Você está na página 1de 8

..Learn & Apply..

" Orang yang tidak suka menghormati orang lain, adalah orang yang tidak terhormat. Orang yang dihinakan itu belum tentu dia akan hina atau tidak, tetapi perbuatan menghinakan orang itu sudah tentu menjadi bukti atas kehinaan diri kita sendiri". (Hamka) AUG 15, 2010 ARTIKEL 121 (1A) : Analisis terhadap kes Hasil kajian penulis dan rakan2 Sebelum mencapai kemerdekaan, cuma ada satu sistem mahkamah di negara kita. Ia melaksanakan undang-undang yang dibuat di sini yang berasaskan undang-undang di England di samping memakai 'the common law of England' dan 'the rules of equity'. Mahkamah syariah belum wujud. Susulan daripada peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Jadual Kesembilan, Senarai Kedua, mahkamah-mahkamah syariah ditubuhkan. Maka untuk membezakan mahkamah yang sedia ada daripada Mahkamah Syariah yang baru ditubuhkan itu, mahkamah yang sedia ada itu mula dipanggil 'Mahkamah Sivil'. Pada mulanya, bidangkuasa Mahkamah Syariah hanya terhad kepada undang-undang keluarga. Maka untuk beberapa dekad mahkamah sivil terus menjadi mahkamah utama. Ketika Perlembagaan digubal pada 1956-1957, isu ini tidak timbul. Suruhanjaya Reid cuma membuat andaian bahawa ini bukan isu penting. Tetapi memang disebut dalam Perlembagaan seperti Perkara 145 menyatakan Peguam Negara tidak ada kuasa dalam Mahkamah Syariah, Mahkamah Tentera dan Mahkamah Anak Negeri. Ini sudah jelas memperlihatkan Perlembagaan mengakui kewujudan Mahkamah Syariah walaupun ketika itu belum disebut secara jelas seperti Perkara 121(1A). Pada masa sama, Perlembagaan menyebut soal Mahkamah Syariah dalam Jadual Ke-9. Walaupun tidak memperincikan struktur bidang kuasa Mahkamah Syariah, tetapi menyebut perkara ini tidak boleh disentuh Peguam Negara kerana adalah kuasa Mahkamah Syariah. Bukankah ini jelas mengiktiraf kuasa Mahkamah Syariah dan memang ada Akta Mahkamah Syariah 1965, yang menyebut secara terperinci bidang kuasa dan batasan mahkamah itu. Undang-undang sudah mengakui secara jelas perkara itu.

PERKARA 121(1A) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Perkara 121(1A) Perlembagaan persekutuan memperuntukkan bahawa : Mahkamah Tinggi Sivil tidaklah boleh mempunyai bidangkuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah.[1] Pindaan perkara 121 pada tahun 1988 menunjukkan bahawa kewujudan dan kewibawaan Mahkamah Syariah telah diiktiraf oleh Perlembagaan Persekutuan dan Mahkamah Syariah kini telah mempunyai bidang kuasa mutlak untuk memutuskan dan menyelesaikan kes-kes atau apa-apa perkara yang terletak di bawah bidangkuasanya. Ini bermakna Mahkamah Sivil tidak lagi boleh membicarakan sesuatu kes yang terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah. Tujuan pindaan ini adalah disebabkan terdapat beberapa kes di mana Mahkamah Sivil dahulunya telah membicarakan keskes tertentu walaupun perkara asas di dalam kes tersebut terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah. Justeru itu, pindaan ini telah diharapkan dapat meleraikan pertikaian dan menjelaskan pengasingan bidang kuasa antara kedua-dua mahkamah Selepas dipinda dan ditambah Artikel 121 (1A) pada Perlembagaan Persekutuan yang memberi kedudukan istimewa kepada Mahkamah Syariah. Antara satu kesan yang terbesar yang diperolehi dari pindaan ini ialah percanggahan antara keputusan Mahkamah Syariah dan Mahkamah Tinggi dapat dielakkan,[2] seperti yang terdapat di dalam beberapa kes terdahulu yang melibatkan kes hadhanah, harta sepencarian, sah taraf anak dan sebangainya yang mana Mahkamah Tinggi telah tidak mengenakan undang-undang Islam kepada pihak-pihak yang beragama Islam akan tetapi mengenakan undang-undang yang berlawanan dengan undang-undang Islam. Mahkamah Sivil juga telah membuat keputusan mengenai perkara yang termasuk dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah dan adakalanya telah mengubah keputusan yang telah dibuat di Mahkamah Syariah. Maka dengan pindaan ini percanggahan antara Mahkamah Tinggi dengan Mahkamah Syariah tidak akan timbul lagi kerana perkara-perkara itu hanya boleh dibawa ke Mahkamah Syariah dan Mahkamah Tinggi tidak lagi mempunyai bidangkuasa. Jadi, masalah ini dapat diselesaikan dengan sebaiknya. Bidangkuasa kedua-dua mahkamah, masing-masing berjalan selari megikut

