Você está na página 1de 33

CIRI-CIRI TATABAHASA TRANSFORMASI GENERATIF DARI SEGI ASPEK DAN STRUKTUR, DAN HUBUNGANNYA DENGAN PERKEMBANGAN TATABAHASA BAHASA

MELAYU.

PENGASAS: AVRAM NOAH CHOMKSY Avram Noah Chomsky (1928- ), ialah seorang ahli linguistik, pendidik, aktivis politik dan penulis Amerika Syarikat yang profilik. Beliau telah dilahir dan dibesarkan di Philadelphian, Pennsylvania. Chomsky mendapat pendidikan di Universiti Pennsylvania di mana beliau menamatkan mengajian ijazah pertamanya pada tahun 1945, pengajian sarjana pada tahun 1955 di bawah didikan Zellig Harriss seorang ahli bahasa Amerika Syarikat yang tersohor, di universiti tersebut. Dari tahun 1951 sehingga tahun 1955 ketika masih lagi menjadi mahasiswa, Chomsky telah pun menjadi junior fellow di Universiti Harvard. Beliau kemudiannya menjadi pensyarah bahasa Perancis dan bahasa Jerman di Massachusetts Institute of Technology (MIT) dalam tahun 1955, dan seterusnya menjadi Profesor dalam bidang bahasa asing dan linguistik dalam tahun 1976 di MIT (Gale Encyclopedia of Psychology 2001). Chomsky telah mencipta dan memperkenalkan satu bidang linguistik baharu yang diberi nama tatabahasa generatif berdasarkan teori yang beliau usahakan sepanjang tahun 1950an. Beliau telah menerbitkan teori yang dipanggil tatabahasa transformasi generatif tersebut dalam bukunya yang bertajuk Syntactic Structures (1975) dan Aspects of the Theory of Syntax (1965).

CIRI-CIRI TATABAHASA TRANSFORMASI GENERATIF Sistem tatabahasa transformasi yang diasaskan oleh Chomsky ini walaupun merupakan lanjutan daripada apa yang telah dibangunkan bersama Harris, namun terdapat perbezaan pendapat dengan apa yang telah dikemukakan oleh Harris. Ternyata sistem tatabahasa berdasarkan Chomsky ini telah menarik perhatian ramai dan telah menerima kesinambungan berterusan yang ekstensif. Chomsky seterusnya menyatakan bahawa teorinya dapat memperlihatkan ciri-ciri universal

dalam mengkaji semua bahasa manusia. Menurut beliau semua bahasa yang digunakan oleh manusia adalah berasaskan peraturan yang sama. Teori transformasi generatif menyatakan bahawa ayat-ayat dalam sesuatu bahasa tidak terhad bilangannya. Walaupun tidak terhad, ayat-ayat ini terbina atas peraturan-peraturan pembentukan ayat yang terbatas bilangannya. Pembinaan ayat daripada struktur-struktur asas dikenal sebagai ayat inti yang dapat melalui proses transformasi. Ayat ini terdiri daripada subjek dan predikat yang tidak diwarnai oleh sebarang suasana seperti pertanyaan, suruhan dan sebagainya. Dalam tatabahasa transformasi generatif penentuan sama ada sesuatu ayat itu gramatis atau tidak boleh dikaitkan dengan persepsi intuisi seseorang penutur terhadap sesuatu yang disebut struktur dalaman, iaitu struktur yang sifatnya amat dasar dan menjadi asas kepada pembentukan atau penerbitan ayat-ayat lain yang lebih kompleks. Persepsi yang dimaksudkan ini memungkinkan seseorang penutur mengenali sesuatu ayat yang mempunyai persamaan makna dengan suatu ayat yang lain, atau dengan kata lain, ia dapat mengenal pasti ayat-ayat yang berparafrasa. Oleh yang demikian, tatabahasa transformasi generatif melihat ayat sebagai mengandungi dua peringkat. Pertama, peringkat struktur dalaman, iaitu struktur yang biasanya mengandungi bentuk ayat dasar atau ayat inti yang diperlukan untuk membentuk asas makna ayat, atau dengan kata lain membentuk semantik ayat. Kedua, peringkat struktur permukaan, iaitu struktur ayat yang biasanya telah mengalami perubahan daripada struktur dalamannya, dan merupakan bentuk ayat yang akan sebenarnya diucapkan oleh si penutur, dan yang diperlukan untuk ditafsirkan oleh bahagian bunyi bahasa yang dinamai komponen fonologi.

Chomsky berpendapat bahawa manusia memperoleh bahasa daripada dua komponen, iaitu komponen competence dan performance. Competence merupakan keupayaan manusia sejak lahir lagi untuk menguasai sejumlah peraturan yang terkandung di dalam kepala penutur. Performance pula merupakan pewujudan bahasa itu seperti yang dilihat dalam percakapan dan penulisan. Konsep

competence yang dikemukakan oleh Chomsky ini lebih memberikan penekanan kepada penutur sebagai individu. Kenyataan yang berbunyi Competence to mean knowledge about cognitive and performative bermakna sejak lahir lagi manusia telah disediakan dengan peraturan-peraturan pembentukan ayat di dalam otaknya (Ishak Ramly 1996). Seperti yang dikatakan dalam Syntactic Structures (1957), terdapat tiga bahagian atau komponen dalam pembentukan ayat, iaitu komponen struktur frasa, komponen transformasi dan komponen morfofonemik. Setiap daripada komponenkomponen ini mengandungi satu set peraturan yang beroperasi terhadap beberapa input untuk menghasilkan beberapa output. Gambaran mengenai struktur frasa boleh dikaitkan secara sendirinya dengan organisasi dalam sistem yang lebih besar. RUMUS STRUKTUR FRASA Rumus struktur frasa menerbitkan ayat-ayat pada peringkat struktur dalaman. Dalam sistem peraturan yang berikut, S untuk Sentence, NP untuk Noun Phrase, VP untuk Verb Phrase, Det untuk Determiner, Aux untuk Auxiliary (verb), N untuk Noun dan V untuk Verb stem. 1) S 2) VP 3) NP 4) Verb 5) Det 6) N 7) Aux 8) V NP + VP NP N V

Verb + Det Aux + +

the, a, ... man, ball, ... will, can, ... hit, see, ...

