Você está na página 1de 9

AUTISME

Disediakan oleh : Wendy Juna

Autisme
Berasal daripada perkataan autos (diri sendiri) dan isme (suatu aliran) Autisme keadaan yang menyebabkan kanakkanak menumpukan perhatian dalam dunianya sendiri. Autisme gangguan dalam perkembangan mental kanak-kanak menyebabkan mereka mengalami masalah pertuturan, komunikasi, pemikiran, perilaku emosi, pola bermain dan juga mempunyai tingkah laku yang luar biasa

Sejarah Autisme
Autisme mula dikesan oleh ahli psikiatri kanak-kanak dari Amerika, Leo Kanner pada 1943 di Pusat Perubatan John Hopkin. Leo menjalankan kajian ke atas 11 orang kanak-kanak selama beberapa tahun mereka mempunyai masalah sosial, sering bersendirian dan berada dalam dunianya sendiri

Punca :
Disebabkan oleh satu masalah biologi yang mengganggu perkembangan sistem saraf otak Kajian mendapati faktor genetik juga memainkan peranan utama. Jika salah seorang daripada kembar seiras mengalami autisme, risiko untuk kembarnya menghidap autisme atau masalah interaksi sosial dan kefahaman bahasa amat tinggi.

Ciri-ciri kanak-kanak Autisme


Mengalami masalah gangguan dalam komunikasi Lambat untuk bercakap ( ada yang gagal langsung untuk bercakap ) Tidak bercakap dalam waktu yang lama Mampu meniru apa yang orang lain katakan tetapi gagal memahami maksudnya

Masalah dalam interaksi sosial Penghidap autisme biasanya mengelakkan diri untuk bertentang muka dengan orang lain Tidak menyahut apabila dipanggil tetapi hanya menoleh muka kepada orang yang memanggilnya Tidak pandai menyatakan hasrat mereka yang menginginkan sesuatu Tidak berasa selesa sekiranya ada orang lain cuba mendekati mereka sewaktu mereka bermain dan mengambil tindakan untuk menjauhkan diri dari orang tersebut

Gangguan Emosi o Kebanyakan pengidap autisme mengalami masalah emosi yang tidak seimbang o Kadangkala mereka akan ketawa, menangis, atau marah seorang diri tanpa sebab yang munasabah o Mempunyai sikap panas baran yang sukar dikawal terutama apabila gagal untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan menjadikan mereka manusia yang agresif

Perangai dan sikap kadangkala, kanak-kanak ini akan berubah sikap menjadi kanak-kanak hiperaktif terutama apabila berhadapan dengan suasana asing buat mereka Mudah meniru perbuatan yang dilihat Boleh mencederakan diri mereka seperti menghantukkan kepala ke dinding Kadangkala bersikap pasif dan berdiam diri sambil merenung denagn renungan kosong

Kesan sentuhan fizikal Kebanyakan penghidap autisme mengalami tabiat suka menjilat, menggigit atau mencium apa sahaja barang termasuk barang mainan mereka Mereka akan menutup telinga apabila terdengar bunyi yang kuat Mereka tidak selesa dengan pelukan atau rabaan. Mereka akan cuba mengelak atau melepaskan diri daripada perbuatan tersebut

Você também pode gostar