Você está na página 1de 12

ILMU PENDIDIKAN

TUTORIAL SOALAN 5(a)


Banding beza antara 5 teori pembelajaran yang telah anda pelajari.Teori pembelajaran manakah yang biasa anda amalkan dalam bilik darjah anda?Beri sebab bagi menyokong pilihan anda.

Pengenalan Apa itu pembelajaran? Pembelajaran menurut Sakin ( 1991) ialah perubahan pada individu hasil daripada pengalaman dan berkaitan dengan pengalaman.Ia boleh berlaku secara sengaja ataau tidak sengaja dan juga boleh berlaku secara formal atau tidak formal. Teori pembelajaran terbahagi kepada 5 iaitu: 1. Teori Pembelajaran Behavioris(Parlov/Skinner) 2. Teori Pembelajaran Kognitif(Piaget) 3. Teori Pembelajaran Sosial ( Bendura) 4. Teori Pembelajran Humanistik ( Maslow/Rogers) 5. Teori Pembelajaran Konstruktivisme(Vygotsky) Teori pembelajaran Behavioris(Parlov/Skinner) Ia dipelopori oleh Ivan parlov,Edward Thorndike,B.F Skinner.Teori ini menekankan pengalaman dalam mentadbir tingkah laku dan mengandungi 2 pelaziman iaitu Pelaziman Klasik dan Pelaziman Operan. Apa itu pelaziman? Pelaziman ialah satu proses tingkah laku organisme berkaitan dengan rangsangan daripada persekitaran.

Pelaziman Klasik (Parlov) Dipelopori oleh Parlov ketika beliau membuat kajian terhadap gerak balas rembesan air liur anjing.

Sebelum pelaziman Anjing tidak mengeluarkan rembesan terlazim (makanan) air (loceng) kerana tiada gerak balas

Semasa pelaziman

Selepas pelaziman penghapusan walaupun

Apabila loceng dibunyikan Apabila turut disediakan,gerak tak disediakan

liurnya dan serentak itu makanan dan balas

dilakukan iaitu makanan dibunyikan lama akan

terlazim loceng

rangsangan tak terlazim (rembesan) akan berlaku. Lama kelamaan ,apabila loceng walaupun tanpa

kelamaan gerak balas tak terlazim(rembesan)

dibunyikan berhenti.

makanan, gerak balas tak terlazim (rembesan) masih berlaku.

Apa itu

gerak balas tak terlazim?

-Gerak balas tak terlazim ialah reaksi yang berlaku secara automatik apbil terdapat rangsangan tak terlazim( makanan).Contoh:rembesan air liur. -Gerak balas terlazim pula ialah gerak balas yang dibangkitkan oleh rangsangan terlazim yang telah dipasangkan.Contoh : bunyi loceng.

Contoh di sekolah: Murid beratur setiap kali loceng berbunyi pada waktu rehat. Sebelum Murid akan terus keluar bilik kelam teratur. darjah kabut akan dan Guru Semasa perlu apabila rehat.Murid terlebih kelamaan Selepas memberi Murid akan lupa kepada loceng peraturan perlu apabil murid elektrik. ini sekiranya tidak menandakn berlaku penghapusan iaitu loceng dahulu. dibunyikan atau ketiadaan

rehat tanpa beratur dan arahan tidak waktu beratur Lama ini Pelaziman Operan

jadi dibunyikan

akan mengikut peraturan

Dipelopori oleh B.F Skinner ketika melakukan beberapa kajian terhadap tikus,burung merpati dan manusia.Pelaziman ini berasaskan rangsangan dan gerak balas.Gerak balas hanya akan berulang jika adanya ganjaran atau motivasi.Apabila ada ganjaran diperkukuhkan. Contoh: Guru hendaklah memberi pujian kepada murid yang menghasilkan sesuatu yang baik seperti projek,buku skrap dan sebagainya.Ini kerana apabila ada ganjaran,motivasi dan pujian maka gerak balas diperkukuhkan. Prinsip-prinsip Teori Behavioris Ada 4 prinsip iaitu: Peneguhan Primer Sekunder Positif Negatif Hukuman Penghapusan Pembentukan dan motivasi maka gerak balas akan

