Você está na página 1de 47

PEMARKAHAN 1. BAHAN PP 2. ESEI 3. FORUM 4.

JUMLAH

EDU 3016 : PENGAJARAN ,TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 1


TAJUK

PORTFOLIO
KUMPULAN EL A03 DISEDIAKAN OLEH NAMA KALSOM BINTI AHMAD NO. ID D20111049766 NO.TELEFON 0195774821

NAMA TUTOR E-LEARNING : ENCIK ROSKANG BIN JAILANI TARIKH SERAH : 20.12.2011

PENGHARGAAN
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi akhirnya saya dapat menyiapkan folio ini. Jutaan terima kasih jua kepada Encik Roskang Bin Jailani selaku pensyarah dan penilai kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada keluarga saya yang banyak memberikan sokongan moral dan semua rakan yang membantu menyiapkan tugasan ini. Tugasan ini banyak membantu saya meningkatkan dan menambahkan lagi ilmu pengetahuan saya sebagai seorang guru. Diharapkan segala pengetahuan ini dapat dicurahkan kepada anak didik saya di sekolah dalam segala usaha bersesuaian dengan transformasi pendikan masa kini. Sebagai akhirnya saya berharap tugasan ini dapat memenuhi apa yang dikehendaki oleh pensyarah yang dihormati.

Sekian, terima kasih.

ISI KANDUNGAN
BIL 1.0 PERKARA BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1.1 Hierarki Struktur Pengetahuan. 1.2 Jadual Penentu Kandungan 1.3 Esei faktor mempengaruhi pilihan kaedah pengajaran 1.4 Rancangan Pengajaran Harian 1.5 Set Bahan Penilaian. 3 6 8 14 23 MUKA SURAT

2.0

ESEI ILMIAH 2.1 Berdasarkan pengalaman anda sebagai guru, buat refleksi dan jelaskan tentang konsep pengetahuan pedagogikal isi kandungan guru (PPIK) 26

3.0

LAMPIRAN FORUM E-LEARNING. 3.1 Bincangkan perkara utama yang perlu diambil kira dalam penentuan objektif/hasil pembelajaran. 3.2 Kaedah pengajaran pembelajaran berasaskan Konstruktivisme 3.3 Kemudahan computer adalah asas kepada penyediaan bahan bantu mengajar. Bincangkan. 3.4 Penilaian berbentuk formatif lebih baik daripada sumatif. Bincangkan. 3.5 Guru bukan lagi sumber rujukan utama dalam proses pengajaran pembelajaran. Bincangkan. 45 44 41 39 37

1.(a) Hierarki struktur pengetahuan.

Unit 1
MARI MENGENAL HUKUM

JENISJENIS HUKUM

PENGERTIAN HUKUM DAN CONTOH PERBUATANNYA

KEBAIKAN DAN AKIBAT.

Wajib, haram, sunat, makruh dan harus.

WAJIB ialah melakukannya mendapat pahala.Meninggalkannya berdosa. Contohnya solat, puasa, menuntut ilmu, menutup aurat, taat ibu bapa..

Kebaikan Melakukannya. Mendapat pahala Hidup bahagia Disukai orang

Akibat Meninggalkannya Berdosa Dimurkai Allah Dipandang hina

Unit 2

MARI MENGENAL HUKUM

JENIS-JENIS HUKUM

PENGERTIAN HUKUM DAN CONTOH PERBUATANNYA

KEBAIKAN DAN AKIBAT

Haram

Akibat Melakukannya HARAM Melakukannya berdosa Meninggalkannya dapat pahala. Contohnya mencuri, derhaka ibu bapa, minum arak, berjudi, hisap dadah Dibenci Allah Dipandang hina Hidup tidak bahagia.

Akibat Meninggalkannya Dikasihi Allah Mendapat pahala Hidup bahagia

Unit 3 MARI MENGENAL HUKUM

JENIS-JENIS HUKUM

PENGERTIAN HUKUM DAN CONTOH PERBUATANNYA

KEBAIKAN DAN AKIBAT

Sunat

SUNAT Melakukannya dapat pahala. Meninggalkannya tidak berdosa. Contohnya senyum, solat sunat,sedekah,memberi salam,

Akibat Melakukannya Menambah pahala Dikasihi Allah

menolong orang lain..


Akibat Meninggalkannya Tidak berdosa Pahala sedikit.

1(b) Berdasarkan topik di atas sediakan JPK. JADUAL PENENTU KANDUNGAN Mata pelajaran Bidang Tahun Tajuk Pecahan Tajuk : Pendidikan Islam. : Ibadah :3 : Mari Mengenal Hukum. : Unit 1: Pembahagian hukum syarak dan jenis-jenisnya. Hukum wajib :Unit 2:Hukum haram :Unit 3: Hukum sunat
Tajuk: Mari mengenal hukum Fakta

Pengetahuan

Kemahiran

Konsep

Generalisasi

Kognitif

Psikomotor Sosial

Unit 1 Pembahagian hukum syarak dan jenisjenisnya. 1.Hukum Wajib

1.Jenis-jenisnya ialah wajib, haram, sunat, makruh dan harus. 2. Wajib ertinya melakukannya mendapat pahala dan meninggalkannya berdosa.Contohnya ialah solat fardhu, puasa. Menuntut ilmu. 3.Melakukannya akan mendapat pahala, hidup bahagia dll

Hukum syarak ialah hukumhukum yang telah ditentukan oleh Allah.Ianya terbahagi kepada lima jenis. 2.Pengertian wajib dan contohcontoh perbuatannya. 3.Kebaikan melakukannya dan akibat meninggalkannya.

1.Mari mengenal hukum syarak. 2. Pembahagian hukum syarak. 3. Hukum wajib

1.Terdapat hukum syarak untuk panduan manusia. 2.Terdapat-nya ganjaran pahala dan dosa

Lakonan perlakuanperlakuan yang wajib dilakukan.

Berinteraksi melalui perbincangan dan nasyid . Aktiviti mewarna.

Unit 2 2.Hukum haram Nama hukum: 1.Haram ertinya melakukannya berdosa, meninggalkannya mendapat pahala.Contohnya seperti mencuri, minum arak, berjudi, menderhaka kepada ibu bapa dll. 2. Kebaikan meninggalkan perbuatan haram ialah mendapat pahala,hidup bahagia, masyarakat aman dll. 3. Akibat melakukan perkara yang haram ialah Allah murka, masyarakat tidak aman, hidup dihina dll. Nama hukum: 1.Sunat ertinya melakukannya dapat pahala dan meninggalkannya tidak berdosa. Contohnya sedekah, beri salam, senyum, solat sunat dsb. 1.Pengertian hukum haram dan contoh-contoh perbuatannya. 2.Kebaikan meninggalkan perbuatan haram dan akibat melakukan perbuatan haram. 2. Hukum haram 1. Perbuatan haram adalah dilarang oleh Allah . 2. Ada pembalasan tertentu iaitu mendapat pahala dan dosa. Lakonan perlakuan perbuatan yang haram. Berinteraksi melalui perbincangan

Unit 3 Hukum sunat

1.Pengertian hukum sunat dan contoh-contoh perbuatannya. 2. Akibat melakukannya. 3.Akibat meninggalkannya.

Hukum sunat

Perbuatan sunat digalakkan melakukannya.

Memilih dan menampal kad -kad gambar perbuatan sunat.

Bersamasama menyebut perbuatan berdasarkan gambar.

1.(c)Nyatakan apakah faktor-faktor yang harus diambil kira dalam membuat keputusan menentukan pilihan kaedah pengajaran bagi tajuk tersebut.

Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain.Pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu. Ia meliputi perkara-perkara seperti aktiviti,perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan, dan penilaian dengan tujuan menyebar ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada pelajar-pelajar dengan cara yang berkesan. Perkembangan pendidikan dari masa ke semasa telah membawa banyak perubahan dalam aktiviti pengajaran di dalam kelas. Corak pengajaran masa kini telah mengalami banyak perubahan dan bertambah maju. Pengajaran dalam konteks masa kini boleh ditafsirkan sebagai satu proses, komunikasi, sains dan seni. An-Nashmy (1980) mencadangkan supaya guru memilih kaedah yang boleh memberi kesan yang mendalam bukan sahaja kepada kefahaman pelajar yang diajar, malah yang memberi kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan pelajar. Dengan cara ini pelajar akan memberi tumpuan yang padu dan dapat mengingati pelajaran dengan lebih cepat dan bertahan lebih lama. Untuk mencapai hasrat ini guru haruslah pandai memilih pendekatan yang sesuai dan teknik yang menarik dan ditambah pula dengan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang canggih dan menarik. Saya sebagai seorang guru Pendidikan Islam di SJK(Cina) terdapat beberapa faktor yang perlu diambilkira bagi memilih kaedah pengajaran yang sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Antaranya adalah seperti yang ditunjukkan seperti Rajah 1 dan huraian di bawah:

Kenal pelajar anda,kesediaan mereka : dan konteks pembelajaran

Objektif ( hasil pembelajaran yang sesuai)

Guru kuasai content topic: buat analisis (i) pengetahuan (ii) kemahiran

Penerapan nilai

Latarbekakang murid

Penilaian ( alat dan kaedah penilaian yang sah dan boleh dipercayai

Faktor-faktor penentu kaedah pengajaran dan pembelajaran

Buat susunan unit-unit p&p secara sequential guna Jadual Penentu Kandungan (JPK)

Pilih alat bantu P&P: buku ,modul, VCD, CD dsb yang sesuai

Pilih kaedah & teknik pengajaran & latihan murid

Rajah 1, menunjukkan faktor utama dalam merekabentuk pengajaran.

