Você está na página 1de 9

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN(JSU)

Ujian yang baik mesti mempunyai rancangan yang rapi. Ujian yang disediakan pada saat terakhir biasanya tidak mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Pembahagian item mengikut tajuk dan objektif mungkin tidak mencerminkan pentingnya sesuatu tajuk dan penegasan yang dibuat oleh pengajaran guru. Cara yang baik untuk merancang sesuatu ujian ialah dengan menyediakan blueprint atau rancangan persediaan ujian yang disebut Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). JSU ini dapat memastikan kesahan isi ujian yang akan disediakan.
-

JSU merupakan gambaran keseluruhan sesebuah ujian dari peringkat perancangan hingga peringkat penyediaan item ujian dan kertas soalan. JSU dibina berasaskan 2 paksi iaitu: i) Paksi menegak (Kandungan) ii) Paksi melintang (Konstruk / taksonomi objektif Pendidikan )

Secara ringkas perkara-perkara yang boleh didapati daripada sesuatu JSU ialah seperti berikut: a)
b)

c) d)

Kandungan Ujian topik-topik /sub-topik Aras kemahiran konstruk / taksonomi objektif Pendidikan Pemberat dalam peratus pada kandungan, konstruk, aras kesukaran, panjang masa dan kepentingan. Bilangan item mengikut bentuk ujian, kandugan , aras kemahiran, aras kesukaran dan konstruk

BILA MEMBUAT JSU? Adakah JSU hendak disediakan sebelum sesuatu kursus dijalankan, sebelum menjalankan saesuatu ujian atau setelah sesuatu ujian dijalankan? Secara ideal dan lebih memberi faedah JSU disediakan sebelum memulakan sesuatu kursus atau semasa membuat rancangan tahunan pengajaran dan pembelajaran. Adalah sangat sesuai JSU dianggap sebagai sebahagian daripada persediaan kursus. JSU membolehkan guru mengajar dengan lebih berkesan dan membantu pelajar belajar dengan lebih cekap. SIAPAKAH YANG BOLEH MENGGUNAKAN JSU? Di peringkat institusi yang kecil seperti didalam sesebuah sekolah, guru sesuatu mata pelajaran boleh menggunakan JSU untuk keperluan pengajaran dan pentaksiran. Jika didapati ramai guru yang terlibat maka mereka bolehlah membentuk panel penggubalan JSU dan menggunakan JSU tersebut untuk kepentingan seperti yang dinyatakan. Ia juga boleh digunakan oleh guru yang mahir dalam sesuatu mata pelajaran untuk tujuan pengajaran dan pentaksiran. Di peringkat negeri dan pusat, Lembaga Peperiksaan boleh menggunakan JSU sebagai panduan mengarahkan individu-individu membentuk item atau
1

sebahagian daripada kertas soalan. Secara lebih rasmi lembaga yang berkaitan dengan peperiksaan menggunakan JSU untuk membentuk item dan membandingkan keputusan ujian yang diperolehi antara satu tahun dengan tahun yang lain. KEPENTINGAN MENGADAKAN JSU 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Mengelakkan ujian dibina secara sembarangan Menjamin kesahan isi/kandungan sesuatu ujian Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik, konstruk pentaksiran dan aras-aras kesukaran kepada guru yang mengajar dan menggubal ujian. Memastikan terdapat perseimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kesukaran item yang diuji. Menjadi panduan membentuk format ujian Menjadi panduan membentuk item Menstabilkan taraf ujian yang sama pada masa hadapan Membolehkan ujian yang sama dibina oleh kumpulan lain. Membolehkan perbandingan dengan ujian yang lain. Menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun.

MEMBINA JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU) Sebelum menyediakan JSU, hendaklah ditetapkan tajuk-tajuk yang hendak diuji, peringkat objektif mengikut taksonomi Bloom, atau taksonomi yang seumpamanya (konstruk), bilangan item bagi tiap-tiap satu objektif dan tajuk. Penentuan objektif pelajaran atau pun aras-aras kemahiran bergantung kepada i. ii. Matapelajaran Tajuk-tajuk yang diuji serta peringkat kebolehan pelajar-pelajar yang mengambil ujian itu.

