Você está na página 1de 2

RUMUSAN

Berdasarkan segala pernyataan yang diperolehi, dapat disimpulkan di sini bahawa masalah murid-murid sekolah tidak dapat menulis dan membaca atau tidak dapat membaca dengan cekap sebenarnya sudah lama dirasakan oleh guru-guru.Masalah ini perlu diatasi bersama samada di pihak kementerian,guru-guru atau ibu bapa.Jika semua pihak berpadu tenaga diharapkan dapat membantu mengatasi kadar buta huruf di Malaysia.

Kita sedia maklum bahawa membaca dan menulis merupakan kemahiran asas yang dapat menjadi alat bagi murid-murid dalam mempelajari matapelajaran sains,muzik,sivik pendidikan seni dan lain-lain .Kemahiran membaca dan menulis juga dapat menjadikan seseorang murid itu dapat berkomunikasi dengan lebih baik lagi.

Dalam konteks dunia hari ini,kecekapan dalam menguasai kemahiran ini termasuk kemahiran mengira amat wajar diambil berat kerana ianya amat penting dalam urusan kehidupan seharian.Untuk mencapai tahap kemahiran ini,asas-asas yang kukuh perlu di bina secara progresif dari awal.Kajian menyatakan hampir 90% kanak-kanak mula mengenal huruf apabila mereka menjejakkan kaki di sekolah rendah.Perkara ini dianggap biasa kerana mereka menganggap tugas utama guru di sekolah ialah mengajar murid supaya dapat membaca dan menulis.

Masyarakat sentiasa mengharapkan sistem persekolahan kita memberikan kecekapan membaca ,menulis dan mengira kepada anak-anak dan jika ramai yang tidak dapat

kemahiran tersebut ,maka sistem persekolahan itu dianggap gagal dan harus dikaji semula serta dipulihkan dengan segera.

Kesimpulannya dapat dikatakan bahawa kemahiran membaca dan menulis ini sememangnya amat penting sekali demi untuk melahirkan masyarakat yang maju .Pelbagai program perlu dijalankan agar segala permasalahan berkaitan dengan membaca dan menulis dapat diatasi dengan segera.

Você também pode gostar