Você está na página 1de 21

1

Syukur kepada Tuhan kerana dengan limpah dan kurniaNya, akhirnya dapat juga disiapkan tugasan kerja kursus pendek penghantar pendidikan ini dengan jayanya. Sesungguhnya, dalam proses hendak menyiapkan tugasan ini, banyak

sekali cabaran dan dugaan yang dihadapi, namun semua itu dapat diatasi dengan bantuan yang tidak berbelah bagi daripada semua pihak. Terlebih dahulu jutaan terima kasih kami ucapkan kepada pensyarah matapelajaran penghantar penghantar pebdidikan kelas F 3C iaitu Puan Sarimas Saad diatas segala bantuan dan tunjuk ajar yang beliau berikan sepanjang proses kami hendak menyiapkan tugasan ini. Beliau cukup banyak sekali memberi bimbingan kepada kami untuk membuat tugasan ini. Selain itu, ucapan terima kasih kami tujukan kepada pihak IPG Kampus Sultan Abdul Halim dan pihak perpustakaan Sultanah Haminah kerana

membenarkan kami mencari maklumat untuk membuat tugasan ini. Hal ini termasuklah peminjaman buku dan pencarian internet di dalam perpustakaan dan kampus untuk membuat tugasan ini. Bukan itu saja, ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang mana telah membantu dari segi perkongsian maklumat dan ilmu bagi kami sama-sama menyiapkan tugasan ini. Sesungguhnya kerjasama seperti ini amatlah penting dalam kita sama-sama membuat satu tugasan. Akhir sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam proses kami hendak menyiapkan tugasan ini. Bantuan yang anda semua berikan amatlah kami hargai.

Penghantar pendidikan merupakan sesuatu matapelajaran yang mana disediakan khas untuk Kursus Persediaan Program Sarjana Muda Pendidikan Sekolah Rendah yang mana mengandungi 2 tema utama. Tema tersebut ialah Pengenalan Kepada Pendidikan dan Keguruan serta Trenda dan Isu-isu Pendidikan. Dalam tugasan kali ini, kumpulan kami telah memlilih tajuk dibawah tema Trenda dan Isu-isu pendidikan iaitu Kepelbagaian Murid dan Implikasinya kepada Pelaksanaan Kurikulum. Tugasan ini menghendaki kumpulan kami membuat banding beza di antara sistem pendidikan Malaysia sebelum dan selepas Merdeka. Kami juga dikehendaki membuat analisis mengenai sejauh manakah

pengubahsuaian dan pelaksanaan kurikulum mempertimbangkan kepelbagaian murid di Malaysia. Di bawah tajuk kepelbagaian murid dan implikasinya pelaksanaan kurikulum ini terbahagi kepada tajuk-tajuk seperti berikut : 1. Kepelbagaian latar belakang murid sekolah 2. Pengubahsuaian kurikulum berpusat berdasarkan ciri murid sekolah. 3. Laporan Razak 1956 4. Laporan Rahman Talib 1960 5. Perubahan Sistem Pendidikan di Semenenjung Malaysia 19571967 6. Akta Bahasa kebangsaan 1967 7. Sistem Pendidikan di Semenanjung Malaysia 1963-1982 8. Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 9. Kurikulum Pra sekolah 10. Pembentukan Kurikulum baru Sekolah Rendah (KBSR) 11. Pembentukan (KBSM) Tugasan ini mengendaki kami membuat satu esei mengenai tajuk yang telah dipilih. Esei inilah yang akan menjadi satu penanda aras tahap pemahaman kami mengenai tugasan yang telah dilakukan.
4

Kurikulum

Bersepadu

Sekolah

Menengah

KEPELBAGAIAN MURID DAN IMPLIKASINYA KEPADA PELAKSANAAN KURIKULUM

Banding beza di antara sistem pendidikan Malaysia sebelum dan selepas Merdeka. Buat analisis sejauh manakah pengubahsuaian dan pelaksanaan kurikulum mempertimbangkan kepelbagaian murid di Malaysia