Tatabahasa struktur frasa yang ringkas ini menghasilkan ayat tatabahasa yang berbunyi The man will hit the ball , dan ayat ini juga membawa kepada keterangan berstruktur. Jenis keterangan berstruktur yang diberi oleh tatabahasa struktur frasa, adalah konstituen analisis struktur ayat itu. Dalam peraturan-peraturan ini, anak panah boleh diinterpretasikan sebagai arahan untuk menulis semula apa sahaja simbol yang muncul pada sebelah kiri anak panah sebagai simbol atau rangkaian simbol yang muncul pada sebelah kanan anak panah. Sebagai contoh, peraturan (no. 2) menulis semula simbol VP sebagai rangkaian simbol Verb + NP dan bermaksud Verb + NP. Selain itu, ia bererti binaan tersebut mungkin mempunyai binaan yang bertindak sebagai binaan konstituen jenis Verb dan NP (dicantumkan sekali). Peraturan (no.2) boleh dianggap sebagai mencipta atau dikaitkan dengan rajah pohon dalam Rajah 1. VP

Verb Rajah 1

NP

Peraturan (1) (8) tidak berfungsi secara berasingan kerana ia membina satu sistem yang diintergrasikan. Simbol S (mewakili ayat) adalah direka sebagai simbol permulaan. Maklumat ini tidak diberi dalam peraturan-peraturan (1)-(8), tetapi ia boleh dianggap sama ada ia diberi dalam bentuk ayat protokol mengikuti peraturan berdasarkan tatabahasa ataupun terdapat satu konvensyen universal berdasarkan di mana S selalu menjadi simbol permulaan. Adalah penting untuk memulakan satu peraturan yang mempunyai simbol permulaan di sebelah kiri. Oleh itu sebarang peraturan boleh digunakan dalam sebarang bentuk susunan sehinggalah tiada peraturan lain boleh digunakan; dalam berbuat begitu, satu susulan boleh dibuat terhadap satu daripada ayat-ayat yang dihasilkan oleh tatabahasa. Jika peraturan-

peraturan digunakan dalam susunan yang berikut : (1), (2), (3), (3), (4), (5), (5), (6), (6), (7), (8), kemudian menganggap bahawa the dipilih terhadap kedua-dua aplikasi no. (5), man pada satu aplikasi no. (6) dan ball dapa aplikasi selain daripada itu, will pada aplikasi no. (7) dan hit pada aplikasi no. (8), susulan ayat berikut : The man will hit the ball telah pun terbina. i) ii) iii) iv) v) vi) vii) viii) ix) x) xi) xii) S NP + VP NP + Verb + NP Det + N + Verb + NP Det + N + Verb + Det + N Det + N + Aux + V + Det + N the + N + Aux + V + Det + N the + man + Aux + V + Det + N the + man + Aux + V + the + N the + man + Aux + V + the + ball the + man + will + V + the + ball the + man + will + hit + the + ball daripada peraturan (1) daripada peraturan (2) daripada peraturan (3) daripada peraturan (3) daripada peraturan (4) daripada peraturan (5) daripada peraturan (5) daripada peraturan (6) daripada peraturan (6) daripada peraturan (7) daripada peraturan (8)

Kebanyakan derivasi frasa yang terbentuk dalam ayat ini adalah bergantung pada aras di mana peraturan-peraturan itu digunakan. Satu fakta yang penting adalah semua derivasi ini mempunyai nilai yang sama dan boleh digambarkan dalam rajah pohon yang sama; seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.

S NP Det N Verb VP N

the

man

Aux

Det

will Rajah 2

hit

the

ball

Jika dibandingkan dengan sistem peraturan, penggunaan tiap-tiap satu peraturan menghasilkan atau dikaitkan dengan satu bahagian rajah pohon tersebut. Rajah pohon atau penanda frasa boleh dianggap sebagai satu keterangan berstruktur ayat The man hit the ball, yang merupakan keterangan struktur konstituen atau struktur frasa ayat tersebut yang ditentukan oleh peraturan yang menghasilkan ayat tersebut. Menurut Chomsky adalah penting untuk menginterpretasikan penjanaan istilah dalam bentuk statik berbanding bentuk dinamik. Pernyataan bahawa tatabahasa menghasilkan satu ayat yang khusus, bermaksud ayat itu adalah satu daripada keseluruhan ayat-ayat yang diberi maksud oleh tatabahasa untuk dibentuk dengan baik daripada segi tatabahasa. Tanggapan generasi pembolehubah. Situasi tersebut adalah sama dengan tatabahasa generatif. Walaupun sesuatu ayat boleh dihasilkan daripada beberapa cara dengan membuat satu pilihan pada kedudukan tatabahasa yang khusus, tatabahasa mestilah dianggap sebagai penggerak ayat secara statistik atau tidak akan berubah oleh perubahan masa.

