Você está na página 1de 13

RINGKASAN EKSEKUTIF Penggunaan herba dan tumbuhan ubat-ubatan yang lain dalam sektor penjagaan kesihatan bukan merupakan

satu konsep baru dalam sejarah manusia. Kami telah menggunakan tumbuhan untuk penjagaan kesihatan asas pencegahan dan rawatan sejak zaman purba. Dengan evolusi manusia, kita kini boleh mendapatkan manfaat tumbuhan dalam bentuk ubat-ubatan herba.Produk perubatan herba tambahan diet bahawa orang ambil untuk meningkatkan tahap kesihatan mereka. Banyak herba telah digunakan untuk masa yang lama untuk manfaat kesihatan yang didakwa. Mereka dijual sebagai tablet, kapsul, tepung, teh, ekstrak dan tumbuh-tumbuhan yang segar atau kering. Baru-baru ini, kebangkitan berterusan global ubat-ubatan tradisional telah menguatkan permintaan bagi tumbuhan ubatan dan dadah-terbitan tumbuhan.

PENGENALAN Syarikat ini telah diasaskan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad yang berasal dari Kg. Mata Ayer, Perlis pada bulan September 1987 secara kecil-kecilan yang ketika itu dikenali dengan nama Perubatan Tradisional Al Wahida. Selepas 8 tahun beroperasi, berbekal warisan peninggalan nenek moyang, HPA Industries Sdn. Bhd. pun ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995. HPA merujuk kepada Herba Penawar Al-Wahida. HPA Industries Sdn. Bhd diasaskan oleh seorang anak tani yang berpengalaman luas dalam bidang herba di Malaysia. Beliau yang dimaksudkan ialah Tn. Hj. Ismail bin Ahmad selaku pemilik syarikat memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan. Kini, HPA Industries Sdn Bhd memiliki 7 buah kilang bertaraf GMP yang serba moden dan mengusahakan ladang-ladang herba roselle, pegaga, misai kucing, jagung, serai, pisang dan ternakan ayam, itik, lembu dan kambing organik seluas 500 ekar untuk memastikan bekalan herba yang mencukupi. Pengalaman HPA pada masa lalu mampu mencatat sejarah kejayaan dan bertahan sehingga kini. HPA merupakan perniagaan yang penuh dengan potensi, pencapaian dan kecemerlangan. Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan mengenai perubatan herba tradisional sebagai satu rawatan alternatif kepada masyarakat, bukan sahaja memberi kesihatan yang terjamin malahan dapat mengecapi kemakmuran dan memperkayakan kehidupan.

HPA memasuki era Multi Level Marketing (MLM) pada sekitar tahun 1997 melalui anak syarikatnya iaitu Al Wahida Marketing Sdn Bhd dan mendapat pengiktirafan MLM Syariah dari Pusat Konsultasi Syariah Indonesia. HPA juga telah mewujudkan panel syariah untuk memantau perniagaannnya. Lebih 300 jenis produk telah dikeluarkan oleh HPA dan ianya terdiri daripada produk kesihatan (herba), kegunaan harian, makanan & minuman, kosmetik, perkhidmatan umrah & haji, dan lain-lain lagi. Sasaran HPA ialah mengeluarkan 2000 jenis produk lagi pada masa akan datang. Pada tahun 2010, HPA telah memiliki bangunan setinggi 13 tingkat bernilai RM54juta di Seksyen 13 Shah Alam, Selangor. Bangunan ini diberi nama sebagai HPA International Centre (HPAic). Ahli HPA di Malaysia kini seramai 700,000 orang manakala di Indonesia 400,00 Orang, Brunei 10,000 orang, Thailand 20,000 orang dan Kemboja 3,000 orang. HPA juga telah mewujudkan sebanyak 120 buah cawangan di Seluruh Malaysia dengan sebuah pasaraya berkonsepkan herba di Bangunan HPAic. Jualan tertinggi yang pernah dicatat hampir 20 Juta sebulan. HPA juga mempunyai perniagaan lain seperti 11 buah rangkaian restoran makanan segera Radix Fried Chicken (RFC), El Zahraa Inn (Hotel), restoran masakan cina Radix Oriental Cuisine (ROC), restoran Organik Recipe, Radix Pizza House (Malaysia dan Indonesia) dan sebuah Pusat Pengajian Islam dan Bahasa Arab Manhal-HPA.