Ini bermakna guru perlu meneliti dan memahami isi kandungan tiap-tiap tajuk dalam sukatan pelajaran dan HSP Bila membina JSU, kita juga perlu tentukan bilangan item yang akan disediakan. Oleh kerana tujuan utama JSU adalah untuk meningkatkan kesesuaian sesuatu ujian, maka bilangan item/peratus markah tidak boleh diisi secara sembarangan. Bilangan item bergantung kepada: i. Pentingnya tajuk atau objektif pelajaran berbanding dengan yang lain. ii. Penegasan yang diberi oleh guru kepada pelajar-pelajarnya. Jadi supaya taburan tajuk-tajuk, objektif mata pelajaran adalah seimbang kita perlu beri keutamaan yang sesuai dalam JSU.

Setelah menentukan bilangan item/peratus markah bagi setiap topik, perlu ditetapkan juga bilangan item/peratus markah bagi setiap subtopik dalam setiap objektif mengikut peringkat kemahiran seperti yang dicadangkan dalam taksonomi objektif pendidikan Bloom. Taksonomi ini membahagikan aras kemahiran kepada enam peringkat seperti terlukis dalam rajah dibawah (Sila rujuk kepada lampiran untuk keterangan lanjut untuk Taksonomi Bloom). Keutamaan berasaskan kepada i. ii. iii. Pentingnya topik itu Penegasan yang diberikan Peringkat kebolehan pelajar-pelajar yang menduduki ujian itu.

6. Penilaian 5. Sintesis Kompleks/Sukar 4. Analisis 3. Penggunaan 2. Kefahaman Mudah 1. Pengetahuan Soalan KBKK

Rajah menunjukkan peringkat aras kognitif ARAS-ARAS SOALAN


Menyatakan pendapat, Menilai, Merumuskan, Mengkritik, Mentafsir, Meringkaskan

PENILAIA N

Menggolongkan, Menggabungkan, Menyusun, Mengubah, Mengarang

SINTESIS

ANALISIS

Menyediakan Mengilustrasikan Mengenali Mengaitkan

Menunjukkan, Mengubahsuaikan, Menelaah, Menyediakan, Menyelesaikan.

APLIKASI

KEFAHAMAN

Menukarkan Meringkaskan, Mencontohkan Merumuskan

Menyenaraikan, Mendefinisikan, Menyatakan, Melabelkan, Menamakan, Memilih, Mengenali

PENGETAHUAN

TAKSONOMI BLOOM DALAM BIDANG KOGNITIF


Bloom dan lain-lain (1956) telah mengemukan satu taksonomi (pengelasan) kognitif yang dipertingkatkan kepada 6 peringkat seperti berikut: i. ii. iii. iv. v. vi. Penilaian Sintesis Analisis Penggunaan Kefahaman Pengetahuan

Pemeringkatan yang berhiraki tersebut adalah berdasarkan kepada andaian bahawa setiap peringkat adalah lanjutan daripada peringkat sebelumnya dan ia mempunyai perkaitan di antara satu sama lain. Contohnya untuk mencapai objektif dalam peringkat penggunaan,maka objektif kefahaman dan objektif pengetahuan semestinya tercapai lebih dahulu pada teorinya. PERINGKAT-PERINGKAT BIDANG KOGNITIF Keenam-enam peringkat bidang kognitif diturunkan seperti di bawah : 1. Pengetahuan 1.1 Pengetahuan mengenai perkara-perkara khusus a) Pengetahuan terminologi b) Pengetahuan fakta khusus 1.2 Pengetahuan mengenai cara dan usaha yang bersabit dengan perkara khusus a) Pengetahuan peraturan b) Pengetahuan peredaran dan urutan c) Pengetahuan pengelasan dan kategori d) Pengetahuan kriteria e) Pengetahuan metodologi 1.3 Pengetahuan mengenai perkara universal dan abstrak dalam sesuatu bidang a) Pengetahuan prinsip dan generalisasi b) Pengetahuan teori dan struktur 2. Kefahaman 2.1 Penterjemahan 2.2 Interpretasi 2.3 Ekstrapolasi