landasan yang terdapat dalam perlembagaan dan sama sekali tidak akan bertembung dan bertindih. Selain itu, pindaan ini juga membuktikan perubahan sikap Mahkamah Sivil[3]dalam menyelesaikan kes2 yang melibatkan orang islam, muallaf dan bukan islam sepertimana didalam kes Dalip Kaur lwn Pegawai Polis Bukit Mertajam[4] dan Subashini v Rajeswara yang berpendapat bahawa mahkamah syariah lebih layak memutuskan kes yang melibatkan hukum syarak kerana perkara tersebut perlu dibuat penelitian dengan sebaiknya, bertepatan dengan tujuan Parlimen meminda perkara 121 (1 A) Perlembagaaan Persekutuan ialah untuk menyingkir bidangkuasa Mahkamah Tinggi Sivil mengenai apa-apa perkara yang dibawah bidangkuasa Mahkamah Syariah. Oleh kerana itu apabila ada cabaran kepada bidangkuasa, pendekatan yang betul ialah melalui sama ada Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa dan bukan sama ada badan perundangan negeri mempunyai kuasa memperbuat undang-undang itu yang memberi bidangkuasa kepada Mahkamah Syariah. Namun, walaupun setelah mengalami pindaan Perlembagaan, hasil pindaan ini didapati masih lagi kurang memberi keyakinan justeru masih terdapat pertindihan dan perebutan bidang kuasa di dalam perkara berkaitan Islam yang terdapat di dalam Jadual Kesembilan Senarai 2, Senarai Negeri, sedangkan perkara-perkara tersebut merupakan perkara di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah. Setelah meneliti kedua-dua peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang dinyatakan di atas, dapat dirumuskan bahawa kedudukan Mahkamah Syariah sememangnya mempunyai kedudukan yang istimewa dalam Perlembagaan. Dengan ini jelaslah bahawa kedudukan bidangkuasa mahkamah syariah adalah istimewa dan diiktiraf walaupun masih banyak berlaku pertindihan bidangkuasa mengenai beberapa perkara yang berkaitan dengan harta orang-orang Islam. AZIZAH BINTI SHAIK ISMAIL & ANOR VS FATIMAH BINTI SHAIK ISMAIL &ANOR [5] HIGH COURT (PULAU PINANG)- CRIMINAL APPLICATION NO 44-75 OF 2001 SU GEOK YIAM JC 5 AUGUST 2002

