Você está na página 1de 15

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

MAY 2012

HBSC 4103 TEACHING SCIENCE FOR UPPER SECONDARY III

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : :

800102016261002 800102016261 017-6659170 razali.oum@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN

OUM MELAKA CENTRE

HBSC4103

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Syukur Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan berkat dan rahimnya yang telah memberikan kekuatan fizikal dan mental untuk menjalankan dan menyempurnakan kajian ini mengikut format dan tempoh yang telah ditetapkan.

Penghargaan ini saya tujukan kepada tutor Encik Mohd. Fairuz B. Md. Jani selaku tutor HBSC4103 yang telah banyak member tunjuk ajar serta dorongan dalam menyiapkan tugasan ini. Saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah bersama-sama membantu dari segi sokongan moral, idea-idea dan juga galakkan yang diberikan sehingga tugasan ini berjaya disiapkan.

Penghargaan dan terima kasih juga buat keluarga , serta sesiapa sahaja yang terlibat sepanjang usaha dalam menyediakkan serta menyiapkan kajian ini, kerana memahami dan memberikan ruang waktu yang secukupnya buat saya menjalankan dan menyiapkan kajian ini dengan jayanya. Segala usaha dan kerjasama dari semua pihak saya dahulukan dengan ribuan terima kasih hanya Allah dapat membalasnya.

HBSC4103

Pengenalan Kemajuan sains dan teknologi telah banyak membawa perubahan positif kepada kita dan berkait rapat dengan kemajuan sesebuah negara. Kemajuan sains telah membawa kebahagiaan kepada manusia. Sesungguhnya banyak faedah yang telah kita nikmati hasil daripada kemajuan sains dan teknologi. Justeru itu tidak hairanlah jika sesebuah negara menyumbangkan belanja yang besar untuk memajukan sains dan teknologi bagi mewujudkan sebuah negara yang disegani. Fenomena ini membuktikan bahawa kemajuan sains lebih banyak mendatangkan kesan positif daripada kesan negatif. Walaupun tidak dinafikan bahawa kemajuan sains dan teknologi masih tidak dapat memenuhi kekurangan dari segi kerohanian, namun sebenarnya ia mampu memenuhi kekurangan dari segi kebendaan. Bidang penyelidikan dan pembangunan akan hanya mencapai tahap yang tinggi melalui penerokaan dalam sains dan teknologi.Kepakaran yang tinggi akan membolehkan lebih banyak kajian dan penyelidikan sainstifik dijalankan serta dapat membantu menghasilkan produk-produk prototaip dalam pelbagai bidang sosial dan ekonomi. Kebaikan sains dan teknologi Khususnya dalam sektor pertanian, negara akan mengalami kemajuan yang besar sekiranya menggunakan sains dan teknologi yang canggih. Melalui kepakaran dalam bioteknologi, teknik dan teknologi pertanian akan mengalami transformasi. Teknik-teknik moden yang efektif dalam bidang penanaman, penternakan dan penuaian akan membantu meningkatkan produktiviti.Bioteknologi juga akan membantu dalam penghasilan baka, benih dan racun bagi memajukan sektor pertanian.Pertanian yang berorientasi intensif teknologi bukan sahaja meningkatkan kualiti makanan tetapi juga menjamin kelangsungan makanan. Lantarannya, usaha berterusan dalam penyelidikan dan pembangunan dapat membantu memelihara ekologi tanaman yang akan meningkatkan kualiti hidup masyarakat. Bioteknologi adalah gabungan antara dua perkataan iaitu biologi dan teknologi . Maksud biologi ialah ilmu hayat atau benda-benda hidup .Teknologi pula bermaksud pengetahuan mengenai semua ilmu yang berkaitan dengan perindustrian dan sains gunaan 3