KEJAYAAN PERNIAGAAN HPA 100% milik Bumiputra Muslim Sebuah perniagaan 100% milik Bumiputra Muslim dan telah lebih 20 tahun berada dalam industri herba. Produk pelbagai jenis, Suci & Halal Lebih 100 jenis produk telah dikeluarkan oleh HPA dan ianya terdiri daripada produk kesihatan (herba), kegunaan harian, makanan, minuman, kosmetik, umrah & haji dan lain-lain lagi. Sasaran HPA ialah mengeluarkan 500 jenis produk lagi pada masa akan datang. Harga murah dan berpatutan Harga produk HPA sangat kompetitif dan berpatutan. HPA juga menekankan prinsip IHSAN dalam soal harga produk. Ini bertujuan untuk membolehkan setiap golongan tidak kira kaya atau miskin mampu memilikinya.

Mendapat pengiktirafan MLM Syariah HPA memasuki era Multi Level Marketing (MLM) mulai 1997 dan mendapat pengiktirafan MLM Syariah dari Pusat Konsultasi Syariah Indonesia. Penerapan amalan Islam dalam pekerjaan Semua pekerja kilang diwajibkan berwudhuk, menutup aurat, membaca Al-Mathurat dan solat sunat dhuha sebelum memulakan kerja. Perubatan JAWI HPA memperkenalkan konsep PERUBATAN JAWI yang menggabungkan sumber Ilahiah dan Alamiah. Ianya terdiri daripada perubatan herba, ilmu diagnosis penyakit melalui tapak tangan, anak mata dan juga perawatan seperti bekam, akupunktur, refleksologi dan lain-lain lagi. Semua ahli berpeluang untuk mempelajarinya. Kebajikan Setiap bulan HPA akan menginfakkan sebahagian keuntungan kepada pertubuhan kebajikan, maahad tahfiz dan rumah anak yatim. Ini bermakna anda membeli sambil beramal. Plan Pemasaran Hebat Tawaran 11 ganjaran lumayan kepada para pengedar melalui plan pemasaran Era Baru yang terbukti berjaya melahirkan usahawan HPA dengan pendapatan 5 angka sebulan. Latihan Keusahawanan Program Khas Laluan Ke Puncak Jaya diwujudkan bagi memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada semua ahli untuk menjalankan perniagaan MLM Syariah HPA. Program ini sangat berkesan sehingga berjaya melonjakkan jualan bulanan HPA. Pengiklanan KOPI RADIX Di Media Massa HPA mengiklankan produknya seperti Kopi RADIX di TV3 dan Radio KEDAH.fm di frekuensi 97.5 fm atau layari radio streaming online www.kedahfm.gov.my setiap hari Khamis jam 2.30 petang.

BAHAGIAN 1 Perniagaan

Visi Syarikat :.

1)HPAkomited mewujudkan rangkaian produk herba sebagai satu kaedah rawatan yang berkesan. 2)HPAkomited menjadi pengeluar dan pemasar produk halal melalui jaringan MLM Syariah di negara ini. 3)HPAkomited membentuk usahawan yang dinamik, progresif dan berwibawa.

Misi Syarikat :.