RUMUS TRANSFORMASI Rumus transformasi berfungsi menukarkan pola atau struktur ayat-ayat hingga membawa kepada struktur permukaan. Telah dinyatakan yang tatabahasa struktur frasa mengandungi keseluruhan peraturan-peraturan struktur frasa, tatabahasa transformasi pula memasukkan kedua-dua frasa dan peraturan-peraturan struktur frasa transformasi dan juga peraturan-peraturan morfofonemik. Peraturan-peraturan transformasi bergantung kepada penggunaan peraturan-peraturan yang terdahulu dan mempunyai penanda frasa kepada yang lain. Apa yang dimaksudkan oleh pernyataan ini boleh dijelaskan terlebih dahulu dengan merujuk kepada satu tatabahasa transformasi yang sangat ringkas, yang mana huruf-huruf mewakili konstituen-konstituen sesuatu ayat (dan S adalah merujuk kepada sentence). PS rules (1) S (2) B (3) A (4) C (5) D T rules (6) A + C + D D+A A+B C+D a+b c+e+f d+g+h

Lima peraturan pertama adalah peraturan struktur frasa (peraturan PS) ; peraturan (6) ialah peraturan transfromasi (peraturan T). Output peraturan (1) (5) adalah rangkaian terminal a + b + c + e + f + d + g + h, yang telah dikaitkan deskripsi berbentuk struktur yang ditunjukkan oleh penanda frasa dalam Rajah 3 (kiri). Peraturan (6) diaplikasikan kepada rangkaian terminal peraturan PS dan penanda frasa berkaitan. Perkara tersebut memberi kesan kepada pengguguran C (dan konstituen C) dan turut menyusun A dan D (bersama-sama konstituen A dan D).

Hasilnya ialah rangkaian simbol d + g + h + a + b, bersama dengan penanda frasa seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3 (kanan). Penanda frasa yang ditunjukkan dalam Rajah 3 (kiri) boleh digambarkan sebagai asas yang mendasarinya, dan penanda frasa yang ditunjukkan dalam Rajah 3 (kanan) adalah hasil daripada peraturan (6). Satu daripada prinsip asas peraturan tatabahasa transformasi adalah transformasi yang menjadi asas penting di sebalik penukaran penanda penunjuk yang dihasilkan. Berbanding dengan peraturan struktur frasa, peraturan lebih bersifat heterogeneous dan mungkin boleh mempunyai lebih daripada satu simbol pada kedudukan sebelah kiri anak panah. Kepentingan linguistik terhadap pertimbangan-pertimbangan abstrak ini boleh diterangkan dengan merujuk kepada hubungan antara ayat-ayat aktif dan pasif dalam bahasa Inggeris. S S

(Left) A phrase marker associated with the terminal string of a set of phrase-structure rules. (Right) The phrase marker resulting from the application to the phrase marker shown at left of the transformational rule A + C + D Rajah 3 D + A (see text).

TRANSFORMASI PASIF Peraturan yang dikemukakan oleh Chomsky dalam mengaitkan ayat-ayat aktif dan pasif (seperti yang diberikan dalam Syntactic Structures) adalah serupa dengan peraturan yang dikemukakan oleh Harris. Peraturan yang dikemukakan oleh Chomsky ialah :

NP - Aux V - NP

NP - Aux + be + en by + NP

Peraturan yang dipanggil transformasi pasif ini, memerlukan dan bergantung kepada penggunaan satu set peraturan struktur frasa terdahulu. Untuk meringkaskan, transformasi pasif mungkin boleh dipertimbangkan dalam hubungan dengan set rangkaian terminal yang dihasilkan oleh peraturan struktur frasa (1) (8) seperti yang telah dipaparkan terdahulu. Rangkaian the + man + will + hit + the + ball (dengan penanda frasa yang berkaitan, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2 ) boleh dianggap bukan sebagai ayat sebenar tetapi sebagai struktur yang mendasari kedua-dua ayat aktif The man will hit the ball dan ayat pasif The ball will be hit by the man. Transformasi pasif boleh digunakan dalam keadaan yang mendasari, atau input, rangkaian dapat dianalisis dalam bentuk struktur frasa sebagai NP Aux V NP (penggunaan tanda yang mewakili nombor subskrip untuk membezakan dua NPs dalam formulasi peraturan adalah satu bahan tidak formal untuk menunjukkan operasi penyusunan semula dalam susunan yang lain). Dalam penunjuk frasa pada Rajah 2 the + man adalah konstituen NP, will adalah konstituen Aux, hit adalah konstituen V dan the + ball adalah konstituen NP. Keseluruhan rangkaian boleh dianalisis dalam makna yang lebih tepat, dan transformasi pasif menukarkannya kepada rangkaian the + ball + will + be + en + hit + by + the + man. Peraturan transformasi yang selanjutnya akan menyusun semula en + hit dalam susunan yang lain untuk menghasilkan hit + en, dan satu daripada peraturan morfofonemik kemudiannya akan menukar hit + en kepada hit (seperti ride + en akan ditukarkan kepada ridden, open + ed kepada opened, dan sebagainya.

Setiap peraturan transformasi mempunyai kesan dalam mengubah bentuk penanda frasa yang asas kepada penanda frasa yang lain. Keadaan di mana

peraturan-peraturan

transformasi

hasil

daripada

struktur

konstituen

kepada

rangkaian inputnya adalah salah satu daripada masalah berbentuk teori yang utama dalam penggunaan tatabahasa transformasi. Walaupun contoh yang dipaparkan di atas merupakan contoh yang mudah, dan hanya satu peraturan transformasi yang dipertimbangkan daripada peraturanperaturan transformasi yang lain dalam sistem yang sama, walau bagaimanapun, transformasi pasif mesti beroperasi bukan sahaja kepada frasa kata nama yang mudah seperti the man atau the ball tetapi juga terhadap frasa kata nama yang mempunyai kata adjektif (the old man), frasa pelengkap (the man in the corner), ayat sokongan (the man who checked in last night) dan seterusnya. Peraturanperaturan struktur frasa memerlukan lanjutan untuk membolehkan pelbagai bentuk kata kerja (is hitting, hit, was hitting, has hit, has been hitting, etc.) dan juga untuk perbezaan antara bentuk tunggal dan jamak (singular dan plural). Satu perkara penting yang harus disedari bahawa tidak seperti sistem Harris, sistem tatabahasa transformasi yang diasaskan oleh Chomsky ini tidak mengubah sesuatu ayat kepada bentuk yang lain. Peraturan-peraturan transformasi beroperasi terhadap struktur yang menjadi asas kepada ayat dan bukannya terhadap ayat yang sebenar. Ayat yang paling mudah juga memerlukan penggunaan sekurangkurangnya beberapa peraturan transformasi. Ayat-ayat aktif dan pasif, ayat-ayat positif dan negatif, ayat-ayat berbentuk soalan dan jawapan dan sebagainya adalah dikaitkan secara formal dengan menghasilkan ayat-ayat tersebut daripada rangkaian terminal yang sama dalam komponen struktur frasa. PENGUBAHSUAIAN TERHADAP SISTEM TATABAHASA CHOMSKY Sistem tatabahasa transformasi Chomsky telah diubahsuai sedikit dalam tahun 1965. Kemungkinan pengubahsuaian yang paling penting adalah kemasukan komponen semantik ke dalam sistem tatabahasa tersebut sebagai tambahan kepada komponen sintaksis dan komponen fonologi. Peraturan komponen sintaksis menggerakkan ayat-ayat sesuatu bahasa dan mengarahkan kepada bukan satu tetapi dua analisis berstruktur; satu analisis

