Você está na página 1de 4

ALAT ARTIKULASI

1. Bibir Atas 2. Bibir Bawah 3. Gigi Atas 4. Gigi Bawah 5. Gusi 6. Lelangit Keras 7. Lelangit Lembut 8. Anak Tekak 9. Hujung Lidah 10. Hadapan Lidah 11. Tengah Lidah 12. Belakang Lidah 13. Akar Lidah 14. Epiglotis 15. Rongga Suara 16. Rongga Tekak 17. Rongga Hidung 18. Rongga Mulut 19. Rahang 20. Tenggorok

Alat Artikulasi Alat artikulasi hanya terdiri daripada : Lidah Gigi Bibir Gusi Lelangit Rongga Hidung Pita Suara

Fungsi Alat Artikulasi Lidah Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi bahasa.Lidah terbahagi kepada empat bahagian,iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, dan belakang lidah.Pembahagian ini membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi. Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang.Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan. Gigi

Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan bunyi. Bibir

Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut.Bibir terdiri daripada otototot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai.Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut.Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut. Gusi

Gusi merupakan bahagian yang cembung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut.Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan.

Lelangit

Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian,iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung. Rongga Hidung Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak.

Pita Suara Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan. Gambarajah Pita Suara :

LANGKAH-LANGKAH DAN KEADAAN ALAT ARTIKULASI KETIKA MENGELUARKAN BUNYI

Contoh-contoh daripada huruf vokal Semasa membunyikan vokal depan sempit [ i ]: Keadaan bibir hampar.Depan lidah dinaikkan setinggi mungkin kearah lelangit keras.Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menetup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung.Udara dari paru-paru keluar ke rongga hidung.Pita suara digetarkan

Contohnya pada perkataan: Ikan - [i]kan Bila - B[i]la Tali - Tal[i]

Semasa membunyikan vokal depan separuh sempit [ e ] Keadaan bibir hampar.Depan lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah gusi.Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar.Udara dari paru-paru keluar ke rongga hidung.Pita suara digetarkan

Contohnya pada perkataan: Enak [e]nak Teleng tel[e]ng Tempe temp[e]

Contoh contoh daripada huruf konsonan Konsonan geseran gusi tidak bersuara [s] Hadapan lidah dinaikkan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.Pita suara direnggangkan.Arus udara dari paru-paru melalui rongg mulut tanpa menggetarkan pita suara.Udara keluar melalui sempitan depan lidah dan gusi untuk menghasilkan bunyi konsonan geseran gusi tidak bersuara

Contohnya pada perkataan: Silap [s]ilap Lasak La[s]ak Lemas Lema[s]

Konsonan getaran gusi bersuara [ r ] Hujung lidah dikenakan pada gusi.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk membuat sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.Pita suara dirapatkan.Arus udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga tekak menggetarkan pita suara.Arus udara melalaui rongga mulut menggetakan hujung lidah

Contohnya pada perkataan: Rapat [r]apat Tiram Ti[r]am Lebar Leba[r]

Você também pode gostar