Sistem pendidikan di Malaysia telah bermula sejak dari zaman sebelum merdeka lagi yang mana banyak menghadapi cabaran dan dugaan dalam penubuhannya. Sejak Merdeka lagi, Malaysia telah mengambil langkah dalam penggubalan kurikulum sekolah supaya dapat mencerminkan kehendak dan aspirasi negara. Sistem pendidikan negara sebelum merdeka dapat dibahagikan kepada satu cabang utama iaitu : 1. Laporan Razak 1956 Laporan Razak ditubuhkan berikutan kemenangan parti perikatan dalam pilihanraya yang diadakan di persekutuan Tanah Melayu pada 1956. Pada awalnya Laporan Razak dikenali sebagai Jawatankuasa Pendidikan dalam 1955 dan ditubuhkan bagi mengkaji dasar pendidikan dalam negara. Allahyarham Tun Abdul Razak merupakan pengerusi bagi Jawatankuasa Pendidikan ini pada masa itu. Ahliahli yang menganggotai Jawatankuasa ini pada masa itu ialah terdiri daripada tiga kaum utama di Tanah Melayu iaitu Melayu, Cina dan India. Jawatankuasa ini ditubuhkan bagi mengkaji perkara-perkara seperti berikut : 1. Mengkaji Dasar Pendidikan Persekutuan Tanah Melayu yang ada sekarang dan mencadangkan sebarang pindaan atau penyesuaian yang difikirkan perlu dengan tujuan membina sistem pendidikan kebangsaan yang dapat diterima oleh rakyat Persekutuan pada keseluruhannya. 2. Mengkaji Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan sambil menjamin perkembangan bahasa dan kebudayaan kaum-kaum yang lain di negara ini. 3. Mengkaji Sistem Pendidikan Persekutuan termasuk Ordinan Pelajaran 1952, supaya peruntukan-peruntukan dipinda atau disesuaikan jika difikirkan perlu, serta langkah-langkah

perlaksanaan yang patut diambil terhadap dasar pendidikan seperti yang tercatat dalam Council Paper 1956.

Setelah ditubuhkan, Jawatankuasa Pendidikan ini telah mengemukakan Laporannya, yang dikenali sebagai Laporan Razak 1956. Di antara cadangancadangan yang diutarakan dalam laporan ini ialah : Keempat-empat sistem persekolahan dalam peringkat sekolah rendah akan terus diadakan; kurikulumnya akan dipinda dan disesuaikan dengan menyerapkan unsur-unsur kebangsaan ke dalamnya. Sistem persekolahan ini akan dipinda kepada dua kategori sahaja, iaitu Sekolah Umum dan Sekolah Jenis Umum. Sekolah umum menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa

penghantar dan sekolah jenis umum menggunakan bahasa Inggeris, sekolah cina dan sekolah Tamil menggunakan bahasa penghantar mereka. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris akan menjadi mata pelajaran wajib bagi semua sekolah. Murid-murid Cina dan India boleh mempelajari bahasa Ibunda mereka sendiri di Sekolah Jenis Umum ( aliran Inggeris ), jika terdapat permintaan daripada ibu bapa mereka dengan jumlah murid lima belas orangnya. Untuk membentuk satu identiti yang sama bagi generasi berbilang kaum yang akan datang, satu sukatan pelajaran yang sama harus digubal bagi semua sekolah rendah. Sekolah-sekolah ini akan dikelolakan oleh Penguasa Pelajaran Tempatan bersama-sama dengan Jemaah Pengurus Sekolah atau Lembaga Pengelola Sekolah. Kelayakan guru untuk mengajar di sekolag rendah ialah sekurang-kurangnya memperoleh Sijil Rendah Menengah

Rendah serta mendapat latihan sepenuh masa selama setahun diikuti dengan dua tahun latihan separuh masa. Untuk membentuk sistem pendidikan kebangsaan, adalah dicadangkan penubuhan satu jenis sekolah menengah sahaja di mana Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dijadikan bahasa yang wajib dipelajari oleh semua murid.
7

Sistem pendidikan sekolah menengah akan dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitu : 1. Sekolah Menengah Rendah (3 tahun) 2. Sekolah Menengah Atas (2 tahun) 3. Sekolah Pra-Universiti (2 tahun) Untuk memasuki sekolah menengah rendah, murid-murid dikehendaki lulus dalam dalam Peperiksaan Masuk Sekolah Menengah. Untuk menjamin kelicinan perkhidmatan guru, adalah

dicadangkan bahawa semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional. Jemaah Nazir Persekutuan haruslah ditubuhkan supaya

memberikan bimbingan kepada guru-guru berkenaan.

