Você está na página 1de 39

ELECTRICAL INSTALLATION

5.0 KABEL DAN PENGALIR


PENGENALAN
Topik ini membincangkan mengenai kabel dan jenis-jenis kabel, faktor

pemilihannya,keupayaan membawa arus,busbar dan konduktor yang digunakan untuk sistem pembumian serta contoh-contoh pengiraan kabel yang berkaitan. Kabel merupakan alat yang sangat penting dalam pemasangan elektrik. Ia merupakan perantaraan atau sambungan bagi membekalkan tenaga elektrik kepada peralatan elektrik. Oleh kerana kadaran arus, kadaran voltan, keadaan alat dan tempat yang berbeza-beza, kabel-kabel ini dibuat berbagai jenis dan saiz bagi menyesuaikan dengan keperluan tersebut. Oleh itu pengguna haruslah bijak semasa membuat pilihan supaya pilihan yang dibuat itu betul dan sesuai sebelum kerja-kerja pemasangan dilakukan. Kesimpulan pilihan itu biarlah tidak merugikan, tidak membahayakan dan cekap dari segi kemampuan membawa arus.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN:
Objektif bagi unit ini adalah:

1. Mengenal jenis-jenis kabel dan pengalir.


2. Mengetahui bahagian-bahagian kabel.

3. Mengetahui

faktor

bagi

pemilihan

kabel

dalam

pemasangan

dan

penyenggaraan elektrik.

4. Mengetahui faktor-faktor pemilihan keupayaan kabel membawa arus. 5. Mengenalpasti voltan susut. 6. Mengenal kord mudah lentur. 7. Mengenal busbar. 8. Mengenal konduktor yang digunakan dalam sistem pembumian.

29

ELECTRICAL INSTALLATION

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir pembelajaran, pelatih-pelatih mesti boleh:

1. kenalpasti jenis-jenis kabel dan pengalir yang digunakan dalam pemasangan


elektrik.

2. Kenalpasti bahagian-bahagian kabel. 3. Senaraikan faktor-faktor bagi pemilihan kabel dalam pemasangan. 4. Senaraikan faktor-faktor pemilihan keupayaan kabel membawa arus. 5. Kenalpasti voltan susut. 6. Kenalpasti kod mudah lentur. 7. Kenalpasti busbar 8. Kenalpasti konduktor yang digunakan dalam sisitem pembumian.

30

ELECTRICAL INSTALLATION

5.1: JENIS KABEL DAN PENGALIR


Pemilihan sesuatu kabel bergantung kepada jenis penebatnya. Contohnya,bagi kabel yang digunakan didalam bangunan dengan kerosakan mekanikalnya kurang adalah daripada jenis penebat getah atau polivinilklorid. Manakala kalau situasi kabel itu di luar bangunan, penebat yang digunakan mestilah daripada jenis yang tahan dari sinaran matahari, hujan,embun dan sebagainya. Contoh, jenis polikloroprene (P.C.P) atau Heat, Oil,Flame, Retardant (H,0,F,R) Penebat yang menyalut pengalir kabel mestilah mempunyai rintangan yang tinggi bagi menghalang arus terkeluar dan disentuh oleh pengguna. Jenis - jenis penebat kabel seperti getah, PVK, penebat mineral dan kertas terisi tepu.

5.1.1 KABEL POLIVINAL KLORIDA (PVC) i.


Polivinal Klorida ialah suatu bahan gentian getah dan tidak lut air serta tidak mudah ditembusi oleh tindak balas kimia tepi bahan ini akan retak jika terkena minyak.

ii.

Kabel yang bertebat PVK boleh digunakan pada suhu yang tidak melebihi 65
0

C. kadar suhu maksimum ini adalah jumlah campuran suhu kabel dan suhu

ambient semasa membawa arus pada beban penuh. iii. Bagi kegunaan pemasangan pendawaian, julatan kabel ini adalah 600/1000V dan bagi kegunaan pendawaian bekalan tenaga elektrik, julatnya adalah 1900/3300 V.

5.1.2 PENEBAT BAHAN GALIAN i. ii.


Penebat ini berupa serbuk magnesium oksida. Ketahanan penebat ini adalah tinggi sehingga 150 0C atau lebih mengikut keperluan dan tidak dipengaruhi oleh perubahan suhu sejuk dan panas teteapi keupayaan penebatannya akan hilang apabila sarung (kabel) itu pecah. iii. Ujian penebatan perlu dijalankan sebelum dan selepas bagi menguji ketahanan penebatnya.

31

ELECTRICAL INSTALLATION

iv.

Terdapat dua kelas bagi kabel ini iaitu 600/600 V untuk tugas ringan dan 1000/1000 V bagi tugas yang berat.

5.1.3 KORD MUDAH LENTUR i.


Kabel ini dibuat dalam julat 600/1000 V dan boleh didapati dalam beberapa bentuk. Antaranya termasuklah yang berteras tunggal, kembar berbulat dab berteras banyak. ii. iii. iv. Pengalir yang digunakan adalah kuprum yang disepuh lindap dan kemudian disadur dengan timah pateri. Jenis penebat yang digunakan ialah getah vulkan, getah butil dan getah etilena-propilena. Ada juga kabel in bersarung untuk kegunaan tugas berat atau dalam kes-kes tertentu kabel tersebut mungkin disarungkan dengan perisai.

3.1.4 XLPE i.
ii. XLPE (Cross-linked polyethylene) ialah kabel yang lebih baik berbanding PVC dan diguna pada Voltan Tinggi dan Voltan Rendah (Medium Voltage). Bersifat kehilangan daya dielektrik rendah, tidak mudah bertukar bentuk oleh geseran,tidak mudah cair jika terkena pelarut, suhu operasinya tinggi, kekuatan fizikal dan mekanikalnya tinggi sehingga 69kV.

5.1.5 PVC/ SWA/ PVC (PVC/PVC SATU TERAS)


i. Penebat PVC ini adalah teguh serta boleh tahan panas sehingga 85 darjah C. pengalir diperbuat sama ada dari tembaga atau aluminium. Kabel ini tidak mempunyai perlindungan mekanikal, oleh itu kegunaannya ialah didalam bangunan atau pencawang sahaja.

ii.

Kegunaan bagi kabel ini adalah untuk bangunan.

penyambungan antara alatubah ke

Papan Suis Utama dimana jaraknya pendek dan sistem pembahagian dalam iii. Pihak TNB menggunakan kabel voltan tinggi satu teras bertujuan untuk mengurangkan saiz kabel dan mudah mengesan dan memperbaiki kerosakan.

32

ELECTRICAL INSTALLATION

5.1.6 KERTAS TERISI TEPU


i. Penebat ini diperbuat daripada kertas khas yang dikeringkan dengan vakum dan kemudiannya diisi tepu dengan minyak galian atau sebatian lain yang sesuai.

ii.