struktur dalaman dan satu analisis permukaan. Makna ayat dibawa daripada struktur permukaannya oleh peraturan-peraturan bagi mengaitkan bunyi sebutan sesuatu ayat kepada maksudnya. Sintaksis adalah dikedudukan jantung sistem itu.

Asas mempunyai dua bahagian; satu set peraturan berkategori dan satu senarai perkataan dengan maknanya sekali. Dirangkumkan sekali, unsur tersebut memenuhi satu fungsi yang sama yang dipenuhi oleh peraturan-peraturan struktur frasa dalam sistem yang terdahulu. Tetapi terdapat banyak perbezaan. Semua perkataan-perkataan baru dalam bahasa dan berkaitan dengan setiap sintaksis, semantik dan maklumat berbentuk fonologi diperlukan untuk operasi pembetulan peraturan-peraturan. Maklumat ini diwakili dalam istilah yang dipanggil features (ciri). Peranan komponen berbentuk fonologi tatabahasa generatif seperti yang dinyatakan oleh Chomsky adalah untuk memberi satu interpretasi fonetik kepada rangkaian-rangkaian perkataan yang digerakkan oleh komponen sintaksis. Rangkaian-rangkaian perkataan ini diwakili dalam kenyataan berbentuk fonologi dan telah disediakan dengan satu analisis struktur permukaan oleh peraturan-peraturan transformasi. Elemen fonologi yang mana pembentukan perkataan dicipta adalah segmen-segmen yang mengandungi apa yang dirujuk secara teknikal dikenali sebagaia ciri-ciri perbezaan. Satu lagi aspek fonologi generatif ialah memerlukan sokongan sintaksis. Prinsip analisis bunyi menggunakan suara seharusnya dijalankan tanpa mengambil kira struktur tatabahasanya. Walau bagaimanapun, prinsip ini menimbulkan kontrovesi di kalangan ahli lingustik Amerika dan tidak diterima di luar Amerika.

PERKEMBANGAN TATABAHASA TRANSFORMASI GENERATIF MELAYU

BAHASA

Bahagian ini akan cuba memperlihatkan hubungan kemunculan tatabahasa transformasi generatif terhadap perkembangan tatabahasa bahasa Melayu dengan merujuk kepada sejumlah kandungan yang terdapat dalam buku-buku yang berikut: 1) Bahasa Melayu Syntax Some Aspects Of Its Standardization (1978), oleh Nik Safiah Karim. 2) Pengantar Teori Sintaksis Satu Pengenalan Konsep Tatabahasa Transformasi-Generatif (1980), oleh Arbak Othman. 3) Tatabahasa Dewan (1993), oleh Nik Safiah Karim et al.,dan 4) Binaan Dan Fungsi Perkataan Dalam Bahasa Melayu Satu Huraian Dari Sudut Tatabahasa Generatif (1993), oleh Hashim Haji Musa.

Bahasa Malaysia Syntax Some Aspects Of Its Standardization Buku ini merupakan antara tulisan yang membicarakan tatabahasa bahasa Melayu menggunakan model transformasi di Malaysia. Mengandungi lapan bab yang dibahagikan kepada dua bahagian, bahagian pertama membicarakan latar belakang kajian sementara bahagian kedua buku tersebut membuat analisis terhadap beberapa struktur sintaksis utama bahasa Melayu. Oleh kerana buku ini ditulis dalam bahasa Inggeris, kertas kerja ini hanya akan menyentuh tentang tajuk-tajuk yang dibicarakan secara ringkas sahaja. Binaan utama yang dikaji dalam buku ini adalah: a) The verb phrase, in particular the auxiliary construction. b) The passive construction. c) The relative construction. d) The adjective construction. e) Complementation. f) The interrogative construction.

Setiap struktur di atas dibicarakan secara berasingan dengan mengaplikasikan analisis transformasi standard. Menurut Nik Safiah Karim (1978) In this study the model used is the transformational approach initiated by Noam Chomsky, (1957 & 1965) and its subsequent development by R.A Jacobs and P.S.Rosebaun, as well as

other linguists such as C.J.Fillmore, R. Jackendoff, G. Lakoff, J.Mc Cawley and J.R. Ross... Two major reasons for the selection of the transformational model are its explicitness and simplicity, and its universal applicability .... According to Paul Postal, generatif grammar combined the significant goals of traditional grammar with the explicitness of modern grammar to provide a description of language which can provide the basis of an explanation of the production and understanding of sentence. Pengantar Teori Sintaksis Transformasi-Generatif Satu Pengenalan Konsep Tatabahasa

Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa buku ini merupakan tulisan terawal dalam bahasa Melayu yang membicarakan tentang konsep tatabahasa transformasi generatif dengan begitu komprehensif. Buku tersebut mengandungi enam bab yang membicarakan perkara-perkara berikut: Bab 1 Tatabahasa Struktur Frasa Bab 2 Struktur Dasar Ayat-Ayat Bab 3 Struktur Batin Dan Struktur Lahir Bab 4 Kenapa Perlunya Transformasi Bab 5 Tatabahasa Transformasi-Generatif Bab 6 Peranan Semantik Dalam Tatabahasa Kertas kerja ini akan cuba memaparkan salah satu topik yang dibicarakan dalam bab empat buku tersebut, iaitu transformasi ayat-ayat gabungan. Menurut Arbak Othman (1980) ayat-ayat boleh diperluaskan dengan cara dua atau lebih ayat digabungkan dengan menggunakan satu atau lebih kata penghubung. Dalam analisa konstituen, penggabungan ayat-ayat boleh dilakukan sama ada melalui (a) gabungan setara atau (b) gabungan tak setara. Gabungan Setara Gabungan setara adalah gejala hubungan antara ayat-ayat lengkap yang setara. Dengan perkataan lain, dua atau lebih ayat dasar selapis boleh dicantumkan untuk menghasilkan satu ayat majmuk. Gabungan ini memerlukan kata penghubung setara seperti dan, atau, tetapi dan sebagainya. Gabungan beberapa ayat yang

setara oleh penggunaan kata penghubung setara ini dipanggil gabungan kordinasi dalam tatabahasa ayat-ayat. Suatu ayat akan mempunyai struktur majmuk jika struktur-struktur batinnya itu mengandungi dua atau lebih ayat-ayat setara. Dengan perkataan lain, ayat-ayat majmuk mempunyai struktur batin beberapa ayat yang sama jumlah konstituen yang dihubungkan dalam struktur lahirnya. Ayat majmuk yang terbentuk dengan menggunakan kata penghubung setara itu boleh serupa struktur yang berikut: Ay

Ay

tetapi

Ay

ibu pergi ke bandar

ayah bekerja di ladang

Bagi ayat majmuk yang dibentuk dengan dua frasa yang digabungkan untuk menghasilkan satu frasa nama majmuk dapat diterangkan struktur lahirnya, bagi ayat Ibu makan bubur dan roti , sebagai: FN FN FN

Bubur

dan

roti

Bagi ayat Ibu makan nasi lalu minum air pula, struktur majmuk berupa satu frasa kerja yang telah disatukan adalah seperti berikut:

FK FK K N K FK N

Makan

nasi

lalu

minum

air

Proses yang telah diterangkan itu dipanggil Pengurangan gabungan, iaitu proses yang boleh juga digunakan untuk menerangkan gejala penggabungan ayat-ayat yang tidak semestinya memperlihatkan pengkongsian makna. Pada umumnya, satu transformasi pengurangan gabungan diperlukan bagi mengurangi dua ayat yang disambungkan; dan satu transformasi yang lain diperlukan bagi mengurangi tiap-tiap ayat lain yang hendak dikurangi itu. Proses pengurangan gabungan ini melibatkan : a) Penggabungan konstituen ayat-ayat yang setara, seperti dua frasa nama, iaitu hanya apabila konstituen-konstituen itu mempunyai fungsi yang sama dalam ayat. Kedua-dua frasa nama ini tidak boleh digabungkan jika satu daripadanya berupa satu subjek, dengan yang lainnya berupa satu objek.

b) Penerbitan konstituen yang digabungkan sebagai FN majmuk adalah : FN

FN

dan

FN

Daripada FN dan FK dengan erti kata kedua-dua FN itu akan tertakluk kepada satu FN baru yang diterbitkan. c) Salah satu daripada frasa-frasa (frasa nama mahupun frasa kerja) yang sefungsi yang bertindih itu digugurkan (transformasi delesi) dalam proses penggabungan ayat-ayat setara menjadi ayat majmuk. Contohnya : Ali dan Ahmad makan roti AY

FN Ali dan Ahmad K

FK FN N Makan roti

Sebagai kesimpulan, keseluruhan transformasi gabungan dapat diterangkan sebagai satu proses yang menerangkan bagaimana ayat-ayat daripada jenis yang sama boleh digabungkan menjadi satu ayat majmuk. Ayat majmuk yang terbentuk boleh dikurangi sebagai frasa-frasa nama, frasa-frasa kerja, kata kerja, klausa relatif mahu pun nama sahaja dalam struktur lahir. Proses ini dikenali sebagai pengurangan gabungan, iaitu yang menerangkan gejala penerbitan konstituen majmuk daripada ayat-ayat yang digabungkan itu. Dalam struktur batin, konstituen yang hampir-hampir sefungsi mempunyai semata-mata makna yang sama. Akan tetapi konstituen yang benar-benar sama pula mempunyai kedua-duanya sekali, iaitu makna dan rujukan yang sama.

Gabungan Tak Setara Salah satu jenis ayat berkait yang digabungkan oleh gabungan tak setara ini ialah klausa-klausa relatif. Ayat yang berikut mengandungi binaan jenis ini sebagai frasa nama subjek: Buku yang mereka baca itu mengandungi pengajaran Ikatan buku yang mereka baca itu merupakan satu frasa nama. Klausa relatif yang sebenarnya yang mereka baca itu mengandungi satu kata kerja transitif baca yang memerlukan frasa nama objek dalam struktur batin. Walaupun tidak ternyata dalam struktur lahir, kefahaman kita tentu sekali mempunyai anggapan bahawa apa yang mereka baca adalah buku yang sudah tentunya telah merupakan frasa nama objek dalam struktur batin. Dengan perkataan lain, klausa relatif : yang mereka baca itu mempunyai ikatan yang berikut ini sebagai struktur batinya: mereka baca buku itu

Semua klausa batin bagi keseluruhan ayat berkait di atas adalah: Frasa nama subjek + Ayat FN + Ay yang seluruh struktur frasa nama subjeknya sahaja adalah sebagai yang berikut: FN FN N FN N K Ay FK FN N buku mereka baca buku

Frasa nama subjek ini sahaja mengandungi satu frasa nama dan satu ayat.