Ini adalah kali pertama dimana dalam sejarah Malaysia perancangan Pendidikanyang telah dirangka untuk semua kaum dengan corak identiti kebangsaan. Laporan ini menjadi asas perkembangan pendidikan di negara kita selanjutnya. Semasa pengumumannya, Laporan Razak disambut baik oleh masyarakat pada keseluruhannya. Walaubagaimanapun, wujud rasa kurang puas hati dalam Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina dengan sesetengah cadangan yang diusulkan dalam laporan itu. Persatuan ini mendesak kerajaan supaya semua peperiksaan rasmi yang ditadbir kerajaan hendaklah menggunakan bahasa penghantar seperti yang digunakan di sekolah masing-masing mengikut jenisnya. Apabila Laporan Razak dikuatkuasakan dalam Ordinan Pelajaran 1957, salah satu langkah yang diambil oleh kerajaan ialah murid-murid yang melebihi umur persekolahannya dikehendaki meninggalkan sekolah yang melibatkan ramai murid di sekolah Cina. Namun tindakan itu dibantah dan pelajar Cina mengadakan tunjuk perasaan. Bagi menangani masalah tersebut, kerajaan bersetuju untuk

melaksanakan peraturan ini secara berperingkat. Akhirnya masalah dalam Laporan Razak ini berjaya diselesaikan. Antara faktor yang menyebabkan masalah yang dihadapi berjaya diselesaikan ialah :

Laporan ini direstui dan disokong oleh kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Keazaman kerajaan menjayakan sistem pendidikan kebangsaan yang dicadangkan dalam Laporan Razak Mutu sekolah dapat dipertinggikan dengan cara meningkatkan syarat kelayakan guru untuk mengajar di sekolah kebangsaan.

Namun pendidikan Negara telah mengalami perubahan selepas merdeka.Ini terbukti apabila wujudnya laporan pendidikan seperti Laporan Rahman Talib 1960. Pada tahun 1959, sebuah Jawatankuasa Penyemak Pelajaran telah dibentuk dengan melantik Y.B Encik Abdul Rahman Talib, yang pada ketika itu merupakan Menteri Pelajaran Malaya, sebagai pengerusi. Pelantikan Jawatankuasa ini bertujuan untuk mengkaji semula polisi pendidikan kebangsaan sebagaimana yang telah dicadangkan dalam Laporan Razak serta kesan-kesan pelaksanaannya. Jawatankuasa Penyemak Pelajaran tersebut memulakan tugasnya selepas pilihan raya umum 1959 dan menyiapkan laporan pada tahun 1960, dan laporan ini dikenali sebagai Laporan Rahman Talib. Bagaimanapun, di dalam proses kajian, Jawatankuasa Penyemak Pelajaran tersebut juga mendapatii beberapa kelemahan dan perlaksanaan polisi pendidikan kebangsaan seperti yang dicadangkan dalam Laporan Razak. Untuk membentuk suatu Sistem Pendidikan Kebangsaan yang akan menjadi asas bagi perkembangan pendidikan Di Malaya, Jawatankuasa itu telah mencadangkan beberapa pengubahsuaian dan pindaan atas polisi

pendidikan yang telah dikuatkuasakan dalam ordinan Pelajaran 1957. Antara cadangan dalam Laporan Rahman Tallib ialah Jawatakuasa ini mencadangkan bahawa umur persekolahan murid-murid dinaikan daripada 12 tahun kepada 15 tahun kerana di bawah rancangan Laporan Razak, kebanyakan murid yang gagal dipilih untuk masuk sekolah menengah terpaksa meninggalkan sekolah rendah mereka yang menunjukan sisitem pedidikan ini adalah dianggap kurang baik kerana budak-budak dalam lingkungan umur 12 tahun memang sukar mendapat kerja yang sesuai. Cadangan kedua adalah dicadangkan untuk menubuhkan sekolah yang dipanggil Sekolah Pelaajran Lanjutan. Sekolah jenis ini akan menawarkan kursus vokasional selama 3 tahun di mana murid-murid yang gagal memasuki sekolah
9

