Você está na página 1de 10

1.

0 PENDAHULUAN Ekonomi di Malaysia semasa kolonialisme British telah menunjukkan peningkatan kerana berlaku transformasi daripada sistem feudal kepada sistem kapitalis. Hal ini sememangnya lebih sinonim dengan keadaan yang berlaku di dunia Barat, 1 tetapi jika kita perhatikan perubahan daripada sistem feudal kepada kapitalis turut berlaku di Malaysia setelah perlombongan bijih timah menjadi hasil pengeluaran yang terpenting pada abad ke-19. Menurut hujahan Wallerstein, perkembangan perlombongan di Malaysia mempunyai hubungkait dengan keadaan ekonomi pusat dan pinggiran.2 Walaubagaimanapun, perhubungan ini memang tidak boleh dinafikan kerana ekonomi pusat iaitu Britain telah bangkit sebagai negara perindustrian dan amat memerlukan bijih timah untuk diproses sebagai bahan untuk mengetin makanan dan sebagainya. Sebagai contohnya, pada tahun 1860-an perusahaan menyadur bijih timah telah berkembang di Britain yang memerlukan mereka untuk mendapatkan lebih banyak bekalan tersebut mengakibatkan kawasan di Tanah Melayu menjadi kawasan tumpuan mereka yang utama.3 Manakala Malaysia pula merupakan ekonomi pinggiran yang kaya dengan bahan mentah terutamanya bijih timah. Maka kesempatan ini telah diambil oleh British semasa menjajah tanah Melayu untuk mengeksploitasi kekayaan tersebut. Perlombongan bahan mentah yang berlaku di Malaysia juga termasuk perlombongan emas di Pahang, antimoni di Sarawak, batu granit di negeri pantai timur dan yang paling utama adalah bijih timah di Perak, Selangor, negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan negeri-negeri Melayu yang lain.4

1 2

Ishak Shari. (1988). Pembangunan dan Kemunduran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 27-55 Wallerstein, Immanuel. (1987). The Capitalist World Economy. Cambridge University Press. hlm 1-152 3 Khoo Kay Kim. (1979). Sejarah Malaysia Sepintas Lalu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 70 4 Wong Lin Ken. (1965). The Malayan Tin Industry to 1914. Tucson: The Association for Asian Studies, Monographs and Papers, No XIV. hlm 3-52

2.0 KESAN DASAR PERLOMBONGAN BIJIH TIMAH Bagi menguruskan perlombongan bijih timah agar dapat mengeluarkan hasil yang lebih banyak, maka suatu cara yang sistematik perlulah dibuat agar berjaya mencapai matlamat yang ditetapkan. Perkara ini merujuk kepada pihak British yang telah menguasai ekonomi di Malaysia bermula pada abad ke-19 sehinggalah negara mencapai kemerdekaan. Berbalik kepada perbincangan yang dikehendaki oleh soalan, polisi atau dasar yang diperkenalkan oleh British dalam usaha meningkatkan perlombongan bijih timah telah memberikan kesan ke atas ekonomi pusat ataupun lebih dikenali sebagai ekonomi British dan juga ekonomi pinggiran ataupun ekonomi di Malaysia. Dalam erti kata lain yang lebih mudah berdasarkan hujahan Wallerstein, negeri-negeri pinggir adalah negeri-negeri yang kurang membangun seperti Malaysia pada ketika itu telah menyalurkan sumber bahan mentah iaitu bijih timah kepada negara-negara pusat ataupun negara membangun khususnya Britain sebagai salah satu kuasa yang menjajah Tanah Melayu dan juga salah satu negara yang sedang menghadapi zaman revolusi industri.5 Oleh itu, antara kesan yang dapat dilihat berdasarkan dasar perlombongan bijih timah yang dibuat oleh British ialah peningkatan hasil pengeluaran bijih timah untuk dieksport ke negara luar termasuk Britain. Setelah British berjaya menguasai politik orang Melayu melalui penempatan Residen di setiap negeri, maka ini memudahkan lagi pihak British mengaut keuntungan melalui eksploitasi terhadap sumber ekonomi di Malaysia terutamanya bijih timah. Bukti yang boleh dilihat ialah penempatan Residen British di negeri-negeri Melayu bertujuan untuk menjadi penasihat sultan dalam hal-ehwal pentadbiran kecuali soal adat dan agama telah memberi peluang kepada British untuk mengaut keuntungan ke atas kekayaan bahan mentah di