1)HPA memberi keutamaan mempelbagaikan lagi rangkaian produk-produk herbadan juga program penyelidikan yang berupaya meningkatkan lagi mutu keluaran yang berkesan dan dapat membantu melegakan jenis-jenis penyakit yang dialami. 2)HPAjuga memberi keutamaan mempelbagaikan keluaran produk-produk halal bagi tiga produk utama iaitu makanan kesihatan, kosmetik dan barangan keperluan harian. 3)HPA menyedia dan memberi kemudahan bagi usahawan untuk terus mengembangkan pengetahuan dan memantapkan lagi perniagaan ke arah kejayaan diri, keluarga, dan masyarakat.

Keterangan Perniagaan

HPA ingin menjadi pengeluar dan pengedar barangan herba No.1 di seluruh Malaysia serta memimpin industri herba di Malaysia dari pengeluaran yang innovatif,berdaya maju dan berwawasan,selain itu memberi keutamaan terhadap program peningkatan dan pembangunan usahawan 4

Produk dan Perkhidmatan PRODUK-PRODUK HPA RADIX COLA HPA ORGANICS RADIX BAKERY HOUSE PRODUK KEGUNAAN HARIAN PRODUK MAKANAN & MINUMAN PRODUK KESIHATAN PRODUK KOSMETIK RADIX FRIED CHICKEN (RFC) RADIX ORIENTAL CUISINE (Restoren Makanan Cina) RADIX ORGANIC RECIPE (Restoren Nasi Ayam Organik) RADIX CHICKEN HOUSE

PERKHIDMATAN RAWATAN PERUBATAN ISLAM HPA ILHAM HOLIDAY (AGENSI PELANCONGAN) EL ZAHRAA INN (PERHOTELAN) JAWI HOMESTAY JAWI HERB SHOP HPA COLLECTION TOHAROH DOBI MUTIARA HIKMAH (BUKU & KITAB) KOPERASI WAHIDA HPA

SASARAN PASARAN HPA menggunakan kaedah pemasaran yang berkesan untuk memastikan semua produk HPA dipasarkan ke seluruh Malaysia dan mencapai hasrat untuk menguasai pasaran global. Berikutan dengan itu, HPA telah menubuhkan syarikat pemasaran sendiri iaitu Al Wahida Marketing Sdn. Bhd. pada 1 Februari 1996 dengan No. Pendaftaran 376131-A, mendapat lesen di bawah Akta Jualan Langsung dari Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, berfungsi untuk memasarkan produk HPA melalui konsep sistem Multi-Level Marketing (MLM). Ia merupakan satu kaedah dan strategi yang cukup berkesan untuk memperkenalkan produk-produk kepada pelanggan. 5

LOKASI PERNIAGAAN

HPA telah membuka beberapa cawangan di semua negeri bagi memastikan proses pemindahan maklumat dapat disalurkan dengan sempurna dan semua pelanggan dapat membeli produk dengan senang dan cepat. Antara aktiviti yang berlaku di peringkat cawangan adalah penjualan produk disamping penyebaran maklumat produk melalui inisiatif seperti broshur, pamplet, flyers dan kursus mingguan yang dianjurkan.HPA mensasarkan penambahan cawangan di seluruh negeri sebanyak 150 cawangan sehingga Jun tahun 2009. Buat masa ini cawangan HPA yang sedia ada adalah sebanyak lebih 70 buah cawangan.Termasuk 5 cawangan di Indonesia dan 1 di Brunei. Agen Stok HPA kini sudah melebihi dari 1200 orang dengan keahlian perniagaan MLM lebih 500, 000 orang.