HBSC4103

yang mempunyai nilai ekonomi . Bioteknologi merupakan salah satu bidang sains yang dapat meningkatkan kualiti hidup manusia dari segi pertanian , perubatan dan kualiti alam sekitar .Terdapat pelbagai kepentingan bioteknologi kepada manusia,diantaranya dalam bidang pertanian. Melalui bioteknologi kualiti dan kuantiti hasil pertanian dapat ditingkatkan seterusnya dapat meningkatkan pendapatan para petani moden pada masa kini. Jesteru itu, taraf hidup manusia akan dapat ditingkatkan. Contoh bioteknologi pertanian adalah penghasilan dalam buah jambu batu dan tembikai tanpa biji. Selain itu, bioteknologi dalam bidang pertanian dapat meningkatkan kandungan protein dan vitamin produk pertanian. Keadaan ini akan dapat meningkatkan nilai diet manusia dapat menjadikan manusia lebih sihat dan lebih tahan terhadap serangan seterusnya penyakit. Perkembangan sains dan teknologi dengan pesatnya telah mendatangkan pelbagai kebaikan terhadap peningkatan taraf hidup manusia seperti penciptaan teknologi laser. Penciptaan teknologi laser telah memainkan peranan yang penting dalam bidang komunikasi dan perindustrian. Kini, teknologi laser digunakan secara meluas dalam bidang telekomunikasi mengganti peranan kabel dengan obtik fiber. Jalur laser yang lebih luas membenarkan maklumat seperti bunyi dan suara dihantar dengan lebih cepat dan tepat serta meminimumkan risiko kehilangan data. Selain itu,bidang perindustrian turut berkembang maju dengan kemunculan penggunaan laser. Laser merupakan alat pemecah dan pemotong yang termoden. Laser dapat memotong batu permata,intan,kaca,malah kepingan logam tanpa mengeluarkan haba,bunyi dan sisa kotoran. Oleh demikian, dapatlah kita memutuskan bahawa teknologi laser mampu meningkatkan taraf hidup manusia dengan meningkatkan produktiviti dan kualiti hasil industri serta mencetuskan perkembangan dalam bidang komunikasi dan perindustrian. Jika bidang perindustrian ini semakin maju, lebih banyak kilang kilang perindustrian akan di buka dan ini secara tidak langsung akan membuka dan menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk manusia dan sekaligus membantu kerajaan di dalam membanteras isu pengganguran yang berlaku di Malaysia.

HBSC4103

Kerajaan mempertingkatkan

semakin

menitikberatkan

Dasar

Sains

dan

Teknologi

untuk

sumbangannya

dalam pelbagai aspek. Sains dan teknologi

meningkatkan taraf hidup manusia melalui perkembangan dalam bidang perubatan dan kesihatan. Kemajuan sains dan teknologi membawa kepada pengenalan ubat-ubatan baru untuk pelbagai jenis penyakit kronik yang tidak dapat disembuhkan dahulu, menambahbaikkan fungsi dan meningkatkan kualiti ubat-ubatan yang sedia ada dan lainlain ,misalnya penyakit barah.Tambahan pula, penyakit-penyakit yang dihadapi dapat ditentukan dengan cepat dan tepat semasa diagnosis dijalankan sebelum kemunculan tandatanda yang ketara. Oleh itu,penyakit itu dapat diubati dengan efektifnya sebelum dikesan lewat. Selain itu, risiko penyakit dapat kita kurangkan melalui program vaksinasi. kemudahan dalam menjalankan Kemajuan sains dan teknologi juga membawa

pembedahan. Penggunaan mesin untuk menjalankan operasi dapat mengurangkan risiko dan kesilapan yang akan berlaku terutamanya bagi operasi yang agak rumit dalam prosesnya. Pelbagai mesin telah di wujudkan oleh kerajaan di dalam membantu manusia yang mempunyai penyakit kronik seperti barah, sakit tulang dan sebagainya. Ini adalah untuk memastikan akan kekal sihat dengan adanya alat alat perubatan yang berteraskan sains dan teknologi yang mana amat diperlukan oleh manusia pada masa kini. Teknologi dalam bidang perubatan telah pesat berkembang dan telah memberikan sinar dan harapan kepada jutaan pesakit yang menderita. Teknologi-teknologi baru dan terkini dalam bidang perubatan seperti teknologi MRI, Computer Tomography, Mata Bionik, Teknologi Llizarov serta implikasi-implikasi yang terlibat samada dari aspek positif mahupun negatif. Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Teknologi moden membawa begitu banyak manfaat kepada pengguna. Dalam konteks bidang perubatan, teknologi mampu memberi rawatan yang lebih efektif dan cekap kepada para pesakit. Pesakit-pesakit yang serius seperti Tubercolosis, Polio, Leprosy dan lain-lain dapat diubati dengan perkembangan teknologi. Seiring dengan perkembangan teknologi, sesetengah pesakit kancer dapat juga dapat diubati contohnya dengan melalui sesi 5