Untuk menerbitkan struktur lahir klausa-klausa relatif pula, beberapa transformasi perlu dilaksanakan. Malahan, transformasi yang terpenting ialah transformasi klausa relatif. Transformasi inilah yang telah melaksanakan satu struktur klausa yang kepalanya adalah frasa nama (iaitu yang hadir di sebelah kiri ayat berkait itu), yang adalah pula sama dengan satu frasa nama dalam ayat berkait itu. Frasa-frasa nama yang terdapat dalam struktur di atas merupakan frasa nama struktur batin untuk buku. Bagi menghasilkan ayat terbitan berkait, maka transformasi menyambungkan klausa mereka baca buku itu dengan frasa nama buku melalui penyertaan (+ HUB) dan (+ ganti nama) kepada segmen nama buku itu dalam frasa nama yang sama bagi ayat berkait yang disambungkan, supaya kedudukan segmen nama buku itu dipindahkan pada awal ayat supaya terlahirlah struktur :

FN FN N FN Ay FN FK

buku

itu

mereka

buku

Penyertaan unsur-unsur ( + HUB ) dan ( + ganti nama ) telah menyebabkan penggantian segmen nama dengan ganti nama hubungan yang. Dengan perkataan lain, transformasi relatif bertanggungjawab menubuhkan kedudukan yang di depan frasa nama dalam susunan yang diketahui oleh yang sebagai sebahagian daripada klausa relatif dalam ayat berkait yang berkenaan itu. Akhirnya dua pelaksanaan transformasi penentu pula menerbitkan struktur yang berikut:

FN

FN

Ay

Pen

FN

FN

FK

buku

itu

Pen

Kj

buku

itu

mereka

baca

Segmen penentu yang kedua kemudiannya digantikan oleh item leksis itu, manakala penentu yang pertama yang mengandungi ( + HUB ) digantikan pula dengan perkataan HUB yang. Ikatan yang terakhir adalah: buku yang buku itu mereka baca

Supaya ayat yang di atas ini gramatis, maka buku yang kedua itu digugurkan oleh transformasi delesi relatif dengan diikuti pula oleh transformasi pergerakan penentu yang menggerakkan itu daripada kedudukan sebelum klausa kepada kedudukan selepas daripadanya supaya struktur terakhir yang diterbitkan adalah :

FN

FN

Ay

FK

FK

FK

FN

Kj

buku

yang

mereka

baca

itu

Inilah pada dasarnya cara klausa relatif itu dihasilkan daripada strukturstruktur batin. Dengan cara yang mudah, proses transformasi klausa relatif bagi ayat di atas dapat diterangkan sebagai berikut:

Struktur Batin: Ayat FN buku itu Ay mereka baca buku itu FN FK baca buku itu K baca N mereka baca Ay FK mengandungi pengajaran Kj mengandungi FN buku itu Pen itu FN pengajaran

Struktur Lahir : Buku itu buku itu mereka baca mengandungi pengajaran N N N N mereka baca mengandungi pengajaran

Buku yang

Buku yang mereka baca itu mengandungi pengajaran

Tatabahasa Dewan Buku yang mengandungi 19 bab ini telah membicarakan proses penerbitan ayat bahasa Melayu dengan menggunakan konsep tatabahasa transformasi generatif. Aspek yang dibincangkan adalah seperti yang berikut: 1) Konsep Transformasi Generatif 2) Konsep Ayat Terbitan 3) Konsep Pengguguran 4) Proses Penyusunan Semula 5) Proses Peluasan Kertas kerja ini seterusnya akan memaparkan rumus struktur frasa bahasa Melayu sebagaimana yang termuat di dalam buku tersebut. Menurut Nik Safiah Karim et. al. (1993) teori tatabahasa transformasi mengandaikan adanya dua peringkat struktur ayat, iaitu peringkat struktur dalaman dan peringkat struktur permukaan. Kedua-dua peringkat struktur ini diterbitkan oleh dua jenis hukum atau rumus tatabahasa. Pertama, jenis rumus struktur frasa yang menerbitkan ayat-ayat pada peringkat struktur dalaman, dan jenis yang kedua dikenali sebagai rumus transformasi, yang berfungsi menukarkan pola atau struktur ayat-ayat hingga membawa kepada peringkat struktur permukaan. Teori ini mengandaikan juga bahawa kedua-dua jenis rumus tatabahasa ini menjadi sebahagian daripada unsur kecekapan berbahasa seseorang individu. Peringkatperingkat struktur ini dapat dilihat lebih jelas dalam Rajah Tatabahasa Model Generatif di bawah ini.

Representasi Semantik

Komponen Semantik

Rumus Struktur Frasa

(Struktur Dalaman)

Leksikon

Rumus Transformasi

(Struktur Permukaan)

Komponen Fonologi

Representasi Fonetik

Rajah Tatabahasa Model Generatif Daripada Rajah Tatabahasa Model Generatif tersebut, didapati bahawa pelaksanaan rumus transformasi terhadap sesuatu struktur dalaman akan menghasilkan ayat-ayat berbentuk struktur permukaan. Setiap ayat ini terdiri daripada rentetan bunyi bahasa. Oleh sebab itu setiap bahasa memerlukan satu set rumus yang akan menentukan

cara penyebutan sesuatu ayat, dan ini terjadi pada bahagian atau komponen fonologi yang melahirkan representasi fonetik. Dalam tatabahasa generatif diandaikan juga bahawa kesemua bentuk kata, iaitu bentuk kata, iaitu bentuk sintaksis yang disebut morfem ada tersimpan sebagai leksikon (data kamus) pada setiap penutur. Walau bagaimanapun, dengan hanya mengetahui bentuk-bentuk kata sesuatu bahasa seseorang itu tidak mungkin dapat membentuk bahasa tersebut. Yang diperlukan ialah satu set rumus tatabahasa tersebut, yang disebut rumus sintaksis, yang akan menentukan aturan penyusunan bentuk-bentuk perkataan hingga menjadi ayat. Rumus tatabahasa ini, sebagaimana yang telah dinyatakan, terbahagi kepada dua jenis, iaitu rumus struktur frasa dan rumus transformasi. Rajah yang dipaparkan menunjukkan kedudukan serta hubungan kedua-dua jenis rumus tersebut. Rumus struktur frasa terletak pada komponen dasar untuk menghasilkan D.S. , iaitu deskripsi struktur yang seterusnya menghasilkan bentuk ayat dasar atau ayat inti. Dengan kata lain, rumus-rumus ini berfungsi untuk melahirkan rajah-rajah pohon yang menunjukkan hubungan gramatis (subjek, objek, predikat, dan sebagainya) antara berbagai-bagai bentuk kata yang terdapat pada sesuatu ayat dasar. Rumus struktur frasa dalam bahasa Melayu secara ringkas boleh mengandungi unsur-unsur berikut: 1) A 2) S S+P FN FN 3) P FK FA FS