Oleh kerana kertas ini mudah dipengaruhi kelembapan, satu lapisan pelindung yang dibuat daripada plumbum atau aluminium yang bertebatkan dibahagian luarnya hendaklah digunakan.

iii. iv.

Ia digunakan untuk kabel-kabel bawah tanah pada saiz yang besar. Julat voltannya adalah 600/1000 V hingga ke 1900/3300 V. Apabila penyambungan dibuat pada kabel yang menggunakan penebat ini, semua hujungnya mestilah dipateri dan disimpan alam kotak-kotak berpateri khas yang berisi minyak atau sebatian khas agar jtidak diganggu oleh lembapan yang akhirnya boleh merosakkan ketahanan penebat itu.

5.1.7 BARE CONDUCTOR (PENGALIR TIDAK BERTEBAT)


Digunakan untuk ruang udara voltan rendah (LV), voltan sederhana tinggi (MV) dan voltan tinggi (HV)

5.2 BAHAGIAN-BAHAGIAN KABEL.


Pada umumnya kabel adalah suatu bahan yang membentuk sesuatu litar pada beban dalam sistem pemasangan elektrik. Dengan ini kabel yang digunakan mestilah mampu mengalirkan arus, menghalang daripada terkena renjatan apabila tersentuh

33

ELECTRICAL INSTALLATION

padanya dan mempunyai tempoh hayat yang lama. Bagi membentuk sesuatu binaan kabel 3 bahagian utama perlu ada,iaitu pengalir, penebat dan pelindung mekanikal.

3.2.1 PENGALIR
i. Takrifan- Pengalir adalah bahan yang membenarkan arus elektrik melaluinya. Bahan ini mempunyai elektron bebas yang banyak. Oleh itu rintangan adalah rendah. Fungsi utama pengalir ialah untuk membawa arus dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Hanya pengalir dari jenis pepejal yang digunakan dalam komponen kabel iaitu logam yang terdapat di dalam kabel.

ii.

Terdapat beberapa jenis logam yang boleh dijadikan pengalir. Dan setiap logam mempunyai nilai elektron yang berbeza. Jika dijadualkan bahan pengalir yang baik mengikut urutan adalah seperti berikut iaitu perak, kuprum yang disadur, kuprum yang dikeraskan, emas, tungsten, nikel, besi, timah, plumbum, mangan dan eureka.

3.2.2 PENEBAT
i. Takrifan- penebat adalah bahan yang tidak membenarkan arus mengalir melaluinya kerana bahan ini mempunyai bilangan elektron bebas yang sedikit (tiada). Kerintangan penebat adalah tinggi tetapi pada kadar voltan yang tertentu ia boleh menjadi pengalir.

ii.

Penebat adalah bahan yang mengelilingi pengalir untuk mencegah arus daripada terbocor keluar daripada pengalir itu. Sesuatu pengalir yang tanpa penebat jika bersentuh dengan sesuatu jasad boleh menyebabkan renjatan elektrik atau litar pintas.

iii.

Penebat diperbuat daripada berbagai jenis bahan dan terdapat dalam beberapa keadaan iaitu ada yang cair, pepejal, liat (kental) atau berupa cat dan kesemuanya mempunyai mempunyai peranan yang tersendiri.

iv.

Oleh itu kemampuan penebat menahan arus adalah tidak sama. Oleh itu, pemilihan yang teliti perlu dilakukan agar pilihan tersebut tidak membahayakan pengguna.

5.2.3 PERLINDUNGAN MEKANIK 34

ELECTRICAL INSTALLATION

i.

Perlindungan mekanik bagi sesuatu kabel bertujuan untuk melindungi kabel daripada tercacat akibat bahaya-bahaya mekanik yang mungkin wujud seperti dihimpit, dilanggar,bergesel dan sebarang kabel. kemungkinan yang boleh tidaklah mencacatkan atau memecahkan Perlindungan mekanik

memberi kesan sampingan terhadap penebat atau kabel seperti merosakkan ketahanan penebatnya dengan mengeluarkan karat atau kesan tindak balas kimia.

ii.

Perlindungan mekanik ini ada yang dibuat daripada bahan yang teguh dan ada yang daripada bahan yang tidak begitu teguh. Sarung kabel juga termasuk dalam kategori perlindungan mekanik. Perlindungan mekanik boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu jenis tidak berperisai dan juga berperisai.

5.2.3.1 JENIS TIDAK BERPERISAI


Kabel yang tidak berperisai bermakna kabel itu tidak mempunyai sebarang sarung logam yang menjadi perisai untuk melindunginya daripada bahaya mekanik. Pelindungan mekaniknya hanya bergantung pada sarung penebat kabel itu yang berupa balutan jut majmuk atau benang pita hesian di atas sarung kabel asas. Sarung kabel asas yang biasa digunakan untuk kabel tidak berperisai ialah plumbum, aluminium atau kuprum.

sarung

penebat

Rajah 3.1: kabel tidak berperisai

35

ELECTRICAL INSTALLATION

5.2.3.2 JENIS BERPERISAI


Kabel yang berperisai maknanya kabel yang mempunyai sarung logam yang terdiri daripada dawai-dawai atau pita logam bagi melindungi kabel itu daripada tercacat oleh bahaya mekanik. Perisai ini dibuat selapis atau beberapa lapis pada sarung sesuatu kabel mengikut keperluan ketahanan mekanik yang dikehendaki. Logam yang lazim dijadikan perisai ialah besi galvani dan keluli. Perisai ini akan dipasang dalam bentuk susunan dawai galvani atau pita keluli yang membaluti sarung jut majmuk atau pita hesian sesuatu kabel itu. Setelah sesuatu kabel itu dibaluti dengan perisai, ia akan dibaluti lagi dengan sarung jut dan pita hesian sebagai sarung terakhir bagi kabel itu agar dawai dan pita perisai itu tidak dipengaruhi oleh kekaratan dan kelembapan. Perisai boleh juga dibuat dengan jalur aluminium atau paip pembuluh.

Kabel berperisai dawai biasa digunakan bagi kabel-kabel dalam tanah sementara kabel berperisai pita keluli digunakan pada tempat yang mudah berlaku kerosakan fizikal seperti di kawasan berbatu-batan atau di bengkel pertukangan.

Sarung Perisai dawai Jut/ pita hesian

Rajah 5.2: kabel berperisai (Armoured)

36

ELECTRICAL INSTALLATION

5.3: FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN KABEL


Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan sewaktu membuat pemilihan sesuatu kabel yang hendak digunakan ialah seperti yang berikut:

1. Kabel yang dipilih itu berupaya membawa tenaga elektrik dengan cekap;
maknanya saiz kabel itu mampu membawa arus yang diperlukan oleh sesuatu beban tanpa memanaskan kabel. Di samping itu susut voltannya tidak melebihi 4 % voltan bekalan sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan MS IEC 60364 -525.