HBSC4103

kemoterapi yang ternyata menggunakan teknologi moden. Seperti pertanian, bidang perubatan juga menggunakan bioteknologi secara meluas. Bioteknologi dapat digunakan dalam penghasilan antibiotik untuk jangkitan penyakit yang berbeza-beza dan penghasilan vaksin untuk menguatkan sistem imunasi seterusnya dapat mengesan dan mengubati sebarang kecacatan genetik.Kepentingan lain bioteknologi dalam bidang perubatan adalah kejayaan dalam teknologi pembiakan seperti persenyawaan in-vitro, profil DNA, forensik dan teknologi pemindahan organ. Sains dan Teknologi berupaya memajukan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang semakin penting dalam era maklumat. Kepesatan ini di Malaysia dapat mempermudah kita berhubung dengan orang lain serta meningkatkan kualiti hidup rakyat. Kebelakangan ini, manusia semakin bijak dan kian mahir dalam penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) untuk mencipta peralatan berteknologi seperti internet, telefon bimbit canggih dan satelit. Internet membolehkan kita melayari laman web untuk mencari maklumat dan boleh berbalas e-emel dengan sesiapa sahaja walaupun seseorang itu berada di tempat yang jauh. Penciptaan komputer riba juga telah memudahkan pergerakan kita dan mudah dibawa ke mana-mana tempat. Telefon bimbit juga memberi kesenangan kepada rakyat kini untuk berkomunikasi dari jarak jauh. Tambahan pula, penggunaan satelit turut membolehkan kita memberi isyarat kecemasan kepada negeri asing dan sebaliknya di negara lain juga.Projek Koridor Raya Multimedia (MSC) akan dapat menjadi lebuh raya maklumat melalui input sains dan teknologi yang secukupnya.

Selain itu, kemajuan sains dan teknologi turut menyumbang kepada kemajuan dalam bidang pendidikan.Contohnya,pelancaran satelit pertama Malaysia, MEASAT membantu dalam menjayakan program pendidikan jarak jauh. Hal ini secara tidak langsung mencapai matlamat kita untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang berilmu. Kemudahan-kemudahan ini bukan sahaja dapat dimanfaatkan oleh penduduk Malaysia 6

HBSC4103

malah oleh penduduk negara-negara lain di rantau ini yang berada dalam lingkungan jejak MEASAT. Hal ini juga merealisasikan konsep "langit terbuka" yang diharapkan dapat membuka minda masyarakat supaya lebih inovatif, keatif, berdaya tahan dan berdaya saing. Kepentingan penggunaan teknologi dalam pendidikan tidak dapat disangkal lagi. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa teknologi atau sesuatu alat bantu mengajar dalam bahasa sememangnya dapat membantu pencapaian pelajar menguasai aspek bahasa dengan lebih baik (Dowling, 1999; Giesert & Futrell, 1990; Mahzan Arshad, 2003). Teknologi memberikan kesan yang besar terhadap proses P & P terutama semasa membuat pemilihan bahan teknologi dalam pelbagai cara. Bagaimana pun, guru harus mempunyai pengetahuan yang jelas dalam memilih bahan teknologi yang boleh digunakan dengan berkesan dalam sesuatu sesi pengajaran dalam bilik darjah. Di samping mengetahui bagaimana hendak menilai secara berterusan bahan teknologi dan menentukan bahan teknologi yang akan digunakan untuk membantu pencapaian objektif pembelajaran, pemilihan bahan teknologi bukanlah sukar dilakukan oleh seorang guru yang mempunyai pengalaman dalam menggunakan bahan serta kerap membuat penilaian kendiri terhadap pencapaian pelajar setelah sesuatu bahan digunakan. Dahulu papan tulis dipanggil papan batu, papan kapur atau papan hitam kerana papan ini ditulis menggunakan pelbagai alat tulis. Papan batu ditulis menggunakan kapur batu, papan kapur atau papan hitam ditulis menggunakan kapur putih atau kapur warna. Tetapi sekarang papan dengan fungsi yang sama ditulis menggunakan pen sinar letrik atau sinar laser. Ia di panggil papan tulis elektronik dan fungsinya lebih kurang sama dengan computer Cuma membezakannya hanyalah guru perlu menulis tetapi tidak lagi menggunakan kapur atau pen marker lagi. Dengan adanya teknologi seperti ini guru tidak perlu lagi menghadapi masalah ketiadaan kapur dan sebagainya. Cuma mungkin pihak kerajaan perlu menhadapi kos penyelenggaraan yang lebih tinggi berbanding penggunaan papan hitam ataupun papan putih. Seterusnya, pihak kerajaan juga menyediakan computer serta internet secara percuma di semua sekolah di seluruh Negara. Dengan teknologi ini murid serta pelajar pelajar dapat mempelajari dan juga memperolehi pelbagai ilmu di dalam semua bidang yang di minati. Masyarakat juga di dedahkan dengan penggunaan 7