4) FN

(Bil) + (Penj Bil) + (Gel) + KNlnt + <KNlnt> + (Pen) + (Pent) Obj

5) FK

(KB) +

KKtr + KKttr +

AKomp Pel AKomp

+ (Ket)

6) FA

(KB) + (Kpeng) + Adj + (Ket) + (Akomp) AKomp

7) FS

(KB) + SN + (KNArah) + FN +

(Ket)

Rumus-rumus struktur frasa di atas boleh melahirkan rajah-rajah pohon, seperti yang berikut: 1. S A P

FN 2. S FN (Pent) KN A

FN

P FK (KB) KKtr KN KK FN (Pent)

Rajah pohon di atas kemudian mengalami suatu proses yang disebut penyisipan leksikon untuk menjadikannya seperti yang berikut: A S FN P FK

(Pent) Si

KN Ali KKtr

KK FN

membaca

KN

(Pent)

buku

itu

Yang terbentuk ialah satu representasi sintaksis atau ayat yang merupakan struktur dalaman. Bentuk itu dianggap struktur dalaman oleh sebab tidak serupa dengan bentuk ayat permukaan atau ayat yang sebenarnya dituturkan atau ditulis. Struktur dalaman yang diwujudkan oleh rumus struktur frasa seperti yang di atas kemudian akan menjadi input kepada komponen yang menjadi rumus transformasi. Rumus-rumus transformasi itu berkuasa untuk menggugurkan unsur kata, menambah unsur kata dan mengubah atau menyusun semula susunan unsur kata.

Binaan dan Fungsi Perkataan Dalam Bahasa Melayu Suatu Huraian Dari Sudut Tatabahasa Generatif Buku ini membincangkan bidang morfosintaksis di sekitar perkataan dalam bahasa Melayu dengan menggunakan pendekatan tatabahasa generatif. Perkataan bukan sahaja dibincangkan dari aspek morfologinya, iaitu unsur proses dan pelbagai bentuknya, bahkan juga dibincangkan fungsinya sebagai unit tatabahasa/sintaksis yang terkecil. Fungsi perkataan dalam binaan sintaksis ialah kedudukan ciri dan tugas nahunya dalam binaan frasa, klausa dan ayat. Dengan melihat fungsi perkataan tersebut, maka pelbagai kategori (kelas) , ciri dan tugas perkataan dalam bahasa Melayu dapat dibina. Dalam buku ini telah dibentuk beberapa rumus penting dalam bidang morfosintaksis bahasa Melayu, iaitu: 1) Rumus Struktur Frasa 2) Rumus Binaan Perkataan 3) Rumus Dasar Perkataan 4) Rumus Morfofonemik Menurut Hashim Haji Musa (1993) tidak seperti kajian yang dilakukan Farid M. Onn yang menumpukan perhatian kepada dialek Johor, sebaliknya kajian beliau tertumpu kepada bahasa Melayu variasi standard. Walau bagaimanapun, kertas kerja ini hanya akan memperlihatkan bagaimana penulis buku ini memberikan penakrifan atau penerangan berdasarkan aliran transformasi generatif kepada komponen nahu yang digunakan dalam kajian beliau.

Komponen Nahu Andaian dasar kajian beliau tentang komponen nahu ialah dengan menurut aliran transformasi generatif, iaitu mengandungi lima komponen: a) komponen leksikon b) komponen kategori atau struktur frasa c) komponen transformasi d) komponen fonologi dan e) komponen semantik.

Komponen leksikon dan komponen struktur frasa sekaligus membentuk komponen dasar dan komponen dasar bergabung dengan komponen transformasi untuk membentuk komponen sintaksis.

a) Komponen Leksikon Leksikon merupakan repositori atau satu macam senarai yang mengandungi maklumat tentang setiap formatif atau perkataan dalam sesuatu bahasa. Setiap formatif itu diberikan sifat entri leksikonnya yang menyatakan ciri fonologi, sintaksis dan semantinya. Leksikon juga mengandungi satu set rumus yang dinamakan rumus binaan perkatan dan rumus morfofonemik yang menyatakan antara lain rumus morfologi, hubungan melintang-kategori antara item leksikon, ciri sintaksis leksikon, respresentasi fonologi dan sifat semantik leksikon.

b) Komponen Kategori Atau Struktur Frasa Komponen ini mengandungi sejumlah rumus struktur frasa yang bebas-konteks, yang menghuraikan kategori sintaksis yang berierarki bagi sesuatu bahasa, dan sekaligus menentukan urutan dari kiri ke kanan bagi konstituen terdekat setiap kategori itu. Rumus struktur frasa juga menerbitkan satu set penanda struktur frasa yang mengandungi simbol pertama atau simbol puncanya A (:ayat) simbol terminusnya kategori leksikon bagi bahasa itu. Komponen dasar, iaitu hasil gabungan komponen leksikon dengan struktur frasa, mengandungi juga rumus penyisipan leksikon yang menggantikan simbol terminus dengan formatif leksikon tertentu. Penanda frasa dan formatif leksikon, diterbitkan oleh komponen dasar, dan sekaligus membentuk struktur dalaman bagi ayat dalam sesuatu bahasa. Struktur dalaman dianggap sebagai input kepada komponen transformasi yang menghubungkannya dengan struktur permukaan, dan kemudian melalui komponen fonologi, dilahirkan dalam bentuk representasi fonetik.