2. Kabel itu mestilah selamat digunakan pada tempatnya. Maknanya, penebat


kabel akan dipilih itu bersesuaian dengan keadaan sekeliling tempat kabel itu hendak dipasang. Setiap penebat mempunyai suhu maksimum yang ia mampu bertahan, misalnya kabel pvk sesuai untuk suhu dari 0C hingga 70C. Suhu yang lebih atau kurang daripada julat ini akan menyebabkan pvk rosak. Jadi keselamatan kabel yang dilindunginya akan tergugat dan seterusnya akan mendatangkan bahaya kepada pengguna kabel tersebut.

3. Kabel yang dipilih itu seboleh-bolehnya hendaklah yang berharga murah.


Kadang kala beberapa jenis kabel mempunyai keupayaan, kecekapan dan ciriciri keselamatan yang hampir sama tetapi harganya berbeza-beza. Untuk menjimatkan keutamaan. perbelanjaan, kabel yang harganya lebih murah diberi

4. Pengalir kabel biasanya diperbuat daripada kuprum dan aluminium. Tetapi


peraturan MS IEC 60364 -524.3 telah menetapkan bahawa bagi luas keratan rentas 16 mm2 atau kurang mestilah daripada jenis kuprum. aluminium patah semasa kerja-kerja pendawaian. Pengalir tidak

dibenarkan bagi luas keratan rentas tersebut, ini adalah kerana ia mudah

37

ELECTRICAL INSTALLATION

5. Pemilihan kuprum sebagai pengalir kabel adalah kerana ia mempunyai ciri-ciri berikut:i. ii. iii. kerintangan yang rendah mudah dibentuk menjadi pengalir mudah disadur untuk tujuan pematerian

6. Kebanyakan pengalir kabel dilembarkan sebanyak 3, 7, 19, 24, 37, 91, atau
197 dan sebagainya. Tujuan pelembaran dibuat ke atas pengalir adalah supaya ia mudah dilentur semasa membuat kerja-kerja pendawaian.

7. Terdapat dua cara untuk menyatakan saiz sesuatu kabel iaitu dengan
menyatakan secara bilangan lembar dan garispusat setiap lembar. Contohnya secara bilangan lembar iaitu 7/1.04
2

mm

atau
2

dengan

menyatakan

secara luas keratan rentas iaitu 6 mm . 7/1.04 mm menunjukan garispusat setiap pengalir.

adalah menunjukkan

bahawa 7 adalah menunjukan bilangan lembar. Manakala 1.04 mm2 adalah

8. Bagi menentukan ukuran saiz sesuatu kabel atau bagi menukarkan salah satu cara ukuran kabel boleh digunakan formula berikut:

Luas keratan rentas = Contoh 4.2.1:

d2 x lembar 4

Sekiranya saiz kabel diberi 7/1.04 mm dan tukarkan saiz tersebut kepada luas keratan rentas. Penyelesaian:

38

ELECTRICAL INSTALLATION

Diberi: 7 = bilangan lembar 1.04 mm = garis pusat setiap pengalir Luas keratan rentas = d2 x lembar 4 = 3.142 x 1.042 x7 4 = 6 mm2

5.4: KEUPAYAAN KABEL MEMBAWA ARUS


Apabila voltan susut pada sesuatu kabel telah mematuhi kehendak Peraturan MS IEC 60364 -525, iaitu tidak melebihi 4% voltan bekalan, kita harus pula memilih kabel itu dari segi keupayaannya membawa arus agar pilihan saiz yang dibuat itu tidak membawa akibat yang buruk pada waktu penggunaannya kelak. Susutan voltan pada kabel mesti dihadkan agar voltan yang diberikan kepada beban tidak berkurang dalam jumlah yang banyak dimana boleh mengakibatkan kecekapan beban itu berkurang dan seterusnya kuasa akan hilang pada kabel.

5.4.1: FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN KEUPAYAAN KABEL MEMBAWA ARUS


Pemasangan yang baik bergantung pada pemilihan kabel dan pendawaian yang sesuai. Oleh sebab itu pemilihan yang teliti hendaklah dibuat agar kabel tersebut tidak membahayakan pengguna tetapi cekap dan murah. Kadaran voltan kabel-kabel ini adalah 600/1000 V atau 1000/ 1000 V bagi kabel yang bertebatkan bahan galian. Kesemua voltan dikendalikan pada frekuensi 50 Hz. Untuk membuat pemilihan kabel, faktor-faktor yang berikut perlu diambil kira iaitu jenis kabel. susut voltan dan keupayaan kabel untuk membawa arus.Bagi memilih saiz kabel untuk membawa arus yang diperlukan. perkara-pekara berikut perlulah dipertimbangkan iaitu:

39

ELECTRICAL INSTALLATION

1. Jenis Kabel Pemilihan sesuatu jenis kabel bergantung sepenuhnya pada jenis pendawaian yang dibuat. Oleh sebab itu faktor-faktor pemilihan sesuatu jenis pendawaian dapat memainkan peranan dalam mengenali jenis kabel yang sesuai. Untuk lebih memastikannnya lebih wajar jika diperhatikan kerana sesuatu keadaan pendawaian hanya sesuai untuk kabel yang tertentu sahaja 2. Arus yang Diperlukan Nilai arus yang diperlukan bagi sesuatu beban yang hendak dipasang harus ditentukan. Nilai ini boleh diketahui dengan menghitung berdasarkan formula I = P/V. dengan I ialah arus (Amp) yang diperlukan dan P adalah kuasa yang dikeluarkan sementara V adalah voltan bekalan. Jika alat atau beban yang hendak dipasang itu mempunyai faktor kepelbagaian, maka faktor kepelbagaian itu perlu diambil kira. Contohnya sebuah alat pemasak 4.8 kW, 240 V memerlukan arus sebanvak 20 A tetapi di dalam Guide to MS IEC 60364 (1.7.1) supaya mempunyai faktor kepelbagaian, arus yang diperlukann hanya sebanvak 10 + (20 - 10) X (30/100) + 5 (Jika bersoket) = 18 A. Ini menunjukkan bahawa arus yang diperlukan telah berkurang dari 20 A kepada 18 A. Bagi alat-alat yang berkemungkinan menggunakan arus dan voltannya meningkat, walaupun seketika. peningkatan tersebut juga perlu diambil kira. Misalnya motor dimana arus akan meningkat semasa motor mula-mula dihidupkan.