HBSC4103

internet secara meluaskan kerana boleh menggunakan sistem wireless dan sebagainya. Ini bermakna, masyarakat sejagat tidak ketinggalan dengan teknologi serta pengetahuan yang melibatkan bukan sahaja Malaysia malahan dapat mengetahui tentang Negara Luar. Sekiranya komputer digunakan dengan secara sistematik dan terancang, proses pengajaran akan berjalan lebih lancar, selain sebarang masalah yang rumit dalam penyampaian dapat diselesaikan dengan mudah (Heinich, 1996). Dengan kata yang lain, kehadiran komputer sebenarnya telah memperkayakan teknik pengajaran dan memudahkan proses tersebut di dalam bilik darjah. Komputer sebagai bahan simulasi yang mana guru boleh menggunakan program yang mudah seperti persembahan elektronik untuk dijadikan bahan simulasi dalam pelbagai aktiviti dengan cara menulis dan menyediakan bahan persembahan audio dan visual di samping seperti program Real Adobe yang boleh digunakan sebagai bahan simulasi untuk membantu pelajar dalam latihan pengajaran bacaan dan pemahaman bacaan.

Kelemahan

HBSC4103

Dalam era dunia tanpa sempadan, s emua maklumat hanyalah dihujung jari. Sains dan teknologi membawa kita kepada suatu perubahan kehidupan. Kemajuannya tidak boleh dinafikan. Namun, dalam pada itu, ada juga yang menafikan tentang kesan sains dan teknologi. Pelbagai kesimpulan yang dibuat oleh individu berdasarkan pengamatan tentang kesan sains dan teknologi sama ada membawa kepada kemajuan mahupun kemusnahan alam sejagat. Tidak dapat dinafikan bahawa sains dan teknologi mempunyai peri pentingnya dalam pembangunan masyarakat sejagat. Namun ia juga tidak dapat disangkal mempunyai kesan buruk dalam pembangunan negara termasuk alam sekitar mahupun sosial. Semua ini tidak dapat dielakkan kerana kadang- kadang manusia sibuk mengejar kemajuan dan kecanggihan sehinggakan alpa dengan kesan buruk yang bakal menimpa. Segala penemuan dan ciptaan sains dan teknologi yang lahir dari akal manusia kadang tersasar dengan tujuan sebenar kerana tidak mengikut lunas-lunas yang telah digariskan oleh Islam. Tidak hairanlah jika kini banyak pengamalan sains dan teknologi juga mengundang kepada kemudaratan jika batas- batas penerokaan ilmu sains tidak menepati apa yang telah Islam utarakan. Kini, ciptaan yang cukup canggih hasil penemuan manusia dalam teknologi pertahanan mampu melindungi negara daripada diserang musuh. Pelbagai bentuk alat pertahanan daripada senjata sehinggalah alat kelengkapan perang turut mengiringi kemajuan sains dan teknologi. Dari satu sudut, ia mungkin membawa kebaikan kepada negara tapi jika difikirkan mungkin banyak lagi kesan yang timbul akibat penggunaan alat canggih hasil kemajuan sains dan teknologi. Pernahkah terfikir, bahawa kecanggihan alatan perang boleh membawa kemusnahan dunia termasuklah alam sekitar dan juga banyaknya jiwa yang terkorban dek kerakusan manusia sendiri. Contohnya, kesan penggunaan bom atau senjata api boleh memusnahkan alam sekitar. Walaupun sekadar untuk menguji keupayaan sesuatu ciptaan, kadang- kadang ia mengundangkan kepada kemusnahan alam sekitar seperti membawa kepada pencemaran alam. Sementara itu, tahap kepakaran yang tinggi dan peralatan canggih diperlukan untuk membina sendiri sebuah bom nuklear.