akademik dilatih supaya memperoleh kemahiran-kemahiran dalam bidang-bidang pekerjaan yang berkenaan. Seterusnya, dalam mengatasi masalah kekurangan guru di Sekolah Pelajaran Lanjutan, Jawantankuasa ini mencadangkan pihak Kementerian Pelajaran untuk menganjurkan latihan separuh masa selama tiga tahun untuk melatih guru-guru yang akan mengajar di sekolah ini. Disamping itu, untuk memberikan kedudukan yang wajar kepada Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, semua Sekolah Rendah Umum dan Sekolah Rendah Jenis Umum dicadang menukarkan namanya menjadi Sekolah Rendah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan. Cadangan Seterusnya ialah sekolah menengah dalam semua peperiksaan awam hendaklah dijalankan dalam bahasa rasmi sahaja, iaitu Bahasa Inggeris atau Bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu yang bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan di antara rakyat berbilang kaum, kerjaaan akan menarik balik bantuan daripada sekolah menengah yang tidak akur dengan sistem pendidikan kebangsaan yang bertujuan menggalakan murid-murid berbilang bangsa untuk menghadiri Sekolah Menengah Kebangsaan atau Sekolah Menengah Jenis Pendidikan. Selain itu, untuk memujuk sekolah-sekolah menengah menukarkan bahasa pengantarnya kepada bahasa rasmi negara, Jawatankuasa ini telah mencadangkan supaya kerajaan hanya memberi bantuan penuh kepada Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan sahaja. Bagaimanapun, sekolah-sekolah menengah yang enggan menukarkan bahasa pengantarnya kepada bahasa rasmi negara boleh menjadi Sekolah Menengah Persendirian. Dalam menyedari baahwa pendidikan tekni dan vokasional adalah penting untuk perkembangan ekonomi dan pendidikan negara, Jawatankuasa ini mencadangkan pertukangan. Jawatankuasa ini, turut mencadangkan agar kemudahan hendaklah diberikan untuk mengajar agama Islam di sekolah jika terdapat sekurang-kurangnya ada 15 orang murid yang beragama Islam. Pembiayaan dalam pengurusan kelas agama di seolah rendah akan ditanggung bersama oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan manakala pembiayaan untuk kelas agama sekolah menengah akan ditanggung oleh kerajaan persekutuan sahaja.
10

penubuhan

Institusi

Teknologi

dan

juga

sekolah-sekolah

Untuk menjamin semua murid akan dapat bersekolah sekurangkurangnya sehingga sekolah menengah rendah, Jawatankuasa ini mencadangkan bahawa bayaran yuran di semua sekolah rendah dimansuhkan. Seperti yang diketahui, Penguasan Pelajaran Tempatan yang ditubuhkan di bawah rancangan Laporan Razak adalah kurang sesuai, maka Jawatankuasa ini mencadangkan pembentukan Lembaga Penasihat pelajaran Negeri untuk menggantikan

tempatnya. Cadangan terakhir ialah, Jawatankuasa ini mencadangkan supaya Jemaah Nazir Negeri ditubuhkan membantu Jemaah Nazir Persekutuan semasa menjalankan tugas penyeliaan mereka. Disebalik cadangan yang ada dalam Laporan Rahman Talib terdapat implikasi antaranya rancangan untuk membentuk sekolah pelajaran lanjutan, bagi menampung murid-murid yang tidak berjaya memasuki sekolah menengah akademik tidak mendapat mendapat sambutan yang diharapkan. Ini disebabkan sistem sekolah ini tidak menyediakan murid supaya membolehkan mereka mengambil suatu peperiksaan yang diiktiraf oleh kerajaan, namun begitu rancangan ini telah dimansuhkan dan diganti dengan sistem pendidikan Aneka Jurusan melalui sistem ini, semua murid dari sekolah rendah dapat peluang memasuki sekolah menengah dan belajar di bawah suatu kurikulum yang sama. Sistem pendidikan di semenanjung Malaysia telah mengalami perubahan dari 1957 hingga 1967. Perkembangan sistem pendidikan kebangsaan di persekutuan Tanah Melayu dalam tempoh awal merdeka boleh dibahagikan kepada dua peringkat. Peringkat pertama merupakan peringkat pelaksanaan Laporan Razak manakala dalam peringkat kedua merupakan peringkat pengubahsuaian daripada rancangan laporan razak. Peringkat ini juga merupakan pelaksanaan rancangan Laporan Rahman Talib. Di dalam tempoh ini, beberapa program pengubahsuaian untuk mempercepatkan proses pelaksanaan sistem pendidikan kebangsaan. Selepas wujud Laporan Rahman Talib, wujud pula Akta Bahasa Kebangsaan (ordinan pelajaran) pada tahun 1967. Akta ini menetapkan Bahasa Malaysia sebagai rasmi yang tunggal,adalah diluluskan pada 3.3.1967 di Dewan Rakyat, dan dikuatkuasakan mulai dari september dalam tahun yang sama. Ekoran