3. Susut Voltan (a) Voltan bekalan Apabila voltan diberikan kepada sesuatu beban, voltan susut akan berlaku pada beban. Keadaan ini juga berlaku dalam kabel. Oleh sebab itu. susut voltan pada kabel mestilah dikurangkan atau dihadkan,

40

ELECTRICAL INSTALLATION

dengan cara merendahkan nilai rintangan pengalirnya iaitu dengan menggunakan kabel bersaiz besar. Voltan susut yang dibenarkan oleh Peraturan MS IEC 60364 -525 hendaklah tidak melebihi 4% daripada voltan nominal. Sebagai contoh. bagi pemasangan yang menggunakan voltan bekalan 240 V mempunyai voltan susut maksimum kabel di pemasangan itu ialah 9.6 V iaitu 4% daripada 240 V. Sebagaimana biasa apabila arus mengalir dalam litar, kehilangan kuasa akan berlaku dan kehilangan ini dapat dikira dengan formula P = I2R (R ialah rintangan pengalir dan arus yang mengalir). Kuasa yang terhasil menyebabkan suhu kabel itu bertambah dan kabel itu menjadi panas. Kuasa ini dikenali sebagai kehilangan. Jika kabel ini diberi dengan nilai arus yang terlampau tinggi melebihi kadar keupayaannya maka kabel ini akan memecahkan daya ketahanan penebatnya dan mengakibatkan bahaya. Haba yang dihasilkan oleh kabel tadi dapat dikurangkan melalui pemancaran terus ke atmosfera atau menerusi perolakan arus udara. Kadar kehilangan itu bergantung pada berbagaibagai faktor seperti luas keratan rentas pengalir, jenis bahan penebat, tebalnya dan suhu ambien. Di samping itu terdapat beberapa faktor yang boleh mengubah nilai kadaran arus sesuatu kabel itu sama ada akan menyebabkan kadaran arus itu bertambah atau berkurang.Faktor ini dinamakan faktor kadaran atau faktor pembetulan. Nilai faktor ini disediakan dalam Lampiran 9. Perkara-perkara yang harus diambil kira sebagai faktor kadaran ialah suhu ambien, kumpulan kabel, cara penyusunan kabel, jenis sarung kabel dan kelas pelindung arus lebih. Kesan bagi jangka masa panjang sekiranya kabel yang sesuai tidak dipilih maka kabel itu akan hilang ketahanan penebatannya kerana arus dalam litar itu sering berubah.

(b) Luas keratan rentas pengalir Luas keratan rentas pengalir atau ringkasnya saiz pengalir, memberikan nilai voltan susut yang berbeza kerana saiz pengalir mempengaruhi nilai

41

ELECTRICAL INSTALLATION

rintangan pengalir itu. Pengalir yang besar saiznya mempunyai nilai susutan yang kecil berbanding dengan pengalir yang bersaiz kecil tetapi pada keupayaan membawa arus yang sama. Oleh sebab itu jika voltan susut pada sesuatu kabel hendak dikurangkan maka saiz pengalir yang digunakan haruslah besar. (c) Jenis bahan pengalir Pengalir yang dibuat daripada bahan yang baik memberikan susut voltan yang rendah berbanding dengan pengalir yang dibuat daripada bahan yang kurang baik. Contohnya, pengalir kuprum memberikan susut voltan yang rendah berbanding dengan aluminium pada saiz yang sama. Ini sebenarnya disebabkan oleh faktor kerintangan sesuatu bahan pengalir. (d) Panjang pengalir Apabila pengalir itu dipanjangkan, susut voltan akan meningkat. Ini disebabkan oleh penambahan rintangan pengalir kerana pemanjangan kabel itu. Oleh itu panjang kabel diambil kira ketika mencari voltan susut kabel tersebut. (e) Arus yang dibekalkan/arus biasa Arus yang besar akan menyebabkan voltan susut yang besar. Nilai arus ini mestilah sesuai dengan saiz kabel agar tidak melebihi had keupayaannya. Sekiranya sesuatu kabel mengalirkan arus lebih daripada yang sepatutnya, ia akan menyebabkan kabel tersebut panas.ini menunjukkan membawa arus tersebut. bahawa kabel ini tidak berupaya untuk

3.5: FAKTOR PEMBETULAN


42

ELECTRICAL INSTALLATION

3.5.1: Suhu Ambien/ suhu sekitaran (Ca)


i. Suhu sekitaran bermaksud suhu sekeliling dalam keadaan biasa tempat kabel itu dipasang atau akan dipasang. Suhu ini termasuk juga suhu setempat bangunan iaitu kepanasan tetapi tidak termasuk suhu kepanasan kabel.

ii.

Pada kadaran biasa suhu ini dikadarkan pada 30 0C . jika tempat yang hendak dipasang itu suhunya lebih atau kurang daripada 30 0C, faktor kadaran kabel itu mestilah diperhatikan dan dimabil kira semasa membuat pemilihan kabel.

iii.

Suhu sekitaran ini boleh membantu kendalian pelindung lebihan arus sama ada kelas halus atau kelas kasar. Seterusnya suhu sekitaran ini akan menentukan keupayaan kabel tersebut dan memberikan satu nilai kadaran arus kabel tersebut dan memberikan satu nilai kadaran arus kabel yang baru.

iv.

Suhu sekitaran ini mestilah ditentukan dahulu sebelum sesuatu pemilihan kabel dibuat agar dapat disesuaikan dengan jenis dan saiz kabel yang akan digunakan.

5.5.2: Kelas Pelindung Lebihan Arus


Sebagaimana yang dikehendaki oleh Peraturan MS IEC 60364 -432.1 ialah setiap pengalir dalam pemasangan itu mestilah dilindungi daripada lebihan arus dengan alat-alat pelindung lebihan arus yang diperlukan. Pemilihan kelas pelindungan lebihan arus yang salah akan membawa bahaya kepada penggunaan kabel itu nanti. Misalnya, fius separuh tertutup berada dalam pelindungan lebihan arus kelas kasar. Ini bermakna ia akan hanya putus dalam jangka waktu lebih daripada 4 jam apabila arus sebanyak 1.5 x arus litar mengalir di dalamnya. Sekiranya kabel itu tidak dapat menahan arus sebanyak itu maka penebat kabel tersebut akan rosak dan seterusnya akan merosakkan kabel tersebut.

5.5.3 : Kumpulan Kable (Cg)


Dalam suatu pemasangan yang mempunyai beberapa litar dan kemungkinan litarlitar ini berkumpul lalu menyebabkan kabel-kabel tersebut menjadi panas, maka kabel-kabel tersebut perlu dikira secara berkumpulan.kabel yang dipasang secara berkumpulan sukar mengeluarkan haba kepanasan yang wujud berbanding dengan

43

It

In Cg x Ca x Ci

ELECTRICAL INSTALLATION

kabel yang dipasang berasingan. Dengan itu kadaran kemampuan membawa arus kabel berkenaan berubah.

5.5.4: Kabel Penebat Terma (Ci)


Kabel yang digunakan untuk tujuan pemanasan bilik dan sebagainya. Kabel ini dihalang dengan bahan penebat terma agar suhu kepanasan itu dapat disebarkan untuk memanaskan bilik. Saiznya juga lebih besar berbanding dengan kabel untuk kegunaan biasa.

5.5.5: Penggunaan faktor pembetulan


Berpandukan faktor diberi untuk mengira keupayaan kabel membawa arus yang perlindungannya selain daripada fuse separuh tertutup BS 3036 boleh menggunakan formula tersebut: It

In Cg x Ca x Ci keupayaan

kabel membawa arus yang

i.