Peneguhan Apa itu peneguhan? Peneguhan ialah sebarang kesan yang menambahkan kekerapan sesuatu tingkah laku. 1) Peneguhan primer(untuk memenuhi keperluan dan dorongan biologi) Makanan Air Keselamatan Kasih sayang 2) Peneguhan sekunder Ialah rangsangan yang memperoleh sifat-sifat peneguhan apabila dikaitkan dengan peneguhan primer. Contoh; peneguhan sosial ( pujian,senyum,pelukn,perhatian) Peneguhan simbolik (wang,gred,bintang) Peneguhn aktiviti (permainan,aktiviti menyeronokkan) 3) Peneguhan positif Ialah satu rangsangan yang menyeronokkan. Contoh:makanan,pujian,gred,air,pelukan yang diberikan setelah berlaku gerak balas yang menjadi sasaran. Seorang murid secara spontan membantu gurunya,lalu diberi pujian.Pada masa akan datang murid itu akan melakukannya lagi. 4) Peneguhan negatif Ialah tingkah laku melalui penghapusan rangsangan yang tidak menyeronokkan. Contoh:Seorang murid gagap tidak akan bercakap di dalam kelas kerana takut diketawakan.Jika guru menerangkan kesan dan memujuk murid lain tidak ketawa, murid yang gagap tadi akan cuba berkomunikasi atau berinteraksi di dalam kelas . Penghapusan rangsangan yang tidak menyeronokkan (ketawa) akan meningkatkan kekerapan gerak balas tersebut. perasaan perasaan kesihatan Diperlukan oleh manusi untuk memenuhi keperlun asas biologi

Apa perbezaan antara peneguhan positi/negatif dengan hukuman?

Peneguhan positif/negatif Meningkatkan tingkah laku. pengukuhan

Hukuman

kepada Melemahkan pengukuhan tingkah laku dan mengawal tingkah laku yang tidak diingini.

Hukuman Ialah rangsangan yang menghasilkan atau meniggalkan amalan tersebut. Hukuman terbahagi kepada 2 iaitu: 1) Hukuman positif contoh: murid bising di dalam kelas,guru memarahib murid lalu gerak balas (bising) semakin berkurangan. 2) Hukuman negatif contoh: menggantung seorang pemain kerana melanggar peraturan. Penghapusan Ialah penghapusan rangsangan yang menyenangkan diikuti gerak balas dan mengurangkan kekerapan gerak balas tersebut. Contoh: Guru tidak sengaja memberi ganjaran (peluang) kepada murid yang berteriak di dalam kelas dengan membenarkan murid itu menyertai perbincangan.Setelah itu, murid berkenaan menyedari bahawa perlu mengangkat tangan untuk menjawab soalan tanpa berteriak.Dan tingkah laku berteriak diharap dapat dikurangkan.Guru tidak harus melayan murid tersebut untuk mengurangkan kekerapan gerak balas. Penghapusan rangsangan Pembentukan Ialah memberi peneguhan serta merta. Contoh: Memberi pujian serta merta kepada murid setelah mereka menyiapkan tugasan mereka. guru tidak melayan murid tersebut diikuti gerak balas.

Teori Pembelajaran Kognitif

Teori ini berasaskan kepada perubahan yang berlaku terhadap cara manusia berfikir dari peringkat bayi hingga zaman kanak-kanak dan remaja sehingga ke peringkat dewasa.Ia menekankan cara-cara bagaimana manusia berinteraksi dengan alam sekitar dan menggambarkan pengalaman-pengalaman secara mendalam. Jean Piaget berpendapat bahawa sepanjang hayat,manusia melalui 4 peringkat pemikiran secara kualitatif: 1) Bayi 2) Kanak-kanak 3) Remaja 4) Dewasa - memperolehi pengetahuan melalui pengalaman sesori iaitu 5 deria. -memperolehi pengethuan melaui persepsi terhadap pengalmn sendiri. Memperoleh pengetahuan melalui aplikasi logik kepada situasi andaian dan realiti