penguatkuasaan Akta Bahasa Kebangsaan 1967, Kementerian Pelajaran, mulai tahun 1968, mengambil langkah-langkah untuk menjadikan Bahasa Malaysia
11

sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah kerajaan. Dalam tahun yang sama, semua mata pelajaran Tahun 1 di SRJK (I), kecuali Bahasa Inggeris dan bahasa ibuanda, di ajarkan dengan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dan seiring dengan perubahan bahasa pengantar di sekolah-sekolah Inggeris, Lembaga Peperiksaan pula mengambil beberapa langkah menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dalam peperiksaan-peperiksaan seperti LCE,MCE dan HSC. Pada tahun 1974, kerajaan telah menubuhkan satu Jawatankuasa Kabinet iaitu yang menyediakan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 yang dianggotai oleh 8 anggota Menteri daripada pelbagai kaum dengan Timbalan Perdana Menteri Y.A.B Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad sebagai pengerusi. Jawatankuasa ini ditugaskan untuk mengkaji pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan, matlamat dan kesan sistem pelajaran, termasuk kurikulumnya untuk memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat negara dapat dipenuhi. Matlamat kajian Jawatankuasa ini ialah untuk mengkaji sejauh mana pelaksanaan dasar pelajaran kebangsaan menerusi sistem pelajaran yang ada pada tahun 1979 dan melalui hasil daripada kajian ini, haruslah syor-syor yang sewajarnya, apa kita dapati matlamat kajian ini sebenarnya tertumpu kepada sistem pelajaran dan kurikulum di semua peringkat pelajaran.. Sistem pendidikan turut tidak mengabaikan pendidikan prasekolah di negara Malaysia. Kanak-kanak berumur 4-6 tahun menerima pendidikan prasekolah sebelum mereka masuk ke sekolah rendah. Sehingga tahun 1991, pendidikan prasekolah masih belum diserapkan secara rasmi dalam sistem pendidikan negara. Penglibatan Kementerian Pendidikan hanya setakat in i menguruskan pendaftaran, menyediakan dan menerbitkan sebuah buka panduan Garis Panduan Kurikulum Prasekolah Malaysia pada tahun 1986. Namun

demikian,Kementerian Pendidikan akan berazam melacarkan program pendidikan prasekolah secara rasmi mulai dari Disember,1991, bagi kanak-kanak dalam lingkungan umur 4-6 tahun, khasnya disekolah-sekolah rendah yang terletak di luar bandar. Tujuan utama menyerapkan program pendidikan prasekolah di dalam sistem pendidikan persekolahan rendah ialah memberi peluang kepada kanakkanak yang berumur di antara 4-6 tahun menerima pendidikan prasekolah, khasnya bagi golongan kanak-kanak yang tidak mampu masuk kelas prasekolah
12

kerana kemiskinan, ataupun di kawasan tinggal mereka yang tiada penubuhan kelas prasekolah. Selain itu, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah juga telah dibentuk berasaskan beberapa faktor utama yang menitikberatkan kehendak individu, negara dan sarwa jagat. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan KBSM adalah seperti berikut : 1. Syor-syor Laporan Kabinet 1979 2. Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara 3. Dasar-dasar kerajaan dan keperluan-keperluan negara 4. Pendidikan umum 5. Pendidikan Kewarganegaraan Semua ini dibentuk bagi menyelaraskan sistem pendidikan negara kita selepas merdeka agar dapat memenuhi tuntutan semua etnik yang ada di dalam negara ini. Kesimpulannya, keseragaman sistem pendidikan dari segi pengurusannya amat penting sekali kerana semua ini bakal memberi impak kepada sistem pendidikan di seluruh negara. Sistem pendidikan yang efisien bakal memberikan impak yang positif dan bakal melahirkan ramai cendekiawan muda dalam kalangan rakyat Malaysia yang mana membantu dalam kita mencapai Wawasan 2020.

