Você está na página 1de 25

KURSUS: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU ( PPG )

KRP 3013 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

GROUP: EL-N04

PENSYARAH: DR. ROSNIDAR BINTI NAMA: KAMARUL AZIZI BIN DOLAH NO. MATRIK: D20102045270

REFLEKSI TAJUK (KRP3013: Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah) No. TAJUK TAJUK

Perkembangan Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah

Unit ini membincangkan tentang perkembangan kurikulum bermula dari zaman sebelum penjajahan Inggeris, semasa penjajahan Inggeris, zaman pendudukan Jepun dan zaman selepas merdeka. Sebelum kedatangan Inggeris kurikulum ketika itu hanya berteraskan AlQuran dan juga adat ketimuran. Sistem pendidikan ketika itu juga adalah bersifat tidak formal. Semasa zaman penjajahan Inggeris, sistem sekolah vernakular diwujudkan. Walaupun sistem pendidikan vernakular diwujudkan, ibu bapa tetap meragui dan was-was. Sekolah vernakular Melayu yang diwujudkan gagal menarik ibu bapa menghantar anak ke sekolah tersebut. Sekolah Vernakular Cina dan Tamil pula lebih berorientasikan negara asal mereka. Inggeris juga mewujudkan sekolah Inggeris dengan kurikulumnya lebih kepada mengagungkan Inggeris. Semasa pendudukan Jepun, semua sekolah diganti kepda sekolah Noningho. Kurikulumnya berbentuk taat dan setia kepada Maharaja Jepun. Selepas merdeka, kurikulum yang dibentuk lebih ke arah perpaduan antara kaum dan membasmi masalah buta huruf.

Perkembangan Kurikulum dan Pengajaran Rekolah Rendah

Zaman Sebelum Merdeka

Secara tradisional

Kurikulum berasaskan Al-Quran dan nilai timur

Zaman Penjajahan Inggeris

Sekolah Vernakular

Sekolah Vernakular Melayu

*Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar *Hanya untuk pendidikan asas sahaja *Kurikulum meliputi ajaran klasik Cina, opera dan kebudayaan Cina *Ajaran Conficius diterapkan *Berorientasikan negara India *Berunsurkan kerohanian dan kebudayaan Hindu *Berorientasikan ketuanan Inggeris *Mementingkan akademik *Pelajaran bahasa Jepun *Nyanyian lagu-lagu klasik Jepun *Kebudayaan dan kegiatan Jepun *Kesetiaan dan ketaatan kepada Maharaja Jepun *untuk perpaduan kaum *membasmi buta huruf

Sekolah Vernakular Cina

Sekolah Vernakular Tamil

Sekolah Inggeris Zaman Pendudukan Jepun

Sekolah Nihongo

Zaman Selepas Merdeka

Kurikulum

1. Enam konsep terdapat dalam tajuk ini dan penjelasannya

Bil 1

Konsep Sekolah Vernakular

Penjelasan Sekolah yang dibina berasaskan etnik. Menggunakan bahasa ibunda kaum masingmasing sebagai bahasa pengantar.

Pendidikan Tradisional

Sistem pendidikan sebelum kedatangan Inggeris yang bercorak warisan turun-temurun dan diwarisi dari satu generasi ke satu generasi berikutnya.

Sekolah Vernakular Melayu

Sekolah berasaskan kaum Melayu yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar disamping tulisan rumi dan jawi diajar serentak.

Sekolah Vernakular Cina

Sekolah berasaskan kaum Cina yang kurikulumnya meliputi aspek ajaran klasik Cina, opera, tulisan dan kebudayaan Cina.

Sekolah Vernakular Tamil

Sekolah berasaskan kaum India yang berorientasikan negara asal mereka.