Isu utama kajian ini yang akan difokuskan ialah samaada perintah yang dikeluarkan di Mahkamah Syariah boleh dicabar di Mahkamah Tinggi serta pemakaian Perkara 121(1A) dengan berdasarkan fakta kes dan penghakiman yang telah pun dikemukakan di atas. Kes ini telah melalui tiga peringkat Mahkamah iaitu bermula di Mahkamah Rendah Syariah dengan keputusan mahkamah memihak kepada Pemohon, seterusnya satu saman dikemukakan terhadap responden kerana telah melanggar perintah jagaan namun permohonan pemohon ditolak. Seterusnya, pemohon membuat permohonan di mahkamah tinggi tapi sekali lagi permohonannya ditolak dengan alasan perkara 121 (1A) . Di dalam kes ini, pemohon telah menfailkan satu saman di Mahkamah Rendah Syariah memohon jagaan keatas si budak. Namun,Responden-responden tidak menfailkan apaapa pembelaan terhadap saman tersebut. Oleh itu satu perintah dikeluarkn oleh Mahkamah Rendah Syariah yang memberikan pemohon-pemohon jagaan keatas si budak sehingga beliau mencapai umur 16 tahun (perintah jagaan). Selepas itu si budak kembali kepada pemohon-pemohon tetapi responden- responden berjaya menghasut meyakinkannya supaya kembali kepada mereka sebelum budak tersebut belum mencapai umur 16 tahun. Tindakan responden telah mencabar dan menghina mahkamah dan boleh dikenakan penjara. Namun mahkamah memutuskan bahawa memandangkan responden-responden telah menunjukkan sebab yang munasabah tentang mengapa responden-responden tidak harus dimasukkan kedalam penjara, permohonan pemohon-pemohon untuk mendakwa responden ditolak (perintah kedua). Antara sebab-sebab yang diutarakan oleh responden ialah dengan beberapa laporan polis yang dibuat oleh responden bahawa sepanjang budak tersebut tinggal bersama pemohon, pemohon telah memukulnya menggunakna penyangkut baju sehingga bengkak ,dia juga cuba dipaksa masuk kedalam teksi dengan kekerasan dengan menumbuk belakangnya menyebabkan bajunya terkoyak dan dia berasa malu. Dia juga telah membuat keputusan dengan menolak untuk tinggal dengan ibu bapa kandung setelah dipukul. Setelah permohonan ditolak, pemohon sekali lagi membuat permohonan di Mahkamah Tinggi Sivil dengan memohon untuk writ habeas corpus menurut perkara 5 Perlembagaan Persekutuan dan s 365 Kanun Acara Jenayah supaya Nazirah dibawa dengan serta merta dihadapan mahkamah untuk menerima

apa-apa perintah yang dibuat oleh mahkamah. Namun mahkamah menolak permohonan ini kerana menurut perkara 121(1A) bahawa Mahkamah Tinggi tidak mempunyai bidangkuasa untuk mendengar permohonan tersebut. Sepatutnya pemohon membuat permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah bukan di Mahkamah Tinggi Sivil kerana ia adalah berkenaan bidangkuasa Mahkamah Syariah.

KES : MOHAMED HABIBULLAH BIN MAHMOOD V FARIDAH BTE DATO TALIB (1992) 2 MLJ 793.[6] SUPREME COURT (KUALA LUMPUR)- CIVIL APPEAL NO 02-441-89 HARUN HASYIM, MOHAMED AZMI AND GUNN CHIT TUAN SCJJ 15 DECEMBER 1992 Kes Mohd. Habibullah bin Mahmood lwn Faridah bt Dato Talib adalah kes pertama yang berlaku selepas pindaan perkara 121 Perlembagaan Persekutuan. Kes ini melalui 2 peringkat mahkamah bermula dimahkamah syariah dan mahkamah tinggi sivil.Isu yang paling besar yang diketengahkan dalam kes ini adalah sama ada Mahkamah Tinggi Sivil mempunyai bidang kuasa untuk menghakimi tindakan plaintif kerana ia melibatkan perkara yang terletak secara eksklusif di dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah. Responden yang telah berkahwin dengan perayu telah memohon pembubaran perkahwinan di Mahkamah Syariah, Kuala Lumpur. Oleh kerana kes itu lambat diselesaikan dan untuk mengelak gangguan dari suaminya, dia telah memfailkan guaman di Mahkamah Tinggi Sivil di Kuala Lumpur terhadap supaya menuntut gantirugi dan injunksi oleh kerana perbuatan serangan dan serangsentuh oleh suaminya. Namun, permohonannya ditolak disebabkan alasan perkara 121 (1A). Pada 14 April 1989 beliau membuat surat akuan untuk keluar daripada agama islam bagi membenarkan Mahkamah Tinggi Sivil membicarakan kesnya. Walaubagaimanapun untuk memutuskan sama ada seorang Islam telah murtad, mahkamah yang layak menjawab soalan itu hanyalah Mahkamah Syariah. Kesan yang boleh dilihat daripada berlakunya kecelaruan dalam minda masyarakat, termasuk masih ada lagi orang Islam yang memohon kepada Mahkamah Tinggi melalui pengisytiharan mahkamah,

