Você está na página 1de 2

JURNAL REFLEKSI Tugasan tentang peristiwa bercanggah dan menyediakan shoebox sebenarnya satu tugasan yang menarik kerana

ia memerlukan cetusan idea yang kreatif dan mermerlukan kemahiran kritis. Saya telah berusaha dengan sedaya yang mampu untuk menyiapkan tugasan ini dengan sebaiknya dengan merujuk kepada pelbagai sumber seperti rakan-rakan guru yang lain, buku,majalah dan internet. Oleh demikian saya dapat rumuskan bahawa tugasan saya ini ada kekuatan serta kelemahannya.Dari segi kekuatannya ialah pengalaman sedia ada. Berbekalkan pengalaman mengajar 12 tahun ini sedikit sebanyak membantu saya memahami kehendak tugasan untuk dikaitan dengan situasi pengajaran dan pembelajaran. Pengalaman mengajar murid yang berlatar belakangkan golangan kurang berada memudahkan lagi saya mengaitkan

peristiwa bercanggah dalam pengajaran. Saya berkata demikian kerana murid yang berlatar belakangkan kurang kemudahan lebih membuat ramalan daripada membuat pemerhatian. Kekuatan ini digunakan oleh saya untuk mencukil peristiwa bercanggah dikalangan murid saya. Kekuatan kedua ialah bantuan daripada guru-guru senior dan sumber rujukan tanpa batasan iaitu internet. Guru-guru senior membantu dari segi memberi idea manakala sumber internet membolehkan bahan dapat diterokai tanpa sempadan.

Kekuatan ketiga ialah tugasan ini dapat membantu saya meningkatkan lagi pengetahuan tentang kaedah pengajaran dan pembelajaran apatah lagi dunia pendidikan sekarang ini yang penuh mencabar. Apabila adanya kekuatan pasti ada kelemahanya. Kelemahannya ialah murid saya tidak boleh menjalankan ujikaji membetulkan peristiwa bercanggah iaitu kecerahan mentol secara individu. Sebaliknaya saya hanya menjalankannya secara tunjuk cara atau demonstrasi sahaja. Hal ini berlaku kerana kekurangan alatan. Murid saya kebanyakkannya dari golangan kurang mampu utuk membeli alatan atau bahan. Sepanjang menjalankan tugasan ini, saya menghadapi satu masalah besar iaitu kurang memahami secara mendalam tentang peristiwa bercanggahj. Pada mulanya saya mengaggap peristiwa bercanggah adalah sama dengan miskonsepsi tetapi sebenarnya ia berbeza. Pada awalnya saya mengaggap kesilapan murid tentang suatu konsep sains adalah peristiwa bercanggah namun setelah mendapat pelbagai rujukan dan idea dari kawan-kawan barulah saya faham apa yang dimaksudkan dengan peristiwa bercanggah. Bagi mengatasi masalah ini sudah tentu saya perlukan lebih banyak bahan rujukan dan apabila saya merujuk internet guru guru dan ahli pendidikan di luar Negara sebenarnya telah lama mengenal pasti peristiwa bercanggah ini dalam sains dan pelbagai kaedah penyelesaianya. Secara keseluruhanya, tugasan ini telah memberi banyak pengetahuan dan ilmu berkaitan dunia pengajaran terutamanya matapelajaran sains.

Você também pode gostar