3. Aplikasi Menggunakan prinsip dan generalisasi bagi satu masalah pada situasi baru. 4. Analisa 4.1 Analisa elemen 4.2 Analisa perhubungan 4.3 Analisa prinsip organisasi 5. Sintesis 5.1 Pengetahuan satu perutusan unik 5.2 Pengeluaran satu rancangan atau cadangan rancangan kerja. 5.3 Pembentukan satu perhubungan abstrak 6. Penilaian 6.1 Pertimbangan dari segi bukti (dari dalam yang sedia ada) 6.2 Pertimbangan dari segi kriteria luar.

ISTILAH EKSPLISIT DALAM TINGKAH LAKU PEMBELAJARAN BAGI AKTIVITI-AKTIVITI DALAM DOMIN KOGNITIF

1. Pengetahuan Pelajar mengingat kembali atau mengecam idea, keterangan ,prinsip atau fakta yang telah dipelajari. Defines Identifies Labels Lists Matches Names Outlines Reproduces Selects States mentakrifkan/mendefinisikan mengecamkan/mengenal pasti melabelkan menyenaraikan mamadankan manamakan menggalurkan menulis semula memilih menyatakan

2. Kefahaman Pelajar menterjemah, memahamkan atau mentafsirkan maklumat berdasarkan pembelajaran masa lampau. Describes Converts Defends Distinguishes Estimates Explains Extends Generalizes Give examples Infer Paraphrases Predicts Rewrites Summarizes menghuraikan mengubal/menukar mempertahankan mebezakan menganggarkan menerangkan melanjutkan merumuskan memberikan contoh-contoh membuat kesimpulan/mencapah menulis semula dengan perkataan lain menelah/meramalkan menulis semula meringkaskan

3. Penggunaan/ Aplikasi Pelajar memilih, memindahkan dan menggunakan data atau prinsip supaya sesuatu mutu tugasan dapat dibuat tanpa arahan yang menyeluruh . Ia melibatkan pemindahan kemahiran. Changes Computes Demonstrates Discovers Manipulates Modifies Operates Prepares Relates Shows Solves Uses mengubahkan mengira/menghitung/menaksirkan menunjukkan menemui/menjumpai mangendalikan mengubahsuai/meminda mengendalikan menyediakan mempertalikan menunjukkan menyelesaikan menggunakan

4. Penganalisaan Pelajar membezakan, mengklasifikasikan dan menghubungkan andaian hipotesa, keterangan atau rumusan dan menyedari proses pemikiran yang digunakan. Break down Diagrams Differentiates Discriminates Distinguishes Illustrates Point out Separates Subdivides menceraikan menyediakan rajah membezakan mengasingkan membezakan menjelaskan dengan contoh memilih mengasingkan membahagikan lagi

5. Sintesis Pelajar mencipta, melengkapkan, menggabungkan idea, supaya menjadi satu rencana, rancangan, rangka atau cadangan baru bagi dirinya. Categories Combines Compiles Composes Creates Devises Designs Generates Organizes Plans Rearranges Reconstructs Revises Summarizes Tells Writes mengkategorikan menggabungkan mengumpulkan menggubah mencipta mereka membentuk sesuatu menimbulkan mengelolakan merancangkan mengatur semula membentuk semula mengulang kaji merumuskan mengatakan menulis

6.

Penilaian

Pelajar memeriksa, menilai atau mengkritik sesuatu objek berdasarkan satu norma atau kriteria. Appraisers Compares Concludes Contrasts Criticizes Discriminates Justifies Interprets Supports menilaikan membandingkan menyimpulkan menunjukkan perbezaan mengulas/mengupas mengasingkan/membezakan membuat justifikasi mentafsirkan/menterjemahkan menyokong

Haji Yusof Ibrahim Guru Cemerlang (Sains) SMK Padang Tengku

Você também pode gostar