terpengaruh dengan dunia artis yang sering memperagakan fesyen untuk mendapat kan publisiti oleh media , namun remaja masa kini lebih dahsyat menonjol kan diri mereka seakan akan seorang artis yang terkenal .contoh yang lebih jelas kita mungkin boleh melihat gelagat mereka di laman sosial FaceBook iaitu tempat yang lebih mudah mengambil perhation orang- orang luar . sudah menjadi kebiasaan mereka dengan meletakkan gambar gambar yang mungkin lebih seksi terlalu menonjol semata mata hanya untuk mencapap . Tahap tahap mencapap boleh dikategori kepada 3 jenis , iaitu dalam alam maya atau laman sosial facebook dengan menguar-uar kan perkara yang stylish dan hebat padahal mereka hanya memperagakan barangan yang dibeli di bundle atau meminjam pakaian kawan . tahap seterus , mereka mencari publisiti di tempat awam , berjalan seperti model terkenal hanya bersapa dengan rakan-rakan mereka yang bergaya dan tidak mempedulikan mereka yang kurang pengetahuan tentang bergaya .sudah tentu tahap yang terahir adalah melakukan kedua duanya sekali .

Waktu mencapap mungkin lebih kerap apabila mereka bertemu dengan orang , ketika keluar bersama rakan atau berjalan jalan di tempat awam atau terbuka . Untuk pengetahuan pembaca sebenarnya saya juga kurang jelas dengan perkataan ini kerana ia juga perkataan baru bagi saya . walau bagaimanapun saya sudahpun menyatakan tentang perkataan tersebut jadi saya mungkin pernah mencapap . ia berlaku ketika saya keluar bersiar siar bersama rakan-rakan ke pusat Bandar . Kesan mencapap pada saya mungkin akan menjauhkan para- para remaja untuk lebih berkomited sesama mereka . mereka mungkin tidak lebih prihatin terhadap manusia dan Negara . Pada saya , pelajar- pelajar ikm juga mempunyai masalah mencapap oleh kerana mereka lebih menunjukan keriangan mereka pada para pengajar dan juga pelajar ikm . sikap mereka yang tanpa segan silu menganggu kenteraman pelajar lain adalah perkara yang dibangga bangga kan oleh diri mereka sendiri . Masalah utama yang saya na tujukan hanya ada sedikit oleh kerana saya tidak mempunyai masalh dengan pelajar ikm jb . Cuma ada sesetengah yang mungkin menjadi tajuk saya iaitu tentang perhimpunan kelas ketika waktu masuk dan habis kelas . saya rasa perkara tersebut hanya akan melewatkan waktu pelajar ingin ke kelas dan asrama kerana ia menghabiskan masa yang banyak membuatkan pelajar tidak suka akan keadaan itu .sebenarnya pelajar mempunya banyak aktiviti yang perlu dilakukan daripada berkumpul di depan kelas/khusus masing masing . Saya harap pihak pentadbiran ikmjb boleh menghentikan waktu berhimpun itu . cukup la hanya untuk berhimpun ketika waktu pagi . Fungsi Majlis perwakilan Pelajar IKMJB adalah menyuarakan pendapat kepada pihak atasan sebagai wakil semua pelajar IKMJB . MPP yang terbaik adalah seseorang yang amamah , adil dan tiada perasaan dengki terhadap semua pelajar dan para pelajar IKMJB .sekian ,sampai sini sahaja pembentangan saya ,saya berharap apa yang saya suarakan dapat dipertimbangkan oleh Pihak Pentadbiran IKMJB .terima kasih .

Você também pode gostar