Ishak Shari. Op cit. hlm 34

Tanah Melayu terutamanya perlombongan bijih timah.6 Peningkatan hasil pengeluaran bijih timah semakin memberansangkan dari tahun ke tahun terutamanya dan pada penghujung abad ke-19 Tanah Melayu menjadi pengeluar bijih timah terbesar dunia yang dianggarkan sebanyak 38 000 tan setahun.7 Selain itu, melalui dasar perlombongan juga telah menyebabkan kemasukan para imigran Cina yang ramai samada secara berhijrah untuk bekerja dan juga dibawa masuk melalui sistem tiket kredit.8 Para imigran ini datang ke Tanah Melayu kebanyakannya untuk bekerja sebagai pelombong bijih timah dan juga sebagai pemodal kerana pada masa tersebut konsesi tanah dan geran tanah perlombongan boleh didapati dengan senang daripada pihak British. Tambahan pula, dengan kadar cukai yang rendah bagi setiap konsesi maka para pelabur telah tertarik untuk melabur dalam sektor perlombongan di Tanah Melayu. Kemasukan para imigran ini juga berlaku kerana faktor tolakan yang berlaku di negara China pada ketika itu seperti bencana alam dan desakan hidup akibat kekurangan makanan serta kedatangan mereka juga atas galakan pihak british serta dibawa oleh pemodal Cina.9 Oleh kerana Malaysia merupakan kawasan yang kaya dengan bahan mentah dan pertanian maka peluang ini telah diambil oleh para pekerja dari China, India, Sumatera dan lain-lain untuk datang berhijrah dan mencari sumber pendapatan.10 Dasar perlombongan juga telah menyebabkan pengenalan sistem kapitalis berlaku di Malaysia kerana British mengamalkan polisi ekonomi secara liberal ataupun lebih dikenali sebagai ekonomi laissez-faire. Melalui pentadbiran British yang mengamalkan dasar tersebut
6 7

Khoo Kay Kim. Op cit. hlm 70-71 Zainal Abidin b Abdul Wahid, Khoo Kay Kim, Mohd Yusuf b Ibrahim, Nik Hassan Suhaimi b Nik Abdul Rahman, Mohd Amin b Hassan. (1992). Malaysia Warisan dan Perkembangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 150 8 Yip Yat Hoong. (1969). The Development of the Tin Mining Industry of Malaya. Kuala Lupur: University of Malaya Press. hlm 69-73 9 Ibid. hlm 66 10 J. Kennedy. (1970). A History of Malaya. London: Macmillan St Martins/ Macmillan and Co Ltd. hlm 188

maka Pulau Pinang dan Singapura muncul sebagai sebuah pelabuhan perdagangan yang penting.11 Pengenalan sistem ini dilakukan kerana British amat menggalakkan para pelabur dari Eropah dan Cina untuk melabur dalam perusahaan lombong bijih timah. Oleh kerana ekonomi pusat merupakan ekonomi yang didasarkan kepada kepentingan negara penjajah iaitu Britain, maka dasar laissez-faire akan menguntungkan British melalui eksploitasi ke atas sewaan royalti, tol jalan dan juga geran atau konsesi tanah perlombongan, cukai eksport dan meningkatkan perkembangan industri serta pasaran mereka.12 Sebagai contoh yang dapat dilihat iaitu pada tahun 1866 sehingga tahun 1870, jumlah eksport atau jualan bijih timah ke negara Eropah adalah sebanyak 91 387 tan dan seterusnya pada tahun 1971 hingga 1975 pula menunjukkan peningkatan sebanyak 24 282 tan menjadikan jumlah eksport ke Eropah dalam lima tahun tersebut berjumlah 115 669 tan.13 Berlainan pula dengan keadaan di Sabah dan Sarawak, kita sedia maklum bahawa Sabah dikuasai oleh Syarikat Borneo Utara British (SBUB) melalui Alfred Dent seorang pemodal England apabila Dent memohon perlindungan daripada British kerana terdapat kuasa besar lain yang ingin menduduki Sabah. Sabah pada masa tersebut dikatakan amat sesuai untuk dijadikan laluan perdagangan kerana terletak berhampiran laut China Selatan kerana menjadi laluan antara India dan China.14 Selain itu, Sabah turut kaya dengan tanah-tanah pertanian yang subur,

menjadi kawasan bebas cukai dan amat sesuai untuk menjalankan aktiviti perdagangan. Walaubagaimanapun, perkara yang terjadi di Sabah dan Sarawak agak berbeza berbanding di Semenanjung Malaysia tetapi eksploitasi ke atas kekayaan di kedua-dua negeri ini turut berlaku
11