1.Pengetahuan sedia ada murid

Bila sesuatu tajuk baru yang hendak diajar guru perlu mengambil kira tahap pengetahuan sedia ada murid. Kadang-kadang murid-murid yang lemah ingatan akan berkeadaan terpinga-pinga dan langsung tidak memahami tajuk yang hendak diajar. Mereka seolah-olah berada di alam fantasi dan adanya pengaruh yang lebih menyeronokkan hidup mereka contohnya permainan, games,makanan yang lazat dan sebagainya. Keadaan ini akan menjadi lebih buruk lagi sekiranya mereka langsung tidak mahu berfikir dan tidak berminat langsung untuk mempelajarinya. 2.Objektif pengajaran. Sebelum memulakan pengajaran adalah perlu bagi seseorang guru untuk memikirkan objektif pengajaran dan pembelajaran yang ingin dicapai. Objektif pengajaran boleh dalam bentuk objektif implisit atau objektif eksplisit. Objektif pengajaran hendaklah disusun mengikut langkah-langkah yang tertentu. Dari abstrak kepada yang konkrit.Kemudian setiap apa yang difikirkan sesuai objektifnya, ia dicatatkan dan disenarai semakan. Apabila telah disenaraikan,barulah ditentukan kaedah pengajaran mana yang paling sesuai digunakan. Tidak semua objektif pelajaran mudah dicapai seperti orang dewasa. Kadang-kadang guru menyangka ianya senang dan mudah tetapi ia tidak berlaku kepada murid.

3. Guru kuasai topik pengajaran. Guru perlu membuat analisis kandungan kurikulum, kandungan topic yang hendak diajar dari segi pengetahuan isi kandungan di dalamnya berdasarkan fakta, konsep, prosedur, klasifikasi,prinsip dan teori kemahiran seperti mencari maklumat, eksperimen dan sebagainya.

4.Bahan pengajaran dan pembelajaran. Bahan pengajaran dan pembelajaran adalah isi pelajaran dan alat serta bahan bantu mengajar yang digunakan semasa mengajar. Oleh itu, guru perlulah menentukan isi pelajaran yang mahu disampaikannya di dalam kelas. Jika isi pelajaran itu adalah satu kemahiran seperti kemahiran membaca, memahami dan menghafaz dalam pelajaran Pendidikan Islam, guru harus memikirkan bahan yang sesuai untuk kemahiran yang mahu disampaikannya.Guru perlu membina, memilih dan menggunakan alat media bantu pengajaran dan pembelajaran yang

10

sesuai untuk memudahkan proses P & P. BBM boleh menarik perhatian murid dan menjadi sebati kepada murid.Antara BBM yang boleh digunakan semasa proses P & P ialah alat audio visual, buku teks, buku latihan,kad gambar, carta dan sebagainya. 5. Pilih kaedah dan teknik pengajaran dan latihan murid. Terdapat pelbagai kaedah pengajaran yang diaplikasikan semata-mata untuk menghasilkan satu siri tindakan guru yang sistematik dan berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih, dengan tujuan mencapai objekif pelajaran dalam masa yang pendek. Guru perlu memilih dan menggunakan kombinasi pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai dengan kesediaan murid dan sifat isi kandungantopikberkenaan.Kepelbagaian kaedah,strategi dan teknik akan membantu murid menguasai pembelajaran. 6.Jangkamasa pengajaran. Waktu P & P Pendidikan Islam di SJK(Cina) tidak sama dengan waktu yang diperuntukkan di SK. Waktunya hanya empat waktu seminggu dan dalam beberapa pendidikan Islam dan Pelajaran Jawi. Biasanya di sekolah rendah masa yang diperuntukkan ialah 30 hingga 60 minit bagi satu sesi P & P. Kaedah pengajaran yang mahu digunakan pengajar adalah perlu menepati masa yang diperuntukkan. Ini bagi mengelakkan murid terlambat untuk beredar dan mengikuti pelajaran subjek lain. Pelajaran yang meleret-leret, cerita berbelit-belit dan tiada kesudahannya biarpun telah tamat waktu pelajaran tersebut perlu dielakkan. Huraian yang terlalu panjang akan menjadikan murid rasa terbeban dan terkeliru. Saya perlu peka dengan masa agar dapat digunakan dengan sebaiknya.Saya perlu merancang, menyusun turutan (sequence) unit-unit pengajaran supaya beransur maju, bersambungan dan berkembang. Proses P & P melibatkan set induksi, perkembangan P & P, penilaian, pemulihan, pengayaan dan penutup. 7.Latar belakang dan jumlah murid. Setiap manusia mempunyai tahap keupayaan pemikiran dan kemampuan kognitif dan fizikal yang berbeza-beza. Ia boleh diklasifikasikan kepada umur, jantina dan peringkat pencapaian atau keupayaan pelajar tersebut. Terdapat murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran contohnya lambat faham, pelupa dan langsung tidak boleh mengingat apa yang diajar. Kita tidak boleh menilai murid dari segi fizikalnya sahaja. Kadang-kadang ada terdapat murid yang berusia 12 tahun, tahap IQ nya menyamai kanak-kanak 9 tahun.Ada murid yang kerap terkeliru dan bercampur aduk pemikirannya dengan Bahasa Cina. Kelemahan murid menguasai tulisan dan bacaan rumi, apatah lagi tulisan jawi. Sekaligus murid tidak dapat

11

membaca buku teks dan tidak dapat menjawab soalan bertulis dengan baik. Ada juga murid yang hanya belajar agama hanya semasa di sekolah semata-mata. Terdapat juga murid yang tidak memberikan tumpuan semasa belajar,suka bercakap,bermain,berkhayal, mengganggu murid lain, ada masalah keluarga dan sebagainya. Selain itu, jumlah pelajar dan susunan tempat duduk pelajar juga boleh mempengaruhi kaedah yang mahu digunakan. Oleh itu, adalah dikhuatiri ia akan menjejaskan pemahaman dan penyampaian yang dibuat guru.Keadaan ini akan merugikan pelajar sendiri kerana kurang tumpuan terhadap pelajaran yang disampaikan. meningkatkan daya ingatan mereka disamping untuk mengelak murid-murid berasa tertekan dengan pelajaran yang diajar.Sebagai guru kita mesti menyedari pendekatan yang sesuai dapat diambil agar murid boleh menguasai hasil pembelajaran. 8.Iklim dan suasana tempat mengajar

Kemudahan dan infrastruktur sesebuah sekolah tidak sama.Iklim dan suasana persekitaran sekolah boleh mempengaruhi pemilihan kaedah pengajaran.Sekolah saya kecil dan mempunyai bilik kelas yang amat terhad dan sempit. Tiada bilik khas kelas Pendidikan Islam yang diperuntukkan. Saya perlu memikirkan dan mencari tempat-tempat untuk menjalankan P & P mengikut kesesuaian masa.Tempat-tempat yang boleh saya gunakan adalah seperti Pusat Sumber Sekolah, Dewan Sekolah yang banyak kegunaannya atau di bawah pokok sahaja. Suasana kelas akan menjadi lebih menarik minat dan perhatian pelajar menumpukan perhatian kepada perbincangan, projek, demonstrasi, dan kaedah-kaedah lain. Suasana yang membosankan dan kadang-kadang tidak selesa kerana sempit .Keadaan cuaca panas yang menyebabkan murid dibasahi peluh adalah dijangka akan mengurangkan tahap motivasi pembelajaran dan ketahanan mereka. Mereka sudah hilang tumpuan untuk belajar. 9.Penilaian Guru perlu menyedia latihan yang sesuai dan mencukupi untuk semua murid supaya pembelajaran mereka berkesan dan mencapai Masteri.Ia diambil kira dari segi alat, kaedah, penilaian yang sah dan dipercayai. Kejujuran dan tidak ada kompromi semasa penilaian adalah untuk menjamin kualiti prestasi murid. 10. Penerapan nilai. Sesuatu yang tidak boleh dilupakan ialah penerapan nilai yang hendak diterapkan kepada murid. Guru perlu memikirkan apakah nilai yang hendak diterapkan mengikut tajuk yang diajar. Apa yang hendak dipesan kepada murid, apa nasihat yang nak diberi supaya murid

12

boleh ikut dan mencontohinya. Murid-murid di sini , persekitarannya tidak dipengaruhi oleh roh penghayatan Islam. Mereka juga terdedah dengan cara hidup, tingkahlaku, pemakanan,pakaian dan sebagainya dengan orang bukan Islam. Masa P & P sudah sewajarnyas digunakan untuk penerapan nilai yang perlu diikuti sebagai seorang Islam.

Kesimpulan.

Faktor pemilihan kaedah pengajaran seharusnya diketahui dan diikuti oleh semua guru yang ingin memulakan pengajaran. Ini adalah sebagai satu proses pemilihan yang betul dimana ia akan menjadikan proses penyampaian lebih menarik dan berkesan. Sesungguhnya pengajaran yang berjaya akan melahirkan murid yang berkualiti. Justeru itu guru perlu berhati-hati menyusun langkah pengajaran untuk mencapai objektif agar ia tidak tersilap langkah dan kecundang.Hasil dari pengajaran yang diharapkan ialah berlakunya perubahan yang relatif kekal dalam tingkahlaku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman.