Sekolah Nihongo

Sekolah yang dibuka oleh tentera Jepun untuk mengajar bahasa Jepun dan penerapan taat setia kepada kerajaan dan Maharaja Jepun

Isu semasa berkaitan tajuk. Sistem pendidikan pada hari ini masih lagi mempunyai kesan daripada sistem pendidikan yang ditinggalkan oleh pihak penjajah. Perkara ini seakan-akan sudah menjadi takdir dalam sistem pendidikan kini. Sistem pendidikan yang berasaskan pendidikan tradisional masih lagi digunapakai sehingga kini, namun ia bukanlah untuk pendidikan yang berterusan. Kebanyakkan ibu bapa, masih lagi yakin untuk menghantar anak-anak ke madrasah, surau ataupun orang alim untuk mengajar alquran, fikah dan sebagainya. Hal ini kerana, pada pendangan ibu bapa pengajaran Pendidikan Islam di sekolah adalah masih kurang memuaskan dan mereka berasa lebih yakin untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak mendalami ilmu agama dari guru-guru agama di masjdi, surau, madrasah dan sebagainya. Sistem sekolah vernakular yang diperkenalkan oleh penjajah Inggeris sebenarnya telah digunakan sehingga kini. Ini terbukti apabila wujudnya sekolah aliran mengikut bangsa. Kewujudan Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaa Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil membuktikan bahawa sistem sekolah vernakular yang ditinggalkan oleh pihak Inggeris masih berterusan sehingga kini. Cuma, di setiap sekolah kini telah diwajibkan mempelajari Bahasa Melayu tetapi murid-murid di Sekolah Jenis Kebangsaan ini masih boleh terus menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Suatu ketika dahulu di awal era tahun 2000, kerajaan telah berusaha untuk mewujudkan sekolah dengan hanya satu aliran, namun pelaksanaannya tidak tercapai apabila mendapat bantahan daripada Sekolah Jenis Kebangsaan. Ini terbukti apabila Persatuan Zong Dong yang mewakili Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, menolak bulatbulat cadangan tersebut kerana bimbang akan kesan jangka panjang ke atas anakanak berbangsa Cina kehilangan identiti bangsa tersebut. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil pula masih lagi berada di kawasan estet dan amat kurang berada di bandar. Ini terjadi akibat dasar pecah dan perintah yang suatu ketika dahulu dilaksanakan oleh pihak Inggeris untuk memecah belahkan semua kaum yang ada di Tanah Melayu.

No. TAJUK TAJUK

Pengenalan Kepada KBSR dan KSSR

Dalam unit ini dibincangkan berkaitan perubahan kurikulum yang berlaku bermula pada awal kemerdekaan sehinggalah kini. Asas kepada kurikulum adalah Akta Pelajaran 1961. Pada tahun 1982, Kurikulum Lama Sekolah Rendah diperkenalkan dengan menitik beratkan kepada akedemik dan penguasaan 3M ( membaca, menulus dan mengira ). Kemudian, Kurikulum Baru Sekolah Rendah ( KBSR ) diperkenalkan bagi menambahbaik kurkulum yang sedia ada. Dalam KBSR ini, penegasan kepada 3M. Penilaian berbentuk formatif mula diperkenalkan bagi mengukur tahap penguasaan 3M. KBSR yang dibina berasaskan tiga bidang iaitu komunikasi, manusia dan alam kelilingnya. Melalui KBSR yang diperkenalka, perkembangan individu dilhat secara menyeluruh. Pada tahun 1993, KBSR mengalami penambahbaikan apabila Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) diperkenalkan. Melalui KBSR ini, pembangunan individu yang ditekankan dalam KBSR terdahulu masih dikekalkan malahan bagi mencapai matlamat tersebut, pendekatan bersepadu digunakan dan memperkenalkan pendidikan seumur hidup dikekalkan. Pada tahun 2011, kurikulum pendidikan mengalami transformasi apabila Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ) diperkenalkan bagi mengganti system kurikulum yang terdahulu. Dalam KSSR ini, ianya bertujuan menambahbaik KBSR. KSSR berasaskan enam ( 6 ) tunjang utama iaitu komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, sains dan teknologi, dan ketrampilan diri. Dalam KSSR juga, dua standard amat dipentingkan iaitu Dokumen Standard Kandungan dan Dokumen Standard Pembelajaran

Pengenalan Kepada KBSR dan KSSR

Akta Pelajaran 1961 ( asas pelaksanaan pendidikan )

KLSR ( 1982 ) ( Kurikulum Lama Sekolah Rendah ) Menitik beratkan akademik Fokus kepada 3M

KBSR ( Kurikulum Baru Sekolah Rendah ) Penegasan kepada 3M Penilaian berbentuk formatif diperkenalkan Berasaskan 3 bidang iaitu Komunikasi, Manusia dan Alam Kelilingnya Perkembangan individu secara menyeluruh