HBSC4103

Kini kawalan terhadap bahan radioaktif sebenarnya amat longgar memandangkan amalannya kian meluas. Kesan daripada letupan bom kotor mungkin tidak sedahsyat bom nuklear tetapi boleh menyebarkan bahan radioaktif dan menyebabkan radiasi ke kawasan yang lebih luas. Sudah tentu ia memberi kesan psikologi terhadap masyarakat yang kurang pengetahuan mengenai keselamatan sinaran. Mungkin ia juga menimbul kekalutan dan ketakutan yang akan menjejaskan kegiatan sesebuah masyarakat. Usaha pembersihan kawasan yang dicemari radiasi juga menelan belanja yang tinggi dan membabitkan tenaga kerja yang ramai dan peralatan yang canggih. Bukankah ia akan memberi kesan kepada ketenteraman awam, menyebabkan kegawatan ekonomi negara malah ia turut tersebar melalui tiupan angin dan tekanan udara ke negara yang bersempadan. Kesan inilah yang turut dibimbangi oleh banyak pihak kerana penyalahgunaan kemajuan teknologi yang sedia ada. Teknologi maklumat yang berkembang pesat sehingga ke hari ini memungkinkan semua lapisan masyarakat mendapat maklumat dengan begitu mudah. Pelbagai penerokaan maklumat boleh diperolehi tanpa ada batasan. Dengan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi, jalan dakwah terbuka luas untuk menyampaikan sesuatu yang berguna kepada masyarakat. Namun di sebalik kecanggihan dan kelebihan teknologi tersebut kini, terselit suatu keburukan yang jarang sekali difikirkan kerana ia timbul tanpa disedari. Ramai muda mudi kita terpengaruh dengan kelebihan teknologi maklumat. Kesannya kepada pembangunan sosial generasi kita terlalu besar di mana mereka leka dengan teknologi tersebut sehingga mengabaikan nilai murni. Contohnya, internet yang lucah dan tidak merupakan gedung ilmu, tetapi kadangkala muda mudi kita menyalahgunakan kelebihannya dengan melayari laman- laman web yang berunsur pembangunan nafs mereka. Kemajuan teknologi maklumat juga mendatangkan kesan buruk apabila kini berlaku pula pencerobohan maklumat yang disebut sebagai "penggodam" di mana maklumat sulit sesebuah negara boleh diceroboh dengan mudah. Melalui teknologi terkini juga, pengubahsuaian ke atas sesuatu gambar boleh dibuat. Kadangkala ia memberi kesan berakhlak. Ini akan mempengaruhi fikiran golongan tersebut dan akan merosakkan

10

HBSC4103

buruk kerana boleh menyebabkan fitnah. Kini pembangunan.

bioteknologi memacu negara ke arah

Bidang kejuruteraan makanan menerusi teknologi terkini mampu menghasilkan makanan ubahsuaian genetik (Genetically Modified Food) yang mempunyai ciri- ciri terbaik seperti tahan lama, sedap dan bermutu, mudah, murah serta meningkatkan pengeluaran tanaman contohnya beras perang, tomato dan cili. Makanan yang dihasilkan adalah sama tetapi mempunyai sifat- sifat yang berbeza yang dimasukkan dengan pelbagai gabungan gen organisma lain. Apa yang menjadi persoalan ialah sumber genetik yang digunakan untuk menghasilkan makanan ubahsuaian tersebut dikhuatiri daripada bendabenda yang dilarang oleh syarak. GMF juga memberi kesan terhadap kesihatan manusia kerana mengandungi bendasing (allergen) yang tidak diketahui kesan buruknya. Isu pengklonan juga mendapat perhatian hangat dari semua pihak.

Hasil kemajuan teknologi mampu memindahkan genetik dari satu organisma ke organisma lain. Ini akan menghasilkan satu organisma yang sama dengan yang induk. Isu ini agak dibimbangi kerana takut disalahgunakan oleh pihak tertentu untuk tujuan pengklonan manusia. Hal ini terlalu menyimpang dari landasan agama yang sebenar. Begitu juga dengan teknologi "stem cell" yang banyak kelebihannya dalam membantu mengatasi pelbagai penyakit. Namun apa yang dikhuatiri jika penggunaan "embryonic stem cell" bakal disalahgunakan juga untuk pengklonan manusia. Natijah daripada kemajuan sains dan teknologi kini sememangnya banyak membawa kepada kebaikan disamping terselit juga keburukan.