Manakala formula

untuk

mengira

perlindungannya daripada fuse separuh tertutup BS 3036 menggunakan

It

In

Cg x Ca x Ci x 0.725

ii.

a. Untuk satu litar 1. arus nominal pada alat pelindung mestilah dibahagikan dengan faktor pembetulan suhu ambien Rujuk Jadual 4C2.

2. faktor pembetulan tersebut digunakan untuk penebat termal (Ci)


sebagai pembahagian. 3. dibahagikan pula dengan 0.725. In

It

0.725 x faktor pembetulan

44

ELECTRICAL INSTALLATION

4. Pemilihan saiz kabel hendaklah berkeupayaan membawa arus yang


telah dikira daripada formula di atas dan hendaklah melebihi kadar arus alat pelindungan.

b. Bagi kumpalan

1. Bahagikan arus nominal (In) dengan faktor pembetulan untuk


kumpulan kabel. Rujuk Jadual 4B1

It

In 0.725 F

F = kadar faktor kumpulan Contoh 5.5.5: Satu litar lampu tungsten 10 x 100 Watt / 230 Volt dibuat pepasangan dengan menggunakan kabel berpengalir tembaga berteras tunggal bertebatkan PVC. Litar dilindungi oleh fuse BS 3036, suhu ambient untuk kabel ialah 35 0C dan bersama 2 litar lampu yang lain di dalam sistem pendawaian konduit yang sama di atas dinding.

i) ii)
iii)

Kira saiz kabel yang sesuai dengan Peraturan MS IEC 60364 Kirakan voltan susut pada kabel jika panjang larian litar ialah 20 meter.

Penyelesaian Langkah 1 kira arus beban (Ib) Ib = P / V = (10 x 100) / 230 = 4.35 Amp Langkah 2 Dapatkan nilai In. Nilai In > Ib In = 5 Amp (Lampiran 3, Rajah 2a Buku IEE/ edisi 16) Langkah 3 - dapatkan nilai suhu ambient (Ca)dan kumpalan kabel (Cg)

45

ELECTRICAL INSTALLATION

Ca = 1.0 (dalam Jadual 4C2 Buku Peraturan IEE /Edisi 16) Cg = 0.70 (dalam Jadual 4B1 Buku Peraturan IEE /Edisi 16) Cf = 0.725 (BS 3036)

Langkah 4- Ci diabaikan Langkah 5- dapatkan Iz Iz = In / ( Cf x Cg x Ca) = 5 / (1.0 x 0.7 x 0.725) = 9.85 Amp Langkah 6 Pilih saiz kabel yang sesuai daripada Jadual 4D1A dalam Buku Peraturan IEE/ edisi 16 apabila Iz = 9.85 Amp. Saiz kabel = 1 mm2 Langkah 7- Uji susut voltan pada kabel 1 mm2, mV = 44mV ( Jadual 4D1B) Vd = mV x Ib x Panjang 1000 = 44 x 4.35 x 20 1000 = 3.83 V olt Oleh itu pendawaian ini boleh dilakukan dengan menggunakan kabel yang bersaiz 1 mm2 kerana tidak melebihi had voltan susut nominal.

3.6: VOLTAN SUSUT


Di dalam Hukum Ohm ada menyatakan tiga perkara iaitu: a. Rintangan berkadar terus dengan panjang sesuatu pengalir di mana apabila panjang sesuatu pengalir bertambah, maka nilai rintangan juga turut bertambah b. Rintangan adalah berkadar songsang dengan luas keratan rentas (saiz pengalir) sesuatu pengalir dimana apabila luas keratan rentas bertambah maka rintangannya menjadi kurang dan arus mudah mengalir melalui kabel tersebut.

46

ELECTRICAL INSTALLATION

c. Rintangan juga berkadar terus dengan suhu sekeliling pemasangan dibuat.

Di dalam Peraturan MS IEC 60364 -525 menyatakan bahawa susut volan di antara pemasangan (biasanya terminal bekalan) dan peralatan menggunakan arus tetap tidak melebihi 4% daripada voltan nominal bekalan. Ini bermaksud: a. Untuk fasa tunggal (single phase) 240V, susut voltan tidak melebihi 4% daripada 240 = 9.6 V. b. Untuk tiga fasa (three phase) 415 V, susut voltan tidak melebihi 4% daripada 415 V= 16.6 V.

Vd = Voltan susut Vs VL BEBAN

Vd = Voltan susut Vs BEBAN VS = Vd + VL VL

Rajah 5.3 :Voltan susut

Voltan susut dalam sesuatu pengalir bergantung pada 3 perkara: a. b. terminal beban). Arus yang mengalir melalui kabel berkenaan. Panjang litar berkenaan (dari punca bekalan ke

47

ELECTRICAL INSTALLATION

c.

Voltan susut dalam kabel bagi setiap satu meter mV/A/m panjang bagi setiap ampere yang mengalir melaluinya disukat dalam 1000 unit mV/A/m atau Dimana; mV = milivolt A = Ampere (I) m = meter Formula untuk mencari voltan susut dalam sesuatu pemasangan: Vd = mV x Ib x L 1000 Contoh 3.6: Hitung voltan susut bagi suatu pemasangan yang dibekalkan dengan 240 V dan saiz kabel yang digunakan adalah 16 mm2 jenis teras tunggal bersalut pvc digunakan dalam koduit yang panjangnya adalah 23 m dan arus yang melalui pada beban adalah 33 A. Penyelesaian: Cari nilai mV dengan menggunakan saiz kable dari Jadual 4D1B: Saiz kable = 16 mm2 Daripada Jadual 4D1B, mV = 2.8 mV Vd = mV x Ib x L 1000

Vd = 2.8 x 33 x 23 1000

48

ELECTRICAL INSTALLATION

= 2.125 Volt Susut voltan pada kabel ini adalah 2.125 Volt apabila menggunakan kabel 16 mm2 . Oleh itu, voltan susut ini tidak melebihi 9.6 Volt seperti yang ditetapkan. Maka saiz yang paling sesuai ialah 16 mm2..