13

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN(Unit 1 ) Mata Pelajaran Tajuk Tarikh Masa Kelas Bilangan Pelajar Strategi / Kaedah Hasil Pembelajaran : Ibadah : Mari mengenal hukum. : 03 Oktober 2011 (Isnin) : 09.10 09.40 pagi ( 30 minit ) : Tahun 3 : 10 orang murid. : Berpusatkan guru, murid dan bahan. : Di akhir pembelajaran, murid-murid dapat : 1) menyenaraikan jenis-jenis hukum syarak . 2) menyatakan pengertian hukum wajib dan contoh-contoh perbuatannya. 3) menyatakan kebaikan melakukan perkara-perkara wajib serta akibat meninggalkannya. : Murid-murid pernah mendengar perkataan wajib, sunat ,harus, makruh dan haram. : Menjana idea, menilai,membuat urutan dan membuat kesimpulan : Matematik, kesihatan dan moral. : Taat , istiqamah ,teliti ,beradab dan taqwa : 1) Komputer 2) Pemancar LCD 3) Papan putih / marker pen 4) Buku teks 5) Lembaran kerja. Aktiviti Isi Pelajaran Guru Pelajar Catatan

Pengetahuan Sedia Ada

KBKK Penerapan ilmu Penerapan Nilai Bahan Bantu Mengajar

Langkah / Masa Set Induksi (3 minit)

Memberi salam dan Menjawab salam guru meminta pelajar dan membaca doa membaca doa. beramai-ramai. Menayangkan kepada murid gambar orang sedang bersolat dan meminta pelajar membuat ulasan bebas mengenainya. Memerhati gambar yang ditayangkan serta membuat ulasan berdasarkan pandangan masing-masing.

KBKK: Pemikiran reflektif ILMU: Moral-beradab

NILAI: Taat kepada Mengaitkan jawapan Menjawab pertanyaan perintah Allah. pelajar dengan tajuk dan guru tentang hukum BBM: jenisnya yang akan bersolat. Komputer

14

dipelajari melalui soal jawab. Jenis-jenis hukum syarak terbahagi 5. 1. 2. 3. 4. 5. Wajib Haram Sunat Harus Makruh Guru menyoal muridmurid tentang jenis jenis hukum yang murid-murid tahu. Murid-murid menjawab soalan tentang jenisjenis hukum.

Pemancar LCD

Langkah 1 (6 minit)

KBKK: Menjana idea

Guru menerangkan jenisjenis hukum syarak melalui slide power point. Meminta murid mengeja dan membaca beberapa perkataan sukar.

Melihat slide dan mendengar penerangan guru.

NILAI: Mendengar teliti

Mengeja dan membaca perkataan yang ditunjukkan oleh guru.

ILMU: Matematik Bahasa Melayu

Langkah 2: 1.Pengertian Penstruktur hukum wajib. an Idea (7 minit) 2.Contoh-contoh perbuatan yang wajib dilakukan.

Meminta murid-murid berbincang tentang erti wajib dengan merujuk kepada buku teks. Meminta murid membaca melalui slide dan penerangan guru tentang pengertian wajib. Meminta murid-murid menyebut contoh-contoh perbuatan wajib dilakukan oleh orang Islam.

Merujuk buku teks dan berbincang sesama rakan.

KBKK: Menjana idea ILMU: Matematik

Membaca dan mendengar penerangan guru .

NILAI: Taat BBM: Buku teks.

Menyebut contohcontoh perbuatan wajib.

Langkah 3: Aplikasi Idea (7 minit)

1.Kebaikan Meminta murid melakukan perkara- berbincang secara perkara yang wajib. berpasangan tentang kebaikan melakukan perkara wajib. 2.Akibat tidak melakukan perkara Meminta murid-murid wajib. menyatakan akibat

Berbincang sama rakan.

bersama-

KBKK: Menilai ILMU: Moral

Beberapa orang murid bangun menyatakan

NILAI: Bertaqwa

15

meninggalkan yang wajib.

perkara kebaikan melakukan perkara yang wajib dan kemudian menyatakan pula akibat meninggalkan perkara yang wajib.

BBM: Buku teks

Langkah 4: Penilaian (5 minit)

Latihan bertulis: KBKK: Mengenal pasti Mengedarkan lembaran Menerima lembaran dan membanding kerja kepada murid dan kerja dan menjawab beza. meminta murid soalan secara individu. ILMU: menjawabnya. Seni Visual Memantau murid menjawab soalan dan memberi bimbingan sekiranya perlu. NILAI: Teliti dan kemas BBM: Lembaran kerja

1.Melengkapkan ayat pengertian wajib.

2.Warnakan perkara-perkara yang wajib dilakukan.

Langkah 5: Penutup ( 2 minit )

Kesimpulan 1.Jenis-jenis hukum syarak 2. Erti wajib Meminta murid-murid menyebut jenis-jenis hukum syarak dan menyatakan erti wajib. Menyebut hukum syarak satu persatu dan menyatakan erti wajib. Menutup kelas dengan bacaan Surah Al-Asr

KBKK: Membuat urutan. ILMU: Matematik NILAI: Yakin dan Taqwa

REFLEKSI : ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________

16

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (unit 2) Mata Pelajaran Tajuk Tarikh Masa Kelas Bilangan Pelajar Strategi / Kaedah Hasil Pembelajaran : Ibadah : Mari Mengenal Hukum. : 06 Oktober 2011 ( Khamis ) : 11.30- 12.00 tengahari ( 30 minit ) : Tahun 3 : 10 orang pelajar : Berpusatkan guru, pelajar dan bahan. : Di akhir pembelajaran, pelajar dapat : 1) Menyatakan pengertian hukum haram 2) Menyebut contoh-contoh perbuatan haram 3) Menyatakan akibat melakukan perbuatan yang haram dan kebaikan meninggalkannya. : Murid telah mengetahui jenis-jenis hukum syarak. : Menjana dan mengaplikasi idea serta membuat ramalan. : Kesihatan, Moral : Bertaqwa, beradab : 1) Komputer 2) Pemancar LCD 3) Papan putih / marker pen 4) Lembaran kerja/ buku latihan 5) Buku teks.

Pengetahuan Sedia Ada KBKK Penerapan ilmu Penerapan Nilai Bahan Bantu Mengajar

Langkah / Masa Set Induksi (3 minit)

Aktiviti Isi Pelajaran Guru Pelajar KBKK: Pemikiran refleksi ILMU: Moral NILAI: Beradab BBM: Komputer Pemancar LCD Catatan

Memberi salam dan Menjawab salam guru meminta pelajar dan membaca doa membaca doa. beramai-ramai.

Menayangkan gambar pencuri kepada murid. Menyoal murid dan mengaitkan jawapan pelajar dengan tajuk yang akan dipelajari melalui soal jawab.

Memerhati gambar yang ditayangkan serta membuat ulasan berdasarkan pandangan masing-masing.

17

Langkah 1 ( 5 minit)

Pengertian hukum haram.

Meminta murid menyatakan erti haram. Guru memberi respon. Penerangan erti haram dan menyebut erti haram secara bernasyid.

Menjawab pertanyaan guru dan mendengar penerangan guru . Latih tubi bernasyid. secara

KBKK: Menjana idea

Langkah 2: Contoh-contoh Penstruktur perbuatan yang an Idea haram. (6 minit)

Meminta beberapa orang murid tampil ke hadapan untuk melakonkan contoh-contoh perbuatan haram dan meminta murid lain meneka aksi tersebut.

Beberapa orang murid tampil ke hadapan melakonkan contohcontoh perbuatan haram dan murid-murid lain meneka aksi perbuatan tersebut.Contohnya aksi perompak, penagih dadah, pemabuk arak dan sebagainya. Mendengar penerangan guru.

KBKK: Menjana idea ILMU: Kesihatan NILAI: Taqwa BBM: Komputer, LCD

Memberi penerangan.

Langkah 3: Aplikasi Idea (7 minit)

Akibat melakukan Meminta murid Murid-murid perbuatan yang menyumbangkan idea menyumbangkan haram. tentang akibat melakukan masing-masing. perbuatan yang haram. Kebaikan meninggalkan Meminta murid perbuatan yang menyebut haram. kebaikan meninggalkan perkara haram.

idea

KBKK: Menjana idea ILMU: Kesihatan

Guru memberi respon Murid mendengar dan membimbing murid penerangan guru. menjawab soalan yang betul. Langkah Latihan Bertulis: Mengedarkan soalan Mengambil soalan

NILAI: Bertaqwa. BBM: Komputer

KBKK:

18

4: Penilaian (6 minit)

latihan kepada 1.Suaikan jawapan dan meminta yang betul. menjawabnya.

pelajar latihan dan pelajar menyiapkannya secara individu.

Memadankan

2.Mengecam dan Memantau murid menandakan menjawab soalan. jawapan yang betul. Murid pandai menyenaraikan lima Pengayaan. Menyenaraikan perkara haram. lima perkara yang haram dilakukan.

ILMU: Kesihatan NILAI: BBM: Lembaran kerja, Buku latihan

Langkah 5: Penutup (3 minit)

Membuat rumusan: 1.Erti haram. 2.Kebaikan meninggalkan perkara haram dan akibat melakukan perkara haram.

Guru meminta murid membuat rumusan.

Membuat rumusan

KBKK: Menjana idea

Mendengar arahan guru seterusnya menutup kelas dengan bacaan doa beramai-ramai.