KBSR ( Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ) Diperkenalkan pada 1993 Pembangunan individu secara menyeluruh dan bersepadu Pendidikan yang sama untuk semua Pendekatan bersepadu Pendidikan seumur hidup dikekalkan

KSSR ( Kurikulum Standard Sekolah Rendah ) Bertjuan menambahbaik KBSR Berasaskan 6 tunjang iaitu Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika, Sains dan Teknologi dan Ketrampilan Diri Mementingkan standarar utama iaitu : 1. Dokumen Standard Kandungan 2. Dokumen Standard Pembelajaran
7

2. Enam konsep terdapat dalam tajuk ini dan penjelasannya

Bil 1

Konsep Prinsip KLSR

Penjelasan Lebih menitikberatkan akademik dan padat bagi murid-murid peringkat umur sekolah rendah.

Prinsip KBSR ( Kurikulum Baru Sekolah Rendah )

Asasnya berpegang pada konsep murid perlu memperoleh ilmu pengetahuan, menguasai pelbagai kemahiran dan menghayati nilai secara terus melalui pengalaman langsung.

Prinsip KBSR ( Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah )

Konsep bersepadu menjadi tumpuan dengan menggabungkan unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam kandungan KBSR diintegrasikan supaya terdapat kesepaduan

Prinsip KSSR

Bertunjangkan 6 tunjang utama iaitu komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, sains dan teknologi dan ketrampilan diri.

Standard Kandungan

Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai

Standard Pembelajaran

Satu penetapan kriteria atau indicator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard pembelajaran

Isu semasa berkaitan tajuk Bermula dari Kurikulum Lama Sekolah Rendah ( KLSR ) pada tahun 1963 yang dibentuk berdasarkan Akta Pelajaran 1961, sehinggalah terbentuknya Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ), kurikulum yang dibentuk mengharungi satu perubahan mengikut zaman dan arus pembangunan negara. Sekiranya di awal kemerdekaan tujuan KLSR adalah untuk membasmi masalah buta huruf akbiat sistem sekolah vernakular, kini KSSR dilihat lebih cenderung ke arah melahirkan modal insan yang benar-benar mengikut acuan negara kita. Di awal pengenalan KLSR, kerajaan Malaysia ketika itu amat menitik beratkan akademik dalam membasmi buta huruf bagi melahirkan rakyat yang mampu bersamasama membangunkan negara berdasarkan acuan sendiri. Melalui KLSR juga, pihak kerajaan komited untuk memastikan perpaduan di antara kaum dapat dipupuk dan disemai. Rasa kecintaan ke atas bumi Malaysia disemai di dalam diri anak-anak yang lahir di Malaysia. Setelah sekian lama digunapakai, berdasarkan Laporan Mahathir, Kurikulum Baru Sekolah Rendah ataupun KBSR diperkenalkan yang masih lagi mengekalkan penegasan terhadap 3M. Penilaian berbentuk formatif turut diperkenalkan bagi menguji sistem pendidikan ketika itu yang sehingga kini masih digunapakai. KBSR yang dibentuk juga adalah bertujuan untuk memastikan perkembangan murid berlaku secara menyeluruh dan mencapai objektif asalnya. Namun, ketika itu perpaduan di antara kaum masih lagi menjadi isu hangat dan tebal dalam diri setiap rakyat Malaysia. Setrusnya, sistem pendidikan sekali lagi menerima angin perubahan pada tahun 1993, apabila kurikulum menerima perubahan apabila Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah atau KBSR diperkenalkan. Dengan bertujuan menambahbaik KBSR terdahulu, KBSR yang diberi nafas baru ini lebih berfokus kepada kepada menyeluruh dan bersepadu berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Melalaui KBSR ini juga, pihak kerajaan turut memperkenalkan pendidikan seumur hidup. Segalanya-gala bertujuan untuk memastikan tiada kanak-kanak tidak menerima pendidikan bagi memastikan setiap anak yang dilahirkan menerima pendidikan kekurang-kurang diperingkat rendah.