13

14

NAMA :CHRISTOPHER TAWI ANAK TIBIN NO. IC : 920510-13-6365

Setelah berjaya menyelesaikan tugasan ini, banyak sekali maklumat dan juga pengalaman baru yang dapat saya timba kerana ini merupakan tugasan yang baru bagi saya. Selama ini saya hanya mengetahui sedikit sahaja mengenai pendidikan. Saya belajar bahawa di negara kita Malaysia, sistem pendidikannya mempunyai sejarah yang tersendiri yang membawa kepada banyak kecemerlangan para pelajar pada masa kini. Sistem pendidikan negara telah pun bermula sejak zaman sebelum merdeka lagi. Pada awalnya, sistem pendidikan ini mendapat banyak tentangan dari pelbagai pihak kerana dianggap tidak bersifat menyeluruh. Namun dengan kebijaksanaan pemimpin pada masa itu, perkara ini dapat diselesaikan. Selain itu, saya juga mengetahui apa yang ada di dalam Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 yang mana banyak menyenaraikan tuntutantuntutan dan juga cadangan yang banyak digunakan dalam sistem pendidikan negara pada masa kini. Semua inilah yang banyak membantu para pelajar dalam mencapai kecemerlangan di samping keseimbang dalam pendidikan yang terdapat di dalam negara. Bukan itu saja, saya juga mengetahui bahawa dalam pembentukan satu sistem pendidikan yang seimbang banyak sekali cabaran dalam mencapai kejayaannya. Namun semua ini dapat diselesaikan di atas dasar timbang rasa dalam kalangan rakyat Malaysia itu sendiri agar semua rakyat Malaysia berpeluang untuk mencapai taraf pendidikan yang sama. Kesimpulannya, semua pengalaman dan apa yang saya pelajari dalam tugasan ini akan saya praktikkan dalam saya mengajar di sekolah nanti.

15

NAMA :CALVIN EVIE ANAK CLEMINE NO. IC : 920626-13-6105

Pertamanya saya ingin besyukur kepada Tuhan kerana dapat menyiapkan kerja kursus Pengantar Pendidikan ini dengan jayanya dan tepat pada tarikh yang ditetapkan. Saya juga ingin menghadiahkan jutaan terima kasih dan sekalung budi kepada pensyarah Pengantar pendidikan kami iaitu Puan Sarimah Binti Saad yang banyak membantu dan membimbing kami semasa melaksanakan kerja kursus ini dengan sebaiknya. Dalam kerja kursus ini, kumpulan kami dikehendaki untuk membuat sebauh esei yang bertajuk Kepelbagaian Murid dan Implikasinya kepada Pelaksanaan Kurikulum. Untuk menulis dan menyediakan esei ini, kami harus membandingkan perbezaan di antara sistem pendidikan Malaysia sebelum dan selepas merdeka. Semasa melaksanakan kerja kursus ini saya telah dapat mengetahui perkembangan sistem pendidikan dari zaman sebelum merdeka dan selepas merdeka, secara tidak langsung saya membandingkan perbezaan antara dua zaman dalam dunia pendidikan. Kami bukan hanya perlu membandingkan perbezaan antara sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka, tetapi juga perlu membuat satu analisis tentang keberkesanan pengubahsuaian murid dan di pelaksanaan kurikulum dan

mempertimbangkan

kepelbagaian

Malaysia.

Perubahan

pengubahsuaian sistem pendidikan dari semasa ke semasa telah memberi perkembangan yang baik kepada pelajar-pelajar di Malaysia. Contohnya, ada sistem pendidikan sebelum merdeka yang menyatakan sekiranya seseorang pelajar itu gagal dalam peperiksaan awam dia akan diberhentikan daripada menghadiri sekolah, tetapi selepas dikaji dengan mendalam oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, sistem ini berubah apabila pelajar yang gagal dalam peperiksaan awam dapat meneruskan persekolahan mereka sehingga ke tingkatan 3 dan tingkatan 5. Apabila sistem digubah, pelaksanaan murid kurikulum di Malaysia dapat memenuhi setiap dan murid

mempertimbangkan

kepelbagaian

kerana

mempunyai latar belakang yang berbeza.


16

Selain itu, kami juga harus menyediakan persembahan Power Point tentang tajuk yang sama .Persembahan ini boleh kita anggap sebagai ringkasan daripada esei yang kami buat. Melalui power point ini kefahaman kami dapat diperkukuhkan lagi, jadi ini dapat memberi input kepada kami yang manganalisis tajuk Kepelbagaian Murid dan Implikasinya kepada Pelaksanaan Kurikulum.

17

18

19

20

BUKU Mok Soon Sang. (2011). Penghantar Pendidikan TERAS Untuk Kursus Persediaan Program Sarjana Muda Pendidikan Sekolah Rendah. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

INTERNET

Abdul Sukur Kamsir ( 2002 ). http://www.scribd.com/doc/11460992/Kepelbagaian-Murid


Dan-Implikasinya-Terhadap-Perlaksanaan-Kurikulum (01/08/2011)

21

Você também pode gostar