Mohd. Isa Othman. (2002). Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd. hlm 186 12 Ibid. hlm 192 13 Wong Lin Ken. Op cit. hlm 14 14 Amity A. Doolittle. (2005). Property and politics in Sabah, Malaysia Native Struggles Over Land Rights. United States: University of Washington Press. hlm 31-32

dan turut mempunyai hubungan dengan pihak British apabila penenpatan Residen bagi setiap kawasan di Sabah seperti di Papar dan Kudat menandakan wujud kekuasaan British melalui SBUB.15 Manakala di Sarawak pula, setelah Pangeran Muda hashim menyerahkan segala hasil dan tanggungjawab ke atas Sarawak pada tahun 1841 kepada James Brooke, maka secara rasminya kekuasaan Sarawak adalah berada di bawah Raja Brooke.16 Kita sedia maklum bahawa Sarawak kaya dengan hasil bumi seperti emas, arang batu, antimoni dan hasil-hasil pertanian dan hutan. Kekayaan ini telah menarik minat James Brooke ke atas Sarawak dan juga kedatangan para imigran dari Cina, Jawa, Sumatera dan lain-lain.17 Contohnya, kedatangan orang-orang Cina adalah untuk bekerja di lombong-lombong emas dan antimoni.18 Memandangkan James Brooke adalah rakyat British maka dia bekerjasama dengan pihak British dalam perdagangan emas dan antimoni untuk dieksport ke negara luar. Pihak British mengambil kesempatan ini bagi menjaga kepentingan mereka serta mengaut keuntungan melalui kekayaan di Sarawak.

Walaubagaimanapun, sebagai Raja Putih yang berkuasa di Sarawak maka semua hasil keuntungan ke atas Sarawak telah dimiliki oleh James Brooke. Melalui kesan terhadap dasar yang telah diperkenalkan oleh British di Malaysia dalam pengeluaran bijih timah ini, maka sekaligus turut mendatangkan kesan ke atas ekonomi pusat dan pinggir. Sememangnya, ekonomi pusat iaitu British mendapat keuntungan besar hasil daripada sektor perlombongan ini. Keuntungan ini boleh dilihat apabila pasaran untuk industri mereka

15

D. S. Ranjit Singh. (2003). The Making of Sabah 1865-1941 The Dynamics of Indigeneous Society. Kuala Lumpur: University of Malaya Press. hlm 154 16 Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia 1791-1965. (2008). Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. hlm 26 17 Ooi Keat Gin. (1997). Of Free Trade and Native Interests The Brookes and the Economic Development of Sarawak, 1841-1941. United States: Oxford University Press. hlm 37 18 Ibid. hlm 37

semakin berkembang dan mendapat permintaan tinggi. Dasar yang dibuat adalah untuk memudahkan urusan pihak British, mengekalkan keamanan, menggalakkan para pelabur untuk melabur dan hasilnya ekonomi pusat dapat mengisi perbendaharaan mereka. 3.0 PERKEMBANGAN PERLOMBONGAN KE ATAS EKONOMI PUSAT DAN

PINGGIRAN 3.1 Ekonomi pusat Sememangnya perkembangan perlombongan amat menguntungkan pihak British dan negara Britain kerana berdasarkan perlombongan bijih timah yang disalurkan oleh ekonomi pinggiran, maka kemajuan Britain dalam industri yang berkait rapat dengan bijih timah sperti kimpalan, pengetinan makanan, pembuatan motokar, badan bateri, wayar, kereta api dan sebagainya semakin berkembang pesat.19 Memang jelas dan nyata keuntungan telah diambil oleh ekonomi pusat hasil daripada perkembangan bijih timah di Tanah Melayu. Keuntungan mereka menjadi semakin berlipat ganda apabila berlaku kenaikan harga timah yang dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti pelaburan yang banyak daripada para pemodal Eropah dan Asia, pertukaran sistem matawang antara setiap negara di dunia dan juga hasil cukai perdagangan yang diperolehi di Tanah Melayu melalui pelabuhan perdagangan di NNS. 3.2 Ekonomi Pinggiran Keuntungan hasil daripada perkembangan perlombongan ini sememangnya amat menguntungkan pihak British tetapi bagi ekonomi pinggiran iaitu ekonomi di Malaysia, tidak semata-mata hanya menjadi pinggiran kerana terdapat juga kesan positif ke atas Tanah Melayu khususnya negeri-negeri Melayu yang mempunyai kawasan perlombongan. Sesungguhnya,
19