5.7 : KORD DAN KABEL MUDAH LENTUR


Kabel ini dibuat khas untuk dijadikan bahan lentur (flexible) dan terdiri dari lembar-lembar wayar halus yang dibuat daripada tembaga. Tujuannya ialah kerana supaya ia lebih mudah dilentur dan kabel boleh lentur ialah segi luas keratan rentas. Bagi kord mudah lentur luas keratan rentas ialah 4.0 mm2. Bagi kord mudah lentur luas keratan luas ialah lebih daripada 4.0 mm2. Biasanya ia digunakan untuk dawai siling ros pada penetap lampu (pendent), dari soket ke radas mudah alih, pada palam (plug) dan sebagainya. Manakala kord mudah lentur adalah untuk kadar beban-beban yang besar dan disambung diantara palam iaitu BS 4343 dan alat-alat tetap. Contoh-contoh kord dan kabel mudah lentur yang digunakan

Pengalir PVC berwarna

PVC

Bebenang

PVC

Rajah 5.4: Penebat PVC Beranyam

49

ELECTRICAL INSTALLATION

50

ELECTRICAL INSTALLATION

5.8: BUSBAR
Palang bus merupakan kepingan pengalir yang selalunya diperbuat dari campuran tembaga dan bersalut. Ia mengalirkan dan mengagihkan bekalan elektrik daripada pemutus litar utama ke pemutus - pemutus litar yang lain. Ianya digunakan menggantikan kabel disebabkan mudah membuat sambungan dan kemas serta mudah melaksanakan kerja pemasangan. Kedudukan palang bus ada yang mendatar dan ada yang menegak dan ada yang mengabungkan kedua - duanya.

HORIZONTAL AND VERTICAL BUSBARS

6/12/2006

2006 IKM KL

46

Rajah 5.5:Busbar menegak dan melintang

51

ELECTRICAL INSTALLATION

3.9 KONDUKTOR DALAM SISTEM PEMBUMIAN


i. Tujuan Pembumian: a. Mengalirkan arus bocor kebumi dengan seberapa banyak dan cepat supaya alat perlindungan, geganti atau peranti perlindungan dapat berfungsi dengan berkesan bagi mengelakkan berlakunya kejutan elektrik

b. Mendapatkan voltan rujukan kosong untuk star point alatubah dan


janakuasa supaya talian neutral dapat digunakan dan voltan bekalan stabil serta mengelakkan voltan terapung. c. Mendapatkan voltan samaupaya (equipotential voltage) supaya tidak berlaku step voltage bahan pengalir yang terdedah (exposed conductive parts) ii. Apa yang perlu dibumikan: a. Semua peralatan elektrik yang dibuat dari logam atau bahan yang boleh mengalirkan elektrik, samada alatan elektrik ataupun bukan b. Star point alatubah dan janakuasa c. Terminal bumi DB, lampu, soket 13A, dsb. d. Konduit, trunking, tray, riser, busduct, dan apa-apa jua bahagian logam pemasangan elektrik

3.9.1:LITAR PENGALIR PERLINDUNGAN


Litar perlindungan pengalir ialah litar akhir gelang yang tidak dipasang di dalam pelindung logam seperti konduit atau trunking atau pelindung kabel, kedua hujung kabel litar gelang tersebut hendaklah disambung ke terminal bumi utama pada litar. Litar perlindungan pengalir terdapat dalam pelbagai bentuk antaranya: a. kabel bertebatkan PVC satu teras BS 6004. warna hijau / kuning atau hijau. b. Kabel bertebatkan PVC/PVC dengan pengalir pelindung bersepadu BS 6004. c. Plat Kuprum (Copper Strip) d. Konduit logam e. Trunking logam f. Ducting Logam

52

Ring circuit ELECTRICAL INSTALLATION g. MICC- cable sheath h. Lead covered cable sheath i. SWA cable armourings.
Earth terminal Even if all insulated

Circuit protection conductor in sheathed wiring

Fixed appliances

Separate circuit protective conductor

Rajah 5.6: Jenis litar pelindungan pengalir

Rajah 5.7: Sambungan Perlindungan pada soket di dalam sistem konduit.

53

ELECTRICAL INSTALLATION

Extra circuit protective conductor inside flexible conduit.

Rajah 5.8: Pengalir perlindungan tambahan pada konduit mudah lentur

Bahan-bahan logam yang digunakan sebagai sistem pendawaianseperti konduit, kotak sesalur atau salur, boleh dijadikan sebagai pengalir perlindungan tetapi mestilah mematuhi peraturan yang berikut:

a. b. c.

Sekiranya luas keratan rentas pengalir kurang daripada 6 mm2 ia Bagi pengalir perlindungan yang tidak bertebat ia mestilah dilindungi Setiap sambungan pengalir perlindungan mestilah dibuat supaya

mestilah bertebat serta kuat dan kukuh. daripada tindak balas kimia. mematuhi kekuatan mekanikal dan elektrikal. Konduit boleh lentur tidak boleh digunakan sebagai pengalir perlindungan. Pengalir perlindungan berasingan perlu diadakan. Rintangan pengalir perlindungan adalah seperti berikut :

a. b.

Bagi pengalir jenis kuprum dan aluminium mestilah tidak melebihi 1 . Bagi pengalir jenis seperti paip konduit, kotak sesalur atau sulur mestilah

tidak melebihi 0.5 ohm.

54

ELECTRICAL INSTALLATION

Perkara-perkara yang menyebabkan rintangan pengalir perlindungan menjadi tinggi adalah seperti berikut :

a. b. c.

punca "earth, lug" karat.sambungan pengalir pelindung longgar.

lapisan cat pada alat-alat elektrik sambungan pengalir pelindung pada palam dan soket keluaran longgar. sambungan di antara konduit dan konduit aksesori dan kotak terminal longgar.

5.9.2: PENGALIR BUMI


Pengalir bumi ialah pengalir akhir di antara punca bumi pengguna dan elektrod bumi. Pengalir bumi mesti dipastikan selalu supaya tidak putus atau terkeluar sambungannya. Pengalir aluminium atau aluminium pelapik kuprum (cooper clad aluminium) tidak boleh digunakan sebagai pengalir bumi. Punca sambungan pengalir bumi ke elektrod bumi ke elektrod bumi mestilah diletakkan dengan tanda amaran yang jelas dan tetap supaya tidak diputuskan atau dikeluarkan sambungannya.Bagi menentukan saiz minimum pengalir bumi yang ditanam adalah seperti Jadual 54A berikut: JADUAL 54 A Kawasan rentas lintang minimum konduktor bumi yang ditanam. Dilindungi terhadap Tidak dilindungi dari kerosakan mekanikal kerosakan mekanikal. Seperti Dilindungi terhadap dikehendaki karatan oleh sarung Peraturan 543-01 Tidak dilindungi 25 mm2 tembaga terhadap karatan 25 mm2 keluli yang 16 mm2 tembaga oleh 16 mm2 keluli tersebut 25 mm2 tembaga 50 mm2 keluli

Jadual 5.1: Jadual 54 A

55

ELECTRICAL INSTALLATION

Rajah 5.9: Pembumian

56

ELECTRICAL INSTALLATION

5.9.2.1: TERMINASI KE ELEKTROD BUMI (Terminaticn to Earth Electrode)


Penyambungan pengalir Bumi dari terminal bumi pengguna ke elektrod bumi mestilah mempunyai penebat yang baik dan sempurna apabila ditanam di daiam tanah. Ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya voltan yang merbahaya di permukaan bumi. Semua sambungan pada elektrod mestilah dilindungi dari pengkaratan dan kerosakan mekanikal.Adalah penting satu elektrod itu diletakkan di tempat yang mudah bagi tujuan untuk membuat pemeriksaan atau ujian dan satu label mestilan dipasang berhampiran dengan poin penyambungan pada elektrod.