Kesimpulan

11

HBSC4103

Pembangunan sektor perindustrian adalah unsur penting dalam hasrat negara ini mencapai taraf negara maju. Perindustrian membawa pertambahan nilai yang tinggi, pendapatan dan pekerjaaan kepada tenaga manusia negara ini lebih dari aktiviti-aktiviti pertanian, harga pasaran pengeluarannya juga adalah lebih stabil dan faktor produktiviti yang tinggi. Keupayaan untuk membangunkan satu sektor perindustrian yang dinamik, yang berupaya bersaing dalam pasaran dunia, yang mengeluarkan barangan yang setanding dari segi kos dan mutu dengan barangan negara-negara maju, bergantung kepada pengetahuan, kemahiran dan keupayaan menggunakan atau menginovasikan teknologiteknologi pengeluaran. Dasar Sains dan Teknologi yang semakin dititik beratkan oleh Kerajaan menunjukkan minat dan responsif kepada usaha membangunkan keupayaan sumbersumber Sains dan Teknologi ke arah mempertingkatkan sumbangannya dalam proses melahirkan sektor perindustrian yang dinamik. Pokok pangkalnya, apa jua kemajuan yang dicapai perlulah berlandaskan nilai- nilai Islam dan mengikut batas- batas penerokaan ilmu yang telah ditetapkan. Barulah kemajuan dan pembangunan yang kita terpesong dan tidak mendatangkan keburukan kepada ummah kerana keburukan itu sebenarnya kita juga yang menciptakannya. Walaupun demikian, bioteknologi ini masih lagi perlu diperhalusi terutamanya dari segi status halal haram dan kesannya terhadap kesihatan dan kesejahteraan manusiawi dan alam. Menerusi kajian para saintis, bioteknologi ini masih terdapat kekurangan yang mampu membawa padah kepada manusia dan alam capai tidak kadangkala

2800 PATAH PERKATAAN

RUJUKAN / APENDIKS A.Murad Merican (pnyt). 2008. Blinded By The Lights: Journalism and Communication 12

HBSC4103

Study in Malaysia since 1971. Shah Alam: University Publication Centre, UiTM.

Adam M.W.W. dan Kelly R.M (1998). Finding and Using Hyperthermophilic Enzyme. Tibtech 16:329-332.

Alcamo , I.E. (1997). Fundamentals of Microbiology. 2 nd Ed. Saunders College Publication.

Buerk D.G. (1993). Biosensors: Theory Applications. Technomic Publishing Company Inc. USA

Fiecher, A. (1992). Enzymes. Products From Bacteria, Fungi And Plant Cells. Advances in Biochemical Engineering/Biotechnolgy 45.

Fox. B.A. dan Cameron, A.G. (1995). Food Science, Nutrition and Health , 6 th Ed. London : Division of Hodder Headline PLC.

Gerhartz, W. (1990). Enzymes in Industry : Production and Application. VCH Publication.

Mohd Hazim Shah and Phua Kai Lit (eds.), (2004) Public Policy, Culture, and The Impact of Globalization in Malaysia. Kuala Lumpur: Malaysian Social Science Association

13

HBSC4103

Mohd Hazim Shah. 2011. The Role of Philosophy in Civilisational Dialogue. In Baharuddin Ahmad (ed.), Philosophy in the Age of Religious and Cultural Pluralism. Kuala Lumpur: International Institute of Islamic Thought and International Islamic University Malaysia. Pp.63-71. [Published in 2012]

Mohd Hazim Shah, Contemporary Muslim Intellectuals and Their Responses to Modern Science and Technology. In Studies in Contemporary Islam, vol.3, no.2, Fall 2001, pp. 1-30 (SCOPUS-Cited Publication)

Receipt No : 180683 Assignment Submission Receipt Student ID Course Title Due Date Submission Date Submission Time 800102016261 HBSC4103SMP MAY 2012 : HBSC4103SMP ASSIGNMENT 09 July 2012 08 July 2012 23:08:17

14

HBSC4103

15

Você também pode gostar