Kini, Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ) pula diperkenalkan bagi memambahbaik KBSR. Tujuan utama KSSR adalah untuk melahirkan modal insan yang bercirikan acuan Malaysia. KSSR yang dibentuk bukanlah satu retorik,namun ianya merupakan satu program jangka masa panjang bagi melahirkan modal insan yang benar-benar mampu menggunakan ilmu pengetahuan yang diperolehi semasa di dalam sistem pendidikan dapat dijana di dalam arus kehidupan. Sistem peperikan berpusat yang selama ini digunapakai dalam menentukan tahap pencapain murid turut dimansuhkan dan diganti dengan Sistem Penialaian Berasaskan Sekolah ( PBS ) . Tujuannya adalah satu, iaitu bagi memberi ruang kepada pihak sekolah menilai sendiri kaedah mengajar yang paling sesuai boleh digunakan oleh para guru dalam memastikan sistem pendidikan mencapai matlamatnya.

10

No. TAJUK TAJUK

Matlamat Kurikulum Sekolah Rendah

Dalam unit 3 ini menjelaskan tentang matlamat kurikulum sekolah rendah. Matlamat kurikulum adalah selaras dengan matlamat pendidikan, manakala matlamat pendidikan adalah bersifat menyeluruh. Matlamat kurikulum di dalam unit ini membincangkan matlamat kurikulum sebelum penjajahan Inggeris, semasa penjajahan Inggeris dan selepas merdeka. Matlamat kurikulum semasa zaman sebelum penjajahan Inggeris adalah bersifat untuk kesejahteraan dan keharmonian hidup. Matlamat kurikulum semasa penjajah Inggeris pula adalah untuk memberikan pendidikan asas kepada setiap kanak-kanak. Manakala matlamat kurikulum selepas merdeka terbahagi kepada dua iaitu matlamat KBSR dan matlamat KSSR. Matlamat kurikulum di dalam KBSR adalah untuk membina sebuah negara yang bersatu padu. Matlamat kurikulum di dalam KSSR adalah untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui enam tunjang utamanya.

11

Matlamat Kurikulum Sekolah Rendah

Matlamat Kurikulum selaras dengan Matlamat Pendidikan Matlamat Pendidikan bersifat menyeluruh

Matlamat Kurikulum dalam Pendidikan Sebelum Penjajahan

Matlamat pendidikan adalah untuk kesejahteraan dan keharmonian hidup

Matlamat Kurikulum dalam Pendidikan Semasa Penjajahan

Matlamat pendidikan adalah untuk memberikan pendidikan asas kepada kanak-kanak

Matlamat Kurikulum dalam Pendidikan Selepas Merdeka

Matlamat KBSR Untuk membina sebuah negara yang bersatu padu Untuk perkembangan individu secara menyeluruh Membolehkan murid memperolehi kemahiran, mengembangkan bakat, nilai, penbethauan, sikap dan amalan yang dikehendaki Untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Matlamat KSSR Berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan Untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui 6 tunjang iaitu: komunikasi,sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, ketrampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai

12

3. Enam konsep terdapat dalam tajuk ini dan penjelasannya

Bil 1

Konsep Matlamat kurikulum

Penjelasan Matlamat yang selaras dengan matlamat pendidikan

Matlamat pemdidikan

Matlamat pemdidikan adalah tingkah laku yang bersifat menyeluruh yang diharapkan akan diperolehi pada akhir proses pendidikan

Matlamat KBSR

Bertujuan memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta menyediakan murid yang mampu berhadapan dengan cabaran abad ke-21

Matlamat KSSR

Melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui enam tunjang KSSR

Tonggak Pendidikan UNESCO

4 tonggak pendidikan UNESCO iaitu belajar untuk mengetahui, belajar untuk bertindak, belajar untuk hidup bersama dan belajar untuk membentuk peribadi

Objektif kurikulum

Hasrat yang lebih konkrit yang mampu dicapai dengan mengikuti langkah-langkah tertentu