ILMU: Sivik NILAI: Bertaqwa

REFLEKSI : ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________

19

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (unit 3) Mata Pelajaran Tajuk Tarikh Masa Kelas Bilangan Pelajar Strategi / Kaedah Hasil Pembelajaran : Ibadah : Mari mengenal hukum. : 28 Oktober 2011 ( Jumaat ) : 11.40-12.10 tengahari ( 30 minit ) : Tahun 3 : 10 orang pelajar : Berpusatkan guru dan pelajar : Di akhir pembelajaran, pelajar dapat : 1) Menyatakan pengertian hukum sunat 2) Menyebut contoh-contoh perbuatan sunat 3) Menyatakan kebaikan melakukan perkara-perkara yang sunat dan akibat meninggalkan perbuatan yang sunat. : Pelajar telah mengetahui jenis-jenis hukum syarak.

Pengetahuan Sedia Ada

KBKK Penerapan ilmu Penerapan Nilai Bahan Bantu Mengajar

: Menjana dan mengaplikasi idea : Matematik , kesihatan : Berusaha, Tawadhuk : 1) Komputer 2) Pemancar LCD 3) Papan putih / marker pen 4) Kad gambar 5) Blue tack

Langkah / Masa

Isi Pelajaran Guru

Aktiviti Pelajar Menjawab salam guru dan membaca doa beramai-ramai. Murid melihat tayangan. Murid menjawab soalan guru.

Catatan

Set Induksi (3 minit)

Memberi salam dan meminta pelajar membaca doa. Menayangkan gambar orang bersalaman. Guru menyoal murid dan mengaitkan jawapan dengan tajuk pengajaran.

KBKK: Fikiran refleksi

ILMU: Moral NILAI: Berbudi bahasa

20

Pengertian hukum sunat Langkah 1 (5 minit)

Guru menyoal pengertian sunat.

murid Murid mencuba menjawab erti sunat. BBM: Komputer Pemancar LCD

Guru membimbing murid menjawab soalan dengan betul Murid membaca ayat melalui latih tubi bacaan dan melalui LCD dengan teliti bernasyid. menyebut secara latih tubi dengan bernasyid..

Langkah 2: Penstruktu -ran Idea (6 minit)

Contoh-contoh Meminta murid-murid perbuatan yang memilih beberapa gambar sunat. yang menunjukkan perbuatan sunat dan menampalnya di papan putih.

Beberapa murid datang ke hadapan ,memilih gambar dan menampalnya.

KBKK: Mengelaskan

NILAI: Berhati-hati BBM: Kad gambar, papan putih dan pelekat

Meminta murid-murid menyebut perbuatan sunat berpandukan gambar.

Menyebut sunat.

perbuatan

Langkah 3: Aplikasi Idea (7 minit)

Kebaikan melakukan perbuatan sunat.

Membahagikan murid kepada Melantik ketua kumpulan dua kumpulan. masing-masing. yang Beberapa orang murid bangun menjawab soalan.

KBKK: Menjana idea ILMU: Kesihatan NILAI: Rajin BBM: Buku teks

Meminta murid berbincang tentang Akibat kebaikan melakukan meninggalkan perkara sunat dan perbuatan yang akibat meninggalkan perkara sunat. sunat.

21

Langkah 4 Penilaian ( 6 minit)

Penilaian . 1.Suaikan kebaikan Melakukan perkara wajib dan sunat. 2. Suaikankan akibat melakukan perkara yang haram. KBKK: Memadankan Mengedarkan lembaran kerja Menerima lembaran kerja kepada murid dan meminta dan menjawabnya secara menjawabnya. individu. Membimbing murid menjawab soalan. lemah BAHAN: Lembaran kerja

NILAI: Teliti dan rajin

Langkah Rumusan: 5: Penutup (3 minit) 1.Erti hukum sunat. 2.Faedah melakukan perkara yang sunat.

Membuat rumusan terakhir Memberikan pelbagai KBKK: berdasarkan tajuk dan aktiviti respon kepada guru. Menjana idea yang dijalankan. ILMU: Kesihatan Mendengar arahan guru seterusnya menutup kelas dengan bacaan doa beramai-ramai. NILAI:

BBM: Papan putih Marker pen

REFLEKSI : ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________

22

Set Bahan Penilaian. Latihan 1

1.Pilih dan tuliskan jawapan yang betul.

melakukannya

meninggalkannya

Wajib ertinya :

.mendapat pahala

. mendapat dosa.

2.Warnakan perbuatan-perbuatan yang WAJIB dilakukan.

Solat fardhu

Mencuri

Sedekah

Menuntut ilmu

Berjudi

Taat ibu bapa

Membuli rakan

Zakat

23

Set bahan Penilaian. Latihan 2

1.Suaikan jawapan yang betul. Haram ertinya : Melakukannya dapat pahala

Meninggalkannya

berdosa

2.Tandakan x pada perkara yang HARAM dilakukan.

1. Membaca Al-Quran 2. Mencuri 3. Makan petai 4. Bersedekah 5. Minum arak 6. Berjudi

24

Set Bahan Penilaian. Latihan 3. 1.Suaikan mengikut kategorinya.


Menambah pahala

Dibenci orang Kebaikan melakukan perkara wajib dan sunat

Mendapat kebaikan Mendapat kesusahan

Dikasihi Allah Akibat melakukan perkara haram Dipandang mulia

Berdosa

Hidup tidak aman

25

Berdasarkan pengalaman anda sebagai guru, buat refleksi dan jelaskan tentang konsep pengetahuan pedagogikal isi kandungan guru (PPIK).

Definisi Refleksi. Refleksi ditakrifkan sebagai pemikiran mengenai pengajaran. Ianya merangkumi pemikiran guru sebelum, semasa dan selepas iaitu pengajaran guru semasa mengajar. Ramai pendidik bersetuju bahawa amalan refleksi merupakan matlamat yang diperlukan dalam program pendidikan guru (Kennedy, 1989; Loughran, 1995, Richardson, 1990; Ross, 1989, Wildman, et al., 1990; dalam Allen & Casbergue, 1997). Donald Schn (1983, 1987) mengatakan, amalan reflektif merupakan inti pati perbualan reflektif yang melibatkan pengajar, pelajar, keluarga dan juga guru lain. Justeru itu, timbulnya kesedaran tentang kepentingan amalan refleksi dalam pengajaran dan pembelajaran. Amalan refleksi dapat diterapkan dalam penulisan reflektif.

Refleksi penting kepada guru dan diharapkan dapat memberi peluang kepada guru untuk menganalisis diri serta menyedari tentang kekuatan dan kelemahan diri semasa proses pengajaran demi untuk peningkatan diri.Kepada pelajar, dengan adanya amalan refleksi ini, diharapkan pelajar lebih memahami dengan mendalam proses pembelajaran yang berlaku. Ini kerana amalan refleksi membolehkan guru- guru menilai diri sendiri tentang pengajaran, memperoleh maklumbalas daripada rakan- rakan, membaca penulisan refleksi rakan- rakan dan berkongsi maklumat tentang strategi- strategi pengajaran dan pembelajaran. Di peringkat sekolah,ianya dapat memberi kesedaran para guru tentang amalan refleksi. Ianya dapat mempertingkatkan profesionalisme diri masing- masing membolehkan pihak sekolah sentiasa berada di hadapan dan secara tidak langsung melahirkan para guru yang bergerak seiring dengan arus perubahan dalam era teknologi dan globalisasi ini. Dari refleksi diri pengalaman saya sebagai seorang guru Pendidikan Islam perkara yang selalu saya hadapi semasa proses pengajaran dan pembelajaran murid ialah tentang latar belakang murid yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Setiap pelajar adalah berbeza tahap kognitifnya.Tahap pencapaian murid sederhana, lemah dan amat lemah untuk menguasai dan memahami topik yang diajar sangat sukar. Apabila mereka menguasai mereka cepat lupa dan tidak bertahan lama apa yang telah diajar oleh guru.Kebanyakkan murid juga menghadapi masalah tidak tahu membaca buku teks yang bertulisan jawi. Persediaan awal atau gambaran awal tentang topik yang hendak disampaikan adalah zero. Tahap murid yang terlibat dalam masalah ini dianggarkan melebihi 35 %. Mereka sudah tentu tidak fokus dan kurang berminat

26

untuk mendalami ilmu tersebut dengan hanya melihat buku tanpa memberi apa-apa erti kepada mereka. Walau bagaimanapun guru mesti menggalakkan penggunaan buku teks dan kepentingannya. Murid-murid yang tiada minat belajar akan meletakkan diri mereka seolah-oleh berada di alam fantasi tanpa menghiraukan pengajaran guru. Sebagai guru saya sudah tentu berada di persimpangan samada hendak menekankan kemahiran bacaan jawi atau penguasaan ilmu yang terkandung dalam Pendidikan Islam sebagai ilmu fardhu ain. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru harus bijak bertindak dan melihat apakah objektif pelajaran yang sepatutnya yang hendak dicapai. Saya juga ada menghadapi masalah murid yang cepat bosan menghadapi pelajaran terutamanya waktu yang akhir. Disiplin belajar kurang diberi perhatian.. Faktor sikap amat penting dalam menentukan sama ada seseorang pelajar itu berminat atau tidak berminat mempelajari sesuatu mata pelajaran itu, guru yang mengajar, kaedah pengajaran yang digunakan dan sebagainya. Mungkin murid sudah letih mengikuti subjek yang lain Mereka tidak boleh lagi memberi tumpuan kepada aras isi kandungan pelajaran yang lebih mencabar lagi. Murid berasa panas,pening,loya dan sering hendak ke bilik air untuk mencuci muka. Ini mengakibatkan mereka lambat menyiapkan latihan bertulis yang perlu disiapkan.Latihan ini penting kepada guru untuk menilai dan mengukur pencapaian murid dari segi objektif dan kemahiran menulis.

