Você está na página 1de 7

TugasanKISSM2011_NorIrfahArjunawatyMohdNoor_IPGKPM

TugasanKISSM2011_NorIrfahArjunawatyMohdNoor_IPGKPM

Isi Kandungan Tugasan 1 .................................................................................................................3 - 6 Rujukan (Tugasan 1) ................................................................................................ 7

TugasanKISSM2011_NorIrfahArjunawatyMohdNoor_IPGKPM

BAHAGIAN A TUGASAN 1 Soalan Pilihan: Soalan 1 (Perintah Am) Anak kepada seorang kakitangan awam Gred DG41 yang bertugas di Sabah telah dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan doktor pakar di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur. Jelaskan kelayakan yang boleh dituntut oleh kakitangan tersebut berdasarkan Perintah Am Bab B, C dan F.

Jawapan: 1.0. Pengenalan Perintah Am merupakan undang-undang tambahan kepada Akta Suruhanjaya Perkhidmatan, di bawah perkenan Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agung. Ia merangkumi hal-hal seperti lantikan dan kenaikan pangkat, elaun-elaun perkhidmatan, cuti, tatalaku penjawat awam, rumah dan bangunan kerajaan serta waktu bekerja dan lebih masa. Secara dasarnya, perintah ini bukan sahaja diwujudkan sebagai asas yang perlu dipatuhi penjawat awam, bahkan sebagai wadah yang menjaga kebajikan mereka. Untuk tugasan ini, senario yang diberikan melibatkan seorang kakitangan awam DG41 yang bertugas di Sabah dan anaknya yang perlu mendapatkan rawatan pakar di Institut Jantung Negara. Oleh itu, saya akan membincangkan kelayakan yang boleh dituntut oleh kakitangan ini berdasarkan Perintah Am Bab B, C dan F.

2.0. Elaun Mendapat Rawatan di Luar Stesyen Kelayakan pertama yang berhak dituntut ialah elaun mendapat rawatan di luar stesyen, dan kakitangan ini boleh membuat tuntutan lain seolah-olah sedang menjalankan urusan rasmi (Modul Khusus KISSM, Perintah Am Bab B: Elaun-elaun
3

TugasanKISSM2011_NorIrfahArjunawatyMohdNoor_IPGKPM

Perkhidmatan, 2011). Elaun ini sah digunapakai oleh mana-mana pegawai atau ahli keluarganya yang memerlukan rawatan di luar stesyen. Dalam senario ini, tuntutan layak dibuat atas rasional jarak yang jauh antara pusat rawatan anak kakitangan ini, IJN dan stesyen beliau berkhidmat, iaitu di Sabah. Sehubungan itu, pegawai ini juga layak membuat tuntutan-tuntutan rasmi lain. Contohnya, dengan Gred DG41, beliau berhak mendapat elaun makan RM 45 untuk diri beliau dan pasangannya, manakala si anak pula berhak mendapat bayaran separuh daripada nilai itu. Bagi elaun lojing atau hotel, pegawai ini layak mendapat salah satu elaun dengan nilai RM 160 untuk hotel atau RM 55 untuk lojing. Untuk elaun perjalanan antara Sabah dan Kuala Lumpur pula, beliau boleh menuntut tambang kapal terbang MAS bagi beliau suami isteri dan anak mereka, mengikut kadar semasa. Namun, sekiranya anak pegawai ini perlu menerima rawatan terus-menerus melebihi 3 bulan dan kurang daripada 6 bulan, beliau dan keluarganya hanya layak menerima 2/3 Elaun Makan dan Elaun Lojing per jumlah hari rawatan.

3.0. Cuti Separuh Gaji Kelayakan kedua ialah cuti separuh gaji, merujuk kepada Mohd Radzi Johari (2011, dalam Modul Khusus KISSM, Perintah Am Bab C: Cuti). Cuti separuh gaji mengikut Perintah Am 13 boleh diberikan atas sebab kesihatan sanak saudara terdekat kakitangan, baik pasangan, anak-anak, ibu bapa dan adik-beradik mereka. Dengan kelayakan setahun berkhidmat, kakitangan ini berhak memohon 30 hari cuti separuh gaji dengan had maksima 180 hari. Walau bagaimanapun, Ketua Jabatannya hanya boleh meluluskan cuti tidak melebihi 14 hari bagi kes anaknya yang sakit. Bagi cuti yang melebihi daripada itu, kelulusan perlulah diperolehi daripada Ketua Setiausaha Kementerian kakitangan ini berkhidmat. Kes ini mungkin akan berlaku sekiranya keadaan kesihatan anak kakitangan ini masih belum pulih apabila tempoh maksima 14 hari cuti yang diluluskan Ketua Jabatan tamat.