MODEL PERNIAGAAN HPA (Herba Penawar Al-Wahida) adalah syarikat pengeluar kopi pracampuran RADIX yang iklannya banyak disiarkan di TV3 dan TV9, juga merupakan sebuah syarikat yang begitu komited dalam mengeluarkan produk-produk Halal berupa makanan kesihatan dan produk kegunaan harian untuk kegunaan umat Islam di negara ini dan juga di negara-negara di seluruh dunia. Setakat ini, HPA telah mengeluarkan lebih dari 100 jenis barangan dan mempunyai cawangan melebihi 100 cawangan di seluruh Malaysia. Matlamat syarikat ialah untuk mencukupkan 150 cawangan di seluruh Malaysia menjelang Jun 2009 dengan keahlian MLM seramai lebih 500,000 orang. Jualan bulanan syarikat telah naik mendadak melebihi RM10 juta sebulan, Dengan peningkatan cawangan dan produk, tidak mustahil matlamat RM20 juta jualan bulanan akan dicapai tidak lama lagi.

MATLAMAT STRATEGI PERNIAGAAN HPA Industries Sdn Bhd (HPA), syarikat pemasaran pelbagai peringkat (MLM) milik Bumiputera terbesar di negara ini, menyasarkan mempunyai pasar raya besar berkonsep produk halal dan suci keluaran orang Islam sendiri dalam tempoh lima tahun akan datang.Keutamaan pelanggan sememangnya menjadi amalan pihak pengurusan. Untuk menjamin organisasi yang berdaya maju, beberapa bahagian yang diketuai pengurus-pengurus terlatih telah diwujudkan. HPA Industries Sdn Bhd diterajui oleh Pengarah Urusan, dibantu oleh enam orang Pengurus Besar iaitu :1. Pengurus Besar Al Wahida Marketing Sdn Bhd 2. Pengurus Besar HPA Food & Beverage Sdn Bhd 3. Pengurus Besar HPA Industries Sdn Bhd 4. Pengurus Besar Akaun 5. Pengurus Besar PT Wahida Indonesia. 6. Pengurus Besar Sistem Pengurusan Maklumat MIS

PRETASI SYARIKAT HPA Industries Sdn Bhd (HPA), syarikat pemasaran pelbagai peringkat (MLM) milik Bumiputera terbesar di negara ini, menyasarkan mempunyai pasar raya besar berkonsep produk halal dan suci keluaran orang Islam sendiri. Majlis pelancaran HPA Halal Mall itu bersamaan dengan perasmian mercu tanda HPA dikenali HPA International Center (HPAIC) yang bernilai hampir RM60 juta di Seksyen 13, Shah Alam Selangor pada hari yang sama, disempurnakan Pengarah Urusan 1 HPA, Ismail Ahmad bersama lebih 2,000 Pengarah Jati Setia (PJS) dan ahli syarikat itu dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Kemboja dan Brunei. Menurutnya, HPA yakin pemasaran tidak menjadi masalah kerana selain mempunyai lebih 670,000 ahli yang komited di Malaysia dan 250,000 di Indonesia, Kemboja, Thailand dan Brunei, produk halal dan suci dicari semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa.

PENGURUSAN DAN ORGANISASI Keutamaan pelanggan sememangnya menjadi amalan pihak pengurusan. Untuk menjamin organisasi yang berdaya maju, beberapa bahagian yang diketuai pengurus-pengurus terlatih telah diwujudkan. HPA Industries Sdn Bhd diterajui oleh Pengarah Urusan, dibantu oleh enam orang Pengurus Besar iaitu :1. Pengurus Besar Al Wahida Marketing Sdn Bhd 2. Pengurus Besar HPA Food & Beverage Sdn Bhd 3. Pengurus Besar HPA Industries Sdn Bhd 4. Pengurus Besar Akaun 5. Pengurus Besar PT Wahida Indonesia. 6. Pengurus Besar Sistem Pengurusan Maklumat MIS

SWOT ANALYSIS Kekuatan Pelan Pemasaran HPA Berteraskan prinsip ihsan Keadilan pada setiap peringkat Telus dan berdaya saing Bebas daripada gimik, perangkap dan penindasan Sesuai dengan kehendak dan cabaran MLM masa kini Mampu menjana pendapatan puluhan ribu ringgit setiap bulan Plan Pemasaran Era Baru HPA dijamin ADIL dan SUKSES.