Selain itu terdapat juga murid yang tidak tahu membaca dan menulis latihan lembaran kerja dalam tulisan rumi.Keadaan ini sudah tentu murid tidak dapat menjawab soalan dengan betul.Dalam waktu yang singkat guru tidak boleh menumpukan kemahiran bacaan dan tulisan. Murid-murid ini belum dipulihkan sepenuhnya melalui pembelajaran pemulihan. Guru dapat merancang pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kemampuan pelajar-pelajarnya itu. Sebagai guru Pendidikan Islam saya merasakan lebih penting saya tumpukan agar murid dapat menguasai isi kandungan Pendidikan Islam terutama bidang bacaan Al-Quran, sekurang-kurangnya boleh memahami dan menjawab soalan agama secara lisan dan hafazan seterusnya dapat mempraktikkan dalam kehidupan seharian. Justeru, setiap guru perlu memastikan pengajarannya menyeronokkan, dan mudah

difahami pelajar. Kreativiti dan inovatif guru ketika mengajar boleh mempengaruhi sikap pelajar terhadap pengajaran dan pembelajarannya. Guru-guru perlu mengenal pasti setiap masalah pembelajaran pelajar dan guru dapat merancang aktiviti pengajarannya, bahan pembelajaran, kaedah pengajaran dan aktiviti pengukuhan dan penilaian yang sesuai dengan kemampuan pelajar-pelajar yang bermasalah dalam Pendidikan Islam ini.

27

Menurut Schon(1987), proses refleksi boleh berlaku melalui dua cara iaitu refleksi-inaction, iaitu membuat refleksi serentak dengan tindakan.Contohnya ,semasa proses P & P,guru mendapati murid tidak memberi perhatian sewajarnya kepada penerangan. Pada masa itu guru memikirkan punca masalah dan dengan pantas menukar kaedah penerangan kepada aktiviti berkumpulan supaya murid lebih tertarik kepada pelajaran yang sedang diajar. Refleksi-onaction pula ialah guru perlu melihat kembali tindakan selepas ia dilaksanakan. Contohnya selepas pengajaran yang kucar kacir disebabkan kelakuan murid yang tidak terkawal. Guru perlu mengambil masa untuk memikirkan punca serta merancang tindakan penambahbaikan untuk dilaksanakan pada sesi pengajaran akan datang.

Menurut Grossman & Schoenfeld( 2005),dalam usaha membantu murid untuk memahami idea penting dalam sesuatu mata pelajaran, guru mestilah mempunyai pengetahuan mendalam tentang idea tersebut. Perkara ini juga turut disokong oleh penyelidik lain yang menemui hubungan positif antara isi kandungan guru dengan pencapaian murid (Abell 2007; Darling-Hammond 2000). Jadi untuk mencapai pengajaran untuk kefahaman, mempunyai pengetahuan isi kandungan yang mendalam merupakan syarat utama yang mesti dipatuhi semua guru.

Pengetahuan Pedagogikal Isi Kandungan Guru (PPIK )

PPIK merupakan gabungan pengetahuan isi kandungan dan pedagogi umum.PPIK membincangkan bagaimana topik, masalah atau isu tertentu diorganisasi, dipersembah dan diubahsuai mengikut pelbagai minat dan kebolehan murid. PPIK juga disebut sebagai satu bentuk pengetahuan professional yang unik kepada seseorang guru. Rajah 1, menunjukkan secara ringkas konsep PPIK.

28

Pengetahuan isi kandungan

Pengetahuan Pedagogikal Isi Kandungan(PPIK)

Pengetahuan Pedagogi

Pengetahuan Pedagogikal Isi Kandungan

guru(PPIK) diketengahkan oleh Shulman

(1986) dan dikembangkan bersama rakan-rakannya dalam projek The Knowledge Growth in Teaching (Shulman & Grossman, 1988; Grossman 1987; Wilson et al., 1987; Shulman, 1986). Shulman (1987) berpendapat, untuk menggalakkan kefahaman murid, guru mestilah mempunyai sekurang-kurangnya tiga jenis pengetahuan professional untuk pengajaran iaitu pengetahuan isi kandungan, pengetahuan pedagogi dan pengetahuan tentang murid. PPIK ialah kebolehan guru untuk menterjemah sesuatu konsep ke dalam sesi pengajaran dan pembelajaran untuk menjadikannya mudah difahami. Shulman (1986, 1987) menyatakan bahawa pengetahuan yang mantap tentang subjek diperlukan oleh guru semasa merancang kurikulum, rancangan pelajaran, strategi instruksional berkaitan dalam menangani keperluan belajar murid. PPIK membolehkan guru mempersembahkan sesuatu topik atau konsep dengan mengunakan analogi, ilustrasi, contoh, penerangan dan demontrasi yang berkesan. Ianya juga termasuk kefahaman tentang aspek-aspek yang membuatkan pembelajaran topik itu senang dan susah,miskonsepsi murid tentang topik dan pengetahuan tentang strategi pengajaran yang efektif,Shulman (1986).

Proses pembinaan PPIK menurut Shulman (1987) melibatkan beberapa langkah iaitu: Kefahaman Setiap guru mestilah berilmu dan mempunyai kefahaman isi kandungan pelajaran yang hendak disampaikan. Guru juga perlu memahami tahap perkembangan dan kebolehan murid.

29

Transformasi. Isi kandungan pelajaran yang difahami hendaklah ditukarkan dalam bentuk yang boleh difahami oleh murid dengan menggunakan pelbagai kaedah yang sesuai. Jika guru hanya membaca sahaja melalui buku teks,ini sudah tentu akan membosankan murid. Transformasi isi kandungan dalam bentuk pengajaran memerlukan pemahaman tentang hasil pembelajaran dan bagaimana kefahaman itu dapat ditunjukkan oleh murid. Pengajaran. Bagi melihat hasil pengajaran yang telah dilaksanakan , guru boleh menjalankan penilaian secara formatif atau sumatif berdasarkan kepada objektif dan hasil pengajaran yang dikehendaki. Refleksi. Refleksi dapat melihat kembali pengajaran dan pembelajaran yang telah berlaku, membina semula, melakon dan mengingat semula peristiwa, emosi dan pencapaiannya. Proses refleksi ini adalah landasan yang digunakan guru professional untuk belajar dari pengalaman dan memperbaiki pengetahuan PPIKnya. Refleksi akan membantu guru mendokumentasikan dan menerangkan tindakan mereka, membuktikan pengetahuan professional mereka, bagaimana dan mengapa mereka melakukan suatu tindakan. Kefahaman baru.

Akhirnya dalam pembinaan PPIK adalah kefahaman baru iaitu satu permulaan baru melalui langkah-langkah yang telah disebutkan iaiti kefahaman, transformasi, pengajaran, penilaian, refleksi. Guru akan mempunyai kefahaman uang lebih jelas mengenai isi kandungan dan pengajaran yang bersesuaian dengan muridnya.

PPIK terdiri daripada empat komponen utama iaitu pengetahuan tentang isi kandungan, pengetahuan pedagogi,pengetahuan tentang murid dan pengetahuan tentang konteks.Dalam setiap komponen terkandung:

30

a)Pengetahuan isi kandungan guru.

Pengetahuan isi kandungan mata pelajaran dikenali sebagai aspek penting dalam pengajaran bagi semua disiplin ilmu. Pengetahuan ini penting terhadap pencapaian murid.PPIK yang dijelaskan oleh Shulman (1986) merangkumi: pengetahuan tentang topik yang hendak diajar,peraturan, struktur bagi disiplin tertentu dan teori yang mendasarinya. Pengetahuan tentang nilai dan keperluan bagi suatu isi kandungan yang spesifik.Pengetahuan tentang perubahan terkini dalam disiplin tersebut dan pengetahuan tentang kegunaan bukti untuk menyokong menyanggah dan membina suatu tuntutan.Guru perlu sentiasa melengkapkan diri dan meningkatkan pengetahuan professional untuk pengajaran sekiranya topik yang menjadi kesukaran murid untuk memahaminya. Guru wajib merancang dan menyediakan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) yang mengandungi tajuk, isi pelajaran dan objektif yang jelas. RPH hendaklah dirancang dengan lebih teliti,tersusun agar segala maklumat dan objektif pengajaran dapat disampaikan dan diterapkan ke dalam diri murid.

Sebagai guru saya memerlukan persediaan untuk menyampaikan isi pengajaran yang merupakan perkara terpenting dalam pengendalian sesi P & P. Hal ini bermakna saya perlu menyedikan pengetahuan tentang isi kandungan untuk memastikan keberkesanan pengajaran saya. Sebagai guru Pendidikan Islam pembinaan bahan kurikulum, bahan sokongan kurikulum, bahan pengajaran dan pembelajaran hendaklah dibuat dengan merujuk kepada sumber rujukan yang muktabar. Segala fakta-fakta yang dikemukakan berdasarkan kepada kefahaman Islam yang betul sebagaimana yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Bagi menyelaras kefahaman dan amalan murid segala bahan sokongan dan proses pengejaran dan pembelajaran hendaklah dibina dan dilaksanakan berdasarkan fahaman ahli sunnah waljamaah dan pendapat yang muktabar daripada Mazhab Imam Shafie serta keputusan-keputusan yang diterima pakai daripada pihak berkuasa dalam urusan agama di Malaysia. Hal ini bermakna tanpa menguasai ilmu Pendidikan Islam, boleh mengganggu pemahaman dan pengetahuan pelajar tentang tajuk yang dipelajari.