Letters at least 4.75 mm high Label at connection

Rajah 5.10: Kaedah terminasi elektrod bumi

57

ELECTRICAL INSTALLATION

3.9.3: ELEKTROD BUMI ( Peraturan MS IEC 60364 542 )


1. Elektrod bumi ialah batang (rod, earth plates atau strip Galur) yang ditanam di
dalam bumi untuk memberi sambungan yang berkesan ke jisim bumi.

2. Jenis-jenis elektrod bumi yang biasa digunakan bagi tujuan pembumian ialah:
a. paip galvani. b. batang (rod) bumi. c. pelit best tuancan. d. jalur kuprum (.copper strip). e. sktruktur keluli Pangunan. f. .Pelapik plumbum dan bahan logam yang menutup kabel. g. lain-lain kerja logam bawah tanah yang sesuai.

3. Keberkesanan bagi sesuatu elektrod bumi membuat sambungan dengan jisim


bumi boleh berubah tetapi bergantung pada jenis tanah dan kelembapan tanah. Sekiranya keadaan tanah basah, ia akan memberi satu bacaan yang baik ke atas sambungan diantara elektrod bumi dan jisim bumi.

4. Rintangan elektrod bumi mestilah tidak terlalu tinggi kerana ia boleh


mempengaruhi keberkesanan pemutusan pada pemutus litar bocor ke bumi. Caracara mengurangkan rintangan elektrod bumi ialah :

a. tanam pada tempat yang lembap. b. tabur serbuk besi,arang batu atau larutan sulfat di sekeliling elektrod. c. tanam elektrod secara selari. d. tambah kedalaman elektrod. 5.9.3.1 ROD ELEKTROD
Biasanya diperbuat daripada solid copper atau copper-clad carbon steel. Rod yang digunakan ini biasanya mempunyai kemudahan atau alat bagi tujuan penyambungan iaitu:

a. Bahagian kedua hujung rod mempunyai bebenang (thread) dan boleh


disambung dengan rod yang lain dengan menggunakan coupler.

b. Steel driving cap melindungi bebenang daripada rosak ketika proses


mengetuk untuk tujuan menanam rod.

58

ELECTRICAL INSTALLATION

c. Earthing conductor clamp bagi menyambungkan earth tape atau earth


conductor. d. Steel tip disambung pada hujung rod bagi tujuan mudah untuk proses menanam.

5.9.3.2: RINTANGAN ELEKTROD BUMI


Apabila satu elektrod ditanam ke bumi, satu elektrod penguji yangdisambung dengan ohm meter dan elektrod bumi, nilai rintangannya akan bertambah apabila dianjakkan daripada elektrod pada jarak-jarak yang tertentu. Ambil nilai rintangan pada tiap-tiap anjakan elektrod penguji tadi sehingga menjangkau kawasan rintangan elektrod bumi (biasanya pada jarak 2.5 meter). Didapati nilai rintangan tidak bertambah apabila diluar kawasan rintangan bumi tersebut seperti di gambarajah bawah:

Rajah 5.11: Pengujian rintangan elektrod bumi Voltan yang wujud dikawasan rintangan elektrod adalah penting. Ini kerana apabila berlaku kerosakan arus bocor ke bumi, voltan akan wujud di permukaan bumi pada jarak 2.5 m 3m. Ini sangatlah merbahaya kepada binatang ternakan dan manusia apabila berada di dalam kawasan tersebut yang boleh mengakibatkan renjatan elektrik. Voltan sebanyak 25 Volt di dalam kawasan di anggap merbahaya.

59

ELECTRICAL INSTALLATION

Untuk mengatasinya elektrod bumi hendaklah ditanam di bawah permukaan bumi bagi mengelakkan voltan wujud di permukaan bumi seperti rajah dibawah.

Rajah 5.12: Penamatan di bumi

5.9.4: PENANGKAP KILAT


Suatu rod yang dipasang pada puncak suatu bangunan di kenali sebagai penangkap kilat. Rod ini bertindak sebagai melindungi bangunan tersebut daripada terbakar atau mengalami sesuatu yang boleh dianggap sebagai tidak selamat dengan membawa arus yang tinggi nilainya ke bumi. Sewaktu alat ini dalam keadaaan discas voltan yang tinggi wujud diantara sistem ini dengan bumi. Maka arus yang discas adalah 10 kA dan voltan sebanyak 5000 V. Sistem ini digunakan untuk melindungi peralatan dan perkakasan elektrik daripada rosak.

60

ELECTRICAL INSTALLATION

RINTANGAN ELEKTROD BUMI Elektrod bumi pemasangan Elektrod bumi penangkap kilat 1 ohm 10 ohms

Transformer and generating station 10,000 kVA 2 ohms and over Small transformer stations and distributing stations 10 ohms Small outdoor station Distribution transformer installation Jadual 5.2: Rintangan elektrod bumi 15 ohms 25 ohms

61

ELECTRICAL INSTALLATION JADUAL 4C1


Faktor-faktor pembetular. bagi suhu amhien di mana perlindungan adalah terhadap litar pintas NOTE: Jadual ini diguanakan di mana peranti perlindungan arus berlebihan dimaksudkan untuk memberi perlindungan litar pintas sahaja. Kecuali di mana peranti itu adalah fius separuh tutup kepada BS 3036, jadual itu juga dipakai di mana peranti itu dimaksudkan memberi perlindungan beban berlebihan.
Suhu ambien C Jenis Suhu penebatan 25 30 35 pengendalian Getah 1.04 1.0 0.91 60C kabel anjal sahaja) PVC kegunaan am 1.03 1.0 0.94 70C Kertas 1.02 1.0 0.95 80C Getah 1.02 1.0 0.95 85C P.V.C rmtangan haba* 1.03 1.0 0.96 85C Termoset 1.02 1.0 0.96 90C Mineral 70C sarung 1.03 1.0 0.93 105C 1.02 1.0 0.96 sarung

40

45

50

55

60

65

70

75

80

85

90

95

0.82 0.71 0.58 0.41 0.87 0.79 0.71 0.61 0.50 0.35 0.89 0.84 0.77 0.71 0.63 0.55 0.4 0.90 0.85 0.80 0.74 0.67 0.60 5 0.5 2 0.94 0.91 0.87 0.84 0.79 0.71 0.6 1 0.91 0.87 0.82 0.76 0.71 0.65 0.5 8 0.85 0.77 0.67 0.57 0.45 0.31 0.92 0.88 0.84 0.80 0.75 0.70 0.6 5 0.3 2 0.4 3 0.5 0 0.5 0 0.6 0 0.3 0 0.3 5 0.4 1 0.5 4 0.2 9 0.4 7 0.4 0 0.3 2

NOTA: (i) Faktor-faktor pembetulan untuk kord-kord anjal dan kabel-kabel anjal yang bertebatkan getah 85C atau 150C diberikan dalam jadual kapasiti membawa-arus yang berkaitan. (ii) Jadual ini juga digunakan apabila menentukan kapasiti membawa arus kabel. *Faktor-faktor ini adalah dipakai hanya kepada kadaran dalam ruangan 2 hingga 5, Jadual 4D1.