4.0. Kelayakan 3: Perubatan


4

TugasanKISSM2011_NorIrfahArjunawatyMohdNoor_IPGKPM

Kelayakan ketiga yang layak diterima kakitangan ini ialah rawatan perubatan, seperti yang dinyatakan dalam Perintah Am Bab F (Modul Khusus KISSM, 2011). Dalam kes ini, anak kakitangan ini berhak mendapat keistimewaan seperti yang boleh diperoleh beliau sendiri. Contohnya, rawatan dan ubatan percuma boleh didapati daripada IJN dengan mengemukakan Borang Permohonan Perbelanjaan Perubatan 1/ 09 yang diluluskan Ketua Jabatan (Pekeliling Perkhidmatan Bil. 21, 2009) . Hanya bayaran wad yang akan dikenakan sekiranya anak beliau perlu dimasukkan ke situ (pengecualian bayaran untuk anak pegawai dalam perkhidmatan perubatan). Kadar bayaran dikira dari jam kemasukan ke wad; lebih 12 jam dikira sehari dan baki hari yang kurang daripada 12 jam tidak perlu dibayar. Bagi kes yang diberikan ubatan dan rawatan kurang daripada 13 jam pula, bayaran wad dikenakan atas toleransi pegawai perubatan. Bayaran boleh dibuat secara tunai, potongan gaji atau ansuran. Namun demikian, sekiranya kes kemasukan wad anak kakitangan ini berlaku pada dan selepas 1 April 2010, tiada bayaran wad dikenakan kerana mulai tarikh tersebut, bayaran wad di semua hospital kerajaan dimansuhkan bagi semua penjawat awam (Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4, 2010). Tetapi, ini tidak menjejaskan kelas kelayakan wad. 4.1 Kelas Kelayakan Wad Bagi kakitangan awam Gred DG41, anak beliau layak ditempatkan di wad Kelas 1 (bilik untuk 2 orang). Sekiranya beliau mahu memindahkan anaknya ke wad yang lebih tinggi daripada kelas kelayakan, kakitangan ini haruslah membuat bayaran seperti yang dikenakan terhadap orang awam dan membayar cengkeram. Sekiranya anak beliau ditempatkan di wad yang lebih rendah daripada kelas kelayakan pula, bayaran akan dikenakan mengikut bil maksima kelas tersebut.

5.0 Rumusan Sebagai rumusannya, terdapat banyak kelayakan yang boleh dituntut oleh seorang kakitangan awam Gred DG41 yang bertugas di Sabah sekiranyanya anak beliau memerlukan rawatan di IJN berdasarkan Perintah Am Bab B, C dan F. Justeru, sebagai penjawat awam, seseorang hendaklah memahami hal-hal yang dinyatakan
5

TugasanKISSM2011_NorIrfahArjunawatyMohdNoor_IPGKPM

dalam Perintah Am secara teliti. Implikasinya, barulah kita dapat memahami apakah kelayakan dan keistimewaan yang boleh dituntut sekiranya ada di antara ahli keluarga yang memerlukan rawatan seperti senario di atas. Rentetan dari ini juga, jelas terbukti bahawa kerajaan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sangat menitikberatkan hal ehwal kebajikan warga kerja mereka, tidak kira gred pangkat dan jabatan mereka. Oleh itu, sebagai kakitangan awam, saya bependapat kita haruslah menunjukkan prestasi kerja yang memberangsangkan, bagi membalas keprihatinan yang diberikan. Inilah yang dikatakan Win-win situation.

(799 patah perkataan, tidak termasuk tajuk dan subtajuk)

Rujukan
6

TugasanKISSM2011_NorIrfahArjunawatyMohdNoor_IPGKPM

Modul Khusus KISSM [CD]. (2011). Malaysia: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pekeliling Perkhidmatan Awam Bil. 21. (2009). Di ambil dari www.jpa.gov.my/docs/pp/2 009/21.pp212009.pdf pada 9 Jun 2011.

Pekeliling Perkhidmatan Awam Bil. 4. (2010). Di ambil dari www.jpa.gov.my/docs/pp/20 10/04.pp042010.pdf pada 9 Jun 2011.

Você também pode gostar