Pengetahuan substantif, iaitu pengetahuan tentang apa yang ada dalam fakta atau konsep yang digunakan untuk menyusun idea dan maklumat tentang sesuatu tajuk dalam mata

31

pelajaran yang akan diajar. Hal ini bermakna saya seharusnya memiliki pengetahuan substantif ini, terutamanya bagi tajuk-tajuk yang melibatkan isu-isu semasa.

Pengetahuan sintaktik, iaitu pengetahuan tentang cara bagaimana sesuatu perkara itu dibentuk dan dihasilkan berdasarkan prosedur, kaedah dan proses yang melaluinya, sesuatu kebenaran dan pengetahuan baru dapat dibina. Hal ini bermakna setiap guru Pendidikan Islam perlu mengukuhkan kefahaman konseptual pelajar dengan menggunakan contoh, analogi, hujah secara logikal, dan berhujah menggunakan asas fakta yang tepat mengikut tahap pemikiran pelajar.

b) Komponen pengetahuan pedagogi guru. Ianya merujuk kepada pengetahuan tentang prinsip-prinsip dan kaedah mengajar, merangkumi segala aspek yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah seperti pendekatan, kaedah,teknik, strategi, kurikulum dan sukatan pelajaran, pengujian atau penilaian serta pemulihan dan pengayaan. Ia dibahagikan kepada pengetahuan pedagogi umum untuk pengajaran seperti pengurusan bilik darjah, strategi pengajaran umum yang boleh diguna pakai dalam pelbagai tatacara pendidikan yang luas seperti kemahiran menyoal, kemahiran menerangkan dan sebagainay. Pengetahuan pedagogi umum juga meliputi pengetahuan tentang teori umum pembelajaran, pengetahuan tentang strategi pengajaran,pengetahuan tentang matlamat pendidikan secara umum dan penilaian . Sebagai guru saya perlu mempunyai pelbagai pengetahuan berkaitan pedagogi mengajar. Dalam konteks pengajaran Pendidikan Islam saya sewajarnya memahami dan menguasai pelbagai kemahiran pengetahuan pedagogi terkini yang melibatkan kaedah, pendekatan, teknik dan strategi mengajar. Rajah 2, menunjukkan perkaitan kaedah, teknik dan strategi dalam pengajaran dan pembelajaran.

32

Pendekatan

Teori pembelajaran

Kaedah

Strategi pembelajaran

Teknik

Rajah 2. Perkaitan antara pendekatan, kaedah, teknik dan strategi dalam pengajaran dan pembelajaran.

an

Oleh kerana tidak ada satu cara persembahan ilmu yang terbaik maka,seseorang guru harus mempunyai kemahiran dalam pelbagai kaedah,strategi dan teknik pengajaran untuk menyampaikan ilmu kepada murid dengan berkesan. Diantara kaedah dan teknik yang boleh digunakan adalah seperti yang berikut: Kaedah penerangan Kaedah perbincangan Kaedah latihtubi Kaedah bernasyid Kaedah sumbangsaran Kaedah bersoaljawab Kaedah Tasmik ( bidang Al-Quran)

Kaedah pengajaran yang banyak berpusatkan guru dan bahan tidak digalakkan digunakan oleh guru.

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran.

Guru boleh memilih untuk menggunakan pendekatan konvensional dan tradisi.Kini kurikulum transformasi menegaskan penggunaan pelbagai pendekatan P&P yang memberi lebih penekanan kepada hands-on learning seperti inkuiri penemuan, pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran konstruktivisme ,pembelajaran secara konstekstual,pembelajaran masteri dan pembelajaran luar bilik darjah. Pendekatan yang digunakan mesti menyediakan peluang pembelajaran murid yang tidak terhad, menyeronokkan serta mengambil kira kepelbagaian

33

kecerdasan murid. Guru perlu meneroka kepada pendekatan pengajaran terkini dan sesuai dengan tahap kognitif, kepelbagaian pelajar, kesesuaian tajuk yang diajar dan sebagainya.

Teknik pengajaran Teknik pengajaran adalah perincian daripada penggunaan sesuatu kaedah yang digunakan. Teknik pengajaran lebih kepada pelaksanaan bagaimana sesuatu kaedah pengajaran itu dapat dilaksanakan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Teknik pengajaran merupakan kemahiran guru dalam mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Antara teknik mengajar yang biasa digunakan ialah teknik bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi, penyoalan, sumbang saran dan permainan. Tujuan menggunakan pelbagai teknik mengajar dalam situasi pengajaran adalah untuk menarik minat pelajar, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu pelajar supaya mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah, maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.

Strategi pengajaran. Usaha mengenal pasti dan memilih kaedah dan teknik yang sesuai dapat memenuhi pendekatan yang digunakan yang disebut sebagai strategi. Peranan strategi pengajaran

adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, di dalam bilik darjah yang pelbagai tahap pencapaian, guru perlu memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah yang mempunyai halangan serta rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan pelajar. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasai pelbagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya.

34

Kesimpulan

Refleksi merupakan bahagian yang mengutamakan hasil pembelajaran yang telah guru lakukan.Tindakan susulan perlu dilakukan umtuk memperbaiki kelemahan semasa prose P & P berlangsung. Refleksi membolehkan guru merenung, menganalisis, mencari alasan, cadangan tindakan untuk memperbaiki dan meningkatkan pencapaian dan dilakukan secara berterusan.

Pengetahuan Pedagogi

Isi Kandungan (PPIK) perlu dikuasai oleh setiap guru.

Perubahan-perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan masa kini banyak mencabar keupayaan dan kebolehan guru untuk mengajar dengan baik dan berkesan. Keadaan ini ditambah pula dengan kepelbagaian yang wujud dalam kalangan pelajarnya. Oleh itu, semua guru perlu bersedia dan lebih terkehadapan dalam banyak perkara agar proses pengajarannya menjadi lebih menarik dan menyeronokkan pelajar.

35

Rujukan

1.Atan Long (1981). Kaedah Am Mengajar. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. 2.Azman Wan Chik (1987). Kaedah Hayati Amali. Kuala Lumpur: Karya Bistari. 3.Arbak Othman .1985. Mengajar Tatabahasa. Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur. 4.Ee, Ah Meng .1987.Pedagogi Untuk Bakal Guru. Fajar Bakti, Petaling Jaya. Pang,M.S, (1997). Pedagogi 2:Pelaksanaan Pengajaran, Kumpulan Budiman Sdn Bhd: Kuala Lumpur. 5.Juliawati Ibrahim. (2006). Gaya pengajaran guru bahasa Daerah Hulu Langat: Satu kajian tinjauan. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, UKM Bangi. 6. Juriah Long, Khalid Abdullah, Raja Mohd Fauzi Raja Musa, Siti Fatimah Mohd Yassin, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Zamri Mahamod & Zarin Ismail. (2001). Pendidikan dan latihan guru bahasa (Bahasa Melayu, Inggeris dan Arab) abad ke-21. Laporan Akhir Kajian Jangka Pendek G2/99. Fakulti Pendidikan, UKM Bangi. 7.Juriah Long. (2010). Kaedah pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. (Pnyt.). Bangi: Penerbit UKM. 8. KPD3016 & KPD3026 Pengajaran, Teknologi & Penaksiran (Jilid 1 dan Jilid 2) 2011 Pusat Pendidikan Luar, UPSI. Tanjung Malim. 9..Mok Soon Seng (1992). Pedagogi 2: Strategi pengajaran pembelajaran Mikro. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. 10.Panduan Kursus Pendidikan Islam,Jabatan Pelajaran Negeri Perak,2011 Bahagian Pembangunan Kurikulum. 11.http://education. Uitm.edu.my/v1/images/stories 12.http:/eprints.utm.my/10718/Persepsi. Guru Pelatih. 13. .www.smktpbaling.com / main2 pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran.