13

Isu semasa berkaitan tajuk

Kurikulum merupakan nadi kepada sistem pendidikan di negara ini agar berjalan seperti yang iharapkan dengan menghasilkan output yang terbaik. Kurikulum yang dibentuk bermula dari zaman selepas merdeka sehingga kini masih lagi menekankan kepada aspek penguasaan murid terhadap tiga kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan mengira. Kini satu lagi M telah ditambah iaitu menaakul. Selain bertujuan membasmi buta huruf, KLSR,KBSR mahupun KSSR juga menetapkan untuk membentuk sahsiah diri dalam diri murid melalui kurikulum. Namun, adakah hal ini berjaya ? Jika kita lihat dari laporan-laporan dan kajian-kajian terdahulu,ter nyata kurikulum yang diharap berobjektifkan untuk melahirkan insan yang seimbang, masih lagi belum mencapai matlamatnya. Kini, masih ramai lagi murid yang tidak dapat menguasai 3M dengan baik. Mengikut satu laporan yang pernah tersiar di media cetak dan media massa, terdapat peratusan yang jelas menunjukkan bahawa murid masih belum menguasai 3M sebaiknya. Berdasarkan laporan tersebut juga, peratusan yang tertinggi dicatatkan di kawasan pedalaman dan luar bandar. Yang menjadi persoalannya, adakah kurikulum yang dibentuk gagal mencapai objektifnya ataupun pelaksanaan di peringkat sekolah yang gagal melaksanakannya. Berdasarkan kepada kajian tersebut, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia bertindak mewujudkan kelas LINUS bagi mengatasi permasalahan tersebut. KBSR yang digunakan hampir sedekad lamanya diganti dengan KSSR yang lebih berorientasikan Penilaian Berasaskan Sekolah yang diharap dapat mengurangkan dan seterusnya membasmi masalah kegagalan murid menguasai 3M. KBSR yang sebelum ini dilihat kurang memberangsangkan dalam melahirkan insan yang seimbang ditambahbaik. Beberapa tunjang diperkenalkan dalam KSSR agar objektif asal pembentukan kurikulum untuk melahirkan insan yang seimbang dapat dicapai menjelang 2020. Setelah setahun berlalu, KSSR kini memasuki kohort keduanya. Perjalanan KSSR yang dibentuk masih belum boleh dilihat keberkesanannya kerana pelaksanaan program ini merupakan satu perancangan jangka panjang. Namun, yang pasti menjadi
14

persoalannya adakah Penilaian Berasaskan Sekolah yang akan dilaksanakan bagi menguji kurikulum yang dibentuk mampu menilai pencapaian murid berdasarkan band. Bagi ibu bapa di kawasan bandar, besar kemungkinan mereka memahami sistem band, namun bagi ibu bapa yang berpendidikan rendah, adakah mereka memahami sistem band? Inilah yang menjadi persoalan dikalangan guru-guru. Hal ini terjadi kerana, setelah sekian lama sistem peperiksaan berpusat digunapakai, Sistem Penilaian Berasaskan Sekolah pula diperkenalkan. Ketelusan pihak sekolah dalam menentukan prestasi murid juga akan terus hangat diperkatakan dan akan sentiasa diragui oleh banyak pihak. Pihak sekolah akan terus menjaga nama baik sekolah melalui penilaian tersebut. Inilah yang menjadi tanda tanya sehingga satu keputusan dibuat berdasarkan rundingan meja bulat di antara pimikir pendidikan, Menteri Pelajaran, Kesatuan Ibu bapa dan pakar pendidikan mencapai kata putus.

15

No. TAJUK TAJUK

Organisasi Kurikulum Sekolah Rendah

Dalam unit 4 membincangkan tentang organisasi kurikulum pada peringkat sekolah rendah. Kurikulum disusun secara vertical dengan melibatkan urutan serta kesinambungan dan penyusunan secara horizontal yang turut melibatka liputan, skop dan imbangan. Kurikulum pada peringkat sekolah rendah diorganisasikan pada dua tahap baik dalam KBSR mahupun KSSR iaitu Tahap 1 dan Tahap 2. Murid pada Tahap 1 bermula dari Darjah 1 hingga Darjah 3, dan murid Tahap 2 bermula dari Darjah 4 sehingga Darjah 6. Kanak-kanak yang terlibat dalam organisasi kurikulum sekolah rendah ini berusia 6 hingga 12 tahun. Dalam organisasi KBSR, terbahagi kepada tiga bidang iaitu bidang komunikasi, bidang manusia dan alam kelilingnya dan bidang perkembangan diri individu. Dalam organisasi KSSR pula, diorganisasikan kepada enam tunjang iaitu kemanusiaan, kerohanian, sikap dan nilai, komunikasi, perkembangan fizikal dan estetika, sains dan teknologi dan ketrampilan diri. Keenam-enam tunjang ini berdasarakn tiga modul iaitu modul teras asas, modul teras tema dan modul teras elektif. Terdapat beberapa persamaan dan perbezaan dalam organisasi kurikulum KBSR dan KSSR iaitu organisasi pembelajaran mengikut Tahap 1 dan Tahap 2, organisasi mata pelajaran mengikut bidang dan komponen, mengikut teras, wajib atau tambahan, organisasi modul mengikut tunjang dan tema. Selain itu, organisasi peruntukan waktu pembelajaran juga mengikut tahap.