menyatakan dia sudah keluar Islam. Sedangkan untuk menentukan murtad atau tidak seseorang itu adalah tertakluk dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah. Apabila mahkamah memutuskan dia murtad, maka Pejabat Agama boleh mengeluarkan Sijil Murtad kepadanya. Namun, pada 20 May 1989 beliau telah membuat pengakuan bahawa telah bertaubat dan rujuk kepada islam semula dan menunaikan ibadah sembahyang. Pihak-pihak dalam kes itu adalah orang Islam, mereka adalah suami dan isteri dan tuduhan serangan dan serang-sentuh itu dibuat di dalam masa perkahwinan. Tidak syaklah Mahkamah Syariah telah diberi bidangkuasa mengenai perkara yang dibawa di hadapan Mahkamah Tinggi di dalam kes itu. Peguam bagi pihak suami telah berhujah bahawa Mahkamah Tinggi Sivil telah mempunyai bidangkuasa mendengar tuntutan itu atau mengeluarkan injunksi oleh kerana kedua-dua pihak adalah orang Islam dan prosiding itu berhubung dengan undang-undang keluarga. Hakim Harun Hashim dalam kes ini menyatakan bahawa Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persukutuan telah memberikan bidang kuasa hanya kepada Mahkamah Syariah dalam perkara dalam bidang kuasanya. Beliau juga menegaskan bahawa exclusive jurisdiction Mahkamah Syariah tidak lagi boleh diganggu oleh Mahkamah Sivil. Penghakiman yang telah dibuat telah menempatkan Mahkamah Syariah di landasan yang betul, sekaligus memberi nafas baru kepada perjuangan memartabatkan semula institusi kehakiman Syariah di negara kita.[7]Hasilnya, pada asasnya pindaan ini jelas memberi bayangan kepada suatu perkembangan yang amat positif kepada Mahkamah Syariah bagi memperkukuhkan kedudukannya. Kesan daripada pindaan ini jelas telah mengiktiraf kedudukan Mahkamah Syariah telah menyatakan bahawa kes Habibullah ini amat penting kerana ia telah menolak beberapa keputusan kehakiman sivil yang memutuskan bahawa pindaan Perlembagaan perkara 121(1A) tidak memberi bidang kuasa eksklusif kepada Mahkamah Syariah dan pada masa yang sama tidak menjejaskan kuasa Mahkamah Sivil. KES AZIZAH DAN KES MOHAMED HABIBULLAH: SUATU ANALISIS PERBANDINGAN Kedua-dua kes ini berlaku selepas pindaan perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dimana kes Mohamed Habibullah adalah kes pertama selepas pindaan