c) Komponen Transformasi Komponen ini mengandungi satu set transformasi yang memetakan struktur dalaman kepada satu set lagi penanda frasa yang dinamakan struktur permukaan. Transformasi diberi urutan kehadiran berdasarkan kedudukannya antara satu sama lain dan operasinya dikawal oleh prinsip pusingan transformasi Transformasi juga dianggap, hanya mengandungi rumus pergerakan, penyisipan dan pengguguran. Seterusnya transformasi tidak melakukan morfologi derivasi, kerana derivasi perkataan adalah fungsi komponen leksikon. Oleh itu, apabila penyisipan leksikon berlaku bukannya morfem akar yang disisipkan ke dalam struktur dasar tetapi bentuk derivasi perkataan yang disisipkan. Dengan demikian rumus transformasi segmen yang memasukkan fungsi sintaksis, ciri konteks, kategori dan subkategori dianggap tidak berlaku dalam rangka teori leksikalis ini. Sifat, ciri dan fungsi leksikon demikian dimasukkan ke dalam leksikon melalui rumus redudansi leksikon yang merupakan sebahagian daripada komponen leksikon dan bukannya komponen transformasi.

d) Komponen Semantik Komponen semantik menurut Chomsky, dianggap sebagai komponen interpretif yang menyatakan bahawa pelbagai aspek interpretif pemaknaan ayat, diperoleh bukan sahaja daripada struktur dalamannya, tetapi juga daripada struktur permukaannya dan mungkin juga daripada struktur terbitan hasil terakhir daripada pusingan transformasi.

e) Komponen Fonologi Andaian kajian ini tentang komponen fonologi dengan mengikut Chomsky, adalah komponen yang mengandungi satu sistem rumus yang menghubungkan struktur permukaan dengan representasi fonetik. Dalam struktur permukaan, setiap formatif (yang boleh terdiri daripada formatik leksikon dan juga formatif nahu) , diberikan representasi-leksikon, iaitu bagi yang muncul melalui entri leksikon. Ada juga formatif nahu yang muncul secara langsung daripada rumus sintaksis sendiri. Oleh

itu rumus sintaksis dan leksikon yang diterapkan dengan satu cara tertentu, membekalkan kepada setiap ujaran satu representasi dalam bentuk deretan formatif pada struktur permukaan. Struktur permukaan ini harus pula memenuhi dua syarat yang bebas iaitu pertama ia harus sesuai dengan rumus interpretasi fonologi dan kedua ia harus merupakan hasil daripada proses penerapan rumus sintaksis. Oleh yang demikian Chomsky menegaskan bahawa ada dua konsep struktur permukaan iaitu pertama sebagai input kepada komponen fonologi, dan kedua sebagai output daripada komponen sintaksis. Demikianlah pemaparan sebilangan kecil kandungan beberapa buah buku tatabahasa Melayu yang boleh dihubungkan dengan model tatabahasa transformasi generatif.

PENUTUP Tidak dapat dinafikan bahawa kemunculan aliran tatabahasa transformasi generatif yang diasaskan oleh Chomsky telah memberi impak kepada arus perkembangan tatabahasa sejagat. Walaupun aliran transformasi generatif ini mempunyai merit dan demeritnya namun aliran tersebut telah memberi satu dimensi baru dalam kewacanaan tatabahasa dunia. Kemunculan teori ini dilihat dapat mengisi ruang kosong yang ditinggalkan oleh aliran-aliran tatabahasa sebelumnya. Mungkin tidak keterlaluan jika ada pendapat yang mengatakan bahawa bidang lingustik dewasa ini telah didominasi oleh generativisme. Walau bagaimanapun, kaitan antara konsep tatabahasa pedagogi dengan tatabahasa transformasi generatif jelas menunjukkan bahawa tatabahasa transformasi generatif tidak direka bentuk untuk dipraktiskan dalam tatabahasa pedagogi. Namun di Malaysia sendiri, telah memperlihatkan yang pendekatan tatabahasa transformasi generatif telah pun diterapkan ke dalam pengajaran bahasa Melayu. Penerapan ini dilakukan dengan mengadakan beberapa pengubahsuaian dengan kehendak dan kriteria bahasa Melayu. Mashudi Kader, Nik Safiah Karim, Arbak Othman, Hashim Haji Musa dan Asmah Hj. Omar telah menggunakan pendekatan tatabahasa transformasi generatif dalam penulisan buku teks dan pengajaran bahasa Melayu di peringkat universiti. Daripada segi penerapan

tatabahasa untuk diajarkan di sekolah-sekolah pula, Dewan Bahasa dan Pustaka telah menerbitkan Tatabahasa Dewan Jilid 1 dan Jilid 2. Memang dinafikan bahawa kemunculan tatabahasa transformasi tidak dapat telah generatif

mempengaruhi senario penyelidikan bahasa dan merancakkan lagi perkembangan tatabahasa Melayu di Malaysia.

Bibliografi Arbak Othman 1980. Pengantar Teori Sintaksis Satu Pengenalan Konsep Tatabahasa Transformasi-Generatif. Kuala Lumpur : Sarjana Enterprise. Ishak Ramly 1996. Teori Linguistik Dan Penerapannya Dalam Pendidikan Bahasa dlm. Jurnal Dewan Bahasa 40:2 Februari hlm. 139-145. Hashim Haji Musa 1993. Binaan Dan Fungsi Perkataan Dalam Bahasa Melayu Suatu Huraian Dari Sudut Transformasi Generatif. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Gale Encyclopedia of Psychology 2001. http:www.findarticles.com http://www.ifi.unizh.ch/CL/volk/syntaxVorl/Chomsky.html Nik Safiah Karim 1978. Bahasa Malaysia Syntax Some Aspects Of Its Standardization. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim et. al. 1993. Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Você também pode gostar