16

Organisasi Kurikulum Sekolah Rendah

Kurikulum disusun secara vertikal melibatkan urutan serta kesinambungan dan penyusunan secara horizontal yang melibatkan liputan, skop dan imbangan

Tahap Dalam KBSR & KSSR

Kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun Terdiri dari Prasekolah, Tahap 1 dan Tahap 2

Organisasi KBSR

Organisasi KSSR

Bidang Komunikasi Manusia dan Alam Kelilingnya Perkembangan Diri Individu Kemanusiaan Perkembangan Fizikal dan Estetika Modul Teras Asas

Tunjang Kerohanian, Siklap dan Nilai Sains dan Teknologi Modul Teras Tema Komunikasi Ketrampilan Diri

Modul Elektif

Persamaan & Perbezaan KBSR dan KSSR Organisasi tahun pembelajaran mengikut tahap iatu Tahap 1 dan Tahap 2 Organisasi mata pelajaran mengikut bidang dan komponen;mengikut teras; wajib atau tambahan; organisasi modul mengikut tunjang dan tema Organisasi peruntukan waktu pembelajaran mengikut tahap

17

4. Enam konsep terdapat dalam tajuk ini dan penjelasannya

Bil 1

Konsep Organisasi kurikulum

Penjelasan Penyusunan secara vertikal yang melibatkan urutan serta kesinambungan, dan penyusunan secara horizontal yang melibatkan liputan, skop dan imbangan.

Organisasi Kurikulum Tahap 1

Tumpuan adalah kepada penguasaan kemahiran asas. Mengukuh dan menggunakan kemahiran asas yang diperolehi semasa di Tahap 1 Mata pelajaran yang perlu dipelajari oleh semua murid mengikut aliran persekolahan

Organisasi Kurikulum Tahap 2

Mata pelajaran teras

Mata pelajaran wajib

Mata pelajaran yang wajib dipelajari oleh semua murid di peringkat sekolah rendah

Mata pelajaran elektif

Mata pelajaran yang dipelajari oleh murid berdasarkan pilihan dan minat murid di peringkat sekolah rendah

18

Isu semasa berkaitan tajuk

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ) boleh diumpamakan bagai isi dengan kuku. Kedua-duanya saling berkaitan dan memerlukan antara satu sama lain. KBSR yang diwujudkan bagi menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah ( KBSR ) dilihat sebagai memenuhi tuntuttan pendidikan ketika itu yang ingin mengorak ke arah sistem pendidikan bertaraf dunia. KBSR yang ditambahbaik menitikberatkan tiga elemen penting iaitukomunikasi, manusia dan alam kelilingnya dan juga perkembangan diri individu. Bermula pada 1993, KBSR yang diperkenalkan bertujuan untuk memacu ekonomi negara berteraskan negara maju. Walaupun ketika itu banyak pihak yang meragui kemampuan KBSR dalam membangunkan negara, semakin lama perkara tersebut dapat ditepis apabila melalui KBSR pelbagi pengiktarafan telah diterima yang mengakui sistem pendidikan negara ketika itu memang amat membantu perkembangan pendidikan di Malaysia amnya dan rantau Asia Tenggara khususnya. Ini jelas terbukti apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bersetuju dan mengiktiraf penggunaan KBSR ketika itu yang amat menitikberatkan tiga bidang utamanya. Selain itu, KBSR juga dilihat sebagai pemangkin kepada kesejahteraan dan kemakmuran antara kaum yang begitu dikagumi oleh setiap pelosok penduduk dunia. Kini, Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ) diperkenalkan bukan untuk menggantikan KBSR tetapi sebagai pelengkap kepada sistem pendidikan di negara ini menjelang wawasan kerajaan yang ingin melihat negara ini maju menjelang 2020. KSSR yang mula diperkenalkan pada tahun 2011 lebih bersikap fleksibel dalam memastikan kemenjadian murid secara menyeluruh. Melalui KSSR, enam tunjang utama diwujudkan berlandaskan tiga modul iaitu Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif. Enam tunjang yang menjadi nadi kepada KSSR ini diwujudkan berpandukan proses kemeenjadian murid yang dilihat kurang berkesan ketika pelaksanaan KBSR. Namun, perkara tersebut bukanlah membuktikan KBSR gagal, tetapi KSSR bersifat lebih menyeluruh dalam usaha memastikan negara mencapai matlamat Wawasan 2020. Kini, KSSR yang memasuki kohort keduanya dilihat menunjukkan keberkesanan yang ketara apabila murid yang dikesan mengalami
19