Mohd Isa Othman. op cit. hlm 191

kemajuan dan pembangunan negeri-negeri di Tanah Melayu bermula daripada perkembangan perlombongan.20 Setelah banyak kawasan dibuka dan dimajukan sebagai kawasan perlombongan terutamanya yang kaya dengan bijih timah, banyak kemajuan telah dicapai seperti pembinaan infrastruktur yang merangkumi jalan raya, jalan kereta api, kemudahan-kemudahan awam, sekolah, hospital, perkhidmatan pendidikan dan sebagainya telah dilakukan. Sememangnya, kemajuan negeri-negeri Melayu berkait rapat dengan sektor perlombongan apabila Tanah

Melayu pernah menjadi pengeluar terbesar timah dunia dan hampir keseluruhan bijih timah ini dieksport ke seluruh dunia.21 Kemajuan dan hasil yang diperolehi oleh Negeri-negeri Melayu Bersekutu ini juga turut dapat disalurkan kepada negeri Melayu yang lain daripada sumber kewangan khususnya.22 Maka walaupun ekonomi pinggiran ini didasarkan semata-mata untuk ekonomi pusat, terdapat juga pembangunan yang disalurkan kepada Tanah Melayu walaupun sebenarnya perkara tersebut adalah untuk memudahkan urusan pihak British dalam pengangkutan bijih timah bagi tujuan perdagangan. Sebagai contohnya, salah satu kawasan perlombongan iaitu Kinta di Perak telah menjadi kawasan yang maju pertengahan tahun 1874 apabila kawasan tersebut dihubungkan dengan jalan raya, jalan kereta api, telegraf dan lain-lain serta menjadi kawasan untuk diduduki.23 Oleh yang demikian, perkara yang sama turut berlaku terhadap kawasankawasan lain yang membangun sebagai sebuah tapak perlombongan. Selain itu, ekonomi pinggiran juga telah berkembang sedikit sebanyak kerana pembentukan ekonomi kewangan pada awal abad ke-19 iaitu jumlah pertukaran ekonomi antara
20

Joginder Singh Jessy. (1979). Sejarah Tanah Melayu (1400-1959). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 227 21 Zainal Abidin b Abdul Wahid, Khoo Kay Kim, Mohd Yusuf b Ibrahim, Nik Hassan Suhaimi b Nik Abdul Rahman, Mohd Amin b Hassan. Op cit. hlm 147 22 Ibid. hlm 146 23 Ibid. hlm 227

negeri-negeri di Tanah Melayu dan negara luar telah berlaku peningkatan setelah pembukaan NNS.24 Pembentukan ekonomi kewangan ini merangkumi perkara-perkara dalam hal ehwal import dan eksport seperti cukai, royalti, konsesi tanah melalui geran kawasan tanah perlombongan yang didasari oleh ekonomi pusat. Manakala bagi ekonomi pinggiran pula, keuntungan yang diperolehi hasil daripada cukai eksport bijih timah ke negara luar hanya dapat dirasai sedikit sahaja melalui pembinaan infrastruktur di Tanah Melayu. Kebanyakkan daripada pendapatan daripada hasil eksport bijih timah diambil oleh British kerana pihak British yang mentadbir tentang perdagangan bijih timah di Tanah Melayu melalui gabenor di Negeri-negeri Selat dan juga para residen mereka di negeri-negeri Melayu. Dalam tahun 1889 sehingga tahun 1906, duti eksport bagi bijih timah adalah sebanyak satu per tiga hingga satu per dua pendapatan Negeri-negeri Bersekutu dan ini jelas menunujukkan bahawa bijih timah menyumbang kepada pendapatan yang besar kepada Tanah Melayu pada ketika itu.25 Walaubagaimanapun, kesan buruk yang melanda di Tanah Melayu akibat daripada perlombongan ini ialah kekurangan bijih timah semakin ketara apabila banyak kawasan-kawasan lombong ditutup kerana galian ini sudah habis dilombong dan Malaysia pada masa sekarang bukanlah sebuah negara yang mengeluarkan bijih timah lagi kerana tiada lagi kawasan yang mengandungi bijih timah untuk dilombong. Hal ini adalah kerana kerakusan pihak penjajah mengaut segala hasil bahan mentah untuk dibawa ke negara mereka untuk kepentingan mereka sendiri. Selain itu, pada masa perlombongan giat dijalankan, berlaku pula kekurangan tanah pertanian akibat daripada pengambilan tanah untuk memperluaskan lagi kawasan perlombongan
24 25

