Você está na página 1de 4

ALAT-ALAT ARTIKULASI Alat-alat artikulasi adalah alat-alat atau organ-organ yang mempunyai perananuntuk berfungsi dalam mengeluarkan bunyi-bunyi

bahasa. Alat-alat artikulasidapat dilihat seperti yang berikut :

1.Bibir atas 2.Bibir bawah 3.Gigi atas 4.Gigi bawah 5.Gusi 6.Lelangit keras 7.Lelangit lembut 8.Anak tekak 9.Hujung lidah 10.Hadapan lidah 11.Tengah lidah 12.Belakang lidah 13.Akar lidah 14.Epiglotis 15.Pita suara 16.Rongga tekak 17.Rongga Hidung 18.Rongga mulut

19.Rahang 20.Tenggorok ALAT-ALAT ARTIKULASI DAN FUNGSINYA FUNGSI-FUNGSI ALAT ARTIKULASI 1. Lidah Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam penghasilanbunyi bahasa. Bahagian lidah terbahagi empat bahagian, iaitu hujung lidah,tengah lidah, hadapan lidah, dan belakang lidah. Selain itu, bahagian hadapanlidah, tengah lidah dan belakang lidah memainkan peranan yang penting dalampenghasilan bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang. Hujung lidah merupakan bahagian yang paling berperanan dan boleh digerakkanke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan udara. Hal inimembolehkan lidah dapat membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyidengan adanya pembahagian-pembahagian ini. 2. Gigi Gigi juga mempunyai peranan yang penting dalam penghasilan bunyi bahasatetapi peranannya pasif dan tidak aktif. Kedudukan gigi hanyalah statik dankebiasaannya digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilanbunyi. Penampan aliran udara inilah yang telah menghasilkan bunyi. 3.BibirAtas dan Bibir Bawah Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar daripada ronggamulut. Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dibundarkan dandihamparkan dan juga berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai.Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut. Kedua-dua bibir(atas dan bawah) dapat digerakkan, dihamparkan dan dibundarkan. Misalnya,untuk menghasilkan bunyi b, w danv.Apabila membunyikan bunyi [ i ] misalnyakeadaannya menjadi terhampar, manakala jika menyembunyikan bunyi [ u ] bibirmenjadi bundar. Bibir juga berfungsi dalam membuat sekatan kepada udarayang keluar daripada rongga mulut, untuk menyembunyikan bunyi [ m ] misalnya,udara disekat di bibir. 4. Gusi Gusi merupakan bahagian yang terletaka di antara gigi dan lelangit keras.Rupanya cembung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut.Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan. Gusi memainkan peranan dalampenghasilan bunyi-bunyi

seperti bunyi [ t ], [ d ], [ l ] dan sebagainya denganbantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan. 5. Lelangit Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit lembut danlelangit keras. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga keakhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagianhadapan atas rongga mulut dapat diturun naikkan untuk menutup atau membukasaluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulutakan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabiladiturunkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui ronggahidung. Justeru itu, alat artikulasi ini amat penting bagi menentukan sama adabunyi yang dikeluarkan itu bunyi sengau ataupun tidak. Apabila lelangit lembutditurunkan, bunyi yang keluar adalah sengauan manakala jika dinaikkan, bunyiyang keluar bukanlah bunyi sengau. 6. Tulang rahang Tulang rahang juga terlibat dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa dalammenentukan kedudukan gigi dan bibir. Tulang rahang memainkan peranan utamakerana mulut akan terbuka luas jika rahang dibuka dan tertutup jika rahang ditutup. 7.Anak tekak Lokasi anak tekak terletak di bahagian belakang rongga mulut danberhampiran dengan lelangit lembut (anak tekak bersambungan dengan lelangitlembut). Anak tekak berperanan sebagai alat artikulasi bersama dengan lelangitlembut khususnya dalam menentukan sama ada sesuatu bunyi yang hendakdikeluarkan itu bunyi sengau atau tidak. Di samping itu, anak tekak juga bolehdigerak-gerakkan sama ada dinaikkan atau diturunkan. 8. Rongga Hidung Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Ronggahidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anaktekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak. 9. Pita Suara Peta suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat pentingdalam penghasilan bunyi. Dalam peti suara, terdapat otot-otot selaput nipis yangdikenali sebagai pita suara. Pita suara terdiri daripada dua keping selaput yangboleh terbuka dan tertutup. Ruang di antara kedua-dua selaput digelar glotis.Apabila kedua-dua selaput itu dirapatkan, glotis akan menjadi sempit atautertutup dan apabila diregangkan, ia menjadi luas.

Sewaktu pernafasan biasa, pita suara direnggangkan supaya arus udaraboleh melalui tanpa sekatan. Makna kata, dalam pernafasan biasa, glotisterbuka. Jikalau glotis dirapatkan serapat-rapatnya dan tekanan udara dari paru-paru yang kuat menyebabkan rapatan itu dilepaskan serta merta, terjadilah bunyiletupan pita suara. Tambahan lagi, jika glotis dirapatkan tetapi tidak menutup keseluruhan ruang,maka udara dari paru-paru dapat lalu. Jika laluan udara itu menggetarkan pita,bunyi yang dihasilkan disebut bunyi bersuara, misalnya [ a ]. Manakala jika pitasuara tidak bergetar, bunyi yang dihasilkan dikatakan bunyi yang tidak bersuara,misalnya [s]. BUNYI Bunyi adalah gelombang-gelombang udara yang keluar daripada kedua belah paru-paru, seterusnya melalui pita suara, menuju ke rongga tekak danakhirnya keluar terus melalui rongga mulut atau rongga hidung. Ketika udara itumelalui rongga tekak dan rongga mulut, udara itu mungkin mengalami gangguanatau sekatan atau juga mungkin tidak. Jadi, udara yang keluar itu akan mengenaibahagian gegendang telinga dan akhirnya didengar sebagai bunyi