Prinsip Teori Kognitif Terbahagi kepada 4 bahagian: Organisasi

Adaptasi

Prinsip Teori Kognitif

Akomodasi Asimilasi

a) Organisasi Proses berterusan menyusun maklumat dan pengalaman ke dalam sistem mental dan skema. Contoh: Skema minum(cara-cara untuk minum) Skema makan( cara-cara untuk makan)

b) Adaptasi Proses mengatur struktur mental yang sesuai terhadap persekitaran melaui proses asimilasi dan akomodasi. c) Asimilasi Proses memasukkan peristiwa baru ke dalam skema yang sedia ada.Ia juga proses menambah data baru dan sesuaikan dengan skema.Di samping itu,cuba untuk memahami perubahan baru mengikut kesesuan skema sedi ada. Contoh: Seorang kanak-kanak akan memikirkan seekor hamster bagai seekor tikus belanda yang kecil.Kanak-kanak tersebut akan cuba memadankan pengalaman barunya dengan skema sedia ada tentang cara mengenal pasti binatang. d) Akomodasi Proses mengubah skema untuk menerima perubahan baru diterima. Contoh: Kanak-kanak tadi akan menambah skema baru untuk mengenali hamster kepada sistem lain untuk mengenal pasti binatang.

Teori Pembelajaran Sosial (Bendura)

Teori ini hampir kepada pendekatan Teori Behavioris tetapi lebih kepada pembelajaran berdasarkan faktor sosial.Teori ini berpendapat bahaa manusia berfikir dan bertingkah laku melalui pemerhatian terhadap orang lain dan meniru tingkah laku yang baik kepadanya.Ia juga dinamakan pembelajaran melalui model. Ada 4 elemen penting dalam teori Sosial Bendura iaitu: 1) Memberi perhatian 2) Mengekalkan maklumat 3) Menghasilkan tingkah laku 4) Motivasi dan peneguhan

Contoh:

Apabila murid-murid berpakaian kemas dipuji,murid lain akan mengikut tingkah laku tersebut. Berpakaian kemas Dipuji Mengikut tingkah laku - memberi perhatian - mengekalkan maklumat - motivasi/peneguhan - menghasilkan tingkah laku

Teori ini juga lebih berkesan sekiranya terdapat 4 faktor di bawah ini: 1) Umur dan jantina model hendaklah sama dengan murid-murid 2) Status model adalah tinggi 3) Tingkah laku dan model yang diberi ganjaran adalah lebih banyak dikira 4) Mempunyai motivasi yang tinggi untuk meniru satu-satu tingkah laku. Teori Pembelajaran Humanistik Teori ini berpendapat bahawa manusia berbeza dengan haiwan.Manusia sebagai insan yang mempunyai potensi dan berusaha serta berkebolehan mengembangkan potensi tersebut.Seseorang individu bertanggungjawab ke atas tindaknnya.Teori ini menekankan cara berfikir,interpretasi seseorang tentang sesuatu peristiwa. Murid bermotivasi secara semulajadi untuk belajar tetapi dengan syarat mempunyai pengalaman pendidikan yang bermakna.Ia juga menekankan kepentingan peranan guru dalam memberi sokongan dan mengambil berat serta menerangkan sevbab sesuatu perkara perlu dilakukan. Teori ini berasaskan bahawa pelajar mempunyai keperluan untuk sempurna kendiri.Ia juga menitikberatkan perkembangan secara bebas bertujuan membantu kanak-kanak daripada tekanan keluarga dan masyarakat. Prinsip Teori Humanistik 1) Pelajar atau murid akan belajar apa yang mereka ingin tahu. 2) Keinginan untuk belajar lebih penting daripada pemerolehan ilmu dan fakta. 3) Penilaian yang dibuat oleh murid lebih bermakna bagi dirinya. 4) Perasaan,emosi dan suasana persekitaran penting untuk murid bealajr dengan lebih baik. Teori ini sesuai untuk sekolah bestari. Teori Pembelajaran Konstruktivisme(Vygotsky)