kelemahan akan segera di tempatkan di dalam kelas LINUS bagi dibantu dalam pendidikannya. Guru Khas Pendidikan LINUS juga diwujudkan dan dilatih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi memastikan murid ini akan segera dibantu untuk dimasukkan semula ke kelas arus perdana. Walaubagaimana pun, KBSR dan KSSR tetap mempunyai persamaan terutamanya dari segi tahap kelas iaitu Tahap 1 dan Tahap 2. Murid yang belajar di Tahap 1 akan menerima KSSR dengan asas permulaan sehinggalah mereka ke Tahap 2 dan seterusnya ke sekolah menengah. Waktu pembelajaran juga masih dikekalkan kerana pakar-pakar pendidikan sependapat waktu pembelajarn yang ada kini masih relevan dan sesuai dengan murid. Secara kesimpulannya, KBSR mahupun KSSR merupakan dua kurikulum yang saling berkait rapat dan memerlukan. KBSR yang telah lebih sedekad berlaku dilihat mencapai statusnya untuk membantu kerajaan memajukan sistem pendidikan di negara ini. Manakala, KSSR yang dilihat baru setahun jagung masihperlu diberikan peluang dan ruang untuk memastikan kesinambungan KBSR dapat dilaksanakan.

20

No. TAJUK TAJUK

Matapelajaran Sekolah Rendah

Dalam unit 5 ini membicarakan tentang matapelajaran yang terdapat di peringkat sekolah rendah berlandaskan KBSR dan KSSR. Matapelajaran sekolah rendah yang diajar adalah bertujuan untuk murid mengetahui, bertindak, membentuk peribadi, dan hidup bersama. Keempat-empat asas itu juga merupakan kunci kepada matapelajaran yang terdapat dalam KBSR dan KSSR. Pada peringkat KBSR, dibahagikan kepada dua jenis iaitu matapelajaran teras dan matapelajaran tambahan. Matapelajaran teras merupakan matapelajaran yang wajib dipelajari oleh setiap murid pada setiap peringkat. Manakala,bagi matapelajaran tambahan pula merupakan matapelajaran pilihan untuk murid pelajari Dalam KSSR pula, murid di Tahap 1diajar dua jenis model teras iaitu Model Teras Asas dan Model Teras Tema. Pada kedua-dua model ini, semua murid diwajibka mengikutinya tidak mengira jenis sekolah. Bagi murid di Tahap 2 pula, mereka akan mempelajari metapelajaran Teras yang dibahagikan kepada tunjang komunikasi, tunjang sains dan teknologi,tunjang perkembangan fizikal dan estetika dan tunjang kerohanian, sikap dan nilai. Murid di Tahap 2 juga diberi pilihan untuk belajar matapelajaran elektif atas pilihan mereka ataupun pihak sekolah.

21

Matapelajaran Sekolah Rendah

KBSR

- Belajar untuk mengetahui. - Belajar untuk bertindak - Belajar untuk membentuk peribadi - Belajar untuk hidup bersama

KSSR

Tahap 1

Tahap 2

MATAPELAJARAN TERAS - Bahasa Melayu - Bahasa Inggeris - Matematik - Bahasa Cina ( SJK C ) - Bahasa Tamil ( SJKT ) - Sains - Agama Islam ( Murid Islam) - Kajian Tempatan - Pendidikan Moral ( bukan Islam) -

Model Teras Asas Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa Cina Bahasa Tamil Pendidikan Islam Pendidikan Moral Matematik Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan -

Matapelajaran Teras
Tunjang Komunikasi

Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa Cina Bahasa Tamil

Tunjang Sains &Teknologi

Matematik Sains Rekabentuk dan teknologi


Tunjang Perkembangan Fizikal & Estetika

MATAPELAJARAN TAMBAHAN - Bahasa Cina - Bahasa Tamil - Bahasa Arab - Bahasa Suku Kaum Kadazan,Bajau,Semai Seni visual dan Muzik Dunia Sains dan Teknologi Malaysia Negaraku Model Teras Tema -

Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan Pendidikan Muzik Pendidikan Seni Visual

Tunjang Kerohanian,Sikap dan Nilai

Pendidikan Islam Pendidikan Moral


Matapelajaran Elektif

22

Bahasa Arab Bahasa Cina(BCSK) Bahasa Tamil(BTSK) Bahasa Iban Bahasa Kadazandusun

5. Enam konsep terdapat dalam tajuk ini dan penjelasannya

Bil 1

Konsep Dokumen Standard Pembelajaran

Penjelasan Kriteria atau petunjuk ( indicator ) kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan

Dokumen Standard Kandungan

Penyataan secara spesifik mengenai perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolah

Modul

Mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenalpasti untuk dikuasai oleh murid serta diuruskan secara modular dan bersifat kendiri-lengkap

Mata pelajaran wajib

Kategori mata pelajaran yang mesti dipelajari oleh semua murid

Mata pelajaran tambahan

Sebagai pelengkap atau tambahan kepada mata pelajaran teras dan mata pelajaran wajib

Mata pelajaran teras

Mata pelajaran yang menjadi asas utama pendidikan murid-murid

23

Isu semasa berkaitan tajuk Matapelajaran di sekolah rendah merupakan asas kepada murid untuk meneruskan pengajian ke peringkat sekolah menengah. Tidak banyak isu yang timbul berkaitan dengan matapelajaran yang terdapat di peringkat sekolah rendah. Hal ini kerana, kesemua pihak bersetuju dengan tindakan yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk memberikan pendidikan yang menyeluruh dan terbaik kepada semua murid. Pada peringkat KBSR, matapelajaran teras terutamanya Bahasa Melayu amat dititikberatkan berdasarkan kedudukan Bahasa Melayu di dalam Perlembagaan Malaysia. Selain itu, tujuan utama Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama di setiap sekolah adalah bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat yang pelbagai kaum di negara ini. Namun, Sekolah Jenis Kebangsaan tidak disekat untuk mempelajari bahasa ibunda masing-masing kerana ianya sebahagian daripada semangat perpaduan dan toleransi di kalangan masyarakat Malaysia. Sekolah Jenis Kebangsaan juga diberi ruang untuk mereka mempelajari bahasa ibunda masing-masing di dalam waktu kelas biasa. Begitu juga halnya dengan bangsabangsa atau etnik di sabah dan Sarawak yang turut diberi ruang untuk mempelajari bahasa ibunda masing-masing. Melalui KSSR, setiap sekolah tanpa mengira bangsa diwajibkan untuk belajar berdasarkan model yang telah dipersetujui bersama. Pada peringkat Tahap 1, murid akan diajar Model Teras Asas dan Model Teras Tema yang mengandungi beberapa matapelajaran yang mampu membangkitkan semangat menyanyangi negara ini. Pelaksanaan matapelajaran ini pada peringkat Tahap 1 dilihat akan lebih berkesan kerana pada peringkat asas ini, murid mudah menerima dan memahami serta menaplikasikan apa yang dipelajari di dalam arus kehidupan. Manakala, pada peringkat Tahap 2, murid akan diterapkan dengan elemen-elemen komunikasi, sains dan teknologi,perkembangan fizikal dan estetika serta kerohanian, sikap dan nilai. Kesemua ini meliputi asas utama yang diperlukan oleh setiap murid untuk menjadi rakyat yang berfikiran kritis serta mampu memacu pembangunan negara pada masa hadapan berdasarkan acuan kita sendiri. Pada peringkat KSSR ini juga, murid akan dibentuk dan

24

disemai dengan kejiwaan Malaysia yang kini dilihat semakin luntur dikalangan generasi muda. Secara kesimpulannya, perkara yang membabitkan kurikulum kurang menjadi isu yang hangat tetapi ianya dilihat lebih kepada penambahbaikkan agar masyarakat yang dibentuk melalui KBSR mahupun KSSR merupakan generasi yang berilmu pengetahuan serta dapat mencorakkan Malaysia pada masa hadapan.

25

Você também pode gostar