36

Perkara utama dalam penentuan objektif /hasil pembelajaran Posted By : KALSOM BINTI AHMAD (D20111049766) Date posted : 30 Oct 2011 08:48:42 PM (23 read/s) Objektif pengajaran merupakan suatu perancangan yang dirancang oleh guru sebelum menjalankan P&P dalam bilik darjah dan boleh dicapai oleh murid-murid mengikut tahap-tahap tertentu.Keupayaan seorang murid dapat diukur dan dilakukan setelah mengikuti sesuatu unit pengajaran dan pembelajaran.Ia melibatkan semua aspek yang perlu dikuasai oleh murid meliputi pengetahuan,kemahiran,sikap,perubahan tingkah laku dan sebagainya.Hasil pembelajaran yang ingin dicapai itu termasuklah dari aspek intelek,emosi rohani dan jasmani. Perkara utama yang perlu diambilkira dalam menentukan sesuatu objektif pengajaran supaya tepat ialah guru harus menilai aras konseptual yang ada pada pelajar terlebih dahulu.Selain itu,penentuan objektif hendaklah ditulis mengikut syarat-syarat penulisan yang ditetapkan seperti kumpulan sasaran,kata kerja aktif,objek bagi kata kerja,keadaan dan standard yang ingin dicapai. Selain itu sebagai guru sebelum memulakan sesuatu pengajaran harus menentukan dulu tajuk yang akan dipelajari (kandungan matapelajaran), memikirkan strategi pengajaran yang sesuai yang dapat menarik minat murid, memilih bahan pengajaran yang sesuai,dan objektif yang hendak dicapai jika murid menguasai tajuk pembelajaran tersebut melalui ujian ataupun instrumen lain yang boleh digunakan pakai untuk menaksir dan menilai hasil pembelajaran murid. Sesuatu objektif pengajaran yang ditulis merangkumi objektif umum(implisit) atau khusus(eksplisit) perlu mengambilkira latar belakang dan tahap keupayaan murid agar objektif yang dirancang tidak terlalu tinggi hingga tidak tercapai dan menunjukkan kegagalan guru dalam proses pengajarannya. Sepatutnya objektif yang dirancang merupakan dokumen standard kepada guru dalam merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan sistematik dan berkesan mengikut enam aras yang dipelopori oleh Bloom iaitu aras pengetahuan,kefahaman aplikasi,analisis,sintesis dan penilaian. . Penentuan hasil pembelajaran amat penting dalam pengajaran seseorang guru. Dengan

37

objektif pengajaran yang terancang, guru itu dapat menilai tahap pengajaran selepas P&P dan menaksir kefahaman pelajar terhadap isi kandungan pelajaran. Untuk menentukan objektif pengajaran tercapai atau tidak guru akan membuat refleksi. Sekiranya refleksi murid menguasai ramai guru boleh mengubah topic atau kemahiran bagi hari beriku, sekiranya refleksi gagal guru perlu mengulangi P&P dan buat SWORT mencari punca objektif tidak tercapai.

38

Re : Re : Kaedah pengajaran pembelajaran berasakan konstruktivisme amat berkesan bagi semua pelajaran. 06 Nov Posted By : KALSOM BINTI AHMAD 2011 07:28:19 PM Reply To : MOHD TAJULADNAN BIN TAJUDDIN No File Attach

Attachment :

Bagi pandangan saya kaedah pembelajaran berasaskan konstruktivisme menjelaskan pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada pemikiran seseorang individu kepada pemikiran individu yang lain. Sebaliknya setiap insan membentuk pengetahuan sendiri dengan menggunakan pengalamannya secara terpilih. Kaedah Konstruktivisme ini juga berkait rapat dengan pengetahuan sedia ada pelajar. Justeru itu guru seharusnya mengambil kira apa yang pelajar tahu dan cuba mempertingkatkan interaksi antara pelajar agar pembelajaran menjadi lebih seronok dan bermakna. Oleh itu, persekitaran pembelajaran Konstruktivisme dapat meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah melalui pemahaman kendiri akan konsep dan pengetahuan matematik menerusi persekitaran pembelajaran yang kondusif Re : Re : Kaedah pengajaran pembelajaran berasaskan konstruktivisme 24 Oct 2011 11:29:11 PM 24 Oct Posted By : KALSOM BINTI AHMAD 2011 02:34:49 AM Reply To Attachment : : SALLEH BIN IBRAHIM No File Attach

Pada pandangan saya pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan konstruktivisme memberi peluang kepada guru untuk memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang

39

sesuai dan menentukan sendiri masa yang diperlukan untuk memperolehi sesuatu konsep atau pengetahuan. Di samping itu, guru dapat membuat penilaian kendiri dan menilai kefahaman orang lain supaya kefahamannya tentang sesuatu bidang pengetahuan dapat ditingkatkan lagi Guru menolong murid membina kefahaman baru dan menolong murid merakamkannya ke dalam struktur kognitif sedia ada. Mereka melakukannya dengan menolong murid membentuk analogi, contoh dan kaedah mengingat murid sendiri, dan guru menolong murid membentuk soalan yang perlu ditanya bagi membimbing mereka ke arah kefahaman yang lebih tinggi.

Pengajaran konstruktivisma Posted By : KALSOM BINTI AHMAD (D20111049766) Date posted : 24 Oct 2011 11:23:16 PM (12 read/s) Bagi pandangan saya teori konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan. kaedah konstruktivisme adalah sesuai digunakan dan berkesan untuk semua mata pelajaran. Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boeh dipindahkan daripada guru kepada murid dalam bentuk yang serba sempurna. Sistem pembelajaran hari ini adalah lebih berpusatkan murid. Murid perlu bina sesuatu pengetahuan mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk murid. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan sekolah ialah satu skema iaiatu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang murid perolihi oleh mereka sendiri. Guru hanyalah pemudahcara dan pembimbing kepada murid.Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.

40

Kemudahan Komputer Asas Penyediaan Bahan Bantu Mengajar atau Belajar Posted By : KALSOM BINTI AHMAD (D20111049766) Date posted : 22 Nov 2011 05:49:40 PM (26 read/s) Sistem pendidikan masa kini sedang mengalami perubahan yang amat pesat sekali. Pelbagai kaedah baru telah diperkenalkan serta digunakan supaya pengajaran seseorang guru menjadi lebih berkesan dan pembelajaran murid menjadi lebih bermakna. Sejak beberapa tahun yang lalu, kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PBK) telah mula diperkenalkan dan kini dengan era teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin pesat, ianya semakin mendapat perhatian ramai/ Perkembangan dalam teknologi multimedia seperti komputer pula menjanjikan potensi besar dalam merubah cara seseorang belajar, cara memperoleh maklumat, cara menyesuaikan setiap maklumat dan sebagainya. Sebelum adanya kemudahan komputer seperti hari ini,guru terpaksa menyediakan bahan bantu mengajar secara manual.Proses ini memakan masa yang lama kerana guru terpaksa mencari bahan yang sesuai dan membebankan guru sekiranya guru terpaksa melukis sekiranya memerlukan gambar. Kemudahan komputer seharusnya menjadi asas kepada bahan bantu mengajar dalam dunia pendidikan masa kini. Seperti yang kita maklum, kerajaan member insentif kepada pembayar cukai menikmati ekses setiap dua tahun sekali sekiranya membeli computer. Kerajaan juga telah melaburkan sejumlah wang untuk meningkatkan taraf pendidikan guru serta murid contoh pembinaan makmal computer dan peralatan PPSMI. Jadi sebagai guru kita seharusnya menggunakan kemudahan yang ada untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan komputer dalam pengajaran akan menjadi lebih seronok dan tercapai objektif jika guru menggunakannya semaksimum yang boleh. Pembelajaran secara hands on akan lebih menarik jika aktiviti melibatkan murid seratus peratus Meltimedia juga menyediakan pelbagai peluang kepada para pendidik mengaplikasikan pelbagai teknik pengajaran dan pelajar pula diberi peluang untuk memegang kuasa kawalan bagi seseuatu sesi pembelajaran. Pelajar juga berpeluang untuk menentukan teknik belajar yang bersesuaian dengan mereka, membentuk pengetahuan berdasarkan keperluan masing-masing serta mengalami suasana pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan. Sumber maklumat serta rujukan bukan lagi terikat dengan teks dari buku semata-mata tetapi lebih luas dari itu. Kehadiran teknologi multimedia menerusi internet menambahkan lagi kemanpuan proses capaian maklumat di mana setiap maklumat dalam pelbagai bentuk dan pendekatan boleh dicapai dengan lebih mudah dan pantas.Penggunaan alatan komputer berupaya menangani permasalahan ini dengan

41

menyelitkan unsur-unsur yang melibatkan penggunaan pelbagai deria seperti audio, video, animasi, teks dan grafik dalam satu medium komunikasi.Pembangunan teknologi multimedia seperti komputer menekankan kepada unsur-unsur pembelajaran interaktif juga telah membawa persepsi baru dalam era penggunaan komputer dalam bidang pendidikan. Kebanyakan aplikasi multimedia interaktif juga mula mengambil kira teori-teori pembelajaran atau yang berkaitan dengannya berdasarkan suasana dan keperluan masa kini. Kesimpulannya ,saya amat bersetuju bahawa kemudahan komputer adalah asas kepada penyediaan bahan bantu mengajar pada masa kini. Melalui penggunaannya akan memudahkan kerja guru dan banyak membantu meringankan bebanan tugas guru dalam penyediaan bahan.Tepatlah seperti yang diperkatakan sekarang ini iaitu " Maklumat Berada Di hujung Jari"

Posted By : KALSOM BINTI AHMAD (D20111049766) Date posted : 30 Oct 2011 09:18:59 PM (18 read/s) Dunia tanpa sempadan hasil dari maklumat yang diperolehi hanya menggunakan jari dengan menggunakan komputer dan kemudahan internet pelajar atau murid-murid boleh mendapat maklumat lebih mudah, cepat dan menarik. Pembelajaran lebih menarik dengan komputer , netbook ,nook book, i book pelajar boleh belajar tanpa sempdan dan masa , waktu , tempat. Berdasarkan perkembangan ini saya bersetuju dengan tajuk perbahasan guru kini bukan lagi sumber rujukan utama dalam proses P&P . Tugas guru atau pensyarah sebagai pemudah cara dan pakar rujuk. Penggunaan teknologi maklumat telah mengubah teknik pengajaran yang berpusat kepada guru yang bergantung kepada buku teks, kapur tulis dan papan hitam Program PJJ dengan e learning merupakan pembelajaran tanpa terus dengan pensyarah, pelajar menghubungi pensyarah sebagai pemudah cara . Bahan-bahan mudah diperolihi melalui internet atau pensyarah akan upload bahan dalam ruangan forum , pelajar akan mencari maklumat dengan kebolehan dan kepakaran penguasaan ict. Di sekolah program intruktif seperti program SKOR A menggunakan kemudahan dengan kos yang murah dan SKOR A telah terbukti berjaya membantu murid berjaya dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM.Kemudahan internet boleh diakses dengan mudah oleh murid tanpa mengira tempat atau masa. Pembelajaran berlaku tanpa guru cuma guru sebagai pemudahcara atau pakar rujuk.Namun begitu peranan guru masih lagi penting sebagai model

42

dan pemantau dalam pembangunan sahsiah pelajar dan pembentukan akhlak mengikut lunaslunas agama.

