Você está na página 1de 6

Soalan Ada sebuah perniagaan Ikan Keli yang dijalankan oleh AZZ Marketing Sdn.

Bhd di Bunut Susu,Pasir Mas Kelantan. Setiap pelabur yang melabur akan dibayar hasilnya iaitu ditetap selepas 4 bulan sekali contohnya RM 500. Begitulah sehingga bayaran ke-6 diambil RM 500 itu untuk membeli alatan pemeliharaan ikan yang baru. selepas 4 bulan pula baru diberikan RM500 kembali. Hal ini berterusan sehinggalah AZZ tidak beroperasi lagi. Oleh itu ramai yang bertanya dan tertanya adakah perniagaan sebegitu halal dan harus? Minta penjelasan. -----------------------------------------------------------------------------------------------------------Sedikit info syarikat: AZZ Marketing Kami adalah syarikat penternakan ikan keli dan air tawar yang terbesar di negeri Kelantan. Dengan modal serendah RM1350, saya mengajak anda untuk sama2 menjadi ahli dalam perniagaan ikan keli ini Dengan modal ini, anda akan mendapat pulangan setiap 4 bulan sebanyak RM500 hasil daripada penjualan ikan yang telah cukup tempoh matangnya iaitu 4 bulan.. Harga yang anda bayar adalah termasuk pukat, jaring, sangkar, makanan ikan, benih ikan dan kos pemeliharaan. Setiap ahli akan mendapat resit dan kontrak yang ditandatangani untuk penerimaan duit keuntungan ini bukanlah skim @ scam tapi perniagaan ikan keli yang benar. Bagi yang ingin melawat kolam, sangat dialu2kan supaya dapat menilai sendiri samada kolam ini benar2 wujud atau tidak MASALAH DARI SEGI PERUNDANGAN Pihak syarikat tidak melanggar mana-mana undang-undang di Malaysia kerana: 1. AZZ Marketing tidak mengambil sebarang deposit. Pembayaran hanya perlu dibuat semasa kontrak pemilikan ditandatangani oleh anda. 2. Wang yang anda berikan digunakan untuk membeli barangan keperluan projek ternakan ikan anda dan barangan tersebut menjadi milik anda. Pihak AZZ Marketing hanya menguruskan pembelian barangan, penjagaan dan penjualan ikan anda dan keuntungan hasil jualan ikan dibahagi sama rata antara pihak syarikat dan anda sebagai pemilik. 3. Keuntungan anda juga dinyatakan di dalam kontrak berdasarkan nilai ringgit Malaysia. 4. Risiko anda sebagai pemilik juga dinyatakan di dalam kontrak.

5. Harga ikan anda dan kos bahan mentah seperti benih dan makanan ikan dikawal oleh harga siling yang telah ditetapkann oleh pihak AZZ Marketing. Dengan adanya pengawalan harga tersebut, keuntungan anda adalah tetap dan tidak dipengauhi oleh keadaan pasaran. Risiko kerugian anda seandainya berlaku kejatuhan harga ikan di pasaran ataupun kenaikan kos bahan mentah dapat dielakan dan ianya ditampung oleh pihak AZZ Marketing. 6. Mengaplikasikan sistem pemilikan dan bukannya syer. Pihak AZZ Marketing tidak menjual sebarang syer syarikat kepada anda. Kontrak pemilikan anda memiliki tarikh mula tetapi tidak memiliki tarikh akhir kontrak. Tarikh akhir bergantung kepada anda sebagai pemilik. Anda boleh menamatkan kontrak setiap kali hasil dan boleh mendapatkan balik barang keperluan projek anda atau menjual balik kepada AZZ Marketing ataupun memindah milikkan kontrak anda kepada orang lain dan anda akan mendapatkan balik modal anda. Seandainya pihak AZZ Marketing tidak mampu lagi untuk menguruskan projek ini, pihak AZZ Marketing akan membeli balik kontrak anda dengan nilai asal dan pihak AZZ Marketing akan membantu anda untuk berdikari menguruskan projek ternakan anda Buat masa ini, BNM dan SSM sdg memantau aliran wang kluar-masuk sb slps ini AZZ akan mnjd Sykt BHD. BNM n SSM x stuju dgn keuntungn yg diberi mncecah 120% sethn (Pakej 4 bln) n 96% bg pakej 3 bln..% keuntungan terpaksa dikurgkn kpd 25% shj sethn..AZZ trpksa akur jika mahu teruskan bisnes utk tmpoh yg lebih lama..smentara BNM dan SSM pantau akaun AZZ. Byran dihentikn buat smentara sehingga BNM dan SSM berpuas hati kerana % keuntungn yg tnggi seolah2 AZZ penganjur skim cepat kaya..ckup lh sekadr 25% sethn..bila dh dpt status BHD. azz akn byr semua hasil pemilik yg tertangguh mengikut kadar lama,, tak berubah.. cuma slps 2 thn modal akan hangus.. dan pemilik kena tanam modal baru utk dapat hasil yg seterusnya..sb selps 2 thn pemilik dh dpt balik modal dan sedikit keuntungan dgn kdr 25%.