JADUAL 4C2 Faktor-faktor untuk suhu ambien di mana peranti pelindung beban yang beriebihan merupakan satu fius separuh tutup BS3036
Jenis Suhu penebatan pengendalian Suhu ambien C 25 30 1.0 1.0 1.0 1.0 1.0 1.0 1.0 1.0 35 40 45 50 55 60 65 70 75 80 85 90 95

Getah 1.04 60C PVC kegunaan am 1.03 70C Kertas 1.02 80C Getah 1.02 85C f.V.C. rintangan haba* 1.03 85C Termoset 1.02 90C Mineral: Terbuka dan terdedah kepada sentuhan atau dilipud p.v.c. 1.03 7 0C sarung Terbuka dan tidak terdedah 1.02 pada sentuhan 105C sarung

0.96 0.91 0.87 0.79 0.65 0.97 0.94 0.91 0.87 0.84 0.69 0.48 ' 0.97 0.95 0.92 0.90 0.87 0.84 0.76 0.6 2 0.97 0.95 0.93 0.91 0.88 0.86 0.83 0.7 1 0.97 0.94 0.91 0.87 0.84 0.80 0.76 0.7 2 0.98 0.95 0.93 0.91 0.89 0.87 0.85 0.7 9 0.96 0.93 0.89 0.86 0.79 0.62 0.42 0.98 0.96 0.93 0.91 0.89 0.86 0.84 0.8 2 0.7 9 0.7 0.6 7 4 0.5 5 0.4 3

0.4 3 0.5 8 0.6 8 0.6 9

0.4 9 0.5 0.3 6 9

62

ELECTRICAL INSTALLATION
NOTA: Faktor-faktor pembetuain bagi kord-kord anjal dan bagi kabel-kabel anjal yang bertebatkan getah 85C atau 150 diberikandalam jadual kapasiti membawa-arus yang berkenaan. *Faktor-faktor ini hanya digunakan kepada kadaran dalam ruangan 2 hingga 5, Jadual 4D1.

63

ELECTRICAL INSTALLATION

Latihan:
1. 2. Namakan bahan-bahan yang digunakan sebagai pengalir. Namakan bahan yang digunakan sebagai penebat. Namakan bahan yang digunakan sebagai perlindungan

3.
4. 5.

mekanikal penebat. senaraikan jenis-jenis kabel. Terangkan faktor-faktor yang diambil kira apabila hendak Bekalan 240V beban 6 kW pada faktor kuasa 0.8 dberikan pada
0

memilih jenis-jenis kabel pendawaian.

6.

kabel 4 teras penebat pvk tidak berperisai dan pengalir kuprum atas daulang kabel. Suhu ambient di pemasang itu adlah 45 adalah 40 m. Kira voltan susut pada kabel tersebut. C. Litar ini dilindungi oleh fius separuh tertutup BS 3036. Panjang pemasang kabel ini

7.

Tentukan

saiz

minimum

bagi

kabel

pvk

kembar

untuk

membekalkan beban 28 A pada jarak 40 m. Kabel ini dilindungi oleh pemutus litar miniature BS 3871 jenis 3. Abaikan faktor pembetulan bagi pendawaian ini. 8. 9. 10. Bilakah ujian elektrod bumi dijalankan pada sesuatu pemasangan. Bagimanakah cara untuk mengurangkan rintangan elektrod Berapakah bacaan maksimum pada ujian pengalir pelindung bumi sekiranya rintangannya adalah tinggi. litar jika pengalir pelindung litar itu dibuat dari pembuluh besi atau sebarang logam.

63

ELECTRICAL INSTALLATION

RUMUSAN
Di akhir unit ini, kita telah pelajari tentang: 1. Kabel ialah bahagian atau alat yang utama di dalam kerja-kerja pemasangan elektrik. 2. Kabel dibuat mengikut kadaran arus dan voltan serta pelindungan mekanikal. 3. Pengalir ialah bahan yang membenarkan pengaliran arus elektrik. Perak, kuprum dan aluminium ialah tiga contoh logam yang banyak sekali digunakan sebagai pengalir.

4. Penebat ialah bahan yang tidak boleh mengalirkan arus. Penebat boleh
dikatakan sebagai pengawal tenaga elektrik daripada mengalir keluar dari lingkaran pengalir. Penebat wujud dalam beberapa bentuk, iaitu pepejal, gas dan cecair. Penebat yang digunakan bagi membaluti pengalir kabel adalah di dalam bentuk pepejal. Bahan yang biasa digunakan sebagai penebat ialah: (a) Polivinil klorida (PVK) (b) Elastomer (sejenis getah vulkan) (c) Getah butil (d) Etilena propilena (e) Getah silikon (f) Kertas terisi tepu (teresap) (g) Penebat mineral

5. Perlindungan mekanik pada satu kabel bertujuan melindungi kabel daripada


tercedera disebabkan oleh bahaya-bahaya mekanik seperti terkena besi tajam, terhempap benda-benda berat dan terhimpit. Perlindungan mekanik boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu: (a) Jenis tidak berperisai - tidak mempunyai salutan perlindungan (b) Jenis berperisai - mempunyai dawai-dawai atau pita logam bagi melindungi kabel-kabel daripada kerosakan mekanik. (c) Kabel bertebatan kertas terisi tepu dengan lapisan aluminium.

64

ELECTRICAL INSTALLATION

(d) Kabel bertebatan bahan mineral.

6. Voltan susut bagi suatu pemasangan telah ditetapkan oleh Buku Peraturan MS
IEC 60364 iaitu 4 % daripada voltan nominal.

7. Pembumian adalah bertujuan mengalirkan arus bocor kebumi dengan


seberapa banyak dan cepat supaya alat perlindungan, geganti atau peranti perlindungan dapat berfungsi dengan berkesan bagi mengelakkan berlakunya kejutan elektrik. 8. Kondutor pembumian yang digunapakai adalah: a. Litar PerlindunganPengalir b. Elektrod bumi. c. Rod elektrod d. Rintangan elektrod bumi. e. Penangkap kilat.

RUJUKAN
1. Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik (Edisi Kedua), Abd Samad Hanif, Dewan Bahasa dan Pustaka 2004. 2. Electrical Machines, Drives and Power Systems Fifth Edition, Theodore Wildi, Prentice Hall 3. Nota UiTM, Power Utilization (KEK 363), Prof. Madya Zaki, Uitm Pulau Pinang. 4. Nota Ikram.

65

ELECTRICAL INSTALLATION

66

Você também pode gostar