Você está na página 1de 2

TEKS UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU SKMP TAHUN 2012 Bismillah... Hirrahman .....................

Yang Berusaha, Guru Besar SK Matang Paku, Encik Abdul Rashid bin Mohd Kasim, Yang Berusaha, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Pn Norshamsun binti Omar, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Mahazir bin Adnan, Guru Penolong Kanan KoKurikulum, Encik Mohd Yusof bin Mohd Phazil, guru-guru SK Matang Paku yang diraikan dan seterusnya Barisan AJK PIBG serta murid-murid sekalian. Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh Pertama-tamanya, marilah kita bersama-sama bersyukur ke hadrat Ilahi di atas izin dan limpah kurnia Nya, dapat kita bertemu dan berada di majlis yang mulia ini. Pada pagi ini, satu majlis khas sempena Hari Guru yang diadakan untuk meraikan guru-guru yang banyak mencurah bakti dalam mendidik anak-anak bangsa untuk menjadi insan yang berakhlak mulia dan berjaya di dunia dan akhirat. Ungkapan ini adalah sejajar dengan tema sambutan hari guru pada tahun ini iaitu Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Setiap tahun Hari Guru disambut pada setiap 16 haribulan Mei di peringkat nasional, negeri dan juga di peringkat sekolah. Begitu di SK Matang Paku, HARI GURU menjadi agenda aktiviti utama di dalam Taqwim Sekolah sekolah sebagai tanda menghargai jasa-jasa guru. Sememangnya, tanpa didikan dan ajaran yang guru berikan pada anak-anak kami, mana mungkin mereka akan berjaya. Guru sememangnya umpana lilin yang menerangi dan menjadi penunjuk arah dalam membentuk seseorang insan. Guru-guru yang dirahmati Allah,

Terima kasih atas segala budi dan jasa cikgu-cikgu dalam mendidik anak-anak kami. Jasa bakti cikgu-cikgu tidak mampu dibalas. Sebagai menghargai jasa dan budi baik cikgu-cikgu, insyaAllah pada tahun akan datang, kami, pihak AJK PIBG akan mengadakan majlis dan jamuan untuk guru-guru dan murid-murid SK Matang Paku sebagai satu penghargaan dan pengiktirafan kepada cikgu semua, InsyaAllah. Seterusnya, izinkan saya mengambil kesempatan di sini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Izinkan saya menyebut satu persatu jemputan ibu bapa yang hadir pada hari ini.

Wahai Guru-guru yang dihormati sekalian,

Akhir kata dari saya. Kami barisan AJK PIBG Ibu Bapa akan sedaya upaya membantu pihak sekolah mengadakan sambutan hari guru pada masa-masa akan datang berdasarkan kemampuan kewangan yang ada. Saya sekali lagi bagi pihak PIBG mengucapkan Selamat Hari Guru.. Selamat Hari Guru.. Selamat Hari Guru. Terima kasih Cikgu. Sekian, saya sudahi denga lafaz............... Wabillahi Taufik walhidayah Wassalam Mualaikum warahmatullahi Wabarakatuh.

Você também pode gostar