Kelemahan Produk HPA ini boleh dikatakan masih belum sinonim dengan kehidupan seharian manusia. Masih terdapat kelemahan dari segi Pemasaran kerana produk-produk keluaran syarikat HPA ini masih sukar didapati contohnya di pasaraya besar. Terdapat pelbagai aduan dari para pengguna terutamanya dari segi kesahihan produk tersebut sama ada ianya benar-benar bercirikan islamik atau tidak.

Peluang Produk-produk keluaran syarikat HPA ini mudah dijual kerana majoriti penduduk di Malaysia ini adalah islam. Mengembangkan jualan produknya ke luar Negara terutamanya Negara yang didiami penduduk islam seperti Indonesia,brunei,kemboja,Singapore dan Thailaind.

Ancaman Persaingan antara produk-produk halal yang lain. Mendapat tentangan dari syarikat-syarikat besar yang mengeluarkan produk yang sama,tetapi produk HPA ini berteraskan islamik,suci dan halal ini mudah mendapat sokongan dari masyarakat tidak kira bangsa atau agama. Sukar untuk menembusi pasaran antarabangsa seperti Negara Eropah dan Amerika kerana majoriti penduduknya bukan beragama islam.

KECEKAPAN TERAS DAN KELEBIHAN PERSAINGAN HPA pada masa lalu mampu mencatat sejarah kejayaan dan bertahan sehingga kini. HPA merupakan perniagaan yang penuh dengan potensi, pencapaian dan kecemerlangan. Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan mengenai perubatan herba tradisional sebagai satu rawatan alternatif kepada masyarakat, bukan sahaja memberi kesihatan yang terjamin malahan dapat mengecapi kemakmuran dan memperkayakan kehidupan.Kelebihan persaingan juga telah menjadikan syarikat ini Berjaya di peringkat dalam dan luar Negara. 10

INDUSTRI ATAU ANALISIS PASARAN Ciri-Ciri Ekonomi Mempunyai LADANG PEGAGA ROSELLE SPIRULINA HPA Industries Sdn Bhd memiliki ladang-ladang herba seluas 500 ekar. Termasuk kontrak dengan petani2 di Perlis & Kedah. Penanaman tanpa baja kimia dan racun serangga.

Faktor-Faktor Kejayaan Utama Menjadikan produk halal no 1 dalam Negara,selain itu memberi ruang kepada mereka yang ingin menceburi bidang perniagaan yang berteraskan islamik.HPA telah mengeluarkan pelbagai jenis produk halal dan syarikat ini 100% dimiliki oleh bumiputera muslim.Selain itu,faktor utama yang mendorong kejayaan syarikat ini adalah pelanggan,ini kerana tanpa pelanggan sesebuah syarikat itu tidak akan berjaya.

Treand dan Peluang HPA telah memberi banyak manafaat kepada rakyat khusunya yang beragama islam kerana produk-produk yang dikeluarkan adalah berunsur islamik dan HPA memberi jaminan bahawa semua produknya halal di sisi undang-undang.Kini produk-produk HPA sudah dikenali ramai dan penggunaan kian meningkat dari tahun ke tahun.Terdapat pelbagai peluang kerjaya dalam perniagaan HPA ini khususnya kepada mereka yang inginkan perniagaan berkonsepkan islamik. HPA telah menawarkan berbagai cara dimana pelanggan bukan sekadar hanya menggunakan produk-produk tersebut,malahan pelanggan juga boleh menjadikan ia sebagai sumber pendapatan iaitu melalui sistem yang diperkenalkan oleh HPA iaitu sistem MLM syariah,dengan adanya sistem ini juga,HPA secara tidak lansung dapat mengembangkan lagi perniagaannya keseluruh pelusuk Negara.

