Você está na página 1de 3

Apakah kesan kajian saintifik yang diambil kira selain dari kesan fizikal dan mental terhadap mereka

yang mengamalkan solat ?


Para penyelidik dari Universiti Malaya membuat kajian saintifik mengenai kesan pergerakkan solat terhadap komposisi badan, sistem kardiovaskular (jantung), sakit pinggang, isyarat otak, aktiviti otot dan disfungsi ereksi (mati pucuk) dan hasil kajian saintifik mereka amat mengagumkan.

Apakah yang boleh disimpulkan secara ringkas ?


Secara amnya boleh disimpulkan seperti berikut :a. Komposisi Badan Kajian Pertama

solat dapat mengurangkan lemak dalam badan tabiat rukuk yang sempurna dalam melambatkan proses penuaan dan melancarkan fungsi buah pinggang. tabiat membengkokkan jari kaki ketika sujuk, duduk di antara dua sujud dan tahiyat akhir meningkatkan kadar pembakaran lemak dalam badan dan merendahkan risiko penyakit jantung.

Kajian Kedua

b. Sistem Kardiovaskular (Denyutan Jantung)

Kajian menunjukkan posisi sujud adalah yang terbaik untuk kesihatan jantung. Sesorang yang mengalami masalah tekanan darah tinggi amat digalakkan untuk sujud dengan lebih kerap dan lebih lama agar dapat mengurangkan kadar denyutan jantung dan menurunkan tekanan. c. Otak

Secara amnya ibadat solat dapat menghasilkan keadaan yang tenang pada otak manusia dan dapat meningkatkan penumpuan dan daya ingatan. Solat dapat menyediakan otak untuk lebih bersedia dalam menghadapi tugas pemikiran yang lebih mencabar.

d. Otot

Solat ibarat senaman fizikal yang sederhana yang melibatkan pergerakkan badan seperti berdiri, tunduk, duduk dan sujud disamping memberi kesan kesan pada psikologi, tulang, otot dan serebral. Semasa solat kebanyakan otot dan sendi akan bergerak dan mampu memberi kekuatan kepada sistem otot dan tubuh.

e. Disfungsi Ereksi (Mati Pucuk)

Hasil kajian saintifik pergerakan solat dapat mengaktifkan otot lantai pelvik. Pengaktifan otot lantai pelvik juga dapat memperbaiki darah bagi mereka yang menghidap mati pucuk. Setelah melakukan solat sunat selama 30 minit (12 rakaat) 3 kali seminggu didapati ada perubahan pada ereksi, jangkamasa ereksi dan perubahan isipadu zakar semasa ereksi.

Você também pode gostar