Soalan: Apa hukum melabur dalam syarikat AZZ Marketing yang bergiat dalam
pemeliharaan ikan keli?

Wac ana Ilmuan:


Sebenarnya masa balik cuti raya baru ni saya sempat melawat sendiri tempat operasi syarikat ini di Bunut Susu, Kelantan. Nampaknya syarikat ini pun giat menjalankan promosi melalui radio Kelantan. Masyarakat umum pun sibuk berbincang, apa hukum melabur disana? Nampaknya amat mengguntungkan. Sekali labur terus dapat sampai bilabila. Sebelum saya mengulas tentang hukum melabur dalam program yang ditawarkan, ada baiknya kita mengenali sedikit sebanyak tentang syarikat ini. Anda digalakkan melayari web syarikat ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang syarikat sebelum kita menganalisis hukum pelaburan yang ditawarkan. Dibawah ini dimuatkan sebahagian daripada maklumat tentang syarikat dan pekej yang ditawarkan.

KATALOG PEMILIK ANJURAN : AZZ MARKETING (KT0237581- M) (PEMBORONG IKAN AIR TAWAR & IKAN LAUT,MAKANAN IKAN, BENIH IKAN,IKAN PROSES,BARANGAN RUNCIT,MEDIUM PELIHARAAN, MAKANAN DAN MINUMAN) TEMPAT TERNAKAN : LOT 765 KG. KIAT,BUNUT SUSU,17020 PASIR MAS & KG. BANGGOL R.PANJANG LAMA). PETALING,PASIR MAS KELANTAN.(JLN

PAKEJ YANG DITAWARKAN: (A) PAKEJ 1 : MODAL RM1350, KUANTITI IKAN DIPELIHARA 2500 EKOR (KEUNTUNGAN BERSIH ANDA AKAN PEROLEH SETIAP 4 BULAN = RM500) (B) PAKEJ MEWAH : MODAL RM2650, KUANTITI IKAN DIPELIHARA 5000 EKOR (KEUNTUNGAN BERSIH ANDA AKAN PEROLEH SETIAP 4 BULAN = RM1,000)

(C) PAKEJ PREMIUM : MODAL RM13,050, KUANTITI IKAN DIPELIHARA 25,000 EKOR (KEUNTUNGAN BERSIH ANDA AKAN PEROLEH SETIAP 4 BULAN = RM5,000) * MODAL ADALAH TERMASUK KOS BENIH IKAN, DEDAK UNTUK SEKALI HASIL, MEDIUM PELIHARAAN, JARING,& SANGKAR.
SEKIRANYA BERMINAT SILA HUBUNGI :

019-9747787 / 019-9916182 /

www.azz4u.com Hari ini saya akan sambung sedikit lagi perbincangan mengenai pelaburan ikan keli. Amat membanggakan sekali kerana orang Melayu minat melabur dan menumpukan perhatian pada pembangunan eknomi. Kekuatan ekonomi memberi kesan besar terhadap kekuatan umat Islam terutamanya di Malaysia. Namun demikian perlu juga diingat, Islam menggariskan beberapa perkara dasar yang perlu dipatuhi. Sebenarnya garis panduan Islam ini bertujuan menjaga kepentingan pihak yag berurusan dalam muamalat. Dengan mengikut garis panduan Islam maka penipuan dan penganyayaan sukar untuk berlaku. Dalam kes pelaburan ikan keli, pelabur boleh pergi melihat sendiri tapak projek dan menilai kewajarannya. Saya telah sempat meninjau dan menerima penerangan daripada pihak pengurusan. Saya telah dimaklumkan dengn perkara-perkara berikut: 1-Saya perlu membeli ikan keli dan peralatan dalam pakej yang ditawarkan. 2-Ikan dan peralatan yang dibeli adalah milik saya dan syarikat menguruskan ikan dan barangan tersebut. 3-Saya bukan menyertai saham syarikat. 4-Saya akan mendapat pulangan tetap setiap 4 bulan 5-Program ini bukannya skim cepat kaya. 6-Perjanjian didokumenkan. Hasil daripada penerangan yang saya dapati secara lisan, meneliti laman web yang disiarkan maka beberapa perkara penting dapat saya rumuskan : 1-Jual beli yang dilakukan menggandungi gharar, ini kerana ikan keli yang dibeli itu tidak diketahui dimana letaknya, bila saya mahu melihat ikan keli yang mahu dibeli, pihak pengurusan mengatakan bahawa ianya dicampur dengan ikan keli orang lain, bila saya mahu melihat peralatan yang dibeli dikatakan bahawa ianya juga tidak dapat ditunjukkan kerana dicampuradukkan. Dalam sistem muamalat Islam, barang yang dijual beli mestilah diketahui dan boleh diserahkan. Kita tidak boleh menjual sesuatu yang tidak diketahui kerana ianya akan melibatkan peganyayaan.