11

5 PASUKAN ANALISIS (PORTER) 5 pasukan analisis porter adalah satu rangka kerja bagi analisis industri dan pembangunan perniagaan strategi yang dibentuk oleh Michael E. Porter Harvard Business School pada tahun 1979. Ia menarik kepada industri organisasi (IO) ekonomi untuk mendapatkan lima kuasa-kuasa yang menentukan keamatan daya saing dan daya tarikan pasaran. Daya tarikan dalam konteks ini merujuk kepada keuntungan industri keseluruhan.Biasanya ia memerlukan unit perniagaan untuk menilai semula pasaran yang diberikan perubahan keseluruhan maklumat industri. Daya tarikan industri secara keseluruhan tidak membayangkan bahawa setiap firma dalam industri akan kembali mendapat keuntungan yang sama. Firma boleh memohon kecekapan teras mereka dengan cara melalui model perniagaan atau rangkaian untuk mencapai keuntungan melebihi purata industri.Bagi syarikat HPA,perlunya ada analisis supaya ianya dapat menentukan keamatan daya saing dan daya tarikan pasaran,ia menentukan tahap kejayaan sesuatu perniagaan sekiranya elimen-elimen ini diterapkan dalam perniagaan tersebut.Sebagai contoh kita lihat bagaimana syarikat HPA menjadikan produk-produknya antara yang terbaik diantara produkproduk yang lain,ini kerana perlu adanya objektif utama dari segi pemasaran,harga dan kualiti.

ANALISIS PESAING Analisis Kumpulan Strategik Syarikat HPA telah menjadi antara syarikat yang terkemuka di Negara ini dengan mengeluarkan produk yang berbentuk islamik dan memberi jaminan 100% halal.Oleh sebab demikian,segala analisis strategik perlu dilakukan bagi menjadikan syarikat ini terus maju dan berdaya saing keseluruh rantau asia.Antara lain,ianya dapat menentukan jatuh bangunnya sesebuah perniagaan tersebut.

Kekuatan Penilaian Persaingan(Berdasarkan Faktor-Faktor Kejayaan Utama) Faktor kejayaan sesebuah syarikat bergantung pada bagaimana cara penilaian persaingan itu dibuat.Dalam perniagaan syarikat HPA ini,terdapat pelbagai faktor yang mendorong kejayaan syarikat ini antaranya seperti mengeluarkan berbagai produk yang suci dan halal selaras dengan objektif utama syarikat dimana semua produk ini mudah diterima masyarakat khususnya yang beragama islam.Selain itu,syarikat ini bukan sahaja mensasarkan pelanggannya yang beragama islam,tetapi segala produknya dibuat untuk kegunaan semua dan tidak mengira bangsa atau agama.

12

Stretegik Analisis Generik(PORTER) Strategik generik iaitu strategik perniagaan dalam rangka menggunguli pesaing dalam industri yang sama.Jika sesuatu perniagaan ingin meningkatkan usahanya dalam persaingan yang semakin kuat.Dalam perniagaan HPA ini,banyak faktor yang mendorong kejayaan syarikat ini antaranya mempunyai tenaga kerja yang cekap dan mahir,mempunyai cawangan seluruh Negara,menggunakan teknologi mengikut peredaran semasa.Antara lain syarikat ini telah lama ditubuhkan,namun kini diberi nafas yang baru.

Rujukan utama: Laman sesawang HPA, http://www.HPA.com.my

Rujukan lain: Laman sesawang Berita Harian Online, http://www.bharian.com.my

Laman sesawang Harian Metro Online, http://www.hmetro.com.my

13 ISI KANDUNGAN HALAMAN

RINGKASAN ESEKUTIF DAN PENGENALAN

BAHAGIAN 1: KEJAYAAN PERNIAGAAN HPA

10

BAHAGIAN 4: PERTIMBANGAN-PERTIMBANGAN LAIN

13

BAHAGIAN 5: RUMUSAN DAN KESIMPULAN

18

BAHAGIAN 6: RUJUKAN

20

Você também pode gostar