tersebut. Seterusnya, kami akan menganalisis secara perbandingan antara kes Azizah dan kes Mohamed Habibullah dari sudut persamaan bagi kedua-dua kes ini. Persamaan yang nyata antara kedua-dua kes ini ialah masing-masing membuat permohonan di Mahkamah Tinggi Sivil mengenai hak penjagaan anak dan permohonan gantirugi dan injunksi namun kedua-dua permohonan ini ditolak dengan alasan mahkamah tersebut tidak mempunyai bidangkuasa. Di samping itu, pemakaian undang-undang yang digunakan ialah Perkara 121(1A) yang mana menyatakan bahawa Mahkamah Tinggi Sivil tidaklah boleh mempunyai bidangkuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah. Mahkamah Syariah kini telah mempunyai bidang kuasa mutlak untuk memutuskan dan menyelesaikan kes-kes atau apa-apa perkara yang terletak di bawah bidangkuasanya. Ini bermakna Mahkamah Sivil tidak lagi boleh membicarakan sesuatu kes yang terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah. Adalah jelas bahawa tujuan Parlimen dengan adanya Perkara 121(1A) ialah untuk menyingkir bidang kuasa Mahkamah-mahkamah Tinggi di dalam mana-mana perkara yang termasuk di dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah[8]. Oleh kerana itu apabila ada cabaran kepada bidang kuasa pendekatan yang betul adalah pertama sekali melihat sama ada Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa dan bukan sama ada badan perundangan negeri mempunyai kuasa memperuntukkan undang-undang yang memberi bidang kuasa kepada Mahkamah Syariah. Bagi meningkatkan kewibawaan mahkamah, penyusunan perlu mengambil kira jentera mahkamah. Kakitangan dan kemudahan pengurusan mencukupi adalah antara elemen perlu ditekankan. Seterusnya ialah perbezaan antara kedua-dua kes ini ialah permohonan dalam kes Azizah adalah untuk mencabar keputusan yang diputuskan oleh mahkamah syariah manakala dalam kes Mohamed Habibullah permohonannya adalah untuk dihakimi perkara yang terletak dibawah bidangkuasa mahkamah syariah. Namun, kedua-dua permohonan ini ditolak berdasarkan perkara 121 (1A). Oleh itu, jelaslah bahawa terdapat perbandingan yang dapat dinilai dari sudut persamaan dan perbezaannya. KESIMPULAN Penelitian terhadap perbincangan yang telah dihuraikan diatas, dapatlah disimpulkan

bahawa Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan tentang bidangkuasa mahkamah. Maka hal ini juga jelas dapat diteliti melalui Perkara 121 (1A) ini adalah sempadan yang memisahkan antara bidangkuasa mahkamah syariah dan mahkamah sivil. Ia sebenarnya adalah peruntukkan yang memayungi maksud Perkara tersebut ataupun perkara pokoknya. Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan sebenarnya memelihara kewibawaan dan status mahkamah syariah sebagai satusatunya institusi kehakiman yang berhak dan layak membicarakan dan mendengar perkara-perkara dan pertikaian yang timbul berkaitan perlaksanaan danpenguatkuasaan undang-undang syariah dalam negara. Meniadakan atau memansuhkan Perkara ini sebagaimana didesak oleh DAP dan NGO-NGO bukan Islam bermakna membuka ruang untuk mahkamah sivil menyemak dan campurtangan di dalam urusan mahkamah syariah. Apabila ini berlaku bermkna hilanglah kebebasan dan kewibawaan mahkamah syariah dan sekaligus meletakannya di bawah kawalan mahkamah sivil. Sebagai kesimpulan, melalui pindaan Perkara 121 (1A) yang menyatakan antara lain bahawa sebarang keputusan Mahkamah Syariah ke atas satusatu perkara yang berada dalam bidang kuasanya tidak boleh diganggu gugat lagi oleh Mahkamah Sivil memberi petunjuk bahawa kedua-dua sistem ini harus dihormati dan dipelihara sebaiknya. Melalui kes-kes yang telah dibincangkan, secara tidak langsung walaupun bukan seratus-peratus telah membuktikan bahawa kesedaran tentang kepentingan memartabatkan perundangan Islam melalui Mahkamah Syariah semakin meluas. Walau bagaimanapun, usaha yang berterusan amat perlu dilakukan bagi mengelakkan perkara berkaitan Undang-undang Islam, khususnya dalam aspek perbincangan ini iaitu tentang perkara pegurusan harta orang Islam, daripada terus berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Sivil. Ini bertujuan bagi mengangkat dan mengiktiraf Mahkamah Syariah dalam usaha memartabatkan perundangan Islam dan Mahkamah Syariah di negara ini. Mahkamah Syariah semestinya menjadi model pertumbuhan sistem keadilan berkesan bagi keamanan masyarakat seluruhnya. BIBLIOGRAFI

Você também pode gostar