Suasana ikan yang bercampur gaul itu tidak memungkinkan kita menjualkannya kepada ramai orang tanpa mengetahui hak masing-masing. Jka berlaku kematian ikan, maka siapakah yang akan menanggungnya? 2-Tindakan syarikat yang meletakkan pulangan yang tetap berdasarkan modal pelabur adalah satu janji terhadap keuntungan. Islam tidak membenarkan janji untung diberikan berdasarkan modal kerana keuntungan dalam perniagaan adalah sesuatu yang tidak pasti. Dalam entry lepas, kita telah melihat dua sebab utama sesuatu akad itu ditolak oleh syariah. Pertama apabila ianya mengandungi gharar. Gharar ialah ketidak jelasan, penipuan atau kesamaran. Sebab kedua pula ialah riba. Salah satu bentuk riba berlaku dalam hutang. Dalam kes perniagaan ikan keli ini, peminjam adalah syrikat. Dia telah menjanjikan keuntungan yang telah ditetapkan nisbahnya berdasarkan wang pokok. Melabur seribu dan akan dapat 500 setiap 4 bulan. Diakhir tempoh, wang pokok juga akan dikembalikan. Keadaan ini adalah riba qard yang diharamkan oleh Islam. Selain dari dua faktor yang telah diterangkan, beberapa perkara juga perlu diberi perhatian oleh masyarakat. 1- Apakah pihak yang menggumpul dana mendapat kebenaran dari pihak berkuasa seperti Bank Negara. 2- Memang perjanjian yang dibuat secara bertulis tetapi erlu diingat bahawa setiap perjanjian yang dilakukan tidak akan bernilai dalam pembuktian kecuali setelah disahkan oleh suruhanjaya sumpah. 3-Apakah projek yang ditunjukkan itu mampu menjana keuntungan yang besar sehingga mampu membayar keuntungan 100% dalam masa setahun sedangkan tabiat perniagaan tidak memungkinkan pihak pengurusan untuk membayar jumlah tersebut. 4-Mengapa mereka tidak memohon pinjaman bank yang nisbah profit atau bunga antara 4%-7% sahaja. Mengapa mereka sanggup membahagikan keuntungan mereka kepada orang lain dengan jumlah yang terlalu besar bezanya. Sebenarnya dengan mendapati sesuatu pelaburan itu haram disudut syariah sudah cukup untuk menjadikan seseorang muslim menjauhinya dan menyucikan harta mereka, namun demikian sifat malas berusaha, tamak dan kejahilan telah menyebabkan umat islam di Malaysia mudah terjebak dalam bentuk pelaburan haram yang bertentangan dengan syariah. Mereka mungkin warak dalam persoalah tertentu dalam agama, namun demikian mereka akan mencampakkan seluruh ketundukan kepada Allah bila dijanjikan dengan keuntungan wang ringgit. Sewaktu saya berbincang dengan seorang kawan yang bertugas di Bank Negara, beliau telah mendedahkan bahawa siri ceramah beliau telah menunjukkan masyarakat Islam di Malaysia amat jahil dalam persoalan halal haram dibidang muamalat. Sungguhpun penampilan mereka kelihatan warak dalam beberapa keadaan tapi itu tidak menunjukkan mereka sanggup menjauhi riba, judi dan penipuan. Saya agak terkejut dengan

ulasan beliau tetapi itulah hakikat yang tidak boleh dipandang mudah oleh masyarakat Islam masakini.

Você também pode gostar