Khoo Kay Kim. Op cit. hlm 67 Mohd Isa Othman. Op cit. hlm 187

menyebabkan kawsan tanah untuk pertanian tidak mencukupi. Hal ini juga berkait rapat dengan penggunaan teknologi yang dibawa daripada luar iaitu penggunaan kapal korek dan pam kelikir. Penggunaan kedua-dua teknologi ini memerlukan ruang yang besar bagi memudahkan proses melombong bijih timah sehinggakan kawasan lombong diluaskan menyebabkan banyak tanah diambil sebagai tambahan untuk membesarkan kawasan lombong. Perlu ditegaskan bahawa Malaysia bukan semata-mata dianggap sebagai ekonomi pinggiran kerana hasil daripada cukai eksport bijih timah juga telah mampu membangunkan Malaysia melalui pembinaan infrastruktur seperti telegraf, jalan raya, jalan kereta api, pembukaan bandar-bandar baru dan membawa kepada perkembangan perkhidmatan seperti pendidikan, perbankan dan sebagainya. Walaupun tidak dinafikan bahawa banyak keuntungan daripada hasil bijih timah diambil oleh British, tetapi sedikit daripada hasil tersebut turut disumbangkan kepada Tanah Melayu dan rakyat di Tanah Melayu mendapat manfaat dan merasai hasil bijih timah negeri sendiri daripada kemajuan tersebut. Kita juga sedia maklum bahawa pembinaan infrastruktur tersebut adalah untuk kemudahan pihak British tetapi bertitik tolak daripada perkara tersebut Tanah Melayu berupaya berkembang sedikit demi sedikit. Mengikut teori Wallerstein yang mengatakan bahawa dalam situasi yang berlaku di Malaysia berkenaan dengan perlombongan bijih timah telah dianggap sebagai ekonomi pinggiran adalah benar tetapi Malaysia bukan semata-mata hanya ekonomi pinggiran. Hal ini adalah kerana ekonomi di Malaysia turut berkembang dan mengecapi kemajuan walaupun tidak sepenuhnya dan tidak setanding dengan hasil sebenar yang diperolehi akibat daripada segala keuntungan telah dikaut oleh British. Sememangnya tidak dapat disangkal bahawa Britain dianggap sebagai ekonomi pusat dalam situasi ini kerana revolusi industri yang berlaku di negara tersebut memerlukan mereka untuk mencari bijih timah dan seterusnya dibawa balik ke Britain untuk

diproses sebagai barangan separuh siap dan siap. Oleh yang demikian, dalam kes perlombongan ini kita boleh katakan Britain sebagai ekonomi pusat kerana keuntungan yang dikecapi telah membawa negara tersebut kepada kemajuan yang sangat drastik. Bagi Malaysia pula yang dianggap sebagai ekonomi pinggiran semata-mata adalah tidak benar dan persepsi tersebut perlu diubah kerana Malaysia bukan hanya pinggiran semata-mata. Hal ini dapat disokong oleh kemajuan dan peningkatan ekonomi yang berlaku semasa perkembangan perlombongan kerana ekonomi pinggiran sebenarnya juga dianggap sebagai ekonomi untuk negara yang tidak membangun. Tetapi hal yang sebaliknya berlaku di Malaysia kerana terdapat pembangunan yang berlaku walaupun tidak sepenuhnya. Teori Wallerstein ini juga boleh disangkal kerana pada abad ke 19 ekonomi pusat dan pinggiran adalah tidak seimbang dari segi pengeluaran kerana hanya ekonomi pinggir yang mengeluarkan hasil dan tidak ada timbal balas daripada ekonomi pusat yang semata-mata hanya mengaut keuntungan.26 4.0 KESIMPULAN Secara kesimpulannya, kita boleh menganggap Britain sebagai ekonomi pusat kerana mendapatkan hasil dari Tanah Melayu iaitu bijih timah dan Malaysia sebagai pinggiran kerana menyalurkan bijih timah. Tetapi teori ini hanya menepati maksud asas sahaja dan tidak secara menyeluruh kerana ekonomi pusat sepatutnya bertimbal balas dengan ekonomi pinggiran daripada segala aspek seperti bantuan kewangan, pengeluaran makanan dan sebagainya. Dalam kes perlombongan, teori ekonomi pusat adalah benar tetapi bagi ekonomi pinggiran adalah kurang tepat kerana Malaysia bukanlah hanya pinggiran semata-mata.

26

Ishak Shaari. Op cit. hlm 27-42

Você também pode gostar