Kemudahan komputer adalah alat elektronik yang kompleks, banyak memberi kelebihan dalam zaman bagi penyediaan bahan bantu mengajar Posted By : KALSOM BINTI AHMAD (D20111049766) Date posted : 27 Oct 2011 10:55:06 PM (14 read/s) Saya bersetuju kemudahan komputer adalah alat elektronik yang kompleks, banyak memberi kelebihan dalam zaman bagi penyediaan bahan bantu mengajar sesuai dengan perkembangan teknologi yang pesat. Zaman ini guru ingin membuat persediaan lebih mudah menggunakan perisian power point , preeze , word dan pelbagai lagi yang terdapat bila menggunakan computer atau dikenali software. Pembelajaran dan pengajaran menggunakan komputer adalah sangat-sangat diperlukan samada berbentuk destop atau nookbook atau yang terbaru i book , e book adalah berbentuk komputer . Perbezaannya adalah dari segi saiz kecil atau besar sahaja bagi memudahkan pengguna untuk membawanya. Kemudahan komputer diperlukan bagi mengekses internet bagi mencari bahan maklumat, tanpa komputer kita tidak dapat mencari maklumat atau mempersembahkan maklumat sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran kepada murid-murid. Hasil yang dipertontonkan melalui komputer lebih menarik, mudah, pantas , ekonomi , menjimat masa berbanding dengan menggunakan carta , OHP , slide yang digunakan lebih kurang 10 tahun yang lalu . Kemudahan komputer pada zaman ini telah menjadi keperluan utama guru-guru , pelajarpelajar , murid-murid masyarakat dalam pembelajaran .Untuk lebih menarik minat pelajar guru perlu mempelbagaikan persembahan bahan pengajaran menggunakan prisian terkini. Muridmurid sekarang telah boleh menggunakan komputer kerana harganya yang kompetertif mampu dibeli oleh masyarakat Malaysia

43

Penilaian berbentuk formatif lebih baik daripada penilaian sumatif. Bincangkan. Posted By : KALSOM BINTI AHMAD (D20111049766) Date posted : 29 Oct 2011 12:01:19 PM (7 read/s) Pada pendapat saya penilaian formatif adalah lebih baik daripada penilaian sumatif. Ini adalah kerana guru dapat mengesan kelemahan murid dengan serta merta iaitu selepas satu pengajaran dan pembelajaran dijalankan. maka dengan itu guru tersebut dapat mengambil tidakan dengan sewajarnya.Selain itu penilaian formatif akan dilakukan berterusan iaitu untuk menilai keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran murid sesudah habis sesuatu P&P. Hasil penilaian ini guru dapat mengenal pasti kelemahan cara penyampaianya dan mengenal pasti setakat mana penguasaan murid terhadap topic dan tajuk yang diajar. Guru akan membuat analisis SWORT mengenal pasti kelemahan an kekuatan penyampaian dan pemahaman murid wktu itu juga dan boleh mengambil tindakan sewajarnya. Ini akan dapat membantu murid untuk meningkatkan lagi pencapaian pelajaran murid Di sekolah guru akan menjalankan ujian formatif untuk membuat penilaian kepada murid-murid untuk memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Makluman pihak sekolah kepada ibu bapa mengenai pentingnya ujian formatif dan masa dijalankan menyebabkan ibu bapa merasakan ujian sumatif seperti latihan biasa sahaja. Manakala penilaian sumatif pula adalah penilaian yang dibuat pada akhir pengajaran sesuatu semester/tahun seperti peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun,. Bagi sekolah rendah UPSR adalah kemuncak soalan sumatif yang dijalankan oleh Lembaga Peperiksaan. Penilaian sumatif ini bertujuan untuk menentu dan mementingkan keputusan atau gred yang dapat dicapai oleh murid pada akhir pengajaran seperti pertengahan tahun dan akhir tahun. Selalunya ibu bapa dan masyarakat lebih menjurus kepada prestasi dan keputusan ujian sumatif. Jarang sekali kita membincangkan akan penilaian ujian formatif. Kesimpulannya penilaian berbentuk formatif banyak membantu guru meningkatkan tahap pencapaian murid, manakala penilaian sumatif lebih kepada pencapaian atau keputusan dalam jangka masa panjang 3 bulan, 6 bulan , 9 bulang pengajaran diadakan untuk mengukur tahap pengetahuan penguasaan murid setelah guru mengajar beberapa topic atau tajuk murid diuji.

44

Guru bukan lagi sumber rujukan utama dalam proses pengajaran pembelajaran. Bincangkan Posted By : KALSOM BINTI AHMAD (D20111049766) Date posted : 22 Nov 2011 06:04:27 PM (30 read/s) Sistem pendidikan kini mengalami perubahan berikutan berkembangnya teknologi komputer dan telekomunikasi. Sebelum ini guru selalu dianggap sebagai sumber maklumat dan serba tahu di mata para pelajar. Kini dengan berkembangnya teknologi maklumat , para pelajar boleh mengakses daripada pelbagai sumber seperti akhbar, televisyen dan internet. Secara tidak langsung akan mempengaruhi kurikulum serta proses pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan teknologi maklumat telah dapat meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran dengan menggabungkan kaedah dan teori pengajaran dengan teknologi komunikasi seperti pengajaran berasaskan komputer. Oleh itu, proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan pendekatan yang lebih inovatif untuk menyediakan pelajar menghadapi dunia penuh cabaran. Sehubungan dengan itu, guru hanya perlu bertindak sebagai seorang fasilitator atau pemudah cara yang akan membimbing para pelajar menyelesaikan masalah yang diberi. Pembelajaran yang diamalkan ialah berpusatkan murid. Mereka akan mengakses maklumat melalui internet yang terdapat di makmal komputer, bilik bestari dan pusat sumber. Supaya guru tidak ketinggalan dan dapat mengaplikasikan kemajuan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru-guru perlulah menyiapkan diri dengan kemahiran ICT. Guru-guru mestilah mempunyai kemahiran menyediakan bahan-bahan pembelajaran dalam bentuk CD dan multimedia. Kemahiran menggunakan CD Rom, cakera padat, telesidang dan video perlu dikuasai oleh guru-guru supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar dan berkesan. Para pelajar dapat belajar dalam suasana yang menarik dan menyeronokkan. Di samping itu, cabaran kini, guru juga perlu mempunyai dan mengamalkan sifat-sifat tingkah laku yang positif. Di samping memperakui akan kepentingan guru, penganugerahan status ini akan dapat menarik caloncalon yang lebih terpelajar dan lebih berkelayakan memohon menjadi guru dan seterusnya akan membantu negara memperoleh kejayaan yang lebih besar.Benarlah Islam meletakkan profesion guru itu tinggi darjatnya. Hakikat ini ditunjukkan sendiri Imam Shafie ketika beliau pada saat-saat hampir menghembuskan nafas terakhir, meminta anak muridnya mengajar sesuatu kepadanya. Beliau tahu betapa tingginya martabat orang yang mengajar, begitu juga orang yang belajar di sisi Tuhan. Dalam menghadapi krisis pendidikan dalam era globalisasi ini, guru boleh berfikir sejenak terhadap tugas dan tanggung jawab yang harus dipikul bagi

45

Re : Re : Guru bukan lagi sumber utama dalam memenuhi tuntutan semasa.Cabaran guru masa depan Oct 2011 09:26:47 Guru harus berfikiran glokal lebih hebat. PM 30 proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengadunkan aspek tempatan dengan kepelbagaian entiti dunia yang berlaku begitu pantasPosted By : dengan pelbagai karenah yang harus dibendung secara lebih bijak dan berhati-hati. 2011 KALSOM BINTI AHMAD 08:29:45 Guru masa kini harus melihat kurikulum pendidikan secara dinamik. Guru harus bijak mentafsir PM Reply To menjadi wahana penyampaian ilmunya. HAMIDAH BINTI AHMAD : SITI Bagi rakyat, kurikulum yang menjadi kurikulum yang
No File Attach intipati Attachment : perpaduan ialah integrasi antara kaum.Bentuk kurikulum yang usang dan kemajuan dan 30 Oct

difikirkan kurang menyumbang kepada kemajuan negara bangsa harus diberi nafas baru atau Pada pandangan saya proses lebih segar berpusatkan kemajuan dan terutama di digubal semula agar penampilannyapembelajaransebagai agenguru masih perlu pembangunan 2020. kelas tadika , pra sekolah , sekolah rendah di mana guru masih memainkan peranan utama dalam proses P&P. Pendedahan menggunakan ict masih lagi belum dikuasai oleh semua rakyat Malaysia khususnya luar bandar terutama sekolah-sekolah orang asli , murid-murid di Malaysia Timur masih ada sekolah atau rumah yang belum mendapat bekalan elektrik atau mengekses internet.

TAMAT

46

Você também pode gostar