Teori ini berpendapat bahawa murid membina pengetahuan berasaskan pengalaman mereka.Mereka menekankan ilmu pengetahuan berdasarkan interaksi sosial,adat budaya dan aktiviti yang membentuk pembinaan dan pembelajaran individu (kendiri/ Self learning) Prinsip Teori Konstruktivisme 1) Menggunakan input sensori(deria) untuk membinanya. 2) Murid belajar cara belajar semas belajar. 3) Sediakan aktiviti yang melibatkan minda ( kaji selidik dan projek) 4) Pembelajaran melibatkan bahasa. 5) Pembelajaran adalah aktiviti sosial.

Teori yang biasa diamalkan di sekolah Teori Sosial Huraian: Apabila menyalin nota,kerap kali tulisan murid-murid tidak kemas seperti cakar ayam.Apabila guru selalu memberi pujian ,ganjaran(bintang/gred) pada hasil tulisan murid yang kemas tulisannya,lama-kelamaan murid itu menjadi model untuk ditiru. Lama kelamaan murid-murid lain akan cuba memperkemaskan tulisan masingmasing. Teori Behavioris Teori ini mempunyai 4 prinsip utama.Sekiranya 4 prinsip ini dijalankan,maka murid akan dapat menghasilkan sesuatu yang baik. Contoh: Peneguhan Primer dan Sekunder Guru perlu bijak mengatur pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.Ini kerana P&P yang menyeronokkan seperti kerja kumpulan,permainan dalam bilik darjah sedikit sebanyak akan mengurangkan rasa tertekan murid dengan situasi harian persekolahan iaitu duduk di kerusi dan menulis apa yang ada.

Hukuman positif Perlu untuk mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini. Contoh:Mengoyakkan buku. Guru akan memberikan tindakan sepatutnya kepada murid-murid yang suka mengoyakkan buku latihan.Oleh itu murid-murid lain tidak akn mengoykkan buku setelah mengetahui akibatnya. Hukuman negatif Namun hukuman negatif perlu dijuhkan.Ini kerana akan menimbulkan implikasi yang kurang baik. Contoh:Guru mendenda murid yang tidak menyiapkan tugasan dengan hukuman balik lewat.Berkemungkinan murid terbabit akan mendendami guru berkenaan atau ponteng sekolh kerana takutkan guru atau ponteng kelas kerana tidak sukakan guru tersebut. Penghapusan Guru perlu bijak mengawal situasi bilik darjah supaya P & P dijalankan dengan berkesan. Contoh: Guru tidak harus melayan murid yang berteriak ketika menjawab soalan tanpa mengangkat tangan.Lama kelamaan murid tersebut akan tahu bahawa untuk menjawab soalan perlu mengangkat tangan tanpa berteriak.

Teori Kontruktivisme Teori ini lebih sesuai untuk murid-murid yang tinggi IQnya.Contoh: Sekolah Bestari atau kelas-kelas yang teratas.Ini kerana ,teori ini berasaskan daripada pengalaman yang diterima oleh murid tersebut. Contoh: Murid diberi satu tugasan yang mencabar.Mereka akan mencari sendiri bagaimana sesuartu bole terjadi dan selalunya tugasn yang berbentuk projek atau kajian kes.

Teori Humanistik Walaupun murid mempunyai motivasi dan keperluan sempurna kendiri,guru masih perlu mengambil kira terhadap perkembangan dan sokongan murid-murid.Ini kerana murid-murid ini masih di peringkat awal untuk mengawal tekanan sekeliling.

Contoh:Murid A bermotivasi untuk ke sekolah setiap hari.Namun apabila masalah keluarga yang banyak boleh membantutkan motivasi murid ini.Guru perlu berunding dengan pihak keluarga jika perlu.

Bibliografi

Você também pode gostar