Você está na página 1de 1

ADAT PERKAHWINAN -Dimulakan dengan adapt merisik untuk mengetahui latar belakang keluarga pihak perempuan dan mengelakkan

calon pengantin mempunyai pangkal nama yang sama. -Dalam adapt meminang,seorang wakil dipilih untuk menetapkan jumlah hantaran dan mas kahwin. -Pertunangan ditetapkan oleh pihak lelaki. -Dalam majlis perkahwinan pengantin lelaki akan menjemput pengantin perempuan dan membawanya ke rumah pengantin lelaki.Pasangan pengantin akan melakukan upacara sembahyang dan diikuti dengan adab minum teh.Adat ini melambangkan penerimaan pasangan pengantin terutamanya isteri dalam keluarga suami,di samping memperkenalkan isteri kepada kaum keluarga suami. ADAT KELAHIRAN -Adat melihat perut dilakukan untuk mengetahui jantina bayi. -Adat mengelak pantang dilakukan bagi mengelakkan si ibu daripada dijatuhi hukuman oleh Tuhan akibat tidak mematuhi peraturan. Adat mencukur jambul diadakan selepas kelahiran. Adat full moon diadakan selepas bayi berumur sebulan.Semua saudara mara akan diberi kuih ang ku dan sebiji telur yang diwarnakan merah. -Ibu akan berpantang selama 40 hari dan perlu makan makanan yang boleh memanaskan badan serta tidak boleh mencuci rambut. ADAT KEMATIAN -Semasa menziarahi si mati,perlu memakai pakaian berwarna gelap yang melambangkan kesedihan dan membongkokkan badan kea rah si mati sebagai tanda hormat. -Gambar si mati akan digantung di dinding dan colok akan dinyalakan. -Keranda si mati akan diiringi oleh kaum keluarga dan sahabat handai ke tanah perkuburan atau tempat pembakaran mayat.Tetamu akan diberi seutas benang merah atau gula-gula yang diikat dengan benang merah.